Followers

Nuffnang

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Fakta : PNB Bermula 540 juta kepada 169.83 Bilion Unit Selepas 30 Tahun

Posted: 22 Sep 2013 08:41 PM PDT

Tahniah kepada PNB atas kejayaan ini.

Suspek Utama Pembunuhan Pengasas Ambank Ditahan Di Perak Tengah Malam Tadi

Posted: 22 Sep 2013 08:26 PM PDT

RM0.UM.23/09: Suspek utama kes pembunuhan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi ditahan pihak polis di Taman Larut Tin, Taiping, Perak tengah malam tadi

Sent from my iPhone

Mohon Sebar - Inilah Strategi & Tokoh Amerika Untuk Hancurkan Mesir seperti Iraq | ISMAWeb

Posted: 21 Sep 2013 11:14 PM PDT

usa1
Perlantikan pengurus skuad pembunuhan Robert Ford sebagai Duta A.S ke Mesir baru-baru ini adalah petanda jelas hakikat ini.

Perlantikan Ford memberi mesej jelas: Penggubal polisi A.S mahu memusnahkan Mesir dengan cara yang sama mereka telah musnahkan Iraq dan Syria- dengan menggunakan skuad pembunuh dan penyamar-pengganas bagi memulakan perang saudara.

Menurut professor dalam bidang Global Studies, Michel Chossudovsky, Robert Ford bersama dengan penjenayah perang yang berbahaya John Negroponte untuk melaksanakan 'Salvador Option' di Iraq pada 2004. Chossudovsky mencatatkan : Salvador Option ialah model teroris pembunuhan beramai-ramai oleh skuad pembunuh yang ditaja A.S. Strategi ini pertama kali dilaksanakan di El Salvador (oleh Negroponte) sewaktu penentangan terhadap pemerintahan diktator ketenteraan yang telah mengakibatkan kematian seramai 75000 orang.

Pada hari ini, Mesir sama seperti El Salvador pada tahun 1980-an, menghadapi penentangan terhadap pemerintahan diktator ketenteraan. Dan pemerintahan diktator tentera Mesir, (mirip junta El Salvador 1980an) telah pun melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap semua aktivis demonstrasi. Adakah Robert Ford, seorang pakar pelaksana pembunuhan beramai-ramai, telah membantu rejim Mesir membunuh puluhan ribu aktivis ini?

Tidak, bahkan ia lebih dahsyat dari itu!

 Hari ini, A.S lebih berminat untuk memusnahkan negara-negara timur tengah berbanding Asia dan Amerika Latin. Maka A.S telah mengubah kegunaan skuad pembunuhnya. Jika dahulunya mereka dengan mudah membunuh aktivis penentang untuk menaikkan boneka Amerika sebagai diktator, A.S kini menaja pembunuh-pembunuh di kedua-dua belah pihak yang bersaing dalam aspek politik dan keagamaan. Tujuan mereka ialah untuk mewujudkan perang saudara bagi melemahkan bangsa yang disasarkan.

Presiden Syria, Bashar al-Assad akhirnya telah sedar bahawa kekejaman yang berlaku di negara beliau telah dilakukan oleh penyamar-teroris. Skuad pembunuh Ford, yang terdiri daripada pembunuh profesional yang terlatih, akan duduk di atas bumbung bangunan ketika demonstrasi anti-Assad yang juga dimulakan oleh A.S. Pada waktu yang sesuai, penembak-penembak tepat ini akan mula membunuh. Sebahagian daripada penembak ini akan memakai pakaian tentera Syria, seolah memberi gambaran bahawa tentera Syria yang membunuh aktivis demonstrasi. Di bumbung yang lain penembak ini akan berpakaian biasa seolah memberi gambaran bahawa aktivis demonstrasi yang menembak ke arah tentera Syria.

Tidak lama selepas itu, penyokong dan penentang Assad akan membalas tembakan sesama sendiri.

Adakah Ford akan melakukan yang sama di Mesir?

