Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Ckmm Sengaja Keluarkan Kenyataan Ini...

Posted: 07 Oct 2013 05:46 AM PDT

Terus terang aku kata, aku tak nampak pemimpin tertinggi dan akar umbi umno minta kekalkan 3 naib presiden yang sedia ada kini...

Tapi apa yang aku pelik, macam mane tetiba ckmm boleh keluarkan cerita "kononnya" ada permintaan dari pemimpin tertinggi dan akar umbi supaya 3 naib presiden yang ada tu di kekalkan, tak ke pelik tu...

Aku nampak kenyataan ini di keluarkan sendiri oleh ckmm kerana graf popularitinya semakin menurun, malah negeri johor yang ada 26 bahagian setakat ini 14 menolak untuk mencalonkan dia sebagai naib presiden...

Jadi konon kalau dia bersuara macam tu, adalah orang yang sambut dan bersetuju untuk kekalkan 3 naib presiden yang sedia ada...

Perghhh hebat permainan ckmm nie...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

VIDEO: Zuraidah Mak Lampir Aibkan Anwar Dan PAS Dalam Parlimen...

Posted: 07 Oct 2013 01:00 AM PDT

Rakyat sudah lupa isu tilam anwar, rakyat juga juga sudah hampir lupa pasal tabung memali yang ghaib di telan oleh beberapa ekor pemimpin pas, tapi kenapa zuraidah sengaja membongkar semula isu yang cukup mengaibkan itu?


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Niat rasis Kuok gagal ... Gardenia maju, Missimo rugi

Posted: 07 Oct 2013 08:30 PM PDT

Utusan Online ke 4 popular, Calun UMNO tak perjuangkan?

Posted: 07 Oct 2013 05:22 PM PDT

Semasa hidup, Phahrolrazi samakan Azizan enjin 3-selinder

Posted: 07 Oct 2013 05:30 AM PDT

Sabah boleh berubah jika UMNO tak berubah

Posted: 07 Oct 2013 12:00 AM PDT

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TANDA PUTRA MASUK FELDA

Posted: 07 Oct 2013 10:19 AM PDT

Selepas gagal mendapat sambutan di panggung wayang, filem kontroversi Tanda Putera akan ditayangkan secara percuma di semua 317 tanah rancangan Felda, lapor akhbar Inggeris, The New Straits Times semalam.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad yang sedang berkempen untuk jawatan Naib Presiden Umno berkata, ia sebahagian dari projek panggung wayang terbuka Felda.

"Masyarakat Felda patut pergi menonton filem yang juga menyentuh pembangunan Felda yang dimulakan oleh perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein sendiri.

"Kita yakin mereka akan mengambil kesempatan untuk menonton sendiri filem ini dan mendapat maklumat sebenar sebelum membuat sebarang andaian mengenai jalan ceritanya," katanya sebagaimana yang dipetik akhbar itu ketika berucap di majlis pelancarannya di Padang Awam Felda Palong 12 di Jempol, Negeri Sembilan, Jumaat lepas.



Isa juga berkata, pihaknya juga sedia menayangkan filem itu di kampung-kampung tradisi jika ada permintaan ke atasnya.

"Filem ini bagus, cerita sejarah yang sesuai untuk ditonton oleh golongan remaja. Kita tidak ada masalah untuk menayangkannya di mana-mana saja," tambahnya.

Filem yang menelan belanja RM4.8 juta yang dibuat berasaskan peristiwa perbalahan kaum 13 Mei, 1969 di Kuala Lumpur itu mendapat bantahan dari DAP dan MCA yang mendakwa beberapa dialog dan gambaran dalam filem itu boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Kedua-dua parti itu mengkritik penayangan filem ini yang antaranya menunjukkan Cina yang bertanggungjawab mencetuskan tragedi 13 Mei itu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang antara yang tidak berpuashati dengannya kerana menunjukkan sekumpulan remaja Cina kencing di tiang bendera yang terletak di perkarangan rumah bekas menteri besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Ia seolah-olah menggambarkan Lim sebagai salah seorang dari remaja itu.

Dalam satu posting menerusi laman Facebook Tanda Putera, pentadbir laman meminta maaf kepada Lim kerana mendakwa beliau terlibat dalam kejadian itu.

Filem ini mula ditayangkan di panggung wayang pada 29 Ogos tetapi gagal mendapat sambutan.

Pengarah filem ini, Datin Paduka Shuhaimi Baba berkata, beliau sudah menjangka filem ini tidak akan mendapat sambutan baik kerana ia cerita sejarah yang sukar mendapat minat dari peminat wayang gambar, yang biasanya suka menonton cerita seram atau komedi. –TMI

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


@MALAYSIAKINI KENA SIASAT Ke mana hilangnya 851 perwakilan DAP? @limkitsiang @cmlimguaneng wajib jawab!!!

Posted: 07 Oct 2013 10:38 PM PDT


KUALA LUMPUR 7 Okt. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan kepada semua pihak termasuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung 'kehilangan' 851 perwakilan pada Kongres Khas pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, selain Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut yang disifatkannya tidak pernah berlaku dalam sejarah politik dunia.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

* Lim Guan Eng dan Karpal Singh perlu jelaskan kepada semua pihak termasuk ROS dan SPR tentang 851 perwakilan yang missing in action pada Kongres Khas parti itu, 29 September lalu.

* Kesemua perwakilan itu yang mewakili 33 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,576 perwakilan layak hadir dan mengundi tetapi 'hilang' semasa kongres tersebut.

* Pada pemilihan tahun lalu, seramai 753 perwakilan tidak hadir dan kali ini jumlah mereka meningkat kepada 851 orang. Apakah mereka ini merupakan mangsa-mangsa politik Lim Guan Eng? Ini merupakan rekod dunia. Di manakah hak mereka kerana belum pernah berlaku dalam sejarah dunia politik keadaan sedemikian.

* Sehubungan itu, KITA ingin memberitahu bahawa 851 orang perwakilan itu perlu tuntut hak mereka seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan DAP iaitu mereka boleh membuat aduan kepada ROS dan pertubuhan itu wajib melayan dan menyiasat aduan tersebut sebab hak mereka telah dinafikan dan dizalimi oleh pemimpin parti mereka.

* KITA percaya sekiranya kesemua 851 perwakilan itu hadir pada pemilihan tersebut, ia akan merubah keseluruhan keputusan pemilihan CEC sehingga memungkinkan kedudukan Guan Eng akan jatuh ke tangga ke-23 berbanding kelima.

* Sebagai rakyat Malaysia, saya melihat perkara ini sebab ia membabitkan 38 ahli Parlimen daripada parti itu sekali gus memalukan negara kerana negara luar sentiasa memerhati setiap pemilihan parti politik negara ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20131008/po_02/Ke-mana-hilangnya-851-perwakilan-DAP#ixzz2h6cXgHGM
© Utusan Melayu (M) Bhd

VIDEO SEKS @ANWARIBRAHIM DIINGATI KEMBALI KERANA video @MALAYSIAKINI SERANG Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Posted: 07 Oct 2013 11:44 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=n_73NeDT88Y&feature=youtube_gdata_player

Silap strategi memang buruk padahnya.

Tindakan menyerang Menteri KDN yang berjaya menghapuskan gengster melalui Ops Cantas menyebabkan portal berita utama pembangkang contoh Malaysiakini seperti kehilangan arah dan terpaksa mencari jalan menyerang pemimpin yang berpotensi tersebut dan mengambil risiko sangat tinggi dengan merakam suara ucapan beliau.

Ramai orang berkata : GANGSTER DAN PAKATAN IBARAT LAGU DAN IRAMA YANG TIDAK AKAN BERPISAH WALAU SEMENTARA !

Maka jangan pelik penjenayah di Malaysia boleh senyum lebar di penjara kerana sudah tahu berpuluh peguam akan datang menawarkan khidmat.

Walau tahu anak guamannya bersalah!

Pelik sekarang ialah kenapa penjenayah dibela sebegitu rupa manakala polis yang mati demi menjaga keamanan, dibiarkan bahkan ada juga yang dikutuk lagi dicerca pembangkang?

Selepas berfikir sejenak barulah kita sedar pakatan memang suka perkara songsang dan menyonsangkan.

Terima kasih Malaysiakini yang mungkin baru tahu BN tidak pernah memboikot media, dan juga mungkin baru tahu video seks mirip Anwar Ibrahim yang hampir pupus,  telah diingati kembali melalui video ini.

Terima kasih Malaysiakini atas video anda yang berjaya menambahkan lagi parah sedia ada atas bahu Pakatan yang makin tenggelam.

SEMAKIN DITEKAN SEMAKIN RAMAI ZAHIR SOKONGAN KEPADA MENTERI KDN YANG BEGITU BERANI DAN LANTANG MENGHADAPI PUAK YANG DIBIAYA DANA ASING INI...

