Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Komunis Bong Kee Chok vs Chin Peng, Warganegara vs Persona Non Grata @NajibRazak @ZahidHamidi @NazriAziz

Posted: 20 Sep 2013 06:26 PM PDT

Sekarang ni masih lagi panas isu Chin Peng. MyMassa tak kisah kalau pembangkang mainkan isu ini. Tapi MyMassa pelik bila ada pemimpin MCA memperjuangkan isu Chin Peng.


Pokok pangkalnya, Chin Peng tak dapat diterima kerana dia bukanlah warganegara Malaysia. Telah ditawarkan pengampunan dan kewarganegaraan sebanyak dua kali, dan kedua-duanya ditolak Chin Peng. Bila nak mampos baru nak terhegeh-hegeh memohon. Malangnya ketika itu, tawaran telah ditutup. Sebagai warganegara asing, Chin Peng adalah PERSONA NON GRATA (orang yang tidak diterima) bagi Negara Malaysia.

Mungkin bagi rakyat di Semenanjung, Chin Peng merupakan pengganas Komunis yang tak dapat dilupakan keganasannya. Tapi bagi di Sarawak, pengganas Komunis bukan Chin Peng tetapi seorang lelaki Cina bernama Bong Kee Chok.

Bong Kee Chok mengetuai Partai Rakyat Kalimantan Utara atau PARAKU telah mengganas di Sarawak. Namun, PARAKU telah berdamai dengan kerajaan Sarawak pada 21 Oktober 1973 dengan menandatangani Perjanjian Sri Aman. Dek kerana perjanjian itu dibuat di Simanggang, maka nama daerah tersebut ditukar kepada Sri Aman pada tahun 1974.

Ketua Menteri Sarawak Tun Abdul Rahman Yaakub bersama Bong Kee Chok tandatangan perjanjian Sri Aman

Apa bezanya Ketua Pengganas PARAKU dengan Ketua Pengganas Parti Komunis Malaya? Kedua-duanya pengganas. Kedua-duanya adalah individu yang bertanggungjawab menggulingkan Kerajaan. Kenapa Bong Kee Chok diterima manakala Chin Peng ditolak?

Jawapannya kerana Bong Kee Chok adalah warganegara manakala Chin Peng bukan warganegara. Bong Kee Chok selepas menandatangani Perjanjian Sri Aman telah sanggup menerima tawaran Kerajaan manakala Chin Peng menolak tawaran tersebut. Oleh kerana Chin Peng warganegara asing, maka Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk mengklasifikasikan Chin Peng sebagai PERSONA NON GRATA. Manakala sebagai warganegara, Bong Kee Chok mempunyai hak sebagai warganegara yang termaktub dalam Perlembagaan.

MyMassa harap selepas ini pemimpin MCA faham situasi sebenar Chin Peng. Dia bukanlah warganegara Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan menerima seorang yang bukan warganegara ditanam di sini? MyMassa juga berharap agar pemimpin politik bertegas seperti Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menerangkan sebab utama Chin Peng ditolak kerana dia bukan warganegara.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengesahkan ketua pengganas komunis, Chin Peng yang meninggal dunia dalam buangan di sebuah hospital di Bangkok, Thailand kelmarin bukan warga negara Malaysia sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan teliti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu bukan sahaja tiada sijil kelahiran bahkan tiada sebarang dokumen berkaitan kerakyatan negara ini.

Beliau berkata, hal tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd. Said.

Satu sumber keselamatan pula memberitahu, upacara khas bagi mayat Chin Peng, 89, akan bermula Jumaat ini sebelum ia dibakar pada Isnin depan di satu lokasi dekat Bangkok.

Mari kita lihat bagaimana pula AMANnya kehidupan Bong Kee Chok selepas menerima tawaran sebagai warganegara.

Sumber : http://skuad69.blogspot.com/2009/05/bong-kee-chok-ketua-paraku-di-sarawak.html

Bong Kee Chok bukan sahaja boleh hidup dengan aman, malah boleh duduk di sebelah Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak dalam satu pertemuan di rumah Tun Abdul Rahman.

Sebagai penutup, kalau ada pihak yang bertanya kenapa Chin Peng tak diterima di Malaysia, jawablah seperti ini:

CHIN PENG BUKAN WARGANEGARA DAN PERSONA NON GRATA BAGI KERAJAAN MALAYSIA.

