Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


CEC: Sikap ‘menikus’ Ambiga-Ampang dipersoal?

Posted: 23 Sep 2013 08:55 PM PDT


Sikap membisu Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih), S. Ambiga berhubung pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipertikai ahli parti itu sendiri dipersoalkan.

Bekas Ketua Cawangan Bagan Luar DAP, G. Asoghan berkata, beliau hairan dengan sikap Ambiga itu yang sebelum ini begitu lantang mendesak pilihan raya telus diadakan di negara ini tetapi 'menikus' dalam isu pemilihan semula CEC yang secara terang-terangan melanggar perlembagaan parti tersebut.

Menurut beliau, Ambiga sepatutnya menegur pemimpin DAP kerana cuba menjalankan pemilihan semula menerusi Kongres Khas yang bercanggah dengan konvensyen parti.

"Kenapa Ambiga masih berdiam diri dan langsung tidak komen mengenai perkara ini?

"Saya menyeru Ambiga melakukan siasatan rapi ke atas pemilihan semula DAP untuk mengetahui sama ada mengikut perlembagaan parti dan prinsip demokrasi atau sebaliknya," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Baru-baru ini, Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, A. David Dass mempersoal pemilihan semula CEC parti seperti dijadualkan 29 September ini yang akan dibuat menerusi Kongres Khas.

Berdasarkan Fasal VIII, Perkara 8 perlembagaan parti itu, Kongres Khas hanya boleh diadakan untuk membincangkan perkara tertentu, bukan bagi tujuan pemilihan.

Pada 15 Ogos lalu, DAP akhirnya akur untuk mengadakan pemilihan semula CEC selepas pemilihan tahun lalu didakwa wujud penyelewengan kerana parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada sebanyak 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.

Walau bagaimanapun, pemilihan semula CEC itu yang dijadual pada 29 September ini menimbulkan tanda tanya selepas dikritik ahli DAP sendiri kerana didakwa akan diadakan tanpa mengikut perlembagaan parti.

Asoghan menambah, pemilihan semula harus dilaksana sebagai proses baharu dan tersendiri.

Suara Politik
Belantan

Mustafa tak bertanding Muktamar ke-59...!!! Benarkah sudah melampaui waktu?

Posted: 23 Sep 2013 05:13 PM PDT

Sekadar gambar hiasan : Siapakah yang dikatakan menyerupai Mustafa Ali ini? Adakah ini juga melampaui waktu?

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan dirinya tidak akan bertanding bagi mana-mana jawatan dalam Muktamar Tahunan ke-59, November depan.

Beliau akui mahu memberi ruang kepada calon muda untuk bertanding merebut jawatan dalam pemilihan tersebut.

"Saya tak bertanding. Pasti saya tak akan bertanding dalam pemilihan kali ini. Sebab...tak ada apa. Saya rasa bagi orang mudalah bertanding," katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, meskipun ditawarkan untuk bertanding, beliau tidak akan menerima tawaran tersebut.

"Betul (jika ditawarkan juga tak akan terima). Memang sebelum ini pun saya tak bertanding, jadi, kali ini pun saya tak akan bertanding," katanya.

Beliau yakin perwakilan Pas lebih tahu dan kenal siapa yang lebih layak untuk diberikan mandat, kali ini.

"Perwakilan lebih tahu dan kenal mereka. Mereka akan melihat siapa yang mereka rasa boleh diberikan mandat dan kepercayaan.

"Yang lama campur yang baru. Bila saya sebut yang baru ini bukan tolak semua yang ada (lama). Campur-campurlah. Cuma saya dah melampaui waktu untuk bertanding," katanya.

Apa istilah sebenarnya 'melampaui waktu' bagi Mustafa Ali? Mungkin YA bagi politik, tetapi 'yang lainnya'...perghhh ..ligat??? Fikir dan renongkan lah...!!!

Suara Politik
Belantan

Aspan Dakwa Melayu DAP Disogok Wang Untuk Cina Berkuasa?

