Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


LAPORAN POLIS SELURUH NEGARA OLEH ANAK

Posted: 03 Oct 2013 07:20 PM PDT



Sdr Naraza Muda, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) telah mewakili warga Felda membuat Laporan Polis di IPD Dang Wangi semalam. Antara sample kes ialah taklimat oleh Pengarah Jabatan Sumber Manusia Felda, Norzuki Ahmad(Bekas Pengurus Besar Wilayah Gua Musang) pada 2 sept 2013 di Dewan JKKR Felda Kemahang 1 yang dihadiri 300 orang peneroka.

Tawaran yang dibuat kepada peneroka ialah RM500,000 untuk pajakan selama 30 tahun. Agihannya ialah RM100,000 diberi secara tunai, RM150,000 dicarum dlm Koperasi Permodalan Felda dan selebihnya RM250,000 untuk penyelenggaraan kebun peneroka.

Adalah sangat menghairankan bagaimana kebun peneroka yang mempunyai Geran Hakmilik dan Syarat Nyata serta Sekatan Kepentingan yang begitu ketat; tidak boleh dijual,digadai,dipajak, dicagar dan dipindahmilik tanpa kebenaran Penguasa Negeri; tiba2 pentadbiran Felda mahu memajaknya?

Tidak cukup lagikah monopoli Felda selama ini terhadap kepentingan Peneroka?
Ketidakadilan Surat Perjanjian Antara Peneroka dengan Felda, Kadar Perahan Gred yang rendah, Bayaran Kembali(hutang) yang dikenakan interest 6.25 % setahun, wang Tanam Semula yang dinafikan dan berbagai cengkaman yang menzalimi peneroka telah menyebabkan kehidupan mereka tersiksa.

Tambah malang, melalui Perjanjian Pengurusan Tanam Semula, Felda boleh Kaveat kebun peneroka. Dengan ertikata lain, meskipun peneroka ada Geran Hakmilik, kuasa tetap ditangan Felda. Soal pengurusan kebun dan pungutan hasil dikuasai Felda meskipun menimbulkan rasa tidak puashati peneroka.

Adakah penguasaan hampir mutlak Felda terhadap tanah peneroka masih tidak mencukupi?
Setelah dirompak Tanah Felda Plantation seluas 367,000 hektar untuk pajakan 99 tahun oleh FGVH; kini tanah peneroka seluas 537,738 hektar pula nak di pajak. Apa motifnya?

Adalah menyedihkan, sebagai Badan Berkanun, Felda mengetuai 'sindiket' dengan pujuk rayu dan sandiwara tawaran lumayan untuk memajak tanah peneroka pula. Tidak cukup lagikah mereka memerah keringat dan mengambil segala hak peneroka selama ini?

Pengkhianatan ini bukan dilakukan oleh bangsa Cina atau India sebagaimana sentimen perkauman yg dibuat dlm PRU 13; ia dibuat oleh pemimpin melayu yang terjerit2 dengan 'Hidup melayu', ' pertahankan Hak Melayu', 'Ketuanan Melayu' dll.

Justeru ingatan ANAK, warga Felda khususnya Gen 2&3, jangan bersekongkol dengan puak kapitalis dan lintah darat yang tidak cukup2 memeras peneroka.

Ambil iktibar kehilangan tanah Felda Cahaya Baru, Sg Buaya dll. Apa jaminan dengan pendapatan peneroka yang tidak menentu, harga komoditi yg berubah2, dasar Felda yang pro kapitalis; peneroka boleh menikmati tawaran yang dijanjikan?

FGVH yang dilancarkan dengan begitu gah oleh YAB PM pun sahamnya merudum rudum, inikan pula nak cagar kebun peneroka selama 30 tahun!
Jika kebun peneroka tergadai, siapa nak bertanggungjawab?

Cukup cukuplah menipu bangsa sendiri. Tunaikan janji untuk urus kebun peneroka dengan sempurna. Tak perlu cari alasan. 94,389 peneroka dah beri kepercayaan 100% kpd Felda, laksanakan amanah tersebut dengan jujur dan telus. Jangan cari alasan kebun peneroka semaklah, buruh tak mencukupi, dari pajak kat individu lebih baik pajak kat Felda....

Kepada 23,000 kakitangan Felda, anda dibayar gaji dari kepercayaan 112,635 orang peneroka di 317 Tanah Rancangan Felda. Anda akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar.

Samada Najib, Isa Samad atau Faizoull Ahmad; hebat macamana lakunan mereka menjinakkan peneroka, mereka tetap akan MATI. Mereka akan terima balasan setimpal dengan kerja buat menipu peneroka.