Berdasarkan kepada rekod beliau di Iraq dan Syria, kita akan menjangkakan :

Ford dan skuad pembunuh A.S beserta pakar penyamar-teroris (termasuklah beberapa individu yang meletupkan World Trade Center New York 9 September) akan memulakan tembakan dan pengeboman yang akan dikatakan sebagai tindakan "Islamis Radikal". Mereka akan kemudiannya menggalakkan tentera Mesir untuk menangkap, menyeksa, membunuh lebih ramai lagi aktivis demonstrasi aman ini. Memandangkan tentera Mesir adalah tentera yang ditaja dan dilatih oleh Amerika dengan berbilion-bilion Dollar A.S, As-sisi akan hanya bertindak sebagai 'diktator-boneka' yang terpaksa mematuhi arahan Amerika. Ini akan menyebabkan bermulanya perang saudara di Mesir.

Adakah A.S benar-benar mahu memusnahkan Mesir seperti mana Iraq dan Syria?

Ya. Adalah penting untuk kita tahu bahawa A.S telah merangka penggulingan Presiden Mesir yang dipilih secara demokrasi- Mohamad Morsi. Salah satu sebabnya ialah Morsi telah dengan lantangnya menentang pelan Ethopia yang ingin membuat empangan di Sungai Nil, mencuri bekalan air Mesir yang boleh menyebabkan kematian rakyat Mesir akibat kekurangan bekalan air.

Hakikatnya adalah A.S, melalui Etophia sebagai boneka, sebenarnya sedang merancang pembunuhan besar-besaran rakyat Mesir. Maka seandainya ada pemimpin Mesir cuba menghalang seperti mana yang dilakukan Morsi, dia akan dihapuskan.

Mengapa A.S merasakan perlunya memusnahkan negara Timur Tengah? Ironinya, ianya bukanlah atas dasar kepentingan A.S. Ianya adalah berkenaan "Pelan Oded Yinon" Israel untuk memusnahkan jiran-jiran Israel dan merampas semua tanah di antara Sungai Nil dan Sungai Euphrates untuk merealisasikan Israel Raya atau "Greater Israel". Seperti mana yang dikatakan oleh Jen. Wesley Clark, Israel mengambil alih A.S melalui kudeta 9/11 dengan perancangan untuk memusnahkan "7 negara dalam masa 5 tahun" berdasarkan dokumen "Clean Break" oleh Benjamin Netanyahu. Dokumen itu sendiri adalah "Pelan Oded Yinon" yang dikemaskini untuk memusnahkan Timur Tengah bagi manfaat Israel.

Hanya ada 1 jalan sahaja untuk menentang penghapusan etnik ini. Seluruh rakyat Timur Tengah, dari segenap agama mahupun bangsa, mesti bersatu dan menentang pemusnahan negara mereka oleh usaha-usaha yang ditaja Zionis ini.

Tulisan asal oleh Dr. Kevin Barrett


http://www.presstv.ir/detail/2013/08/12/318321/us-death-squad-envoy-targets-egypt/


Diterjemahkan oleh Hj. Norzafry Norhalim


Sumber : http://www.ismaweb.net/v4/2013/08/niat-amerika-hancurkan-mesir-seperti-iraq/


Panglima : baca pula bagaimana Ikhwanul muslimin dan kaitan mereka dengan apa yang terjadi dengan tangan ghaib di belakangnya.

Walaupun diasaskan atas asas yang baik oleh Imam Hassan Al Banna namun kehadiran Sayid Qutub contohnya telah merosakkan pergerakan tersebut.

Beliau bukan seorang ulama bahkan hanya lulusan bahasa Arab sahaja.

Yang peliknya kitab tafsir في ظلال القران  beliau begitu popular sedangkan banyak ulama menolak keintelektualan kitab tersebut.

Hari ini banyak nama dan tokoh perlu disemak latar belakang mereka.

Jangan mudah menerima ketokohan sesiapa kecuali selepas meneliti berbagai fakta yang dianalisa secukupnya dari berbagai sudut yang diperlukan untuk mengelak dari terperangkap dengan perangkap ciptaan Barat.

Baca kisah-kisah tentang ikhwan muslimin di sini untuk bacaan tambahan anda.


Sent from my iPhone

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Tuan Tat Hairan Kit Siang Dominasi DAP Selama 47 Tahun?

