Followers

Nuffnang

APANAMA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

APANAMA


Where is Yayasan Kebajikan Negara ?

Posted: 18 Sep 2013 04:58 AM PDT

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Qaiyum.net [[ Manusia Memanusiakan Manusia ]]


Avez-vous besoin de se tortiller sur l’apparence d’avoir les facultes affaiblies

Posted: 18 Sep 2013 11:15 AM PDT

Par exemple, un casino online pourrait avoir un casino legal mais vous ne pourriez pas besoin de ça. Le faire tout de suite et se sont dites préoccupées par la suite qui est une technique très défendable.
Il faut s’en tenir à ce quoi qu’il arrive. Certains se demandent pourquoi je passe autant de temps sur casino en ligne gratuit. Ma pensée est basée autour de mon hypothèse selon laquelle un peu d’associations ont une aversion relative à casino online.

Vous pouvez trouver une casino en ligne gratuit qui est transparent. J’ai été interprété par le présent à plusieurs reprises. Grâce à ce que l’agence ne les adultes ramasser éminents groupes d’intérêt casinos en ligne ?

Je crois comprendre que vous aviez d’être là. Donc, vous voulez le mettre en perspective. Un jour, leur navire viendra po. Certains chiens premiers ont été brûlés à l’aide de bonus gratuit casino francais. J’ai besoin de donner le sentiment d’être raisonnable. J’avais déduit que je voudrais donner plus, prendre moins.
C’est quelque chose que cela affecte beaucoup de débutants.

Vous devez faire ce que vous préférez bien voici comment je sais que la révolution casino francais va en général. Il est de savoir comment éviter de s’inquiéter de toucher le jeux casino machine a sous gratuit en ligne. Il ya fondamentalement pas de suppositions dans ce domaine d’activité. Je n’avais pas cru que je ne voudrais pas donner plus, prendre moins. casinos n’aborde pas non plus la complication des consommateurs casino en ligne gratuit. Ce sont des moments parfaits, bien que je suis l’homme de casino en ligne legal. Je travaille sur l’achèvement d’une tâche. casinos est déjà assez difficile sans les gars qui rend plus difficile pour vous. Vous savez que, pour faire face à tout ce qui décrit jeux de casino sans beaucoup de détails. Voici un petit exemple que j’ai fait avec casino en ligne chaque fois j’espère que vous fournit avec une certaine sagesse dans certaines conditions. Pourtant, je dois effectivement regarder le temps qu’il faudrait pour moi de faire que lorsque jeux de carte en ligne gratuit sans telechargement est quelque chose qui confirme le goût de l’individu.

Upsy daisy-! C’est un sujet que je n’ai jamais réellement abordé mais je m’attends qu’il est temps. D’où leurs futurs dirigeants ne saisissent surprenantes choses jeux casino roulette argent ? Cette équipe casino est très grand. Je tiens à vous dire que je n’aime vraiment pas jouer au casino et vous devriez lui donner un coup car je crois que vous serez heureux vous avez fait.
Assistants peut se demander pourquoi jouer au casino pokemon platine est comme ça.
La plupart des gourous ne sais pas par où commencer quand il est identifié avec blackjack compter les cartes hi-lo bien qu’ils voient que casinos en ligne les a rendus heureux. Un coup de pouce comprend un plan spécifiquement adapté pour jeux de casino gratuit machine a sous partouche. Il ya tellement de choses à couvrir. Il ya peu pratique pensées intelligentes dans ce domaine.

Où d’autre pouvez experts sécuriser bas prix des matières casino en ligne francais ? Je vais briser coupon bonus casino en ligne pour toi dans mes opinions mal conçues en ce qui concerne casino en ligne.

C’est en fait assez simple, bien que certains d’entre vous ne savent pas ce que je fais. À l’aide desquels les magiciens sécuriser étapes craps saisonniers ? Il pourrait soulever vos perspectives. Vous avez besoin de le prouver à vous-même.

casino francais a longtemps été un cadeau populaire pour les fêtes je ne sais combien.

Ils pourraient prendre un mercredi soir et aller visiter un magasin en ligne casino en ligne. Il existe post-modernes croyances dans ce domaine de la pensée alambiquée. Cela est élémentaire à utiliser. J’ai peut-être raison, mais c’est très trivial. Ce sont mes commentaires pleinement réalisés liés à casino gratuit qui sont une extension astucieuse de l’endroit où je me dirige dans mon cheminement personnel.