ANAK menggesa warga Felda berhati2 dengan perkembangan terbaru ini. Laporan Polis boleh dilakukan di mana2 Balai Polis berhampiran. Beri tekanan seluruh negara. Hentikan percubaan ala Yahudi yang mulanya sewa, pajak dan akhirnya rampas tanah penduduk Palestin!

Buat majlis Solat Hajat selamatkan Felda di mana kita berada. Datang beramai2 di Bandar Jengka pada 12 Oktober ini bermula solat Maghrib dan solat Hajat memohon keselamatan kehadrat Allah. Bukalah pintu Hidayah kepada golongan pengacau yg sentiasa tamak terhadap hak peneroka. 





Seperti yang dirancang, sekitar jam 12.45 tengahari tadi, Laporan Polis telah dibuat di IPD Dang Wangi. Saya bersama Dr Rosli Yaakop, Peguam Hj Haris Abdullah, Hj Razman Zakaria, Samsul Bakri dan rakan2 Ngo ANAK serta wakil2 peneroka telahmengemukakan laporan berkaitan langkah Felda yang beria2 mahu memajak kebun peneroka.

Laporan polis dibuat oleh Naraza Muda, Ketua Penerangan ANAK, agar siasatan segera dapat dilakukan. Langkah Felda sgt berbahaya yg mengundang risiko tergadainya tanah2 peneroka.

Atas tanggungjawab mempertahankan hak peneroka dari ditipu dan diperdaya, maka roadshow Selamatkan Felda 2.0 akan dilancarkan di Bandar Jengka 12 okt ini. Ia akan diikuti penerangan ke seluruh Felda.

P/s sidang media di hadapan IPD Dang Wangi

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


SORRY GOMO GUA PINJAM SAT LU PUNYA ARTIKEL... KEH KEH KEH

Posted: 03 Oct 2013 08:28 PM PDT

Gua pinjam sekejap posting papa gomo dekat FB dia. Memang ini yang selalu dikatakan oleh kita satu ketika dahulu, sedikit sebanyak buat kita senyum dan teringat balik masa Samy Vellu dengan kerenahnya...

Hilangkan stress untuk semua:

Samy Vellu akhirnya dan rasminya meletakkan jawatan presiden MIC yang paling lama dipegang sepanjang hayatnya, iaitu hampir 31 tahun. Berterus terang, saya akan merinduinya terutamanya kenyataan- kenyataan lawaknya yang dibuat sepanjang tahun. Seperti Perdana Menteri kita sebut dalam persidangan BN 2010, "Kita akan rindu pada Samy Vellu kerana beliau menambah banyak warna,kadang- kadang terlalu banyak warna". Oleh itu, sebagai penghargaan, saya hanya ingin berkongsi kenyataan kenyataan terkenal yang hanya dibuat oleh hanya seorang, Samy Vellu.

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Hari ni pos, semalam sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai"

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!"

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya "saudara-saudari" )

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam" 

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu.
Bagi mereka yang hari nya stressful..

RITUAL SESAT MACAM NIE PUN ADA? APA NAK HERAN YG MALAYA PUN BERLAMBAK

Posted: 03 Oct 2013 02:54 AM PDT

Ritual Mengerikan oleh Hermann Nitsch ..seakan ajaran sesat..video pun ada..

http://2.bp.blogspot.com/_PrfV-6h14SY/S76Mttr7OyI/AAAAAAAAAjY/UAlDv4hGNeQ/s1600/norm-portrait-pr-5.jpg

Ritual Mengerikan oleh Hermann Nitsch ..seakan ajaran sesat.. tengok lah apa yang dia orang buat  yang tak masuk akai. jenis macam nie pun ada, apatah lagi yang macam nie punya perangai pun berlambak kat sini, tapi ritual dia lain la pulak, main back door ler pulak hehehehe... lu orang kasi tengok la gambar dan video pun ada....

haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover
haxims kaskuslover

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


'Wajah Anwar' mencuri tumpuan di Parlimen?

Posted: 03 Oct 2013 08:47 PM PDT


Bukan komentar Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang yang menjadi tumpuan, lapor Agendadaily, namun perubahan wajahnya yang menarik perhatian dan mahu dilihat sendiri oleh para wartawan.

"Apa yang menjadi 'berita' bukan sangat komenter Anwar pasal isu-isu semasa termasuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang hangat dibahaskan dan diluluskan Rabu malam.

