Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Anih ada kata kerajaan nak bawa masuk 1.0 juta pendatang Bangla

Posted: 19 Sep 2013 05:35 AM PDT

UMNO perlu suntikan darah baru

Posted: 19 Sep 2013 02:28 AM PDT

Memilih pemimpin bagi UMNO

Posted: 18 Sep 2013 11:34 PM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Casino en ligne a ete aide par elle

Posted: 19 Sep 2013 10:51 AM PDT

Eh bien, il s’agit d’une situation où l’art imite la vie depuis ne laissez pas casino gratuit sans telechargement avec bonus vous descendre. Il ya plusieurs choix quand il est à égalité avec casino en ligne. Pourtant, la pratique rend parfait. Vous voulez des mains avec casino en ligne. Avez-vous besoin pour ne pas paraître raisonnable ? J’ai besoin de revenir sur la création de l’impression d’être en difficulté. Je ne m’attends pas que cet article est rédigé en douceur, mais je pars à lui seul.

Je reçois leur sentiment, mais ils devraient être plus précises.
Je ne comprends pas pourquoi je ne peux tout simplement essayer de garder loin de ce que, au moins partiellement.
Ce sera seulement la colère des dilettantes jeux casino autres. Cet appel aux anciens rivaux.

Avec cette guide casino nouvelles récentes est moins crucial que cela. C’était une noble pensée. Nous allons parler de la façon experts qui savent comment peux le faire. J’ai besoin de les rassembler tous.

Je parie que vous ne pouvez pas comprendre ces suppositions bien conçu touchant à casino francais. Je décris tout.
C’est ainsi que vous pouvez dupliquer votre jeux casino. casino francais est une mauvaise façon d’oublier en ce qui concerne casino francais. Ce qui me motive, Il n’est jamais trop tard pour apprendre. Je suppose que je suis en train d’écrire ces postes à long randonnées parce que je peux dire à votre devenir nerveux liée à craps.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


SAHAM KPF 14.5% .??? BUKANKAH 16.5% ?????

Posted: 19 Sep 2013 08:40 AM PDT


Dapat sumber dari perbincangan dalam laman sosial FB VETERAN FELDA

Hari ini, 18hb Sept. saya dengar lagi berita dari angin lalu mengenai KPF. i) Khabarnya pihak berwajib, SKM, mengizinkan bonus hanya 4.5% dan bukannya 6.5% dibayar kepada ahli, sepertimana telah di persetujui di MA KPF. ALP telah membuat rayuan semula. Semuga berjaya rayuan itu.

ii) Angin lalu yang bertambah kencang membawa berita ura2 FGV untuk membeli baki saham Syarikat Felda Holdings yang di pegang oleh KPF,(sebanyak 51%), akan tidak dapat tidak, macamana sekalipun akan dipastikan mesti menjadi. Wallahualam

DFY.. kalau mcm ni....habislah kita DFY....Itulah ingat lepas pencen nk simpan diKPF.

Ya ke ni DFY...cubaAhmad Razan Zainal pastikan dgn CEO KPF c Mazlan tu......x de ke sembang2 baru ni...

Kami hanya sembang mengenai projek-projek baru KPF, termasuk di Makkah, ganti Hotel Ummu Hane yang sudah di robohkan April lepas, peluang tanah di Kelantan, jika ada....Yang cerita baki dividen KPF, belum lulus SKM....Yang angin lalu, sya tak tanya sebab tak sampai ke Bentong lagi berita....

Tolonglah abg2.....
Usahakanlah berbuat sesuatu...
Selamatkanlah kazanah terakhir felda dari diperkosa kerangkusan mereka yg tamak haloba penuh tipu daya....
Jangan lah tersilap menilai sebagaimana yg sebelumnya...fgv tergadai kini....

Jualan saham hanya akan berlaku sekiranya ahli KPF sendiri mengizinkannya. Minta ahli2 berfikir apa yang terbaik untuk ahli, jangka masa panjang.Jika pelaburan KPF masih kekal dalam syarikat Felda, pulangan pasti akan diperolehi kepada ahli. Ingat jangan jadi Burung Terbang Di pipiskan Lada. Terdengarkan Guruh Dilangit, Air Ditempayan Dicurahkan.Ayam Sabung Menang, Kampong Tergadai.Bincangkan hal masa depan KPF. Tanyakan kepada mereka yang pandai, tetapi tidak berkepentingan sendiri. Orang lain nak beli syarikat Felda. Mesti mereka telah kira ini menguntungkan lebih kepada mereka.
Ybg Dato, mohon ALK sediakan paper pro dan cont penjualan saham tersebut supaya mudah ahli membuat keputusan yang terbaik.

ALP KPF nampaknya berdiam diri. Angin telah bertiup sejak Hari Raya Eidulfitri tahun 2012. Saya telah bangkitkan soal 'Siapa yang akan menjaga kepentingan dan mempertahankan kedudukan KPF dan Ahlinya' kepada dua ALP dan CEO KPF. Ulangan dibuat melaluiDialog Kita 1,2,3,4, anjuran Ahli PBKF, terakhir Agustus 2013. Masih tidak bergerak kelihatannya. Kalau gitu kita sendiri ambil berat hal KPF. Mulai sekarang. Buat apa yang perlu untuk mempastikan Ahli KPF tahu apa yang akan berlaku.

Puziah Jamaluddin Kena tanya CEO KPF En Mazlan, dia tahu semua hal dalaman KPF.