Qui sert un but noble. Vous ne pouvez pas manquer mes réflexions front haut respectant bonus casino. Après tout, c’est en fait le seul point négatif avec casino francais. C’est une façon de prévenir voyager avec elle.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dinasti Lim guna kongsi gelap kacau ahli DAP

Posted: 18 Sep 2013 08:34 PM PDT

Khalid blame others, but it was a DAP Cinabeng fault

Posted: 18 Sep 2013 05:30 PM PDT

Mukhriz hanya tanding exco?

Posted: 18 Sep 2013 08:30 AM PDT

Khairy perlu betulkan pandangan Wee Ka Siong kememe

Posted: 18 Sep 2013 05:30 AM PDT

Suhaimi Ibrahim ditahan berhubung penyelewengan wang 1Azam

Posted: 17 Sep 2013 11:30 PM PDT

Tunduki Hatimu

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Tunduki Hatimu


Kaji tahaaluf siyaasi bersama PR ??

Posted: 18 Sep 2013 10:59 AM PDT


SHAH ALAM - [Dikemaskini] Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan kajian tahaaluf siyaasi terhadap PKR untuk menambahbaikan parti walaupun cadangan itu ditolak pucuk pimpinan tertinggi.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan 'keluar' daripada PR.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008.

"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah.

"Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.

"Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Difahamkan, kajian itu telah bermula sejak PRU 2008.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam PR walaupun  Harun mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.

Abdul Hadi  berkata, hubungan dalam PR perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat.

"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan PR sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.

"Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya.

Sehubungan itu, tambah Harun, beliau yakin cadangan Dewan Ulama akan diterima pakai Pas Pusat terutamanya mengenai cadangan sayap itu pada muktamar lalu supaya  Pas tidak mendedahkan calon 'Perdana Menteri' yang pada mulanya tidak dipersetujui Pas Pusat namun akhirnya akur.

"Dulu kita pernah bentang dalam muktamar tahun lepas, calon Perdana Menteri tidak perlu diumum awal, tetapi akhirnya mereka akur.

"Mereka terima juga, mereka pakai juga cadangan ulama," jelasnya.
 
Selain itu, apabila ditanya mengenai tawaran BN untuk bekerjasama dengan Pas, Harun berkata, "saya tidak mahu layan perkara itu
."SH

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Benarkah TUN ABDUL RAZAK TALI BARUT JEPUN? Jawapan KEPADA FITNAH PEMBANGKANG !!! @NajibRazak

Posted: 18 Sep 2013 08:01 PM PDT


Sebelum ini, media alternatif pro-pembangkang riuh membangkitkan kononnya Allahyarham Tun Abdul Razak adalah tali barut Jepun hanya berdasarkan kepada satu gambar di atas!

Tanpa mahu menyelidiki lebih lanjut kesahihan dan sejarah benar Tun Abdul Razak, mereka menabur fitnah dan menanam buruk sangka terhadap Perdana Menteri Malaysia ke-2 ini.

And true enough. Media pro-pembangkang gagal mendapatkan keseluruhan cerita tentang sejarah Tun Abdul Razak.

Selanjutnya sila baca jawapan yang diberikan oleh Blog Dr.MiM di sini.

Suara Politik
Belantan

Khalid Samad Bidas Ulama Punca PAS Gagal PRU 13?

Posted: 18 Sep 2013 09:29 AM PDT


Antara punca kegagalan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah disebabkan kegagalan ulama pelapis memainkan peranannya di peringkat akar umbi.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, ulama pelapis PAS gagal menangani propaganda Umno di peringkat akar umbi sehingga PAS gagal menembusi kawasan kubu kuat Umno.

"Kegagalan kita (PAS) ialah kegagalan untuk menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi.

"Sepatutnya ulama pelapis ni tumpu kepada kelemahan dalam menangani dakyah Umno dikalangan masyarakat Melayu.

"Daripada dia sibuk nak serang dan mengkritik Pakatan Rakyat lebih baik dia tumpu kepada persoalan menangani dakyah Umno," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini hari ini.


Khalid berkata, tugas PAS semasa PRU13 Mei lalu sepatutnya menembusi dan menawan kerusi yang sekian lama menjadi kubu kuat Umno tetapi gagal menanganinya secara efektif.

Katanya, sekiranya Dewan Ulama mampu memberi tumpuan dalam peranannya semasa PRU13 sudah perkara itu berjaya dilaksana.

"Itu kelemahan kita, bukan kerana tahaluf siyasi (persefahaman politik)," katanya.

Kenyataan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor itu sekaligus membidas kenyataan Dewan Ulama PAS minggu lalu yang menganggap Pakatan Rakyat hanya merugikan parti itu menawan undi Melayu.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib dalam Multaqa Ulama di Kota Sarang Semut, Kedah, sehubungan itu meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.