MESTI TONTON : Cara jawab Wartawan - Antara @Zahid_Hamidi Vs @Anwaribrahim" on YouTube - Mesti Buat @Malaysiakini Yang Ditaja Dana Asing Menangis !!!

Posted: 07 Oct 2013 03:34 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=n_73NeDT88Y&feature=youtube_gdata_player

Mohon sebarkan.

Jangan lupa Malaysiakini pernah akui terima dana asing

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pemimpin-ngo-negara-ini-disarankan-tidak-menerima-dana-asing-1.88134

Jangan harap portal Pro PR ini akan tulis berita ikut apa yang menguntungkan Kerajaan!

Kami pejuang alam siber akan menyokong hingga akhir nyawa kami,  pemimpin yang sangat berani seperti beliau.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


GEMPAR...!!! UGUTAN BUNUH!

Posted: 07 Oct 2013 09:52 PM PDT


Kota Bharu: Penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menerima ugutan bunuh yang dikeluarkan dalam laman sosial facebook, kelmarin oleh seorang penyokong bola sepak tempatan.

Penyokong itu dalam laman facebook - tidak berpuas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa sengaja merempuh penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo - dikatakan mengugut untuk mengupah pembunuh upahan membunuh pemain lincah Kelantan itu bersama pengadil yang mengendali perlawanan berkenaan.- BH

Suara Politik
Belantan

Demokrasi kah DAP?

Posted: 07 Oct 2013 08:01 PM PDT


Mengapa calon yang kalah boleh jadi Setiausaha Agung DAP? Demokrasi masih hidup ke dalam DAP? Lim Guan Eng digesa menilai diri sendiri dan meletak jawatan selepas hanya menduduki tangga kelima dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September lalu.

Guan Eng akan mengambil tindakan tersebut sekiranya beliau sedar mengenai kedudukannya ketika ini. "Sepatutnya individu yang berada di tempat pertama, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang memegang jawatan tersebut, bukannya Guan Eng.

"Guan Eng harus sedar DAP adalah untuk ahli, bukannya milik peribadi. Jangan sewenang-wenangnya melakukan DAP seperti parti sendiri!

Dengan muka selamba dan tak malunya, Guan Eng mengangkat tangan Chin Tong!

Dalam pemilihan CEC baru-baru ini, Chin Tong menduduki tempat pertama selepas mendapat sebanyak 1,438 undi daripada 1,725 perwakilan manakala Guan Eng pula menduduki tempat kelima dengan 1,304 undi tetapi dipilih semula sebagai Setiausaha Agung DAP.

Kita lihat tindakan Guan Eng mengugut akan mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah berhubung isu pemilihan CEC, dilihat tidak profesional dan biadab. Tindakan Guan Eng itu dilihat seolah-olah mahu menutup kesalahan diri sendiri dalam kalangan ahli DAP.

Suara Politik
Belantan

Keputusan Isu Kalimah ‘Allah’ Pada 14 Oktober!

Posted: 07 Oct 2013 11:45 AM PDT


Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 14 Oktober ini sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah'.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu Bernama Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes itu ditetapkan pada 14 Okt.

Pada 10 Sept lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan dalam kes itu.

Panel itu akan memutuskan rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'.


Enam majlis agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dibenar menjadi pencelah dalam kes itu.

Sementara itu, peguam Hanif Khatri Abdullah yang mewakili MACMA mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan sudah memaklumkan tarikh berkenaan kepada peguam Tajuddin Razak.

Pada 16 Feb, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.

Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan – Bernama

Suara Politik
Belantan

Tahaluf siyasi Pas sebenarnya gugat hak Melayu Islam?

Posted: 07 Oct 2013 02:39 AM PDT


Tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memberi ruang kepada rakan-rakan sekutunya itu mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam yang selama ini terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malah, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu hanya menampakkan kegagalan Pas sehingga menyebabkan kaum tertentu mempunyai kekuatan mendesak kerajaan mengubah beberapa asas persetujuan kemerdekaan yang selama ini menjadi teras Perlembagaan.

Sehubungan itu, beliau mahu Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan tersebut yang baginya patut dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Amat mengecewakan apabila terdapat kalangan ahli dan penyokong dalam pakatan yang mencerca dan mempermain-mainkan hak Melayu yang sudah tercatat dalam Perlembagaan.

"Antaranya menghina Raja-raja Melayu dan Islam dituduh tidak adil, namun pimpinan utama Pas tidak mampu untuk menempelak balas," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bahawa kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.

Mohamed Hafiz berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.

Menurut Norman, konsep tahaluf siyasi yang pernah Rasulullah SAW lakukan bersama orang bukan Islam di Madinah adalah untuk memudahkan Islam diamal serta melindungi kepentingan umat daripada digugat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap kesediaan generasi Pas yang tidak memahami sejarah perjuangan sehingga bertindak meliberalkan matlamat perjuangan parti itu sendiri.

Sedangkan, katanya, Islam yang menjadi asas kehidupan dan kepentingan Melayu sepatutnya menjadi 'tuan' di bumi sendiri.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


UST. ZAMIHAN AL-GHARI KATA SYIAH SESAT & MENYESATKAN, ADA AHLI PAS BELA SYIAH PULA?

Posted: 07 Oct 2013 08:57 PM PDT

Pro Syiah & Antara Kaki Syiah Dalam PAS?
Secara makronya PAS mengiktiraf mazhab Syiah sebagai sebahagian daripada Islam tetapi secara mikronya perlu diperincikan kerana ada sebahagian pecahan aliran syiah mengkafirkan sahabat. 

Namun secara tegas, parti Islam itu tidak membenarkan ahlinya menganut mazhab Syiah, kata Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata, hubungan PAS dengan Syiah adalah hubungan Muslim dengan kumpulan Muslim yang lain. 

Katanya, memang ada Syiah yang melampau sehingga mengkafirkan para sahabat Rasulullah tetapi ada juga yang tidak mengkafir sahabat dan mempunyai fekah yang hampir sama dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. 
Ustaz Hj. Zamihan Al-Ghari : Syiah Itu Sesat Lagi Menyesatkan
"Menjadi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak mengkafirkan Syiah secara makro," katanya. Khairudin yang mempunyai PhD dalam pengajian Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) adalah pensyarah di UKM dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menceburkan diri dalam politik. Khairuddin berkata demikian ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang terus memusuhi Syiah seolah-olah semua mereka terkeluar daripada Islam. 

Di Malaysia, katanya, beberapa kumpulan Muslim yang mengamalkan mazhab Syiah diburu dan perhimpunan mereka diganggu. "PAS memegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Berdasarkan perlembagaan itu maka Syiah tidak diterima oleh PAS, maknanya tidak boleh ahli PAS berpegang kepada mazhab Syiah sebagaimana kerajaan Malaysia juga tidak membenarkan rakyatnya menganut mazhab Syiah. "Namun PAS tidak membenarkan pihak luar melaga-lagakan antara Ahli Sunnah dengan Syiah," katanya. 
Beliau memberikan contoh apa yang berlaku di Syria apabila musuh Islam khasnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel berjaya memecahkan Sunnah dengan Syiah. Katanya, pertembungan di Syria adalah pertembungan antara orang yang zalim dan dizalimi iaitu antara kerajaan Bashar Al-Assad dengan rakyatnya. Syria dikuasai oleh kerajaan Bashar yang kebetulan penganut Syiah Alawiyah yang tidak diiktiraf oleh kumpulan Syiah sendiri. AS dan Israel, katanya, mengambil kesempatan daripada pertembungan ini untuk menyemarakkan api pertelingkahan sehingga menimbulkan konflik antara Sunnah dan Syiah di Syria. 

"Dalam masa yang sama tidak dinafikan sebahagian pertembungan dipengaruhi elemen mazhab Syiah dan Sunni. "Tindakan Hezbollah dan Iran yang membantu Bashar ditentang bukan kerana mereka Syiah tetapi kerana mereka membantu Bashar yang jahat," katanya.

Nota : Apa kata Debat Syiah Mungkar diadakan antara Ustaz Haji Zamihan Al-Ghari vs Siapa-Siapa Syiah Dalam PAS. Kita buat kat PRK DUN Sg. Limau. Ada Berani?

1410 - Hari Penentuan Kalimah Allah !

Posted: 07 Oct 2013 08:30 PM PDT


Mahkamah Rayuan akan memutuskan pada 14 Oktober ini sama ada penerbitan mingguan Katolik, The Herald, dibenar menggunakan kalimah 'Allah'.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi memberitahu Bernama Jabatan Peguam Negara baru sahaja menerima surat daripada bahagian pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa keputusan kes itu ditetapkan pada 14 Okt.

Pada 10 Sept lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah pihak berkenaan dalam kes itu.

