Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Pandangan Pemuda Umno - Video @Zahid_Hamidi Kurang Ajar Pada @MalaysiaKini atau Malaysiakini Kurang Ajar Pada Zahid Hamidi ?" on YouTube

Posted: 08 Oct 2013 07:25 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=6Jcks7kyuhQ&feature=youtube_gdata_player

Mohon sebarkan...

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


China Press : Memang Wujud Sentimen Anti Dinasti Lim Dalam Pemilihan CEC?

Posted: 08 Oct 2013 07:31 PM PDT


Keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 29 September lalu membuktikan wujudnya sentimen anti Dinasti Lim.

Dinasti Lim merujuk terhadap penguasaan bapa dan anak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang mencengkam parti itu sejak dari tahun 1969.

"Keputusan pemilihan semula DAP menunjukkan bahawa para perwakilan ingin keseimbangan kuasa dalam CEC," lapor China Press.

Yu Pei Ni, penulis China Press berpendapat perubahan kedudukan dalam senarai 17 CEC menghantar satu mesej yang jelas bahawa perwakilan mahu check and balance kepada kepimpinan parti itu yang sebelum ini sangat utuh.


Ketua DAP di parlimen yang juga penasihat parti, Lim Kit Siang jatuh ke nombor kedua daripada pemilihan sebelumnya pada Disember 2012 yang dominan di tempat yang pertama.

Kit Siang mengalami kemerosotan majoriti sebanyak 171 undi.

Manakala anaknya, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung parti dari tempat kedua sebelumnya menjunam ke tempat kelima di mana majoriti undinya merosot sebanyak 272 undi.

Timbalan Pengerusi DAP yang juga Pengerusi disiplin parti, Tan Kok Wai sebelum ini berada di tempat keenam telah terkeluar dari senarai 'top 10′ apabila beliau mendapat tempat ke-16 dalam pemilihan semula baru-baru ini, tulis Chinese Press.

Jenice Lee menamakan Kit Siang, Guan Eng, Kok Wai dan Karpal Singh sebagai 'kumpulan empat' daripada Dinasti Lim.

Yu, penulis Chinese Press merumuskan keputusan itu jelas menunjukkan wujudnya sentimen anti-Lim.


"Sudah tentu, adalah misi mustahil untuk menggulingkan Lim (Kit Siang dan Guan Eng), (namun) dengan undi mereka delegasi hanya boleh memberitahu Setiausaha Agung bahawa kejayaan DAP tidak boleh berlaku dengan usaha satu atau dua orang semata-mata, ia adalah satu pencapaian secara kolektif, semua ahli akar umbi di seluruh negara sepanjang beberapa dekad yang lalu," katanya.

Melihat kepada "menu" (senarai kempen calon) yang diedarkan dalam Kongres Khas DAP, China Press melaporkan terdapat satu lagi pecahan kumpulan alternatif dari DAP Pulau Pinang yang tidak diluluskan oleh Guan Eng dan ahli pasukannya telah menamakan Teresa Kok, Liew Chin Tong, Anthony Loke, Zairil, Teo Nie Ching dan Gobind Singh.

Perpecahan turut berlaku dalam DAP Perak, di mana kumpulan yang diketuai oleh bekas Ketua Publisiti Pemilihan DAP, Hew Kuan Yew telah berkempen menjatuhkan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Hew, pro Guan Eng yang dikenali juga sebagai 'Superman' telah mengkritik secara terbuka Ngeh dan Nga di Facebook dan menyeru para perwakilan agar mengeluarkan mereka daripada daripada senarai 20 CEC.


Ngeh dan Nga dilaporkan FMT bakal terkeluar dari senarai CEC disebabkan nama mereka dan seorang lagi dari kumpulan lima harimau, Boo Cheng Hau (Pengerusi DAP Johor) tiada dalam senarai 'menu' utama yang direstui Dinasti Lim.

Pada pemilihan semula CEC 29 September itu, hanya 68 calon yang pernah bertanding dalam pemilihan 15 Disember 2012 dibenarkan bertanding semula.

Tiada calon baru dibenarkan bertanding, namun daripada 68 calon itu, 17 calon telah menarik diri.

Antara mereka adalah; Choong Siew Onn, Er Teck Hw, V. Ganabatirau, Jagdeep Singh Deo, V. Jaya Balan, Kamache Doray Rajoo, M Manogaran, Ng Chin Tsai, Ng Wei Aik, RSN Rayer, Siew Kim Leong, Soh Boon Hong, Tan Lee Koon, Teo Kok Seong, Violet Yong dan Roseli Abdul Ghani.

Turut tidak bertanding daripada 68 calon itu adalah Hiew King Cheu, ADUN Luyang dan John Fernandez, bekas Ahli Parlimen Seremban kerana kedua-dua mereka telah bertindak keluar daripada DAP.

Suara Politik
Belantan

Ketua Publisiti DAPigs didakwa lindungi Guan Eng?

Posted: 08 Oct 2013 07:31 AM PDT


Tindakan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' dalam isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini sebagai satu cubaan untuk melindungi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng daripada bertanggungjawab dalam kesilapan yang berlaku.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, ROS dan Utusan Malaysia cuma menjalankan tugas berdasarkan laporan yang diterima daripada ahli DAP sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC.


Malah, katanya, kenyataan itu juga secara tidak langsung menunjukkan sikap buruk pemimpin tersebut.

''Sebagai seorang wakil rakyat yang kononnya demokratik dan menyokong hak kebebasan bersuara, Tony tidak sepatutnya mengeluarkan gelaran yang mencerca itu, sebaliknya bertindak dengan lebih matang dan positif.

''Sepatutnya Tony bertindak lebih matang dalam isu ini seperti pergi berjumpa dengan pegawai ROS sendiri jika beliau mahu menyelesaikan masalah tersebut," katanya kepada pemberita di pejabatnya dekat sini hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Tony Pua dalam laman Facebooknya yang menggelar ROS dan Utusan Malaysia sebagai 'anjing UMNO' selepas parti itu diarah menjalankan pemilihan semula CEC baru-baru ini berikutan pelbagai pihak mempertikai kewibawaan proses pemilihan CEC pada 15 Disember tahun lalu.

Zulkifli menambah, tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang cuba mengugut untuk menyaman ROS sekiranya gagal mengiktiraf pemilihan semula CEC DAP pada bulan lalu, juga dilihat sebagai satu cubaan menghalang pegawai awam daripada menjalankan tugas mereka.

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Calon Naib Presiden Guna Pengaruh Istana, Kini Terdedah Siapa Calon Itu...

Posted: 08 Oct 2013 08:00 PM PDT


Hari tu aku ada tulis pasal ada calon naib presiden umno sudah terdesak nak menang, lalu di gunakan pengaruh istana untuk membantunya meraih undi dari ketua-ketua bahagian...

