Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#PemilihanUMNO : @KhairyKJ LIBERAL dan TIDAK BUAT APA sepanjang sepenggal jadi KP?!! @NajibRazak

Posted: 04 Oct 2013 09:00 PM PDT


Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.

Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN ke arah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu. Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

 Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. -Y.B. Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO dan Barisan Nasional
 
 
 
 
Beberapa hari lepas, ketika kami mengimbau peranan MyTeam dalam membawa sinar transformasi kepada arena bolasepak Negara, ramai yang mencemuh. Ada yang kata itu semua "tunggangan" KJ untuk menaikkan namanya dalam bidang politik. Ada pula yang tanpa fakta kukuh cuba membawa sentimen silam dengan menuduh KJ sebagai seorang liberal, kaki seleweng dan macam-macam perkara buruk lagi. Tidak kurang juga yang tanpa sebarang sebab, terus memaki hamun dengan carutan.
 
Kami ingin bertanya kepada mereka yang bersikap sedemikian rupa, apakah itu wajah pejuang Melayu yang tulen? Apakah nasib orang Melayu akan terbela dengan caci maki dan carut marut?
 
Apakah seseorang itu boleh dikira sebagai seorang pejuang bangsa hanya dengan menghunus keris dan menjerit-jerit semangat Melayu? Tanpa disusuli sebarang usaha yang serius dan konkrit, orang Melayu akan terus lemah dan tidak mampu bangkit.
 
Apakah salah YB KJ membawa arus transformasi dalam merubah cara bagaimana orang Melayu berfikir dan bertindak tanpa menggadaikan asas prinsip hidup mereka sebagai seorang Islam dan Melayu? Bukankah lebih bijak jika orang Melayu itu terus berusaha keras tanpa dilihat sebagai ancaman kepada kaum lain di negara ini? Sedar-sedar sahaja kita sudah pun menguasai semuanya. Mahu atau tidak, kita harus berubah, terutamanya dari segi pemikiran kerana kita bukannya hidup di zaman 50 an, 60 an dan 80 an lagi.
 
Mana yang lebih baik, seorang yang mengaku sebagai pejuang Melayu, tetapi tidak berbuat apa-apa langsung, atau seorang yang tidak gemar bermain dengan retorik bangsa ini, tetapi tidak henti-henti mengangkat nasib anak bangsanya, dan dalam masa yang sama tidak dilihat sebagai ancaman kepada sesiapa? Fikir-fikirkanlah...
 
Seperti yang pembaca semua sedia maklum, kami juga penentang kuat agenda liberalisme dalam agama dan anti Melayu di Negara ini, terutamanya yang dibawa oleh pakatan pembangkang. Agenda mereka amat mengelirukan dan berniat halus untuk menidakkan hak orang Melayu di negara ini. Apakah sama agenda liberal yang dibawa oleh mereka dengan apa yang KJ sedang dan telah usahakan? Jelas sekali mereka cuba mengelirukan orang Melayu dengan agenda untuk membawa perubahan pemikiran baru, tetapi dalam masa yang tidak mempunyai pelan yang konkrit untuk mengubah nasib anak bangsa. Bila ditanya mengapa tidak tolong, mereka akan gunakan hujah assobiyah pula.
 
Apakah ini semua sama seperti yang KJ cuba usahakan?!! Kalau itulah definisi liberalisme yang anda semua maksudkan, bermakna anda juga sama keliru dengan MACAI-MACAI pembangkang!
 
Kami tertarik dengan satu komen pembaca yang mempertikaikan apa yang KJ telah buat sepanjang 4 tahun menjadi Ketua Pemuda bagi memperkasakan UMNO. Pembaca tersebut bertanya adakah KJ berjaya menambah ahli UMNO? Untuk menjawab persoalan itu, kami sediakan carta di bawah ini:
 
 
 

 
Bila kita cerita tentang daftar pemilih/pengundi yang baru, tentunya yang paling banyak baru didaftar adalah pengundi baru/muda, dan jelas sekali, UMNO lah yang paling banyak buat kerja melalui sayap PEMUDAnya? Dan siapa pula yang ketuai PEMUDA sepanjang EMPAT TAHUN yang LEPAS?!! Ada sesiapa boleh tolong jawabkan?!!
 
Kerana usaha keras inilah juga UMNO kekal menjadi parti yang terkuat di negara ini, walaupun cuba disaingi rapat oleh DAP. Kita kena ingat DAP hanya perlu mendaftarkan kira-kira 25% pengundi Cina, sedangkan UMNO perlu merebut baki 67% bumiputera dengan semua parti-parti lain, terutamanya PAS. Jadi, apakah ini semua bukan hasil kerja keras KJ dan PEMUDA?!!
 
Seperkara lagi, kami pasti anda semua pernah dengar tentang UMB bukan? Jentera siber maya yang ditubuhkan oleh PEMUDA UMNO bagi melawan dakyah pembangkang di media siber. Semua orang sedia maklum bagaimana UMB dan sibertruper BN yang lain berjaya mengimbangi tohmahan dan fitnah pembangkang sepanjang PRU yang lepas. Buktinya, undi orang Melayu kepada BN bukan sahaja dapat dikekalkan, malah dipertingkatkan lagi sehingga UMNO berjaya menambah kerusinya di Parlimen. Takkanlah selama ini UMB bergerak tanpa pengetahuan dan arahan Ketua Pemudanya sendiri?
 
Kami lontarkan untuk buat anda semua berfikir sejenak.
 
 

Santai Pemilihan DAP : Melayu CELOP, Dakwat CELOP DAN Pengundi CELOP WARNAI PEMILIHAN

Posted: 04 Oct 2013 05:02 PM PDT

DAP sememangnya sebuah parti rasis yang dikuasai oleh keluarga-keluarga tertentu.