Panel itu akan memutuskan rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'. Enam majlis agama Islam negeri iaitu Majlis Agama Islam Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan serta Melaka dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dibenar menjadi pencelah dalam kes itu.

Sementara itu, peguam Hanif Khatri Abdullah yang mewakili MACMA mengesahkan bahawa Mahkamah Rayuan sudah memaklumkan tarikh berkenaan kepada peguam Tajuddin Razak.


Pada 16 Feb, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Dis, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.

Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan – Bernama

Pesan dan ingatan kami.

Wahai hakim-hakim yang budiman. Di tangan kamulah akan terletaknya segala keputusan untuk menentukan samada 'Allah' itu boleh dijual beli atau digadaikan kesucianNya. 

Andaikata kamu semua membuat silap perhitungan dan tunduk pada kafirin, sesungguhnya ingatlah azab Allah itu akan melaknati kamu di dunia dan akhirat kerana mengkhianati ummah. Akan tetapi jika kamu bertegas melindungi dan memelihara kesucian kalimahNya, sesungguhnya kamu telah berjihad fisabilillah dan mendapat ganjaran pahala sebesar-besarnya di dunia dan akhirat.

Ayuh bersedialah wahai para pejuang Islam kita bersama-sama memenuhi Istana Kehakiman Putrajaya untuk memberikan sokongan kepada barisan peguam Islam yang mempertahankan kesucian kalimah Allah. 

Hari tersebut adalah hari penentuan kepada keesaan Allah s.w.t. Jangan biarkan tangan-tangan kafirin menodai kalimah Allah dengan apa jua kesesatan, bida'ah, kesyirikan dan khurafat.

Datanglah beramai-ramai dengan penuh semangat perjuangan jihad Islam untuk menyatakan bantahan dan tentangan terhadap kejahatan kafirin yang ingin menyalahguna dan menodai kalimahNya.

Sama-samalah kita melaungkan tasbih, tahmid, tahlil dan takbir. Kita berdoa agar takbir raya Aidil Adha / Qurban keesokkan harinya nanti (15 Oktober) akan benar-benar memuji keesaan dan kebesaran Allah s.w.t. Tidak ada lagi keraguan bahawa Allah itu bersifat "trinity" yang sesat lagi menyesatkan.

Allah Akhbar, Allah Akhbar, Allah Akhbar... Walillah ilham.

5 BULAN KEDAH DI BAWAH BN

Posted: 07 Oct 2013 06:26 PM PDT



Kata orang di Kedah, kita tak perlu 'gebang besaq', tak perlu 'kencing deraih' tapi tengok pada kejayaan dan pencapaian dah tau seseorang itu boleh memimpin atau tidak.

Begitu juga parti yang diwakili seseorang itu akan menceritakan segala-galanya...

Mungkin ada pihak akan mempertikaikan pencapaian tersebut hanya kerana cemburu tak berkesudahan sedangkan diri mereka tak ubah seperti Mat Jenin atau Pak Kadok yang suka berangan-angan dan bersorak sorai. Atau seperti Lebai Malang dan Pak Pandir yang hanya tahu cari kesalahan orang dan tak cerdik tetapi berlagak hebat.

Di kala usia pentadbiran kerajaan Kedah yang masih lagi mentah 5 bulan setelah berkuasa semula, Menteri Besarnya berjaya menjana dan melakukan perubahan dan transformasi kepada negeri.


Beliau membina kembali negeri yang caca marba akibat pemerintahan terdahulu yang hanya banyak retorik dan ceramah keliling semata-mata kepada sebuah negeri yang lebih suka bekerja dan mengutamakan pencapaian untuk menjaga kebajikan rakyat.

Kita akui arwah mantan Menteri Besar terdahulu ada juga jasanya kepada negeri. Selama 18 tahun arwah tidak pernah jemu membantu rakyat namun beliau sentiasa juga bekerjasama dengan ramai pemimpin UMNO sejak 1995 lagi walau arwah seorang ahli PAS.

Begitulah betapa penting seseorang itu beristiqamah dalam perjuangan. Namun malangnya kebaikan itu dikhianati oleh rakan-rakan separtinya yang galak menggasak arwah siang malam hanya kerana tidak dapat laba dari kekayaan negeri.

Kini demi kesejahteraan rakyat di Sg Limau dan perpaduan Islam serta penyatuan Melayu, maka marilah kita berjihad dan berhijrah dengan memberikan peluang kepada kepimpinan baru iaitu UMNO dan BN untuk mewakili umat dan rakyat di DUN Sg Limau. Insya Allah semoga nikmat pembangunan Kedah dapat dinikmati dengan lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.

Foto Ihsan Utusan Malaysia 4 Oktober 2013
Rakyat di Sungai Limau harus berani dan bertekad untuk bersama-sama rakan dan saudara mara mereka di Guar Cempedak dan Gurun di dalam Parlimen Jerai yang telah terdahulu berjihad melakukan perubahan dengan memilih Barisan Nasional. Pengorbanan ini dilakukan mereka demi menyelamatkan akidah dan meneruskan kesinambungan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan negeri.

Bukankah lebih senang jika Parlimen dan DUN kesemuanya dipimpin dan dibela oleh sebuah parti yang sama? Bertambah senang lagi jika pentadbiran negeri juga dikuasai oleh parti yang sama. Insya Allah kebajikan rakyat bahkan agama turut terbela dan mendapat keberkatan Allah s.w.t.

Berjihad... Beranilah Berhijrah! Pastikan sinar Awal Muharram 1435H menerangi bumi DUN Sg Limau dengan cahaya kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Insya Allah!


Panas! Siapa UPAH agensi ASING untuk serang @MukhrizMahathir ?!! #PemilihanUMNO #MM4VP

Posted: 07 Oct 2013 05:00 PM PDT




In Malaysia, Mahathir's rising son signals conservative shift

By Siva Sithraputhran

KUALA LUMPUR | Thu Oct 3, 2013 10:25pm BST
 
KUALA LUMPUR (Reuters) - The chief minister of the rural Malaysian state of Kedah has a familiar face, even if he lacks the charisma, provocative rhetoric and razor-sharp political skills of his famous father.

Mukhriz Mahathir is the youngest son of Malaysia's longest-serving leader, Mahathir Mohamad, whose often authoritarian rule transformed the
economy into a developing powerhouse while winning a reputation for cronyism and dubious "mega-projects".

Ten years after his father stepped down, Mukhriz has stepped into a battle for the soul of the long-ruling United Malays National Organisation (UMNO) in a test of 88-year-old Mahathir senior's still-powerful influence over the party.

If Mukhriz succeeds in snaring a coveted UMNO vice presidential post later this month, unseating one of three seasoned cabinet ministers, it would be seen as a further blow to the flagging reform agenda of Prime Minister Najib Razak.

The ruling coalition's weak election victory in May undermined Najib's attempts to forge more inclusive policies in racially diverse Malaysia, empowering UMNO conservatives who want to strengthen policies favouring majority ethnic Malays.

The elder Mahathir remains a potent figure through his towering reputation and leverage within UMNO. Victory in the party elections for the son would give rise to suspicion that he would act as a proxy for his father.

Both father, who has previously scorned political dynasties, and son have denied that. Neither responded to Reuters' requests for interviews.

Nevertheless, Mukhriz Mahathir's election to a top party post would be seen as bolstering the conservative wing of the party.

At 49, young by UMNO leadership standards, Mukhriz is less strident than his father, largely untested and has yet to set out a comprehensive political vision.

"I am happy to continue with the struggles for the party and the country, but I have my own ideas," Mukhriz was quoted as saying by state-run news agency Bernama.

His victory in the internal party polls is far from assured, but would mark Mukhriz out as contender for leadership of the party that has ruled since independence from Britain in 1957 and has produced all of Malaysia's prime ministers.

It could also add to uncertainties for investors at a time when Malaysia's high fiscal deficit and growing debt have put the government under pressure to step up the pace of reform.

"It is hard to figure how much is just rhetoric ahead of the party election, but it is an area of concern," said Chua Hak Bin, Singapore-based economist at Bank of America Merrill Lynch.

As chief minister of northern Kedah state, known for its paddy fields and conservative Islam, Mukhriz has raised his profile this year. He has hewed to conservative positions, such as opposing the use of the word "Allah" by Christians - a touchy issue in Muslim Malaysia.

TRAILBLAZER OR PUPPET?

Mukhriz would have scant chance of success without the Mahathir name, which has powerful resonance for UMNO traditionalists pining for a return to the old certainties of strong economic growth and a weak political opposition. Yet even within the party there are doubts over what he stands for.

"Mukhriz might be a new face but he's hardly known as a progressive. Is he just his father's puppet? That's what people want to know," said one senior UMNO politician, who declined to be identified because of the sensitivity of the issue.

