Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Staying sane when it heats up

Posted: 02 Oct 2013 09:48 PM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pindaan Akta Cegah Jenayah lulus - Surendran PKR gila meroyan?

Posted: 02 Oct 2013 11:08 PM PDT


Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang antara lain memberi kuasa kepada Lembaga Pencegahan Jenayah mengeluarkan arahan menahan penjenayah selama dua tahun akhirnya diluluskan sidang Dewan Rakyat awal pagi Khamis.

Rang undang-undang yang hangat diperbahaskan diluluskan dengan suara majoriti di pihak penyokong kerajaan pada pukul 12.50 pagi (Khamis), setelah perbahasan berlarutan sejak pukul 11.30 pagi hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berada di dewan sehingga malam.

Sebelum rang undang-undang itu diluluskan, kedua-dua pihak, penyokong kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian aktif dengan mengemukakan pelbagai pandangan berhubung perkara tersebut.

Sebelum itu, rang undang-undang berkenaan telah dibacakan kali pertama oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada 25 September lalu.


Terdahulu ketika menggulung perbahasan di peringkat dasar, Ahmad Zahid berkata, proses pindaan rang undang-undang itu turut melibatkan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara serta pegawai-pegawai Kementerian Dalam Negeri secara terperinci.

Sehubungan itu beliau berkata, dakwaan yang menyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak berbincang dengan kerajaan dalam menghasilkan rang undang-undang itu adalah tidak benar.

Malah beliau berkata, para pegawai di Pejabat Peguam Negara telah melakukan yang terbaik dalam usaha menjaga kepentingan rakyat ekoran berlakunya pelbagai kegiatan jenayah.

''Pegawai di Pejabat Peguam Negara telah melakukan terbaik kerana mereka turut rasa terpanggil dengan jenayah yang berlaku. Kepentingan rakyat dipentingkan berbanding soal-soal teknikal. Tujuannya adalah untuk pencegahan dan pembanterasan jenayah," katanya.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melalui seminar serta forum bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka berhubung rang undang-undang tersebut.

''Saya berfikiran terbuka dan berlapang dada untuk berunding dan kita tidak melakukan sesuatu secara semberono kerana apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang dibuat untuk menangani masalah penjenayah," katanya lagi.


Sementara itu Ahmad Zahid berkata, rang undang-undang itu tidak bertujuan sama ada secara tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik, sebaliknya khusus untuk menahan penjenayah.

''Memang tiada niat dan tujuan tersurat atau tersirat untuk menahan mereka yang memegang jawatan politik walaupun berlaku perbezaan pendapat. Lagipun di dalam pindaan ini tiada kuasa menteri berbanding kuasa menteri di dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

''Di dalam ISA, menteri ada kuasa mutlak dan beliau boleh tandatangan penahanan. Namun, di dalam pindaan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah arahkan Peguam Negara menyebut perkara itu kerana kerajaan tidak mahu diimplikasikan berlaku salah guna kuasa menteri," katanya.

Atas asas itu juga Ahmad Zahid berkata, Lembaga Pencegahan Jenayah ditubuhkan di dalam pindaan itu dan dianggotai tiga orang ahli dan mungkin lima orang dan mereka terdiri daripada pengamal undang-undang.

''Niat Perdana Menteri untuk membuat transformasi politik jelas terpancar pada pindaan ini. Tujuannya adalah untuk tangani jenayah berat," katanya lagi.

Suara Politik
Belantan

Rayuan Pihak Pendakwa Terhadap Pembebasan Anwar Didengar 11 Dan 12 Dis?

Posted: 02 Oct 2013 07:51 PM PDT


Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Dis untuk mendengar rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas kes itu dikemukakan di hadapannya untuk pengurusan kes.

Mewakili pihak pendakwa ialah Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Anwar diwakili Karpal Singh.

Muhammad Shafee, yang merupakan peguam kanan, dilantik oleh Peguam Negara secara "fiat" untuk mengetuai pihak pendakwa dalam rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jan tahun lalu yang melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26.

Karpal Singh berkata sementara itu, Mahkamah Rayuan perlu menyediakan alasan penghakiman berhubung keputusannya (Mahkamah Rayuan) menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee daripada bertindak sebagai peguam utama.


Beliau berkata ini untuk membolehkan rayuan Anwar (terhadap keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee sebagai pendakwa raya) didengar di Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Dis.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Ramly Ali pada 17 Sept tahun ini menolak permohonan Anwar untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee atas alasan pelantikannya sebagai pendakwa raya adalah sah dan mengikut ketetapan undang-undang.

Ketua Pembangkang itu kemudiannya memfailkan notis rayuan pada 20 Sept tahun ini terhadap keputusan itu. Anwar, 64, dituduh melakukan kesalahan itu di satu unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang, 26 Jun, 2008.