*Sebar-sebarkan.

Video CHINESE GIRLS berebut TOYS yang patut kita jadikan pengajaran @NajibRazak @LokmanAdam

Posted: 20 Sep 2013 05:00 AM PDT



Inilah akibatnya apabila satu-satu benda itu dibuka untuk direbut semua. Memang ada baik dan telusnya apabila sesuatu perkara yang menjadi rebutan ramai itu ditawarkan secara first come first serve, tetapi apa akan jadi jika yang first come tadi macam di atas? Siapa atau sistem mana yang akan menentukan antara ramai-ramai first come tadi yang betul-betul jadi first come?



Pening? Sedangkan baca soalan di atas pun sudah pening, itu belum lagi apabila ramai yang mengaku menjadi pertama datang. Adakah dengan menggunakan ukuran penumbuk siapa yang lebih padu? Atau menggunakan konsep sistem kroni "kau yang lebih aku kenal"? Kalau sistem yang kedua itu menjadi penentunya, maka niat untuk telus itu bolehlah dilupakan terus.

APA RASIONALNYA BAKAL PEMIMPIN DIPAKSA BEREBUT?

Esok (21 Sept 2013), dunia akan melihat bertapa hodohnya perangai bakal pemimpin UMNO di kaca televisyen atau setidak-tidaknya di ruang siber. Ini berikutan keputusan pihak pengurusan parti yang memutuskan bahawa nombor calon akan diberikan berdasarkan siapa serah borang pencalonan dahulu.

Adalah sangat menghairankan dan sukar difahami kenapa keputusan sebegini rupa boleh dibuat. Tidak masuk akal sama sekali, pihak pengurusan atau jawatankuasa pemilihan parti tidak boleh menjangka apa yg bakal berlaku tatkala kaunter pendaftaran pencalonan dibuka jam 8.00 pagi 21hb September ini.




Saya menjangkakan, ramai yang akan sampai seawal jam 7.00 pagi dan semuanya akan berebut sebaik sahaja kaunter penyerahan borang pencalonan dibuka. Peristiwa ini sudah pasti akan dirakam oleh media massa dan para blogger, baik dari penyokong kita mahu pun pembangkang.

Saya merayu kepada pucuk pimpinan parti agar dapat mempertimbangkan semula keputusan ini. Apa salahnya kita buat pembuangan undi bagi menentukan nombor calon demi memastikan nama baik parti tidak dicemar dengan gelagat yang pasti mengaibkan.

Lokman Noor Adam [Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia]


Adalah diharapkan agar satu sistem yang telus dan teratur dapat disediakan oleh pihak pengurusan pemilihan UMNO esok. Jika tidak, pasti banyak adegan yang tidak ingin kita dan rakyat Malaysia lihat, akan berlaku. Kalau boleh, mari kita sama-sama bertekad untuk mengelakkan pemilihan kali ini menjadi isu yang boleh diputar beli oleh pihak pembangkang.

PANAS! DAP dalang sebenar kematian Teoh Beng Hock?!! Kebenaran didedahkan! @NajibRazak @CMLimGuanEng @TonyPua

Posted: 20 Sep 2013 02:12 AM PDT


Teng Chang Kim adalah satu-satunya Adun DAP yang paling senior di Selangor. Beliau menang sejak beberapa pilihanraya yang lepas termasuk di bawah pemerintahan BN.

Apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di Selangor pada tahun 2008, Teng Chang Kim telah dinafikan haknya untuk dilantik sebagai Exco yang mewakili DAP. Sebaliknya Dinasti Lim lebih rela memilih budak hingusan, Ean Yong Hian Wah. Juga melantik Ronnie Liu sebagai exco. Ini kerana kedua-dua orang ini adalah orang suruhan Dinasti Lim untuk mereka mencari wang di Selangor.

Akhirnya kita menyaksikan bagaimana Teoh Beng Hock yang bertugas sebagai Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah membunuh diri kerana mahu melindungi kegiatan rasuah majikannya. Sedangkan kegiatan rasuah majikannya dilakukan atas arahan Dinasti Lim.