May's election was the second straight poll in which the UMNO-dominated ruling coalition saw its parliamentary majority shrink as ethnic Chinese and urban voters abandoned it in favour of an opposition led by former finance minister Anwar Ibrahim.

The elder Mahathir, a doctor by training, stepped down in 2003 after 22 years in power.

He regularly snipes at the government from the sidelines, opposing Najib's moves in recent years to liberalise tough security laws. Writing in the media recently, he said UMNO would soon "meet its demise" if not rejuvenated by fresh talent.

A recent survey found the elder Mahathir was the most popular figure within UMNO, with a 79 percent approval rating compared with Najib's 69.

Najib will remain unopposed as party leader but the crucial loss of the ethnic Chinese vote in the election has already forced him to backtrack on reforms he had said were crucial to modernise Malaysia and ensure strong economic growth.

Last month, he announced measures to bolster decades-old affirmative action policies for ethnic Malays. His government is also bidding to bring back harsh detention without trial laws, just two years after Najib repealed several draconian laws such as the Internal Security Act, which had been used to stifle government critics.

Educated at Boston University and Sophia University in Tokyo, Mukhriz was deputy minister of international trade and industry between 2009 and 2013. Before that he had a low-profile private sector career.

His recent rapid political rise began when he gave up his safe parliamentary seat to stand for an opposition-held state assembly seat in the May election. He won, helping to wrest Kedah state from the opposition.

"I think he's got a very good chance of winning. He can say, 'look I am young, I am not tainted', but of course he can also count on the influence his father's name brings," said Jayum Anak Jawan, professor of politics and government at Universiti Putra Malaysia.

(Editing by Stuart Grudgings and Robert Birsel)




Sepertimana bapanya dahulu, Datuk Mukhriz juga kini menerima nasib yang serupa apabila diserang secara peribadi oleh agensi berita luar negara. Lebih malang lagi, beliau diserang seawal cubaan beliau untuk bertanding sebagai salah seorang VP UMNO. Namun begitu, orang UMNO yang kononnya 'konservatif' dan berjiwa MELAYU KUAT ini seharusnya menyambut berita ini dengan hati yang girang, lantas memberikan sokongan penuh kepda beliau.

Kami tahu, dalam UMNO masih ramai orang TUA-TUA yang tidak senang apabila DS Najib secara terbuka menyokong langkah transformasi meremajakan parti. Pada tanggapan mereka, orang-orang "muda" ini masih belum layak memimpin dan diberikan kuasa, walhal dalam masa yang sama, ramai di antara golongan tua ini yang telah pun kecundang pada PRU yang lalu hanya kepada calon bertaraf budak hingusan dari pakatan pembangkang. Itu pun masih ramai lagi yang tidak sedar diri dan tamak.

Malah kami juga dapat mengesan komentar-komentar daripada golongan tua ganyut ini, terutamanya apabila kami melobi KJ untuk terus kekal memimpin sebagai Ketua Pemuda. Ketika itu bergegarlah suara mana jasa kepada Melayu, KJ Liberal dan macam-macam perkara buruk lagi. Sekarang Mukhriz Mahathir sudah sah dicop sebagai seorang konservatif. Tetapi, mengapa masih ada lagi SENIOR POLITICIAN yang cuba mematikan langkahnya untuk meremajakan parti dengan memburuk-burukkan beliau kepada media asing?

Sesungguhnya amatlah buruk sekali tingkah laku sesetengah pemimpin tua yang tidak mahu berundur ini. Sudahlah tidak mampu membuktikan diri pada PRU yang lalu, malah masih tamak dan cuba pula menjatuhkan bakat muda. Apa yang agaknya mereka cari selain daripada hasad ini semua? Tidak cukupkah bertahun-tahun mengumpul kekayaan dan pangkat dunia? Cukup-cukuplah kerosakan dan sabotaj yang anda telah lakukan kepada parti. Tibalah masanya anda semua digantikan oleh mereka yang muda dan lebih berkelayakan.

Kami cuma berharap yang Datuk Mukhriz tidak terlalu mengambil pusing akan perkara ini dan menganggapnya sebagai satu cabaran untuk terus berusaha memenangi salah satu jawatan tertinggi parti. Walaupun baru-baru ini ada kedengaran suara-suara sumbang yang menggunakan nama Presiden parti untuk kononnya memenangkan sesetengah pemimpin, biarkanlah mereka begitu. Jika rakyat sendiri sudah menolak mereka, maka orang UMNO juga tidak buta dalam memilih.

Memang berat apa yang ditanggung oleh Datuk Mukhriz sebagai pemimpin muda dalam UMNO, dengan label dan perbandingan yang sering dibuat orang ke atas dirinya dan Tun M. Namun, kami tahu Mukhriz Mahathir mampu untuk terus bangun dengan hasil usaha dan kekuatan dirinya sendiri. Jika tidak, sudah pasti seawal tahun 2000 beliau sudah "dipayung terjunkan" oleh bapanya sendiri sebagai pemimpin pengganti.



Buat mereka yang sayangkan UMNO dan masa depan agama serta anak bangsa, inilah peluangnya kita untuk meremajakan semula parti keramat ini. Janganlah takut untuk BERANI BERUBAH, kerana jika tidak, maka kita sendiri yang akan diubah! Percayalah, perubahan yang kita bawa kali ini adalah demi Agama, Bangsa dan Tanahair yang kita cintai!

Buat 'orang lama' dalam UMNO; Terima kasih di atas segala jasa anda dan cukup-cukuplah dengan apa yang anda dapat. Jika benar anda semua sayangkan UMNO, maka tidak serikkah lagi melihat parti keramat kita tersungkur seperti yang berlaku di Selangor dek kerana kepemimpinan pelapis kurang diberi peluang dan tiada kekuatan sendiri?!! Cukup-cukuplah dengan apa yang ada, dan gunakanlah lebihan umur yang anda untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Wallahu'alam.


PANAS! Bukti kenapa @MalaysiaKini begitu BERANI bagi AMARAN kepada Menteri KDN didedahkan! @Zahid_Hamidi

Posted: 07 Oct 2013 05:00 AM PDT

 
 
 
Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.

Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama di sini.

Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".

Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut.

"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.

"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau',ujarnya lagi.
 

Sekarang cukup jelas bukan, betapa samsengnya Malaysiakini sampaikan amaran Menteri KDN pun boleh dipulangkan kembali. Adakah anda rasa tindakan mereka yang menyiarkan berita berat sebelah, anti Kerajaan dan sering membela penjenayah ini semua atas dasar kerana mereka BEBAS dan berpegang teguh kepada prinsip kebebasan maklumat?
 
Kalau itulah jawapan anda, maka anda jelas sekali sudah terperangkap dengan slogan plastik pembangkang yang dibawa oleh MalaysiaKini.
 
Sebenarnya rakyat, terutamanya orang Melayu sepatutnya kini sudah pun menyedari kesongsangan MalaysiaKini yang arah tujunya begitu bertentangan sekali dengan norma yang biasa diamalkan oleh majoriti rakyat Negara ini. Namun, mereka sememangnya cukup bijak untuk memutar belitkan berita seolah-olah apa yang disampaikan mereka adalah maklumat eksklusif yang Kerajaan tidak mahu rakyat semua tahu. Dalam hal ini, kita sebagai umat Islam seharusnya arif tentang perkara ini berdasarkan Firman Allah SWT yang bermaksud:
 
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu". [Al Hujurat : 6].
 
Sebab itulah, kami selalu mengingatkan kepada rakan-rakan dan saudara mara agar menghindarkan diri dari membaca laman-laman berita seperti MalaysiaKini, kerana ia tidak mendatangkan sebarang manfaat pun selain perpecahan ummah, apatah lagi layak untuk dijadikan sebagai perbandingan maklumat. Malah, bukankah kami pernah mendedahkan sebelum ini bahawa YAHUDI-ZIONIS adalah dalang sebenar di belakang MalaysiaKini?!!
 
 
 
 
 
Sebab itulah, tidak hairan MalaysiaKini ini begitu BERANI memberikan AMARAN kepada Menteri KDN. Mereka ada BACKUP US-ZIONIS selama ini. Jadi, mengapa masih ramai lagi umat Melayu yang kononnya anti YAHUDI, sokong R4BIA dan hendakkan NEGARA ISLAM tetapi masih percaya dan menyebarkan artikel-artikel berita daripada MalaysiaKINI?!!
 