Pada 9 Jan tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah semasa membebaskan Anwar memutuskan berlaku penetrasi zakar tetapi tidak disahkan oleh keterangan lain.

Beliau juga memutuskan mahkamah tidak pasti 100 peratus berhubung integriti sampel diambil daripada Mohd Saiful bagi ujian DNA kerana sampel itu telah diusik sebelum sampai ke jabatan kimia untuk analisis.

Suara Politik
Belantan

Benarkah pengundi Cina dan pengundi kawasan bandar beri undi kepada pembangkang kerana tidak puas hati terhadap isu rasuah dan keselamatan sosial?

Posted: 02 Oct 2013 09:47 AM PDT


Akhbar Nanyang Siangpau bertarikh 24 September 2013 pula memaparkan pandangan editorial akhbar tersebut melalui ruangan Pendapat Yuan Lun berkenaan parti politik khususnya MCA perlu utamakan kehendak rakyat.

Pemilihan perwakilan di Bahagian-Bahagian MCA dan hari penamaan calon telah pun membuka tirai. Angkatan baharu di bahagian kini mendapat perhatian serius kerana akan menentukan masa depan MCA dalam tiga tahun akan datang dan nasib 2,000 perwakilannya.

Nama-nama calon telah pun disenaraikan, pemilihan Pusat pada 22 Disember ini lebih jelas terungkai. Para pemimpin MCA yang mahu bertarung akan keluar dari sarang-sarang mereka dan dalam masa terdekat ini akan wujudkan barisan masing-masing, perkembangan kepada keadaan seperti ini sudah dijangkakan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pengundi-pengundi Cina yang meninggalkan MCA tidak beri harapan tinggi dan tidak mengharapkan kepada pemimpin MCA berkhidmat dengan kerajaan. Lebih ramai lagi yang beranggapan pemilihan Pusat kali ini hanya untuk MCA perkukuhkan dalaman dan juga satu pertarungan kuasa dalam MCA, ia tidak memberi kesan besar kepada orang Cina di Malaysia.

MCA duduk dalam kerajaan dan duduk bukan sebagai pembangkang, MCA dalam keadaan serba salah menyebabkan rakyat negara ini terutama sekali masyarakat Cina tidak berani memberi harapan yang tinggi kepada mereka. Jika parti ini tidak selesaikan tali yang kusut ini, pasti tidak mampu untuk bangkit kembali dalam keadaan masa depan yang samar-samar.


Semasa MCA membuat keputusan keluar daripada kerajaan, sama ada keputusan itu salah ataupun tidak, pemimpin-pemimpin MCA yang mengambil bahagian dalam pemilihan parti pastinya faham dan jelas pendirian itu. Beberapa pemimpin dalam pertubuhan penting Cina seperti HuaZong kebanyakannya tidak setuju keputusan MCA tidak masuk Kabinet.

Mereka kini sedang menunggu wujudnya pemimpin MCA yang baharu akan dilantik nanti dapat menarik balik keputusan tersebut supaya dapat kembali ke tampuk kuasa pemerintahan Kerajaan Pusat dan secara terus dapat mainkan peranan menjaga kepentingan masyarakat Cina.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Ahad lalu mencadangkan MCA perlu ubah sistem pencalonan untuk pilihan raya, calon-calon yang berpotensi perlu diwujudkan dan diumumkan 2 tahun lebih awal daripada tarikh pilihan raya dan calon-calon tersebut sekurang-kurangnya perlu mendapat 30 peratus sokongan ahli dan 70 peratus sokongan daripada orang ramai.

Tiong Lai berkata, ini supaya tidak berlaku angkat kaki ataupun dicantas di saat-saat akhir ataupun calon-calon tidak diterima pengundi.

Cadangan Tiong Lai "utamakan kemahuan rakyat" itu memang benar dan tidak ada silapnya. Berlandaskan dasar yang sama, pastinya MCA dapat meninjau kemahuan rakyat sama ada MCA mampu kembali ke dalam Kabinet ataupun tidak, mahupun menjadi parti yang utama dalam menerajui kuasa dan dapat kekalkan kuasa di Pusat serta di Kabinet peringkat negeri.

Memang benar pada PRU-12 dan PRU-13 pengundi Cina berkata "tidak" kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan MCA, tetapi ia tidak bermakna mereka membantah MCA kekal dalam Kabinet ataupun rasa kesal. Ramai yang beranggapan apabila MCA tidak masuk Kabinet, ia seperti membawa maksud satu hukuman kepada masyarakat Cina.


Dua PRU yang lepas, pengundi Cina dan pengundi kawasan bandar beri undi kepada pembangkang kerana tidak puas hati terhadap isu rasuah dan keselamatan sosial. Hari ini, jika pihak polis perkukuhkan basmi kongsi gelap, dapat perangi kongsi gelap yang begitu kuat secara berterusan, sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini, pasti akan dapat stabilkan keselamatan sosial dan akan beri kesan baik yang amat besar.