Posted: 23 Sep 2013 06:13 AM PDT


Seorang lagi ahli DAP tampil menjelaskan sememangnya tidak ada tempat untuk orang Melayu dalam parti yang dianggapnya rasis itu tetapi sebaliknya mereka terus diperkudakan untuk agenda sempit pemimpin parti berkenaan.

Menurut Aspan Alias yang menganggotai DAP sejak setahun lalu, dalam parti itu orang Melayu disogokkan dengan wang dan projek tetapi kuasa politik terus didominasi oleh kaum Cina.

"(Perjuangan Melayu) DAP tiada. Mereka setakat beri duit dan projek itu dikira politik. Kita nak cakap bukan semestinya beri duit dan projek itu semua, kita sedang bercakap soal politik. Roh santapan politik negara tiada.

(Perjuangan Melayu) bukan tiada, tetapi DAP terlupa sebab mereka hanya nak agenda mereka sendiri," katanya ketika diwawancara oleh Antarapos.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

Katanya, penyertaan kaum Melayu di dalam DAP hanya sebagai pelindung sikap rasis parti itu.


Kenyataan Zulkifli itu disokong oleh anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor – Amran yang berkata nilai orang Melayu dalam DAP bukan 50 sen tetapi hanya 5 sen.

Menurutnya, nilai itu sesuai bagi menggambarkan sikap rasis dan berat sebelah parti berkenaan terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu yang hanya dipandang ringan.

Mengulas lanjut, Aspan berkata, pemimpin DAP juga memandang rendah terhadap orang Melayu.

Orang Melayu dikategorikan kurang berfikir dan kurang membaca. Mudah untuk orang lain ambil kesempatan seperti zaman British dahulu. Macam DAPlah, mereka beri peruntukan puluh-puluh juta ringgit kepada MAIPP tetapi kuasa politik nak bangsa mereka yang pegang dan tak nak dikongsi.

"Melayu mudah dibeli dan disuap. Bagi DAP, peruntukan untuk MAIPP adalah baik berbanding GERAKAN semua. Sebenarnya bila dia suap, dia nak politik biar mereka pegang," katanya.

Aspan juga berkata keputusan beliau meninggalkan Umno dan menyertai DAP kerana tertarik dengan perjuangan pelbagai kaum yang kononnya dibawa oleh parti itu.

"Kita dalam negara berbilang negara, kita kena hormat antara satu sama lain, agama kita tak suruh bergaduh. Itu pasal DAP pun berjuang untuk Cina, saya pun marah sangat dalam hal ini serupa saya marah Umno yang asyik cerita Melayu masih bangsa bangsat. Itu saya tak seronok.

Bagaimana 'multi-racial' jika satu bangsa sahaja yang menguasai parti? Orang nak nafikan biarkan, tapi saya tak nak berbohong dengan diri sendiri," katanya.

DAP sebelum ini berusaha keras bagi mengikis imej 'kecinaan' parti itu dengan membawa orang Melayu dan India menyertainya.

Malah, pada CEC parti itu yang diadakan pada Disember tahun lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Kit Siang selaku penasihat DAP cuba membawa beberapa pemimpin Melayu untuk diketengahkan dalam CEC.

Namun pada pemilihan ahli jawatankuasa pusat itu, hasrat mereka tidak menjadi kenyataan.

Semua lapan calon Melayu yang bertanding, termasuk Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari ditolak oleh 1,823 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional DAP ke-16 itu.

Sebaliknya selepas beberapa bulan kemudiannya, DAP mendakwa berlakunya kesilapan kiraan undi dan Zairil berjaya dipilih dalam CEC parti itu – Antarapos

Suara Politik
Belantan

Hishamuddin Rais, Blogger Gay Tua Gila Meroyan Tuduh Presiden PAS Meroyan Mahu Kerjasama UMNO?

Posted: 23 Sep 2013 01:00 AM PDT


Pengerusi bersama BERSIH, Hishamuddin Rais @ Blogger Gay Tua mempertikaikan kenyataan terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan kerjasama dengan UMNO.

Hisyamuddin yang juga blogger tukartiub.blogspot.com menganggap kenyataan terbaru Abdul Hadi itu sebagai menroyan.

"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.

"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter lapor Sinar Harian.


Abdul Hadi dilaporkan Bernama semalam berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.

Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.

Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

Anwar boleh, mengapa Haji Hadi tak boleh? Renong dan fikirkan lah..!!!

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


EKSKLUSIF! Rahsia penipuan CEC DAP ke-16 DIDEDAHKAN! Mana @Ambiga_S ?!!

Posted: 23 Sep 2013 08:00 PM PDT


Kongres Kebangsaan telah diadakan pada 15 dan 16 Disember 2012 di PISA Pulau Pinang. 

Antara taktik kotor yang digunakan Lim Guan Eng, Anthony Loke dan Tony Pua seperti berikut. 

1.Mengeluarkan notis kepada perwakilan untuk memanggil Kongres Kebangsaan dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ianya dilakukan secara senyap supaya tidak menarik perhatian orang dalam dan luar parti. 

2.Notis hanya diberikan kepada 1726 orang perwakilan dari cawangan Sijil A yang telah dikenal pasti sebagai orangnya. Jumlah keseluruhan perwakilan adalah 2576 orang. Sebanyak 1300 perwakilan yang dikenal pasti menentangnya tidak diberikan notis. 

Dulu pijak gambar orang Melayu

3.Notis turut diberi kepada 547 orang perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua yang mana 547 orang itu adalah orang-orang yang boleh mengikuti arahan mereka. 

4. Perwakilan tidak dibekalkan senarai 2576 orang yang layak mengundi pada hari berkenaan. Sedangkan perlembagaan menetapkan setiap perwakilan perlu diberikan senarai perwakilan-perwakilan yang layak mengundi untuk memilih CEC. 

5.Lim Guan Eng melantik pembantu setia bapanya, Pooi Weng Keong sebagai pegawai pengurus pemilihan. 

6.Tempat mengundi dan kotak undi berasingan untuk 547 perwakilan haram yang dipilih oleh Anthony Loke dan Tony Pua. Satu laluan khusus telah disediakan untuk perwakilan haram ke tempat pengundian supaya tidak disedari oleh perwakilan lain dan kumpulan Lima Harimau. 

Sekarang pijak kepala orang Melayu betul-betul

7.Perwakilan haram hanya diminta mengundi enam nama sahaja, sepatutnya mereka perlu mengundi 20 nama untuk mengisi CEC. Mereka hanya diminta untuk mengundi Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke dan Vincent Wu. Selebihnya 14 nama lagi akan ditandakan oleh pasukan yang diketuai Anthony Loke dan Tony Pua. 

KHAS buat Melayu Pakatan: Jom tengok Video CINA pijak kepala MELAYU

Posted: 23 Sep 2013 05:00 PM PDT


Cina kata, mereka tidak mahu ISA kerana khuatir UMNO akan gunakannya untuk tangkap mereka tanpa bicara. Mereka kata mereka takut UMNO salah guna ISA untuk hukum mereka tanpa mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Mereka juga mati-matian mempertahankan Teoh Beng Hock sebagai mangsa kekejaman UMNO, walhal budak cina itu mati sebab terjun bangunan untuk bunuh diri kerana takut disabitkan kesalahan menyeleweng wang rakyat Selangor. Matinya ketika disoal siasat SPRM pun kerana salah UMNO. Padahal kita semua tahu yang SPRM cukup laju jika ada kes rasuah yang melibatkan UMNO.



Mereka juga tidak teragak-agak mempertahankan penjenayah seperti KUGAN kerana mempercayai persepsi bahawa KUGAN telah dibelasah oleh 'anjing-anjing' UMNO yang juga dikenali sebagai POLIS sebelum beliau mendapat pengadilan. Walaupun pada hakikatknya KUGAN itu merupakan penjenayah GANAS yang mungkin juga akan mendatangkan masalah kepada mereka jika dibiarkan lepas bebas. Selain fakta bahawa anggota polis India yang telibat dalam penggunaan kekerasan secara berlebihan ke atas Kugan sehingga disyaki menyebabkan kematian tersebut. Tetapi akhirnya UMNO juga yang salah.