 

#PemilihanUMNO : Apa ada pada 'AHMAD MUKHRIZ'? #Mukhriz4Exco

Posted: 07 Oct 2013 01:00 AM PDT

AHMAD MUKHRIZ
AAmanah
HHarum
MMesra
AAlim
DDinamik
MMenawan
UUntung
KKomited
HHarum
RRamah
IIkhlas
ZZuhud
Ya, inilah sifat-sifat terpuji yang kami lihat ada pada Dato' Ahmad Mukhriz, calon exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pemilihan kali ini. Walaupun agak tidak dikenali umum, namun kami yakin beliau adalah seorang anak muda BERJAYA yang selalu bekerja keras di belakang tabir dan mampu memainkan peranannya dalam memperkasakan lagi UMNO serta memastikan transformasi meremajakan UMNO itu menjadi satu realiti. Kami berharap, setiap para perwakilan dapat memberikan undi kepada anak muda dari Pekan ini tanggal 12 Oktober.
Selain Dato' Mukhriz, kami juga ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengajak para perwakilan semua agar memberikan undi tidak berbelah bahagi anda kepada LIMA lagi calon TOP EXCO PEMUDA-MYMASSA. Ini merupakan kempen ikhlas kerana kami mengenali sendiri kesemua calon ini secara peribadi dan menjadi saksi betapa komitednya mereka dalam perjuangan memartabatkan UMNO, terutamanya ketika kempen tidak 'berkesudahan' PRU-13 yang lalu:






Sesungguhnya kami sangat komited kepada usaha untuk memperkasakan UMNO melalui transformasi meremajakan kembali parti keramat ini. Dek kerana itulah, kami tidak sembarangan mempromosikan calon-calon yang bertanding. Semua yang kami nyatakan di atas dan pernah kami siarkan sebelum ini mempunyai merit yang jelas dan kukuh untuk memimpin Pemuda dan UMNO ke arah masa depan yang lebih gemilang lagi.

Bak kata orang, tidak kenal, maka tidak cinta. Kami mengenali kesemua calon yang kami promosikan selama beberapa minggu lepas secara peribadi, namun apa yang lebih penting adalah, track record bagaimana mereka bekerja keras ketika UMNO teruk diasak dahulu. Kini, tibalah masanya anak-anak muda ini diberikan peluang yang secukupnya bagi menjadi pemimpin pelapis Negara dalam memacu ke arah Wawasan 2020. Insya Allah.


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:46 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sah Akan Naik: Harga gula dan tepung naik untuk kesejahteraan rakyat, kata menteri BN...Terima Kasih Pengundi BN..!!

Posted: 07 Oct 2013 08:41 PM PDT



Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan hidup rakyat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek (gambar).
Beliau berkata, niat kerajaan hanya untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat perlu menunggu pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam Bajet 2014 pada 25 Oktober ini dan kenaikan harga dua barangan asas itu akan dilakukan bergantung kepada hasil kajian yang sedang dijalankan.
"Kita akan melihat pelbagai faktor sebelum sebarang keputusan diambil termasuk fiskal serta kedudukan mata wang negara biarpun keputusan diambil mungkin tidak popular namun ia terpaksa dibuat bagi menjaga kestabilan ekonomi serta kesejahteraan hidup rakyat," katanya dipetik daripada Berita Harian Online.
Tiga hari lalu Hasan dilaporkan oleh akhbar New Straits Times (NST) membayangkan kenaikan harga gula dan tepung bakal berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Laporan Audit parah, bukti rompakan terancang – Anwar

Posted: 07 Oct 2013 08:39 PM PDT

PERMATANG PAUH 8 OKTOBER: Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan pembaziran, pemborosan serta pelbagai penyelewengan bukti kegagalan pemimpin dan Kerajaan BN yang memimpin, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh pada 5 Oktober lalu.

Tegasnya, Laporan Audit tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 tidak banyak berbeza. Wujud kebocoran dan ketirisan berterusan yang membuktikan kegagalan kerajaan mengatasi masalah penyelewengan tersebut.

"Setiap tahun laporan demi laporan yang didedahkan, keadaan semakin parah. Ini bukti rompakan terancang kerana mencuri dengan cara senyap dan tersembunyi.

"Sebanyak 67.61 juta wang rakyat bagi Sambutan Hari Belia Negara tahun 2012, pembaziran yang amat besar. Bayaran kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sahaja RM1.6 juta.

"Wang ini boleh digunakan untuk pelajar-pelajar IPT membiayai pembelajaran mereka tanpa dibebankan hutang PTPTN," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tiga Line: Pertubuhan Haram Yang Mendapat Restu UMNO..??

Posted: 07 Oct 2013 08:32 PM PDT

Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Umno yang melindungi kumpulan gangster salah di sisi undang-undang hanya kerana kaitannya dengan pemimpin parti tersebut.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke menyifatkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu sebagai membimbangkan, kerana tidak menunjukkan sikapnya sebagai "seorang menteri".

Tiga Line merupakan salah satu daripada kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan haram oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Ogos lalu, ketika pihak berkuasa berjanji untuk membanteras kegiatan kumpulan itu.

Dalam satu klip video yang dimuat naik oleh sebuah portal berita hari ini, Ahmad Zahid sebaliknya mempertahankan kumpulan bawah tanah itu akan tetapi tindakan tegas diambil ke atas kumpulan lain, memberi gambaran mereka "sebagai rakannya dan menggesa mereka untuk melakukan apa yang perlu".

Laman portal tersebut memperoleh pita rakaman ucapan Ahmad Zahid sepanjang 20 minit tersebut, ketika beliau sedang berucap dalam satu majlis kerajaan.

"Beliau seolah-olah memberikan mereka (Tiga Line) kebal daripada undang-undang," kata Loke.

"Ia adalah satu pengakuan yang sangat jelas bahawa kumpulan ini dikaitkan dengan Umno."

Naib presiden PKR, N Surendran juga senada, menegaskan Ahmad Zahid "penyokong kuat gengster pro-Umno berasaskan Melayu" yang pada awalnya diharamkan sendiri oleh kementeriannya.

"Ini adalah bertentangan dengan senarai yang dikeluarkan oleh kementeriannya sendiri. Ini menunjukkan beliau tidak layak pegang jawatan."
Read More / Baca Lagi >>

Tiga Line underworld group is MY FRIEND, admits Home Minister

Posted: 07 Oct 2013 08:28 PM PDT

Despite being listed as one of the unlawful secret societies last August, Tiga Line underworld group should find itself in relief after being declared and recognised as a friend to Home Minister Ahmad Zahid Hamidi by non-other than Zahid himself.
This was exposed by news portal Malaysiakini upon receiving a 20-minute recording of Zahid's speech at a security briefing with community leaders (Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat) in Ayer Keroh, Malacca last Saturday. A video was uploaded to show Zahid making the claim.
"The 6,171 Malays, they are not real thugs (samseng), they were Pekida members and were part of the Tiga Line group, Gang 30, Gang 7 - these are festivities (kenduri-kendara) gangsters...
"I tell our Tiga Line friends, do what should be done," Zahid was quoted as saying by Malaysiakini.
Earlier in his speech, Zahid said a recent crackdown on the underworld had detected a total 14, 511 secret society members comprised of 6,171 Malays, 1,701 Chinese, 3,685 Indians and 2,954 from the other races.
In the audio recording, Zahid had raised eyebrows by talking as if he was the spokesperson for Tiga Line by referring to it on a first person basis.
"We are not evil, I know, I have checked. We gather during festivals with our siblings, we gather when there are projects, never mind. I see here, the candidates here, all four of them are Tiga Line," said Zahid in jest.
He also referred to former Perlis Menteri Besar Shahidan Kassim as the biggest Tiga Line gangster, in joking manner.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan telah diperdaya isu pindaan PCA?

Posted: 07 Oct 2013 08:25 PM PDT


 
Anggota Parlimen Pakatan Rakyat merasa 'diperdaya' Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu 'kesediaan' kabinet mempertimbang semakan semula cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

Malah, kelulusan pindaan itu di kabinet Rabu lalu berbeza sama sekali dengan isyarat yang diterima wakil Pakatan sejak Isnin - bahawa kabinet mempertimbang menerima semakan mereka.

NONEPada Selasa, Azmin Ali (PKR-Gombak) bertemu speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menyatakan kebimbangan terhadap rang undang-undang itu dan dicadangkan bertemu Zahid untuk cuba menangguhkannya.

Beliau kemudian mengesahkan mendapat isyarat bahawa perbahasan akan dibuat sehingga Khamis, hari terakhir persidangan, dan 12 lagi rang undang-undang akan ditangguh.

Tetapi Zahid secara mengejut membuat penggulungan bacaan kedua pada Rabu petang dan rang undang-undang itu diluluskan pada tengah malam itu.

Ini berlaku apabila ramai anggota Parlimen Pakatan tidak hadir di dewan, atas anggapan peringkat jawatankuasa akan mengambil tempat pada Khamis. Hanya 66 anggota Parlimen pembangkang hadir.

Dalam ucapan penggulungan, Zahid menyentuh kebimbangan mereka dengan jawapan satu baris. Kesemua 10 semakan oleh Pakatan ditolak.

Pada Sabtu, beliau mencuri perhatian apabila berucap dalam sebuah acara di Melaka dengan menggelar PCA sebagai "undang-undang saya".

