Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Anwar Kini Di New York Mengadu Kepada Al Gore & CFR?

Posted: 26 Sep 2013 12:40 PM PDT


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di New York berjumpa dengan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Al Gore dan berforum di badan pemikir AS, Council Foreign Relation (CFR).

Twitter Anwar 10 jam lalu menyebut, Anwar bermesyuarat dengan Al Gore dan Mary Robinson di pejabat CFR berjumpa dengan Richard Haas dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Kewangan AS).

Al Gore merupakan Pengerusi Generation Investment Management (GIM) merupakan individu yang lantang menyokong perkahwinan sejenis.


Wartawan Malaysiakini, Kuek Ser Kuang Keng dari New York melaporkan Anwar telah memberi amaran kepada kerajaan Malaysia dan Suruhajaya Pilihanraya (SPR) agar tidak melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

"Jika mereka meneruskan (dengan persempadanan itu), akan ada masalah. Saya boleh berjanji kepada anda, di Parlimen dan di luar Parlimen , kami akan menjadikan ia satu isu utama, kita tidak akan mengalah ," katanya.

Mengikut Perlembagaan, SPR perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan, setiap lapan hingga 10 tahun sekali.

Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.

Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan tersebut.

Wasabi Oyabun.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


PERGINYA SEORANG PEJUANG ISLAM - USTAZ AZIZAN

Posted: 26 Sep 2013 05:14 AM PDT


POKOK SENA: Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.

Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi; Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.

Solat jenazah dilaksanakan di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham
Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan (gambar kiri).


Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di perkarangan Muassasah darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.


Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.


Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Allahyarham meninggalkan dua isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anak.















Sumber dari
http://m.harakahdaily.net/index.php/headline/22323-jenazah-ustaz-azizan-selamat-dikebumikan-#.UkQUg5CCejw.facebook
http://greenboc.blogspot.com/2013/09/gambar-video-penghormatan-terakhir-buat.html

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ku Nan kata tiada sekatan undi mana-mana Naib?

Posted: 26 Sep 2013 10:30 PM PDT

Termasuk calun Naib pun ... wajib ikut Tataetika!!!

Posted: 26 Sep 2013 06:05 PM PDT

Adakah rasmi hanya 3 saja calun Naib dibenarkan pilih?

Posted: 26 Sep 2013 06:57 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Ahli Parlimen PKR Biadap di Parlimen Langgar Peraturan Dan Hina @PDRMSia

Posted: 26 Sep 2013 09:14 PM PDT

Dua insiden dalam dan di luar Dewan Rakyat pagi Rabu menunjukkan sikap ahli Parlimen pembangkang masih ditakuk lama sedangkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika awal sidang Penggal ke 13 sudah meminta ahli-ahli parlimen 'Ini Kalilah'..berubah demi kebaikan semua dan menjaga integriti Dewan Rakyat.

Insiden sebaik sahaja Dewan Rakyat memulakan persidangan jam 10 pagi dicetuskan ahli parlimen PKR, Padang Serai N. Surendran apabila melangar peraturan mesyuarat dengan mengemukan usul rayuan berhubung kematian P.Karuna Nithi dalam tahan polis pada awal Jun lalu.

Pandikar Amin menegur Naib Presiden PKR supaya membawa usul berkenaan selepas selesai sessi soal jawab namun ahli parlimen itu terus mendesak perkara itu disegerakan .

Beliau mempertikai Speaker malah mendakwa mengamalkan undang-undang 'koboi'.

Selepas mendapati Surendran terus berkeras, Pandikar Amin mengarahkan  ahli parlimen itu keluar dan meminta bentara mengiringinya keluar.

Bagaimanapun, sekali lagi Surendran mencetuskan ketegangan di lobi parlimen – tempat eksklusif untuk ahli parlimen mengadakan sidang media dengan melanggar peraturan tersebut apabila membawa keluarga individu yang didakwa mati dalam tahanan polis ke tempat sidang media.

Beliau berkeras untuk membawa masuk keluarga P. Karuna Nithi individu yang mati dalam tahanan di Negeri Sembilan dan apabila ditegah pihak keselamatan Parlimen, mereka dimarahi dan dikasari keluarga berkenaan.

Tidak cukup dengan itu, abang si mati turut mengangkat gambar si mati dan menjerit-jerit di lokasi sidang media ahli Parlimen "polis dah bunuh adik saya!"