Namun untuk menutup keRASISan dan keDINASTIan dalam DAP, maka beberapa trick telah digunakan oleh jawatankuasa pemilihan antaranya......

1. MELAYU CELOP.

Mak Cina, Bapa Cina tapi dengan magik, anaknya boleh diisytiharkan sebagai PEMIMPIN MELAYU DAP.



Nama Sebenar
Tarikh Daftar 
Tarikh Pinda 
Nama Baru
Nama Ibu Sebenar
Nama Ayah
Sebenar
Negara Asal Lahir
Christopher Ross Lim
21.4.1997
23.6.1997
Zairil Khir Johari
Christine Lim @ Rose Christine Abdullah@Rose
Christine Khir Johari
Howard Lim
(Singapore)
Hawai, Amerika
Syarikat

2. DAKWAT CELOP.

Walaupun dicalit di jari perwakilan tapi dakwat yang digunakan dalam pemilihan kali ini wajar dipanggil DAKWAT CELOP sebab hanya tahan 5 minit.
 17  Selepas gambar ini dirakam Jenice menggunakan kertas tisu untuk menghilangkan dakwat dijari. Dua tiga kali lap telah dengan mudah menghilangkan kira-kira 80% daripada kesan dakwat tersebut.

Sumber : http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2013/09/dakwat-tak-kekal-untuk-pemilihan-cec.html


3. PENGUNDI CELOP.


Kalau DAP tuduh SPR membenarkan 'pengundi hantu' buang undi, dalam pemilihan DAP sendiri membenarkan ahli yang telah dibuang dari parti untuk mengundi.



*Apa CELOP tok? Patut DAP nama jadi DEMOCRATIC CELOP PARTY.

Allahyarham Tan Sri Azizan ...Wira Tidak Didendang PAS?

Posted: 04 Oct 2013 01:31 AM PDT

Allahyarham Tan Sri Azizan Razak...Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham...Al Fatihah

Bahang PRK Sungai Limau sudah mula terasa. Di beberapa ceruk kampong di DUN Sg Limau masyarakat di sana mula memperkatakan siapa bakal calon UMNO yang akan bertanding dalam PRK nanti untuk melawan calon PAS. Bunyinya agak aneh mengapa calon UMNO yang disebut-sebut sedangkan sepatutnya mereka lebih memperkatakan kelibat calon PAS?

Mungkin ini satu kebetulan kerana jentera UMNO dilihat lebih banyak memainkan peranan membantu rakyat di kawasan tersebut di kala Allahyarham Tan Sri Azizan sedang dirawat di hospital. Sedangkan jentera PAS hanya sekali sekala datang menjenguk pengundi dengan hanya mengadakan ceramah-ceramah sambil-sambil hulur karung dan usung tin mintak derma.

Di kala pemergian Allahyarham Tan Sri di hospital, kelibat pemimpin-pemimpin UMNO juga yang sibuk untuk menguruskan jenazah. Kami dapat melihat kehadiran YAB Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah serta Mukhriz yang lebih mendapat perhatian rakyat.

Kami tertanya mengapa Tun berdua sanggup bergegas ke hospital untuk melawat 'musuh' politik UMNO dengan meninggalkan sebuah majlis di kawasan lain. Walhal beberapa pemimpin PAS yang lain lebih sibuk ke Bangkok untuk tunduk sembah hormat kepada bangkai Chin Peng dan sibuk melalut nak bawa balik abu bangkai pengganas tersebut.

Dari sembang-sembang kami dengan beberapa ahli PAS asal Bukit Besar dan Sungai Dedap mereka menyatakan "pemimpin PAS la nie (kini) lebih kalut nak bela komunih dan syiah. Depa lebih suka Ustaz Azizan mampuih cepat sebab Azizanlah punca Kedah kalah, sebab tu kena kafarah habih kaki kena potong".

Terkejut juga kami mendengar penjelasan tersebut.

Kami bertanya lagi agaknya siapa yang layak jadi pengganti Arwah Ustaz. Mereka kata "mungkin anak arwah yang layak tapi dalam PAS ni jenuh sikit sebab puak Mahfuz pun ada orang depa sendiri, Mahfuz nak bertanding, Mat Sabu pun nak jugak. puak Fakrul Razi pun nak, puak Taulan pun nak jugak. Nak letak anak arwah pulak had (yang) mana satu? Had anak bini nombor satu ka, had anak bini nombor dua? Had Musadak pun ada orangnya jugak, dia pun nak jadi calon…nak letak Muaaz ka atau letak Muzaini?" Mymassa sendiri tidak tahu siapa yang dimaksudkan oleh ahli-ahli PAS ini.

Mymassa pun tak dapat nak sembang panjang sebab ramai berpusu-pusu datang kat hospital. Tapi dalam benak kami ramai ahli PAS yang kecewa apabila segelintir ahli dan pemimpin PAS sendiri tergamak menentang arwah semasa hayatnya. Sampai ada yang mintak arwah dipecat dari PAS dan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana ketegasan arwah tidak melayan tuntutan melampau segelintir ahli PAS yang gilakan projek.

Arwah juga ditentang hebat oleh pemimpin-pemimpin PAS sendiri berkaitan isu Syiah sehingga ada yang sanggup mencerca arwah kononnya menjadi barua UMNO. Itu belum masuk lagi kes KUIN sehinggakan apabila arwah sakit dan masuk hospital ada segelintir ahli PAS mendesak arwah dan kerajaan negeri melantik seorang pemangku dengan segera tanpa menghormati keadaan arwah yang sakit tenat.