"Saya pakat dengan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Seri Shahidan (Kassim) supaya tiba masanya, speaker Dewan Rakyat berada bersama dengan kita, setiausaha Dewan Rakyat bersama dengan kita jadi kita bentangkan," beliau direkod berkata kepada hadirin.

Dikompaun RM175 Ribu: Kerana Caj RM6 Ribu Untuk Sarapan Rombongan Pemilihan UMNO

Posted: 07 Oct 2013 08:06 PM PDT



  KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
"Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit," katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit. -8/10/13


P/s: Menurut laporan AA, rombongan itu terdiri daripada 100 orang bukannya 50 orang seperti yang dilaporkan oleh SH. AA juga melaporkan bahawa restoran itu dikompaun sebanyak RM175 ribu oleh Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan atas pelbagai kesalahan.

Berdasarkan keterangan video di atas, rombongan VVIP itu dipercayai terdiri daripada pemimpin UMNO yang kini sibuk dengan pemilihan parti tersebut. Jika benar, maka restoran itu memang mencari nahas dengan mengenakan caj sebanyak RM60 bagi setiap ahli rombongan yang menikmati nasi berlauk ayam kampung di situ.

Bumbung masjid runtuh: JKR Masih tunggu laporan forensik

Posted: 07 Oct 2013 07:39 PM PDT

 
KUALA TERENGGANU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu masih menunggu laporan terperinci mengenai runtuhan bumbung Masjid Kampung Tebauk, Bukit Tungal dari Unit Forensik JKR Pusat.

Pengarahnya, Datuk Shafii Mohamad berkata, pasukan forensik pusat telah diberikan tanggungjawab bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan runtuhan bumbung masjid bagi mengetahui punca kejadian tersebut.

"Sehingga kini kita masih menunggu laporan dari Unit Forensik Pusat sebab siasatan terperinci dan menyeluruh perlu dilakukan. Namun kita berharap laporan akan diberikan secepat mungkin," katanya.

Dalam pada itu kata Shafii, pihaknya akan mengenal pasti masjid lain di negeri yang turut menggunakan reka bentuk serta kontraktor sama kerana mungkin turut berisiko," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan tidak sampai empat bulan kejadian bumbung masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu runtuh iaitu 20 Mei, insiden sama berulang melibatkan Masjid Kampung Tebauk yang baru dua tahun digunakan sepenuhnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Harta UMNO Yang Punya: Umno perlu bertanggungjawab dapatkan kembali wang Tekun RM1 bilion

Posted: 07 Oct 2013 07:35 PM PDT

Kenyataan CEO Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan semalam bahawa tabung tersebut ditubuhkan hanya untuk ahli United Malays National Organization (Umno) membangkitkan persoalan yang menarik.
Ini kerana, mengikut laporan media Umno sendiri - Utusan Malaysia – bertarikh 9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.
Dari jumlah ini, sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.
Laporan ini apabila dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut membawa implikasi yang amat serius, di mana hampir 40.9% jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion.
Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik.
Jika dilihat dari segi dasar, sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.
Namun kita diingatkan bahawa jumlah penerima BR1M pada 2012 ialah 3.74 juta orang, manakala 3.99 juta orang telah menerima BR1M 2.0 pada 2013. Maka persoalannya adalah, adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa?
Akhir sekali, memandangkan CEO Tekun telah berkata ahli Umno lah yang paling layak untuk menerima bantuan Tekun, maka mengikut logik beliau ahli Umno jugalah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana Tekun yang belum dibayar semula.
Maka saya mencadangkan agar Tekun dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang Tekun di Pemilihan Umno 19 Oktober nanti.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Jangan jual ‘tongkat’ nanti Kelantan jatuh..!!!

Posted: 07 Oct 2013 07:31 PM PDT

Mohd Sayuti Omar

Sungguhkah? Khabarnya hutan simpan di Chabang Tongkat Hulu Sat, Machang Kelantan seluas 35,000 ekar atau 14,432 hektar diluluskan kepada seorang individu yang memiliki syarikat dua ringgit sahaja. Kalau maklumat ini sahih ia sungguh malang dan mendukacitakan sekali. Tindakan ini menjadi indiktor yang kerajaan PAs Kelantan selepas ketiadaan Nik Aziz Nik Mat mulai celaru.

Hutan simpan itu katanya sungguh strategik sekali. Ia merupakan sebuah kawasan cantik dan menjadi kawasan tadahan hujan bagi penduduk sekitar. Kedudukannya dari Machang memanjang ke sempadan Pasir Puteh sampai ke Selising dan Jeram Pasu.

Hutan simpan berkenaan katanya sudah lama dipertahankan tetapi nampaknya akhirnya terpaksa dikorbankan juga?

Kalau ia benar terpaksa diluluskan juga mungkin untuk membiayai kewangan negeri? Apakah kewangan negeri begitu nazak sekali waktu ini sehingga terpaksa menjual tanah berkenaan? Atau pun kelulusan itu katanya kepada seorang individu yang pernah mengundang salah seorang pemimpin Kelantan makan kenduri di rumahnya itu untuk membantu mewujudkan seorang lagi jutawan tanah di Kelantan?

Dengan bayaran perimium katanya RM2,000 per ekar berapa sen sangatlah kerajaan Kelantan dapat menambah kewangan negeri. Sudah pasti tanah itu kemudian akan diapongkan kepada mana-mana syarikat di antara RM4,000 hingga RM6,000 seekar. Kalau untung RM3,000 per ekar pun dah cukup, boleh beli sebuah helikopter.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan 2014: Kelantan utamakan pendidikan

Posted: 07 Oct 2013 07:27 PM PDT


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan masih mengekalkan antara peruntukan yang tinggi kepada pendidikan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik) sebanyak RM72 juta bagi tahun 2014.

Selain peruntukan itu, kerajaan negeri turut menyediakan sejumlah RM4 juta untuk projek pembangunan penyelenggaraan di samping pembinaan sebuah sekolah Maahad Muhammadi Sains (Lelaki) dengan kos RM12 juta.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, ketika berucap membentangkan Belanjawan 2014, berkata kerajaan negeri juga sedang menaiktaraf 91 buah sekolah di bawah kelolaan Yik.

"Peruntukan ini diberikan kerana keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan infrastrktur dan kemudahan asas pelajar yang mendalami pengajian agama sentiasa diutamakan," ujarnya ketika membentangkan Belanjawan 2014 negeri pada sidang Dun, semalam.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 91 buah sekolah agama termasuk dua daripadanya Maahad Tahfiz A-Quran dan empat buah Maahad Tahfiz Sains dikendalikan di bawah Yik.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia negara tanpa rasuah, bohonglah - Mahfuz

Posted: 07 Oct 2013 07:25 PM PDT


KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah boleh dianggap pembohongan semata-mata jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lemah seperti sekarang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengakui begitu terganggu dengan pengakuan SPRM bahawa pihaknya hanya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Sebagai rakyat negara ini, saya sangat terganggu dengan pengakuan yang membuktikan kelemahan SPRM itu.

"Bayangkan betapa lemahnya SPRM apabila hanya dapat mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah sedangkan kerugian negara yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dahulu bernilai puluhan bilion ringgit," kata Mahfuz.

Sebab itulah, katanya, beliau tetap meyakini bahawa kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang kononnya hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah sama sekali tidak bernilai dan sama dengan kenyataan-kenyataannya yang terdahulu.

"Slogan sahaja, cakap tak serupa bikin," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib, katanya, amat pandai bermain dengan kenyataan, slogan dan polemik.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Umno: Calon ugut calon...tak lama lagi lah tue...!!

Posted: 07 Oct 2013 07:21 PM PDT

Tengku Zainuddin 
MARANG - Umno Bahagian Marang mula bersengketa di luar gelanggang apabila Bendahari Umno Bahagian Marang, Datuk Tengku Zainuddin Datuk Tengku Zahid (gambar) didakwa telah diugut salah seorang daripada empat calon Ketua Umno Bahagian Marang.

Menurut sumber, kejadian kira-kira jam 5 petang kelmarin itu berlaku di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu apabila Tengku Zainuddin diugut akan ditampar selepas menegur dan menyapa calon terbabit.

Kedua-dua tokoh politik dari Marang itu dikatakan hadir pada sesi memperkenalkan calon pemilihan Umno 2013 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, kelmarin.

Difahamkan sebelum kejadian, Tengku Zainuddin menyapa dan menegur sambil meminta calon berkenaan agar bersalam dengan rakan Umno Bahagian Marang, namun dibalas dengan tudingan jari.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin Umno memang berani bermain api perkauman sejak dahulu..!!!