Satu perbuatan yang desperate, mentang-mentang la dia ada kabel kuat dengan istana...

Wartawan joceline tan ada mendedahkan siapa pemimpin desperate yang sanggup menggunakan pengaruh istana untuk mendapatkan undi, korang baca tulisannya di bawah...

Pesan aku pada calon yang bertanding, "berdirilah atas kaki sendiri"

Rakyat Bersetuju Tindakan Zahid Hamidi Sergah Wartawan Malaysiakini...

Posted: 08 Oct 2013 06:00 PM PDT

Majoriti rakyat menyokong tindakan zahid hamidi menyergah wartawan malaysiakini, selama ini banyak menteri berdiam diri apabila kenyataan mereka di spin dan fitnah, tak ada sorang pun menteri yang berani menemplak portal kaki fitnah itu...

Harap tindakan zahid ini menjadi contoh kepada pak-pak menteri yang lain, supaya jangan bagi muka sangat dengan malaysiakini dan kalau boleh kementerian penerangan jangan benarkan malaysiakini renew kad perakuan media mereka...

Satu Kepala 3-5 Ribu, Hanya Itu Nilai Ketua Pemuda UMNO...

Posted: 08 Oct 2013 06:00 AM PDT

Aku dapat perkhabaran dari rakan-rakan kelmarin, ada seorang calon naib presiden yang cukup desperate sudah mula menggunakan senjata duit untuk meraih undi, di khabarkan sejumlah atau mungkin hampir seluruh ketua-ketua pemuda di selangor mendapat ang pau sebanyak rm 5000 satu kepala sebagai imbuhan.

Imbuhan untuk apa? imbuhan supaya memastikan setiap perwakilan mengundi calon yang desperate itu, lihatlah bertapa jijiknya permainan calon naib presiden itu, di saat presiden umno meminda perlembagaan supaya tidak ada lagi permainan politik wang, tapi calon naib presiden itu dengan muke toyar masih lagi mengamalkan politik kotor yang di mulakan oleh anwar ibrahim...

Tapi kenapa pemuda selangor dapat sorang rm 5000 sedangkan 9 ketua pemuda bahagian di perak hanya dapat rm 3000 sahaja?

Perwakilan perlu tolak calon naib presiden yang mengamalkan politik wang macam ni...

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Nanyang Siang Pau : Gelombang Tumbangkan Lim Beri Kesan Undi Guan Eng?

Posted: 08 Oct 2013 11:25 AM PDT


Pemimpin veteran parti, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada 15 Disember 2012.

Selepas selang sembilan bulan, mereka mencatatkan penurunan undi paling banyak dalam pemilihan semula CEC yang diadakan pada 29 September 2013.

Dibandingkan dengan jumlah undi yang diperolehi dalam pemilihan 15 Disember, sokongan kepada Guan Eng didapati menjunam sebanyak 10.81 peratus sekali gus menjadi satu-satunya calon yang mengalami kejatuhan dua digit.


Analisis Nanyang Siang Pau mendapati sebanyak enam calon telah mengalami `kejatuhan' dari segi jumlah undi jika dibandingkan dengan pemilihan 2012.

Mereka yang berdepan keadaan itu ialah Guan Eng, Kit Siang, Nga Kor Ming (Timbalan Bendahari), Tan Kok Wai (Timbalan Pengerusi), Ngeh Koo Ham (Timbalan Setiausaha Agung) dan Tony Pua (Setiausaha Publisiti).

Tetapi selepas mengambil kira perbezaan jumlah perwakilan yang hadir mengundi, kadar sokongan terhadap Koo Ham dan Tony sebenarnya telah meningkat berbanding pemilihan 2012.


Daripada empat calon yang mengalami kejatuhan dari segi kadar sokongan pula, Guan Eng mencatatkan penurunan 10.81 peratus diikuti Kit Siang (4.91 peratus), Kor Ming (3.54 peratus), dan Kok Wai (2.7 peratus).

Ahli DAP secara umumnya berpendapat bahawa penurunan sokongan empat calon ini mempunyai kaitan dengan operasi parti dalam tempoh sembilan bulan semenjak pemilihan 2012 diadakan.

Ia juga dikaitkan dengan gelombang `Tumbangkan Lim' yang dikataan menyebabkan kedudukan Kit Siang dan Guan Eng digoyang.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PemilihanUMNO : Kerana tandus isu, @KhairyKJ dan @LokmanAdam jadi mangsa serangan peribadi MACAI. #KJ4KP #Lokman4NKP

Posted: 08 Oct 2013 08:29 PM PDT

 
 
Kami di MyMassa berasa cukup terkilan melihat perkembangan menuju fasa terakhir Pemilihan UMNO 2013 ini. Kami dapati cukup banyak serangan peribadi yang dibuat ke atas pemimpin tertentu parti, atas desakan ketandusan isu. Malah blog ini juga diserang dengan komen kata-kata kesat oleh oleh beberapa "indidvidu" yang sama ada tidak menggemari calon yang kami bawa atau merupakan 'tentera upahan maya' bagi calon lain.
 
Persoalannya, adakah perbuatan ini dihalalkan atas perjuangan kononnya untuk menyelamatkan masa depan parti?
 
 
 
 
Tidakkah kita berfikir menggunakan akal yang waras dan belajar dari kesilapan yang lalu? Kita pun tahu bukan bahawa apa sahaja yang kita coretkan di blog, ruangan komen, laman FB dan twitter ini bukan sahaja menjadi tontonan dari kalangan ahli UMNO semata-mata? Apakah UMNO akan lebih baik selepas pemimpin yang kita tidak suka tewas, tetapi meninggalkan 1001 persepsi yang buruk kepada rakyat biasa?
 
 
 
 
Apakah UMNO ini ditubuhkan hanya untuk Pemilihan Dalaman Parti sahaja? Atau sebuah pertubuhan (bukan bersifat parti semata-mata) yang wujud atas perjuangan keramat untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair, yang mana perlu melalui proses Pilihanraya Umum? Malah, semasa PRU yang lepas, adakah UMNO menang hanya dengan undi ahlinya sahaja?
 
 
 
 
Kalau jawapannya tidak, maka tolonglah hentikan serangan berbentuk peribadi ini. Kerana itulah, walaupun kami di MyMassa memilih untuk mempromosi beberapa calon tertentu untuk beberapa jawatan, tetapi kami sekali-kali tidak akan membuat serangan peribadi ke atas pihak lawan mereka. Jauh sekali untuk memburukkan ahli keluarga dan anak isteri mereka.
 
Apakah kita suka jika orang lain memburuk-burukkan anak isteri kita? Lebih bacul, berselindung pula di sebalik akaun anonymous atau palsu. Apakah ini perjuangan yang dituntut dalam Islam?
 
