Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Calon Naib Presiden UMNO Guna Pengaruh Istana Untuk Raih Undi...

Posted: 06 Oct 2013 10:00 PM PDT


Sudah bertebaran cerita ada calon naib presiden umno menggunakan pengaruh orang istana untuk memujuk ketua-ketua bahagian supaya mengundi beliau pada pemilihan akan datang...

Pada aku sikap dan perangai calon itu macam budak-budak dan penakut, heloo... kalau nak bertanding gunakan kekuatan sendiri, jangan gunakan orang lain untuk selamatkan bontot kamu...

Aku tak salahkan orang istana itu, pada asalnya appoiment di buat untuk berjumpa dengan orang istana itu pasal hal lain, tapi bila dapat peluang jumpa, hal pemilihan pulak yang di bincang dan dengan merayu calon naib presiden itu meminta pengaruh orang istana itu untuk membantunya supaya memujuk ketua-ketua bahagian di negeri itu memberi undi kepadanya...

Perlukah orang yang tak ada keyakinan diri macam tu jadi naib presiden umno?

Siapa orang itu det? 

Hahahah... Kalau tak de hal aku akan dedahkan sehari sebelum pemilihan bahagian nanti...

Zahid Hamidi Sekolahkan Wartawan Dan Chif Editor Malaysiakini...

Posted: 06 Oct 2013 07:00 PM PDT

Jangan percaya pada malaysiakini, mereka portal berita fitnah, siapa yang percaya bulat-bulat pada malaysia kini dia "BODOH"

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TAKDE HATI PERUT LANGSUNG !!

Posted: 06 Oct 2013 08:02 AM PDT


Seorang lelaki OKU yang mewakili satu NGO terpaksa bersusah payah menaiki tangga pejabat Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) di Kulim hari ini untuk menyerahkan memorandumnya kepada pengarah jabatan tersebut.

MP Padang Serai N Surendran berkata, seramai 50 anggota Persatuan OKU Setia Daerah Kulim pada awalnya berhimpun di luar jabatan tersebut sebagai bantahan berhubung bantuan kebajian pada kira-kira jam 1.30 petang.

Bagaimanapun, pengarah JKM Kulim Rohana Yusof enggan menerima memorandum tersebut dan tidak berganjak dari pejabat tersebut di tingkat satu, kompleks bangunan majlis perbandaran.

Katanya, selepas menunggu lebih satu jam di bawah pancaran matahari terik, salah seorang anggota persatuan tersebut. Gnana Pragasan, yang tidak boleh berjalan, bertindak menaiki tangga tersebut untuk menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Rohana.

Gnana, 53, dengan memorandum di mulutnya, menggunakan tangannya untuk memanjat tangga dan mengetuk pintu pengarah tersebut sehinggalah pegawai itu keluar untuk menerima memorandumnya.

Surendran berkata kejadian itu menunjukkan bahawa jabatan berkenaan tidak sensitif kepada warga kurang upaya dan warga emas di negara ini./MK

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Bersarakan' golongan duri dalam UMNO?

Posted: 06 Oct 2013 09:46 PM PDT


Pemilihan UMNO 2013 yang berlangsung pada 12 dan 19 Oktober ini dilihat sebagai satu pertandingan untuk melihat barisan kepimpinan yang efektif dan rasional di mata 146,500 ahli UMNO yang layak untuk mengundi.

Atas tuntutan demokrasi, maka ramai ahli UMNO menawarkan diri untuk dipilih menjadi pemimpin - cawangan, bahagian dan pusat.

Seramai 33,682 ahli UMNO dari seluruh negara menawarkan diri sebagai calon bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pusat.

Pemilihan pada kali ini adalah gelanggang untuk melihat pemimpin UMNO yang dipilih nanti bukan sahaja boleh diterima oleh parti tetapi juga rakyat.

Sebab itu UMNO mesti ketengahkan barisan pemimpin yang boleh diterima rakyat dan mampu mencerminkan imej yang positif kepada parti itu.


Sebagai pengundi, ahli UMNO bukan sahaja akan memilih individu sebagai pemimpin parti peringkat bahagian dan pusat, tetapi turut menentukan hala tuju parti.

Jadi ahli UMNO yang diberi amanah untuk mengundi mesti pandai menilai pemimpin yang akan memimpin mereka.

Pilihlah pemimpin yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja demi menjaga kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

Proses terbaharu pemilihan UMNO kali ini jika dilaksanakan dengan betul, maka tiada lagi salah guna kuasa, akan lenyap politik wang dan berkurang kempen melobi perwakilan. Hanya pemimpin yang benar-benar berkhidmat dan berbakti akan dikenali oleh ahli peringkat cawangan.


Kepada pemimpin UMNO yang pernah diberi peluang untuk memimpin ahlinya di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat, tetapi telah gagal melaksanakan amanah yang diberi, ahli-ahli kenal siapa individu tersebut. Ahli UMNO kenal siapa yang selalu buat 'kerja' untuk parti dan siapa yang hanya pandai main wayang.

Dalam keghairahan pesta demokrasi dalam UMNO ini, ahli UMNO tidak boleh buat silap. Kesilapan memilih pemimpin yang tidak mampu membawa perubahan kepada parti, maka menjadikan UMNO sebuah parti yang terus berpenyakit, lemah dan mungkin sukar diubati.

Ahli UMNO membantu menaikkan pemimpin ke atas sebab kecerdikannya dan kebolehan memimpin dan kerana politik sogok menyogok.

Dalam memilih pemimpin perlu ada rasionalnya. Kenapa hendak menolak pemimpin atau ketua yang sudah menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.


Tolaklah pemimpin yang menyebabkan BN tersungkur di kawasan yang berkenaan. Tolak mereka dan kroninya yang tak buat kerja.

Nyahkan mereka yang membolot peruntukan yang disediakan untuk PRU-13 setelah tidak dipilih untuk menjadi calon dengan tujuan menggunakan wang itu untuk bertanding pada pemilihan UMNO kali ini!

Golongan ini menjadi duri dalam daging malah ada di kalangan mereka yang terus mahu memegang jawatan dalam parti. Merekalah yang main politik wang hingga menjejaskan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Jika perwakilan UMNO sayangkan parti, 'bersarakan' golongan ini daripada memegang sebarang jawatan dalam parti.

Suara Politik
Belantan

Kalau tak sedar lagi tak tahulah...!!! Kerjasama Pas dalam DAP, PKR rugikan orang Melayu Islam?

Posted: 06 Oct 2013 05:56 PM PDT

Mohamed Hafiz Mohamed Nordin (kanan duduk) bersama ahli-ahli Pas Bagan Ajam mendesak pimpinan Pas Pusat memutuskan hubungan dengan DAP serta mengkaji semula tahalluf siyasi dengan Pakatan Rakyat dalam sidang akhbar di Butterworth, semalam.

Kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.

Sehubungan itu, Pas digesa mengkaji semula hubungan itu yang boleh menyebabkan orang Melayu hilang keyakinan terhadap parti tersebut seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

Aktivis Pas, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.

"DAP sebenarnya tidak bersikap jujur terhadap orang Melayu dan Pas sendiri, namun pimpinan Pas Pusat bagaikan tidak sedar perkara ini berlaku.

"Jadi saya mendesak Pas mengkaji semula hubungan dengan DAP agar tidak merugikan masa depan orang Melayu serta boleh menghilangkan keyakinan orang Melayu terhadap parti yang memperjuangkan agama itu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Selain itu, ujarnya, sukar disangkal lagi bahawa DAP adalah parti cauvinis yang akan menyekat semua agenda Islam yang ingin dibawa oleh Pas .

Sehubungan itu Mohamed Hafiz menyokong penuh Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menyarankan Majlis Syura Ulama Pas mengkaji semula tahaluf siyasi parti itu dengan PKR dan DAP.

Jelasnya, perwakilan pada Muktamar Pas ke-59 November ini juga diingatkan agar mendokong kepimpinan ulama yang merupakan teras kepimpinan dalam Pas.