Posted: 22 Sep 2013 06:55 PM PDT


Bekas Pengerusi DAP cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat melahirkan rasa terkejut dengan penguasaan Lim Kit Siang terhadap parti itu selama 47 tahun, sedangkan rakan-rakan politik yang seangkatan dengannya sudah bersara politik.

Kit Siang menjawat jawatan Setiausaha Agung DAP sejak tahun 1998, meninggalkan jawatan itu, tetapi menaiki satu lagi hireaki politik, Pengerusi DAP pada tahun 1999.

Pada tahun 2004, Kit Siang melepaskan jawatan Pengerusi DAP untuk diganti dengan Karpal Singh, namun dalam masa sama menaikkan anaknya, Lim Guan Eng menjadi Setiausaha Agung DAP.

Dalam masa sama, satu jawatan khusus diwujudkan kepada Kit Siang sebagai 'Penasihat DAP', satu jawatan yang mendominasi jawatan-jawatan lain dalam parti itu.

"Saya pun terkejut dengan apa yang disifatkan sebagai bapa dengan anak itu. (Itu) adalah satu kenyataan.



"Sebagai umat Tuhan ini, saya pun hairan, macam mana dia (Kit Siang) boleh dapatkan kuasanya sampai 47 tahun. Sedangkan Tun (Dr Mahathir) sudah lepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Hanya dia seorang sahaja yang belum. Saya rasa lah apabila mereka lepas jawatan ini, mereka akan mati,"katanya.

Menurut Tuan Tat lagi akar umbi DAP mula buka mata tentang penguasaan bapa-anak dalam parti itu setelah berlaku insiden penyelewengan pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tahun lepas.

"Parti ini bukan bapa punya parti (atau) anak punya parti. Sebenarnya, bapa dia sebagai penasihat. Dia (Kit Siang) dah tahu, ini adalah salah. Dia harus cerita dengan anaknya. Ini dah tak betul, jika mereka betul-betul sayangkan parti itu, "katanya lagi!

Wasabi Oyabun..

Manipulasi Perlembagaan DAP, Strategi Utama Dinasti Lim Terus Berkuasa?

Posted: 22 Sep 2013 04:47 AM PDT


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa terdapat satu senarai terpilih yang direstui oleh kepimpinan tertinggi DAP, dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi sedang berkempen untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Zulkifli dilaporkan Malaysiakini berkata beliau tidak termasuk dalam senarai terpilih tersebut dan tidak dibekalkan senarai perwakilan daripada ibu pejabat DAP.

Walaupun Zulkifli tidak menamakan pemimpin atasan DAP yang dimaksudkan itu, namun sudah diketahui umum, ia merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang melalui proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

"Senarai itu tidak diedarkan kepada calon-calon lain. Mereka dah ada (senarai). Saya tak ada (senarai) dan saya terpaksa berkempen dalam 'gelap'," katanya.

Zulkifli yang merupakan seorang daripada lapan orang calon Melayu yang merebut 20 tempat dalam CEC.


Pendedahan terbaru Zulkifli itu menyamai pendedahan Peter ahli DAP di sebuah cawangan di Johor yang 'membuka' blog thedapinsider sejak beberapa hari lepas.

Dalam tajuk "Pembohongan keluarga Lim mempertahankan kuasa dalam DAP," Peter mendedahkan Dinasti Lim, merujuk kepada keluarga Kit Siang dan anaknya Guan Eng berjaya mendominasi DAP sejak dari tahun 1968 dengan cara memanipulasi perlembagaan parti itu.

"Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

"Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

"Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap Parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja," dedahnya.

Menurutnya, setiap cawangan DAP dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu cawangan yang mendapat sijil A dan cawangan yang menjadi Sijil B yang ditentukan oleh Setiausaha Agung DAP.

Ahli-ahli cawangan yang mendapat sijil A layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC, manakala ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati tetapi tidak mengundi.

"Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi.


Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.

"Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya," dedahnya.

Selain strategi pembahagian sijil, Peter turut mendedahkan taktik kedua Dinasti Lim untuk terus berkuasa dengan cara 'pemilihan 20 CEC tanpa menamakan jawatan'.

"Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

"Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit.

Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

"Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP."

Menurut Peter dua taktik memanipulasikan perlembagaan DAP itu adalah rahsia besar Dinasti Lim terus berkuasa dalam parti itu sejak 50 tahun lalu.

"Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

"Kit Siang tahu dia sekarang sudah di hujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

"Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP," dedahnya lagi.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HAJI HADI SUDAH GILA KATA ORANG KUAT ANWAR IBRAHIM

Posted: 22 Sep 2013 10:01 PM PDT

Pengerusi bersama BERSIH, Hishamuddin Rais mempertikaikan kenyataan terbaru Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dengan kerjasama dengan UMNO.
Hisyamuddin yang juga blogger tukartiub.blogspot.com menganggap kenyataan terbaru Abdul Hadi itu sebagai menroyan.
"Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib.
"Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter lapor Sinar Harian.
Abdul Hadi dilaporkan Bernama semalam berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa.
Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya.
Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.
"Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

RAHSIA WAJAH ANWAR BERUBAH

Posted: 22 Sep 2013 08:02 PM PDT


Kebanyakan blog-blog masih mempertikaikan perubahan wajah terbaru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Blog satdthinks meletakkan empat 'titik' perubahan wajah Anwar iaitu kedut di kening, telinga, mata dan pipi.
Seorang pengomen laman ini, Sman, mempertikaikan penafian pembantu Anwar yang mendakwa perubahan wajah Ketua Umum PKR itu bukan disebabkan pembedahan tetapi disebabkan alahan kepada sesetengah ubat yang diambilnya.
"Dah lama dia (Anwar) mentekedarah bermacam-macam ubat, mengapa tak ada pulak alahan, tiba-tiba bila dah tua kerepot ni, ada alahan pulak dgn ubat, ada ubat baru ke yang dia lahap?
"Biasanya kalau ubat yang boleh menjadikan alahan doktor tanya dulu ada alahan ke tidak supaya dapat diberi ubat yang betul. Kelentong, kelentong, kelentong tak habis, habis macam lah rakyat Malaysia ni bodoh sangat,"komennya.

Komen Sman itu disambut dengan Lim Lynn dengan berkata, "Harap Anwar Ibrahim tak dapat HIV AIDS nanti pula ikut Barack Obama kurus badan."
Begitu juga dengan Basry yang mahu tahu apakah jenis ubat yang dimakan oleh Anwar sehingga berlaku alahan yang teruk.
"Ubat apa yang boleh jadi allergy macam itu, teringin juga nak tahu…," katanya.

Seruan Jihad: Ayuh kita rampas abu bangkai Chin Peng!

Posted: 22 Sep 2013 09:00 AM PDT


Chin Peng dah mampos, bangkai berulatnya tetap dibakar  sebelum dia dipanggang lagi oleh api neraka di akhirat kelak. Namun puak-puak tali barut komunis di Malaysia ni masih nak juga bawa balik sisa-sisa debu bangkai pengkhianat bukan warganegara ni.

Malaysia memerlukan keberanian anda pejuang-pejuang Melayu dan Malaysia anti - komunis untuk melakukan operasi mulia ini sekiranya abu bangkai Chin Peng di seludup masuk ke negara ini -  RAMPAS dan BENAMKAN abu bangkai tersebut ke dalam lubang taik dan flush!

Memang itu selayaknya abu bangkai Chin Peng diperlakukan. Kemudian kita sumbat pula pencacai-pencacai komunis ke lubang penjara.

Ini Malaysia Negara Berdaulat bukan untuk pengkhianat.


KISAH PERCUBAAN PKM NAK BUNUH PANGLIMA ATM

Posted: 22 Sep 2013 12:30 AM PDT

SAYA mungkin antara insan yang beruntung kerana beberapa bulan sebelum allahyarham Tun Ibrahim Ismail meninggal dunia, saya sempat menemuramah beliau tentang banyak peristiwa di sebalik tabir di negara kita ini. 

Allahyarham Tun Ibrahim berkongsi pengalaman beliau semasa dihantar ke Akademi Tentera British yang masyhur di Agra, India bersama-sama dengan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Hussien Onn. 

Beliau juga menceritakan detik beliau ditahan oleh tentera Jepun pada tahun 1944 selama 8 bulan sehinggalah beliau dibebaskan setelah Jepun mengaku kalah. 