Kami juga mendapat tahu dari Pak Su Man yang dari PAS Kampung Gelam Tiga mengenai perangai segelintir ahli-ahli PAS yang mensabotaj jentera parti sendiri semasa PRU 13 lalu. Pak Su Man memberitahu "ahli-ahli PAS pakat cabut bendera parti dan pacak bendera BN keliling kampung sebagai protes kepada Azizan. Tak cukup dengan tu, depa pakat pacak bendera PAS hitam putih keliling Sungai Limau dan mengugut tak akan keluar mengundi".

"Bila arwah menang ADUN Sungai Limau pada PRU 13 tapi dengan majoriti berkurang, ahli-ahli PAS bersorak riang. Bila arwah masuk hospital dan kena potong kaki depa hambuq kata lebih baik Ustaz mampuih teruih".


Perbuatan-perbuatan segelintir penyokong PAS ini ternyata menguriskan hati dan perasaan isteri -isteri dan keluarga Tan Sri Azizan. Pernah wakil Mymassa melihat Mukhriz sebak melihat isteri arwah mengalirkan air matanya sebab arwah dicaci dan dihina sebegitu rupa, sedangkan arwah begitu besar jasanya kepada PAS dan Negeri Kedah.

"Ustaz Azizan bukan sebarang orang. Dia Menteri Besaq dia banyak berjasa pada orang Kedah tanpa kira depa tu PAS atau UMNO. Tapi orang PAS sendiri sanggup hina dan humban Ustaz sampai lagu ni. Sakit pun susah depa nak mai lawat. Kami malu kat Datuk (Mukhriz) dan Tun Mahdey (Mahathir)…"

Itulah yang diluahkan oleh ahli keluarga Allahyarham kepada wakil Mymassa di Kedah. Kami tak mahu mengaibkan orang lain apatah lagi sesama bangsa. Kami juga turut bersimpati dan berkabung atas pemergian Allahyarham. Tapi sampai bila kami perlu sembunyikan dapatan fakta dari pengalaman kami sendiri?

Kedamaian di Sg Limau antara kawasan jelapang padi negeri Kedah

Memang hasrat arwah ingin memajukan Sg Limau. Tapi setakat itu kemampuan arwah dan kesempatan yang Allah Taala berikan pada arwah. Arwah pergi meninggalkan kita dan amat teringin melihat penyatuan umat Melayu. Namun hajat arwah itulah yang menjadi punca beliau ditentang hebat oleh segelintir ahli-ahli dan pemimpin PAS sendiri.






























Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Gempar...!!! Maidam kesan cubaan gadis nikah bapa saudara?

Posted: 04 Oct 2013 09:21 PM PDT


Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) mengesan kes pertama cubaan seorang gadis untuk berkahwin dengan bapa saudaranya seorang pengikut fahaman Syiah minggu lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Datuk Mohd Rozali Saleh berkata, perkara itu dapat dihalang ibu bapanya selepas dimaklumkan anak mereka yang juga adik gadis berkenaan mengenai perkara itu minggu lalu.

Mereka gagal menghubungi anak gadis mereka selama seminggu dan selepas dimaklumkan anak mereka, ibu bapa gadis itu menyiasat melalui Facebook sebelum mendapati lelaki yang ingin dikahwini anak mereka itu adalah seorang pengikut fahaman Syiah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Negeri Terengganu kali 'Mendepani Virus Syiah' di sini hari ini.

Mohd Rozali mendakwa, gadis itu yang bekerja sebagai guru di Kuala Lumpur kini dipantau kedua ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan anak mereka yang cuba didoktrin dengan fahaman Syiah oleh bapa saudara sebelah ibunya.


Sehubungan itu, Mohd Rozali turut meminta agar ibu bapa memantau pergerakan anak mereka, terutama yang tinggal jauh di perantauan memandangkan fahaman Syiah ini mudah disebarkan dan menarik perhatian orang awam yang lemah iman berikutan amalan ibadahnya yang lebih senang berbanding Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Mengulas mengenai ancaman Syiah di Institut Pengajian Tinggi di Terengganu, beliau menjelaskan masih tiada kes yang dapat membuktikan penglibatan mana-mana pensyarah atau pelajar dengan fahaman ajaran sesat itu.

"Namun, kita tetap memantau pergerakan pelajar-pelajar dari luar seperti Pakistan, Iraq dan Iran, namun jumlahnya tidak ramai dan kerajaan juga akan memperluaskan seminar seperti ini dari masa ke semasa," katanya.

Suara Politik
Belantan

Pemimpin Melayu PKM didiskriminasi?

Posted: 04 Oct 2013 05:22 PM PDT

SEBAHAGIAN anggota pengganas komunis PKM mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mokhtar Mahmud Baginda dalam satu pertemuan di kem kumpulan tersebut di selatan Thailand pada 1988. - JABATAN PENERANGAN

Perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM) adalah berorientasikan kaum Cina dalam segala segi termasuk daripada segi dasar, pendirian, strategi, perhubungan dan gerakan bersenjata.

Perjuangan itu telah digariskan oleh Setiausaha Agung PKM, Chin Peng sejak awal penubuhan PKM lagi.

Sehubungan itu, maka tidak hairanlah jika segala kepentingan kaum-kaum lain termasuk kepentingan kaum Melayu dan bumiputera tidak ditekankan dalam perjuangan PKM.

Penubuhan Rejimen Ke-10 PKM yang dianggotai dan dipimpin oleh orang Melayu adalah semata-mata untuk mengabui masyarakat antarabangsa dan orang Melayu di Malaya bahawa PKM dianggotai oleh parti berbilang kaum.

Rashid Maidin bersama Chin Peng ketika rundingan damai Baling - 1955

Malahan penyertaan orang bukan Cina di dalam PKM, terlalu kecil terutama daripada kaum India dan etnik bumiputera yang lain, berbanding kaum Cina.