"Jawatan Timbalan Presiden Pas harus dikembalikan kepada ulama yang benar-benar memahami Islam dan situasi semasa serta mampu berijtihad dalam keadaan-keadaan tertentu," ujarnya.

"Kami sentiasa bersama Ketua Ulama Pas serta seluruh kepimpinan ulama dalam Pas yang menuntut kepimpinan ulama ditegakkan kembali di dalam Pas," ujarnya.

Suara Politik
Belantan

Menjelang Pemilihan PAS, Abdul Hadi Redakan “Pertempuran” Ulama & Profesional?

Posted: 06 Oct 2013 11:06 AM PDT


Datuk Seri Abdul Hadi Awang masuk campur bagi meredakan jurang antara ulama dan profesional menjelang pemilihan PAS pada muktamar ke-59 November ini.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Presiden PAS itu hanya berjaya menyelesaikan 50 hingga 60 peratus sahaja ketegangan dalam Liqa' Fikri (pertemuan pemikiran) Sabtu lalu dengan menasihati perwakilan yang akan bertanding supaya menjauhkan sebarang kempen yang boleh menjejaskan perpaduan parti Islam itu.

"Semasa mesyuarat minggu lepas itu, Presiden menasihati pemimpin dan mereka yang bertanding supaya tiada unsur luaran mengganggu gugat parti dalam pemilihan kali ini," katanya selepas menghadiri pertemuan tersebut.

"Unsur luaran tersebut seperti isu Syiah bukan Syiah, isu perbezaan ulama dan profesional, ini antara isu luaran yang mungkin akan menjejaskan parti," katanya.

Difahamkan, Abdul Hadi menyatakan kebimbangan mengenai jurang antara kumpulan ulama dan profesional serta aktivis dalam PAS, dan dengan tegas beliau berkata bahawa semua pihak berperanan memastikan keteguhan parti.

Muktamar PAS ke-59 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam bermula pada 22 hingga 24 November depan yang bakal menyaksikan pemilihan untuk jawatan tertingginya.


Bagi mengawal kepanasannya, PAS terpaksa membuat satu garis panduan bagi pihak yang ingin menyertai pertandingan dalam pemilihan itu.

Muktamar kali ini dijangka panas dengan isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini.

Antaranya, resolusi itu mahu supaya PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan PR khususnya PKR ekoran berkurangnya sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Bagaimanapun, resolusi tersebut mendapat tentangan kelompok profesional PAS kerana mereka mengatakan sokongan kaum lain juga faktor utama yang perlu dipertimbangkan PAS bukan hanya kepada masyarakat Melayu semata-mata.

Dalam Liqa' Fikri itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dikatakan mempertikaikan andaian bahawa PAS rugi bila bekerjasama dengan PKR.

Katanya, PAS menang empat kerusi yang diambil daripada PKR ekoran kerjasama itu.

Oleh itu, katanya, tidak berbangkit PAS rugi kerana kerjasama dengan PKR.

Seseorang yang dikatakan mirip kepada Mustafa Ali

Kerusi itu ialah Parlimen Dungun dan Temerloh serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa (Johor) dan Changkat Jering (Perak). Semuanya ditandingi PKR dalam Pilihan Raya 2008 lalu dan semasa PRU13, kerusi itu diserahkan kepada PAS dan berjaya memenanginya.

"Hadi juga berkata tiada jurang perbezaan ataupun sempadan antara ulama dan professional kerana kedua-duanya sama penting," kata sumber itu apabila ditanya sama ada wujud konflik antara kedua-dua kelompok tersebut.

Beberapa pemimpin utama PAS seperti Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan, Dr Dzulkefly Ahmad dan ramai lagi turut hadir dalam mesyuarat tertutup itu.

Bagaimanapun, Mohamad enggan memberi penjelasan mengenai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu.

"Sentiasa hangat, setiap mesyuarat hangat," kata Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Dzulkefly pula berkata, mesyuarat itu membincangkan hal-ehwal dalaman parti dan perkara berbangkit tidak boleh didedahkan kepada umum demi menjamin perpaduan parti.

Hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini dan bakal memilih pucuk pimpinan PAS untuk dua tahun akan datang.



Dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Mohamad berkata, beliau terkejut dengan apa yang berlaku dalam PAS terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli parti Islam itu.

"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya.

Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.

Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan.

Katanya, ia menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari dan tidak dizinkan walaupun tidak dilembagakan.

Malah, Mohamad juga berkata tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa' Fikri.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


DAP MEMANG SENGAJA MAHU HARAMKAN CEC 2.0?

Posted: 06 Oct 2013 10:13 PM PDT


Adakah Jenice Lee agen MCA atau agen Gerakan yang sengaja menghadiri CEC DAP 2.0 meskipun beliau telah dipecat dari DAP dan digunakan untuk memecah belahkan DAP ? Mungkin inikah yang ada dibenak-benak para chauvinist DAP ?

Apapun tahniah kepada Jenice Lee kerana telah berjaya menghakiskan kepercayaan ahli-ahli DAP kepada tokong Lim Guan Eng dan God Father Lim Kit Siang. 

Tak kisahlah kalau orang gelar si Jenice Lee ni hantu MCA ke, hantu Gerakan hatta hantu UMNO sekalipun kerana dalam kepercayaan masyarakat Cina ada hantu baik dan ada hantu jahat. Kira you jenis hantu baik la Jenice suka tolong olang.

Walaupun you tak berjaya menjatuhkan Karpal Singh dan Jagdeep Sink tetapi percayalah Jenice sesungguhnya Karpal Sink itu tak akan hidup lebih lama lagi...mungkin mati kempunan kekejungan berangan di atas wilchairnya nak jadi menteri.

Mungkin juga selepas kematian Karpal Sink maka umat Islam boleh melangkah mayatnya beramai-ramai dan bersatu padu menegakkan syiar Islam dan hudud di negara ini. Mungkin itu petunjuk ataupun clue dan hint yang Allah s.w.t nak tunjuk pada kita.

Perjuangan harus diteruskan sehingga DAP mampos.

SUMBER : 

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Syok pulak lambung H2O ....7 hujah Jentayu Abaka

Posted: 06 Oct 2013 06:14 PM PDT

Saja nak lambung H2O

Posted: 06 Oct 2013 12:41 AM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MENGGEMPARKAN: WAKIL RAKYAT SINGAPURA CAMPURTANGAN DALAM NEGARA MALAYSIA

Posted: 06 Oct 2013 10:11 PM PDT

Di DUN Pangkalan Rinting, di sebuah kawasan Taman Perling berdekatan dengan sebuah Masjid berdepan dengan Perling Mall berlaku satu perkara yang tidak masuk akal.

Apakah ini bermaksud percubaan Singapura untuk menguasai dan menjajah Johor? Di sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri Johor yang dimenangi parti DAP, mereka telah memanggil Wakil Rakyat Negara Singapura untuk campurtangan dalam urusan dalaman di negara kita. Kenapa Wakil Rakyat Singapura? Kenapa bukan Wakil Rakyat dari Malaysia?
WAKIL RAKYAT SINGAPURA ANG MO KIO GRC CAMPURTANGAN DALAM NEGARA MALAYSIA
Peristiwa yang berlaku di sebuah Pusat Penjagaan Kejururawatan di Johor Bahru ini membuktikan apa makna kepada semua perjuangan kita selama ini. Kini, apakah kamu masih berfikir Singapura tidak akan menjajah seinci demi seinci, satu demi satu, tanah, aktiviti, peristiwa dan apa jua di negara kita? Mereka bermula dengan peristiwa ini, dan mereka akan melangkah lagi setapak demi setapak.

Bukti di depan mata, Singapura, DAP, PAP, duri dalam daging! Kita berdiam diri, mereka menyusup masuk!

