Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Program Tusyen Percuma Anjuran SPNB, Tapi Kenapa Hanya Di Satu Bahagian Sahaja...???

Posted: 25 Sep 2013 01:35 AM PDT

Ada beberapa soalan aku nak tanya...

Adakah ini salah satu program yang kerap di buat oleh SPNB...??

Adakah ini salah satu program CSR (corporate social responsibility) yang kerap di buat spnb...???

Adakah program ini sengaja di buat oleh orang-orang tertentu untuk meraih undi bagi mendapat jawatan dalam bahagian...???

Kalau ia ini salah satu program CSR yang kerap di buat oleh spnb, kenapa hanya satu bahagian sahaja yang terpilih, kenapa dalam waktu terdekat ini progarm tusyen percuma ini hanya di buat di bahagian itu, kenapa tidak di buat di tempat-tempat lain, bukankah di tempat lain juga ada pelajar yang memerlukan tusyen percuma...???



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bila pertandingan tegang, pembangkang jadi batu api

Posted: 25 Sep 2013 08:15 PM PDT

Baik terbuka atau tertutup... nak menang, urus persepsi

Posted: 25 Sep 2013 05:30 PM PDT

Tengku Adnan ngaruk di Prince Hotel?

Posted: 25 Sep 2013 05:30 AM PDT

Alahai .... takkan Unspinners nombor 2?

Posted: 25 Sep 2013 02:30 AM PDT

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


APAPASAL KURANG AJOR SANGAT

Posted: 25 Sep 2013 01:59 AM PDT

https://www.youtube.com/watch?v=L9W1icbmHos&feature=youtube_gdata_player

Korang tengok ler sendiri dan nilaikan sapa yg sebenarnya kurang ajar. tak kira ler lu spa

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


UMNO Online - Presiden Umno @NajibRazak UcapTakziah, Bekas MB Kedah Kembali Ke Rahmatullah

Posted: 25 Sep 2013 10:36 PM PDT

Takziah, Bekas MB Kedah Kembali Ke Rahmatullah

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga dan sanak saudara keluarga bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak yg kembali ke rahmatullah pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah.

Justeru, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarhamah dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah.

http://www.umno-online.my/?p=92663&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

Al Fatihah : Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah sebentar tadi.

Posted: 25 Sep 2013 08:56 PM PDT

RM0.UM.26/09: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah sebentar tadi.

Mari kita doakan beliau diampunkan Allah dan ditempatkan bersama orang soleh Insya Allah.

Undilah Calon Exco Pemuda Umno No 75 Mohd Nazari Ahmad #Nazari4Exco

Posted: 25 Sep 2013 12:13 AM PDT

Mohon semua perwakilan memberi sokongan undi kepada Exco Pemuda No 75 ini.

Sepanjang pengalaman mengenali beliau memang Pemuda memerlukan orang yang berkemampuan seperti beliau untuk menguatkan lagi pemuda Umno bagi menghadapi PRU14

Seorang pemimpin perlu menguasai bukan sahaja ilmu kepimpinan dan tinggi pengetahuan bahkan mempunyai ilmu kerohanian yang mampu menghalang dari gejala negatif atau rasuah jika menjadi pemimpin.

Pemimpin yang hanya pandai bercakap namun tidak beradab dan bersemangat Melayu tidak boleh dijadikan sandaran untuk diletakkan harapan mengangkat pemuda ke mercu lebih tinggi untuk agama bangsa dan negara.

Pemuda perlu berjuang habis habisan untuk alif ba ta !

Pemuda perlu memastikan pemuda melayu maju dan berjaya dunia akhirat.

Pemudalah yang akan menjadi tonggak menyuarakan desakan menjaga hak hak yang diperuntukan dalam Perlembagaan kepada Melayu dan bumiputera.

Hidup Melayu!

Kenali Calon Exco Pemuda Umno Malaysia Dari Kelantan : Mohd Faizal Daud No 46 #PemilihanUmno2013

Posted: 25 Sep 2013 12:00 AM PDT

Harap dapat sokong calon kita ini.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


@CMLimGuanEng pakar SILAP MATA?!! @NajibRazak

Posted: 25 Sep 2013 11:00 PM PDT



Sistem komputer dikatakan silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent Wu hanya 669 undi. 

Bukan hanya itu sahaja, kesilapan bukan setakat Vincent Wu, malah turut melibatkan undi untuk Zairil Khir Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang diterima 305 undi. 

Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain tidak berubah ? 

Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat dalam DAP. 

Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih masuk ke dalam CEC walaupun baru menyertai DAP.  - BACA LANJUT DI SINI

MANTAN MB KEDAH AZIZAN KEMBALI KE RAHMATULLAH

Posted: 25 Sep 2013 08:40 PM PDT

AL FATIHAH SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT ILAHI

Jom tengok CINA KIASU Singapura DIBELASAH orang MELAYU sebab KURANG AJAR!