Baca selanjutnya

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/dua-insiden-memalukan-ahli-parlimen-pkr.html

ASTRO AWANI DAN RTM BERPAKAT KENAKAN TPM @MuhyiddinYassin DAN MENTERI @Shaberyc ?

Posted: 26 Sep 2013 08:21 PM PDT















SEMALAM DUA KESILAPAN TELAH BERLAKU MELIBATKAN BERITA TPM UCAP TAHNIAH KRPADA KELUARGA AZIZAN DAN NAMA MENTERI KOMUNIKASI YANG BERTUKAR DENGAN NAMA MENTERI PERTANIAN.

MEMANG BENAR MANUSIA AKAN MELAKUKAN KESILAPAN NAMUN MENGELAK KESILAPAN PATUT MENJADI KEUTAMAAN.

NAMPAK SEKALI MACAM ADA PERSAMAAN BERHUBUNG DUA KEJADIAN TIDAK JAUH MASANYA INI.


MESKIPUN AWANI SUDAH MEMOHON MAAF NAMUN IA TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU KEPADA PENYIAR BERPENGALAMAN DAN BUKANNYA BARU DALAM BIDANG INI.


JIKA SEBELUM INI FACEBOOK JABATAN PENERANGAN TELAH MELETAKKAN LOGO PDRM YANG SALAH, KINI KEJADIAN HAMPIR SAMA TELAH BERULANG KEMBALI.


DALAM DUNIA HARI INI MASALAH KECIL AKAN MENJADI BESAR TERUTAMA KETIKA RAKYAT YANG MAKIN TINGGI KUASA BELINYA JUGA SUDAH MAJU DENGAN GAJET DAN TEKNOLOGI YANG DIMILIKI.


SEBARANG BERITA AKAN MUDAH TERSEBAR DAN CEPAT DALAM BEBERAPA SAAT.


MAKA MEREKA AKAN MUDAH MENGESAN DAN MERAKAM KESILAPAN TERSEBUT SERTA BERKONGSI TENTANGNYA DENGAN KAWAN FACEBOOK TWITTER MAHUPUN WHATSAPP.


INILAH CABARAN YANG MESTI DITEMPUHI OLEH SEMUA PENJAWAT AWAM. TERUTAMA DI BIDANG PENYIAR


JIKA BENAR ADA UNSUR SABOTAJ MAKA JANGAN BIARKAN IA MENJADI NANAH DALAM ORGANISASI TERSEBUT.


JIKA PERLU NANAH PERLU DIBUANG JIKA UBAT TIDAK LAGI BERKESAN.

Gambar Jenazah Mantan MB Kedah Tan Sri Azizan - Al Fatihah

Posted: 26 Sep 2013 06:39 AM PDT

Gambar diperoleh dari group whatsapp kawan.

TAKZIAH atas pemergian bekas Pesuruhanjaya Pas Kedah yang pernah menjadi tumpuan utama akhbar negara kita.

Semoga kita mengambil iktibar dari kisah kematian setiap masa kerana kita juga akan menemui Allah Maha Esa.

SU Kerja Umno Jelaskan Punca Dua Calon Tidak Layak Bertanding : @TunFaisal dan Datuk Zainul Fitri

Posted: 26 Sep 2013 03:17 AM PDT

RM0.UM.26/09: Tun Faisal Ismail dan Datuk Dr. Zainul Fitri tidak layak bertanding Majlis Tertinggi UMNO kerana tidak menjadi AJK bahagian - SU Kerja UMNO

PANGLIMA : HARAP SEMUA PIHAK AKAN BERSABAR MENERIMA KEPUTUSAN INI YANG KHABARNYA DIPUTUSKAN OLEH JAWATANKUASA UMNO SENDIRI.

Tun Faisal dan Datuk Dr Zainul masih boleh mencuba lagi masa hadapan Insya Allah.

Jika masih ada peluang untuk merayu sudah tentu ia patut dibuat.

Menurut info diterima Ketua Pemuda Saudara KJ akan membuat rayuan atas keputusan ini.

Harap masih ada ruang untuk mereka bertanding.

Bolasepak : @AzminAli Kritik MB Khalid Ibrahim

Posted: 26 Sep 2013 01:00 AM PDT

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak boleh lokek untuk menaja pasukan bola sepak negeri lantaran ia sebahagian daripada tugas kerajaan negeri, kata Setiausaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Penajaan itu katanya akan memberi pulangan jangka masa panjang kepada Selangor dan atas sebab itulah Khalid tidak harus lepas tangan dalam isu itu.