Kalau sudah tandus idea untuk mengangkat pemimpin pun, janganlah pula sampai jadi ejen syaitan untuk memburuk-burukkan orang lain. Malulah jika kehebatan kita setakat menghentam dan memaki sahaja.
 
Seperti dalam kes Lokman Adam, mengapa perlu diungkit hal berbelas tahun yang lalu? Siapa yang tidak pernah buat kesilapan dalam hidup mereka? Kesilapanlah yang banyak memberikan kita pelajaran dan pengajaran untuk meneruskan hidup. Seorang pemimpin juga seharusnya tidak takut untuk berbuat silap dan mengambil tanggungjawab. Dalam hal ini, saudara Lokman telah pun membuktikan apa yang beliau mampu sumbangkan untuk kekuatan parti melalui Biro Pidato terutamanya sepanjang 4 tahun yang lalu. Malah, masih banyak lagi bukti kesungguhan saudara Lokman mempertahankan Kerajaan dan UMNO yang kita boleh lihat secara carian terbuka di YouTube.
 
Jadi persoalannya kini, apakah calon yang anda begitu puja itu mampu berhadapan dengan pihak lawan secara berdepan tanpa gentar seperti saudara Lokman sendiri? 
 
Cuba keluar sebentar dari lingkungan kepartian dan nilai semula calon yang anda angkat tadi. Nilaikan persepsi terkini rakyat biasa ke atas dirinya berdasarkan beberapa perkembangan terkini. Adakah anda rasa beliau layak lagi diangkat sebagai pemimpin jika anak negerinya sendiri pun sudah ramai yang mulai membencinya? Ingat, calon anda itu bukan setakat hendak jadi NKP, sudah tentu selepas ini beliau perlu menarik pula sokongan rakyat biasa kepada UMNO. Bagaimana dia hendak berbuat begitu jika sekarang pun sudah terpalit dengan pelbagai kontroversi yang tidak disukai rakyat biasa?
 
Namun begitu, kami sekali-kali tidak akan menyebut nama atau membuat serangan peribadi. Blog ini hidup selama ini pun bukannya kerana sokongan ahli UMNO semata-mata. Sebab itu, persepsi rakyat biasa ke atas pemimpin UMNO sangat penting buat kami.
 
 
 
 
Inilah juga yang membuatkan kami cuba menjadikan Pemilihan UMNO kali ini sebagai satu budaya baru yang turut diraikan sama oleh rakyat biasa. Supaya UMNO kekal relevan di mata rakyat, selain mengambil kesempatan memperkenalkan beberapa calon yang kami sanjungi. Ambillah kesempatan Pemilihan tahun ini untuk memperkasakan UMNO, dan bukannya memberikan lagi ruang kepada pembangkang untuk menyerang parti keramat kita ini.
 
Pilih pemimpin dengan gunakan akal, bukannya dengan hati yang emosi!

PRK SG LIMAU MEDAN HIJRAH TUKAR PAS KE UMNO.

Posted: 08 Oct 2013 02:00 PM PDT



ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud:

"Dan orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Surah al-Anfal, ayat 74).

Mungkin terlalu awal untuk berbicara berkaitan semangat jihad untuk berhijrah memandangkan Sambutan Maal Hijrah 1435H masih lagi jauh.

Kita mungkin disibukkan dengan Pemilihan Agung UMNO (PAU) 2013, Pilihanraya Kampus, pembentangan Bajet 2014. Tak kurang juga PAS yang turut sibuk bergelut menghadapi pemilihannya dalam Muktamar 2013 nanti. Ada juga yang berkira-kira untuk balik kampung sempena Hari Raya Qurban nanti. Mungkin sedang mengira berapa banyak haiwan ternakan yang akan mereka 'tumbangkan' kelak?

Dunia jangan ditinggal, akhirat pula jangan dilupa. Sempena PRK Sg Limau nanti Mymassa berharap agar penduduk DUN Sg Limau bertekad untuk melakukan penghijrahan zahir dan batin secara beramai-ramai meninggalkan segala kebatilan dan ketaksuban. Berubahlah menjadi seorang Muslim Melayu yang benar-benar memiliki iman yang sejati bukannya terpalit dengan unsur-unsur subahat seperti mana yang dibawa oleh sebuah parti yang mengaku bertunjangkan Islam tetapi natijahnya membawa lebih banyak keburukan kepada agama dan bangsa sendiri.

Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sentiasa menyantuni anak-anak yatim dan golongan alim ulama

Berhijrahlah dengan memilih sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dengan memartabatkan bangsa Melayu dan bumiputera sebagai penduduk majoriti negara ini. Sudah begitu banyak jasa UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam memakmurkan agama dan bangsa ini tanpa meminggirkan golongan minoriti.
Rumah-rumah yang kita diami, tanah-tanah yang kita usahakan, dan segala rezeki yang kita perolehi seharian selama berada di Sg Limau itu adalah nikmat-nikmat  yang Allah s.w.t kurniakan hasil perjuangan sebuah kerajaan yang prihatin terhadap bangsa dan agamanya. Kita tidak mungkin mendapat hak-hak ini jika kepimpinan Negeri dan DUN diberikan kepada pihak yang bukan hak atau kutu-kutu brahak.
Hanya mereka yang tamak dan tidak bersyukur saja yang  selalu mendakwa UMNO dan BN dengan pelbagai buruk sangka. Namun kepada Allah s.w.t saja tempat UMNO dan BN berserah dan  sesungguhnya Dia Maha Mengetahui siapa yang sentiasa ikhlas berjuang demi agamaNya.


Kerjasama erat antara ulama dan umara akan memberikan kejayaan kepada Negeri yang ditadbir

Kita akui UMNO dan BN tidaklah 100 peratus sempurna kerana tiada satupun ciptaan Allah yang sempurna apatah lagi sebuah parti yang diwujudkan oleh manusia. Namun percayalah parti keramat ini sentiasa memperbaiki diri dengan beristiqamah mencari keredhaan Allah s.w.t. Perjuangan jihad memartabatkan Islam dan Melayu tidak pernah lekang dan sentiasa ada penambahbaikan.

Justeru kami menyeru dengan penuh tawadduk kepada pengundi-pengundi di DUN Sg Limau agar bertekad melakukan perubahan pada 4 November ini dengan berhijrah beramai-ramai memilih calon UMNO  - Barisan Nasional  untuk menjadi ADUN baru bagi mewakili ummah dan rakyat di kawasan ini demi kelangsungan kita memartabatkan agama, bangsa dan negara bersama.

Semoga semangat Awal Muharram 1435H pada 5 November nanti membawa sinar kejayaan dan kemenangan kepada UMNO dan BN di DUN Sg Limau ini. Insya Allah.

Hayatilah erti pengurbanan dan hijrah. Kenalilah dirimu rata-rata, hargailah budi mereka yang berjasa, barulah kamu mengenal Tuhanmu yang nyata.
 