Seterusnya, jika kerajaan BN dengan ikhlas membasmi rasuah sehingga rakyat dapat merasainya dengan jelas, tidak hairan jika pengundi-pengundi kembali ke pangkuan BN. Waktu ini, walaupun MCA berada di luar gedung pintu kerajaan dan hilang hak tawar menawar, akhirnya yang rugi adalah MCA itu sendiri dan masyarakat Cina pun terkena tempiasnya.

Malaysia adalah negara berbilang kaum, bagi mengekalkan kestabilan dan keamanan sosial, kerajaan yang bertanggungjawab tidak mungkin akan lepas dan abaikan mana-mana kaum. MCA sebagai wakil mutlak orang Cina dan parti dalam masyarakat Cina, pastinya BN sendiri tidak mahu melihat MCA menuju ke jalan kehancuran, kecuali jika MCA sendiri lepaskan hak itu.

Bagi penulis persoalannya disini adalah, benarkah alasan pengundi Cina dan pengundi kawasan bandar beri undi kepada pembangkang kerana tidak puas hati terhadap isu rasuah dan keselamatan sosial ataupun sememangnya berlaku TSUNAMI CINA yang mereka sendiri tidak mahu mengaku untuk menjatuhkan pemerintahan Melayu setelah mendapat hasutan dari DAP? Logik kah alasan yang telah diberikan ini?



Jangan lupa sikap hipokrit sesetengah Cina yang memandang rendah pencapaian Melayu-Bumiputera padahal ramai dalam kalangan mereka mendapat lesen, kontrak perniagaan dan konsesi melalui naungan, kenalan, rasuah dan pelbagai kaedah tidak beretika.

Antara sikap buruk orang Cina, seperti yang disebut Bo Yang, seorang penulis terkenal dari Taiwan dalam bukunya bertajuk The Ugly Chinaman ialah kasar, bising, bongkak, tidak mengenang budi, memandang rendah pencapaian orang lain dan suka merasuah. Jadi siapakah sebenarnya yang suka merasuah orang lain? Kalau tidak ada orang yang 'memberi' maka tidak ada orang yang 'menerima'?

Orang Cina pada dasarnya tidak mempercayai kepemimpinan Melayu kerana bimbang akan menggunakan kuasa politik yang boleh mengancam dan menjejas kejayaan, pencapaian dan kewujudan mereka. Mereka sudah menguasai ekonomi dan matlamat sebenar mereka sekarang adalah untuk mendapat KUASA memerintah pula? Setelah GAGAL, maka pelbagai alasan diberikan termasuk menyalahkan kerajaan BN yang memerintah sekarang. Ibarat api didalam sekam, itulah hakikat sebenar perangai orang Cina!

Suara Politik
Belantan

Benarkah projek ‘Spiritual Tourism’ ini wujud di Gambang, Pahang?

Posted: 02 Oct 2013 06:20 AM PDT


Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman menyifatkan kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila dikatakan tidak pernah mendengar mengenai Projek mega '1 Malaysia Spiritual Tourism' sebagai janggal.

"Jawapan yang diberikan Datuk Seri Nazri Aziz adalah sangat janggal.

"Suatu perkara yang ganjil telah berlaku dalam kementerian apabila isu besar sebegini, pihak kementerian sendiri tidak mengetahuinya," tegas Ustaz Abdullah.

Datuk Seri Mohamed Nazri hari ini dalam satu laporan media menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar dan mengetahui tentang projek "1 Malaysia Spiritual Tourism' yang akan mempamerkan agama seperti Buddha, Hindu dan Kristian seperti yang dilaporkan ISMA.

Justeru itu ujar Ustaz Abdullah, Datuk Seri Nazri harus mengambil tahu hal ini supaya selaras dengan tanggungjawab yang digalasnya.

"Ini adalah suatu perkara besar yang diberi perhatian serius," tegasnya ketika ditemui wartawan ISMA.

Sehubungan dengan itu, ISMA selepas ini akan bertindak untuk menghantar surat kepada Datuk Seri Nazri dan Sultan Pahang bagi meminta penjelasan lanjut mengenai projek mega ini.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada satu video yang panjangnya 15 minit 55 saat dan laman web http://enchant1mst.com/Projects.html projek ini akan dibangunkan di atas tanah seluas 500 ekar dan menjadikannya lebih luas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ia bakal menempatkan patung dan binaan keagamaan melibatkan agama Kristian, Buddha, Hindu, Taoisme dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri tarikan pelancong seperti terbesar, terpanjang, terhebat dan terbanyak.

Sementara itu : Awas penipuan, tiada projek pusat kerohanian di Gambang - MB

Projek membina pusat pelancongan kerohanian pelbagai agama di Gambang, dekat sini seperti yang diuar-uarkan sebuah syarikat pemaju, Enchant Acres Sdn. Bhd. tidak pernah dibincangkan oleh kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan, projek tersebut tidak akan dibuat di negeri ini dan apa yang ditimbulkan sebelum ini adalah satu bentuk penipuan.