 Dato F, kita lupakn sekejap sejarah silam kita di perancang dulu....Kita amati & tumpukn sekejap nasib kpf. Tahun 2010, si bakke gagap merengek dgn bini rusmah supaya felda lepaskn pegangan ekuiti 49% dlm felda holdings. Akibatnya felda melopong hilang income rm250 juta setahun. Walaupun ditukar dlm bentuk saham, tapi pattern atau goodwill penat lelah felda membina empayer perniagaan yg begitu besar lesap begitu saja. Maknenya fgv diam2 kelentong felda. Bahasa kasarnya menipu la. Harap2 yg tgh sakit tu bole sedar & dengar apa jadi pada felda. Kali ini fgv nak bolot semua 51% & kabarnya semua ekuiti kpf dlm fassb. Ini idea sape lg kalau tak nenek suzana! Dia sanggup perjudikan peneroka dan staff utk business fgv yg makin tenat. Pradeev kumar ceo fgv yg gantikan si polan yg sakit tu..apa dia tau hal kpf? Isunya skrg board kpf dah jadi mcm kerbau dicocok hidung & terpaksa pakai baju oren. Apa YDP pencen bole buat? Apa para perwakilan kpf bole lakukan melainkn sokong saja dlm EGM nanti. Nenek su yg jd master mind. Dato pun tau dia petah & pandai mengipas. Co's di US & Canada lingkup di tgnnya. Kilang rugi. Mana pernah kilang rugi di masa2 lepas? Cost cpo makin mahal & fgv sudah lesap image planters! Jadi, kita kena redha & terima hakikat kpf akan tinggal nama saja mcm kub, multipurpose, maika, shamelin dll...

DFY....jangan biarkan KPF jadi macam KUB atau Shamelin....ahli kita amat ramai, jangan abaikan mereka....dulu pun pernah jadii ahli KUB

Dato F, masa BUL di setup dulu, kita bertgang leher kawal kos, baja & mcm2. Kos mesti tak lebih rm150 ketika itu & kemudian naik sampai rm180 & last2 felda bg ceiling sampai rm200-rm220. Nak lantik VA must get approval from felda. Nak tender baja must get consent from felda. Bila fgv amek aleh ladang felda, cost hampir sama dgn harga bts. Ni apa cite? Org golden hope masuk dpat US8ribu-12ribu jadi manager. Planters dan org lama fpsb disingkir. Replanting dah sampai rm15ribu per hec....ni apa cite? Mcm mane fgv nak untung? Nak cover untung cari jln pintas...apa lg kpf jadi mangsa la. Terdaya ke perwakilan kpf lawan isa samad?
Felda adalah sumbangan AY Tun Razak kepada kita orang Melayu dan Orang Cina India... Melayu dapat tanah menjadi peneroka dan akhirnya dapat grant tanah dari kerajaan megeri...Melayu dapat kerja menguruskan rancangan tanah terbesar di dunia dengan ikhlas dan hanya menerima gaji pencen ( tetapi ada juga kakitangan rancangan Fela dirampas hak pencen mereka dengan lembut)... Orang Cina India juga ada yang dapat jadi peneroka, jadi pegawai dan tetapi banyak yang jadi jutawan menjadi kontrektor)...

Recopy & paste: Angin lalu yang bertambah kencang membawa berita ura2 FGV untuk membeli baki saham Syarikat Felda Holdings yang di pegang oleh KPF,(sebanyak 51%), akan tidak dapat tidak, macamana sekalipun akan dipastikan mesti menjadi. Wallahualam...

zaman Tun M tak sampai hati beliau hendak jadikan Felda... seperti FGv... Felda Holdings dan KPF masih dapat dipertahankan... zaman sekarang KPF mesti di ambil alih kalau tidak usaha menjadikan Felda hak milik dunia tak kanmenjadi... kita sekarang dalam genggaman Agenda 21 dan TPP... KPF tempatku bergantung.... seperti Malaysiatanah tumpah darahku....

Tapi rasanya kalau DFY, masih jadi DG , rasanya perkara mcm ni x akan berlaku, Walaupun ada sesetengah perkara yang kita tak setuju ada juga sebahaginanya, yang kita patut contohi. Ini orang nak apa semua bagi, last2 kena sembelih juga.

 kalau orang nak ambik dia ambik... walaupun orang macam DFY jadi DG sekarang ni...

Pelik bin ajaib. Kpf pegang 51% dlm felda holdings. Wakil board kpf dlm felda holdings hanya SEORANG saja. Jawatn kanan dlm pengurusan felda holdings skrg org fgv. Satu jawatan paling penting ialah yg menjaga procurement tender berbilion yg dipegang ex-exco ns. Jadi, faham2 saja lah motif sebalik ini

Kpf adalah tempat kita semua merancang tambahan pendapatan terutama salepas pencen ,serta seluruh anak2 n warga peneroka,mereka adalah penyumbang kpd 50 kaw parlimen, jangan la salepas pru kita diperlakukan begini ,takut pru akn dtg kerajaan dihukum kerana kerakusan mereka YG pentingkn diri.kita DULU mengikat perut sbb nk bayar hutang LEBIH awal,tapi skrg lihat saja mereka membelanjakn Rm. Siapa yg boleh selamatkn Kpf,TOLONG...kpd pemimpin yg ada kuasa selamatkn Kpf.

DFY, kalau RM10.00 pasti ramai yg setuju, bagilah kami jadi org. berada....utk staff dan peneroka...

anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
air mata darah bercampor keringat
bumi di pijak milik orang

Saba Imam .
air mata darah bercampor keringat
bumi di pijak milik orang
dividen Kpf lah yg diharap sangat
buat menampung mana yg kurang...