Antara jasa beliau yang paling besar ialah memperjuangkan kedudukan pangkat pegawai tinggi Melayu yang diberi taraf rendah berbanding pangkat pegawai tinggi British. Menurut Tun Ibrahim, semasa berkhidmat dengan Tentera Darat India dalam Perang Dunia Kedua, beliau diterima sebagai mempunyai kedudukan yang sama dengan pegawai British yang lain. Malangnya apabila beliau balik ke Tanah Melayu, beliau diperlakukan sebagai orang bawahan pegawai British. Kejayaan Tun Ibrahim memperjuangkan perkara ini telah memberi makna yang besar kepada generasi hari ini.

Kisah perjuangan Tun Ibrahim boleh dibaca melalui buku beliau yang bertajuk " IBRAHIM PAHLAWAN MELAYU " versi Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa & Pustaka tahun 2008 dan " IBRAHIM:The Malay Warrior " versi Bahasa Inggeris terbitan Pelanduk Publications tahun 2005. Semoga jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Tun Ibrahim kepada agama, bangsa dan Negara akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Pasukan Tentera PKM di Tanah Melayu
BAGAIMANA KAMU TERGAMAK MAAFKAN CHIN PENG  
Pada malam 23 Februari 1953, Pasukan tentera Komunis PKM lebih daripada 100 kekuatan menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Komunis membunuh seluruh anggota keselamatan serta keluarga mereka anak isteri tanpa belas kasihan. Mereka dibunuh dengan kejam termasuk dibakar hidup-hidup.

Penghulu Ali cuba memberi bantuan dengan mengumpul pasukan Pengawal Kampung. Di dalam perjalanan ke Balai Polis Bukit Kepong, Penghulu Ali dibunuh diseksa dengan sangat-sangat kejam. Kamu mahu tahu bagaimana Penghulu Ali dibunuh dan diterodok dengan senjata tajam Komunis? Saya tidak sanggup ceritakan, anda carilah sendiri cerita itu.

Cerita lain kekejaman PKM yang diketuai Chin Peng anda boleh ke Universiti Malaya dan membuat bacaan di sana.Jika mereka yang pro-Komunis dan pro-PKM atau yang pro-Chin Peng mengatakan Chin Peng juga berjuang menentang penjajah, mengapa mereka membunuh Ketua Kampung Melayu, Anak Bini orang Melayu, Polis Melayu, Askar Melayu, Pengawal Kampung Melayu malah hampir membunuh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) walhal negara kita sudah lama merdeka (1976)!

Kem-Kem Komunis (PKM) Di Tanah Melayu


KOMUNIS MENIPU UNTUK MEMERINTAH

Pada 7 hingga 26 Ogos 1944, agen British yang berada di Tanah Melayu ditemui oleh agen-agen PKM untuk meminta bantuan senjata, makanan dan ubat-ubatan. PKM berjanji akan membantu pihak British menghalau penjajah Jepun.

Dengan mengggunakan kapal-kapal perang British dan Kapal Selam Diraja Severn, pihak British yang berpangkalan di Ceylon dan India bersetuju memberi bantuan tersebut. 

Siapakah yang mengalahkan Jepun? PKM atau pasukan Bersekutu British?

Sekarang ini, anda boleh baca orang-orang pro-Komunis (atau ya memang Komunis), kononnya PKMlah yang menghalau Jepun dari Tanah Melayu. 

Kita mesti kembali kepada sejarah untuk menjawab isu ini. Apabila pasukan Bersekutu diketuai Amerika mengebom Hiroshima dan Nagasaki, kerajaan Jepun menyerah kalah. PKM dan Chin Peng kah yang mengebom Hiroshima dan Nagasaki?

PKM keluar dari dalam hutan-hutan di Tanah Melayu, masuk secara rakus dan ganas ke bandar-bandar dan kampung-kampung memerintah secara kejam. Bintang-Bintang 3 bermaharajalela dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka anggap sebagai musuh mereka.

Pasukan British terlalu lewat sampai ke Tanah Melayu mengakibatkan PKM dan Bintang3 mengambil kesempatan memerintah dengan cara gila, ganas dan rakus.
Allahyarham Tun Ibrahim Berketar-ketar Menurunkan Tandatangan Beliau Ke atas Buku "Ibrahim Pahlawan Melayu"
TUN IBRAHIM MENDARAT
Apabila Tun Ibrahim mendarat di Pulau Pinang setelah hampir sebulan berada di dalam kapal selam perairan Ceylon-Burma-Tanah Melayu, beliau sendiri hampir menerima nasib tidak menentu. 