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


LAPORAN AUDIT 2012 SATU HURAIAN

Posted: 02 Oct 2013 07:44 AM PDT




Laporan Audit 2012: 1
Polis hilang senjata api, gari.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.

Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membazirkan RM600,000 dalam perolehan sebanyak 7,659 pasang kasut yang tidak mengikut spesifikasi.

Kasut berkenaan dilaporkan rosak selepas simpanan yang lama, laporan itu dipetik.


Laporan Audit 2012 - Siri 2

RM38,000 rugi akibat kempen 'bodoh'

Keputusan Kementerian Kesihatan menggelar perokok sebagai golongan "bodoh" dalam bahan promosi kempen menyebabkan RM38,750 terbuang apabila bahan tersebut didapati tidak sesuai.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendapati kementerian tersebut membuat pesanan bagi 300 beg galas dengan kos RM19,500 dan 3,500 buku nota pada harga RM19,250 dengan slogan 'Smoking, a stupid habit for stupid people (Merokok, satu tabiat bodoh untuk orang bodoh)'.

NONEBahan tersebut bagaimanapun tidak diedarkan kerana bahasa yang digunakan itu dianggap tidak sesuai, menurut laporan berkenaan.

Tapi bukan itu sahaja, laporan itu menyebut sebanyak 63,000 kempen kementerian terbabit, berjumlah lebih RM31,200 juga mengandungi kesalahan ejaan.

Ketua Audit Negara menasihatkan kementerian tersebut untuk menggunakan bahasa lebih mudah dalam kempennya, dengan mengambil contoh satu kempen papan iklan bagi memerangi AIDS yang menggunakan terjemahan langsung dari bahasa inggeris

Menurut laporan itu lagi, penggunaan bahasa seperti itu menjejaskan keberkesanan kempen kesihatan tersebut.

Laporan Audit 2012 - Siri 3

Belanja RM320 ribu untuk FB, Twitter dipersoal

Ketua audit negara mempersoalkan bayaran sebanyak RM320,000 oleh kementerian kesihatan kepada dua syarikat untuk dua kempen dalam talian menerusi Facebook dan Twitter.

NONEPerbelanjaan itu yang dibuat sewaktu kementerian itu diterajui Datuk Seri Liow Tiong Lai sebahagiannya adalah bayaran sebanyak RM199,068 kepada Eficaz Media Sdn Bhd untuk laman Facebook kempen 'Tak Nak Merokok'.

Laman Facebook kedua dan akaun Twitter yang dibangunkan Astonish View Sdn Bhd untuk 'Kempen intervensi penyakit tidak berjangkit' pula menelan belanja RM120,500.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 itu mengulas skop dua tugas yang hampir sama itu tetapi menyaksikan Astonish View dibayar RM120,500 untuk membangunkan akaun Facebook dan Twitter itu.

Sementara, Eficaz Media pula dibayar jumlah yang lebih tinggi hanya untuk membangunkan satu laman Facebook.

Laporan itu maklum bahawa Eficaz Media dilantik untuk gtempoh Julai sehingga Disember 2011 dan bayaran penuh dibuat berdasarkan jumlah 'Likes' yang diperolehi laman itu, yang ditetapkan sebanyak 100,000.



Laporan Audit 2012 - Siri 4

Keselamatan RM2 bilion di sekolah sia-sia

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012.

Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.

Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam.

Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.

Audit Negara 2012 - Siri 5

LKIM Jual Diesel Pada Harga Salah, Kerajaan Tanggung Kerugian RM8.14 Juta

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,002 transaksi diesel yang dijual di bawah skim subsidi diesel Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akhirnya menjadi harga super subsidi dengan kos RM8.14 juta ditanggung kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa diesel telah dijual kepada kapal Zon C2 pada harga RM1.25 seliter, berbanding RM1.80 seliter harga sebenar.

"Analisis Audit kemudian mendapati bahawa 14.81 liter telah dijual pada harga super subsidi, tambahan RM8.14 juta yang ditanggung dalam kos kerajaan," laporan itu dibaca.

Dalam 2,002 transaksi urus niaga tersebut, Pahang adalah tertinggi (547), diikuti Perak (542) dan Sarawak 366.

Sebagai tindak balas, LKIM menafikan laporan itu, mengatakan bahawa pemeriksaan menunjukkan semua urus niaga sememangnya pada harga RM1.80 seliter.




Laporan Audit - siri 6

Kegunaan pesawat polis RM175j tak memadai

Pasukan polis memperolehi lima buah pesawat Beechcraft King Air 350 dengan kos US$58.25 juta (RM175.24 juta) untuk kegunaan unit udaranya.