Perjuangan PKM yang ditegakkan berorientasikan kaum Cina sebahagian besarnya didorong oleh dua faktor utama:

> Pertama kerana perjuangan PKM lebih berkiblat kepada Peking, walaupun ketika itu Moscow (Kesatuan Soviet) merupakan negara komunis lebih berpengaruh dan maju di dunia.

Ini kerana secara teorinya PKM mendokong konsep yang dibawa oleh pemimpin China, Mao Tze Tung yang menekankan tentang perjuangan bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan, serta menyokong dasar-dasar yang digariskan oleh Parti Komunis China (PKC).

> Faktor kedua adalah kerana Chin Peng berpendapat kaum Cina lebih maju dan lebih bijak serta menguasai bidang ekonomi di Malaya berbanding orang Melayu dan kaum-kaum lain, maka atas dasar itu, kaum Cinalah yang sepatutnya mendominasi dan menguasai PKM.


Chin Peng sering menekankan perkara itu dalam beberapa perbincangannya dengan pemimpin-pemimpin PKM, termasuk yang dihadiri oleh Pengerusi PKM, Musa Ahmad, bahawa perjuangan PKM di Malaya adalah berasaskan orang Cina.

Beliau memberi alasan pendiriannya itu adalah kerana majoriti kaum Cina terdiri daripada kelas pekerja dan mengikut teori komunis golongan pekerjalah yang seharusnya memimpin revolusi.

Pada masa yang sama, dalam meneruskan perjuangan mereka, pemimpin-pemimpin PKM melihat ke arah China bukan sahaja sebagai sumber inspirasi dan tetapi juga kesetiaan.

Hal ini dapat dilihat daripada sikap pemimpin-pemimpin Jawatankuasa Pusat PKM sering menganggap lawatan kerap mereka ke China sebagai 'HUI CHU KUO' yang membawa maksud kembali 'tanah ibunda'.

Chin Peng sering menganggap orang Melayu dengan kata-katanya yang berbunyi: ''bangsa Melayu adalah bodoh, mundur, pemikirannya tidak luas dan hanya berkisar dalam penghidupan kampung yag didiaminya, fanatik agama serta malas dan berpuas hati kepada keadaan mereka yang ada."


Chin Peng juga menolak hak-hak orang Melayu dan tidak menerima status bumiputera.

Chin Peng memberi alasan pendiriannya adalah kerana golongan Cina kelas pertengahan merupakan golongan revolusionist dan golongan Cina kelas pertengahan juga merupakan penyumbang terbesar kepada kemajuan Malaya, sedangkan golongan Melayu kelas pertengahan adalah alat kerajaan dan golongan Melayu kelas pertengahan bersekongkol dengan golongan kapitalis dan monopoli untuk menindas golongan rakyat bawahan.

Maka sepanjang PKM melancarkan pemberontakan bersenjata bagi menggulingkan kerajaan Malaya, PKM jelas mendokong fahaman perkauman (chauvinist) yang ketara dalam perjuangannya dan kepimpinannya.

Maka tidak hairanlah atas dasar itu, Chin Peng tidak mempunyai kepercayaan terhadap pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKM serta sering mendiskriminasi pemimpin-pemimpin Melayu PKM.


Dalam banyak perkara terutama melibatkan rahsia dan dasar parti serta kewangan, Chin Peng tidak pernah berunding dengan pemimpin Melayu PKM.

Begitu juga, Chin peng tidak berminat untuk menggunakan bahasa Melayu dalam hal ehwal PKM.

Walaupun dalam propaganda PKM menyatakan tentang persamaan kaum, namun dalam hal bahasa, hanya bahasa Cina digunakan sebagai bahasa perhubungan dalam PKM dan bahasa-bahasa lain dipinggirkan.

Dokumen-dokumen parti, arahan-arahan dan ucapan-ucapan diterbitkan hanya dalam bahasa Cina, dan beberapa dokumen sahaja diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dan kemudian ke dalam bahasa Melayu.

Rashid Maidin

Selain itu, semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM diadakan di dalam bahasa Cina dan anggota Melayu perlu menggunakan penterjemah Inggeris.

Pada persidangan antarabangsa, pemimpin PKM mengarahkan wakil PKM mesti berucap dalam bahasa Cina.

Ekoran keadaan itu, wujud perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Melayu PKM terutama Pengerusi PKM, Musa Ahmad, sehingga akhirnya membawa perpecahan kepada kepimpinan PKM.-UMO

Suara Politik
Belantan

Komunis menyusup ke dalam badan Islam, Melayu?

Posted: 04 Oct 2013 08:50 AM PDT

GAMBAR pengganas komunis menjalani latihan menembak dalam gambar yang tidak bertarikh ini, dipercayai sebagai propaganda menentang kerajaan Malaysia pada 1960-an. - JABATAN PENERANGAN

Parti Komunis Malaya (PKM) menjalankan rancangan propaganda untuk memenangi hati orang Melayu antaranya dengan menaja penubuhan badan Islam dan mendekati orang Melayu sekali gus meyakinkan mereka bahawa Islam dan komunisme tidak bertentangan antara satu sama lain walaupun hakikatnya komunis adalah anti agama.

Dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pusat PKM yang berlangsung di Peking (Beijing) dan dipengerusikan oleh Chin Peng sekitar akhir 1962 dan awal 1963, ketua PKM itu menyarankan agar anggota komunis mendekati masyarakat Melayu dengan cuba memahami budaya dan adat resam mereka.

Anggota komunis Cina yang beroperasi di kawasan Melayu turut disarankan agar menggunakan nama samaran Melayu. Semua ini terkandung dalam dokumen rasmi memetik beberapa pemimpin PKM yang belum pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.