Posted: 25 Sep 2013 07:28 PM PDT

Sebelum ini, kami pernah mendedahkan satu rakaman video seorang lelaki Cina menyepak berkali-kali kepala seorang anak Melayu yang disyaki melakukan jenayah, dalam keadaan tangannya berikat. http://mymassa.blogspot.com/2013/09/khas-buat-melayu-pakatan-jom-tengok.html



Hari ini, kami hidangkan pula satu lagi rakaman pergaduhan kaum yang melibatkan Melayu-Cina. Kali ini pergaduhan tersebut berlaku di Singapura, sebuah negara bandar yang dikatakan sebagai paling selamat di dunia.

Beza video ini dengan yang sebelum ini, Melayu Singapura membuktikan diri mereka tidaklah selembik yang disangkakan. Kebersatuan mereka dalam mempertahankan maruah bangsa sebenarnya masih jauh lagi utuh berbanding kita. Mungkin juga kerana Melayu di sana mempunyai kadar survival yang lebih tinggi kerana mereka menghuni kelompok minoriti. Namun apa yang pasti, mereka jauh lebih berani untuk mempertahankan sesama sendiri daripada dihina berbanding Melayu dalam video sebelum ini yang melihat sahaja anak bangsa mereka diperlakukan seperti anjing kurap.




"Kejadian ini berlaku di Orchard Towers, satu destinasi tmpt mat salleh suka pi clubbing dan cari pompuan. Benda ini dah agak lama. Antara budak kat dlm tu ada gak members. Waktu budak melayu tu nak melintas ferrari tu tak nak bagi way. Budak tu komen ferrari so wat, tu yg cina tu naik angin konon melayu hina ferrari dia. Dia pun kuar nak bantai budak tu. Ada sekumpulan anak muda melayu yg nampak budak melayu tu kena, apa lagi dorang trus join in lah. Dorang bersurai sebab nampak keta polis dtg. Kalau tidak cina tu dah kena lagi teruk dah malam tu."

Agak-agaknya, kalau kereta peronda polis itu tidak lalu di situ malam itu, sudah tentu rusuhan kaum Singapura 1963 akan berulang. Ini juga satu bukti bahawa rakyat Singapura sudah banyak berubah. Daripada satu masyarakat yang begitu takut didenda dan dikenakan tindakan undang-undang, semakin ramai yang bangkit meluahkan apa yang terpendam selama ini secara terbuka. Mungkin apa yang terjadi ketika perlawanan di antara Malaysia dan Singapura dalam kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar tahun 2011 yang lalu memberikan inspirasi kepada kejadian di atas?


Malah dalam pilihanraya umum Singapura dan pilihanraya kecil mereka baru-baru ini, ternyata parti KIASU PAP sukar mendapatkan sokongan dan kemenangan di kawasan-kawasan yang mempunyai jumlah pengundi Melayu yang signifikan. Mungkin selama ini mereka beranggapan bahawa jika Melayu terus-menerus ditekan dan dipecah belahkan, mereka akan akhirnya lemah dan mati. Ternyata tanggapan ini silap, kerana mereka kini berhadapan dengan satu kelompok bangsa Islam yang tidak takut untuk kehilangan apa-apa lagi.



Bukti Kebodohan Macai Tahap Tertinggi.

Posted: 25 Sep 2013 09:30 AM PDT

Ada seorang pembaca yang menghantar gambar ini kepada MyMassa.


Menurut pengirim, artikel ini dikeluarkan oleh Akhbar Suara Keadilan.

Betul ke hutan kat Sarawak tinggal 5% je? Nampak sangat bangang siapa yang mempercayai berita ini.

Kalau kat KL, MyMassa percaya mungkin tinggal 5% je hutan. Tak percaya boleh semak peta Google.


Kesian MyMassa tengok para macai pembangkang. Dengan membaca berita yang gambarnya hitam putih, mereka boleh percaya dengan pembohongan pemimpin mereka. MyMassa ambil peta Bahagian Kuching sahaja dah boleh buktikan bahawa masih banyak hutan di Sarawak.


Belum lagi MyMassa ambil Bahagian di pedalaman seperti Miri dan Kapit.


Kepada editor Suara Keadilan, janganlah nak memalukan ORANG MALAYA dengan fitnah Kerajaan Sarawak dengan begitu teruk. Kalau nak menfitnah tu, agak-agak la.

*Bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh nak diikut.

ADAKAH LKS BERFAHAMAN KOMUNIS, BENARKAH RAMAI KOMUNIS DALAM MCA?