ADAKAH ZAIRIL@CHRISTOPER LIM TERLIBAT SALAH GUNA WANG EPF

Posted: 06 Oct 2013 09:44 PM PDT


Seorang pembaca bernama Roselina Khir yang mendakwa dirinya anak kandung Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari mahu Zairil Khir Johari berdiri di atas platform sendiri dan tidak perlu menggunakan populariti Allahyarham untuk meraih kepentingan politik.
 
"Benar, dia (Zairil) sepatutnya berdiri di atas platform sendiri, dengan tidak perlu menggunakan nama Pak Khir. Kami tidak pun mengenalinya, sebab ibunya Christine Lim adalah mak tiri yang sejahat ibu tiri 'Snowwhite'," katanya ketika memberi komen artikel bertajuk "Zairil Bukan Anak Khir Johari."

Allahyarham Pak Khir mempunyai tujuh anak hasil perkahwinan dengan isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman iaitu Rosita, Amir Sharifuddin, Roselina, Juanita, Nazli, Mazita dan Haizan.

Selepas Puan Sri Kalsom meninggal dunia pada 1994, Allahyarham Pak Khir mengahwini Puan Sri Christine Lim pada Februari 1996 yang sudah mempunyai dua orang anak yang kemudiannya diislamkan iaitu Zairil dan Yusri.

Menurut Roselina, selepas bapanya mengahwini Christine, dia dan enam orang adik beradiknya yang lain tidak dibenarkan berjumpa dengan bapanya lagi.
"Pada ketika itu kami mohon UMNO bantu kami menyelesaikan masalah wanita itu, tapi tak ada bantuan. Dia telah merampas segalanya dari kami.

"Pak Khir masa hidup kita tak dapat berjumpa, habis wang EPF dikeluarkan untuk membeli condominium di KL Sentral dan Seri Kembangan atas nama anak-anak Christine," katanya.

Roselina juga tidak kisah siapa bapa kandung Zairil yang sebenarnya, dan dalam masa sama berbangga kerana bapanya telah mendidik Zairil sebagai seorang Muslim yang baik.

"Sebagai anak Pak Khir, saya ingin memberi sedikit komen, tak kisah lah Zairil tu anak siapa sebenarnya. Yang penting Pak Khir telah membelanya menjadi seorang Muslim yang baik, telah khatam Quran dan telah pun dibawa pergi haji. Alhamdulilah.

"Membela dia sehingga dia teringin menjadi seorang politik. Walhal tak seorang dari kami yang lain tidak teringin politik.

"Biarlah roh arwah Pak Khir bersemadi dengan tenang. Tuhan ada. Janganlah politik isu ini," katanya.

Allahyarham Pak Khir yang berusia 83 tahun menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang bersarapan pagi bersama isterinya, Christine Abdullah di kediaman mereka di Kondominium Suasana Central, Brickfields Kuala Lumpur pada 20 November 2006.

Allahyarham pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam politik termasuk menjadi Setiausaha Agung UMNO.

Beliau dilantik menganggotai Kabinet kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai Menteri Pelajaran pertama negara pada tahun 1956.

Selain Allahyarham, Kabinet pertama Tunku turut dianggotai oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, mendiang Tun H. S. Lee, Allahyarham Sulaiman Abdul Rahman, mendiang Tun V.T. Sambanthan, Allahyarham Tun Sardon Jubir, mendiang Tun Tan Siew Sin, Allahyarham Abdul Aziz Ishak, Allahyarham Tan Sri Bahaman Samsudin, Allahyarham Datuk Abdul Rahman Talib dan Tun Omar Ong Yoke Lin.

OPERA SG.LIMAU DAH MULA DAH...

Posted: 06 Oct 2013 09:14 PM PDT



Dalam hidup ini kita tak perlu banyak bersandiwara dan main wayang opera untuk menutup kelemahan kita. kalau kita tak mampu buat sesuatu, kita akui saja kelemahan kita dan kita beri sokongan kepada mana-mana pihak yang mampu melakukannya. Senangkan tak perlu nak bising-bising lagi.

Samalah juga kalau PAS tak mampu nak laksanakan hudud selama mereka berkuasa di Kedah (2008-2013) mengaku sajalah kelemahan tersebut. Bukannya menuduh UMNO/BN tak pandai hukum hudud dan menolak terus Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2013 yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akhir Ogos lalu.

Sebagai umat Islam, kami rasa kesal kerana kesemua 9 orang ahli-ahli Parti Islam Malaysia menolak mentah-mentah rang undang-undang berkenaan. Alasannya mudah - enakmen tersebut tak cukup Islam kerana hanya mengenakan hukuman denda dan penjara kepada pesalah-pesalah syariah. Tak der sebat-menyebat!


Harian Metro 30 Ogos 2013

Persoalannya mengapa masa mereka berkuasa dulu mereka tidak buat satupun pindaan ke atas Enakmen Jenayah Syariah 1998 yang dibuat oleh kerajaan UMNO/BN terdahulu? Malah PAS terus menerus menggunapakai Enakmen tersebut selama 5 tahun hinggalah mereka kecundang di Kedah dalam PRU 13 lepas.

Apa yang PAS lakukan selama 5 tahun di Kedah dalam memartabatkan Islam dan membangunkan negeri? Tak perlulah kami nak senarai panjang kegagalan demi kegagalan mereka.  Ia tetap menjadi sejarah hitam kepada rakyat Kedah sampai Menteri Besar sendiri mereka 'sebat', kutuk dan sabotaj hanya kerana arwah MB tidak mahu bersengkongkol mengagihkan kekayaan dan jawatan pada puak-puak yang kebuluq kuasa.

Sebaliknya, para Exco Negeri mereka hanya tahu menyebat segala kekayaan yang ditinggalkan oleh BN sebelum 2008. Benarlah kata orang-orang di Kedah;  

"BN dok susah tanam pokok, tabuq baja, sembuq air, halau serangga. Bila dah masak, PAS pakat mai dok berebut-rebut petik buah.

"La nie PAS yang berak berterabuq sana sini, mai BN jenuh dok sapu"

Sempena bulan Zulhijjah yang mulia ni marilah kita bersatu memartabatkan syiar agama Islam, memperkasakan umat Melayu dan muslim serta membangunkan negeri. Kita pakat buang dan tolak segala unsur syirik di negara kita terutama sekali ajaran Syiah yang sekarang ini semakin berleluasa. 


Tak perlu cakap banyak dan berdegar-degar kutuk sana sini, akhirnya yang terjadi adalah pepecahan ummah. Marilah kita hadiri Himpunan Ulama Turath Siri 3 bertajuk Pendirian Ulama Terhadap Ancaman Syiah Peringkat Negeri Kedah 19 Oktober ini. Bersatulah hati-hati kita membenteras ajaran songsang Syiah demi memurnikan akidah umat Islam di Malaysia dan Kedah amnya.


Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:32 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Calon Timbalan Presiden PAS ... mereka ada persamaan, Utusan Malaysia dah dedahkan...