Allah Akhbar...Allah Akhbar...Allah Akhbar ...Berani Berhijrah untuk Kedah!

#PemilihanUMNO : Calon #60 bakal menggegar pembangkang! @TunFaisal #TF4MT

Posted: 08 Oct 2013 08:00 AM PDT

 
 
Alhamdulillah. Akhirnya semalam, Jawatankuasa Pemilihan UMNO membuat keputusan bahawa saudara Tun Faisal dibenarkan juga untuk bertanding bagi jawatan MT UMNO pada pemilihan kali ini. Sememangnya beliau tidak mendapat laluan yang mudah selain terpaksa melalui pelbagai dugaan yang getir. Tetapi bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyungnya, manakan dapat sagunya.
 
 
 
 
Kami di MyMassa sentiasa menyokong penuh pencalonan Tun Faisal sebagai calon No 60 MT UMNO bagi memastikan UMNO kembali diremajakan dan suara anak muda, warga IPT serta warga siber dapat diperjuangkan ke arus perdana. Teruskan berjuang Tun, kami akan sentiasa di belakangmu! #TF4MT!
 
 
 

PANAS! Pendedahan SKANDAL di pejabat Menteri KBS?!! @KhairyKJ #PemilihanUMNO #KJ4KP

Posted: 08 Oct 2013 05:00 AM PDT

 
 
Gadis yang dikatakan menjadi pujaan KJ...


Utamakan hasil bukan retorik

JIKA pada tahun 2004, KHAIRY JAMALUDDIN dikatakan berhadapan dengan pencabar heavyweight bagi merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO, tetapi dalam usaha mempertahankan jawatan itu dalam Pemilihan UMNO 12 Oktober ini, beliau akan berhadapan dengan empat calon bertaraf ketua cawangan sahaja.

Namun Khairy tidak memandang rendah apatah lagi cabaran mereka, bagi beliau apa pun berlaku usaha tetap dilakukan untuk kemenangan.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HUSSAINI AMRAN di Kementerian Belia dan Sukan. Khairy mengulas panjang lebar hasrat beliau mempertahankan jawatan tersebut dan menjawab segala persoalan serta isu yang dikaitkan dengan diri beliau.



MINGGUAN: Imbas kembali 2004, YB menjadi Ketua Pemuda dengan ejekan tetapi selepas itu YB berjaya memimpin pergerakan tersebut, apakah ini menjadi asas YB mahu mempertahankan jawatan?

KHAIRY: Sejak awal lagi saya memang berhasrat mahu duduk dalam Pemuda bukan sepenggal tetapi kalau boleh lebih daripada itu memandangkan saya masih lagi dalam lingkungan umur Pemuda. Walaupun jawatan Ketua Pemuda tiada had umur tetapi saya dalam usia 37 tahun, saya masih boleh serasi dengan orang muda. Yang kedua, perancangan fasa pertama atau penggal pertama lebih kepada menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Macam mana kita boleh appeal UMNO, Pemuda UMNO, Pemuda BN kepada pengundi muda yang ada di dalam dan paling penting di luar parti. Sebab itu banyak pendekatan yang kita buat sebelum PRU-13 menjurus ke arah luar parti.
 


Berikutan itu kita melaksanakan pelbagai program yang bertujuan menarik sokongan orang muda seperti program jelajah Pemuda dan karnival kerjaya, semua itu tidak pernah kita buat dahulu. Zaman dahulu kita lebih kepada kumpulan pendesak, cakap soal parti, soal agenda bangsa tapi yang ini kita meliputi semua aspek sebab kita hendak tarik sokongan daripada orang muda dan hasil seperti mana kajian Merdeka Center yang menunjukkan 54 peratus pengundi muda Melayu berumur 21 hingga 30 tahun mengundi BN, yang tidak beri ialah bukan Melayu. Perancangan penggal kedua saya ialah untuk melahirkan pemimpin muda yang boleh mengambil alih tempat pemimpin-pemimpin lama atau dewasa sedia ada. Maknanya, perancangan fasa kedua ini adalah peremajaan UMNO itu sendiri, ia bukan sekadar program tetapi menampakkan UMNO ini dianggotai oleh pemimpin-pemimpin muda.

Dalam penggal kedua ini, kita fokus kepada pengkaderan pemimpin Pemuda dan Puteri. Insya-Allah kita akan laksanakan selepas pemilihan nanti adalah akademi kepimpinan muda dalam UMNO seperti mana dipersetujui oleh Presiden parti. Kita cari yang betul-betul ada bakat. Sama ada dalam kalangan pelajar universiti, profesional dan ahli kita sendiri yang kita rasa dia ni boleh menjadi calon sama ada dalam pemilihan parti mahupun pilihan raya. Bagi saya, KPI satu, sokongan orang muda. Yang kedua untuk KPI adalah pemimpin muda dalam parti. Kita tengok pembangkang. Berapa ramai ahli-ahli Yang Berhormat dalam kalangan muda. Saya mahu bawa lebih ramai lagi ke depan supaya kita ada nampak peremajaan parti itu dan anggota itu sendiri.


Dalam istilah peremajaan UMNO ini, ada dua tafsiran. Satu tafsiran mengatakan di segi usia dan di satu lagi pula merujuk kepada pemikiran?

KHAIRY: Kedua-duanya. Dalam ucapan dasar tahun lepas saya ada kata tak guna kita muda dari segi usia tetapi pemikiran kita kolot. Jadi, saya cuba bawa kedua-dua. Ada yang faham, ada yang tak berapa faham. Ada yang kata Pemuda kena kembali ke zaman dahulu sebagai kumpulan pendesak. Saya kata kumpulan pendesak OK tetapi tak cukup dengan itu. Ia kena lebih daripada itu. Kita kena tengok masalah orang muda. Kenapa kita buat job fair? Kenapa kita bawa isu perumahan? Kenapa kita bawa isu muflis contohnya. Sebab ini isu yang melibatkan orang muda.

Ya, kita boleh melaungkan perjuangan parti, agama, bangsa dan negara, itu tetap kita buat tetapi orang muda hari ini mahu tengok lebih daripada retorik. Kalau hanya retorik, mereka akan kata ''kamu muda tetapi perjuangan sama dengan orang lama, tak bawa benda baharu.'' Dari segi peremajaan ia juga ada kaitan dengan usia. Saya mengakui ada orang lama atau pemimpin lama yang menampakkan ciri-ciri sebagai orang muda. Seperti Perdana Menteri, beliau ada Twitter dan Facebook. Beliau tahu bagaimana hendak mendampingi dan mesra orang muda.


YB antara Ketua Pemuda yang satu ketika tidak berada dalam Kabinet tetapi YB tabah melaksanakan tanggungjawab, namun dalam tempoh tersebut banyak isu melibatkan orang Melayu dan Islam, Pemuda UMNO dilihat ketinggalan sehingga tempat itu diambil oleh NGO-NGO?