Untuk meraih sokongan umum, kadir- kadir PKM yang ditugaskan dalam kerja-kerja 'Min Yuen' iaitu memberi maklumat dan mendapatkan bekalan makanan serta ubat-ubatan untuk komunis, telah dicadangkan supaya menyusup masuk ke dalam aktiviti masyarakat. Kader-kader ini juga akan menunjukkan keprihatinan terhadap kehidupan orang Melayu dan menampakkan kesediaan untuk membantu mereka bila-bila masa yang diperlukan.

Dengan itu mudahlah mereka diterima oleh masyarakat Melayu. Apabila sudah diterima oleh masyarakat setempat, mudahlah juga untuk kader-kader ini menjalankan gerakan dengan menubuhkan 'Hsueh Hsih Cell' dalam kalangan orang Melayu yang telah dikenal pasti menunjukkan minat dan kecenderungan terhadap fahaman komunis. Sasarannya ialah golongan remaja dan kanak-kanak.

Menerusi sel-sel atau unit ini, indoktrinasi komunis akan dijalankan sebelum kemudiannya kelompok yang sudah 'direkrut' ini diserap masuk ke dalam Liga Belia Komunis Tanah Melayu (MYCL).


Kebanyakan saranan yang dibuat oleh Chin Peng ini diterima anggota Jawatankuasa Pusat PKM yang hadir pada mesyuarat di Beijing itu walaupun penggunaan nama samaran Melayu oleh anggota komunis Cina dibantah oleh Pengerusinya, Musa Ahmad, atas alasan isu agama dan kaum agak sensitif bagi orang Melayu yang mungkin melihatnya sebagai usaha untuk mengelabui mata mereka.

Chin Peng bagaimanapun mengetepikan pandangan Musa itu dengan menekankan yang kader-kader PKM memang cukup terlatih dari segi penguasaan bahasa termasuk dialek sehingga mampu meyakinkan orang Melayu.

Keyakinan Chin Peng itu dipercayai berdasarkan kejayaan anasir komunis menyusup masuk ke dalam badan-badan agama di awal penubuhan PKM selain mempengaruhi individu dengan latar agama untuk menyertai gerakan itu walaupun pada asalnya atas dasar perjuangan nasionalis.


Antara pemimpin PKM yang mempunyai latar pendidikan agama ialah Musa dan Samsiah Fakeh. Musa yang mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Al Mashor, Pulau Pinang ialah Presiden Persatuan Penuntut Melayu Al Mashor dari 1939 hingga 1941.

Penubuhan Parti Nasionalis Melayu (MNP) pada September 1945 pula mengikut dokumen rasmi itu digerakkan atas cadangan Mokhtaruddin Lasso iaitu anggota Parti Komunis Indonesia (PKI), yang ketika itu menjadi Ketua Editor akhbar Suara Rakyat yang dinamakan semula selepas mengambil alih operasi Berita Perak.-UMO

Suara Politik
Belantan

Jabatan Audit Negara terlepas pandang untuk mengAudit bagaimana Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1.00 membiayai kos kes mahkamah?

Posted: 03 Oct 2013 11:41 PM PDT


Kelihatan Anwar Ibrahim sekali lagi melalak di Parlimen dan mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membuat sidang khas bagi meneliti dan mengambil tindakan tegas terhadap penyelewengan dan kebocoran yang berlaku, melibatkan beberapa kementerian dan jabatan kerajaan. Agak menarik juga mengapa tidak diminta sekali PAC siasat dari mana datangnya dana yang biayai kos kes mahkamah beliau?

Anwar menegaskan walaupun perkara itu banyak kali didedahkan dalam Laporan Audit Negara, namun tiada tindakan susulan diambil khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah di peringkat pentadbiran kerajaan.

"Kita seolah-olah terkejut dengan kebocoran dan penyelewengan yang berlaku saban tahun dan ia semakin parah tetapi tiada tindakan tegas diambil.

"Kami mahu SPRM mengemukakan laporan tentang siasatan penyelewengan ini bukannya beri alasan dalam siasatan dan pertimbangan," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada 1 Oktober lalu berhubung pelbagai kelemahan dalam mentadbir urus dana awam termasuklah penyelewengan, pembaziran awam dan ketirisan melibatkan kementerian dan jabatan kerajaan.


Antara kelemahan yang dikesan dalam pengurusan dana awam itu termasuklah kos pembangunan laman sosial Facebook dan Twitter bagi aktiviti promosi kesihatan yang bernilai RM320,000.

Ketua Audit Negara turut menegur kempen Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi pengagihan barangan dalam bentuk cenderahati seperti beg galas dan penanda nota bermesej yang tidak diagihkan kepada golongan sasar disebabkan penggunaan perkataan tidak sesuai.

"Beg galas dan pelekat penanda yang memaparkan slogan 'Smoking, A Stupid Habit for Stupid People' tidak sesuai diagihkan kepada golongan sasar," menurut laporan itu.

Jabatan Audit Negara turut mendapati poster dan risalah di mana karya seni yang siap disediakan secara dalaman dan cetakan dibuat syarikat percetakan mengandungi beberapa kesilapan laras bahasa dan ejaan melibatkan kos melebihi RM31,200.

Bagi penulis agak terkilan jugalah jika Jabatan Audit negara terlepas pandang untuk meneliti dan mendedahkan dari mana seorang ahli parlimen yang juga Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1.00 sebulan ini mendapat dana yang banyak untuk membiayai kos 2 kes mahkamah yang berjumlah ratusan ribu ringgit!


Baru-baru ini bekas pembantu kepada pasukan pembelaan Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mendedahkan sekurang-kurangnya RM 940,000 dibelanjakan oleh pihak Ketua Umum PKR untuk membiayai dua kes mahkamah.

Kes pertama, kata Yuktes membabitkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana dalam kes tersebut Anwar kalah di semua peringkat, Mahkamah Tinggi, Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah turut mengarahkan Anwar membayar kepada Dr Mahathir sebanyak RM 190,000.