Posted: 06 Oct 2013 07:39 PM PDT

Agenda melayu Islam,,, cuma nak tanya melayu mana yang sangat ke melayu islam ni,,,,


Tahaluf siyasi Pas gugat hak Melayu Islam




Norman Toha
KUALA LUMPUR 6 Okt. - Tahaluf siyasi antara Pas dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya memberi ruang kepada rakan-rakan sekutunya itu mengganggu-gugat kepentingan Melayu dan Islam yang selama ini terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.
Malah, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu hanya menampakkan kegagalan Pas sehingga menyebabkan kaum tertentu mempunyai kekuatan mendesak kerajaan mengubah beberapa asas persetujuan kemerdekaan yang selama ini menjadi teras Perlembagaan.
Sehubungan itu, beliau mahu Pas mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan tersebut yang baginya patut dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Amat mengecewakan apabila terdapat kalangan ahli dan penyokong dalam pakatan yang mencerca dan mempermain-mainkan hak Melayu yang sudah tercatat dalam Perlembagaan.
"Antaranya menghina Raja-raja Melayu dan Islam dituduh tidak adil, namun pimpinan utama Pas tidak mampu untuk menempelak balas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin bahawa kerjasama antara Pas dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang hanya merugikan orang Melayu dan menjadi liabiliti kepada parti itu sendiri.
Mohamed Hafiz berkata, Pas perlu sedar tentang sikap bermuka-muka DAP terhadap orang Melayu serta mengamalkan politik perkauman sempit.
Menurut Norman, konsep tahaluf siyasi yang pernah Rasulullah SAW lakukan bersama orang bukan Islam di Madinah adalah untuk memudahkan Islam diamal serta melindungi kepentingan umat daripada digugat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap kesediaan generasi Pas yang tidak memahami sejarah perjuangan sehingga bertindak meliberalkan matlamat perjuangan parti itu sendiri.
Sedangkan, katanya, Islam yang menjadi asas kehidupan dan kepentingan Melayu sepatutnya menjadi 'tuan' di bumi sendiri.



ha ha nampak ke tak ,,, atau duk kelabu asap lagi,,, yang duduk dalam dewan ulama Pas sibuk nak Timbalan Presiden Faqih Agama,,, Yang duduk luar kepompong Pas pula duk sibuk agenda melayu islam.... 

Kepala Baruanya Utusan Malaysia,,, patutlah artikel boleh boleh keluar dalam utusan,,, 

Hebat agenda Umno, ulama duduk dalam Pas pun boleh tertipu,,,  memang betullah pengakuan Mahathir,, Umno syaitan yang dikenali... 

Tunggu,, Insya Allah aku akan dedahkan siapa lagi dibelakang mereka-mereka ini, sampai begitu degil dengan pimpinan Presiden dan Mursyidul Am Pas.





Islam sederhana - 303 ekor lembu korban..

Posted: 06 Oct 2013 07:56 AM PDT

Boleh sesiapa yang tahu kisah dizaman nabi dulu berapa ratus ekor unta atau kambing baginda buat buat korban,, 


PEKAN, 5 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh lembu korban selepas menyempurnakan majlis Penyampaian Watikah dan Wakalah Lembu Korban kepada Pengerusi Masjid, Surau serta Pejabat Kerajaan dan Swasta dalam parlimen Pekan di sini, hari ini.
Sebanyak 303 ekor lembu akan diagihkan bagi ibadah Korban 2013 bagi Parlimen Pekan. 
-- fotoBERNAMA (2013) HAKCIPTA TERPELIHARA


Duk jaja Islam wasatiyah.. Islam sederhana,,, 303 ekor beb,, kalau Islam extreme. ... mau 3003 ekor....


Terkini dari Umno - Pilih pemimpin macam pilih durian..!

Posted: 06 Oct 2013 12:12 AM PDT

Perebutan sesama mereka,, suruh macam pilih durian,, woi,,  ha ha ha..



BERITA


Pilih Pemimpin Seperti Pilih Durian - Isa Samad

SEREMBAN: Pilih pemimpin Umno dengan teliti seperti mana anda memilih durian - memilih yang terbaik dan paling harum dalam timbunan buah yang banyak.
Itulah nasihat calon naib presiden Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang meminta akar umbi parti tidak 'termakan' percubaan calon-calon untuk bertanding sebagai satu pasukan.
"Apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita masih perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Kita mesti memilih hanya yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin," katanya.
Pemimpin senior parti ini berkata seorang pemimpin perlu dipilih berdasarkan keupayaan dan keupayaan untuk berkhidmat.
"Akar umbi boleh membuat keputusan untuk mengekalkan penyandang, menggabungkan muka lama dan baru atau membentuk satu pasukan pemimpin yang benar-benar baharu. Tetapi saya tidak bersetuju apabila pasukan (pemimpin) dibentuk," katanya.
Isa mula menjadi mangsa pemimpin bertanding sebagai " pasukan" pada tahun 1993 apabila beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Tamby Chik, ahli "Team Wawasan " untuk jawatan Ketua Pemuda Umno.
Pengerusi Felda berusia 64 tahun ini berharap ahli-ahli Umno akan memberi satu lagi peluang untuk beliau menjadi naib presiden parti dan dapat memberikan perkhidmatan dalam kapasiti itu.
Beliau menang jawatan dalam pemilihan Umno 2004 dengan jumlah tertinggi undi tetapi terpaksa melepaskannya dan juga meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setahun kemudian selepas didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti.
"Saya menawarkan perkhidmatan saya kerana saya percaya saya boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan saya untuk berkhidmat. Saya mahu berbakti kepada parti ini yang telah memberikan begitu banyak jasa kepada saya.
"Saya rasa peluang saya adalah baik. Itulah sebabnya saya menawarkan diri untuk bertanding," kata Isa, yang menyertai Umno pada tahun 1972 dan memulakan perjalanan aktif politik beliau enam tahun kemudian apabila beliau bertanding dan memenangi kerusi DUN Linggi di Negeri Sembilan.
Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari tahun 1982 hingga 2004.
Isa berkata, dalam Umno terdapat tempat untuk semua - tua dan muda, menunjukkan bahawa peremajaan parti tidak bermakna yang tua harus diketepikan.
"Untuk memulihkan Umno bermakna kita tidak menghalang orang-orang muda turut serta bertanding.
"Tetapi mereka juga mesti bersedia untuk kalah. Jika mereka gagal (mendapatkan jawatan), mereka yang masih baru tidak boleh merajuk dan berputus asa. Mereka perlu melalui proses seperti orang lain," katanya.

Woiii,, yang suruh macam pilih durian tu, durian jenis apa,,, musang king atau lembu king...wakaka...


RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Just how did Zahid threaten the media?

Posted: 06 Oct 2013 09:13 PM PDT

Gagal di panggung, Tanda Putera jadi wayang pacak Felda

Posted: 06 Oct 2013 07:55 PM PDT


Tanda Putera Jadi wayang Pacak FELDA
[BH] Bandar Seri Jempol: FELDA akan menayangkan filem kontroversi, Tanda Putera, kepada penghuni 317 tanah rancangan di seluruh negara, menerusi Kembara Wayang Padang yang bermula, malam kelmarin.

Audit: AirAsia enggan berpindah

Posted: 06 Oct 2013 07:54 PM PDT

Syarikat Penerbangan AirAsia masih enggan berpindah dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Terminal 1 KKIA, walaupun kerja naik taraf Terminal 1 selesai pada Mac 2010.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2012, pada awalnya AirAsia bersetuju untuk kembali beroperasi di Terminal 1 pada 1 Julai 2011 sekiranya segalanya selesai, tetapi sebaliknya berlaku.

"Pembinaan Terminal 2 merupakan langkah sementara bagi mengelakkan kesesakan di Terminal 1 yang sedang dalam proses naik taraf.

"Justeru, mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha pada 24 Februari 2011 memutuskan supaya AirAsia berpindah apabila semua kerja penambahbaikan itu siap," lapor Ketua Audit Negara.

Pada pendapat audit, kementerian, Jabatan Penerbangan Awam dan Malaysia Airports Holding Berhad hendaklah tegas serta konsisten dalam perkara ini serta pelan tindakan mengenai pelaksanaan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi agar syarikat penerbangan tambang murah itu berpindah dipatuhi.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: Pengurusan wang Planetarium Melaka lemah

Posted: 06 Oct 2013 07:52 PM PDT

Prestasi kewangan Planetarium Melaka Sdn Bhd (PMSB) kurang memuaskan dan pengurusannya lemah, kata Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Pengauditan yang dijalankan dari bulan April hingga Jun 2012 mendapati PMSB memperoleh keuntungan bersih bagi tahun 2009 dan 2011 masing-masing sejumlah RM578 dan RM175,200 manakala bagi tahun 2010 mengalami kerugian sejumlah RM136,139.