Sekarang anda lihat sendiri apa yang berlaku jika mereka pula yang mempunyai KUASA. Bukanlah kami mahu membela penjenayah, namun, tidak cukupkah budak Melayu itu diikat sebegitu rupa? Perlukah disepak kepalanya berulang kali seperti anjing? Inikah bentuk KEADILAN yang dimahukan oleh orang CINA di negara ini?!!

Mana perginya ayahanda dan abang long semua? Muka APEK itu cukup jelas sekali dapat dirakamkan.

INGATAN BUAT PARA PEMIMPIN MELAYU DAN BUMIPUTERA !!!

Posted: 23 Sep 2013 09:00 AM PDT


Kepada seluruh barisan kepimpinan Melayu - Islam dan Bumiputera tak kira UMNO-BN, PBB, PAS, PKR atau NGO-NGO sekalian...kamu adalah kaum majoriti di negara asal kamu ini. Sewajarnya kamu semua memperjuangkan dan memartabatkan hak-hak kaum kamu dengan sebaik-baiknya. Jangan terus-menerus 'menjilat-jilat' kerana menagih undi dan simpati orang lain hingga kamu berlaku khianat kepada agama, bangsa dan negara sendiri.

Kita bukan assabiyah, kita bukan rasis dan kita bukan  ultra Malay. Tapi tanpa adanya Melayu di Malaysia maka bagaimanakah Islam akan berkembang dan makmur di negara ini? Tiada Islam tiadalah keadilan. Tiada keadilan tiadalah rahmat dari Allah s.w.t.


Utusan Malaysia Selasa 24 Sept. 2013 - Kerajaan wajib mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) untuk membantu semua usahawan IKS.  MeCD dibubarkan dahulu atas desakan pihak-pihak tertentu dalam kerajaan dan kabinet sendiri!

Maka tidak salahlah kita membangunkan ummah dan negara ini mengikut suara siapa yang majoriti. Selagi Melayu-Islam dan Bumiputera tidak menguasai 70% ekuiti dan kekayaan ekonomi negara maka selagi itu perjuangan Melayu-Islam dan Bumiputera tidak akan terhenti...

Kita tidak mahu menjadi pengemis, kita tidak mahu jadi ekstremis apatah lagi terroris yang mengganas di negara sendiri kerana hak asasi umat Melayu-Islam dan Bumiputera dinafi dan dipinggirkan.

Insya Allah, siapa yang membangunkan ekonomi ummah maka wajib kita sokong sepenuh jiwa dan raga. 

Hidup Islam !
Hidup Melayu  !
Hidup Bumiputera !
Hidup Malaysia  !

30K peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia di BN JOB FAIR hujung minggu ini! @NajibRazak @mohdshafieapdal @khairykj @NazirHussin79 #RideAmal

Posted: 23 Sep 2013 05:00 AM PDT




Tidak guna berdegar-degar bising pasal nasib rakyat jika sekadar itu sahaja yang mampu kita lakukan. Dalam menghadapi realiti kehidupan, rakyat memerlukan lebih daripada komen FB, twitter, malah demo atas jalanraya. Orang tetap tidak mampu menyara keluarga jika masih tidak bekerja. Walaupun selepas hilang suara kerana menjerit dan pecah kepala terkena tin gas pemedih mata.




Inilah BEZAnya antara BN dan pakatan pembangkang. BN buat kerja dan terus lakukan sesuatu untuk bantu rakyat, sementara pihak yang lagi satu hanya jadi pandai mewujudkan persepsi dan membuat bising. Calon EXCO PEMUDA UMNO, saudara Nazir Hussin, telah lama mendepani usaha bagi membantu rakyat mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui BN Youth Job Fair. Ianya WAJIB mendapat pujian dan pengiktirafan kerana ratusan ribu rakyat negara ini telah berjaya dibantu untuk mendapatkan pekerjaan dan mengubah nasib mereka melalui karnival kerjaya seumpama ini.

Jadi, kalau betul hendak bantu rakyat, inilah baru CARA YANG SEBENAR!