"Sama ada berapa jumlah dia (MB) kena kira (uruskan) sebab mereka kerajaan di negeri ini. Ini peruntukan yang berlainan, bukan sama.

"Itulah guna bajet, untuk merancang pergerakan perbelanjaan usaha-usaha kerajaan yang berkaitan agenda masa depan termasuk aktiviti rakyat," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Nadzim juga berkata Khalid tidak boleh menafikan hak pembangunan di Selangor hanya untuk meneruskan kelangsungan tajaan kepada mana-mana pihak.

"Apa pun perlu ada keseimbangan, tidak boleh membuat keputusan buang padang bola untuk buat taman perumahan.

"Perlu dipertimbangkan sebaik mungkin, kerana ia akan mendatangkan kesan masa panjang kalau tidak dirancang dengan baik," jelasnya.

Terdahulu, Menteri Besar Incorporated (MBI) dikritik PAS Selangor kerana tidak memberikan tajaan yang sewajarnya sehinggakan beberapa pemain bola sepak utama Selangor diintai kelab lawan.

Khalid kemudiannya meminta PAS Selangor memilih sama ada mahu peruntukan diberikan kepada pasukan bola atau membina masjid di negeri itu.

Khalid juga mencanang peruntukan kepada pasukan bola sepak melebihi peruntukan untuk membina sebuah masjid.

Kenyataan Khalid itu mengundang rasa kurang senang Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali.

Bercakap kepada Antarapos, Azmin berkata soal tajaan kepada pasukan bola sepak dan dana membina masjid adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

"Bagi saya, kedua-dua institusi ini penting untuk diberikan peruntukan dan dimajukan. Ini bukan soal pilihan, ini soal kepentingan dan tanggungjawab sebuah kerajaan dalam memastikan pembangunan masjid dan sukan itu diberikan perhatian yang serius," katanya kepada Antarapos di lobi Parlimen.

Namun Nadzim dalam masa sama menegaskan bahawa kemajuan sektor pembangunan rumah ibadah dan sukan dalam negeri itu harus seiring.

#PEMILIHANUMNO2013 - 7 Ditolak Bertanding kerana sabotaj PRU13

Posted: 26 Sep 2013 12:56 AM PDT

RM0.UM.26/09: UMNO Pulau Pinang tolak 7 permohonan untuk bertanding pada pemilihan UMNO kerana keahlian mereka digantung akibat sabotaj parti pada PRU-13

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


JENAZAH USTAZ AZIZAN SELAMAT DIKEBUMIKAN

Posted: 26 Sep 2013 05:07 AM PDT

TUN MAHATHIR DAN MUKHRIZ TURUT SERTA
ALOR SETAR: Jenazah bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada Khamis selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena dekat sini kira-kira 5.30 petang.

Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.

Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pukul 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak dan enam cucu.

Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan majoriti 2,774 undi. - BERNAMA

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Dah Sekolah Menengah Tapi Masih Tak Paham Bahasa Melayu...

Posted: 26 Sep 2013 07:00 PM PDT

Seorang guru sekolah menengah di Semenyih, Selangor didakwa meminta pelajar yang enggan menyanyi dan menghormati lagu kebangsaan agar "balik ke China".

Pembantu pengetua di SMK Engku Husain berkata demikian semasa perhimpunan mingguan di sebelah petang pada 23 September.

Beliau didakwa meminta pelajar tersebut "balik" jika tidak menyukai Malaysia.

Menurut pengetua sekolah Abdul Ghafar Kunchi Mohd memberitahu, pelajar-pelajar terbabit ada di antaranya tidak memahami bahasa Melayu dengan baik malah sebelum ini mereka telah dinasihat dan diberi amaran, malah dirotan kerana tidak menyanyi dan menghormati 'Negaraku' tetapi tidak berkesan.

Pada aku betullah tindakan guru itu, dah masuk sekolah menengah masih tak reti cakap melayu, masih tak reti nyanyi lagu negaraku, so buat apa duduk di malaysia...?? 