"Secara keseluruhannya prestasi kewangan PMSB adalah kurang memuaskan kerana mengalami kerugian pada tahun 2010 sementara keuntungan pada tahun 2011 adalah kerana bantuan kewangan yang diperoleh daripada Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) sejumlah RM378,036.

"Keuntungan terkumpul PMSB pada akhir tahun 2011 adalah berjumlah RM26,557," kata laporan itu.

Semakan Audit mendapati Sistem Pengeluar Tiket Berkomputer dengan kos RM70,000 gagal mengeluarkan tiket berkomputer kepada pengunjung.

"Sistem gagal mengeluarkan tiket berkomputer kepada pengunjung mulai 31 Disember 2011.

"Semakan Audit selanjutnya mendapati sistem hanya dapat berfungsi sepenuhnya selama lima hari pada Januari 2012 dan 11 hari pada bulan Februari 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Selagi BN tidak mengaku boros, selagi itu masalah berlarutan

Posted: 06 Oct 2013 07:51 PM PDT

Timmy Say

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat mereka di 2013 ialah untuk mengurangkan defisit bajet ke paras 3.5% di 2014 daripada 4%.

Jika betul itu adalah niat Najib, dan selaku Menteri Kewangan, beliau perlu memastikan jumlah pembelanjaan operasi kerajaan tidak lagi ditambah tanpa perlu.

Jika betul pengurangan defisit bajet itu adalah sasaran utama kerajaan Najib, selaku Perdana Menteri, beliau harus menunjukkan contoh yang sesuai.

Tapi tidak.

Selepas menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen untuk RON95 dan diesel, kerajaan pimpinan Najib meminta lagi bajet tambahan sebanyak RM14 bilion di Dewan Rakyat.

Sudah tentu, kerajaan BN mengharapkan rakyat terlupa bahawa di bulan Julai, kerajaan BN telah meminta bajet tambahan sebanyak RM13 bilion.

Jadi jumlah yang diminta ialah RM27 bilion dalam tempoh kurang 3 bulan. Menakjubkan, ke mana semua duit itu nak dibelanjakan?

Kerajaan juga berkata mereka terpaksa mengurangkan subsidi minyak demi kesejahteraan ekonomi, tapi kerajaan tidak pernah memaklumkan pada rakyat bagaimana duit lebihan daripada untung jual minyak kerana harga tinggi minyak di pasaran dunia telah dihabiskan.

Semasa "mengurangkan subsidi minyak" (bukan menaikkan harga minyak mengikut kata timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan), Najib berkata kerajaan bakal dapat berjimat sebanyak RM1.1 bilion untuk bulan-bulan yang tertinggal di 2013.
Read More / Baca Lagi >>

Politik ala-Azizan menghantui PAS

Posted: 06 Oct 2013 07:47 PM PDT

Juhaidi Yean Abdullah

Penghargaan yang dicurahkan kepada tokoh berjasa adalah sesuatu yang lazim, apatah lagi bagi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan suka berseloroh. Namun, apabila mereka yang diketahui memusuhi beliau juga memberi pujian, timbul rasa pelik dan mual. Sepanjang menjadi Menteri Besar (MB) Kedah mulai 9 Mac 2008, musuh beliau tidak henti-henti menghentam peribadinya, memburukkan nama dan mensabotaj tugasnya. Beberapa kali mereka berkonspirasi untuk menjatuhkan beliau, namun tidak berjaya.

Beberapa hari selepas mengangkat sumpah sebagai MB, Azizan memberitahu rakyat untuk 'kalih' kerajaan negeri yang diterajui PAS jika ia tidak bagus. Tapi tidak dijangka beliau bahawa yang beriya-iya menukarkannya ialah pemimpin PAS Kedah sendiri, yang berasakan Azizan tidak berkesan kerana terbabit dengan pelbagai kontroversi dan selalu uzur. Kumpulan yang sering berkomplot ini juga tidak gemar dengan sikap Azizan yang tidak bermusuh dengan pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).

Mempertahankan dirinya, Azizan menegaskan: "Budaya orang Kedah cukup terbuka. Suka bergurau, suka berkawan. Ini jugalah yang berkembang di antara Umno dan PAS. Masa kita jadi pembangkang, kita baik dengan Umno. Mereka pun baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun, kita baik dengan mereka. Biar rakyat terima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada. Kalau perlu, kita boleh bekerjasama dengan Umno. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka."

Bersikap rendah diri

Bagi ahli PAS yang menganggap Umno seteru, pendirian Azizan tidak boleh diterima. Kata Ahmad Lutfi Othman yang mengenali Azizan: "Stylenya low profile, tidak sensasi macam Datuk Nik Aziz Nik Mat. Azizan tidak suka pertembungan dan gemar jauhi konflik apabila berdepan Kerajaan Pusat. Hubungan baiknya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) mengundang pelbagai tafsiran. Azizan tidak jadikan pemerintahan BN terdahulu sebagai sasaran. Sikap hati-hati dan toleransi menyebabkan ahli PAS tidak puas hati."

Pemimpin PAS Kedah yang tidak puas hati bercampur keinginan memenuhi cita-cita politik peribadi turut memperbesarkan kelemahan Azizan dan pentadbirannya. Ini termasuk isu pencerobohan hutan di Baling, Kubang Pasu dan Tasik Pedu, pelesenan pusat hiburan dan masalah kewangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) serta kebajikan pensyarah dan pelajarnya. Isu pembelian 500,000 saham Felda Global Ventures oleh kerajaan negeri, ahli PAS kutuk Azizan sebagai kabur, keliru dan kosong. Dalam kes kenaikan tarif air pula, mereka sanggup mengadakan demonstrasi dan protes di depan pejabat Menteri Besar.
Read More / Baca Lagi >>

HUTANG KRONI YANG DIBIARKAN....!!!

Posted: 06 Oct 2013 07:27 PM PDT

Hutang kroni dibiarkan. Hutang rakyat dicari sampai ke lubang cacing.

Ini lah kerajaan umno bn.

Audit: Tak pelik Umno BN memang boros, rasuah

Posted: 06 Oct 2013 07:24 PM PDT


KUALA LUMPUR: Laporan tahunan Ketua Audit Negara seperti kebiasaannya penuh dengan pendedahan sensasi namun ianya tidak mengejutkan dengan mengambilkira sifat pemerintah Umno BN yang boros, tidak cekap dan rasuah.

"Ketidakcekapan dan ketirisan sebeginilah yang menyebabkan kerajaan saban tahun, tanpa segan silu, memohon belanja tambahan sehingga menjadikan situasi defisit fiskal negara semakin parah," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Malah, katanya untuk tahun 2013, pemerintah memohon RM14.12 billion belanja tambahan, hatta sistem perakaunan kerajaan (Saga) yang sepatutnya digunakan untuk mencatat perbelanjaan pun turut disebut Ketua Audit Negara berdepan masalah.

Menurutnya, antara yang paling membimbangkan, kerugian pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di dalam syarikat Time dotCom (TdC) Berhad berjumlah sehingga RM209 juta.

Beliau berkata, menggunakan wang amanah pencen pesara untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang pasaran sedia maklum bermasalah merupakan satu keputusan yang membingungkan.

"Sekarang, pelaburan ini mencatatkan kerugian besar. Maka siapa yang harus bertanggungjawab?" ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Harga Makanan Naik 10%-20%. Inflasi Naik 3%! Harga Minyak Naik Lagi. BLR Akan Naik 2014?

Posted: 06 Oct 2013 06:54 PM PDT


Harga Roti Canai Naik
Perkara telah berlaku. Berkemampuan atau tidak, rakyat Malaysia tetap mesti menghadapi lonjakan kenaikan harga barang dan makanan di Malaysia. Belum termasuk lagi kenaikan harga rumah 10% = RM30,000 (DI SINI). Semuanya…..
Semuanya dek kerana kerana pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia (RON 95 & diesel) bulan September lepas.
Seperti biasa & telah dijangka peniaga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama "memeriahkan lagi" lonjakan & gelombang kenaikan harga barang & makanan di Malaysia ketika ini. Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan atas nama kenaikan harga minyak RON 95 & diesel dengan menaikkan harga makanan & minuman sehingga ke paras 20%. Patutkah?