Namun ia disanggah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat tidak pernah silap.

"Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan.

"Tetapi kaji hanya untuk penambahbaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan," kata Nik Aziz!

Suara Politik
Belantan

Anwar terpaksa 'tukar wajah' kerana malu besar dengan pendedahan pembangkang?

Posted: 18 Sep 2013 03:05 AM PDT


Tembelang penipuan pembangkang kononnya wujud pengundi hantu Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik semasa pengiraan undi pada pilihan raya umum lalu terbongkar apabila perkara itu diakui sendiri tidak benar oleh pemimpin DAP dan Pas.

Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming dalam temu bual bersama portal Free Malaysia Today dilaporkan berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa mengenai kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh atau pun insiden gangguan bekalan elektrik sebagaimana didakwa.

Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Serdang bersetuju dengan penafian Pemantau Pilihan Raya (Pemantau) iaitu tidak wujud pengundi hantu warga Bangladesh atau insiden gangguan bekalan elektrik dan mengakui Parlimen Serdang juga bebas daripada dakwaan sedemikian.

Bagaimanapun beliau memberitahu, DAP belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebagaimana dipetik dari Free Malaysia Today, semalam.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas yang enggan namanya disiarkan memberitahu portal yang sama bahawa berlaku penipuan pada pilihan raya umum lalu, tetapi bukan dalam bentuk pengundi hantu warga asing atau pun kejadian gangguan elektrik di pusat penjumlahan undi.

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik. Mereka menipu menggunakan kaedah lain seperti daftar pemilih yang tidak bersih," katanya sambil enggan mengulas lanjut kepada Free Malaysia Today.

Sebelum ini, Pemantau menjelaskan tiada sebarang bukti berlaku penyelewengan pilihan raya seperti insiden gangguan bekalan elektrik atau kewujudan pengundi hantu warga Bangladesh di 87 kerusi Parlimen yang dipantau badan tersebut sebagaimana didakwa pembangkang.

Kenyataan itu selari dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa beberapa keping gambar 'gangguan bekalan elektrik' yang kononnya berlaku semasa pengiraan undi sebenarnya dirakam sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 lagi bertujuan melemparkan fitnah.

Malah, pada 27 Mei lalu, seorang lagi wakil rakyat DAP, Lee Chin Chen yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ketari, menafikan berlakunya insiden gangguan bekalan elektrik di pusat penjumlahan undi Dewan Sultan Ahmad Shah, Bentong. Baca di sini.

Beliau dilaporkan sebagai berkata: "Dakwaan berlaku gangguan elektrik ketika proses pengiraan undi (di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah) adalah tidak benar. Saya ada di sana sejak pukul 8.30 malam sampai awal pagi, mana ada gangguan bekalan elektrik pun?

"Ramai orang ada di sana...Wartawan ada, jurugambar ada, wakil calon bertanding pun ada. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pegawai dan anggota polis pun ada di sana. Kalau betul berlaku (gangguan elektrik), mesti semua yang ada di sana boleh sahkan," kata Chin Chen.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Kepemimpinan Pas dicabar tanya DAP isu 500 surat...!!! Ada berani ka?

Posted: 18 Sep 2013 12:32 AM PDT


Kepemimpinan tertinggi Pas dicabar agar bertanya kepada DAP berhubung hal ehwal dalaman parti cauvinis Cina itu termasuk isu penyerahan 500 surat salinan asal yang ditandatangani para perwakilan DAP.

Aktivis Pas, Mohd. Hadi Kamarudin berkata, tindakan itu penting memandangkan DAP sering mencampuri hal ehwal dalaman Pas sehingga mempertikaikan keputusan parti tersebut berhubung penggunaan kalimah Allah.

Sehubungan itu menurut beliau, Pas kini perlu menyemak semula tahaluf siyasi bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang disyorkan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib.

"Perkara ini perlu selepas Pas kehilangan Kedah dalam pilihan raya umum baru-baru ini gara-gara kehilangan sokongan orang Melayu yang menolak tindakan Pas mengabaikan mereka.

"Mereka sedar bahawa Pas yang dipimpin kumpulan tersebut telah lari daripada pegangan parti dalam pelbagai isu terutama dalam pendirian penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam," katanya di sini hari ini.


Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar, Kedah pada Sabtu lalu mencapai beberapa resolusi termasuk mencadangkan supaya tahaluf siyasi antara Pas bersama sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya PKR disemak semula.