Aku rasa pelajar sekolah yang buat hal tu mungkin anak 50 ribu pendatang cina yang pernah dilaporkan hilang satu masa dulu, jadi bila mak bapak tak reti cakap melayu, maka macam mana nak ajar anak, jadi aku harap jabatan imigresen sila buat pemantauan keatas ibu bapa pelajar itu, cuba cek balik adakah ibu bapa pelajar itu termasuk dalam 50 ribu pendatang cina yang hilang seperti yang di laporkan dulu...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Iklan @ MyMassa: Jawatan kosong sebagai PENGURUS BESAR di MBSB! @BNYJobFair2013 @NajibRazak @KhairyKJ @NazirHussin79

Posted: 26 Sep 2013 11:00 PM PDT

 
Ini adalah iklan jawatan kosong sebagai PENGURUS di MBSB hari ini. Kelas bukan? Ini baru satu contoh jawatan yang ditawarkan di BNY Job Fair 2013, dan ada ratusan ribu lagi jawatan kosong menanti anda di sini.
 
 
 
 
Inilah keadaannya selepas tidak sampai sejam pintu dewan pameran dibuka. Siapa yang mahu melepaskan peluang mencuba mendapatkan rezeki yang lebih baik? 

 
 
Pengorbanan orang kuat BNY Job Fair, saudara Nazir Hussin Akhtar Hussin, yang sanggup melepaskan kesempatannya untuk berkempen sebagai calon EXCO Pemuda demi memastikan peluang pekerjaan dapat ditawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia. 

 
 
Ruang makan yang selesa disediakan untuk para pengunjung dengan menu yang berkualiti tinggi.

 
 
Tahukah anda bahawa ramai yang telah BERJAYA mendapatkan pekerjaan yang diidamkan hanya semasa pameran berlangsung?
 


 
Bukan calang-calang syarikat yang menyertai pameran kerjaya kali ini, sekaligus menjawab segala persoalan skeptikal mereka (terutamanya MACAI pembangkang) tentang keberkesanan usaha BN untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Inilah buktinya, janji TRANSFORMASI BN bukan sekadar omongan kosong semata-mata.
 
Ayuh, jangan lepaskan peluang yang terhidang ini. 30 ribu peluang pekerjaan sedang menanti anda di PWTC mulai sekarang sehingga AHAD 29 September ini!
 
 



Enchant1MST - Malaysia Bakal Menjadi Negara Pluralisme!

Posted: 26 Sep 2013 08:00 PM PDT



Apa dah nak jadi pada negara Islam Malaysia ini sekarang?Adakah kerana kemarukkan undi cinabeng dan dana asing kita sanggup menggadaikan maruah dan martabat Islam dan harga diri Melayu? 

Apa guna status kita sebagai sebuah negara Islam dan apa ertinya kita penduduk majoriti Islam tetapi sanggup membiarkan kemungkaran berleluasa dan kita sendiri tak mampu menghalanginya?

Kini atas nama penyalahgunaan slogan 1Malaysia, puak-puak pendatang mahu membina rangkaian kuil dan tokong terbesar di dunia di bumi Islam ini dengan menggunakan konsep Pelancongan Spiritual! 

Rancangan pembangunan mega seluas 500 ekar ini akan dilancarkan pada November 2013 akan datang.Lokasinya di Gambang yang terletak 35km dari Kuantan, Pahang!. Kawasan ini terlalu luas untuk dilawati dalam 1 hari. Ia memerlukan lawatan selama 3-5 hari siap dengan pakej penginapan hotel (mungkin  ada juga pusat pembaptisan dan pemurtadan), hotel dan pusat membeli belah.


Dalam pembinaan pusat spiritual ini semua agama (kecuali Islam) akan dibina rumah ibadat mereka di sini; 

Patung Kuan Yin ( berpusing ) TERBESAR di Dunia !

Kuil Kuan Yin TERBESAR di Dunia !

Kompleks Beli Belah TERBESAR di Dunia !

Piramid TERBESAR di Dunia !

Columbarium ( Tempat/Stor Menyimpan Abu Mayat ) TERBESAR Di Dunia !

Persoalan kami, mengapa pusat ini mahu dibina di Malaysia? Tak cukup tanah lagikah di negara lain? Sudahlah menyalahgunakan konsep 1Malaysia bagi menghalalkan rancangan jahat mereka kini mereka telah mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan negeri ini!