KHAIRY: Saya lebih melihat kepada isu-isu pengisian sebenar agenda bangsa. Bila kita buat program yang memperkasakan orang muda contohnya menjuarai isu pengangguran melalui karnival kerjaya siapa yang dapat faedah? Orang Melayu juga. Kita tidaklah menjerit perkara itu, tetapi kita lebih kepada hasilnya.
 
 

Sebanyak 140,000 orang muda dapat pekerjaan melalui karnival kerjaya Pemuda, 90 peratus orang Melayu. Bila kita bercakap 'Hidup Melayu!' biarlah hidup Melayu yang bermartabat. Kita bagi penyelesaian kepada mereka. Ini cara baharu. Sebab itu saya diterima oleh orang UMNO dan bukan UMNO, hasilnya dalam pilihan raya apabila orang muda sudah bersama kita, majoriti saya sendiri di Parlimen Rembau naik tiga kali ganda. Saya bukannya masuk bakul angkat sendiri tetapi bercakap dari segi hasil .

Ya, saya faham ada orang kata ada NGO yang ambil alih tetapi NGO yang ambil alih dari segi retorik sahaja. Tetapi dari segi kerja sebenar, kita telah melaksanakannya. Kita deliver dan ini juga fakta, saya tengok sebab saya dalam jawatankuasa pengurusan, tidak ada satu bulan pun sejak saya jadi Ketua Pemuda di mana sayap Pemuda UMNO paling corot dari segi penambahan ahli baharu. Setiap bulan sejak saya jadi Ketua Pemuda, kita nombor satu. Kita lebih daripada Wanita, kita lebih daripada Puteri, kita lebih daripada parti induk. Kita nombor satu dari segi penambahan ahli baharu UMNO sejak saya jadi Ketua Pemuda.


Tetapi dalam politik ada berkaitan dengan persepsi. Sejauh mana YB dapat bertahan dengan dakwaan mengatakan YB liberal dalam isu berkaitan orang Melayu dan Islam?

KHAIRY: Apakah hak Melayu dan kedudukan agama tergadai sewaktu kita memimpin Pemuda UMNO? Tidak. Kita bawa cara yang baharu dan saya sanggup berdepan dengan persepsi tersebut sebab kita bawa benda yang baharu. Bila kita bawa perubahan dan transformasi, bukan semua orang akan setuju.

Apabila Perdana Menteri lantik saya menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional (PUNB) untuk menjaga ekonomi bumiputera. Saya bawa program himpunan usahawan bumiputera sebelum pilihan raya, dapat tambahan peruntukan untuk TEKUN, MARA dan PUNB. Ini mungkin orang nampak tak sama dengan cara-cara yang dibuat oleh NGO tetapi saya rasa hasilnya lebih berkesan daripada apa yang mereka buat. Saya lebih menitikberatkan hasil. Dari segi liberal progresif itu hanya pendekatan saya.


Pendekatan saya berbeza, saya buat sosial media, saya buat Facebook, saya buat Twitter, supaya orang muda boleh identify dengan saya. Apakah parti kita nak kepada seorang Ketua Pemuda yang hanya tahu bawa retorik sahaja tetapi tak tahu macam mana nak mendekati dan engage dengan orang muda. Bukan saya nak kata saya dah buat yang terbaik tetapi saya rasa setidak-tidaknya adalah sedikit sebanyak sokongan dan pengaruh saya dan juga Pemuda UMNO atas orang muda pada hari ini. Dan itu sebenarnya yang jadi keutamaan kita. Kita kena tengok dari segi perubahan pemikiran dah lain dah. Pemuda ini kena ada di depan.

Dulu zaman Datuk Harun Idris adalah untuk menjadi agresif dari segi isu bangsa dan sebagainya. Sekarang ini untuk orang muda capture the mood dia kena nampak profesional, ialah sejagat sikit tapi akhirnya kita nak tolong orang Melayu melalui hasil. Dari segi hasilnya tiada siapa yang boleh meragui hasil yang kita bawa.


Keempat-empat pencabar YB adalah sekadar ketua cawangan dan dilihat bukan tandingan YB. Apakah cabaran ini benar-benar untuk perjuangan atau sekadar kacau daun?

KHAIRY: Saya tidak mahu mempertikaikan tujuan mereka bertanding sebab saya rasa tidak adil. Saya pun tak nak mengamalkan kempen yang tak sihat, komen pasal orang lain tapi bagi saya dalam Pemuda ini, cuma saya katakan menjadi Ketua Pemuda ni bukan perkara kecil dan remeh. Keahliannya lebih 650,000 orang. Ini bukan tugas ketua Pemuda cawangan. Ini bukan pemimpin NGO. Ini sesuatu yang serius. Jawatan Ketua Pemuda sama taraf dengan Naib Presiden parti dan kena jaga 191 bahagian. Lumrah manusia pun, bila sebelum kita boleh berlari, kita kena merangkak dulu, bertatih lepas tu jalan dan kemudiannya berlari. Kita tak tiba-tiba merangkak nak lari. Tak boleh. Kena ada proses dalam parti dan saya yakin perwakilan Pemuda UMNO memahami perkara tersebut.

Walaupun saya langsung tidak memperkecilkan pengalaman dan kredibiliti lawan saya, walaupun Ketua Pemuda cawangan sahaja, tetapi nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini perkara yang serius dan perlu kepada orang yang berpengalaman dan diterima oleh rakyat.

Saya nak kata apa pun, saya wakil rakyat dah dua kali dah. Satu penggal sebagai Ketua Pemuda, orang kenal saya. Jadi tak perlu saya kenalkan diri kepada rakyat. Maksud yang saya kata di sini, siapa yang kita pilih dalam UMNO mestilah diterima oleh rakyat. Jangan kita pilih orang yang rakyat tak kenal.


Bagaimana dengan orang melihat kemungkinan ini adalah protes terhadap kepimpinan YB?

KHAIRY: Kalau protes yang serius sudah pasti ada Exco atau Ketua Pemuda Bahagian yang lawan saya atau dari Majlis Tertinggi. Tetapi saya tengok pemimpin yang ada kedudukan, tiada siapa yang lawan. Yang lawan pun dari Ketua Pemuda cawangan. Saya melihat ini sebab keterbukaan parti. Kalau protes sudah pasti ada Exco atau Ketua Pemuda negeri atau Ahli Majlis Tertinggi.


Pencabar-pencabar YB membawa tagline Hidup Melayu, soal perjuangan Islam, soal rasuah, angkat sumpah laknat dan sebagainya. Pada pandangan YB, mengapa mereka memilih tagline dan tindakan seperti itu?