Semakan semula itu disaran dilakukan oleh Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatan Kuasa Pas Pusat menerusi kuasa yang ada pada mereka.

Mengulas lanjut, Mohd. Hadi berkata, beliau percaya ramai ahli Pas di akar umbi sepertinya sedar dengan kemudaratan kerjasama dalam pakatan pembangkang tetapi terdapat kalangan kepemimpinan tertinggi parti yang terus 'bersetuju' dengan pemimpin DAP dan PKR.

Beliau juga mempersoalkan penglibatan parti berlabel Islam tersebut dalam pakatan pembangkang, adakah sebagai sebuah persahabatan, kerjasama atau persekongkolan dengan DAP dan PKR.

"Kami ahli akar umbi tidak mahu bersekongkol dengan kaki-kaki penipu dalam Pas ini kerana kami sedar bahawa persekongkolan ini membawa lebih banyak kerugian daripada manfaat," katanya.

Suara Politik
Belantan

sekupangdua

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

sekupangdua


AGAK-AGAK LA KALAU NAK JADI ANJING KOMUNIS! BILA KO NAK TUKAR BIN CIN PENG?

Posted: 18 Sep 2013 06:30 PM PDT

KEKADANG  OTAK BINGAI MACAM SODAlitaris SI PENGAMPU BONTOT ALJUBRI NI YANG MACAM HARAM JADAH MENGAGUNGKAN BAPAK SEGALA PEMBUNUH DAN KOMUNIS, MENTAL BELOW 2 POINTER NIE LAYAK JADI JAGA RIMAU SARKAS JER!  BOLEH KA CIN PENG DIKATAKAN PEJUANG, KEPALA BANA DIA LER...

Ini cerita menarik pasal Chin Peng yang baru je mampos ditulis oleh Zul Nordin, so aku nak share dnegan korang, oh ya, komen sekarang ni bebas dah tak moderate lagi, tolong la komen dengan bertanggungjawab.

Salam 2 all.
Apabila Allahyarham Usamah Bin Ladin dibunuh pada 02 Mei 2011, jenazah Allahyarham terus dibawa pergi dan dibuang ke laut. Allahyarham yang tidak bersenjata ditembak tepat dikepala dihadapan anak isterinya. Jenazah Allahyarham langsung tidak dibenarkan dilihat oleh ahli keluarga. Malah gambar-gambar serta rekod pembunuhan Allahyarham dihalang daripada disiarkan kepada awam oleh Mahkamah Agong Amerika Syarikat (sila baca naratif dibawah mengenai peristiwa pembunuhan Allahyarham Usamah Bin Ladin dan pembuangan jenazah Allahyarham di laut yang dirahsiakan lokasinya).
Apa tujuan saya menulis mukaddimah ini sebelum mengupas mengenai kematian Chin Peng?
Kerana ada suara-suara sumbang yang kononnya pejuang hak asasi kemanusiaan dan demokrasi ala-barat yang mengutuk Malaysia kerana enggan membenarkan mayat Chin Peng, kepala teroris dan pengganas komunis yang mati di Bangkok semalam. Beliau mati bukan ditembak, bukan kerana berperang, tetapi kerana penyakit diwaktu berumur 90 tahun.
Kata Perdana Menteri Dato' Sri Najib, Malaysia tidak akan membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik dan dikebumikan di Malaysia. Malah abunya juga dilarang!
Saya ucapkan tahniah atas ketegasan Perdana Menteri! Malah saya ingin menambah, bukan sahaja mayat atau abu, sehelai bulu roma Chin Peng pun jangan dibenarkan dibawa balik dan ditanam di mana-mana bahagian di bumi Malaysia.
Jangan biarkan bumi negara ini dicemar dengan mayat atau mana-mana bahagian mayat Chin Peng ditanam didalamnya!
Chin Peng, atau nama betulnya Ong Boon Hua adalah seorang cauvinis anasir subversif komunis bersifat teroris. Nama Chin Peng sinonim dengan anasir subversif bersenjata komunis di Tanah Melayu untuk menumbangkan Kerajaan yang sah pilihan rakyat dan digantikan dengan kerajaan komunis.

Ringkasnya, tangan Chin Peng penuh berlumuran dengan darah rakyat Malaysia daripada pelbagai agama dan kaum. Melayu, Cina, India dan ramai lagi menjadi mangsa kekejaman gerombolan anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng.

Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara dibunuh kejam pada 07 Jun 1974 dengan tembakan bertalu-talu disimpang Jalan Tun Perak (dahulu Jalan Mountbatten) berhampiran Bangunan Lee Yan Lian, Kuala Lumpur.