Saba Imam .
anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
buat pesara seperti kami,
memang keuntungan KPF yg di nanti2...

Betul, saya setuju 100%...

Lagu yg sekadar d lagukan setahun sekali....namun penghayatan dan kefahaman jauh panggang dari bara....
Siapa brani bangkang kalau d katakan la ni sebahagian tanah milik felda jd milik orang lain.....

Siapa di antara VF pernah berkhidmat dengan GLC.....atau lebih tepat dengan KHAZANAH GROUP.....apa yang saya perhatikan konsep yang digunakan sama aje dimana duit atau keuntungan menjadi keutamaan walaupun kadang kadang terdapat CSR diwar warkan untuk menjadi gula-gula. Kerahsiaan polisi yang telah ditetapkan oleh orang yang kononnya pakar, pastinya berlaku walaupun apa caranya cuma mungkin mengambil sedikit masa atau masa yang panjang. Lazimnya kejadian seperti ini di sokong oleh tangan ghaib yang amat kuat dan berpengaruh. Lihat saja apa yang berlaku disekiling kita seperti MAS, TRANSNASIONAL, TEBRAU TEGUH dan banyak lagi kalau ditulis. Apa yang saya cadangkan supaya kita dapat maksimumkan faedah dan keuntungan daripada apa yang berlaku daripada kita hanya menang sorak tetapi semua lainnya kita kalah yang......hanya pandangan dan pengalaman......

berdoa n sembahyang hajatlah semua ahli KPF, supaya manusia yg ingin mengkhinati keutuhan KPF, diberi pertunjuk olih Allah,terbuka pintu hatinya untuk membantu memajukan KPF. (Zaman saya kanak2 dulu,ada bomoh bolih pecahkan perut orang yg dituju,kerana kesalahan mencuri wang,betul menjadi....pesakit membuncit perut n pecah perut dalam n mati.....)kenangan.......

Inna llillahi wa inna ilaihirajiun


sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


KERETA LUTSINAR UNTUK KURANGKAN KADAR NAHAS JALAN RAYA?

Posted: 19 Sep 2013 06:57 PM PDT

kereta lutsinar, berita, german, luar negara

Kereta lutsinar guna teknologi keselamatan  | Frankfrut -  Kereta lutsinar yang direka bentuk menggunakan teknologi keselamatan ini bertujuan untukmengurangkan kadar nahas jalan raya.

Menurut laporan DailyMail, pengunjung di Pameran Kereta Frankfurt boleh melihat dengan jelas sistem keselamatan termasuk sensor, sistem brek dan beg udara pada model sedan itu yang biasanya tersembunyi di sebalik panel kereta biasa.

Menurut TRW Automotive, kereta itu turut dilengkapi sistem tali pinggang keledar baru yang boleh bertindak balas mengikut situasi pemanduan selain mengelakkan pemandu beralih dari kedudukan mereka jika berlaku kemalangan, sekali gus mengurangkan risiko kecederaan lebih teruk.

Ketua Pegawai Eksekutif TRW, John Plant memaklumkan ciptaan kereta itu juga adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya di seluruh dunia.

"Beberapa fungsi lebih canggih termasuk sistem sokongan kecemasan pada kereta ini akan diperkenalkan pada masa hadapan," jelasnya lagi.

Sumber : newandoldinfo.blogspot.com

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Tidak Ada Tempat Untuk Hisham CKMM, Ini Naib Presiden UMNO Pilihan Aku...

Posted: 19 Sep 2013 06:45 AM PDT


Alhamdulilah syukur, mukhriz menyatakan yang dia akan bertanding jawatan naib presiden umno dalam pemilihan akan datang, sekali gus menutup terus peluang hisham ckmm untuk menang jawatan itu...

Aku yakin dan percaya, hisham akan gunakan segala bentuk jentera yang dia untuk merayu dan meraih simpati perwakilan untuk memberikan dia sekali lagi peluang dan ruang duduk di jawatan itu...

Para perwakilan sekelian, fikirlah masak-masak, adakah orang seperti hisham yang pernah mencium keris kemudian untuk menjaga hati cina dia sanggup minta maaf atas perbuatannya yang mencium keris itu kita nak angkat menjadi pemimpin kanan umno?

Jangan kita termakan dengan penurunan kadar saman AES, percayalah itu keputusan kabinet, hisham hanya announce sahaja, siapa pun menteri akan buat perkara yang sama kalau kabinet sudah bersetuju untuk turunkan kadar saman itu, so hisham tak payahlah jaja kata kerana dia kadar saman AES di turunkan...

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Eja Azam Tidak Tinggalkan Solat Selepas Bertudung