"Fokus mereka tentulah pada wajahnya yang 'lain macam' sejak muncul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 September.

"Waktu mukanya kelihatan bengkak jauh berbeza dari biasa.

Kelainan itu mengundang pelbagai cakap-cakap termasuk kata Anwar sudah buat 'makeover' pada wajahnya agar kelihatan lebih muda,"lapor portal itu.

Menurut portal itu, pada pagi Khamis, hari terakhir sidang parlimen, ramai wartawan dan jurugambar standby di luar pintu utama Dewan Rakyat kerana tersebar khabar mengenai kemunculan Ketua Pembangkang itu yang muncul buat kali pertama setelah menghilang diri sejak hari pertama, 23 September.


Sejak persidangan selama lapan hari dari hari pertama Anwar tidak hadir ke Dewan Rakyat kerana beliau berada di New York.

"Setelah dua minggu tentu ramai yang hendak tengok kalau-kalau wajah itu sudah kembali normal.

"Namun jelas kesan pada perubahan wajahnya masih ada.

"Ini yang menjadi bahan gosip hangat di kalangan mereka yang berada di Parlimen Khamis.

"Apa yang sudah jadi pada wajahnya?

"Siapa tahu…mungkin dia nak nampak lebih bertenaga siap hadapi PRU14," bisik seorang wartawan secara berjenaka pada rakannya selepas sidang akhbar Anwar di lobi Parlimen," lapor portal itu lagi.

Wasabi Oyabun..

Penarik Kereta Didakwa Bunuh Pengasas Ambank, Cuba Bunuh Isteri Mangsa?

Posted: 03 Oct 2013 03:12 AM PDT

Koong Swee Kwan, 44, (tengah) yang bekerja sebagai penarik kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Khamis atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di Kuala Lumpur, Julai lalu.

Seorang penarik kereta, Koong Swee Kwan pada Khamis dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi di sebuah tempat letak kereta di sini Julai lalu.

Koong, 44, turut berdepan pertuduhan cubaan membunuh isteri pengasas itu, Cheong Mei Kuen, 49. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada Koong selepas pertuduhan dibacakan di depan Penolong Pendaftar Rosmaniar Zainuddin.

Bagi pertuduhan pertama, Koong didakwa membunuh Hussain, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin No. 4 Lorong Ceylon, Daerah Dang Wangi, di sini pada 1.30 tengah hari hingga jam 2 petang, 29 Julai lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Koong didakwa cuba membunuh Cheong sehingga menyebabkan kecederaan kepada wanita itu pada masa dan di tempat yang sama, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala tertuduh yang berbaju t-shirt putih, tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 9 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik.

Dalam kejadian itu, Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. - BERNAMA

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Video : Presiden PAS Hj Hadi Pro Wahabi Punca JAKIM Enggan Lawan Syiah ???

Posted: 03 Oct 2013 09:26 AM PDT



1. Hj Hadi lulusan universiti Madinah (http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang ) yang telah ramai melahirkan ustaz2 yang pro Wahabi (walau tidak semua) walau beliau pernah ke Mesir selama dua tahun selepas itu. Lepasan Madinah yang pulang ke Malaysia dan diberi elaun bulanan sudah tentu
membahayakan negara kita.

2. Hj Hadi pernah mengatakan Wahabi juga adalah Ahli Sunnah Wal Jamaah rujuk durasi ke 6.49 video di bawah. Satu perkara yang tidak akan dibuat oleh orang yang memahami siapa sebenar wahabi dan bahayanya kepada akidah. Rujuk senarai video panglima senaraikan di sebelah kiri atas blog ini.

atau sini http://www.youtube.com/watch?v=gsRhyCQaYoE




3. Ketika Syiah menjadi tumpuan pada hari ini dengan kebanyakan tokoh Wahabi tampil ke hadapan, jangan pula ada pihak yang terlupa fahaman Wahabi juga penting.


Persoalan yang bermain di fikiran Panglima ialah :

Adakah kerana ramai ustaz PAS dalam JAKIM menjadi punca mereka enggan mendedahkannya kerana Presiden PAS sendiri produk Madinah yang pro Wahabi ? Wallahu A'lam.