Pada 26 Januari 2006, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir berkaitan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menuduh Anwar sebagai seorang pengamal homoseks (gay) selepas program "Human Rights and Globalisation" anjuran SUHAKAM pada 9 September 2005. Sila baca di sini.

Dalam kes kedua pula, Yuktes menambah, Anwar terpaksa membayar sejumlah wang tertentu kepada pakar-pakar luar negara dalam kes liwat kedua.


1. Dr. Brian Leslie McDonald (Australia) – RM 300,000

2. Dr. David Lawrence Noel Wells (Australia) – RM 300,000

3. Dr Thomas Hoogland (Jerman) – RM 50,000

4. Lain-lain kos untuk media antarabangsa – RM 100,000

"Ini setakat untuk dua kes saja, persoalannya dari mana Anwar mendapat duit sebanyak itu untuk membiayai kos-kos pengurusan peribadinya di mahkamah," soal Yuktes.

Agak-agaknya dari mana Anwar mendapat sumber kewangan yang lumayan bagi membiayai kos kes mahkamah beliau. Kalau setakat gaji RM1.00 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan juga elaun beliau sebagai seorang ahli Parlimen, mencukupi ke?
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Prime Minister seeking Shahrizat's help?

Posted: 04 Oct 2013 01:14 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


MESTI TONTON : Video 'Soal Jawab' @tv3 PCA vs ISA oleh Menteri DS @Zahid_Hamidi

Posted: 04 Oct 2013 07:06 AM PDT


Klik untuk menontonnya.

http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/2013/10/04/video-temu-bual-di-tv3-akta-pencegahan-jenayah-pca/

Tahniah atas kejayaan kelulusan PCA dan jika semua fahami akta ini sudah tentu akan menerima bukan menentangnya.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Ramai Anak Cina Bunuh Diri Bila Kerajaan Tak Iktiraf UEC Sebagai Syarat Layak Masuk IPTA

Posted: 04 Oct 2013 06:00 AM PDT

Tahniah Muhyiddin, kami orang melayu bersetuju dengan keputusan itu, jangan bagi muka banyak sangat pada bangsa yang tak tau mengenang budi ini, kita dah bagi IC kat mereka, kemudian kita pula nak mereka halau...


ADA TANGAN-TANGAN GHAIB MASUK CAMPUR UNTUK SELAMATKAN "ORANG ITU"

Posted: 04 Oct 2013 01:00 AM PDT


HARI ITU SETPOL KAK JAT...
HARI INI FELDA YANG ADA KAITAN DENGAN ISA SAMAD..

kenapa tiba-tiba ya ?
kenapa pada waktu pemilihan parti ya ?

nampak macam ada unsur tangan ghaib je ni ??

SOALAN , NAMPAK MACAM NAK SELAMATKAN SIAPA NIH YE ???? sumber GAP

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


TOKSAH LER UBAH, MANA MUNGKIN RAKYAT LUPA RUPA GETEK! (tengok ler wajah-wajah dia teman paparkan)

Posted: 04 Oct 2013 10:00 PM PDT


Tetiba Hari nie terpanggil teman nak menulis bila makin meluat tengok muka nie... Orang PAS kena jawab, orang yang memimpin komer sebagai imam dan yang bagi kuliah subuh dan takzirah  berupa-rupa warak lagi alim nie, Apa hukumnya menukar rupa dari pemberian yang Allah swt bagi, apa dalil atau nas nya yang dikatakan boleh dalam hukum hakam bila menukar rupa yang telah Allah tetapkan...


Orang semacam nie yang korang angkat, sudah lah PAS dan Tuan Guru Nik Aziz menerima tempias, kalau tak disokong kan ker komer jugak yang membentuk Parti PAS, bukan ker komer jugak yang mewarnakan PAS kalau benarlah tujuan fisabillillah demi memperjuangkan Islam, bukan ker komer yang mencorakan parti ataupun Nawaitu yang sebenar, sekarang apa dah jadi pemimpin yang komer angkat bukan sekali tapi beratus kali putar belitnya...


Dalam masa yang sama Tuan Guru terus tenggelam dalam kusam dan boleh dikatakan Aibnya dia mengundurkan diri dengan begitu sedih, hina dan aib. Teman yang. Bukan Ahli PAS pun nampak betapa pincang dan rosaknya PAS dan tak boleh lagi kita masih menyimpan niat kot boleh Kelantan manjadi negari contoh berlandaskan Pentadbiran Islam... Dan jangan menunding jari lagi... Yang pasti mengkomer ler sendiri yang sebenarnya yang mencorak dan sekali gus menalkinkan PAS itu sendiri


Apa lagi yang nak korang beri alasan hanya kerana status sebagai cai ROKET yang paling tegar, yang kapior komer angkat sebagai khalifah, yang kurafat komer pertahankan, yang tersasar komer ikutkan, yang dilarang komer halalkan, yang ambia komer hinakan, yang wajib komer sanggahkan... Semua nya ikut si jub yang suka dan praktikalnya termasuk pemikiran, cara menarik sokongan dengan taktik reverse... Semuanya diterbalikan pemikiran terutama rakyat yang menjadi mangsa...


Dan segala buruk pula komer junjung, komer angkat, komer halalkan sehingga apa sahaja yang ke
Uar dari mulutnya komer anggap sebagai keramat, memang walbahalol benor pemikiran komer... Apa saja yang sijub nie suruh dan. Tentunya komer ler keldai cacaian yang juga sebenarnya cai kepada Roket. Idak ker nak dipikior bila komer buat kerja bagai nak pitam sebaliknya PRU13 lalu lebih untungkan dema terutama big boss si Roket.