Pesawat berkenaan bertujuan untuk menaiktaraf keselamatan udara negara.

Bagaimanapun, dalam tempoh lima tahun kegunaannya, sebuah daripada pesawat berkenaan tidak dibenarkan terbang dalam tempoh lapan bulan, di antara September 2011 hingga April 2012.

Sebuah lagi tidak boleh digunakan di antara Jun dan November 2012.

Hanya tiga buah daripada lima yang dipesan itu telah diterima setakat ini.

Projek itu dianugerahkan selepas rundingan terus dengan Hawker Pacific Airservices Ltd, melalui ejennya, EZ Aviation Sdn Bhd.

Kementerian dalam negeri melaporkan bahawa pesawat berkenaan tidak dapat digunakan kerana peruntukan kewangan yang tidak mencukupi.

Ia juga menyebut, Pasukan Gerakan Udara akan menggunakan bahagian pesawat yang tidak digunakan bagi alat ganti untuk pesawat lain.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut, kesemua pesawat pasukan tersebut sepatutnya berada dalam keadaan selamat untuk kegunaan setiap masa.

Ia turut menemui kelemahan dalam proses penyediaan dan perancangan, yang menyebabkan unit berkenaan terpaksa bergantung kepada syarikat swasata bagi penyelenggaraan pesawat berkenaan.

Laporan Ketua Audit Negara menyarankan agar tindakan segera diambil bagi memastikan unit berkenaan menjadi organisasi yang dapat menyelenggara pesawatnya sendiri berdasarkan piawai yang ditetapkan.

Ia turut mendapati tiga pesawat berkenaan hanya merekodkan penerbangan selama 43 jam untuk memantau jenayah dan 89 jam untuk ketenteraman awam antara 2010 hingga 2012.

Ia didapati lebih banyak digunakan untuk sokongan operasi dan latihan, masing-masing melibatkan 2,223 jam dan 672 jam.

Jumlah masa ini didapati tidak memadai dengan tujuan pembelian dan penyelenggaraannya, menurut laporan itu lagi.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapannya menyebut, kewangan unit udara tersebut terhad dan ia mendapatkan peruntukan tambahan berjumlah RM194.75 juta untuk penyelenggaraan pesawat berkenaan pada November 2012.

Laporan Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar juruterbang dan jurutera disediakan secukupnya untuk mengendalikan pesawat terbabit bagi memastikan ia digunakan dengan optimum.
Laporan Audit 2012 - Siri 7

Makanan lebih tarikh luput ditemui di stor TLDM

Bekalan makanan kering untuk Tentera Laut Diraja Malaysia yang tamat tempoh selama hampir setahun didapati masih disimpan di stor pasukan berkenaan sehinggalah dikesan oleh Jabatan Audit Negara.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyebut, rangsum itu termasuk kiub pati ayam dan cuka, yang tamat tempoh pada September 2011 tetapi masih disimpan di stor tersebut pada Julai 2012.

Menurut laporan itu, bekalan itu juga disimpan dengan tidak baik dan berisiko menyebabkan keracunan makanan kepada anggota tentera laut.

"Kebersihan rangsum di Wisma Samudera terjejas kerana terdapat serangga perosak di dalam bungkusan agar-agar dan serbuk kari yang boleh mengakibatkan keracunan makanan.

"Manakala di KD Sultan Badlishah, bungkusan agar-agar dan mihun terbuka serta terdedah kepada serangga perosak sekali gus menjejaskan kualiti rangsum tersebut.

"Selepas teguran Audit, tindakan serta merta telah diambil seperti menyusun, mengemas dan membersihkan stor pengguna tersebut," laporan itu dipetik.

Makanan yang tamat tempoh itu juga dilupuskan selepas audit dijalankan tahun lalu, menurut laporan itu lagi.

Dalam laporan tersebut, Jabatan Audit menasihatkan Kementerian Pertahanan agar memastikan rangsum yang dipesan bagi TLDM itu ditanda dengan baik bagi memastikan tarikh luputnya masih dapat dibaca.

Ia juga menyatakan, kementerian menandatangani kontrak dengan nilai lebih besar daripada yang diperlukan dalam bekalannya.
Laporan Audit 2012 : siri 8

Bayar K-Pop RM1.6 juta tidak berhemat

KUALA LUMPUR: Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2.

Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat.

Pada bahagian catatan mengenai perbelajaan itu dinyatakan 'perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat'.


Laporan audit 2012- Siri 9

KWAP rugi RM209.55 juta labur dalam TdC

KUALA LUMPUR: Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dalam saham TIME dotCom Berhad (TdC) menyebabkan KWAP menanggung kerugian sebanyak RM209.55 juta.

Laporan Ketua Audit Negara memberitahu jumlah kerugian tersebut atas jualan saham TdC sepanjang tahun 2007 sehingga 15 Mac 2013.