Harga Makanan Naik 0.1%? Realiti @ Fantasi?

Kenaikan Harga Barang 2013
  • Berlainan pula dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek yang hanya menjangkakan harga makanan akan naik 0.1% sahaja.
  • Realitinya yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini?
Nampaknya kerajaan Malaysia & menteri yang terbabit tidak belajar daripada kesan rantaian yang berlaku dek kerana pengumuman harga minyak sebelum ini. Malahan kalangan penganalisis dari firma penyelidikan tempatan bersependapat, andaikata harga minyak diturunkan pada bulan depan sekalipun harga barang & makanan tidak akan kembali normal seperti biasa.
Datuk Seri Najib Razak memohon (SEPERTI DI BERITA INI) kalangan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang & makanan. Tetapi….hakikatnya berapa ramai yang mendengar saranan Perdana Menteri?
Read More / Baca Lagi >>

Cukai Duti Eksais Rokok Naik! Malaysia Syurga Rokok Seludup. Tersenarai 5 Terbaik Di Dunia!

Posted: 06 Oct 2013 06:53 PM PDT

Penyeludupan Rokok Malaysia
Nampaknya "ubat batuk" kalangan perokok tegar di Malaysia telah naik (SEPERTI DI SINI). Berapa ramai kalangan rakyat Malaysia terus setia berada dalam kumpulan ini walaupun harga rokok telah naik bermula minggu lepas?
Berkesankah langkah menaikan harga rokok atas nama mengekang kadar penyeludupan yang semakin berleluasa di Malaysia?
Melihatkan sudut gambaran yang lebih Besar, Berita Semasa merasakan sememangnya adalah menjadi hak kerajaan Malaysia samada untuk melaksanakan kenaikan duit eksais ke atas rokok di Malaysia. Tetapi….
Tetapi persoalannya sekarang ini adalah kenaikan harga rokok di Malaysia sehingga 14% mencapai matlamat yang diidamkan kerajaan Malaysia? Samada :
  1. Kerajaan lebih memikirkan habuan yang bakal diterima dek kerana kenaikan cukai eksasi terhadap rokok ataupun…
  2. Mahu membendung gejala penyeludupan yang terus bersarang di Malaysia ketika ini?
  3. Risau mengenai kesihatan rakyat Malaysia (KLIK SINI)

Rokok Cukai VS Rokok Seludup @ Rokok Halal VS Rokok Haram

Walaubagaimanapun, realiti yang berlaku apabila rakyat Malaysia dilihat telah beralih arah dan lebih gemar menghisap "rokok seludup"
  1. Harga "rokok haram" @ rokok yang diseludup @ rokok yang tidak membayar cukai eksais adalah sekitar RM5 sahaja
  2. Harga rokok halal @ rokok yang bayar cukai eksais dijual di Malaysia pada harga RM12
  3. Apa pilihan perokok?

Duti Cukai Eksais Rokok : Meningkat 14% Tahun 2013. Kesannya? 

Semakan Berita Semasa menunjukkan di sini untuk beberapa tahun terkahir ini telah berlaku kenaikan duit eksais terhadap rokok. Antaranya :
  1. Kenaikan duit eksais rokok : 15% (tahun 2010)
  2. Kenaikan duit eksais rokok : 19% (tahun 2008)
  3. Kenaikan duit eksais rokok : 25% (tahun 2007)
  4. Kenaikan duit eksais rokok : 170% (tahun 2004)
Harga Rokok Seludup
Dan setiap kali berlakunya kenaikan harga rook di Malaysia, setiap kali itulah kegiatan penyeludupan rokok ke Malaysia terus melonjak.
Sehingga Berita Semasa tertany-tanya mengapa langkah pengawasan dan pencegahan pihak berkuasa begitu longgar?
Walaupun negara telah kehilangan pendapatan sekitar RM2 bilion melibatkan cukai eksais terhadap rokok di Malaysia disebabkan gejala penyeludupan rokok, malangnya Jabatan Kastam masih belum menemui "penawar" & masih kelihatan lesu bertempur dengan kalangan sindiket penyeludupan di Malaysia.

Statistik Lonjakan Rokok Seludup di Malaysia

Read More / Baca Lagi >>

Bajet Tak Lulus: AS terus buntu

Posted: 06 Oct 2013 06:46 PM PDT

AS buntu
SEHINGGA kini, kerajaan Amerika Syarikat (AS) masih lumpuh selepas Kongres (Dewan Rakyat) gagal meluluskan Bajet Khas Persekutuan berikutan perbalahan berhubung rang undang-undang Penjagaan Kesihatan Obama (Obamacare).

Kegagalan fungsi kerajaan itu pertama kali berlaku dalam tempoh 17 tahun.

Rumah Putih dipimpin Parti Demokrat dan parti pembangkang, Parti Republikan masih gagal mencari penyelesaian untuk membolehkan Bajet Khas Persekutuan diluluskan susulan rang undang-undang penjagaan kesihatan berkenaan.

Presiden Barack Obama menuduh parti konservatif yang mendominasi Dewan Perwakilan melancarkan 'perang ideologi' dengan menjadikan bajet khas itu sebagai tebusan untuk membatalkan rang undang-undang penjagaan kesihatan.

"Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku. Saya mahu semua rakyat AS faham kenapa ia berlaku. Parti Republikan menyebabkan kerajaan lumpuh hanya kerana mahu menafikan penjagaan kesihatan sepatutnya dinikmati berjuta rakyat AS," katanya.

Pada masa sama, Speaker Dewan Perwakilan daripada Parti Republikan, John Boehner berkata, Obama melaksanakan polisi 'kemusnahan' kerana enggan berunding, ketika penyelesaian segera semakin kabur.

"Parti Demokrat tidak mahu terlibat dalam rundingan dua pihak," katanya.

Kebuntuan politik berlarutan apabila pemimpin majoriti daripada Parti Demokrat yang mendominasi Dewan Senat, Harry Reid menolak cadangan Dewan Perwakilan untuk melantik dua wakil rasmi bagi mencapai penyelesaian berhubung isu tersebut.

Tindakan nekad

Read More / Baca Lagi >>

Penahanan tanpa bicara kembali!

Posted: 06 Oct 2013 06:41 PM PDT

SYAHREDZAN JOHAN

AH, penahanan tanpa bicara! Kamu kembali ke pangkuan kami, setelah setahun lebih menghilangkan diri. Setelah dimansuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), setelah terhentinya Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan
Mencegah Jenayah) apabila Parlimen menamatkan pengisytiharan darurat, kami ingat kamu sudah meninggalkan kami.

Ya, mungkin masih ada penahanan tanpa bicara di bawah Akta Dadah Berbahaya, tetapi dua daripada tiga triniti zalim undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara sudah tiada lagi. Baru kami berhasrat untuk meraikan hak-hak dan kebebasan kami yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan, kau muncul kembali, melabuhkan bayang-bayang kamu ke atas kami.

Siapa sangka kau datang dengan rang undang-undang pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA)? Ya, mungkin ada suara-suara dan desakan-desakan supaya kau kembali, atas alasan jenayah perlu diperangi dengan menahan tanpa bicara, tetapi bukankah kita telah berkali-kali diberitahu oleh bapak dan ibu menteri serta memanda penasihat undang-undang negara bahawa semangat Ordinan Darurat tidak akan kembali? Kami bersangka baik, kadar jenayah tidak akan dijadikan alasan untuk menjemput kamu kembali. Tersasar sangkaan kami, rupanya, nah kamu kini muncul semula.