Lama selepas itu, pada tahun 1976, satu percobaan menembak Tun Ibrahim di Kuala Lumpur oleh anggota PKM tidak berjaya. Tun Ibrahim terselamat kerana kenderaan yang sepatutnya dinaiki Tun Ibrahim hanya dinaiki oleh pembantu-pembantu beliau. Tun Ibrahim hanya lewat beberapa jam sebelum melalui simpang jalan yang sama. 

PKM dan Chin Peng hanya menyerah kalah pada tahun 1989 apabila beliau melihat keruntuhan 'jenama' Komunis di merata dunia. Soviet Union dan negara-negara Komunis di barat seperti Poland, Chechoslavakia, keruntuhan Jerman Timur, Vietname Utara dan sebagainya runtuh. 

Regimen Ke-10 PKM yang bertahan di hutan-hutan di Pahang juga semakin berundur ke selatan Thai. Di mana Chin Peng ketika itu? Chin Peng berada di Beijing, hal ini dibuktikan apabila Komunis Melayu Shamsiah Fakeh berjumpa Chin Peng di Beijing. Anda perhatikan, orang-orang Melayu seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dibiarkan di dalam hutan, dan Chin Peng berada di Beijing menikmati kesenangan kehidupan yang diberikan oleh pemerintah Parti Komunis China.

Bagi saya, Chin Peng atau Ong Boon Hua sudah mati, namun legasi kejahatannya sukar dilupakan. Mereka yang kudung kakinya, buta mata mereka, hilang anak bini secara kejam, putus tangan dan pelbagai penderitaan lagi masih ramai yang masih hidup.

Jika di hadapan kamu sekarang ada mangsa-mangsa kekejaman Komunis dan PKM, yang buta mata, kudung kaki, putus tangan, cacat anggota tubuh badan, apakah kamu akan katakan kepada kejahatan Komunis, PKM dan ketua mereka Chin Peng?


Kenangan: Walaupun Tangan Allahyarham Tun Ibrahim Terketar-Ketar, Namun Beliau Menurunkan Tandatangan Di Atas Buku Beliau
Nota: Kepada yang belum sempat membaca kisah-kisah yang berkaitan, sila layari di sini http://www.al-azharrisiddiq.com/search?q=anugerah+panglima

Sebelum beliau meninggal dunia, sebuah buku Kisah Sebenar 13 Mei 1969 sedang beliau usahakan supaya generasi akan datang mengetahui kisah sebenar buku itu. 

Jika saya Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO, saya akan segerakan terbit buku itu, untuk menangkis putar-belit mereka yang menipu dalam tragedi 13 Mei itu. Namun, apakan daya saya hanya penulis biasa, kata Profesor Emeritus Khoo Kay Kim di bawah.

Baca lengkap di sini jentayuabaka.blogspot.com

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Hishamuddin nafi penyandang naib buat pakatan

Posted: 22 Sep 2013 07:30 PM PDT

Ramai yang sokong Chin Peng, tak tahu apa mereka kata

Posted: 22 Sep 2013 03:53 PM PDT

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


DAP Anggap Melayu ‘Anggota 50 Sen’ – Bekas Naib Pengerusi?

Posted: 22 Sep 2013 10:08 PM PDT


Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kepimpinan parti itu melihat penyertaan orang Melayu dalam DAP sebagai "anggota 50 sen" yang tidak membawa kepentingan.

Katanya perkara itu dapat dilihat dengan jelas dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) tahun lepas, apabila semua calon Melayu kalah.

"Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP sebuah parti berbilang bangsa, tiga atau empat anggota Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar satu pembohongan," katanya dalam sidang media, di sini baru-baru ini.

Katanya bagi menguji dakwaan itu, beliau akan sekali lagi bertanding pada pemilihan semula CEC yang dijadualkan 29 Sept ini.

Saya ingin melihat ketelusan perwakilan dalam menterjemah ideologi 'Malaysian Malaysia' semasa pemilihan itu kelak, katanya.