...Be part of this event, certified by Malaysian Book of Records as the biggest job fair organized in Malaysia and take this opportunity to meet with job seekers – fresh grads and experienced workers – where they will have the chance to meet both local and multinational companies across the country.
The publicity and media exposure will be massive with several press and broadcast media partners already confirmed, and we are positive that all locations will attract huge turnouts. http://bnyouthjobfair.my/webv2/?page_id=8







Semalam, pihak sekretariat penganjur BN Youth Job Fair telah mengadakan konvoi motorsikal berkuasa tinggi sebanyak 100 buah, bermula dari Restoran NZ Jalan Ampang, ke sekitar pusat membeli-belah Sogo, Lot 10 dan Bukit Bintang, Kuala Lumpur bagi tujuan mempromosi Karnival Kerjaya BN yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 27 September 2013 - 29 September 2013
Jam: 10 pagi - 6 petang
Tempat: Dewan Tun Razak 1, PWTC (Seberang Sungai)

Karnival kali ini akan menawarkan kira-kira 30,000 peluang pekerjaan daripada 300 majikan dari seluruh negara selain turut disertai oleh 130 perniagaan atas talian. Perasmian karnival kerjaya BN kali akan diadakan pada 28 September 2013, jam 11 pagi dan disempurnakan oleh YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.











Ayuh semua anak muda, marilah beramai-ramai hadir dan tidak melepaskan peluang keemasan yang terhidang ini. Di Karnival Kerjaya BN ini, majikan yang akan berkumpul dan menunggu untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada anda semua. Siapa tahu, mungkin kerjaya idaman anda bermula di BN Job Fair kali ini!

BN mahu naikkan harga GULA RM 0.20 lagi?!! Apa ada hal. Bil AIR Kelantan dan Penang sudah lama naik 100%! @NajibRazak

Posted: 23 Sep 2013 01:10 AM PDT

Kita marah sangat-sangat apabila subsidi petrol diturunkan RM 0.20 baru-baru ini. Ramai antara kita yang mengamuk sehingga memaki-hamun Kerajaan dan PM. Kalau yang mengundi BN itu kita fahamlah, tapi kalau yang macam di bawah memang tidak kena gaya langsung.


Hendak memekak apanya kalau memang sejak dari azali kita menentang BN? Mengapa kita tidak redha sahaja atas kekalahan, dan menganggap penarikan semula subsidi itu satu bentuk hukuman kepada kita kerana tidak mengundi BN pada PRU yang lalu? Kalau macam kes gambar di atas, mestilah memekak marah sebab duit untuk mencuci semula contengan protes pada cat kereta itu terpaksa digunakan untuk menampung kenaikan petrol. Begitu juga dengan kes di bawah ini.


Baru cadangan pun sudah terlompat mengamuk. Tidak kisahlah tahap intelektual menteri yang keluarkan kenyataan di atas ini. Namun yang penting, apa reaksi kita sebagai rakyat biasa. Kita marahkan menteri keluarkan kenyataan hendak naikkan harga gula untuk kurangkan obesiti dan penyakit berkaitan, tetapi mengapa kita tidak respon yang sama apabila pemerintah lain menaikkan harga air untuk menggalakkan rakyat berjimat?


Jikalau pemimpin BN boleh dimaki hamun sebagai dungu kerana melontarkan cadangan menaikkan harga gula bagi mengekang penyakit diabetes, mengapa pemimpin pembangkang boleh terlepas apabila menggunakan alasan mahu 'mengajar' rakyat berjimat dengan menaikkan tarif air sebanyak 100%?!! Banyak bezanya di antara RM 0.20 dengan 100%.


Kalau yang di atas ini pula bagaimana? Sudahlah air selalu putus, kualiti air yang sampai kepada pengguna pun sama taraf dengan air sungai yang tidak dirawat. Apa gunanya slogan BERKEBAJIKAN jika selepas menang pilihanraya semua keperluan asas NAIK?!!

Boleh tidak papan iklan di atas dinaikkan di Kelantan dan Pulau Pinang?



Ini lagi satu contoh negeri berkebajikan di bawah pemerintahan pembangkang. Tetapi ini lagi teruk kerana mereka telah berjanji untuk menurunkan cukai pintu dan tanah jika menang. Mengapa penchacai mereka tidak memekak dan marah apabila janji dikhinati selepas diberi undi?