KHAIRY: Itu kena tanya mereka. Mungkin mereka rasa itu penting bagi mereka. Tetapi bagi saya, kalau nak cakap soal Hidup Melayu memang saya setuju, Melayu memang hidup pun tetapi apakah kualiti hidup Melayu itu lebih penting daripada kita sekadar melaungkan slogan. Saya dalam Pemuda dah lama sejak 1999, kalau mereka hendak bawa apa-apa slogan bawalah. Saya tetap dengan perjuangan saya. Tidak ada masalah. Saya tidak ada jawatan selama empat tahun dalam kerajaan tetapi saya dapat bertahan juga sebagai Ketua Pemuda UMNO. Ia bukan perkara yang senang. Tiada siapa yang pernah bawa selama empat tahun tanpa jawatan dalam kerajaan. Terutama dalam keadaan macam ni. Tetapi saya berjaya juga menyatukan Pemuda UMNO.

Sekarang ini dah dapat jawatan. Menteri Belia dan Sukan ini bukan saya punya tetapi Pemuda UMNO punya. Dan saya di sini sebagai Ketua Pemuda UMNO. Jadi saya minta perwakilan kalau saya dah bawa Pemuda empat tahun dalam keadaan yang susah, sudah pasti empat tahun akan datang kita boleh melakukan lebih hebat berikutan kedudukan dalam Kementerian Belia dan Sukan.


Ada tafsiran yang menyatakan YB tidak selesa apabila Datuk Mukhriz Tun Mahathir bertanding Naib Presiden? Benarkah?

KHAIRY: Biarlah, kita kalau nak bercakap soal tanggapan, persepsi politik ini saya lagi tak selesa kalau dia nak bertanding Ketua Pemuda. (Ketawa) Bukan kerana saya takut tetapi bertembung dengan rival lama. Dulu pun pertandingan antara kami bagi jawatan Ketua Pemuda sengit. Kali ini kalau saya lawan beliau pun sengit juga. Jadi lebih baik beliau bertanding jawatan lain daripada Ketua Pemuda, tetapi saya tak fikir benda tu.

Mungkin orang percaya atau tidak tetapi jujurnya inilah pandangan dan perasaan saya iaitu kita memerlukan semua orang di dalam UMNO untuk berjaya dalam PRU-14. Semua orang ada tempat. Kalau kita seteru dalam UMNO dan persaingan ini menyebabkan kita rugi dari segi tokoh-tokoh tidak dapat tempat dalam parti yang akan rasa kesannya adalah UMNO. Jadi kita memerlukan semua orang. Daripada Naib-Naib Presiden yang sedia ada kepada pemimpin-pemimpin yang baru nak muncul. Kita memerlukan semua orang sebab kekuatan UMNO datangnya daripada ahli-ahli dan dari semua pemimpin yang ada.


Secara jujur, YB bercakap panjang lebar berhubung peremajaan UMNO. Adakah YB bersetuju bahawa Mukhriz adalah antara orang yang boleh diberi peluang untuk memberi isyarat kepada rakyat bahawa itulah peremajaan UMNO?

KHAIRY: Soal peremajaan ini kita kena lihat dalam konteks lebih menyeluruh. Berhubung Datuk Mukhriz ni, kita tengok kepada corak kempen. Ada masa lagi. Saya rasa untuk adil kepada semua kita tengok apakah penerimaan perwakilan dan rakyat. Semua ada kelebihan masing-masing. Kalau nak cakap soal kelebihan Naib-Naib Presiden sedia ada di segi orang muda pun ada juga. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Hisham pun pernah jadi Ketua Pemuda. Datuk Zahid pun pernah jadi Ketua Pemuda dan diterima baik oleh orang muda. Jadi, kita tak boleh kata usia adalah faktor penentu. Tapi kita tengok macam mana. Lama lagi ada dua minggu lagi.


Berbanding dengan Pas, orang melihat UMNO tidak ke depan dalam isu berkaitan agama. Bila nak bercakap soal Melayu, kita takut dituduh rasis?

KHAIRY: Tidak juga, kita tengok baru-baru ini PM umum program pemerkasaan bumiputera itu adalah hasil daripada perbincangan kita dalam MT, dalam UMNO tetapi macam saya sebutkan tadi, apa yang PM umumkan itu result-based, dia ada hasilnya serta perancangan. Tak guna kita jerit, kita memekik soal Hidup Melayu kalau tak ada perancangan. Yang lebih penting adalah perancangan. Satu perkara yang saya belajar, bila saya observe contohnya kaum Cina, kejayaan mereka, sebab apa, sebab ada perancangan. Dia orang tak laungkan apa-apa. Adalah kadang-kadang Dong Zong buat tapi lebih kepada perancangan tersusun. Itu yang kita nak buat sekarang. Itu yang tersurat dan tersirat.


Perancangan YB di peringkat nasional memang mantap tetapi pelaksanaan di peringkat akar umbi iaitu bahagian dan cawangan bagaimana?

KHAIRY: Itu berbalik kepada pemantapan organisasi. Sebab itu saya minta perwakilan cari pemimpin yang betul-betul boleh carry jawatan Ketua Pemuda bahagian dan ini penting. Sebab jawatan itu adalah ejen utama saya di peringkat akar umbi yang boleh melaksanakan tugas. Kita ada perancangan yang baik di peringkat nasional tetapi bila nak sampai ke bawah itu, saya mesti bergantung kepada Ketua Pemuda bahagian. Dia mesti melaksanakan tugas, menjalankan program. Ada yang berjaya ada yang tak berjaya. Saya minta kali ini kita pilih pemimpin yang kita rasa betul-betul boleh carry visi saya di peringkat akar umbi. Kalau tidak tak sampai. Saya nak buat sendiri susah. 15,000 cawangan, mesti juga dapat push daripada Ketua Pemuda bahagian.
 
 


Pesanan YB kepada Pemuda dan ahli UMNO?

KHAIRY: Kita buktikan kepada rakyat bahawa keterbukaan dan demokrasi yang kita bagi pada parti kita ini, kita pikul dengan penuh bertanggungjawab. Maksudnya walaupun lebih ramai lagi diberi hak untuk mengundi, walaupun sesiapa yang nak bertanding boleh bertanding tetapi kita kena fikir soal masa depan parti kita dengan serius. Dan bagi saya kepada perwakilan Pemuda saya menghormati pencabar saya. Semua pencabar saya walaupun datang dari peringkat cawangan tetapi sebagai orang yang berani tampil ke depan kita menghormati mereka. Tetapi kita kena fikirkan dari segi perancangan dari segi hasil, track record, kestabilan parti, saya rasa saya dah buat yang terbaik sepanjang empat tahun tanpa apa-apa jawatan pun. Saya harap mereka dapat memberi sokongan padu kepada saya untuk penggal akan datang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131006/re_08/Utamakan-hasil-bukan-retorik#ixzz2h7SBJZr1 © Utusan Melayu (M) Bhd
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
MyMassa: Pada pandangan kami, YB KJ telah pun menjawab hampir 99% persoalan dan pertikaian yang ditimbulkan oleh lawannya. Namun, apa yang membuatkan kami tertarik adalah TIGA fakta berikut:
 
1) "...kajian Merdeka Center yang menunjukkan 54 peratus pengundi muda Melayu berumur 21 hingga 30 tahun mengundi BN." - YB KJ sengaja menggunakan dapatan kajian dari agensi pro pembangkang supaya orang tidak tuduh beliau perasan diri. Ini adalah fakta yang membuktikan bahawa program-program yang diadakan oleh PEMUDA UMNO sepanjang kempen PRU-13 memang mendatangkan hasil. Apa guna menjerit-jerit melaungkan HIDUP MELAYU jika akhirnya anak muda Melayu sendiri tidak sokong kita melalui undi?
 