Adakah pihak kerajaan negeri tak sedar lagi hal ini. Berapa banyak tanah-tanah hutan akan ditebang bagi pembinaan projek yang sememangnya dilaknat oleh Allah s.w.t ini. Apakah tanah 500 ekar ini tanah persendirian atau tanah-tanah rezab Melayu, tanah rezab Felda,  tanah rezab orang Asli atau tanah rezab kerajaan Negeri???

Mengapa di Pahang?

Adakah kerana Genting Highland dan Cameron Highland juga terletak di negeri ini?

Adakah pembinaan ini berkait rapat dengan pembinaan kawasan Perindustrian Malaysia - China di Kuantan?

Adakah ia berkaitan dengan pembinaan sekolah swasta cina terbesar di Malaysia di Kuantan?

Adakah kerana Parlimen Kuantan dikuasai oleh pihak pembangkang yang mengagungkan pluralisme agama maka ia dibenarkan? 

Adakah ia satu langkah untuk mengurangkan kemarahan dan bangkangan puak-puak tertentu terhadap Projek Lynas lalu kita membenarkan pembinaan projek kuil mega ini?

Adakah ia bertujuan menyaingi Taman Tamaddun Islam Terengganu?

Sempena hari Jumaat yang mulia ini kami menyeru jihad kepada seluruh umat Islam tak kira UMNO, PAS, PKR dan juga NGO-NGO Melayu-Islam agar bangkit membantah sekeras-kerasnya projek gila ini. 

Kami menyeru agar kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur dan Yang Mulia Tuanku Sultan Pahang sebagai Ketua Agama Negeri agar membatal dan mengharamkan terus projek syirik ini.

Tolong siasat juga agensi-agensi kerajaan adakah mereka bersengkongkol menukar milik, menjual dan meluluskan tanah-tanah untuk pembinaan projek mega  ini. 

Apakah ertinya kenyataan ini dalam presentation video projek berkenaan?

" This is fully backed by the government of Malaysia..... the government of Malaysia has also helped us to provide funding for this project."

 "...... the Malaysian government fully supported us in this project and also providing us the land."




KLiK untuk ke Youtube.

Untuk ke laman web projek - KLiK

Kepada rakan-rakan seagamaku...gunakanlah pelbagai medium alternatif; FB, blog, twitter, email. Whatsapp, WeChat, Kakao Talk dan sebagainya untuk menyeru jihad ini. Jangan sampai maruah agama kita tergadai kerana pembinaan pusat pluralisme ini.

Kami umat Islam tak sanggup melihat agama kami dipermain-mainkan lagi. Kami bukan rasis tapi kami mempertahankan hak kami di negara yang kami jadi majoritinya. Ingat majoriti umat Melayu masih mendiami Pahang dan Malaysia!

Allah Akhbar, Allah Akhbar, Allah Akhbar


Baca juga - Enchant1MST - Kita WAJIB Bantah ! DiMana Suara Umat Islam ?


Kredit: Dinturtle

Hidup Melayu! @MPKotaBelud akan pastikan KUOTA BUMIPUTERA dipertahankan sehingga titisan darah terakhir! @NajibRazak

Posted: 26 Sep 2013 06:45 PM PDT


Alhamdulillah. Inilah berita yang kita tunggu-tunggu sejak sekian lama. Akhirnya ada juga tindakan dari pihak Kerajaan untuk memastikan kaum Bumiputera diberikan peluang yang secukupnya untuk memiliki kediaman sendiri. Nampaknya TSUNAMI CINA pada PRU yang lepas sebenarnya telah memberikan kita semua rahmat dan harapan yang baru.

Cuba bayangkan jika KPKT ini mash lagi dikuasai oleh Menteri CINA yang menang hasil usaha keras UMNO?!! Sudah tentu unit seperti UPB jauh dari pertimbangan mereka. Yalah, setelah berpuluh-puluh tahun menguasai kementerian tersebut, isu rumah terbengkalai pun tidak mampu diselesaikan. Jadi, jangan ceritalah isu yang berkaitan dengan kuota bumiputera ini.

Sebab itu kita kena selalu beringat. Mereka ini semua logo partinya sahaja lain, tetapi hati mereka tetap sama. Mana mungkin mereka hendak tabur pasir ke dalam periuk nasi anak bangsa sendiri?!! Hanya orang Melayu sahaja yang tidak sudah-sudah bertelagah dan bergaduh sesama sendiri sehingga ke hari ini.