Itu sebabnya kami selalu menegaskan di sini bahawa, jika Kerajaan BN membuat keputusan untuk meningkatkan beban hidup rakyat, maka yang patut mengamuk dan marah adalah para pengundi mereka. Yang tegar menyokong dan mengundi pakatan pembangkang sepatutnya redha dan terima sahajalah sebagai hukuman kerana tidak menyokong. Kenapa hendak bising-bising kalau Kerajaan BN tidak berhutang dengan kita walau satu sen pun?!!


oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Chin Peng bukan warganegara, abu mayat tak boleh masuk negara ini !!

Posted: 23 Sep 2013 03:09 AM PDT


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak mempunyai rekod kerakyatan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng merupakan warganegara Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berdasarkan semakan JPN yang tidak mempunyai rekod mengenai beliau.

"Berdasarkan JPN, Perjanjian Hatyai telah diberikan dua kali (peluang) kepada beliau tetapi malangnya beliau menolak.

"Dan mengikut semakan yang dilakukan JPN tidak ada rekod yang menyebut bahawa Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia kecuali beliau menggunakan nama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke negara ini berdasarkan Perjanjian Hatyai 1989 yang ditandatangani bekas Setiausaha Agung PKM itu dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Menteri Dalam Negeri serta Ketua Polis Negara pada masa itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan desakan pihak tertentu yang masih menuntut kerajaan supaya membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara.

"Bagi saya bukan soal perundangan sangat tetapi soal kemanusiaan, rasa kemanusiaan, rasa tergurisnya perasaan mangsa-mangsa yang telah terbunuh ketika Chin Peng menjadi ketua PKM," katanya.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Sindrom Kempen Ala Anwar Dikesan Di Perak...

Posted: 23 Sep 2013 11:00 PM PDT


kempen oleh seorang mangkok untuk kerusi timbalan ketua bahagian di perak yang menggunakan stail 'kempen ala anwar' mula mendapat perhatian ahli umno.

baik di perak , sewajibnya seluruh pemilih (dalam malaysia) menolak calon yang gunakan stail kempen sebegini.

pilihlah calon yang utamakan islam,maruah melayu dan ganyang cinabeng sebagai kriteria utama dalam memilih pemimpin.

Sumber: Gerakan Anti PKR

Kenapa Perwakilan UMNO Perlu Menolak Hisham CKMM...

Posted: 23 Sep 2013 07:00 PM PDT


Apa kehebatan hisham ckmm sewaktu menjadi ketua pemuda umno malaysia...??

Jawapannya, dia berani cium keris, kemudian bila cina bising tuduh dia rasis, dia mintak maaf...

Apa progarm untuk belia dan sukan yang betul-betul BOOM sewaktu hisham ckmm jadi menteri belia dan sokan...???

Jawapannya, TIADA...

Apa jadi dengan PPSMI sewaktu hisham ckmm jadi menteri pelajaran...???

Jawapannya Terkubur bergitu sahaja, malah tan sri muhyiddin terpaksa mencuci taik yang di buat oleh hisham ckmm...

Maruah pasokan polis hancur sewaktu hisham ckmm jadi menteri dalam negeri...

Beberapa hari sebelum bekas igp tan sri musa hasan pencen, secara terbuka dia mendedahkan pasokan polis tak boleh buat kerja kerana adan campurtangan menteri dalam tugasan polis...

Lebih merosakan lagi maruah pasokan polis ialah, bila hisham ckmm kata, (lanun kiram) itu penceroboh bukan pengganas...

Jadi masih ke perwakilan nak undi orang yang tak de kualiti ini untuk menjadi naib presiden umno...???

Tepuk dada tanya diri sendiri...

PAS Itu Komunis Dan Komunis Itu PAS,

Posted: 23 Sep 2013 06:00 AM PDT


Pemimpin pas pergi buat tahlil di bangkok, mereka pergi ke sana kerana meratapi pemergian komrad cin peng yang mampos minggu lepas...

Maka dengan pemergian pemimpin pas itu, bolehlah kita samakan pas itu komunis dan komunis itu pas...