Ronnie Liu diarahkan oleh Dinasti Lim agar mencari wang sebanyak mungkin dari kegiatan haram  di Selangor untuk kegunaan DAP Pusat. Sehingga Ronnie dilabel sebagai bapa kepada kegiatan haram. Perkara itu memang benar. Namun ianya dilakukan atas arahan Dinasti Lim. Akhirnya nama Ronnie rosak dan kalah dalam pemilihan CEC 2012. Ronnie juga tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya umum ke 13 kerana kata Dinasti Lim ianya boleh menyebabkan nama DAP tercemar dalam usaha mereka untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama PKR dan PAS. BACA SELANJUTNYA DI SINI

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pertandingan UMNO 'fairplay' bukan macam DAP

Posted: 20 Sep 2013 08:34 PM PDT

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


SHOLAT TERAKHIR SEBELUM TEMUI AJAL (PEJUANG SEDANG PARAH)

Posted: 20 Sep 2013 07:58 PM PDT

GUGURNYA SEORANG SYUHADA'

Apabila menonton video ini, rasa malu dan sedih pun ada pada diri sendiri kerana kita selalu melalaikan solat, melewatkan solat dan meninggalkan solat. Sekurang-kurangnya mendapat keinsafan apabila menyaksi seorang syuhada yang kritikal masih lagi mahu bersolat walaupun keadaannya yang cedera parah serta hilang sebelah tangan sebelum ajal menjemputnya. Moga-moga dan sama-samalah kita perbetulkan solat kita yang sudah lama longgar. Semuga roh syuhada' ini dirahmati Allah SWT. Amin.


KETERANGAN VIDEO INI. 

Walaupun dalam saat yang kritikal tetapi Solat sebagai Jambatan Ke Syurga tetap ditunaikan, tanpa tangan sebelah, paha berlumuran darah, berwuduk dengan bantuan sahabat seperti sahabat Rasulullah SAW, Tanah Kuburan telah digali, namun tetap gagah dan bertenaga melakukan solat, semoga menambahi rahmat dan Ihsan padanya, sesungguhnya telah berjayalah ibu bapa, guru dan ustaz, sahabat dan taulan yang mendidiknya. Semua mereka yang terlibat dalam membina jiwa sebegini pasti mendapat habuan Syurga daripada Allah SWT, bergembiralah mereka yang Ihklas dalam perjuangan dan kehidupan bersama Allah SWT... Lihatlah Ikhwah semua, mati yang diredhai Allah SWT
Wasallam.
 

COLI KULIT DURIAN

Posted: 20 Sep 2013 05:00 AM PDT

Agak-agak ler kalau nak ambik perhatian, tak terfikir ker orang getek atau pun tak? Kelakar pun ada bila tengok Bra dari kulit durian. Bra ini dipakai oleh Julia Perez artis Indonesia ketika berada di Thailand. Ketika Julia membuat persembahan bertemakan Hawaii dan pantai.

BENAR KAH CIN PENG MATI SEBELUM 16 SEPTEMBER? USAHA CEMAR HARI MALAYSIA?

Posted: 19 Sep 2013 11:17 PM PDT

Bertiup kencang cerita pembongkaran kisah sebenar Cin Peng yg menjadi lambang keagungan beberapa tokoh sonsang dan beberapa SODAlitaris 2 pointer yg juga sebagai beruk keagungan cai Pakatan Roket.

Dikatakan kepala pembunuh ketika zaman komunis yg punya pengikut diserapkan fahaman ini sebagai pencacai yg tegar satelah  belajor tinggi pun tak cerodik. elok la buat publisiti pada muka jamban yg tak berapa nak laku

Dikatakan mampus lebih awal dan sengaja Diumunkan pada 16 September bagi mencemarkan Hari Malaysia malah bersifat menghina. Kerja jahat ini dibuat bagi memalukan hari bersejarah bagi negara Malaysia.

Kerja haram jadah nie nampaknya bukan setakat itu sahaja malah kita mula menyedari pencacai bertaraf bangkai turut terlibat bagi menjadi simampos sebagai pejuang atau lebih tepat lagi boleh tukar bin cin pen

dikatakan lagi semua ini hasil rancangan si ROKET...MEMANG HARAM JADAH...

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Projek IC: Najib sangkal dakwaan Anwar?