Posted: 25 Sep 2013 05:00 AM PDT

LKY KATA DIA NASIONALIS, CHIN PENG KOMUNIS, LKS APA PULA?
Semasa hayatnya, Chin Peng memperjuangkan sebuah negara Malaya Komunis. Negara Komunis Malaya dengan cara menghalau penjajah British dan menghalau penjajah Jepun. Mari kita bayangkan sejenak, jika pada tahun 1940an, Chin Peng berjaya menghalau penjajah British atau penjajah Jepun dengan bantuan Parti Komunis China ketika itu, adakah negara kita ini mengamalkan sistem Komunisme atau Demokrasi?

Semasa Rundingan Baling 1955, Chin Peng bersetuju menyerah kalah dan bersetuju meletak senjata tetapi dengan syarat Parti Komunis Malaya (PKM) dibenarkan bergerak aktif di dalam negara! Pada ketika itu, Chin Peng lebih rela masuk semula ke dalam hutan kerana ketika itu PKM masih kuat dan masih banyak senjata yang diperolehi selepas menipu British untuk menghalau penjajah Jepun. Hanya pada tahun 1989, barulah Chin Peng mahu berdamai semula dengan Kerajaan Malaysia setelah politik dunia sudah berubah.

Pada tahun 1989 hingga kematiannya baru-baru ini, Parti Komunis China tidak lagi memberikan apa-apa bantuan kepada PKM, sebaliknya PKM  hanya bergantung dengan senjata-senjata lama mereka.

Semasa Chin Peng berada di Beijing pada tahun 1980an, beliau menikmati layanan yang mulia di sana termasuk diberikan rawatan perubatan yang baik, tempat tinggal yang baik, malahan diberi slot khas kepada PKM dalam siaran radio di China.
LKY BENCI KOMUNIS, BAGAIMANA LKS?
LEE KUAN YEW BENCI KOMUNIS
Dalam memoirnya, Lee Kuan Yew dengan jelas menolak Komunisme dan benci kepada Komunis. Kata Lee Kuan Yew, "saya bukan Komunis, saya seorang Nasionalis!".

Malahan, apabila Tunku Abdul Rahman hendak melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri Kedua pada tahun 1964, Lee Kuan Yew susah hati dan segera terbang ke Kuala Lumpur dan menentang hasrat Tunku itu. Lee Kuan Yew sanggup menunggu Tunku yang ketika itu sedang bermain golf di Cameron Highland.

Lee Kuan Yew memberitahu Tunku bahawa, parti PAP lebih kuat dan lebih baik dari MCA. Sepatutnya TPM Kedua itu hendaklah dari PAP. Lee Kuan Yew turut menuduh, kebanyakan ahli-ahli MCA adalah Komunis yang menguasai ladang-ladang getah dan lombong-lombong.

Saya tidak pasti sama ada tekanan-tekanan dari Lee Kuan Yew yang menghalang Tunku melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri kedua ketika itu.

Tetapi, Tunku melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Menteri Kanan iaitu Menteri Kewangan, walaupun pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu mendesak supaya Menteri Kewangn diberikan kepada UMNO.

Salah satu sebab mengapa Kerajaan Ratu Elizeberth di London tidak mahu memberikan Kemerdekaan kepada Singapura pada tahun 1950an juga kerana faktor Komunis. Pada masa itu, Parti Buroh, Sekolah dan NGO-NGO Cina di Singapura berat kepada Komunisme.

Akhirnya, walaupun lebih 10 kali rombongan PAP merayu kepada Kerajaan Ratu England, akhirnya mereka gagal mendapat kemerdekaan secara langsung untuk Singapura.
BENARKAH DALAM MCA ADA AHLINYA BERFAHAMAN KOMUNIS?
TANYA LIM KIT SIANG
Bolehkah anda bertanya kepada Lim Kit Siang adakah DAP berfahaman Komunis? Saya hanya pasti Lee Kuan Yew dan PAP tidaak berfahaman Komunis kerana Lee Kuan Yew jelas menolak fahaman Komunisme.

Kenapa perlu tanya Lim Kit Siang pasal Komunisme? Sudah tentu isu hari ini ialah Chin Peng yang telah mati itu adalah seorang Cina Komunis!

Isu Chin Peng adalah isu khusus masyarakat Cina. Isu Cina adalah isu yang berkait kepercayaan dan kebudayaan mereka. Lim Kit Siang adalah seorang Cina, sekarang mari kita bertanya Jika Lim Kit Siang akan hal ini.

Kalau Chin Peng jelas seorang Komunis, Lee Kuan Yew bukan Komunis, bagaimana pula Lim Kit Siang?

Jika Lim Kit Siang boleh menjawab dengan betul, isu kematian Chin Peng akan selesai. Jika Lim Kit Siang menjawab dengan cara yang salah, isu kematian Chin Peng akan berterusan sehingga PRU14.