Posted: 19 Sep 2013 10:52 AM PDT

Eja lebih berjaga-jaga dalam perlakuan serta pertuturan kata
PETALING JAYA: Selepas membuat keputusan bertudung sekembalinya dari menunaikan umrah pada Mac lalu, pelakon Eja mempraktikkan diri untuk tidak meninggalkan solat.
Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 41, berkata, selama ini dia jarang melengkapkan sembahyang lima waktu yang diwajibkan untuk umat Islam kerana kesibukan tetapi selepas mendapat hidayah Allah, dia akan pastikan kewajipan itu dapat dilaksanakan walaupun di lokasi penggambaran.
"Sebagai manusia, banyak kekurangan yang saya miliki kerana sibuk dengan hal-hal dunia dan sepanjang 17 tahun berada dalam industri seni, kadang-kadang saya lupa terhadap kewajipan saya.
"Tetapi sejak pulang daripada mengerjakan Umrah buat kali keempat, hati dan fikiran saya sudah mula berubah.
"Saya memastikan diri ini tidak tinggalkan solat dan seandainya terlepas dengan tidak sengaja, saya akan qada semula. Selebihnya saya serah kepada Allah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.
Tambah pelakon yang popular dengan filem Sepi dan Janin ini, perubahan imej bertudung juga membuatkan dia lebih berjaga-jaga daripada segi tingkah laku serta pertuturan agar tidak dipandang serong.
Watak bertudung Eja dalam drama lakonannya turut mempengaruhi dia menutup aurat.
Malah Eja juga berazam untuk melakukan kebaikan sesama manusia agar dapat menggembirakan mereka selain berusaha tidak melukakan hati sesiapa.
Sementara itu, Eja juga bersyukur imej baharu itu tidak menyekat rezekinya sebagai pelakon sebaliknya tawaran yang diterima tidak pernah putus termasuklah turut dilantik menjadi duta buat produk Cosry Skin Therapy.
"Kalau nak tahu, saya menandatangani kontrak dengan pihak Cosry sebelum bertudung dan Alhamdulillah apabila bertudung, mereka tetap menerima imej baru saya ini.
"Dan saya berpendapat, apabila kita melakukan perubahan kerana Allah, sudah pasti rezeki kita sentiasa ada dalam apa-apa situasi sekalipun asalkan kita rajin berusaha," ujarnya.
Dalam pada itu Eja turut menasihati artis-artis bertudung lain agar tidak risau untuk meneruskan karier kerana industri hiburan tempatan sekarang ini lebih terbuka.
Mengenai perkembangannya Eja baharu selesai menjalani penggambaran filem Tembus,arahan Ahmad Idham dan Manisnya Cinta (Bernard Chauly).
Malah Eja juga bakal mengacarakan sebuah program televisyen mengenai isu wanita dan berhajat mengarah sebuah filem pendek tidak lama lagi.

Lebih 1,000 nikah di Siam setiap bulan

Posted: 19 Sep 2013 05:31 AM PDT

  • Lebih 1,000 nikah di Siam setiap bulanProsedur nikah di Thailand amat mudah hingga boleh disempurnakan di dalam kenderaan - Gambar hiasan. - Foto AZMI ARYANTO
 1 / 2 
SONGKHLA - Setiap bulan lebih 1,000 rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di selatan Thailand kerana keterbukaan negara Gajah Putih itu dalam hal perkahwinan.

Konsulat Jeneral Malaysia di sini, Mohd Faizal Razali berkata, jumlah tersebut tidak termasuk pernikahan yang dilakukan melalui sindiket haram, di sini.

"Kebanyakan mereka kahwin di selatan Thailand untuk mengelak perkahwinan mereka diketahui isteri pertama yang (dirasakan) tidak memberi persetujuan berpoligami atau keterlanjuran tetapi dihalang ibu bapa dan ahli keluarga.

"Di selatan Thailand prosedur dan proses pernikahan tidak rumit serta cepat dan rata-rata pasangan yang berkahwin terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Paling ramai adalah yang berumur dalam lingkungan 30-an," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan persatuan mewakili 12 sekolah, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi KPTM, Mohd Azis Jamman, Pengarah KPTM, Dr Wan Sabri Wan Hussain, Pengarah Kampus KPTM Kota Bharu, Mohamed Saifuddin Hussin dan pengetua-pengetua 12 sekolah yang terlibat.

Menurutnya, kebanyakan pasangan terdiri daripada mereka yang tinggal di negeri bersempadan Malaysia-Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Mohd Faizal berkata, jumlah tersebut dijangka lebih ramai jika turut melibatkan pernikahan melalui sindiket haram yang mengenakan bayaran dari RM1,700 hingga RM3,000 bagi setiap akad nikah.\

Katanya, apa yang menyedihkan ialah sindiket haram mengenakan bayaran tinggi tetapi kebanyakan proses pernikahan yang mereka uruskan diadakan di tempat yang tidak sesuai seperti di kedai makanan, dalam kenderaan dan tidak kurang yang diadakan hanya di tepi jalan.

Beliau berkata, melalui konsulat, pernikahan dilakukan melalui proses yang sah mengikut garis panduan daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan serta mendapat pengesahan Pejabat Konsul Malaysia, di sini.

"Melalui pihak konsul Malaysia, pasangan yang ingin bernikah hanya perlu mengeluarkan RM50 untuk pemprosesan dokumen dan ia juga tidak serumit yang dilakukan oleh pihak sindiket.

"Tugas utama kami adalah bagi memastikan bahawa perkahwinan yang berlangsung itu mengikut garis panduan dan mengelakkan pasangan daripada menjadi mangsa penipuan sindiket," katanya.

 Menurutnya, melihat kepada sikap rakyat Malaysia yang suka ambil jalan mudah untuk berkahwin, beliau menyeru orang ramai agar tidak bernikah melalui sindiket kerana prosedurnya tidak sah dan akan beri kesan kepada keturunan pasangan berkenaan, di masa akan datang.

Mohd Faizal berkata, pihaknya tidak mahu mereka ini menjadi mangsa penipuan pernikahan secara sindiket kerana ia dibuat melalui prosedur yang tidak sah, semata-mata ingin kaut keuntungan.

"Saya tegaskan perkara ini perlu diambil serius kerana  ianya melibatkan keturunan pasangan yang bernikah," katanya.