Isu kuota ini pun sebenarnya sudah lama menghantui kita semua. Apa gunanya kuota tersebut jika harga rumah kediaman yang ditawarkan jauh di luar jangkauan kemampuan bumiputera? Itupun setelah ditolak diskaun 7%. Akhirnya setelah satu tempoh tertentu kuota tersebut tidak terjual, ianya dibuka untuk orang lain. Faham-faham sahajalah siapa yang akan menyapu bersih kesemuanya selepas itu.

Pernah juga terdengar desas-desus yang mengatakan harga rumah kediaman yang ditawarkan untuk kaum tertentu sebenarnya tidak semahal yang diiklankan agar taman perumahan tersebut dikuasai oleh kaum tertentu dengan cepat. Entah betul atau tidak dakwaan ini tidak dapat dibuktikan, namun apa yang jelas, kita boleh saksikan sendiri apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. 

Oleh kerana mereka jauh menguasai kepadatan majoriti penduduk, maka undi popular boleh berpihak kepada pembangkang apabila mereka sebulat suara bersatu hati menolak BN. Walhal, dalam masa yang sama, BN, walaupun dinafikan kemenangan 2/3, tetap mampu membentuk Kerajaan Pusat dan mengekalkan kekuasaan di negeri-negeri yang dimenangi sebelum ini, dengan bonus menawan Kedah melalui kuasa undi orang Melayu. Hayati poster di bawah ini untuk lebih faham.




Pada kami, UPB ini bukan sekadar memastikan hak bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Negara terpelihara, bahkan ia juga satu strategi bijak tersusun bagi memecahkan monopoli kuasa orang cina di kawasan-kawasan bandar dan yang pesat membangun. Dan, tolonglah jangan kata ini semua langkah UMNO hendak merampas hak orang lain kerana apa yang dilakukan ini sepatutnya sudah lama terlaksana. Apakah salah UMNO dan Kerajaan memastikan hak orang lain tidak dirampas secara sistematik oleh para kapitalis KIASU?!!

Tidak sampai setahun KPKT dikuasai Menteri UMNO, terus nasib bumiputera dibela. Kalau tidak nampak lagi, tidak tahulah hendak kata apa.




KLIA TAK FOFULAR...BETUI KA?

Posted: 26 Sep 2013 06:13 PM PDT


Laporan Media Amerika; CNN mendedahkan KLIA berada di kedudukan ke 27 dari 50 buah lapangan-lapangan terbang paling sibuk di dunia. Di peringkat negara-negara ASEAN sendiri KLIA jauh ketinggalan berbanding Airport Sukarno - Hatta, Jakarta (No 9), Airport Suvarnabhumi Bangkok, Thailand (No 14) dan Airport Changi, Singapura (No 15).  

Laporan ini sudah tentu menjadi lauk yang cukup sedap untuk membantai pihak kerajaan khususnya UMNO dan BN yang akan dituduh melakukan pelbagai pembaziran dan penyelewengan hingga menyukarkan KLIA bersaing dan mendapat ranking tertinggi di pentas antarabangsa. 

Tapi dari satu sudut, airport-airport lain selalunya sesak sebab penumpang domestiknya sendiri sudah begitu ramai. 

Teringat  ketika satu masa lalu semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dan mengutarakan cadangan pembinaan KLIA. Dalam satu sesi soal jawab dengan seorang pemimpin mahasiswa di salah sebuah universiti terkemuka di Selangor, pemimpin mahasiswa yang konon begitu tinggi idealisme kemahasiswaannya itu bertanyakan satu soalan yang dianggap soalan maut kepada YAB PM.

Soalannya ; "Mengapakah kerajaan membina KLIA dengan kos begitu mahal sekali iaitu US$3.5 bilion sedangkan wang itu boleh digunakan memberi makan beribu-ribu rakyat Malaysia?"


Tun Mahathir - Pemimpin bijak pencetus KLIA. Beliau bercakap pakai otak bukan pakai kepala lutut

Selambanya YAB Tun menjawab; "Selepas habis RM3.5 bilion memberi makan beribu - ribu rakyat, mana kerajaan nak ambil duit lagi untuk menyara rakyat? Kalau kerajaan bina KLIA, kesannya bukan setakat beribu-ribu rakyat dapat makan bahkan berjuta-juta rakyat dapat pekerjaan dan dapat makan selama beratus-ratus tahun". Terkedu malu dan merah padam muka pemimpin mahasiswa tersebut. Hadirin riuh bertepuk tangan. Kini...di manakah agaknya bekas pemimpin mahasiswa itu berada sekarang?