Inilah yang dikatakan 'The Chinese Dilemma' (artikel 2009).

Kredit Kepada http://merdeka-online.com/home/tanya-lks-adakah-dia-berfahaman-komunis/

#PemilihanUMNO : Meremajakan UMNO dengan Calon No 60 MT @TunFaisal #TF4MT

Posted: 25 Sep 2013 02:00 AM PDT






1. Pemimpin yang mewakili aspirasi generasi muda

Walaupun Umur saya telah mencecah 42 tahun, saya masih berperanan aktif di dalam menggerakkan Majlis Belia Kawasan Putrajaya dan persatuan-persatuan belia yang bernaung di bawahnya.

Saya merupakan pengasas Majlis Belia Kawasan (MBK) Putrajaya, Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) Putrajaya, Persatuan Belia Putrajaya, GPMS Putrajaya, Kelab Sukan Komuniti Putrajaya dan yang menubuhkan semula Persatuan Bolasepak Putrajaya (Baru)


2. Pengalaman dan kemahiran dalam perang siber dan media sosial

Terlibat dalam perang siber dan debat online sejak tahun 1999, sejak zaman chat room dan yahoo groups lagi. Ini di antara debat online saya ketika di dalam Yahoo Groups Young Professional Chambers (Promuda) berkenaan Liberal dan Conservative Islam 


  • Semasa PRU 2004 - Pengerusi Pembangunan Bahan, Unit Media Pergerakan Pemuda UMNO / BN di bawah kendalian Exco Pemuda ketika itu, Datuk Norza Zakaria dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
  • Membantu penubuhan pasukan Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004 dan mengetuai operasi Cybertroopers Pemuda UMNO/BN semasa PRU 2004
  • Kolumnis dan pengendali Laman Web Pergerakan Pemuda UMNO pada 2003 - 2004, 
  • Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia (UMB) 2009-2013
  • Terlibat mengendalikan jentera siber BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak 
  • membantu laporan semasa Pilihan Raya Kampus 2013
  • Pelopor kepada Modul Latihan Operasi Siber UMB
  • Operasi Perang Siber Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Negeri

Pengerusi Unit Perang Siber Pemuda Umno bagi Pilihan Raya Kecil:

  • PRK Bukit Selambau
  • PRK Manek Urai
  • PRK Permatang Pasir
  • PRK Bagan Pinang
  • PRK Hulu Selangor
  • PRK Batu Sapi
  • PRK Galas
  • PRK Tenang
  • PRK Merlimau
  • PRK Kerdau
  • PRK Kuala Besut
  • Pengerusi Bersama Unit Perang Siber Barisan Nasional bagi PRN Sarawak


Latihan Perang Siber

Program latihan di bawah UMB Pusat

  • Latihan Induk UMB
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Kedah II
  • Latihan Media Baru Wilayah Persekutuan dan Selangor
  • Bengkel Media Baru Facebookers
  • Program latihan di bawh kendalian Biro Penerangan UMNO
  • Kursus Bela Nusa Khas – Pendekatan Perang Siber
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Sabah
  • Kursus Khas Jentera Siber
  • Program latihan di bawah Badan Perhubungan Negeri - UMB
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pahang
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Melaka
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Pulau Pinang
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Terengganu
  • Latihan Media Baru Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan
  • Latihan Simulasi Cybertroopers Peringkat Negeri Kedah


Program Latihan di bawah pelbagai badan yang lain

  • Pemukiman Jentera UMB Wilayah Persekutuan dan Selangor
  • Kursus Persediaan PRN Sarawak (Blogger 1Malaysia)
  • Bengkel Komunikasi Strategik Blogger Sarawak
  • Kursus Media Baru IPTA
  • Kursus Media Siber Nur Al Falah
  • Kursus Media siber Nur Al Falah Siri 2
  • Kursus Media Siber Nur Al Falah Siri 3
  • Konvensyen Media Siber Nur Al Falah
  • Kursus Media Baru IPTA 1
  • Kursus Media Baru Pensyarah Destini Kenegaraan 
  • Kursus Media Baru IPTA 2
  • Kursus Media Baru IPTA 3
  • Kursus Media Baru IPTA 4
  • Simulasi Media Siber Pilihanraya Kampus


Operasi-operasi Khas

  • Membantu pelaporan Pilihanraya Kampus 2012/2013. 
  • Mengendalikan jentera UMB dalam operasi-operasi khas antaranya mengenai Persidangan Agung UMNO, Perhimpunan Bersih, Anti-Lynas, Bebas Anwar 901, Pro Aspirasi Mahasiswa, Jelajah Aman Kampus, Meja Bulat PTPTN, Demonstrasi PTPTN, Sambutan UMNO 66, Jelajah Destini Anak Bangsa UiTM, Bee Ant Blues Hari Belia Negara, Demonstrasi #JanjiBersih Ambang Merdeka dan Promosi Tweet Merdeka 55, 1M4U. 
  • Mengendalikan Sidang Plenari berkaitan Gerakan Perang Siber bagi negeri Pahang semasa Konvensyen Umno Pahang
  • Membantu pengendalian Konvensyen Media Sosial 1Malaysia yang pertama