2) "Sebanyak 140,000 orang muda dapat pekerjaan melalui karnival kerjaya Pemuda, 90 peratus orang Melayu." - Fakta ini sekaligus menafikan dakwaan pihak lawan bahawa YB KJ dan PEMUDA UMNO tidak melakukan apa-apa bagi membantu mempertingkatkan taraf ekonomi anak muda Melayu. Dan yang lebih manis, ia tidak perlu dijadikan bahan untuk bermegah-megah sehinggakan menjadikan ia satu ancaman kepada pihak lain. Dengan kata lain, kurangkan bercakap, banyakkan kerja, Insya Allah, hasilnya akan datang jua.
 
3) "Dari segi liberal progresif itu hanya pendekatan saya." - YB KJ tidak perlu mendabik dada sebagai Ultra Melayu jika itu hanya akan mengakibatkan kerugian yang lebih besar kepada majoriti orang Melayu yang menyokong UMNO. Sama ada mahu atau tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa pendekatan sebegini yang lebih appeal kepada golongan muda hari ini. Kebanyakan anak muda menolak dogma rasisma dan kepartian yang keterlaluan. Lagipun, bukankah dengan menggunakan pendekatan ini, YB KJ mendukung penuh Sunnah Rasulullah SAW dan seruan YAB PM untuk sentiasa mengamalkan sikap bersederhana atau Wasatiyyah? Apakah ianya satu perkara yang mendatangkan dosa dan dikeji dalam Islam? 

Fakta untuk persoalan selainnya, kami berpendapat semuanya sudah dijawab dengan panjang lebar oleh YB KJ. Namun kami tahu, masih ada satu pertikaian yang belum dijawab secara terbuka oleh YB KJ iaitu:

"KENAPA MESTI LANTIK REGINA LEE YANG PRO DAP SEBAGAI PEGAWAI BELIAU? APAKAH TIDAK ADA ORANG MELAYU ATAU UMNO YANG LEBIH LAYAK UNTUK JAWATAN TERSEBUT?"

 

 
 
Tahukah anda semua bahawa YB KJ juga ada melantik seorang wartawan politik dari Utusan Malaysia? Nama beliau adalah Raja Syahrir Abu Bakar dan kini menjalankan tugas-tugas yang sama seperti Regina Lee. Jadi, jika KJ ini seorang yang anti Utusan, mengapa perlu beliau lantik seorang wartawan Utusan menjadi pegawai di pejabat beliau? Anda tidak percaya? Anda boleh Google sendiri nama wartawan ini dan masih boleh baca lagi semua berita nukilan beliau atau boleh tanya sendiri tuan punya diri melalui akaun twitter beliau, @Bobby_Bakar.
 
Maka terungkailah pertikaian dan fitnah bahawa KJ itu anti Melayu, anti Utusan, tidak mahu bantu Melayu dan banyak lagi. Cuma kami dapat merasakan bahawa pasti akan ada yang akan bertanya lagi, KENAPA MESTI REGINA LEE?
 
Blogger Helen Ang sendiri pernah menulis bahawa REGINA Lee ini adalah seorang penyokong atau pensimpati DAP yang berjaya menyusup masuk ke dalam Kerajaan, atau lebih tepat lagi ke dalam pejabat Menteri BN. Ini satu perkara yang tidak dapat kami nafikan. Lagi pun, berapa peratus sahaja orang Cina di Negara ini yang masih menyokong BN? 
 
Namun, tidak pernahkah terlintas dalam fikiran kita bahawa tujuan KJ membawa Regina bekerja dengan beliau adalah bagi membuktikan sendiri bahawa apa yang penyokong DAP percaya selama ini, bahawa semua menteri UMNO itu korup, malas dan tidak tahu buat kerja adalah satu fitnah semata-mata? Lebih menarik, Regina pula bermula di pejabat seorang anak muda berjaya seperti KJ yang tidak sudah-sudah ditohmah, bagi mendapatkan first hand knowledge of what is going on in the umno ministries.
 
Dengan memerhatikan kecenderungan dan pengaruh Regina dalam laman Twitter terutamanya, sudah pasti akhirnya kebenaran akan sampai juga ke sebelah 'sana' bukan? Siapa lagi yang lebih layak menyampaikan DAKWAH kepada orang Cina selain dari orang Cina itu sendiri? Memang tidak dapat dinafikan akan ada satu dua maklumat yang akan menjadi isu dan pertikaian, tetapi kita perlu ingat, Regina Lee juga tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sepertimana penjawat-penjawat awam yang lain.
 
Masalah polarisasi kaum di negara ini yang berpunca daripada sistem persekolahan berbentuk dual telah mengakibatkan dua kaum terbesar tidak dapat berhubung dan bergaul antara satu sama lain dengan cara yang sepatutnya. Maka, apakah kaedahnya lagi untuk membawa satu-satu kaum itu memahami cara kerja dan norma hidup bangsa Melayu dan Islam jika kita terus hidup secara berasingan?
 
Langkah YB KJ juga tepat kerana selain dapat memberikan peluang kepada Regina Lee untuk mendapatkan gambaran sebenar bagaimana UMNO menjalankan pentadbiran Negara, YB KJ juga sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang sensitiviti dan norma kehidupan seorang Cina yang kini majoritinya simpati kepada DAP. Dengan ini, sebagai Ketua Pemuda UMNO dan BN, beliau akan dapat merangka strategi yang lebih tepat untuk melaksanakan program yang berkesan kepada orang Cina, terutamanya golongan muda yang semakin menjauhi Kerajaan. Maka, persoalannya di sini, apakah KJ telah mengambil keputusan yang semberono dengan mengambil Regina Lee sebagai pegawai beliau, atau ianya juga satu lagi langkah strategik yang akan menguntungkan UMNO dan orang Melayu, tanpa perlu dihebohkan kepada orang lain?
 