Pelaburan Portfolio Khas saham TdC telah dibuat pada bulan November 2001 melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) TdC sebanyak 273.86 juta unit saham dengan kos berjumlah RM903.75 juta pada nilai IPO RM3.30 sesaham.

Mengikut Polisi dan Garis Panduan Pelaburan, penjualan sahan yang rugi hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan.

Ketua Jabatan Ekuiti juga boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk penjualan sahan yang mencatatkan rugi belum direalisasi melebihi 20 peratus secara konsisten melebihi enam bulan.

Semakan Audit mendapati Panel Pelaburan telah meluluskan penjualan unit sahan TdC secara berperingkat pada harga minimum RM0.90 sesaham.

Keputusan ini dibuat berikutan prestasi saham TdC yang tidak memuaskan dengan mencatatkan nilai pasaran lebih rendah daripada nilai IPO.

Semakan Audit turut mendapati KWAP tidak menerima pulangan dividen sepanjang pemilikan sahan TdC sehingga 15 Mac 2013.

KWAP hanya menerima capital repayment pada 30 Mei 2012 berjumlah RM3.65 juta berikutan aktiviti penstrukturan semula modal berbayar TdC.

Laporan Ketua Audit berpendapat, pelaburan KWAP dalam saham TIME dotCom Berhad menyebabkan KWAP menanggung kerugian kerana kejatuhan harga saham, tiada pulangan dividen, kerugian belum direalisasi yang tinggi serta rugi atas penjualan saham TdC.

Audit Negara 2012 - Siri 10

Projek 'Sakit' Pembentungan Di Kuala Sawah Beri Impak Kos Kepada Kerajaan

KUALA LUMPUR: Projek rangkaian paip pembetungan di Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan yang 'sakit' ekoran kelewatan kontraktor asal menyiapkan projek memberi impak kepada kerajaan dari aspek kos berikutan peningkatan kos keseluruhan projek daripada RM81.45 juta kepada RM121.65 juta.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Selasa, semakan audit mendapati Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) masih belum menuntut kerugian itu memandangkan kerja-kerja pembinaan oleh kontraktor penyelamat masih dalam peringkat pelaksanaan.

Mengikut syarat kontrak, kerajaan boleh menuntut sebarang kerugian daripada kontraktor asal jika kontrak ditamatkan akibat kegagalan menyiapkan projek.

Menurut laporan audit itu, maklum balas JPP yang diterima pada 8 Mac 2013 menyatakan bahawa pelantikan kontraktor itu bukan seperti yang disyorkan Jawatankuasa Penilaian Tender JPP dan Lembaga Perolehan A, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Bagaimanapun, JPP telah memantau dan membantu kontraktor dalam pelaksanaan projek namun kontraktor tidak berupaya menyiapkan projek berkenaan.

JPP dalam maklum balasnya menyatakan terpaksa mengambil langkah penamatan pengambilan kerja kontraktor mengikut prosedur dan peruntukan kontrak sedia ada.

Menurut jabatan itu, kerugian yang dialami oleh kerajaan dan/atau ganti rosak yang berlaku kepada kerajaan akan dituntut secara terus daripada kontraktor.

Tuntutan dijangka dikemukakan pada Julai 2013, menurut maklum balas JPP dalam laporan audit itu.

Sehubungan itu, laporan itu mengesyorkan kepada JPP supaya menyenaraihitamkan kontraktor yang gagal menyiapkan kerja pembinaan projek pembetungan mengikut syarat kontrak.


Laporan Audit 2012- siri 11

RTM beli jam dinding RM 3,800

JAM DINDING yang bernilai tak melebihi RM 100 seunit dibeli oleh RTM dengan harga RM 3,810 seunit.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Bekas Pemimpin DAP Pertikai Status Melayu Zairil?

Posted: 02 Oct 2013 07:28 AM PDT


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mempertikaikan kekalahan tujuh calon 'Melayu Asli' yang bertanding pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif (CEC) DAP baru-baru ini.

Presiden KMPP yang juga bekas Pemimpin DAP, Rahmad Isahak berkata, salah seorang CEC, Zairil Khir Johari yang menang pada Kongres Khas DAP baru-baru ini tidak boleh dianggap sebagai mewakili kaum Melayu kerana mempunyai pertalian darah Cina daripada sebelah ibunya.

"Persoalannya, kalau DAP mampu membantu orang Melayu, bagaimana mungkin kesemua calon 'Melayu Asli' berkenaan boleh kalah?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Malaysiakini baru-baru ini!


Beliau juga menegaskan, dasar DAP yang mengamalkan perkauman telah menyebabkan para perwakilan tidak menerima calon Melayu membarisi kepimpinan parti tersebut.

"Kenyataan-kenyataan yang berbau perkauman serta pembohongan-pembohongan yang berterusan tersebut telah membawa kepada kesemua tujuh calon Melayu asli kecundang serta ditolak oleh perwakilan.