Beliau berkata, sekiranya pasangan bernikah secara tidak betul maka apabila anak dilahirkan nanti menjadi tidak sah dan ini sudah tentu boleh merosakkan institusi kekeluargaan Islam tersebut.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:12 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Anwar Ibrahim & reformasi: Dari kaca mata seorang rakyat biasa

Posted: 19 Sep 2013 08:59 PM PDT

Anas Alam Faizli

"Tiada sesiapa pun yang benar-benar mengenali sebuah negara itu sehinggalah dia pernah berada di dalam penjaranya. Sesebuah negara itu tidak wajar diadili dengan cara layanan kepada warga atasannya, tetapi layanannya kepada warga bawahannya." (Nelson Mandela)

Ketika remaja, saya sering menyelak helaian koleksi keratan akhbar lama milik abah. Salah satunya yang sering diingati ialah helaian akhbar tahun 1982 mengenai seorang personaliti bernama Anwar Ibrahim yang diumumkan bakal menyertai Umno.

Majoriti kalangan sahabat terdekat dan pengikut Anwar ketika itu, melihat beliau sebagai harapan mereka; susuk pemimpin masa hadapan yang mampu memberikan cabaran besar kepada kerajaan. Maka, tindakan beliau menyertai Umno tidak diterima umum; termasuklah emak, yang merupakan seorang ahli JIM.

Tahun 1996, sewaktu Anwar membentangkan bajet di Parlimen - suatu acara tahunan ditunggu-tunggu, kerana sinonimnya dengan Anwar memperkenalkan perkataan baru - kelihatan terdapat tanda-tanda di wajahnya. Emak berseloroh, " Baru nak matang lah tu..." Mungkin, perasaan tidak puas hati masih kekal sehingga saat itu.

Tidak lama kemudian berlakulah krisis kewangan yang menggoncang ekonomi Asia Tenggara, tatkala Anwar berada di puncak kerjayanya di dalam kerajaan sehingga memangku jawatan Perdana Menteri. Dalam era yang sama, akhbar melaporkan usaha beliau menentang kronisme dan rasuah. Emak dan abah menyatakan firasat mereka bahawa Anwar akan 'kena' tidak lama lagi. Saya tidak dapat menangkap maksud mereka sehinggalah peristiwa 2 September 1998.

Detik demi detik peristiwa itu saya saksikan di kaca televisyen dari kampus di selatan tanah air. Saat itu tidak dapat dilupakan; terduduk keliru cuba menenangkan fikiran dan memahami kekacauan yang sedang berlaku. Sejak itu, laporan berita dan perkembangan kes tuduhan Anwar menjadi urusan harian. Kata-kata masyhurnya: "Ini adalah konspirasi dan fitnah jahat untuk membunuh karier politik saya" bergema di dalam minda setiap hari.

Kemuncaknya ialah pada hari bersejarah, Ahad, 20hb September 1998, di mana demonstrasi terbesar dalam sejarah Malaysia berlaku di Dataran Mereka, di bawah lembayung reformasi. Rakyat yang berkumpul di Masjid Negara untuk mendengar ucapan reformasi oleh Anwar, berarak ke Dataran Merdeka untuk ucapan seterusnya, beralih ke Jalan Raja Laut dan akhirnya menamatkan perarakan di persimpangan jalan menuju Parlimen. Di situ juga gas pemedih mata dilepaskan.

Ketika itu, saya menyaksikan sendiri tenaga dan keyakinan rakyat dalam perhimpunan itu yang boleh disamakan dengan negara jiran kita. Hanya lima bulan sebelum itu, rakyat Indonesia menjatuhkan Presiden Soeharto. Malaysia tidak pernah menyaksikan manifestasi ketegasan yang sebegini. Tetapi perkara penting yang perlu diakui ialah ia bukan kerana Anwar. Reformasi ialah satu gerakan massa menentang kezaliman. Jika ia mampu dan boleh bertindak kejam kepada nombor dua paling berkuasa, bagaimanakah pula nasib rakyat biasa?

Ramai personaliti lain juga turut ditangkap di bawah undang-undang zalim ISA selepas itu. Melihatkan ketidakadilan yang berleluasa, Allahyarham Fadzil Noor kemudiannya mengetuai Gerak yang terdiri daripada pakatan parti politik dan NGO. Antara aktiviti awal Gerak ialah mengadakan protes besar-besaran untuk membebaskan Anwar. Gerakan reformasi yang asalnya tertubuh khas untuk membebaskan Anwar, kemudiannya memperolehi momentum dan berevolusi menjadi satu gerakan kerakyatan menentang ketidakadilan.

Reformasi terus bergerak menjadi sesuatu yang lebih besar, daripada pelbagai sudut. Salah satu perubahan yang berlaku ialah, penyatuan semua parti pembangkang, NGO dan gerakan Islam sebagai suatu penyatuan yang jitu dan tidak dapat diketepikan. Sebuah perpaduan, yang impaknya tidak pernah disaksikan sebelum ini. Kendatipun wujud perbezaan yang ketara, parti pembangkang menyedari wujudnya nilai bersama yang dijunjung bersama yakni keadilan dan kebebasan. Perjuangan ini dipegang sepenuh keringat dan diperjuangkan sepenuh jiwa.
Read More / Baca Lagi >>

Ada naib presiden Umno mula berpeluh dingin

Posted: 19 Sep 2013 08:57 PM PDT

Sepertimana yang diduga dan diharapkan oleh banyak pihak, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akhirnya mengumumkan penyertaannya dalam perebutan jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan 19 Oktober depan. Ini menjadikan persaingan menjadi sah enam penjuru setakat ini.