Inilah cara kerajaan membangunkan negara dan membantu rakyat. Meransang ekonomi agar rakyat dapat pekerjaan. Bukan sekadar suap kemudian terus menerus menyuap. Dalam Islam sendiri menyuruh kita bekerja dan tidak hanya meminta-minta. 


KLIA 2 - bakal melonjak ekonomi negara di masa depan

Berbalik soal ranking KLIA tadi harus diambil tindakan segera oleh pihak KLIA sendiri. Rasanya pihak KLIA dan kerajaan ada perancangan mereka sendiri memajukan KLIA. Tambahan lagi apabila KLIA 2 dibuka dan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014), maka kemungkinan ranking ini akan berubah. Dalam masa yang sama pembinaan KLIA 2 dan TMM 2014 pasti akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara apabila wang asing mengalir rancak dalam negara tahun depan. Negara pula perlu aman damai agar ia dapat membantu menarik dan membangunkan ekonomi. Kekacauan perlu dielakkan. 

Datang sebagai pelancong, tapi akhirnya dicekup melacur di Malaysia
Tak guna kalau ranking KLIA meningkat dengan kapasiti penumpang yang ramai tapi jika yang datang tu ramai jalang-jalang GRO yang menyalahgunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar. Atau yang memenuhi KLIA itu terdiri dari keldai-keldai dadah dan pekerja-pekerja asing. Tak guna juga kalau KLIA dilihat sibuk dengan kegiatan ulat-ulat teksi dan penjual kaki lima yang menganggu keselesaan penumpang.


Pihak KASTAM KLIA kini amat digeruni tokey-tokey dadah di dalam dan luar negara. Ranking keselamatan KLIA cukup tinggi.
Terbukti pihak berkuasa seperti KASTAM dan Polis di KLIA amat digeruni oleh penjenayah-penjenayah rentas sempadan yang ingin menggunakan KLIA sebagai pusat transit kegiatan haram mereka. Bila dah kena cekup, tokey-tokey mereka pun mula kecut telor. Berlumba-lumba pulalah para lawyer yang musibat cari duit membela para penjenayah. Bila kalah tuduh bukan-bukan pada kerajaan, UMNO dan BN. 

Haiya...ini semua salah kelajaan!



   

Minyak NAIK lagi? Biar betul! @NajibRazak

Posted: 26 Sep 2013 05:00 AM PDT


Poster khas buat MACAI PR yang sudah mula asah peluru untuk tembak Kerajaan. Hari ini khabar angin yang mendakwa harga Ron 95 bakal dinaikkan lagi sudah mula tersebar. Puncanya bermula daripada berita akhbar pro-pembangkang yang pakai kulit  NEUTRAL untuk melariskan jualannya.


Sama ada betul atau tidak petrol akan naik harga, hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Cumanya kami di MyMassa amat-amatlah berharap agar biarlah reda dahulu kemarahan rakyat sebelum meningkatkan lagi kos hidup mereka. Berilah beberapa perkhabaran baik melalui BAJET 2014 tidak lama lagi dan pastikan mereka bersedia dahulu, terutamanya dari segi minda, sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Atau paling tidak pun, bubarkanlah terlebih dahulu PEMANDU sebelum nekad dengan keputusan untuk menaikkan harga petrol lagi. Lebih banyak wang negara yang boleh dijimatkan.

Kerana pada kami, kewangan yang rugi kita boleh cari ganti. Tetapi sokongan yang hilang tiada tara harganya selepas itu.

MP Lenggong boleh jadi LISTENING POST MT untuk anak muda. @YuseriYusoff #YBShamsulAnuar4MT

Posted: 26 Sep 2013 03:00 AM PDT


YB Dato' Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah dilahirkan pada 1 JUN 1967 , di Kampung Luat, Lenggong Perak. Memulakan kerjaya sebagai pendidik (Guru - 1992-1999), bagaimanapun meninggalkan tugasnya sebagai guru apabila dilantik sebagai Setiausaha Sulit YB Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan (1999-2004). 