Posted: 20 Sep 2013 03:19 AM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kononnya kerajaan pada hari ini masih meneruskan Projek IC.

Menurut Najib, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri telah menyatakan bahawa kerajaan tidak pernah menjalankan apa-apa projek sulit.

"Tak ada projek sulit yang kami lakukan dan apa-apa projek sulit adalah mengikut undang-undang negara dan dibuat berdasarkan perlembagaan negara kita," katanya.

Anwar hari ini memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pemberian kerakyatan kepada warga asing atau lebih dikenali dengan jolokan Projek IC tidak wajar dipertanggungjawabkan kepada Tun Dr Mahathir semata-mata.

Menurut Anwar, projek berkenaan diteruskan ketika era Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.

Wasabi Oyabun...

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Lagi Bas jatuh gaung - 17 nyaris maut

Posted: 20 Sep 2013 10:05 AM PDT

  • 17 nyaris maut bas jatuh gaungKeadaan bas ekspres membawa 17 penumpang yang terjunam setelah terlibat dalam kemalangan.
 1 / 2 
SLIM RIVER – Seramai 17 penumpang sebuah bas ekspres nyaris maut apabila kenderaan yang dinaiki itu terjunam ke dalam gaung sedalam hampir enam meter setelah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 308.1 (arah Utara), Lebuh raya Utara Selatan (PLUS), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, semua penumpang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Ipoh sebelum bas berkenaan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah kereta jenis Mazda yang terbabas.

Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Superintendan Sharul Othman Mansor berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dalam perjalanan dari Selatan ke Utara itu hilang kawalan ketika cuba untuk memotong bas berkenaan.

Menurutnya, kegagalan cubaan memotong itu menyebabkan kereta melanggar besi pembahagi jalan sebelum berpusing beberapa kali di hadapan bas.

"Bas cuba untuk mengelak dari merempuh kereta itu, tetapi tidak berjaya menyebabkan kedua-dua kenderaan jatuh ke tebing lebuh raya.

"Buat masa ini, tiada kematian dilaporkan, semua penumpang selamat apabila hanya mengalami cedera ringan.

"Kesemua mereka dihantar ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut, buat masa ini, semua mangsa termasuk pemandu bas dilaporkan stabil.

"Pemandu kereta dilaporkan parah dan patah tangan," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Slim River, Md Zin Mohd Saaidin berkata, bomba yang menerima panggilan pada jam 5.33 petang bergegas ke lokasi, berjaya mengeluarkan lapan mangsa yang cedera.

Katanya, kebanyakan mangsa lain diselamatkan orang awam.

"Kita terpaksa melakukan kerja pembersihan di tempat kejadian berikutan tumpahan minyak berlaku semasa pelanggaran.

"Operasi menyelamat yang disertai tujuh anggota tamat pada jam 6.34 petang tadi," katanya.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Orang Muda Dan Berkelayakan, Sohaimi Shahadan Calon MT Pilihan Aku...

Posted: 20 Sep 2013 06:00 AM PDT


Calon majlis tertinggi pilihan aku, orang muda dan berkelayakan, sesuai dengan hasrat najib untuk meremajakan umno...

Rakyat Pulau Pinang Akan Dapat CM Baru, Guan Eng Pertimbang Letak Jawatan...

Posted: 20 Sep 2013 12:00 AM PDT


Sebahagian ahli dan perwakilan DAP di negara ini didakwa mahu Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng melepaskan jawatan dan tidak bertanding pada pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), 29 September ini. 

Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor, berkata dalam perjumpaannya dengan ahli dan perwakilan di Sungai Petani, Taiping dan Kuala Kangsar, baru-baru ini, kebanyakannya mahukan Guan Eng supaya berbuat demikian. Beliau berkata, mereka mendakwa Guan Eng perlu bertanggungjawab atas kegagalan beliau dalam mengemudikan pemilihan CEC pada Disember tahun lalu sehingga menyebabkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) terpaksa campur tangan. 

"Saya tidak menolak kemungkinan asas kepada insiden berkenaan adalah kerana Guan Eng mempunyai agenda tersirat dalam memperkuatkan kedudukan beliau dan bapanya, Lim Kit Siang, sehingga sanggup memutarbelitkan keputusan CEC. 