Mengikut trend Dewan Rakyat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rang undang-undang yang membawa kamu semula diluluskan seminggu selepas ia dibentang. Tiada rundingan bermakna yang berlangsung, hanya seforum dua bagi melepaskan batuk di tangga. Jam Dewan Rakyat 'dihentikan', cemeti parti dilibas bagi memastikan ahli-ahli Dewan mengundi mengikut apa yang ditentukan oleh parti. Luluslah rang undang-undang ini di Dewan Rakyat, kini menanti apa yang sudah pasti iaitu kelulusan Dewan Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Tanggang moden terima hukuman

Posted: 06 Oct 2013 06:26 PM PDT

Tanggang moden terima hukuman  
Seorang rakan yang menemani Nasrun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, semalam, membantu menutup wajah Nasrun dengan jaket bagi mengelak dirakam media.
KUALA TERENGGANU - "Yang Arif, saya ingin bertanya adakah dia (Nasrun) bersalam memohon maaf di hadapan Yang Arif kerana benar-benar insaf atau sekadar lakonan di dalam mahkamah?

"Yang Arif, kalau dia betul-betul ingin minta maaf, kenapa sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya apa lagi bersalam dengan saya... saya duduk di situ berapa lama, tapi dia buat tak tahu saja... kenapa baru hendak  bersalam selepas disuruh oleh mahkamah... saya reda memiliki anak seperti ini, saya reda dia dipenjarakan," kata Mustafa Ismail, 67, dalam nada hampa.

Mustafa meluahkan rasa kecewa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Rosdi Harun, semalam, dalam permohonannya agar memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran di atas tindakannya mengabaikan nafkah terhadap kedua ibu bapa dan dua anaknya yang dipelihara Mustafa.

Terdahulu, Rosdi memerintahkan agar Nasrun bersalam dengan Mustafa susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya itu, selepas memberi tempoh selama satu jam bagi kedua belah pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Rosdi menangguhkan prosiding selepas mendengar alasan Nasrun yang tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa dia tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.

Buat pertama kalinya selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa terhadap anaknya Nasrun pada 2010, pengurus sebuah syarikat cari gali minyak itu muncul di mahkamah semalam, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya bulan lalu.

Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun yang sebelum ini digelar 'Si Tanggang Moden' membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam, manakala jumlah yang masih tertunggak iaitu RM11,000 perlu dijelaskan secara ansuran sebanyak RM1,000 sebulan.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: JKR, JTS kurang pantau projek

Posted: 06 Oct 2013 06:24 PM PDT

Pengurusan Perkhidmatan Perunding di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri  didapati tidak memuaskan, lapor Ketua Audit Negara 2012.

Hasil laporan itu mendedahkan kurangnya pemantauan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan  Jabatan Tanah dan Survei (JTS) terhadap kerja yang dilaksanakan oleh perunding menyebabkan 59 daripada 225
projek yang dijalankan oleh dua agensi itu  gagal disiapkan mengikut jadual.

Ini termasuklah projek Skrang Water Supply dan Pakan Water Supply.  Selain itu juga,  50 projek lewat disiapkan dan sembilan projek  atau empat peratus daripada jumlah ini berstatus terbengkalai.

Menurut laporan tersebut, tempoh 2010 sehingga 2012, sebanyak RM529.68 juta digunakan untuk perkhidmatan perunding bagi 360 projek di bawah pemantauan Jabatan Setiausaha Kewangan Negeri yang secara keseluruhannya bernilai hampir RM8.96 bilion.
Read More / Baca Lagi >>

PRU guna Harta Kerajaan, Pemilihan UMNO pun guna Harta Kerajaan ke Datuk Seri?

Posted: 06 Oct 2013 06:19 PM PDT

Minggu lalu pencabar bagi jawatan Ketua Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamallulail mendakwa Khairy Jamaluddin menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan UMNO.

Bagaimanapun dakwaan atau tuduhan itu telah disangkal oleh Khairy, beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan.

"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya lapor The Malaysian Insider.

Khairy nafikan menggunakan Kementerian yang diterajuinya untuk berkempen..

Ini pula satu lagi dakwaan oleh individu yang telah diangkut ke sebuah majlis yang Menterinya turut bertanding sebagai calon bagi Ahli Majlis Tertinggi dalam Pemilihan UMNO bagi 2013 ini..

Baca laporan ini dulu...

SERDANG: Persepsi bahawa sektor pertanian masih di takuk lama dan kotor menyebabkan hanya 15 peratus golongan belia menyertai bidang itu, walaupun ia penyumbang ketiga terbesar ekonomi negara.

Sehubungan itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Perunding Agropreneur yang baru ditubuhkan membolehkan belia mencetuskan idea dan pandangan kreatif untuk melonjakkan sektor pertanian.

"Bagi menyuntik minat kumpulan sasaran, MOA melalui kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi menganjurkan pelbagai program seperti MYAGROSIS yang boleh menjana pekerjaan serta peluang menjalankan aktiviti keusahawanan berasaskan pertanian.

"Selain itu, transformasi dalam bidang pertanian perlu dilakukan untuk meningkatkan pendapatan dalam sektor ini melalui 'jihad memerangi orang tengah' kerana sebelum ini walaupun pelbagai bantuan disalurkan kepada petani, taraf hidup mereka tidak berubah.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: PNK guna diesel bersubsidi lebih kuota

Posted: 06 Oct 2013 05:36 PM PDT

Lapan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) diselia Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)  menggunakan diesel bersubsidi melebihi kuota ditetapkan kerajaan.

Laporan Audit 2012, mendapati 55 transaksi penjualan diesel dari lapan PNK melebihi kuota ditetapkan iaitu sebanyak 165,474 liter, setelah membuat semakan terhadap senarai vesel Kegunaan Diesel
Bulanan e-NSMS bagi bulan April sehingga Disember 2012.

"Lebihan penggunaan subsidi diesel itu melibatkan tiga negeri iaitu Pahang, Kelantan dan Perlis. Ini berlaku disebabkan transaksi jualan secara manual lewat dimasukkan ke dalam sistem e-NSMS menyebabkan baki kuota  tidak dikemas kini.

"Keadaan sebegini boleh mengakibatkan penyalahgunaan diesel bersubsidi berlaku,"katanya.

Berdasarkan analisis audit terhadap Sistem e-NSMS dengan menggunakan perisian  Audit Command Language (ACL) mendapati 2,002 transaksi dijual pada harga RM1.80 per liter kepada vesel Zon C2 tetapi dijual dengan harga RM1.25 per liter.
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Ibu enam anak belum pulang, bapa telah dipujuk penduduk..!!

Posted: 06 Oct 2013 05:34 PM PDT


Ibu enam anak belum pulang  
Keadaan rumah didiami enam beradik berkenaan yang tidak terurus
KUALA SELANGOR - Masih tiada berita mengenai ibu kepada enam kanak-kanak yang ditinggalkan kelaparan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, di sini, kelmarin.

Penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, sehingga kini masih tiada khabar mengenai wanita itu tetap, bapa mereka sudah pulang sebaik dipujuk penduduk.

"Penduduk pun ambil berat masalah keluarga itu dan sentiasa menjenguk bila ibu bapa mereka asyik hilang. Saya pun sedih bila ada ibu bapa yang sanggup buat seperti itu kepada anak mereka.

"Alhamdulillah, nasib anak-anak itu nampaknya dibela bila ada individu yang sudi untuk menjaga sementara waktu dan ada pihak dari kerajaan negeri yang melihat keadaan rumah itu," katanya.

Bagi Hasiah Saat, 53, dia sudah menganggap tiga anak malang yang diambil sejak kelmarin itu seperti cucu sendiri dan kasihnya tidak berbelah bagi.

"Alhamdulillah, sepanjang menjaga mereka cukup mudah seolah-olah mereka memahami keadaan yang berlaku. Nak tidur pun senang tidak ada yang merengek tengah malam.

"Saya pun senang melihat mereka terjaga makan minum, pakaian dan keperluan lain berbanding saat mereka ditemui dengan pakaian agak comot.