Cakap lah apa pun sejarah tak boleh dipadam lagi... Komer jugak yang menolak penyatuan dalam Islam tak kira ler UMNO dan PAS, melayu dan melayu dan banyak lagi cuma hanya kerana si Mat Lebam bin mat tembam nie, apa lagi yang nak di alaskan kepada rakyat bia dia menyanggah dan membuktikan hukum hakam di peduli apa kan dia...

Jadi kat sini teman nak flash back dan sebagi seorang manusia teman bagi tengok mana gaya nya dia yang menukar rupa yang sebelum ini paling meluat kita tengok, ubah, tukar, macamana pun tak dapat memadam muka getek (menyampah) yang dah terpahat dalam hati rakyat dengan comot bin jijiknya perangai dia... Wallahualam... 

NAH AMIK KO... MsialKINI DAPAT SEMBOR FREE DARI DS ZAHID HAMUIDI (VIDEO)

Posted: 04 Oct 2013 11:42 AM PDT



Nah amik ko, kepala toya lu lah, mSIALkini dapat sembur DS ZahidHamidi buta jer, memang padan muka, memang jenis macam nie jangan bagi ruang, benda atau pekara yang betul pun dia orang spin kasi tukar. bukan sekali sebaliknya tajh berapa ribu kali MsialKINI nie kencing merata

harap dimasa akan datang pemimpin ikut jejak DS Zahid yang berani sound tepat kat reporter rmSIALkini yang kita tau memang cai tegar kepada roket dan aljub dalam nak buatr cerita semuanya berbentuk propaganda malah bukan setakat itu sahaja sebaliknya bukan saja reka tetapi siap putar belit dan berbohong, jadi elok la ikut cara DS Zahid kalau tak pun ludah jer tang muka cai barua sekutu roket aljubri..

DS SHAFIE AFDAL DIBEDAL?

Posted: 04 Oct 2013 01:30 AM PDT


Nampaknya makin panas bila mula berkempen untuk calon UMNO kali nie, minggu nie semampu boleh teman nak sembang pasal calon, berbulan lamanya memerhati, berkarat teman mendengor, dari yang muda kuat menjerit sampai lah yang berusia berhemah berpandangan. Macam biasaler yang muda tentunya mahukan genarasi baru, pemimpin baru walaupun kekadang calon tu dah lama sepatutnya bersinar tapi kali ini samada dulunya tertinggal ataupun memang tak berapa semiak kata orang perak... Apapun inilah kebebasan yang sekarang nie UMNO berani menerima teguran sebagaimana kehendak rakyat, tak hairan lah maka nampaknya lebih demokrasi kerana semuanya bermula dari cawangan lagi kali ini pertandingan bermula...  

Kali ini teman cukup berpuas hati dan puji pendekatan yang dibawa oleh UMNO, sesiapa sahaja boleh bertanding, tak kiralah miker sapa bertanding ler... Kalau suka dema undi kalau tak suka dema pilih yang lain, dan yang paling teman cukup lega bila sistem begini nampaknya menafikan wang ringgit sebagai sogokan, ye ler tiga guni duit pun tak cukup kalau nak sogok semua perwakilan dalam Malaysia... Setidak-tidaknya undi kali ini lebih menyakinkan siapa yang dipilih bukan ikut teori kroni, saya yang dipangkah tidak ler ikut pelontor terbanyak kata orang perak... Ini yang selalu dikatakan oleh cai roket yang memang dari dulu nak burukan parti Pesaka Bangsa nie, dah memang begitu yop... Cukupler perangai dema dari yang atas sampai kebawah semuanya pengHANGGUK pemungkok, dah lah buruk perangai... Orang lain nak disamakan macam dema jugak

 


Dalam pada tu teman ikuti perkembangan pemilihan bari ketiga besar dalam UMNO yang tentunya kali ini Panas bila Naib Presiden menjadi tumpuan, nampaknya berenam yang bertanding selepas presiden dan timbalan yang tiada pertandingan, cukup jelas demokrasinya nyer... Idak ler macam cai pakartun roket yang makin jelas kita tengok bila roket dalam pemilihan ECE kali kedua nya nyata cukup berubah seperti mana yang diramalkan thedapinsider sebelum ini dalam pembongkarannya, apatah lagi parti mata lebam yang sekarang lebih sinonim dengan muka tembam, lansung tak dipraktikan demokrasi sebali nya demo haram pulak yang dijadikan landasan, begitu juga parti yang paling kerap guna isu hudud tanpa rasa kesal tak wujudkan dinegeri sendiri... Sejujurnya teman agak sedih jugak dengan Tuan Guru yang berakhir sebagai YB walaupun sekian lama merekodkan memegang tampuk pemerintahan negeri cik siti wan kembang yang juga akhirnya melenyapkan negara hudud yang pertama gagal dilaksanakan...

Makin jelas dan cukup terang nampaknya cai pakatan hanya mengangguk pada si Tuan roket, apa yang UMNO buat sekarang nie pun nampaknya dema jugak yang putar belitkan, sepatutnya kita jugak tunggu macamana kalau bertelor dema nie buat sama macam UMNO tengah lakukan, biasak ler dema yang suruh celup jari dalam dakwat kehai nya dema pulak tak buat masa pemilihan rakan angguk roket, pulak tu lagi kacau penilihan yang hanya 2ribu lebih boleh banyak kali silap, jadi tak heran ler dema tak betui mengira masa pemilihan, buat letih mengira jer yop... Memanjang tak betui... Dah ler tu yang bayak dapat undi pun tak merasa jadi pemimpin ataupun dilantik... Baik usah buat pemilihan, kan ker buang karen (masa) kata orang perak....