Baca kembali isu Wahabi dan Syiah ini seperti yang pernah diucapkan oleh Ust Zamihan Al Ghari jumlah pengikut mereka cecah sejuta orang (pada tahun 2011) yang disiar portal pro pembangkang  di sini http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pegawai-jakim-wahabi-dan-syiah-sumber-ancaman-utama-perlu-dibendung/

4. Penentangan terhadap Wahabi hari ini perlu dilipatgandakan walau ada kalangan mereka sudah menyertai parti pro kerajaan iaitu UMNO. Memahami pokok perbezaan ASWJ dengan fahaman Wahabi boleh baca di sini http://pondokhabib.wordpress.com/2013/06/17/kesesatan-salafi-wahabi-dibalik-slogan-kembali-kepada-al-quran-dan-sunnah/

Lebih menarik ada 55 kesesatan Wahabi yang mungkin pertama kali anda akan baca di sini http://bankwahabi.wordpress.com/2007/10/21/55-dalil-kesesatan-wahabiyyah/

5. Mereka tidak boleh membawa fahaman tersebut dan menyusup masuk UMNO semata-mata untuk menyebarkan fahaman mereka dengan cara lebih luas dan terancang di tempat yang strategik.

6. Persoalannya : kenapa JAKIM tidak tegas menangani isu Wahabi seperti mana isu Syiah ??? Adakah kerana ada 'pro wahabi' dalam JAKIM ???

Pendedahan blog Ustaz Moden ini mungkin boleh dikaji lebih mendalam http://ustazmoden.wordpress.com/2010/06/07/pegawai-jakim-pro-wahaby-surat-terbuka-kepada-kp-jakim/

Lebih jelas siapakah individu tersebut anda boleh baca di sini http://al-ghari.blogspot.com/2011/10/tuduhan-liar-tanpa-bukti-aizam-masod.html

7. Tiga tokoh UMNO yang mengulas isu Wahabi iaitu Shahidan Kassim, Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin. http://www.ustazcyber.com/2011/07/pegawai-jakim-isu-wahabi-makin-rumit.html

Adakah Wahabi akan semakin berkembang jika pemimpin tertentu membela fahaman ini ? Ya sudah tentu apabila golongan wahabi mula menguasai parti atau pemimpin yang tinggi hieraki !!!

Senarai mereka di Mediu http://jomfaham.blogspot.com/2013/09/hati-hati-umat-islam-mediu-tempat.html

8. Laporan portal The Malaysian Insider seakan membela fahaman ini dan kerana itu ia agak mencurigakan. Pakar analisa boleh baca di dalam kemanisan pujian laporan berita, terselit racun yang merosakkan 'persepsi' pembacanya.

9. Institut Kajian Dasar atau IKD yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim (http://ikd.org.my/mengenai-ikd) sendiri telah mempromosi buku pemimpin reformis atau wahabi seperti gambar di bawah ini















Kerana itu tidak pelik fahaman lain juga telah meracuni orang kuat IKD iaitu Khalid Jaafar seperti yang diulas oleh blogger kita di sini http://mymassa.blogspot.com/2009/08/liberalnya-khalid-jaafar-sedekahkan-al.html

Kaitan Wahabi dengan Amerika dan British - PAS - IKD - Anwar Ibrahim - membuatkan kita makin nyata adakah fahaman ini benar atau bahaya untuk negara dan dunia Islam kita.

Katakan tidak kepada semua samada Wahabi Syiah Liberal !!!

Untuk mengenali Konrad Adenauer Foundation http://en.wikipedia.org/wiki/Konrad_Adenauer_Foundation

Sejak 2006 lagi KAF sudah disentuh oleh blogger dalam tulisan mereka http://shaifulbahri.blogspot.com/2006/12/konrad-adenauer-foundation_01.html


Letakkan golongan ulama ASWJ Kedudukan Tinggi Dalam #PemilihanUmno cc @NajibRazak @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi

Posted: 03 Oct 2013 02:06 AM PDT

Harap hanya ulama ASWJ sahaja akan dipilih agar tidak berlaku lebih besar penentangan terhadap Umno oleh golongan ulama tradisional atau moden.

ini nasihat ikhlas demi masa depan Umno dan Barisan Nasional.

Kalau tidak mahu pupuslah.

Kalau mahu pupus maka terimalah semua jenis ustaz Syiah Wahabi Liberal untuk menjadi penasihat agama Umno.

Seperti yang dibuat oleh PAS hari ini.

Sekali lagi diulangi, jangan sesekali menaikkan agama wan Wahabi Syiah Liberal dalam Umno.

Jika pemimpin wahabi Syiah liberal sekalipun jangan benarkan mereka mengisi ruang kepimpinan di dalam Umno.

Bahaya akidah lebih parah dari kerosakan fahaman politik yang hanya berbeza pencapaian dan pendekatan sahaja.