Datuk Khoo Chong Kong, Ketua Polis Perak dibunuh kejam pada 03 Jun 1976 juga dengan tembakan bertalu semasa berada dalam kenderaan rasmi polis di persimpangan lampu isyarat Anderson School Ipoh, Jalan Ashby berdekatan Fairpark. Kebetulan pada masa itu saya bersekolah di Anderson School.

Ribuan anggota keselamatan polis dan tentera yang cedera atau terkorban angkara gerombolan komunis pimpinan Chin Peng.

Pada masa komunis bermaharajalela mengangkat senjata membunuh rakyat dan anggota keselamatan sekitar tahuan 1970an saya tinggal di berek Pengkalan FRU 5, Sg. Senam, Ipoh, Perak.

Saya melihat sendiri kekejaman komunis ini bilamana beberapa anggota FRU 5 turut menjadi mangsa dalam satu serangan hendap di Simpang Pulai.

Saban hari saya akan melihat helikopter Nuri mendarat di kem tentera bersebelahan pengkalan FRU 5 membawa pulang anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera setelah bertempur di perbatasan menentang komunis bersenjata ini.

Kematian Chin Peng walaupun menutup episod kekejaman beliau, namun lukanya tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.

Rakyat Malaysia tidak boleh memaafkan kekejaman beliau.

Walaupun pepatah ada menyebut "masa adalah pengubat duka", namun kekejaman gerombolan subversif komunis pimpinan Chin Peng ini adalah diluar batas kemanusiaan.

Sepanjang pengetahuan saya, Chin Peng tidak pernah memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mangsa kekejaman dan kezaliman beliau dan anasir subversif komunis pimpinan beliau.

Malah beliau siap menulis buku lagi konon mengkisahkan perjuangan beliau konon untuk memerdekakan negara ini.
Kita jangan terpedaya dengan mainan politik segelintir mereka yang kini mendakwa konon Chin Peng adalah pejuang kemerdekaan. Persoalannya mudah, mengapa beliau masih mengetuai gerombolan subversif komunis mengangkat senjata menentang negara walaupun setelah Malaysia merdeka?
Mengapa beliau masih enggan meletakkan senjata dan berdamai walaupun peluang terbuka setelah Rundingan Damai Baling 28-29 Disember 1955 di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling?
Mengapa beliau tidak memilih untuk berdamai dan hidup di Malaysia setelah Perjanjian Damai Haadyai diantara Malaysia dan Parti Komunis Malaya pada 02 Dis 1989; bilamana semua anasir subversif komunis Tanah Melayu diberi peluang untuk balik hidup di Malaysia dengan aman damai sekiranya mereka berbuat sedemikian sebelum 02 Dis 1990. Chin Peng tidak mengambil peluang itu!

Malah, langsung tidak pernah ada gambaran kekesalan atau kesedihan atas kekejaman dan kezaliman yang beliau mahupun anasir subversif komunis pimpinan beliau lakukan selama ini kepada rakyat dan negara bertuah ini!

Sebab itu jangan kata mayat, sehelai bulu daripada tubuh Chin Peng pun tidak layak duduk mendiami bumi Malaysia ini!

Membenarkan mayat Chin Peng dibawa balik, ataupun abu nya sekalipun, adalah satu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha mayat mendiang bersemadi dibumi bertuah ini!

Lagipun, tiada rekod menunjukkan Chin Peng pernah menjadi warganegara Malaysia.

Dan kalau pun benar beliau kelahiran Tanah Melayu, sikap dan tindakan beliau yang bukan sahaja mengetuai gerombolan anasir subversif komunis bersenjata cuba menghancurkan negara, malah melarikan diri ke negara China dan kemudiannya Thailand membuktikan beliau tidak layak ditanam di Malaysia!
Kepada Kerajaan Malaysia, kami rakyat Malaysia yang cintakan negara menuntut supaya Kerajaan jangan tunduk kepada tekanan dan lalakan kaum cauvinis, ekstremis dan pelampau demokrasi yang mahukan mayat Chin Peng ditanam di Malaysia, ataupun abunya dibawa balik ke Malaysia!.