"DAP juga kini dilihat seolah-olah sudah berubah daripada seekor ikan haruan menjadi ikan keli dek ralit dengan kuasa yang dimiliki selepas 8 Mac 2008 apabila mendapat mandat membentuk kerajaan di Pulau Pinang," katanya di sini, semalam. 

Selain itu, Zulkifli menyifatkan kepemimpinan DAP tidak melihat kepentingan orang Melayu dalam parti berkenaan apabila gagal melantik wakil Melayu sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) khususnya di negeri pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. "Bagi mengaburi mata rakyat dan menunjukkan DAP sebagai sebuah parti berbilang bangsa, tiga atau empat ahli Melayu diangkat menjadi pemimpin parti tetapi itu sekadar satu pembohongan," katanya. 

Terdahulu, Zulkifli mengumumkan akan mengadakan siri kempen sebagai persediaan untuk bertanding dalam pemilihan semula CEC hujung bulan ini bagi menguji ketelusan parti memperjuangkan ideologi 'Malaysian Malaysia' yang selama ini dilaungkan. 

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Ku Li Elok Bertanding Majlis Tertinggi

Posted: 20 Sep 2013 10:53 AM PDT

Kiriman Email



 

Tengku Razaleigh Hamzah, atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li secara terbuka mengakui bahawa beliau masih mempunyai hasrat untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO kali ini.  Sebagai seorang veteran dan berjasa pula, ramai yang melihat satu-satunya jawatan yang sesuai wajar ditandinginya ialah jawatan tertinggi. 

 

Namun, begitu Ku Li menafikan ingin bertanding jawatan tertinggi tetapi tidak keberatan bertanding jawatan yang lebih rendah. 

 

Kenyataan Ku Li ini dilihat sebagai cerminan kematangan orang lama yang tidak terbawa-bawa dengan kerakusan untuk berkuasa tetapi berpijak di bumi nyata.  Dengan usia yang mencecah 76 tahun, pastinya berebut kuasa bukanlah perkara mengujakan bagi Ku Li.  Lagipun, UMNO tidak memerlukan pertandingan sengit yang mampu memecahbelahkan parti pada dan ketika ini. Apatah lagi dalam keadaan UMNO amat memerlukan tenaga muda dan segar untuk kekal relevan dalam arus politik semasa.   

 

Walaupun tenaga muda itu penting bagi UMNO, parti ini turut memerlukan semangat dan kematangan orang-orang lama.  Pengalaman orang-orang lama terlalu berharga untuk diketepikan seratus peratus.  Justeru, minat Ku Li untuk terus berkhidmat di dalam UMNO dan bertanding dalam pemilihan tidak harus dipandang sinis. 

 

Memandangkan penggal ini dilihat sebagai penggal terakhir untuk Ku Li bertanding, maka inilah disarankan agar Ku Li bertanding Majlis Tertinggi UMNO yang mana dilihat lebih sesuai untuknya. Dengan cara ini, UMNO akan berpeluang mendengar pendapat dan nasihat orang lama yang pastinya berguna untuk dijadikan panduan. 

 

Kekuatan Ku Li bukanlah calang-calang.  Beliau telah menyandang jawatan Ketua Bahagian Gua Musang sejak 1962 iaitu selama 51 tahun.  Ini sekali gus menunjukkan bahawa beliau semestinya seorang pemimpin yang berkesan bagi rakyat kawasannya.  Sekiranya beliau berada dalam MT UMNO, maka kekuatan dan keberkesanan kepimpinan beliau tentu sekali boleh dimanfaatkan oleh semua. 

 

Bagaimanapun, terpulanglah kepada Ku Li untuk menentukan langkah seterusnya.  Apa yang pasti, barisan kepimpinan UMNO cukup terbuka untuk menerima cabaran dari sesiapa sahaja. 



Panglima : sokong Ku Li diberi tempat dalam parti 


Sent from my iPhone

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:03 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Manipulasi Perlembagaan DAP, Strategi Utama Dinasti Lim Terus Berkuasa?

Posted: 20 Sep 2013 10:03 PM PDT


Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd Noor mendakwa terdapat satu senarai terpilih yang direstui oleh kepimpinan tertinggi DAP, dapat berkempen dengan lebih cekap kerana memiliki senarai perwakilan yang akan mengundi sedang berkempen untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 29 September ini.