3. Kesediaan untuk tampil berhadapan dengan pembangkang

Kadang-kadang kita mencari-cari siapakah Ahli MT UMNO yang sentiasa ke hadapan untuk berhadapan dengan media dan pembangkang bagi mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional. Tanyalah kebanyakan media, termasuk media online, mereka akan menyatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan pemimpin UMNO untuk diletakkan dalam pelbagai forum.

Saya mungkin di kalangan pemimpin UMNO yang banyak berhadapan dengan pemimpin pembangkang dalam pelbagai forum dan program bual bicara. Ada satu ketika, saya terpaksa hadir tiga slot forum bersama pemimpin pembangkang dalam satu hari, termasuk satu slot di mana saya terpaksa menjadi bidan terjun kerana ketiadaan pemimpin UMNO untuk berhadapan dengan Khalid Samad dan Muhamad Nur Manuty bagi bercakap tentang Melayu Pasca PRU13 :- 



Pemuda Umno: Pakatan tiada program bangunkan Melayu

Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Khalid Samad Ahli Parlimen Shah Alam dan Dr Mohd Nor Manuty Ketua Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR bertajuk 'Melayu Pasca PRU Ke-13' http://youtu.be/NDeumYO-Qbs

Di bawah adalah antara forum dan bual bicara dengan pemimpin pembangkang, termasuk yang bergelar YB Ahli Parlimen, ADUN dan Pengerusi Biro dalam parti pembangkang, yang saya hadiri;

Ahli Panel Forum Wacana 'PRU13 Harapan Malaysia' bersama Dr Yuseri Yusoff (UIA), Dr Maszlee Malek (UIA) dan Dr Zuhdi Marzuki (PAS) anjuran MPP Universiti Islam Antarabangsa (UIA) http://youtu.be/jcGOrGN2qOA

Ahli Panel Wacana SINAR 'Kuasa Politik Mahasiswa' bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Prof Azmi Hassan, Muammar Gadafi Jamal, Azan Safarhttp://youtu.be/1md8Mig16i0

Ahli Panel program Meja Bulat oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie (ADUN Sri Muda) bertajuk 'Kebangsaan / Nepotisme Satu Warisan' http://youtu.be/qWvNlSrhqNw

Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Nik Nazmi Bik Ahmad ADUN Seri Setia dan Prof Datuk Abu Latif Abu Bakar bertajuk 'Perang Media Baharu – Faktor Penentu PRU-13' http://youtu.be/xww7MfKWoW4

Ahli Panel program Diskusi oleh Antara Pos bersama YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda dan Hatta Wahari Ahli DAP bertajk 'Peranan Media Baru Menjelang PRU Ke-13' http://youtu.be/OahdYcgpk4A

Ahli Panel program Sudut Pandang Astro Awani bersama YB Datuk Saifuddin Abdullah dan YB Yusmadi Yusoff bertajuk 'Menggalakkan Perdebatan'
Wawancara bersama Hishamudin Rais dalam segmen Current Affairs oleh BFM89.9 The Business Station bertajuk 'Cybertroopers, Social Media and The State of Media in Malaysia' http://youtu.be/7SuXf-tclXc

Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Tony Pua (DAP), Tajuk - Middle Malaysia http://youtu.be/nXsxg6Of3iQ

Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama YB Amiruddin Shari (PKR), Tajuk - Mengimbau Pilihanraya Kecil dan Persediaan Pilihanraya Umum ke-13 http://youtu.be/bK580pTmxEY

Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama Tn Hj Abbas Awang, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR. Tajuk - Pelaksanaan Sekolah Satu Aliran http://youtu.be/fcjzK_pDdl0

Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Yusmadi Yusof, Tajuk - Internet: Antara Tapisan dan Kemajuan.
http://youtu.be/xCQt33vTVzw





Ahli Panel, wawancara secara langsung Sudut Pandang, Astro Awani bersama YB Abdullah Sani (PKR). Tajuk - Merebut Pentadbiran Selangor. http://youtu.be/CIcIEiIdI1YIni tidak termasuk program bual bicara yang lain bagi mengulas pelbagai isu, tidak terhad kepada media baru semata-mata :-

Bual Bicara Face-Off berkenaan PRU13, Red Bean Army, Video Anwar http://youtu.be/V8a2ekw4Qw0 , http://youtu.be/f3XUNN7HvUY

Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bertajuk Kuasa Politik Media Sosial bersama YM Datuk Raja Arif Raja Ali dan blogger Big Dog http://youtu.be/4TtCaG5JSjY

Ahli Panel program Bicara Kampus oleh RTM bertajuk PTPTN – Retorik vs Realiti http://youtu.be/L4t93hixdBM

Ahli Panel program Dalam Radar Radio24 Bernama bertajuk 'Veteran Dalam Media Sosial'
Ahli Panel program Bicara Rakyat oleh RTM bersama Prof Madya Dr Abu Hassan Abdullah dan Prof Madya Dr Ismail Sulaiman bertajuk 'Media Sosial: Peranan & Tanggungjawab' http://youtu.be/fZnZIRaMEZM

Ahli Panel program What Say You oleh MobTV mengenai 'Peranan Cybertroopers Menjelang PRU13' http://tunfaisal.blogspot.com/2012/03/cybertroopers-pemuda-bn-tunfaisal-di.html

Ahli Panel program What Say Youth oleh MobTV bertajuk mengenai 'Peranan Blogger Merancakkan PRU13' bersama Hasbeemasputra Abu Bakar. http://jendelamy.blogspot.com/2012/02/peranan-blogger-merancakkan-pru13-what.html

Wawancara program Kerusi Panas oleh Radio 24 Bernama bertajuk 'Media Sosial sebagai 'askar baru' tangkis propaganda liar' http://tunfaisal.blogspot.com/2011/11/updates-podcast-tf-kena-drill-di-kerusi.html

Ahli Panel program Analisis RTM mengenai Analisis Pilihan Raya Kecil Tenang bertajuk 'Tenang Akhirnya'

Ahli Panel program Astro Awani Khas bertajuk 'Merealisasi Model Politik Baru'

Ahli Panel program Astro Awani, berkatan dengan analisis Pilihan Raya Kecil Galas bertajuk 'Menggalas Harapan'

Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai 'Pandangan Hidup Golongan Muda'.

Ahli Panel Arena Media, program Meja Bulat, Astro Awani mengenai 'Umur Persaraan'.

Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani Khas, Astro Awani sempena Perhimpunan Agung UMNO 2009, Tajuk - Transformasi UMNO.

Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani bersama sdri Ida Moerni, Ketua Puteri Bukit Gelugor, Tajuk - Pindaan Perlembagaan Umno.

Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil Permatang Pasir.

Ahli Panel, wawancara secara langsung Agenda Awani, Astro Awani. Tajuk - Unit Amanah.

Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis, RTM. Tajuk - Kembali Bertaut http://youtu.be/sO87T5Oel4s

Ahli Panel, wawancara secara langsung Analisis Awani, Astro Awani. Tajuk - Pilihanraya Kecil ManekUrai 



Selain itu ada juga tweet exchange saya dengan pemimpin-pemimpin PR seperti Tony Pua, Nik Nazmi, Dr Siti Mariah dan Khalid Samad yang saya blogkan sebagai rekod :-

Tony Pua tak puas hati dengan namanya... ?

When chauvinists tried to explain 1Malaysia from Malaysian Malaysia angle...

Nik Nazmi gagal jawab sama ada PR akan hapuskan judi dan premis maksiat atau terus halalkannya di Selangor

Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab

@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat



MyMassa: Keputusan Pergerakan Pemuda UMNO untuk mencalonkan saudara Tun Faisal bagi merebut jawatan MT adalah satu tindakan yang tepat dan memenuhi aspirasi golongan muda. Pada kami, Tun Faisal telah membuktikan dirinya dengan memperkasakan jentera siber rasmi UMNO dan BN. Malah, beliau juga tidak takut untuk berdebat isu-isu semasa dengan pemimpin-pemimpin pembangkang secara langsung di TV dan media siber. Adalah sangat merugikan UMNO jika pemimpin seperti saudara Tun Faisal ini dipinggirkan.

Pada pandangan kami, UMNO perlu melahirkan lebih banyak pemimpin yang IT SAVVY dan cakna isu seperti YB Khairy dan Tun Faisal bagi mendepani cabaran siber, selain meraih kembali pengaruh sokongan orang muda kepada BN. Seorang veteran akar umbi UMNO pernah menyatakan kekagumannya terhadap saudara Tun Faisal dalam keberanian beliau berdebat secara terbuka dengan barisan orator terkenal pembangkang dan berharap agar beliau diangkat sebagai pemimpin pelapis masa hadapan. 

Insya Allah dengan berkat doa dan usaha kita bersama, saudara Tun Faisal pasti akan memenangi salah satu jawatan MT yang dipertandingkan, sekaligus meneruskan usaha untuk memperkukuhkan pengaruh BN di media siber dan di kalangan orang muda pada PRU-14 nanti.


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pas akan terus dihukum pengundi Melayu?