Zulkifli yang kalah dalam pemilihan yang diadakan Disember, berkata beliau juga akan berkempen dalam pemilihan kali ini.

"Selama 26 tahun dalam parti, saya tidak pernah sekalipun berkempen untuk sebarang pemilihan, tetapi kali ini saya akan berkempen demi menguji ketelusan parti dalam memperjuangkan ideologi itu," katanya.

Beliau juga mendakwa berdasarkan perjumpaannya dengan anggota DAP di beberapa kawasan di Kedah dan Perak, mereka mahu Lim Guan Eng melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dan tidak bertanding pada pemilihan semula CEC.

"Bagi mereka Lim gagal menjalankan tanggungjawab dalam mengemudi proses pemilihan pada Disember lepas hingga melibatkan campur tangan ROS (Pendaftar Pertubuhan) dan hampir-hampir DAP dibatalkan," katanya!

Suara Politik
Belantan

PAS sedia bekerjasama dengan UMNO jika dipelawa – TGHH?

Posted: 22 Sep 2013 09:45 AM PDT


PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.

Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.

"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini.

Abdul Hadi berkata jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

"PAS pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata kerjasama antara Umno dan PAS untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.

Mengenai cadangan Dewan Ulama PAS supaya tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata Dewan Ulama PAS berhak mengemukakan usul ke muktamar PAS akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis.

"Terpulang kepada Dewan Ulama PAS, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya.









Apa pula kata Anwar dan Kit Siang nanti?

Suara Politik
Belantan

DAP Insider : Nasib 5 Harimau Penentang Dinasti Lim?

Posted: 22 Sep 2013 04:40 AM PDT


Blog DAP Insider dalam pendedahan terbaharunya menimbulkan satu persoalan apakah nasib lima harimau penentang Dinasti Lim pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Dinasti Lim merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang dan proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

Dalam pendedahan bertajuk, "Konspirasi, diskriminasi dan nasib lima harimau dalam DAP," blog itu mendedahkan lima penentang Dinasti Lim adalah Teng Chang Kim (Selangor), Chow Kon Yeow (Pulau Pinang), Boo Cheng Hau (Johor), Nga Kor Ming (Perak) dan Ngeh Koo Ham (Perak).

"Kesemua lima di atas adalah musuh Lim Guan Eng yang perlu 'dibunuh' oleh Dinasti Lim sebelum Lim Kit Siang meninggalkan DAP," dedahnya.

Menurutnya, Teng Chang Kim merupakan satu-satunya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP paling senior di Selangor, namun dinafikan haknya untuk menjadi Exco kerajaan negeri, sebaliknya Dinasti Lim memilih Ean Yong Hian Wah dan Ronnie Liu sebagai pilihan mereka.

"Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai Exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.

"Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

"Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS.

"Akhirnya Teng Chang Kim dipilih oleh Dinasti Lim sebagai Exco yang mewakili DAP selepas Pakatan Rakyat berjaya pertahankan Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke 13. Dinasti Lim tahu jika Teng Chang Kim tidak dipilih huru-hara pasti akan timbul.

Dinasti Lim meletakkan Teng Chang Kim sebagai Exco bukan dengan ikhlas hati. Ianya tidak lebih sebagai opera Cina sahaja. Dinasti Lim dengan bantuan anggota war room mereka, Anthony Loke dan Tony Pua sedang merangka jalan yang paling halus untuk menyingkirkan Teng Chang Kim serta Empat Harimau lagi daripada DAP. Saya akan dedahkan kepada anda nanti apa rancangan halus mereka," dedahnya.

Menurutnya lagi, Chow Kon Yeow yang menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang sepatutnya dipilih sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila DAP berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu pada 2008, namun haknya telah dinafikan oleh Lim Kit Siang apabila dia melantik anaknya sebagai Ketua Menteri.

Boo Cheng Hau pula selaku Pengerusi DAP Johor dedah blog itu telah dinafikan haknya untuk mencadangkan calon-calon DAP dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

"Semuanya diputuskan oleh Dinasti Lim demi untuk memastikan Boo Cheng Hau hilang pengaruh di Johor.