Rahmad telah bertindak keluar dari DAP setelah kecewa dengan kepimpinan yang diterajui Setiausaha Agung, Lim Guan Eng.

Keputusan CEC pada 29 September lalu menyaksikan Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera telah berjaya terpilih setelah mendapat 1,132 undi, sekali gus meletakkannya di tangga ke-12.

Manakala tiga calon Melayu yang kalah tipis pada pemilihan semula CEC termasuk Senator Ariffin SM Omar (441), Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441) dan Ahmad Ton (351).

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


RANG UNDANG2 PENCEGAHAN JENAYAH PCA DILULUS SEMALAM - TAHNIAH DS @ZAHID_HAMIDI

Posted: 02 Oct 2013 10:46 PM PDT

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan Dan Pemerluasan) 2013 Diluluskan

KUALA LUMPUR, 2 Okt – Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan bagi tujuan ketenteraman awam, keselamatan awam atau pencegahan jenayah, diluluskan di Dewan Rakyat tengah malam ini.

Usaha wakil rakyat pembangkang untuk menggagalkan kelulusan rang undang-undang itu tidak berjaya apabila ia diluluskan dengan suara majority daripada penyokong kerajaan pada 12.50 malam.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim membentangkan usul bagi menghentikan jam di dalam Dewan tepat 12 tengah malam untuk membolehkan perbahasan diteruskan pada hari yang sama, mengikut peraturan mesyuarat 90 (2).

Rang undang-undang itu dibahaskan sejak semalam selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membentangkannya untuk bacaan kali kedua.

Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Ahmad Zahid pada Rabu lepas.

PANGLIMA :

MALANGNYA ADA MENTERI TAK KISAH PUN PENGUNDIAN SEMALAM DAN UTAMA KEMPEN PEMILIHAN UMNO.

JIKA PM DAN TPM BOLEH HADIR KENAPA MENTERI BOLEH PONTENG?
PERKARA INI TIDAK PATUT BERLAKU DAN MEMANG PATUT DITENDANG DARI SENARAI UNDIAN PERWAKILAN.

MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI BUKAN SIKAP PEMIMPIN YANG BAIK.

Analisa Keputusan CEC DAP 2013 - Melayu Tetap Gagal Tempatkan Diri

Posted: 02 Oct 2013 03:23 PM PDT

Kiriman email pada 30 September 2013 : 


SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung denganpemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat(CEC). 


Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calonyang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakanselepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. 


Ketika itu 68 orang bertandingdan tidak sampai 2,000 yang mengundi. 


Semalam juga,berlangsung simulasi pemilihan UMNO. 


Berbanding DAP,pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakalmelibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaituMajlis TertinggiPergerakan WanitaPemuda dan Puteridan bahagian


Jika DAP memilih 30 anggota CEC yang kemudiannya akan bermesyuarat memilih pemimpin seperti setiausaha agungpengerusitimbalan pengerusi dan naib-naib pengerusi, UMNO pula terus membuatpemilihan bagi jawatan utama termasuk Presiden,Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden.


Begitulah bezanya corak pemilihan dua parti - DAP dan UMNO. Berbanding DAP, sudah tentulahpemilihan dalam UMNO terpaksa menempuh perjalanan yang rumit.


Walaupun ini kali pertama berlangsungnya pemilihancorak baru, UMNO perlu memastikan kaedah yangdilaksanakan tidak menjejaskan kredibiliti parti. Jika sebelum ini ramai yang mempertikaikan corak pemilihanDAP, maka jangan dibiarkan orang lain mengambil kesempatan untuk memperkecilkan kaedah pemilihan UMNO. 


Sebarang masalah teknikal yang berlaku perlu diselesaikan segera. 


Jika diselak sejak hari 'penamaan calon' baru-baru ini terdapat beberapa kenyataan yang berkaitan dengan kelayakan bertanding. Begitu juga dengan etika berkempen. 

Pihak yang menjadi pemantaupemilihan kali ini perlu lebih jelas dengan etika berkempenbukan sekadar pertemuan di peringkat bahagian tetapi juga kenyataanucapan oleh calon-calon yang bertanding. 


Timbul persoalan bagaimana ruanguntuk mereka yang tidak memegang sebarang jawatan mampu muncul dalam pelbagai media.


Keadaan ini berbeza bagi mereka yang mempunyai jawatan sama ada dalam kerajaan pusat atau kerajaan negeri atau memegang jawatan lain yang boleh mencipta pelbagai aktiviti untuk tampil bertemu pemilih sama ada secara langsung atau tidak langsung


Mungkin jika ini tidak ditangani akan timbul pelbagai isu yang bolehmenjejaskan proses pemilihanBukan mudah untukmemantau corak kempen ini. Eloklah kempen untukmenyatakan visi dan misi diberi kelonggaran. 


Fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah politik wang dan kempen memburukkan orang lain. 