Posted: 07 Oct 2013 06:26 PM PDT


Jika rakyat Malaysia tersinggung dengan kata-kata sampah yang dimuntahkan oleh orang seperti Zahid Hamidi, Ali Rustam dan ahli politik Umno lain yang bersaing berebut jawatan dalam pemilihan parti 19 Oktober ini, kini ada lagi berita yang lebih membimbangkan.
Merdeka Center baru-baru ini menjalankan pengundian terhadap 600 ahli Umno dan penyokongnya dan keputusannya mendedahkan gambaran tidak enak yang menunjukkan bahawa parti berlawan sesama mereka dan marah terhadap semua orang.
Beberapa soalan diberikan untuk mengukur persepsi semasa mengenai parti pemerintah itu oleh kumpulan kecil mereka sendiri.
Dalam maklum balas itu, kurang tiga perempat daripada mereka berkata Umno tidak patut terlalu mengalah terhadap permintaan bukan Melayu.
Sembilan daripada 10 responden percaya Umno patut memfokuskan tenaganya kepada membina lebih banyak sokongan di kalangan orang Melayu bagi persediaan pilihan raya umum akan datang.
Dan ini adalah yang paling mengejutkan. Selepas pelbagai perkara mengenai keuzuran parti ditulis, kekurangan pemimpin berintegriti  dan pemimpin yang hanya tahu bermegah diri dalam parti itu, hanya 17 peratus daripada ahli parti dan penyokong berpendapat masyarakat awam menyampah dengan Umno kerana pemimpinnya sudah menyimpang jauh daripada sasaran asalnya.
Mereka pada dasarnya berfikir Umno berada dalam keadaan yang baik dan hanya memerlukan penambahbaikan dengan meletakkan fokus kepada menjana lebih banyak sokongan daripada orang Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat kecam kenyataan Zahid Hamidi halalkan pembunuhan

Posted: 07 Oct 2013 06:14 PM PDT


zahid


KUALA LUMPUR, 7 OKTOBER: Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengecam keras kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan tindakan menembak suspek penjenayah adalah langkah paling terbaik.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh berkata, kenyataan itu jelas membuktikan beliau memberi lesen kepada polis untuk melakukan pembunuhan.
"Zahid perlu tahu bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan mahkamah. Beliau tidak boleh lakukan sebarang tindakan sesuka hati.
"Ini jelas salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor.
Ketua Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo pula menegaskan kenyataan terbuka itu memalukan dan pada masa sama amat membimbangkan.
"Kenyataan sedemikian tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang Menteri dan Ahli Parlimen.
"Zahid mesti menghentikannya dan tindakan perlu diambil terhadap beliau.Perdana Menteri mesti bertindak.
"Apakah Najib merestui kelakuan seperti itu? Jika tidak, beliau harus menyatakan kepada umum dan bertindak segera terhadap Zahid," ujarnya dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

How does a cop lose a car?

Posted: 07 Oct 2013 06:05 PM PDT

Whether there is negligence or human error in the loss of guns and police cars as stated in the Auditor-General's Report, the IGP and Home Minister must take responsibility.

The police force lost RM1.3 million of weapons and equipment, including 29 cars, as revealed in the Auditor-General's Report 2012.
How does a policeman lose a car? Who has got the guts to go steal a police car? Is there no Standard Operating Procedure (SOP) to tell the policeman what to do when leaving his car unattended?
May I suggest the following SOP to stop the police force from losing more cars?
Protecting a police vehicle from theft
Never leave your cars unattended with the key in the ignition – even if you were discussing, negotiating and demanding to "selesai" a traffic offence committed by a motorist.
Never leave your car keys lying on a table or key hooks in the police station. If there are policemen who kill suspects in custody you can be sure that there are a few cops waiting for an opportunity to steal handphones, cameras, computers, radios, firearms and maybe even a car!
Do not park in unlit areas when carrying out any "cari makan" operation. You never know what lurks in the shadows.
Do not leave valuables in the car, including proceeds from "cari makan" operations when you step out of the vehicle.
Secure your vehicle. An engine immobiliser or a steering lock is an effective deterrent. If there is no engine immobiliser or a steering lock you should have another policeman seated in the car.
We have yet to hear of a police car being stolen when there is a policeman in it. A car thief's cardinal rule is to make sure there is no policeman in the car before stealing it.
What does a cop do when his car is stolen?
As everyone knows the first thing you do when your car is stolen is to report at the nearest police station.
Read More / Baca Lagi >>

Syiah adalah ahlul bid’ah, pelampaunya adalah kufur

Posted: 07 Oct 2013 06:02 PM PDT

Dr Mohd Khairudin Aman Razali

Pendirian saya tentang Syiah adalah jelas sejak dahulu hingga sekarang bahawa:

1. Syiah adalah satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu Sunnah wal Jamaah.

2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dan melampau dalam mengagungkan Ali r.a.

3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini.

4. Penjelasan tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli Sunnah wal Jamaah yang terpengaruh sama ada pada pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis.

5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah.

Masa Tidak Menunggu PAS

Posted: 07 Oct 2013 06:00 PM PDT

Oleh Lim Hong Siang
Barangkali PAS perlu diasak dengan lebih keras untuk berdepan dengan dunia politik yang terpampang di depan matanya. Sudah tentu tempoh lima tahun terlalu lama buat sesebuah parti politik untuk terjerumus dalam lumpur polemik "muzakarah / muqabala", "kerajaan perpaduan (UG)", dan kini "kepimpinan ulamak / profesional". Muktamar, seminar politik (cadangan asalnya EGM), dan sebagainya telah dijadikan platform untuk merungkaikan pertikaian ini.

 Keputusan atau resolusi telah diluluskan, pendirian untuk bersama dengan Pakatan Rakyat ditegaskan oleh Presiden, dijamin berkali-kali oleh Mursyidul Am tetapi polemik tetap berlanjutan sehingga hari ini.
Sudah tentu pergelutan ini boleh dianalisa dengan hujah-hujah yang positif, misalnya ia memperlihatkan kedinamikan, penyuburan demokrasi dalam parti, kerana suara berbeza diizinkan. Namun dari kaca mata umum ia bukan "kedinamikan", tetapi pendirian yang tidak konsisten, flip-flop dan kecoh. Bukan kita mahu mematikan perbincangan supaya parti ini dilihat "bersatu-padu", tetapi mutu dan tahap perbahasan ini sendiri menjurus kepada persepsi bahawa perdebatan ini "tidak tentu pasal".
Biar kita berterus-terang, apakah perbahasan tentang "pro-UMNO / pro-Pakatan Rakyat" selama lima tahun ini membuahkan hasil yang lumayan, misalnya mencerahkan minda, atau menyuntik wacana baru yang segar di kalangan ahli PAS? Mungkin kita mengambil contoh PKR. Sudah menjadi rahsia terbuka bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak sehaluan dengan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Tetapi apabila Azmin bersilat dengan Khalid, Dewan Undangan Negeri Selangor dijadikan gelanggangnya. Belanjawan Negeri dijadikan senjatanya. Sama ada ia memberi persepsi "bercelaru" atau tidak itu soal lain, yang penting rakyat tahu apa yang sedang berlaku, dan tidak menafikan bahawa ianya satu persaingan politik sihat yang gagal dielakkan. Sesiapa sahaja rakyat Malaysia boleh mencelah, atau memberi pandangannya kerana ia membabitkan soal pengurusan ekonomi, ketelusan, keberkesanan, keadilan pengagihan sumber dan sebagainya.
Read More / Baca Lagi >>

Auditor General makes plain what Zahid and Shabery got wrong

Posted: 07 Oct 2013 05:56 PM PDT


The Auditor General has denied the Home Minister's claim that the police had explained to the Audit Department what happened to 44 missing guns and other gear. AG Tan Sri Ambrin Buang (pic) has said there was no such thing.
He also disputed former youth and sports minister Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek's claim that the money for bringing in three K-pop groups to Malaysia for World Youth Day came from sponsors.
On the missing guns and police gear worth RM1.3 million, Ambrin said there was no reply from the police on the issue of the missing items, which included 44 firearms, 29 vehicles, 26 walkie-talkies, 22 radios and other equipment.
Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi had earlier said the ministry had submitted a report to the AG with an explanation on the missing items but this explanation was not included in the 2012 Auditor General's Report.
"An explanation has already been given but it was not done on time to be included in the report. I want to ensure that there has been no misappropriation. That is the important thing in this matter," Ahmad Zahid had said.
For his part, Inspector-General of Police Tan Sri Khalid Abu Bakar had said that the missing guns may not have fallen into the hands of criminals but could have fallen into the sea from boats and the weapons could not be recovered.
He said each firearm carried an identification code and so far police had not come across any report of the missing weapons being used in any crime.
The AG responded to this, saying that what Khalid had said was only his own take on the matter.
"There was no mention about guns going missing in the sea in our report and there was no reply from the police on this issue either," he told The Malaysian Insider yesterday.
But he did not dismiss this explanation. "We can't discount the possibility when the police conduct operations or trainings at sea, the pistols may have fallen into the sea."
Read More / Baca Lagi >>

Tangkap Penjenayah boleh, Tangkap Perasuah Tak Boleh!