"Dua sepupu dari Perak, Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham sedang bergaduh besar dengan proksi Dinasti Lim di Perak, M.Kulasegaran.

"Masalah kekalutan berhubung pemilihan CEC tahun 2012 menjadi peluang terbaik untuk untuk Dinasti Lim menyingkirkan Lima Harimau di atas," dedahnya lagi.

Suara Politik
Belantan

Tony Pua sepatutnya ajar Lim Guan Eng bagaimana hendak mengira undi dalam CES DAPig daripada mempertikaikan MPEB?

Posted: 22 Sep 2013 12:50 AM PDT


Tony Pua talibarut Dinasti Lim terus terdesak, Barisan Nasional terus dapat sokongan kuat rakyat!

Ketua Publisiti DAP yang juga talibarut Dinasti Lim, Tony Pua dibidas kerana cuba memutarbelit dan membuat kenyataan salah dengan menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan sistem kroni dalam melaksanakan agenda Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (MPEB).

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dr. Zubir Harun menggambarkan tindakan Tony itu sebagai terdesak dan berada dalam ketakutan apabila Barisan Nasional (BN) masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat sehingga ke hari ini.

Malah, tambahnya, Tony dengan jelas cuba membawa agenda MPEB ke arena politik dengan cubaan menghasut rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera agar percaya segala yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini adalah untuk kroni.

"Pembangkang sengaja tunjuk hebat dengan menuduh Najib agar mereka diangkat sebagai hero dalam negara, sekali gus akan lahir perasaan benci rakyat kepada kerajaan serta dalam masa sama sokongan kaum Cina masih kekal kepada mereka.

"Ini kerana mereka tidak mampu memperjuangkan hak bumiputera kerana bimbang sokongan kaum Cina akan lari kepada parti lain," katanya di sini hari ini.

Tony Pua Jeneral Perang Dinasti Lim

Portal Malaysiakini hari ini melaporkan kenyataan Tony yang mendakwa sejumlah peruntukan besar diberikan kepada kroni BN yang berselindung di sebalik MPEB, sekali gus membuktikan sikap kepura-puraan Perdana Menteri.

Tambah Zubir, Perkasa akan memantau segala usaha meningkatkan ekonomi bumiputera seperti diumumkan oleh Najib baru-baru ini dilaksanakan dengan segera dan telus.

"Kami akan membentuk satu Jawatakuasa Pemantau bagi memantau semua tindakan kerajaan serta syarikat milik kerajaan (GLC) agar proses menambah baik ekonomi bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif," katanya.

Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah secara sinis mempersoalkan kredibiliti Tony bersuara tanpa sebarang fakta sambil menyifatkan tindakan beliau memfitnah Perdana Menteri sebagai biadab.

Katanya, Tony seperti yang diketahui umum hanya bercakap bagai angin lalu tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh dan setiap patah yang dikatakan hanyalah sebagai cubaan untuk menarik rakyat membenci kerajaan.

"Bukankah MPEB baru sahaja dirasmikan jadi bagaimana Tony mempunyai pengetahuan yang begitu luas tentang apa berlaku di sebalik pengumuman Najib itu?," ujarnya.

Menurut beliau, kenyataan Tony yang tidak berasas itu tidak lain mempunyai agenda tersirat untuk memecahbelahkan hubungan orang Melayu apabila gagal memerintah negara setelah tidak menerima kepercayaan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

"Daripada Tony sibuk menjaga kain orang lain, lebih baik dia dan partinya selesaikan dahulu masalah rakyat di Pulau Pinang.

"Sudah namanya pun pembangkang, apa jua yang dilakukan oleh kerajaan walaupun untuk kebaikan tetap dibangkang. Sudah-sudahlah Tony, hentikan taktik kotor itu. Jangan lupa anda adalah rakyat negara ini, anda berjaya sama ada dalam pelajaran juga daripada bantuan dan sumbangan kerajaan selama ini," katanya.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


TENGOK GAMBAR BERGERAK UTK BERTENANG JAP

Posted: 22 Sep 2013 04:40 AM PDT

Salam semua pembaca blog zamrispoon nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog zamrispoon ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.



daily-gifdump-10 


daily-gifdump-10 

daily-gifdump-10 

daily-gifdump-10 

daily-gifdump-10