Zulkifli dilaporkan Malaysiakini berkata beliau tidak termasuk dalam senarai terpilih tersebut dan tidak dibekalkan senarai perwakilan daripada ibu pejabat DAP.

Walaupun Zulkifli tidak menamakan pemimpin atasan DAP yang dimaksudkan itu, namun sudah diketahui umum, ia merujuk kepada penasihat DAP, Lim Kit Siang melalui proksi anaknya Lim Guan Eng yang menjadi Setiausaha Agung DAP.

"Senarai itu tidak diedarkan kepada calon-calon lain. Mereka dah ada (senarai). Saya tak ada (senarai) dan saya terpaksa berkempen dalam 'gelap'," katanya.

Zulkifli yang merupakan seorang daripada lapan orang calon Melayu yang merebut 20 tempat dalam CEC.


Pendedahan terbaru Zulkifli itu menyamai pendedahan Peter ahli DAP di sebuah cawangan di Johor yang 'membuka' blog thedapinsider sejak beberapa hari lepas.

Dalam tajuk "Pembohongan keluarga Lim mempertahankan kuasa dalam DAP," Peter mendedahkan Dinasti Lim, merujuk kepada keluarga Kit Siang dan anaknya Guan Eng berjaya mendominasi DAP sejak dari tahun 1968 dengan cara memanipulasi perlembagaan parti itu.

"Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

"Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

"Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap Parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja," dedahnya.

Menurutnya, setiap cawangan DAP dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu cawangan yang mendapat sijil A dan cawangan yang menjadi Sijil B yang ditentukan oleh Setiausaha Agung DAP.

Ahli-ahli cawangan yang mendapat sijil A layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC, manakala ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati tetapi tidak mengundi.

"Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi.


Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.

"Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya," dedahnya.

Selain strategi pembahagian sijil, Peter turut mendedahkan taktik kedua Dinasti Lim untuk terus berkuasa dengan cara 'pemilihan 20 CEC tanpa menamakan jawatan'.

"Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

"Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit.

Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

"Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP."

Menurut Peter dua taktik memanipulasikan perlembagaan DAP itu adalah rahsia besar Dinasti Lim terus berkuasa dalam parti itu sejak 50 tahun lalu.

"Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

"Kit Siang tahu dia sekarang sudah di hujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang.

Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

"Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP," dedahnya lagi.

Suara Politik
Belantan

‘Retreat’ Selangor Ke Bangkok Diragui?

Posted: 20 Sep 2013 09:23 AM PDT


Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA), Abu Bakar Yahya menyuarakan keraguan terhadap agenda Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan mesyuarat Exco negeri di Bangkok yang bermula semalam dan hari ini.

Abu Bakar dilaporkan Antarapos berharap 'retreat' kerajaan Selangor itu tiada kaitan dengan kematian Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Isnin lalu.

"Penjelasan itu penting bagi menafikan dakwaan mereka pergi ke sana juga bertujuan menziarahi mendiang Chin Peng, yang mati, Isnin lalu.

"PERKASA Selangor berharap pemergian mereka ini tiada helah lain. Apapun, biar rakyat menilai sama ada benar-benar untuk rakyat negeri ini atau sebaliknya," katanya.

Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan, berkata tindakan kerajaan negeri itu satu pembaziran wang rakyat.

"Tujuan mesyuarat Exco untuk mendapatkan hasil dan tidak semestinya diadakan di luar negara. Apa keperluan untuk bermesyuarat di sana.

"Abdul Khalid perlu jelaskan kerana sebelum ini beliau mendabik dada kononnya menguruskan belanjawan berhemat.

"Lawatan seperti ini pasti membabitkan implikasi kewangan kerana pegawai kerajaan negeri juga turut dibawa. Di mana punca kewangan untuk lawatan itu kerana jika tidak, ia pasti dianggap membazirkan wang rakyat," katanya.

Semalam blog the Unspinners mendakwa seramai 18 orang terdiri daripada Exco dan pegawai kerajaan negeri Selangor telah bertolak dari KLIA pada 18 Sep 2013 jam 10:00 pagi ke Bangkok.

"The Unspinners mendapat maklumat bahawa exco Selangor akan mengadakan Mesyuarat Exco Negeri Selangor di World Club Hotel, Bangkok, Thailand dari hari ini 18hb ke 20hb.