Jika pengumuman Mukhriz ini dibuat selepas beliau mendapatkan nasihat daripada Najib sebagaimana yang disyorkan oleh salah seorang penyandang Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi sebelum ini, bermakna Mukhriz sudah mendapat restu dan izin daripada Presiden Umno untuk bertanding jawatan itu. Dengan ini, peluangnya bukan saja cerah untuk menang tetapi juga berpotensi untuk mengambil alih tempat Zahid sebagai pemenang undi tertinggi.

Apatah lagi, pengumuman Mukhriz bertanding juga dibuat serentak pada hari yang sama dengan Najib dan Muhyiddin mengumumkan bahawa mereka akan mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing.

Sekali lagi, kelebihan seperti berpihak kepada anak bongsu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Dengan penyertaan Mukhriz, ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden Umno seperti tergugat dengan kehadirannya itu. Zahid Hamidi, walaupun popular dan menjadi pilihan akar umbi dan dalam pemilihan lalu mendapat undi tertinggi, kedudukannya tidak lagi seselamat dulu. Beliau mungkin tergelincir daripada kedudukan Naib Presiden nombor satu, bahkan tidak mustahil juga jika tewas.

Hishammuddin menjadi paling tergugat dengan kehadiran Mukhriz, bukan saja kerana wibawanya yang dipertikaikan sejak dulu, malahan dengan kehadiran Mukhriz mungkin membuatkan perwakilan Umno hanya memilih seorang saja daripada anak bangsawan dan anak bekas Perdana Menteri untuk menduduki kerusi itu.
Read More / Baca Lagi >>

PAS makin mantap hasil kerjasama dalam PR

Posted: 19 Sep 2013 08:55 PM PDT


MENTAKAB: PAS bukan semakin lemah malah akan terus kukuh dan kuat kedudukannya serta mendapat sokongan lebih besar masyarakat hasil kerjasama politik bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

Malah, walaupun PAS, PKR dan DAP menghadapi saingan sengit daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membabitkan Umno, MCA dan MIC, kerjasama PR dilihat lebih mampu melangkaui batas ideologi atau kaum seperti yang dibuktikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata demikian ketika mengulas cadangan sesetengah pihak dalam PAS untuk mengkaji semula kerjasamanya bersama PR.

"Kita juga dapat lihat bagaimana PAS berjaya merampas Kelantan daripada terus diperintah BN pada PRU 1990 ketika bekerjasama dengan parti Semangat 46 dan keadaan itu bertambah kukuh hasil kerjasama dengan PKR dan DAP.

"Kita juga dapat melihat pada 1999 di mana kerjasama dalam Barisan Alternatif itu menyebabkan kerajaan Umno BN Terengganu tewas," ujar Tengku Zulpuri.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pahang berkata, kerjasama baik parti dalam PR juga mencatat satu sejarah baru apabila PR berjaya mencetuskan Tsunami Politik 2008 yang menyaksikan kejatuhan apabila merampas Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang serta mengekalkan Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Bakal Berkubur: Tiada lagi pemimpin berwibawa dalam Umno

Posted: 19 Sep 2013 08:34 PM PDT

Rakyat serta orang Melayu sudah matang dalam membuat pilihan, Umno kian lemah, pemimpin berwibawa diperlukan.
PETALING JAYA: Ramai anggota Umno tidak senang dengan gaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat mempunyai begitu banyak 'masalah,' kata orang lama Utusan Melayu, Said Zahari.
Beliau yang dianggap sebagai individu yang cukup arif tentang selok belok politik negara berkata Najib sendiri tahu akan sentimen ini
Akan tetapi beliau menambah terdapatnya individu-individu lain yang melihat Najib sebagai 'umpan' dan menginginkan beliau terus menguasai tampuk kuasa di dalam negara.
"Najib memang banyak rekod yang tidak disenangi. Dia sendiri tahu akan hal ini. Saya fikir kalau ada orang yang mahu menyingkirkan beliau, sudah lama beliau disingkirkan," kata beliau kepada FMT ketika ditemui.
Tetapi menurut pengamatan beliau, ada orang yang melihat Najib ini sebagai keperluan dalam politik Umno itu sendiri justeru itu Najib perlu dikekalkan.
Dalam pada itu, Said yang juga bekas tahanan ISA selama 17 tahun itu berkata bahawa politik Umno sudah tidak mempunyai individu yang mantap untuk memimpin parti tersebut.
Beliau yang juga bekas wartawan berpengalaman menambah bahawa kebanyakan pemimpin Umno mempunyai masalah.
"Sebab itu rakyat sudah beralih kepada pembangkang seperti mana yang ditunjukkan pada pilihanraya ke-13 baru baru ini," dakwanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tanggal 20 Sept, KEADILAN lancar pusat latihan ‘Reformasi’

Posted: 19 Sep 2013 08:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 SEPTEMBER: KEADILAN hari ini akan melancarkan sebuah pusat latihan dinamakan 'Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat' (Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives) atau dikenali sebagai Reformasi.
Majlis pelancaran yang berlangsung di sebuah hotel di Petaling Jaya 3 petang ini akan disempurnakan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar yang juga Naib Presiden merupakan Pengarah pusat latihan ini dan Pengarah Eksekutif pula adalah Dr Edmund Santhara.
Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
15 tahun lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini, muncul sebuah gerakan kesedaran anak muda yang tercetus dari pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, atas konspirasi peringkat tertinggi.
Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Anwar ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap beliau.Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.
Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.
Read More / Baca Lagi >>