Komunis tak percaya akan kewujudan tuhan, sekali gus mereka juga menolak rukun Iman yang menjadi pegangan orang Islam...

Maka pemergian pemimpin pas untuk bertahlil atas kematian cin peng, bermakna pas juga menerima kitab merah mao dan mengakui ajaran mao yang dalam dunia ini tiada tuhan...

Sila simpan artikel dari malaysian insider itu sebagai bahan kempen untuk pru 14...

Ada Calon Timbalan Ketua Bahagian Janji Nak Bagi Rumah Kalau Menang..

Posted: 23 Sep 2013 12:00 AM PDT


Politik sekarang nie makin gila, kalau dulu kita dengar ada calon bagi duit supaya perwakilan mengundi mereka, lalu pelakuan itu di panggil "politik wang" kemudian ada yang lagi gile bagi perempuan pada perwakilan itu di panggil "politik seks"... kedua-dua amalan ini berlaku baik dalam parti pemerintah dan parti pembangkang...

Tapi rasuah nak bagi rumah ini satu perkara baru yang baru semalam aku dengar, ia di dedahkan oleh bebarapa blogger semalam, bayangkan, jawatan yang di kejar tu bukan presiden atau timbalan presiden parti, tapi hanyalah jawatan timbalan ketua bahagian je, tapi offernya kepada para perwakilan mengalahkan nak bertanding jawatan presiden, calon yang nak bertanding jawatan tu di beritakan sedang giat menawarkan rumah mampu milik yang di bina oleh syarikat perumahan negara (SPNB) kepada para perwakilan cawangan supaya mengundi dia...

Malah ada sumber memberitahu, kutu tu tak teragak-agak mengguna dan mengarahkan staff spnb berkempen dengan membuat phone call kepada semua perwakilan di bahagian tempat dia nak bertanding itu, wahh suka-suka je ko ye, bukankah ini menjadi satu kesalahan?

So apa komen ku nan dalam hal ini? tidak salah ke dalam etika berkempen? 

Cerita pasal rasuah rumah klik sini, sini, sini dan cerita pasal skandal calon TKB tu klik sini

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kalau dah terer semua tau, Omar Ong tanding dan hadapi ahli UMNO

Posted: 23 Sep 2013 10:28 PM PDT

Isa tak mahu main pakat-pakat

Posted: 23 Sep 2013 06:29 PM PDT

Zubir Harun jawab Tony Pua, Bantu Najib pantau GLC

Posted: 23 Sep 2013 05:31 AM PDT

Usah tuduh Shahrizat pasal 1Azam... BIar SPRM buat kerja

Posted: 23 Sep 2013 12:30 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Ranking Terbaru 100 Blog Pro Kerajaan - Blog @Panglima_Cyber No 32 Alhamdulillah

Posted: 23 Sep 2013 04:42 PM PDT

Slide1 Slide2 Slide3 



Selepas ini blog Panglima akan semakin aktif... Semoga akan berada 10 terbaik akhir bulan Oktober depan.

Doakan untuk panglima.


Email : Apa punca @KhairyKJ dicabar 5 penjuru

Posted: 23 Sep 2013 02:41 AM PDT

Al Fatihah - Anggota @PDRMsia Maut #OpsCantas cc @Zahid_Hamidi

Posted: 23 Sep 2013 01:08 AM PDT




Kita harap pembangkang akan mengutuk kejadian ini selepas mereka sering memperlekeh anggota keselamatan yang dituduh alat Umno BN.

Kejadian ini membuka mata bahawa menjadi anggota keselamatan bukan perkara yang mudah dan boleh mengorbankan nyawa.

Mereka tidak memilih sesiapa pun sebagai sasaran di dalam perkhidmatan.

Kerana itu ada pemimpin Umno juga pernah kena ISA dan sebagainya.

Semoga keluarga mangsa akan terbela Insya Allah.


Sent from my iPhoneRM0.UM.23/09: Seorang anggota polis maut dipukul dengan batu di kepala oleh penjenayah ketika Op Cantas Khas di Melaka pagi ini, kata Ketua Polis Negara.


Mesej ini telah diimbas oleh IMSS V7.1