Mungkin kami masih lagi tidak dapat memuaskan hati sesetengah pihak dengan penerangan dan fakta di atas. Namun, kadang-kala anjing yang kuat menyalak itu pun hanya berani setakat kuat suaranya sahaja. Fikir-fikirkanlah...Wallahua'lam. 
 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kerajaan serius tentang rasuah dan pencapaian

Posted: 08 Oct 2013 08:30 PM PDT

Klinik 1M'sia: Bapak kaki bontot, anak cakap ikut bontot

Posted: 08 Oct 2013 05:30 PM PDT

Ajis Kaprawi ngobrol impian untuk Melayu

Posted: 08 Oct 2013 05:28 AM PDT

Tak malu Mat Syiah nak tanding di Sg Limau

Posted: 08 Oct 2013 02:27 AM PDT

Tony Pua: Anjing liar rasis yang patut SPCA tembak

Posted: 07 Oct 2013 11:30 PM PDT

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Reviving the spirit of Umno

Posted: 08 Oct 2013 05:30 PM PDT

Just the two of us

Posted: 08 Oct 2013 12:11 AM PDT

PenangWasabi

0

Posted by Unknown | Posted on 9:25 PTG | Posted in

sumber :-

PenangWasabi


Kritik Klinik 1M : Mentaliti Nurul Izzah Kelas Ke-3?

Posted: 08 Oct 2013 12:17 PM PDT


Nurul Izzah yang namanya semakin pudar dalam politik negara. Kita juga faham Nurul agak malu dan tertekan dengan ejekan orang ramai terhadap tindakan bapanya membuat 'make-over' ke atas wajah yang ketandusan seri dan Nurul perlu mengalih perhatian ramai.

Maka Nurul pun menghentam Klinik 1Malaysia. Katanya, klinik ini tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 kerana tidak menyediakan doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit.

Benar, bahawa klinik ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana memang itupun yang diumumkan kepada rakyat iaitu objektifnya ialah untuk menangani sakit ringan dan biasa sahaja.

Objektif ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan khidmat perubatan yang murah, dekat dan mudah bagi sakit biasa seperti luka, demam, batuk, selsema, cirit-birit atau sakit kepala, dan yang sepertinya. Sakit seperti ini adalah bermusim dan mudah tersebar.

Bagi sebuah keluarga yang ramai, kewujudan Klinik 1M ini tentulah memudahkan, daripada mereka terpaksa bersilih ganti ke klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.

Selain itu, ia juga bagi memudahkan pesakit yang memerlukan ubat berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi pengidap kencing manis dan sebagainya. Dengan adanya klinik 1M ini, pesakit seperti ini tidak perlu lagi menapak ke hospital setiap kali kehabisan bekalan ubat-ubatan.

Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan mengurangkan beban kos rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan biasa.

Oleh itu, kritikan Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Dato' Seri Najib bukan berperangai seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun tidak mampu menyediakannya.


Dato' Seri Najib menjanjikan perkara yang logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.

Nurul Izzah pastinya mempunyai mentaliti dunia ketiga yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan taraf pertama dengan kos yang paling rendah atau percuma. Beliau juga tentu menyangka yang semua ahli politik adalah penipu seperti bapanya.

Hakikatnya, BN tidak pernah menipu. Buktnya, Klinik 1M telah pun wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan.

Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.

Justeru, daripada Nurul Izzah asyik tersalah kritik, mungkin lebih baik jika Nurul Izzah cuba bentangkan apakah yang telah dilakukannya atau partinya yang mampu membantu dan memudahkan hidup rakyat? Rasanya, sudah sampai masanya Nurul berpolitik secara matang, bukan dengan cara dunia ke-3.

Bukan sekali Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu mengkaji, tetapi telah beberapa kali. Antara kenyataan paling memalukan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah ialah berkenaan isu Lahad Datu di mana beliau menuduh Pasukan Cawangan Khas sebagai bertanggungjawab untuk mencari orang hilang.

Malah, dalam isu agama juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang, tetapi menyerbu sesuka hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam.

Kerana itu, beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam, dan salah dari segi politik.

Seperti bapanya, Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara yang remeh. Namun, sesekali, Nurul Izzah kelihatan teringin juga menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara.

Bagaimanapun, ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana merisikokan rahsia negara terbongkar luas.

Hari ini, Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus menghentam produk-produk 1Malaysia. Kita faham keterdesakan Nurul.

Penang Wasabi..

Gempar...!!! 1,703 perwakilan, calon UMNO muflis?

Posted: 07 Oct 2013 10:05 PM PDT


Seramai 33,272 calon disahkan bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO bulan ini selepas 869 calon gagal melepasi saringan Jawatankuasa Pemilihan parti, termasuk 334 yang didapati muflis.

146,000 pewakilan

Selain itu, 1,369 daripada kira-kira 146,000 perwakilan yang telah dipilih, tidak layak kerana turut disenaraikan muf lis oleh Jabatan Insolvensi.

Berikutan itu, pemilihan bagi jawatan peringkat pusat pada 12 dan 19 Oktober ini akan menyaksikan 260 calon bertanding, termasuk calon ahli Majlis Tertinggi (MT), Tun Faisal Ismail Aziz yang sebelum ini dipertikaikan kelayakannya.

Bagaimanapun, seorang lagi calon MT, Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fitri Othman tidak dibenarkan bertanding kerana gagal melepasi kelayakan.

Jumlah calon peringkat bahagian yang tidak layak adalah 868 orang dengan 334 daripadanya muflis, 495 menarik diri dan 39 dikenakan tindakan disiplin.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, berkata Tun Faisal dibenarkan bertanding berdasarkan pertimbangan MT dan Jawatankuasa Pemilihan demi kesempurnaan perjalanan parti.
Mengikut Fasal 9.5 Perlembagaan UMNO, seorang yang hendak bertanding di peringkat MT perlu pernah menjadi ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.

Dalam kes Tun Faisal, dia adalah calon yang diketengahkan oleh Pemuda UMNO dan jawatankuasa pemilihan berpendapat mengikut Fasal 10.15, MT boleh mengambil tindakan demi kesempurnaan perjalanan parti, katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Datuk Tajuddin Harif.

Sementara itu Ab Rauf berkata, ibu pejabat parti akan memaklumkan kepada calon yang tidak dibenarkan bertanding menerusi bahagian secepat mungkin.

Mengulas tindakan disiplin, beliau berkata ia disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO berhubung kes mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mengenai perwakilan yang muflis, beliau berkata, salinan Jabatan Insolvensi akan disertakan kepada semua bahagian bagi memastikan perwakilan tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat bahagian.

Katanya, tindakan melarang perwakilan terbabit menghadiri mesyuarat selaras dengan Perlembagaan UMNO dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mengikut peraturan ROS, mereka yang muflis tidak boleh dipilih atau memilih kecuali untuk peringkat cawangan. Ini bermakna mereka tidak layak mewakili cawangan ke peringkat bahagian dan perhimpunan agung.

Perwakilan yang hilang kelayakan tidak boleh diganti dengan perwakilan lain, katanya.

Penang Wasabi..