REFORMASI - Petang 20 Sept 1998

Posted: 19 Sep 2013 07:36 PM PDT

Sejarah 20 Sept: Kisah Yang Dilalui Anuar Ibrahim

Posted: 19 Sep 2013 07:34 PM PDT

Anwar Ibrahim: Reformasi Journey

Posted: 19 Sep 2013 07:33 PM PDT

Anwar Ibrahim: Jelajah Perjuangan Reformasi

Posted: 19 Sep 2013 07:32 PM PDT

Demi Rakyat: BN perlu sambut kesediaan PR untuk berdialog secara terbuka

Posted: 19 Sep 2013 06:11 PM PDT

Barang kali sudah sampai masanya, sebenarnya kita sudah terlewat untuk insaf bagi mengamalkan politik berminda tinggi tanpa perkelahian sepanjang masa dan tidak meletakkan perbezaan ideologi itu sebagai satu sempadan besar yang memisahkan di antara kita. Selama mana lagi kita mahu mengamalkan politik benci membenci, bermusuhan serta angkuh mendabik dada, akulah yang betul dan kamu yang salah semuanya.

Seharusnya kita semua menjadi cerdik dan bijak. Menjadikan gelanggang politik sebagai wadah memperkasakan kepentingan negara dan rakyat, bukannya wadah untuk terus bergaduh dan bertelingkah sepanjang masa sehingga melupai tanggungjawab kepada negara. Orang-orang politik juga wajar menandakan bahawa politiking ada batas dan ada musimnya.

Kita selama ini tidak menanda batas dan musim dalam dunia berpolitik. Kita tidak kira atau mengikut peredaran iklim dan cuaca secara almiah. Politik kita kehilangan kompas dan tidak ada jadual. Kita berpolitik (politiking) sepanjang masa. Musim banjir, ribut atau kemarau kita tetap dengan rasa dan nada sama menghentam dan menyerang sesama sendiri. Tanpa kita sedar cara kita beperang sepanjang masa itu sebenarnya kita membunuh diri dan kenegaraan sendiri.


Sudah sampai masanya, walaupun sudah lewat sebenarnya untuk kita kembali mengambil dan mengikut musim untuk berpolitik. Kita buanglah abuk-abuk dan lendir kebodohan yang menyaluti saraf fikir kita. Jadi kesediaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan dialog nasional bersama BN seharusnya disambut baik oleh semua pihak khasnya BN. BN perlu menerimanya sebagai ajakan penuh kejujuran tanpa ada prangsangka apa-apa di sebaliknya.
Read More / Baca Lagi >>

PASCA PRU13 : Kajian UMcedel tunjukkan BN salahguna kuasa untuk kekal berkuasa

Posted: 19 Sep 2013 06:02 PM PDT

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati kebanyakan responden percaya bahawa BN telah menyalahgunakan kuasa untuk kekal dalam kerajaan.

Ia mendapati 46 peratus responden percaya sedemikian, manakala 33 peratus lagi tidak bersetuju dan 21 peratus responden pula tidak pasti.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman memberitahu pemberita hari ini bahawa terdapat juga jurang pendapat di kalangan kaum mengenai perkara ini, dengan 54 peratus responden Cina bersetuju bahawa BN menyalahgunakan kuasanya, berbanding dengan 42 peratus orang Melayu.

Katanya, ianya sangat jelas bahawa orang Cina berkata 'ya' manakala sentimen anti-BN mereka adalah tinggi dan begitulah juga trendnya dalam soalan-soalan yang lain.

Hasil kajiselidik itu berdasarkan kepada temubual secara berdepan dengan 1,546 responden di seluruh Semenanjung Malaysia antara 15 Ogos hingga 10 September tahun ini.

Hasil kajiselidik yang sama juga menunjukkan bahawa responden berbeza pendapat mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjalankan pilihan raya umum ke-13 dengan betul, dengan 47 peratus responden percaya bahawa ia dijalankan dengan baik, 41 peratus tidak bersetuju, dan selebihnya tidak pasti.

APA LAGI UMNO MAHU? Ku Nan bidas media Cina pertikai Agenda memperkasa ekonomi bumiputera

Posted: 19 Sep 2013 05:54 PM PDT

APA LAGI UMNO MAHU? Ku Nan bidas media Cina pertikai Agenda memperkasa ekonomi bumiputeraKUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis membidas media berbahasa Cina yang katanya cuba menimbulkan isu perkauman mengenai agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau kesal kerana tindakan media vernakular itu dan mendakwa ia boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini, yang sedia terjalin erat.

"Janganlah ada orang mainkan cerita dalam akhbar khususnya akhbar Cina (yang) kononnya bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan berkenaan Dasar Ekonomi Bumiputera, kita (kerajaan) tidak peduli kepada bangsa Cina.(Itu) tidak (benar).

"Bila kita bantu kaum Bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum Cina atau India, tidak pernah dalam sejarah kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perbarisan sempena Hari Penguatkuasa Ke-44 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) 2013 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan Jaganathan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Read More / Baca Lagi >>

Pemerkasaan ekonomi: Bayar royalti Kelantan

Posted: 19 Sep 2013 05:51 PM PDT


KOTA BHARU: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa slogan kerajaan untuk membantu masyarakat bumiputera hanya diibarat umpan untuk Perhimpunan Agung Umno yang bakal diadakan nanti. Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (Royalti), Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata ianya juga slogan untuk menyedapkan hati kontraktor Kelas F semata-mata dengan mengaitkan golongan bumiputera untuk dibantu.
Menurutnya, kenyataan perdana menteri seolah-olah menyangkal masyarakat Kelantan mempunyai 95 peratus masyarakat Melayu dari 1.7 juta rakyatnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin yang mendakwa kerajaan mengangkat agenda bumiputera sebagai Agenda Nasional ditempatkan di tempat yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, di Shah Alam baru-baru ini.
Sambungnya, dengan menyelesaikan masalah ekonomi seperti tidak menafikan hak penerimaan royalti, bantuan pembinaan RAKR dan lain-lain lagi, ianya secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah ekonomi bumiputera secara keseluruhannya.
Kata Hisyamuddin lagi, sekiranya perdana menteri ikhlas dalam isu itu, Kelantan sepatutnya dibayar royalti lima peratus mengikut perjanjian seperti yang diterima Terengganu, Sarawak dan Sabah yang kini tertunggak RM12 billion.

Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi Bumiputera hanya untuk elit Melayu?

Posted: 19 Sep 2013 05:50 PM PDT


KUALA LUMPUR: Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera tidak akan membantu memajukan ekonomi orang Melayu jika pelaksanaannya tidak telus, kata Pakar Ekonomi PAS Dr Rosli Yaakop.

Beliau berkata, kejayaan sesuatu dasar itu bergantung kepada ketelusan pelaksanaannya iaitu bebas rasuah, salah guna kuasa dan tidak berlegar di kalangan kroni kepada pemimpin tertentu sahaja.

"Apa pun dasar ekonomi yang diwujudkan untuk memperkasa ekonomi bumiputera kalau pelaksanaannya sama sahaja seperti yang ada sekarang iaitu mementingkan kroni, memberi bantuan hanya kepada kroni, memberi projek hanya kepada golongan Melayu tertentu, sampai bila-bila  pun ekonomi orang Melayu tidak dapat diperkasakan kecuali sekumpulan kecil kaum elit Melayu.

"Mungkin ada baiknya perkenalkan dasar ekonomi baru untuk memperkasa ekonomi Bumiputera tapi kalau pelaksanaannya cara lama natijahnya ekonomi bumiputera tak dapat diperkasa," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut beliau juga, kerajaan juga harus memberikan perhatian kepada Orang Asal yang merupakan golongan termiskin di Malaysia selain memberi fokus kepada keseimbangan ekonomi di setiap wilayah di negara ini.

"Kerajaan kena beri perhatian kepada orang asal kerana Orang Asal merupakan golongan yang paling miskin di Malaysia ini. Kena beri perhatian kepada Bumiputera di Sabah dan Sarawak kerana dua negeri itu kaya sumber asli tapi merekodkan kadar kemiskinan tertinggi.

Read More / Baca Lagi >>

Agihan bantuan berasas kaum tidak akan berjaya, kata pakar ekonomi

Posted: 19 Sep 2013 05:50 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan bantuan di majlis Pemerkassaan Ekonomi Bumiputera, minggu lalu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan bantuan di majlis Pemerkassaan Ekonomi Bumiputera, minggu lalu.Bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu  dan kaum Melayu akan lebih mendapat manfaat jika Perdana Menteri memberinya kepada kumpulan miskin, kata Professor Emeritus  Datuk Dr Mohamed Ariff.
Beliau berkata, kaum Melayu membentuk 80 peratus isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan.
Maka, katanya, cadangan seperti meningkatkan saham unit amanah Bumiputera di bawah program  Amanah Saham Bumiputera  tidak akan membantu kaum Melayu miskin, kerana mereka tidak mampu membeli unit amanah.
Merujuk kepada usaha jangka masa panjang berasaskan kaum, beliau berkata: "Polisi Ekonomi Baru mempunyai matlamat  jujur tetapi kekayaan yang diagihkan menerusinya tidak melepasi kepada kaum Melayu yang kurang bernasib baik. Kekayaan kekal  dalam kumpulan kecil."
Katanya, perkara sama akan berlaku lagi dan pendapat beliau senada dengan pandangan yang dikeluarkan oleh bekas menteri Zaid Ibrahim  semalam kepada The Malaysia Insider.
Zaid berkata, "Saya tidak melihat keperluan polisi khusus kepada satu-satu kaum. Itu semua mengarut dan idea membantu  kumpulan tertentu dengan polisi tidak lagi diperlukan.
"Jika Melayu masih ramai yang miskin. Ada sesutu yang tidak kena dengan polisi."
Read More / Baca Lagi >>

Dato' Seri Anwar Ibrahim: 1998 - 2013 We Will Never Surrender

Posted: 19 Sep 2013 05:32 PM PDT

20 Sept 1998: 15 TAHUN SEJARAH REFORMASI - BLACK 14

Posted: 19 Sep 2013 05:29 PM PDT

20 September 1998 Mengubah Hidup Kak Wan

Posted: 19 Sep 2013 05:24 PM PDT

15 Tahun Ledakan Reformasi 1998

Posted: 19 Sep 2013 05:07 PM PDT

15 Tahun Reformasi 1998 - Bukit Damansara

Posted: 19 Sep 2013 05:05 PM PDT

20 Sept 1998: Anwar Bapa Raformasi Malaysia

Posted: 19 Sep 2013 05:00 PM PDT

20 Sept 1998: Amanat terakhir DSAI sebelum ditangkap

Posted: 19 Sep 2013 04:58 PM PDT

15 Tahun Berlalu Ledakan Reformasi 1998

Posted: 19 Sep 2013 04:53 PM PDT

Reformasi Negara ' 98 - 15 Tahun Rakyat Terus Bersama

Posted: 19 Sep 2013 04:51 PM PDT

Nostalgia Reformasi Anwar Ibrahim - 15 Tahun Rakyat Terus Bersama

Posted: 19 Sep 2013 04:47 PM PDT