Dalam pada tu teman cukuptertarik bila pelaku atau sifat si kacang merah pun turut menyibuk, entah apa motifnya teman tak tau, setahu teman masa dalam satu PC sebelum nieyg teman ikut sama memang begitu jelas Calon NP Datuk Seri Shafie Afdal menyatakan bahawa kali ini lebih ramai yang bertanding memperlihatkan bagaimana UMNO itu nyata sebagai satu keluarga dan demokratik dalam pemilihan kali ini, siap dia kata tak elok lah kita menyerang peribadi calon bertandinglah dengan berhemah... Perwakilan boleh pilih siapa yang mereka suka berdasarkan penilaian mereka sendiri, inilah sebenarnya kedewasaan pertandingan adik beradik, biar siap sahaja yang menang maka dia dipertanggung jawabkan amanah rakyat khususnya UMNO itu sendiri...

Sebaliknya teman tengok sampai ada yang sanggup jadi BABI aka tentera Kacang Merah sehingga sanggup adakan akaun FB palsu atau FAKE memburukan beliau, bukan itu sahaja malah membuat kenyataan yang lansung tidak sama dengan sifat berhemah dan lemah lembut tapi tegas seperti DS Shafie, untuk apa yang dema lakukan? (klik ceritanya

Tak boleh teman jumpa jawabnya kalau lah orang UMNO jugak yang buat, teman rasa mengkomer tentu setuju kalau jenis ini datangnya dari UMNO maka memang layak ler dia disingkirkan, buat apa menyimpan bangkai dan busuk perut macam nie.

Lebih tepat lagi rasanya segala pelaku semacam niememang mahu menjatuhkan DS Shafie kerana dai tentunya menjadi penghalang dan sebab mereka gagak kencing rakyat terutama di SABAH dan SARAWAK. Bukan setakat itu tuhan telah memperlihatkan bagaimana usaha menjadikan Sabah baru-baru nie dengan tetiba pengganas sulu yang memerahkan buni Sabah dengan darah, terbongkar cukup jelas bila semuanya berlaku ketika rakyat mahu memilih pemimpin dalam PRU 13 yang lalu.

Apa jugak alasannya nampaknya tidak kita jumpa sebab yang boleh dikaitkan kecuali hakikinya kita tau Sabah dan Sarawak adalah defesit yang begitu besar dan beharga kerana membolehkan sesebuah parti itu menang... Cukup mudah kalau kita caturkan... Dapat Sabah dan Sarawak maka segala usaha dipermudahkan adanya, jadi kalau hati dahcai kepada busuk perut roket maka strategi yang terselindung sudah tentunya daruratkan Sabah jika gagal menawan hati orang senegara yang dijauhkan oleh lautan yang sebenarnya sudah lama dipautkan mereka dengan orang semenanjung.

Tak susah mencari sebab, tak perlu berkajang dan setebal bata alasan dicatat mencari jawapan teka-teki kenapa Sabah boleh diserang, kenapa sabah jadi sasaran kenapa tidak Pulau Pinang ker, Kelantan Ker ataupun Selangor yang juga berpantai... Tak gitu?

Kalau diteliti kejadian macam nie kita bukan bodoh macam dema sangkakan, sebelum nie pun dah banyak kali tektik dema nie kita cukup tahu, serang siapa sahaja kepalanya, tak heran ler DS Shafie kali nie jadi mangsa. Yang terbaru cai tegar jub si pizi yang menyerang Sharizat, apamaslah pasal laki dia yang boleh dikaitkan dengan dia? Kenapa dema kaitakan dengan depan mata yang cukup terang jelas tu, Roket dengan anak beranak dynasty Lim, Nik aduh dengan pak menTUAnya dan lagi teruk si lebam mata bin Tembam muka yang sapat free jadi nom 1 bila bini yang sepetutnya nom 1lucutkan gelaran dan tanggung jawab yang rakyat bagi masa PRU... Jadi tak heran ler DS Shafie pulak kali nie jadi red bull @ target cai, menjijikan dia seperti chief besar dema yang popular dari artis bollywud dan hollywud kerana cerita abang kuat suka sama rata... Depan belakang, lelaki pompuan, suami bini, dreba maupun pmbancuh kopi...

Apa pun teman nak bagi tau komer walaupun si kecik nie tak besor mana tapi jasanya amat besor, sedar tak sedor banyak benda yang dia dah buat cuma bila dia pentingkan kerja untuk rakyat tak di heboh melata, tak dicanang merata... Itu yang ramai tak tau, atau mungkin bila pentingkan untuk rakyat diutamakan lupa pasal nak ngaborkan apa yang dah dibuat atau diberi pada rakyat kot.

Apa pun teman rasa ada afdalnya kalau di KEKALKAN MENTERI KAMPUNG NIE... Bior dia buat kerja dia. Biorler dia menterikan semua kampung dalam Malaya, cer kalau dia tak lagi duduk sebagai NP, tentunya teman anak beranak serta adik beradik yang juga merangkap orang kampung pakat melopong dan ternganga memikorkan nasib orang kampung teritama kampung teman siapa pulak yang nak dekat dan bantu orang kampung nanti...

Tak kira ler mengkomer orang pekan atau bandar... Tapi tak kan adik beradik lansung tak ada kampung? Bukan senang yop kalau kita nak tengok macamana menteri masuk kampung... Cer komer bagitau kalau boleh diteka menteri mana yang masuk kampung dan jumpa orang kampung malah kaum orang asli dipendalaman sekalipun dia memang gah dan dikenali satu Malaya... Kalau tak pasai program ataupun ada kaitan lain seperti KENA datang... Pakat tak sior ler dema karatkan kaki dengan lecah dan lumpor...

AFDALNYA KAN KER ELOK KITA KEKALKAN MENTERI KAMPUNG NIE... aku budak kampung...kampung Boys