"Dipercayai mesyuarat di adakan di situ bersempena kematian Chin Peng. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah usaha kerajaan Pakatan Rakyat mahu pertahan saham politik dengan sebahagian masyarakat Cina untuk memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng.

"Segala perbelanjaan pemergiaan ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dan dengan demikian bermakna kerajaan Selangor menghormati pengganas," dakwa blog itu.-AIDC

Suara Politik
Belantan

Chin Peng adalah pengkhianat dan bukannya wira?

Posted: 20 Sep 2013 02:12 AM PDT


Tindakan segelintir rakyat kita sendiri yang cuba menonjolkan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok baru-baru ini sebagai wira dan pejuang negara cukup menyedihkan dan mengecewakan.

Hal ini kerana sejarah negara dengan jelas membuktikan betapa komunis menjadi ancaman yang cukup besar, melakukan pelbagai kemusnahan terutamanya kekejaman terhadap rakyat tempatan. Ringkasnya, ribuan nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan, angkara keganasan dan kekejaman komunis terhadap rakyat negara ini. Kenapa begitu mudah rakyat kita sendiri lupa tentang sejarah ini atau pura-pura lupa hanya untuk meraih pengaruh politik dalam kalangan masyarakat?

Seperti kata Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth, dosa Chin Peng terhadap negara dan rakyat ini terlalu besar dan tidak boleh dimaafkan sama sekali.


Justeru tindakan untuk mengagungkan perjuangan Chin Peng dan komunis wajar dilihat sebagai usaha menafikan perjuangan para perajurit kita, malah ia boleh disifatkan sebagai tindakan menghina bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban di tangan komunis dalam mempertahankan ibu pertiwi.

Kita berharap sangat agar pihak yang cuba mengangkat Chin Peng sebagai wira hentikan segera perbuatan tersebut. Baca dan fahamilah sejarah negara dan sejarah perjuangan komunis secara menyeluruh sebelum membuat sesuatu kesimpulan mahupun tuduhan.

Selami dan fahami juga hati dan perasaan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis di negara ini tatkala kita cuba memuja Chin Peng dan perjuangannya.

Apa yang pasti komunis tetap komunis selamanya. Ideologi perjuangannya cukup nyata dan jelas. Maka tidak perlu dan tidak wajar ada rasa kasihan, apatah lagi usaha untuk menghalalkan perjuangan dan tindakan kejam mereka terhadap perwira negara.


Sekarang Chin Peng sudahpun menjadi sejarah. Biarlah sejarah menghakimi segala kekejaman dan keganasan yang beliau dan rakan-rakannya lakukan terhadap rakyat dan negara ini. Setiap nyawa yang terkorban serta setiap titisan darah yang diakibatkan oleh komunis tidak wajar dilupakan begitu saja.

Dalam hal ini generasi muda yang ada pada hari ini wajar dididik dan diberi penjelasan serta penerangan yang betul tentang kekejaman komunis serta perjuangan para perwira negara dalam melawan komunis dan mempertahankan negara. Jangan sesekali kita cuba memutarbelit fakta dan sejarah demi merasionalkan tindakan mahupun hujah kita.

Semoga pihak kerajaan terus tegas dalam soal ini. Tiada ruang untuk berkompromi mahupun bertolak ansur walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kita tidak mahu pengkhianat diangkat sebagai wira hanya kerana kepentingan peribadi mahupun politik pihak tertentu.

Suara Politik
Belantan

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:34 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Jurang Antara Kawan Biasa dan Teman Lelaki Semakin Lama Semakin Mengecil

Posted: 20 Sep 2013 07:06 PM PDT


Damn it! 
Kenapa aku tak ada kawan-kawan macam ni?


Pengguna Genius : Ada Masanya, Beli Yang Kecil Lebih Untung Asalkan Kau Peka

Posted: 20 Sep 2013 12:02 AM PDT



Kadang2 ada masanya kalau kita nak beli something, 
kita tak tengok betul-betul, kita akan rugi. Contohnya, macam kat atas ni.

Kalau tak, dah rugi 50 sen dah kalau beli yang saiz besar.
Padahal, sepatutnya, value for money adalah kalau kau beli lagi banyak la kan?