Posted: 25 Sep 2013 07:09 PM PDT


Pas akan terus dihukum pengundi Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika pemimpinnya berterusan tunduk kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menolak cadangan agar tahaluf siyasi antara parti berkenaan dikaji semula.

Ahli Pas Cawangan Taman Aman, Anak Bukit, Kedah, Mohd. Najib Ibrahim berkata, cadangan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib agar tahaluf siyasi dikaji semula sememangnya mewakili suara majoriti ahli akar umbi dan harus diberi perhatian serius pucuk pimpinan.

Katanya, tindakan beberapa pemimpin tertinggi Pas mengkritik cadangan Dewan Ulama adalah sesuatu yang pelik kerana rakyat sudah memberi mesej yang jelas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bahawa mereka menolak Pas kerana tahaluf siyasi itu dilihat banyak merugikan Islam.

"Cadangan Dewan Ulama ini mewakili suara majoriti akar umbi tetapi mengapa pemimpin tertinggi parti bermasalah dengan cadangan ini? Mengapa pemimpin lebih mengutamakan perasaan DAP dan PKR berbanding ahli Pas sendiri? Ingatlah Pas ini kuat kerana ahli.


"Kita lihat akibat tahaluf siyasi, dalam soal kalimah Allah pun pemimpin Pas boleh berbeza pendapat sedangkan kalimah Allah adalah soal akidah yang wajib dipertahankan, tetapi ada pemimpin tertentu dalam Pas sanggup berpolitik," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Harun agar tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dikaji semula hasil resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah di Alor Setar pada 14 September lalu.

Bagaimanapun, cadangan itu ditentang golongan profesional dalam Pas dan antara paling lantang mengkritik Harun ialah Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyifatkan Ketua Dewan Ulama itu kurang bijak kerana membuat kenyataan secara terbuka.


Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Najib berkata, kerjasama Pas dengan DAP dan PKR lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding keuntungan kepada parti, orang Melayu mahu pun agama Islam sehingga mengecewakan majoriti ahli.

Katanya, Pas sepatutnya mengambil iktibar daripada penjelasan bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor yang menyifatkan kepimpinan parti itu hanya melihat penyertaan orang Melayu sebagai 'ahli 50 sen' yang tidak mendatangkan kepentingan kepada DAP.

Menurutnya, DAP hanya mahu mempergunakan orang Melayu dan jika Pas masih khayal dengan tahaluf siyasi sehingga menolak mentah-mentah pandangan Dewan Ulama, parti itu tidak akan mampu meraih kembali sokongan pengundi Melayu.

"Selaku ahli akar umbi saya lebih selesa berterus terang kepada pucuk pimpinan iaitu kami mahu Pas keluar daripada pakatan kerana sudah terbukti pihak yang mendapat untung ialah DAP dan lebih malang isu-isu akidah juga sanggup diperjudikan demi politik," katanya.

Suara Politik
Belantan

Pemilihan CEC 29 September ini juga tak sah, kata Tunku Aziz?

Posted: 25 Sep 2013 06:10 AM PDT


DAP sekali menghadapi kemungkinan pemilihan semula ahli jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada Ahad depan diisytiharkan tidak sah kerana tindakan berkenaan bercanggah dengan perlembagaan parti.

Menurut bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, pemilihan semula CEC parti seharusnya dilakukan menerusi Kongres Kebangsaan parti dan bukannya pada Kongres Khas pada 29 September ini seperti yang dirancangkan itu.

Ini kerana, katanya undang-undang tubuh parti itu menetapkan pemilihan CEC tidak boleh dianjurkan dalam mana-mana majlis lain.

Mengikut perlembagaan mereka sendiri, Klausa 8, Artikel 6 dan Klausa 8, Artikel 8 sebagai contoh menyatakan bahawa setiausaha agung seharusnya menghantar notis memanggil mesyuarat pemilihan sekurang-kurang 10 minggu sebelum kongres kebangsaan parti dan malah Karpal Singh selaku pengerusi berkata pemilihan sepatutnya diadakan pada November.

Menurut Tunku Aziz, DAP seharusnya serik dengan keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sebelum ini mengarahkan pemilihan CEC Disember tahun lalu diadakan semula, jika tidak mahu perkara yang sama berulang dan bakal menyaksikan pendaftaran parti itu terbatal.


Ini bagi membolehkan tempoh masa minimum 10 minggu diberikan. Jadi jelas, mereka ini tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang. Mereka bersedia melanggar undang-undang dan sekiranya dikenakan tindakan mereka akan berkata ia bermotif politik. Dengan kata lain, semua orang adalah salah kecuali setiausaha agung dan DAP. Sudah tentu juga, Umno dan BN turut akan dipersalahkan. Saya fikirkan mereka sepatutnya cerminkan diri dulu.