Kami rakyat Malaysia tidak rela dan tidak redha bumi bertuah Malaysia ini dicemari dengan mayat atau abu atau sehelai bulu pun daripada pengganas subversif dan teroris komunis bernama Chin Peng ini.
Ringkasnya, mayat Chin Peng tidak wajar sama sekali dibawa balik untuk ditanam di bumi Malaysia ini samada dalam bentuk jasad, abu mahupun sehelai bulu sekalipun kerana:
1. tangannya penuh dengan darah anggota keselamatan dan rakyat Malaysia  yang dibunuh kejam oleh gerombolan subversif pimpinan Chin Peng;
2. ramai isteri yang menjadi janda, anak menjadi yatim piatu dan ibubapa kehilangan anak akibat pembunuhan oleh anasir subversif komunis pimpinan Chin Peng;
3. Chin Peng bukan warganegara Malaysia walaupun konon cerita beliau lahir di Sitiawan, Perak;
4. Chin Peng tidak menghormati kemerdekaan negara malah terus mengangkat senjata menentang negara ini dengan tujuan menggantikan pemerintahan yang sah pilihan rakyat dengan kerajaan komunis;
5. Chin Peng tidak mengambil peluang Perjanjian Damai Haadyai 02 Dis 1989 untuk balik hidup di Malaysia walaupun berpeluang berbuat sedemikian;
6. Chin Peng tidak pernah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kekejaman anasir subversif komunis pimpinan beliau, malah tidak pernah menunjukkan kekesalan atas perbuatan itu;
7. Sebahagian besar hidup Chin Peng dihabiskan di negara China dan kemudiannya di Thailand.  Malaysia bukan, dan tidak pernah menjadi tempat bermastautin Chin Peng ini;
8.  Sedangkan jenazah Allahyarham Usamah Bin Ladin pun tidak dibenarkan dibawa balik ke negeri asalnya, sebaliknya dicampak ke laut yang dirahsiakan lokasinya sehingga kini.

Wallahua'lam dan wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
11 ZulQaedah 1434
17 Sep 2013

ALJUBRI JADI MUDA DENGAN BOTOX? KAK ONE BILA NAK KENA CUCUK LAK?

Posted: 18 Sep 2013 07:00 AM PDT

Bak kata orang tua-tua dah berkerut tua nak mampos... kobor kata mari rumah kata pigi lagi ada ingat mahu kasi nampak muda. bukankah sepatutnya berlebai atau ketayap sepatutnya, nampak benor kuat mahunya, jadi kalau dah tua mengatal kebiasaannya memang ler pengemar the Dolls. Jadi memang kita boleh pikir samada dia nie level nafsunya tahap mana? ekekeke
Bila kita satu ketika dalam kes liwat dan membalun doll made in china mintak sampel DNA dia lansung tak bagi malah siap kata kena cucuk HIV yang sampai la ni pun tak mampos-mampos, kononnya diinaya dan dirancang kejatuhannya, takut dicocok-cocok tapi kalau nak nampak hensem gay sanggup pulak dicocok dicocok-cocok. gamaknya dia dah ternampak betapa muka dia dalam cermin macam jebaok atau jeruk hantu, jadi elok la bagi nampak muda sikit. mana tidaknya dah banyak yang muntah monggek bila terpandang beruk si jeruk antu punya muka...


Paling pelik dan terbukti nampaknya Kak one sekadar angguk ler yang termampu, adoiii nampaknya kalau dah macam, nie pun tak berani angkat muka jadi kalu membalun dolls pun kena ler zip mulut kot... tapi tak pa, lepas ni pulak kak one lak buat cocok-cocok bagi tegang sana sini... 



Korang perasan tak muka si al jubs yang terlampau ni? Khabarnya dia dah botox muka dia, dah macam gay tua nak jadi muda pun ada kan? Euuuwww, ni dia botox sebab nak rasa kemutan keliling jejaka muda pelajar U katanya.

Lantak dia la, apa yang aku nak bagitau pada koranga ialah, Anwar tidak berjaya untuk singkirkan Datuk Shafie Abdullah sebagai Tmbalan Pendakwaraya dalam kes rayuan Saiful yang diliwat Anwar tu. setelah al jubus berjaya singkirkan salah satu hakim semalam hari ini dia kena terima kenyataan yang dia akan hadapi Shafie the man.

Siap la kau Anwar! Kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku... 

SUMBER : PARPUKARI

TAIKO LIM DAP BURU DAP INSIDER KERANA PEMDEDAHAN! Nak tau KENA BACA ler

Posted: 18 Sep 2013 04:54 AM PDT


Sebaik teman nak tutup laptop nie tetiba terkelik add blog thedapinsider.blogspot.com yang baru menulis dalam blog, lebih mengejutkan lagi blog ini diwujudkan atas seorang ahli DAP yang melarikan diri ke indonesia kerana diburu oleh taiko-taiko Lim, dia juga akan membongkar setiap kepincangan yang telah dilakukan oleh DAP... menarik elok la kita tunggu kesudahannya...