Seperti dibangkitkan dalam Selak sebelum iniapa yang penting elakkan ketirisan poket sepanjang berkempen


Berdasarkan simulasi semalamdijangkakan tidak timbul masalah dalam kaedah pemilihan kali ini.


Berbalik kepada pemilihan DAP, jumlah calon yangbertanding semalam berkurangan berbanding pemilihanyang diadakan pada Disember laluJumlah kali ini berkurangan sebanyak 19 orang, iaitu 17 menarik diri dan dua lagi keluar parti. 


Menyelak kembali di sebalik pemilihan semula inikongres khas terpaksa diadakan semula atas permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS)kerana banyak persoalan timbul pada pemilihan lalu.


DAP terpaksa akur dengan 'kecuaian manusia' yang melibatkan keputusan terhadap tujuh orang calon


Dalam pemilihan yang diadakan sebelum inibeberapa fakta menarik perhatian banyak pihak. 


Pertamanyalapan orang Melayu yang bertanding tersingkir menyebabkan parti yang mendakwa mewakili pelbagai kaum itu dikritik hebat. 


Keduanya berlaku 'pembetulan' keputusan selepas19 hari pemilihan apabila parti itu tampil memperbetulkankesilapan undi yang diterima oleh tujuh calon. 


Hasil'pembetulan' ituZairil Khir Johari yang pada mulanyamenduduki tangga ke-39 melonjak ke tangga 20 (terakhir dalam senaraisekaligus meletakkannya sebagai seoranganggota CEC yang dipilih. 


Undi 'asalnya' 305 meningkat kepada 803 manakala Wu Him Ven yang mendudukitempat ke-6 menjunam ke kedudukan 26 menyebabkannya terkeluar daripada senarai anggota CEC yang dipilih


Undi baru yang diperolehnya adalah 669undi berbanding 1,202 undi. Beliau kemudiannyamenganggotai CEC sebagai anggota yang dilantik. 


Lima lagi turut mengalami perubahan jumlah undi iaitu WongSai Hoong 23 (asal 448), Wong Sze Phin 643 (761), Zulkifli Mohd Noor 249 (216), Roseli Abdul Gani 69 (39) dan Tan Boon Peng 40 (407).


Semalamsemua 20 anggota yang dipilih adalah anggota CEC yang terpilih selepas 'pembetulan' dilakukan pada pemilihan lalu. Jelaslahperwakilan tetap memilih orang yang samacuma corak undi yang diterima berubah.


Pada masa yang samaperwakilan tetap menolak calon-calon Melayu yang turut menawarkan diri bertanding termasuklah Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai Naib Pengerusi selepas pemilihan lalu


Benarkah kenyataan seorang calon CEC MelayuZulkifli Mohd Noor bahawa nilai orang Melayu dalam DAP ibarat mata wang bernilai 'lima kupang' atau 50 sen?


KARPAL TETAP GAGAH


Walaupun pemilihan semula diadakanKarpal Singh, 73 tetap 'gagah' sebagai Pengerusi DAP. Semalambeliau menegaskan tidak akan berundur dari politik selagi pakatan pembangkang gagal membentuk kerajaan Pusat.


Karpal pernah jatuh dalam pilihan raya umum (PRU)apabila beliau kalah di kerusi Parlimen dan DewanUndangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada 1999.Bagaimanapun beliau berikrar untuk bangkit semula dan kata-kata itu terbukti apabila beliau menang semula pada PRU 2004 diikuti 2008 dan 2012.


Begitulah keazaman veteran DAP itu yang tidak menolakkemungkinan akan terus kekal sebagai calon PRU akandatangBeliau sememangnya berhasrat untukmenyerahkan kepemimpinan kepada generasi muda.Katanya"Kita semakin tua dan orang (pemimpintuaperlu bersara satu hari nantiSaya akan bersara dalam masa munasabahMunasabah bermaksud lepas apa yang kami mimpikan iaitu untuk jadi kerajaan Persekutuanmenjadi kenyataanLepas itu baru bagi kepada orang muda,''.


Maknanyaperanan orang lama masih tetap diperlukan.Kenapa Karpal Singh yang sudah begitu lamaberkecimpung dalam politik masih tetap gagah danditerima ramai? 


SemalamKarpal Singh mengekalkan kedudukannya di tempat ketigasama seperti pada pemilihan Disember lalu


Jumlah undinya meningkat daripada 1,411 kepada 1,421 undi. 


Penasihat parti, Lim Kit Siang pula jatuh ke nombor dua dengan undi merosot iaitu daripada 1,607 kepada 1,436 undikehilangan 171 undi


Anaknya, Lim Guan Eng pula menduduki tempat ke limadengan 1,304 undimerosot 272 undi berbandingkedudukan No.2 pada 2012 dengan 1,576 undi


Apakahada sesuatu di sebalik keputusan semalam? Yang pasti tiada kejutan!


Sent from my iPhone