Selepas Pilihanraya ke 11 beliau dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada YB Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (2004-2007). Dan kerana ingin menumpukan sepenuh masa dalam gerakan belia serta politik beliau meletakkan jawatan bagi memberi tumpuan sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, dalam Pilihanraya ke-12 diberi mandat sebagai Ahli Dewan Rakyat Kawasan Lenggong setelah memenangi Kerusi P055 Parlimen Lenggong.


Dalam dunia politik, menjadi ahli UMNO seawal usia 18 tahun. Selain memimpin di peringkat cawangan, beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1996–1998), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000), dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Chenderoh (1998-2000).

YB Dato Shamsul juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Chenderoh (2000-2004) kemudian bertukar ke UMNO Bahagian Lenggong sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lenggong (2004-2008), Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong (2008-kini), manakala di peringkat UMNO Pusat sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009), sebagai Pengerusi Biro Belia Sukan Pemuda UMNO Malaysia (2004-2009) dan juga Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Malaysia (2009-kini). 

Pertama kali bertanding dalam PRU ke 12, atas Parti Barisan Nasional (BN) bagi kerusi P055 Lenggong. YB Dato' Shamsul Anuar Haji Nasarah menang dengan memperolehi 10,992 undi serta mejoriti 4,919 undi menewaskan calon PAS, Ustaz Zulkifli Mohamad Zakaria yang hanya memperolehi 6,073 undi. Pada PRU13 beliau sekali lagi bertanding dan menang atas tiket BN di P055 Lenggong setelah menewaskan calon PAS. - BACA LANJUT DI SINI

MyMassa: Bagi memperkasakan UMNO dalam menghadapi PRU-14, barisan anggota MT yang baru kelak mestilah diwakili oleh para pemimpin yang mesra rakyat, cakna isu dan tuntas di siber. Lebih baik lagi jika semua ahli MT yang menang terdiri daripada mereka yang memenangi mother of all elections yang lalu. Pada pandangan kami, Pengerusi PTPTN ini wajar diberikan tempat dalam barisan MT kerana beliau sudah cukup biasa dengan pandangan dan kehendak suara anak muda akar umbi tentang Kerajaan. Ini adalah kerana, PTPTN juga dilihat satu medium yang efektif untuk mengetahui tentang sentimen sebenar yang sedang menguasai minda golongan muda di negara ini ketika ini.

Insya Allah, kemenangan YB Shamsul ke jawatan MT juga diharap dapat membantu memperkukuhkan lagi proses meremajakan UMNO, selain membawa suara dan aspirasi anak muda ke arus perdana.

Jangan lupa rebut 30 ribu peluang pekerjaan yang BN tawarkan mulai esok! @NajibRazak @MohdShafieApdal @KhairyKJ @NazirHussin79 @TaipanMaster

Posted: 26 Sep 2013 01:30 AM PDT


Ini adalah promo khas dari MyMassa sekali lagi untuk para belia atau pencari kerja di luar sana. Jangan lepaskan peluang keemasan kerana kali ini lebih 30000 peluang pekerjaan akan menanti anda di sana. Kami amat berharap yang para pembaca budiman bukan sahaja bisa memperoleh maklumat yang tepat, bahkan mungkin peluang untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik, selaras dengan dasar transformasi Negara, insya Allah.

Paling penting, jangan lupa juga untuk sama-sama memeriahkan majlis pelancaran karnival kerjaya kali ini yang akan disempurnakan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 28 September (Sabtu), jam 11 pagi



Di antara program menarik yang disediakan oleh pihak penganjur BN Youth Job Fair kali ini adalah Seminar Strategi Media Sosial (PERCUMA) kepada hadirin yang berminat sepanjang tempoh karnival berlangsung (27-29 September 2013). Daftarlah hari ini di sini kerana tempat duduk yang disediakan hanya terhad kepada 200 orang peserta sahaja. Ayuh, jangan kita lepaskan peluang untuk menimba ilmu daripada pakar-pakar sosial media dari seluruh dunia yang dibawa khas buat hadirin semua di lokasi berikut:

Dewan Tun Razak (Hall 1), Putra World Trade Centre

Inilah bukti YAB PM dan pihak Kerajaan benar-benar serius dalam usaha transformasinya untuk membantu rakyat meningkatkan lagi taraf hidup mereka agar tidak tercicir dari arus perdana. Slogan BN bukanlah sekadar omongan kosong di atas jalanraya dan dataran demonstrasi. Insya Allah dengan peluang yang sama, siapa yang kuat berusaha, pasti akan berjaya.