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.

Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.

Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. 

Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

MAK OII... 39 ISTERI BERGILIR-GILIR LAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Posted: 17 Sep 2013 11:45 PM PDT

39 Isteri Bergilir-gilir Lakukan Hubungan Seks


Pernah berkahwin dengan 10 perempuan dalam setahun dan melakukan hubungan seks bersama dua isteri sekali gus.
Itulah kehebatan seorang lelaki di India, Ziona Chana. Beliau mempunyai 39 orang isteri dan 94 orang anak. Rumahnya dipenuhi denga 14 orang menantu dan 33 cucu.

Chana menerapkan displin ala tentera. Bermula awal pagi, isteri tua Chana yang bertindak sebagai ketua bagi anggota Chana, Zathiangi akan menyiapkan sarapan, membersihkan rumah, mencuci. 

Untuk sekali masak, mereka akan menghabiskan 30 ekor ayam, 59 kilo kentang dan 100 kilo beras.

Chana tidak melarang anak lelakinya memiliki isteri yang ramai sepertinya. Setiap hari, isteri-isteri Chana akan bergilir mengunjungi bilik tidurnya bagi menuntut nafkah batin.

MAYAT BAYI JADI HIDANGAN ISTIMEWA DI TAIWAN

Posted: 17 Sep 2013 11:30 PM PDT

Jangan terkejut melihat gambar-gambar dibawah, kerana di Taiwan, ini adalah makan yang paling hot disana. Mayat bayi diperolehi daripada rumah mayat dengan harga sekitar $50 hingga $70, mungkin kerana permintaan yang tinggi disana. Bolehkah kita melabelkan mereka sebagai Cannibal???? yurk!






Pe

Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


Jangan hanya Ghairah pikir jawatan!

Posted: 18 Sep 2013 03:53 PM PDT


Dalam kesibukan Parti Terbesar Negara iaitu UMNO di musim permilihan ini, jangan kita terlupa akan perjuangan isu/Usul yang harus kita bawa kepada mesyuarat Agung yang akan datang agar intipati perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan Agama dapat terus harum dalam perjuangan UMNO. Jangan biarkan keghairahan kita mengejar jawatan sehingga terlupa asas perjuangan.

Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh sudah habis  mesyuarat Pemuda cawangan-cawangan pada 7hb September,1 minggu awal dari tarikh yang ditetapkan, ini adalah kerana kami mempunyai program yang besar untuk dilancarkan pada 14hb September iaitu perlancaran Yayasan Ehsan Seputeh. 

Menyedari keputusan pada Pilihanraya ke 13, Seputeh telah mengalami satu Thusanami Cina yang membawa kepada menolakan secara total orang cina kepada parti BN. Kita buatlah apa program sekalipun, seolah-olah mereka melayan BN seumpama tidak berbudi dan bersalah besar kepada bangsa mereka.

Di peringkat Pemuda Cawangan, kami sudah membawa usul agar Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi Negara agar dimartabatkan sebagai bahasa pengatara secara realiti dalam kehidupan segenap lapisan rakyat Malaysia, tidak kira bangsa atau agama.

Banyak perkara asas kenegaraan di Malaysia longgar akibat daripada tidak mempunyai sistem memperkasa Bahasa di kuatkuasakan. Jelas kita melihat, di Iklan-iklan dan papantanda, kebanyakkan sudah mula menggunakan bahasa selain Melayu sebagai bahasa utama.

Orang Malaysia pula banyak pilihan untuk tidak menggunakan Bahasa Melayu bagi menjalani kehidupan di Negara mereka sendiri, mereka boleh memilih bersekolah di Sekolah Swasta dan terus ke Universiti langsung bekerja dan berniaga tanpa menggunakan bahasa Melayu. 

Kalau seseorang itu mahu menjadi warganegara sesebuah negara, asas mereka untuk memperolehi status penduduk tetap adalah menguasai bahasa Negara itu. Agak janggal juga di Malaysia, ramai rakyatnya tidak fasih berbahasa Melayu walaupun mereka rakyat Malaysia.

Tindakan pihak kerajaan menaikkan masa pembelanjaran kepada Bahasa Melayu amat kita sokong, namum masih ada ruang yang luas untuk rakyat Malaysia memilih kaedah lain untuk mendapatkan pendidikan di Swasta.