Read More / Baca Lagi >>

Zionis Laknatullah: ‘Tebing Barat milik Israel selama-lamanya’

Posted: 06 Oct 2013 05:25 PM PDT

'Tebing Barat milik Israel selama-lamanya'TEBING BARAT - Bandar Tebing Barat didakwa berada di bawah kawalan Israel buat selama-lamanya.

Menurut laporan PIC, kenyataan itu disuarakan Menteri Perumahan Israel, Uri Ariel selepas mendakwa kawasan di Shilafim telah pun diterokai sepenuhnya oleh Israel.

"Semua kawasan terletak di sebelah barat Sungai Jordan dimiliki Israel dan ia akan terus berada di bawah kawalan Israel selama-lamanya," katanya.

Menurutnya, pengesahan itu dilakukan selepas mendakwa pegawai Pihak Berkuasa Palestin menawarkan konsesi dalam rundingan keamanan antara Palestin-Israel untuk mencari penyelesaian penerokaan tanah haram.

Penganalisis bagaimanapun berpendapat, kenyataan itu membuktikan bahawa pemimpin Israel tidak berminat dalam proses keamanan dan mereka hanya mahu membuang masa untuk melanjutkan rundingan penerokaan tanah haram di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Dunia Akhir Zaman: Ada Pula Kilang Pengeluar 'Anak Haram'...

Posted: 06 Oct 2013 05:22 PM PDT

null
Dailymail: Dr Nayna Patel bersama wanita-wanita yang sewakan rahimnya

INI,berita seram dari India. Sebuah 'kilang bayi' pertama di dunia sedang dibangunkan. Tempat itu akan menjadi rumah bagi ratusan perempuan miskin yang dibayar untuk mengandung dan melahirkan anak-anak bagi pasangan kaya, terutama pasangan dari Eropah dan Amerika, yang tidak boleh hamil.

Dalam tempat ini,  calon orangtua boleh mengirim sperma (embrio) ke sebuah premis di mana seorang perempuan kemudian disewa rahimnya untuk mengandung dan melahirkan anak, sebelum kemudiannya, pihak orangtua datang untuk menjemput anak mereka yang baru lahir.

Klinik yang bernilai multi-juta dollar itu akan dilengkapi apartemen bagi pasangan kaya yang datang berkunjung, satu tingkat untuk para 'surogate mother' (perempuan yang disewa rahimnya untuk mengandung bayi orang lain dengan iseminasi buatan), pejabat, bilik bersalin, sebuah departemen IVF, bahkan restoran serta kedai suvenir.

Doktor di balik klinik pengembangan berteknologi tinggi itu adalah Nayna Patel, menjalankan sebuah klinik yang menampung sekitar 100 perempuan hamil dalam satu rumah. Patel membayar setiap perempuan yang disewa rahimnya dengan tarif USD 8,019 dollar dari orangtua yang mengharapkan anak.
Read More / Baca Lagi >>

Audit memanusiakan manusia - RIDHUAN TEE ABDULLAH

Posted: 06 Oct 2013 05:17 PM PDT

SEJAK dahulu lagi saya tidak suka dengan angka. Sebab itu, saya tukar aliran sains kepada sains sosial (sastera) sehinggalah menjejak kaki ke universiti dan membuat pengkhususan dalam bidang pengajian strategi, politik dan kerajaan.

Itu bukan bermakna, orang sains sosial kurang cerdik seperti orang sains. Cuma, minat berbeza. Semua bidang sama penting.

Kedua-dua bidang ini saling memerlukan, ibarat isi dengan kuku. Tanpa bidang sains sosial, bidang sains akan menjadi pincang. 

Ingatan saya kepada semua, jangan terlalu obses kepada sains sehingga terlupa kepentingan sains sosial. Siapakah yang boleh kita harapkan untuk memberi jawapan kepada laporan audit yang dibentangkan baru-baru ini, yang menakutkan saban tahun.

Antara perkara pelik boleh dikatakan yang didedahkan kali ini adalah laporan makanan luput tarikh dalam stor TUDM, kehilangan 44 pistol, 156 gari dan 29 kereta polis.

Perbelanjaan RM320,000 oleh Kementerian Kesihatan untuk menguruskan laman sosial Facebook dan Twitter. Kerugian RM38,000 untuk iklan yang menggelarkan perokok bodoh dan akhirnya diputuskan tidak sesuai digunakan.

Terdapat GLC yang rugi tetapi dapat bonus. Jam berharga RM100 tapi dibeli dengan harga RM3,810. Bayaran RM1.6 juta untuk artis K-Pop yang sebelum ini dihebohkan dibayar oleh penaja. Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat diberi kepada orang yang sudah mati.

Sebenarnya banyak lagi 'penyelewengan' yang didedahkan. Cukuplah setakat ini saya ringkaskan. Walaupun penjelasan telah diberikan, 'penyelewengan dan pembaziran' tetap berlaku.

Semua masalah ini berpunca daripada manusia, pengguna teknologi. Harapkan pegar, pegar makan padi. Manusia menjadi rakus apabila mendapat kuasa. Tidak ada rasa God fearing.
Read More / Baca Lagi >>

Boleh Land: Enam beradik ditinggal kelaparan

Posted: 06 Oct 2013 05:14 PM PDT

Enam beradik ditinggal kelaparan  
Kanak-kanak malang yang ditinggalkan ibu bapa mereka lebih 24 jam.
KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.

Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
"Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
"Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.

Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Read More / Baca Lagi >>

Kembalikan pengaruh ulama Pas - Nakhaie Ahmad

Posted: 06 Oct 2013 05:12 PM PDT

Nakhaie Ahmad 
ISU kedudukan ulama dalam Pas kini jadi polemik setelah resolusi multaqa ulama di Alor Setar baru-baru ini yang minta tahaaluf siyaasi dengan PKR dikaji semula, ditolak oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

Susulan itu, muncul kecurigaan bahawa kedudukan ulama Pas kini semakin terhakis dalam keadaan parti itu kian didominasi oleh mereka yang bukan ulama, daripada kalangan profesional dan aktivis yang ditambah satu lagi darjat kecurigaan terhadap mereka, dikatakan proksi pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagi menilai semula senario ini - apakah ia baik untuk Pas atau memudaratkan lagi parti itu.

Sinar Harian mendapatkan pandangan Datuk Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden Pas sebagai individu yang dipertanggungjawabkan untuk merangka draf pindaan  perlembagaan baru parti itu yang memartabatkan konsep kepimpinan ulama pada 1982.

Nakhaie juga, dalam kenyataannya kepada wartawan NURULFATIHA MUAAH dan jurufoto, ZULFADHLI ZAKI menegaskan bahawa kuasa tertinggi dalam parti politik seperti Pas adalah muktamar atau mesyuarat agung, bukan presiden atau jawatankuasa.

Jika ahli akar umbi Pas mahu kedudukan ulama diperkasakan semula, mereka harus memanfaatkan peluang menerusi muktamar agung ke 59 pada 22 hingga 24 November ini untuk menyatakan pendirian bagi memastikan hala tuju Pas sebagai  parti yang memperjuangkan Islam, tidak berubah haluan.

Muktamar Pas berlangsung November ini, apa yang perlu mereka fokuskan?
Mereka kena bincang soal perpaduan antara orang Islam dalam negara dan tidak menjadikan soal kepentingan perpaduan orang Islam itu sebagai isu perbalahan politik.

Semua parti politik Islam mesti akur bahawa perpaduan ini penting untuk keselamatan bagi memastikan mereka berkuasa di negara ini.

Jadi soal perpaduan harus difikirkan melampaui matlamat politik kepartian.

Read More / Baca Lagi >>

Mukhriz mahu jadi naib presiden sebelum Umno “kecundang” dalam PRU14

Posted: 06 Oct 2013 05:07 PM PDT

Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).


Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?

"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu.

Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Bini Mat Yo: Pak guard Azman jadi selebriti

Posted: 06 Oct 2013 05:04 PM PDT

The flames of war in Homs

Posted: 06 Oct 2013 05:02 PM PDT