Posted: 07 Oct 2013 05:54 PM PDT

Minggu lalu parlimen telah meluluskan pindaan rang undang2 pencegahan jenayah. Parti pembangkang menentang pindaan ini kerana menyalahi perlembagaan Malaysia dan berlawanan dengan prinsip rule of law. Kita khuatir Parlimen akan menjadi suatu star chamber dimana ahli politik menyegerakan pembentangan undang2 untuk menutup kelemahan mereka sendiri.
Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak berupaya mengemukakan bahan buktian, maka oleh yang demikian mereka mahukan satu undang2 yang memintas dan menutup kelemahan mereka. Oleh kerana BN mempunyai suara undi yang banyak, maka pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah diluluskan. Mari kita tengok sama ada kerajaan memilih milih untuk melaksanakan undang2 ini.
Kalau mengikut definisi undang2 baru ini, kerajaan patut menangkap Ibrahim Ali dan pertubuhan Perkasa diharamkan.
Whereas action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property;
Demikian bunyinya mukaddimah pindaan rang undang2 tersebut.
Suatu tindakan telah diambil dan suatu tindakan diancam oleh orang2 dari pertubuhan untuk menyebabkan sebahagian masyarakat merasa cemas akan terjadinya kecederaan kepada orang2 dan harta benda.
Undang2 ini berkuatkuasa diseluruh Malaysia. Minggu lalu Ibrahim Ali mewakili Perkasa telah mengancam bahawa orang Melayu akan merusuh jika agihan kekayaan negara ini tidak diperbetulkan. Kita jangan lupa yang menyebabkan agihan kekayaan sebegini rupa ialah kerajaan BN. Ibrahim Ali telah melakukan suatu aksi- yakni mengeluarkan kenyataan yang bersifat suatu ancaman bahawa orang Melayu yang terpengaruh dengan hasutan puak2 tertentu akan melakukan rusuhan kaum yang akan menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa.Zahid Hamidi semasa dalam parlimen bercakap mengenai 'roh' akta pencegahan jenayah- nah sekarang ini bersegeralah ambil tindakan keatas Ibrahim Ali, kerana 'roh' kenyataan2 nya ialah menghasut orang Melayu supaya mengamuk memusnahkan harta benda dan nyawa. Tunggu apa lagi DS Zahid?
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Restoran caj sarapan VVIP RM6,000

Posted: 07 Oct 2013 05:08 PM PDT


Restoran caj sarapan VVIP RM6,000

KOTA BHARU - Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).

Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.

Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Pelaburan RM1b Khazanah tiada impak?

Posted: 07 Oct 2013 05:03 PM PDT

SEPERTI disebut dalam Laporan Audit Negara 2012, selain menguruskan pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) juga menerima geran daripada Kementerian Kewangan untuk melaksanakan program atau projek yang diluluskan kerajaan.

Dari 2009 hingga Jun 2012, Khazanah menerima sembilan geran berjumlah RM984 juta daripada kerajaan bagi beberapa projek termasuk RM200 juta untuk meningkatkan peluang pekerjaan bagi graduan dan RM54 juta untuk projek ternakan udang di Setiu, Terengganu.

Namun menurut Laporan Audit Negara 2012, impak pelaksanaan geran itu tidak ditetapkan Khazanah, sekali gus menyukarkan penilaian prestasi dan keberkesanan geran tersebut.

"Sebagai contoh, pemberian geran KKU-Nursing adalah bagi mewujudkan pusat latihan jururawat tidak bermotifkan keuntungan di Koridor Utara. Bagaimanapun, tiada penetapan impak seperti sejauh mana pusat latihan ini sepatutnya memberi manfaat kepada industri penjagaan kesihatan di Malaysia," menurut laporan itu.

Khazanah dalam jawapan kepada Jabatan Audit Negara berkata, semua geran diberikan kepada Khazanah dengan mandat dan objektif tertentu.
Read More / Baca Lagi >>

Betulkah geng 3 line hanya samseng kenduri? atau gedebe tajaan parti politik..!!!

Posted: 07 Oct 2013 05:00 PM PDT

Bagaimana saya kenal geng tiga line ni?, betul macam kata-kata Zahid Hamidi bahawa mereka bukannya samseng atau gangster betul. Sebaliknya geng tiga line ini hanyalah samseng kenduri kendara.

Ya! melalui kenduri kendaralah saya mula mengenali geng tiga line ini. Mulanya rasa pelik bila ada di kalangan orang kampung yang punyai seperti satu ritual bila mengadakan kenduri kahwin. Antaranya adalah seperti:

    Memasang tanda tertentu pada jalan masuk ke rumah kenduri. Ada arrow yang diperbuat daripada daun kelapa dan sebagainya.
    Ada kenduri khas pada malam sebelum berlangsungnya kenduri yang betul. Dengan lauk pauk serta hidangan yang khas pula.
    Ada pondok khas pula untuk melayan para tetamu istimewa yang datang dari berbagai daerah serta negeri.
    Ada sumbangan khas dari merata negeri yang berupa bahan mentah makanan seperti lauk dan beras.

Mungkin ada lagi yang lain tapi saya tak ambil perduli sangat. Apa yang disenaraikan di atas sahaja sudah cukup memberikan kejutan budaya pada saya ketika melihat kesemua aktiviti tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Ini Harta UMNO Yang Punya: Bantuan persekutuan mesti dapat sokongan ketua Umno

Posted: 07 Oct 2013 04:58 PM PDT


KOTA BHARU: Biar pun Kelantan ditadbir PAS dan Pakatan Rakyat, namun pemimpin Umno masih berperanan bagi menyokong bantuan persekutuan (BP) yang diberi kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Malah BP1 sehingga BP6 yang diberi kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disyarat mesti mendapat sokongan pemimpin tempatan persekutuan (PTP - Ketua Umno Bahagian).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu mulai dikuatkuasa di Kelantan sejak 2008.

Katanya, ekoran penguatkuasaan peraturan tersebut yang ditetapkan kerajaan pusat menyebabkan ada projek di bawah PBT yang sepatutnya dapat dilaksanakan tertangguh kerana tidak mendapat persetujuan PTP.

Misalnya peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi Majlis Daerah Dabong untuk melaksanakan prasarana lambat dilaksanakan kerana PTP mempunyai cadangan lain.

"Sepatutnya perkara seperti itu dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan PBT telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam jawatankuasa yang dibentuk ketika sesuatu projek dirancang.
Read More / Baca Lagi >>

Kantoi Lagi: Ketua Audit Negara sangkal polis ada beri penjelasan, kumpulan k-pop tiada penaja...siapa tipu siapa..???

Posted: 07 Oct 2013 04:55 PM PDT


Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang (gambar) menafikan dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa polis sudah memberi penjelasan kepada pihaknya sebab 44 pistol dan peralatan lain milik polis hilang.
Ambrin turut tidak bersetuju  dengan kenyataan bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk, Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa tiga kumpulan K-pop yang membuat persembahan semasa Hari Belia Sedunia dibayar oleh penaja.
Ambrin berkata, polis tidak memberi jawapan berhubung kehilangan aset bernilai RM1.3 juta membabitkan 44 senjata api, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain.
Menteri Dalam Negeri sebelum ini berkata, kementeriannya sudah menghantar laporan kepada Ketua Audit Negara menjelaskan kehilangan tersebut tetapi ia tidak dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.
"Penjelasan sudah diberikan tetapi ia tidak dilakukan pada masa ia direkodkan dalam laporan. Saya mahu pastikan tiada penyelewengan. Itu yang penting," kata Ahmad Zahid.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Malaysia tarik semula fitnah Zul Noordin terhadap Aziz Bari

Posted: 07 Oct 2013 04:53 PM PDT



Saman fitnah bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari terhadap bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.
Persetujuan penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Datin Yeoh Wee Siam semasa kes itu disebut di depan beliau.
Terdahulu, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Aziz berkata kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu tanpa apa jua pengakuan liabiliti oleh defendan.
Beliau berkata Utusan Melayu bersetuju menarik balik perkataan yang ditutur Zulkifli dan diterbitkan semula oleh Utusan Malaysia pada 18 Oktober 2011. Perkara itu kemudian disahkan peguam T.K.B. Mohana Kumar yang mewakili Utusan Melayu.
Pada 22 Disember 2011, Abdul Aziz memfailkan saman menamakan Zulkifli, yang juga seorang peguambela dan peguamcara, Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar Utusan Malaysia dan Akhbar Mingguan Malaysia Datuk Abdul Aziz Ishak serta Utusan Melayu sebagai defendan.
Read More / Baca Lagi >>