Sebelum ini, bekas ADUN DAP yang mewakili Teratai, Jenice Lee juga mencadangkan supaya DAP menangguhkan tarikh pemilihan CEC kerana percaya parti itu masih gagal menyelesaikan isu 500 surat salinan asal yang didakwa ditandatangani perwakilan DAP kepada ROS.

Katanya, DAP tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan semula pemilihan tersebut dan seharusnya mengemukakan bukti kepada umum jika benar surat itu wujud.


Sehubungan itu, Tunku Abdul Aziz mencadangkan ahli DAP khususnya perwakilan mendesak kepimpinan untuk mengadakan pemilihan serta pencalonan yang baru dan bukan sekadar mengadakan pemilihan semula.

Kami ingin lihat 500 surat yang beliau dakwa dimilikinya itu. Tetapi saya berpendapat pemilihan semula ini bukan pemilihan baru kerana DAP telah memutuskan mereka akan menggunakan senarai lama, senarai mereka yang bertanding dulu.

Mereka tidak mengeluarkan kenyataan siapa pemilih berkenaan dan juga siapa yang layak mengundi. Seperti anda ketahui, calon adalah individu yang bertanding dulu.

Pada pemilihan semula yang bertempat di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada 29 September ini sekurang-kurangnya 2,576 delegasi dari 985 cawangan akan memilih 20 calon dalam pemilihan CEC.



Kali ini, DAP turut melantik auditor dari firma profesional untuk memantau proses pengiraan.

Pelantikan CEC parti itu yang diadakan pada Disember tahun lalu dicemari pelbagai masalah dengan terdapat dakwaan berlakunya manipulasi.

Antaranya, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Kit Siang selaku penasihat DAP dikatakan mahu beberapa pemimpin Melayu diketengahkan dalam CEC agar parti itu boleh diiktiraf sebagai parti berbilang kaum.

Namun pada pemilihan itu, hasrat mereka tidak menjadi kenyataan.

Semua lapan calon Melayu yang bertanding, termasuk Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari ditolak oleh 1,823 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional DAP ke-16 itu.

Sebaliknya selepas beberapa bulan kemudiannya, DAP mendakwa berlakunya kesilapan kiraan undi dan Zairil berjaya dipilih dalam CEC parti itu. - Antarapos

Suara Politik
Belantan

Surendran pundek sudah mula buat perangai - Diarah keluar dewan?

Posted: 25 Sep 2013 02:55 AM PDT


Hari ketiga Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke-13 hari ini bertukar kecoh seketika berikutan cubaan seorang ahli Parlimen membangkitkan Peraturan Mesyuarat sebelum sesi soal jawab bermula.

Insiden itu berlaku apabila N.Surendran (PKR-Padang Serai) bangun sebaik Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memanggil anggota Parlimen Libaran (Datuk Juslie Ajirol) untuk mengemukakan soalan pertama.

Tindakan ahli Parlimen Padang Serai itu mendapat teguran Pandikar Amin apabila menegaskan Dewan telah bersetuju sebelum ini bahawa sebarang Peraturan Me
syuarat hanya boleh dibangkitkan selepas selesai sesi soal jawab.

"Saya ingatkan anggota-anggota (Parlimen) baharu, sebelum sesi soal jawab, tiada sesiapa dibenarkan membangkitkan Peraturan Mesyuarat.

"Kita dah bersetuju dan ini turut diamalkan di negara-negara lain yang mengamalkan sistem demokrasi. Kalau Yang Berhormat tidak duduk dan menganggu sesi ini, saya akan minta Yang Berhormat keluar," kata Pandikar Amin.

Bagaimanapun, Surendran tetap mempertahankan tindakannya itu dan keengganan ahli Parlimen itu untuk mematuhi arahan tersebut menyebabkan beliau diarah keluar Dewan.

Surendran menyifatkan keputusan Pandikar Amin itu sebagai tidak adil.

Pandikar Amin kemudiannya menjelaskan kepada Dewan bahawa beliau bukan tidak membenarkan Surendran berhujah, sebaliknya meminta anggota Parlimen itu menunggu sehingga selesai urusan mesyuarat terlebih dahulu.

"Saya bersedia menjawab Yang Berhormat berkenaan selepas sesi soal jawab. Tapi dia pilih buat macam tu. Bila kita kata sistem tidak baik, kita harus baiki diri sendiri dahulu. Kalau cara kita perbaiki tidak betul, siapa kita sebenarnya?" tegasnya.

Pandikar Amin juga berkata tindakan anggota Parlimen Padang Serai itu seolah-olah tidak menghormati anggota yang lebih senior sambil mengingatkan anggota lain supaya tidak terus membuat bising dan menganggu perjalanan mesyuarat, jika tidak mahu dikenakan tindakan sama.

Suara Politik
Belantan