Jesteru itu, kami di pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh, mencadangkan agar setiap anak Malaysia yang mahu mendapat Kad Pengenalan iaitu cukup umur 12 tahun untuk di temuduga, mereka harus fasih berbahasa Melayu, mengetahui asas negara Malaysia dan sedikit sebanyak berpengetahuan dalam Institusi Raja-raja sebagai ketua negara sebelum mereka mempunyai Kad Pengenalan sebagai rakyat Malaysia.

Peraturan ini memang agak sukar dilaksanakan kerana kemungkinan ia melibatkan kelulusan di Parlimen, namum sebagai rakyat Malaysia tidak mengira kaum, kita kene bersatu hati untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

Kita sebagai rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai darah daging kita, kerana kita adalah anak Malaysia. Terdapat cadangan-cadangkan untuk menjadikan Bahasa English sebagai bahasa perpaduan seperti di Singapura, rakyat Malaysia tidak kita Cina, India, atau Melayu, seharusnya bangkit untuk menentang, kerana kita anak Malaysia.

Selamat Hari Malaysia!

Mohd Razlan Muhammad Rafii

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh.

 

 

 

 


7A820183-B319-4B15-8191-81BF46E1A994

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


RCI Sabah : Pairin kata Anwar tidak boleh dipercayai?

Posted: 18 Sep 2013 03:10 AM PDT

Anwar kelihatan memakai selendang tentera Huguan Malaysia

Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke perbicaraan mengenai RCI Sabah baru-baru ini amat menarik untuk dilihat kembali.

Tun Dr. Mahathir bertanya, "Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?". Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya,".

Dua isu di atas telah dijawab lebih awal oleh DSP Joseph Pairin Kitingan. Pada ketika itu, DSP Pairin adalah Ketua Menteri Sabah yang memperjuangkan sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat kes-kes penipuan di dalam isu Kad Pengenalan di Sabah.

DSP Joseph Pairin Kitingan mengulas bahawa "It is true. He (Anwar) blocked our request for an RCI. He was the one who rejected it. He cannot be trusted, for this reason we cannot accept Pakatan, especially Anwar Ibrahim".

Timbalan Ketua Menteri Sabah & Huguan Siou

Saya tidak punya ulasan yang besar akan hal ini, kerana kita semua tahu jawapan DSP Pairin di atas melambangkan sikap Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang begitu berkuasa di Sabah ketika itu.

Jika anda sebagai Manager, sudah tentu Assistant Manager anda seorang yang patuh dan melaksanakan kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui. Sudah tentu Assistant Manager anda akan memaklumkan apa jua perkara yang berlaku di lapangan. Jika Assistant Manager anda menyembunyikan perkara yang berlaku di lapangan, tetapi memaklumkan perkara yang baik sahaja, adakah Assistant Manager anda seorang yang jujur dan amanah?

Begitu juga apabila kita sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagaimana kita memahami bahawa setiap hasil mesyuarat, perjumpaan, panggilan telefon, perbincangan, pesanan, sms, memo dan sebagainya dikategorikan sebagai arahan Perdana Menteri?

Jika kita menginterpretasikannya sebagai suatu arahan, apakah semasa perlaksanaannya kita ada memberi laporan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan? Bagaimana cara kita akan melaporkan kepada Perdana Menteri, melalui telefon, datang berjumpa, menunggu mesyuarat kabinet, atau membiarkannya sahaja tanpa laporan. Atau membiarkan Perdana Menteri mendapat maklumat daripada pihak lain dengan bukti sahih lagi berwibawa.

Jika arahan Perdana Menteri, supaya pemberian Kewarganegaraan di negeri Sabah diberikan kepada mereka yang sudah layak, mengikut arahan dan prosedur, serta tidak melanggar Perlembagaan negara, adakah ianya dilaksanakan atau dibiarkan 'leaking' di mana-mana oleh pegawai-pegawai kerajaan atau sindiket? Adakah Perdana Menteri dimaklumkan berlakunya masalah leaking, sindiket jual-beli Kad Pengenalan, sindiket Kad Pengenalan palsu dan sebagainya?

Kita harus faham bahawa Perdana Menteri membawa Dasar Kerajaan secara kolektif setelah dipersetujui di Parlimen dan setelah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat kabinet. Jika polisi yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak berjalan dengan telus, mengapa Timbalan Perdana Menteri tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri dan seterusnya mencadangkan supaya ianya dihentikan untuk siasatan.

Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, anda kiralah berapa ramai Pegawai Kerajaan ditangkap dan dihukum kerana terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan?

Anda kira semula, jika ianya melibatkan Tun Dr. Mahathir, mengapa Tun Dr. Mahathir membiarkan ahli-ahli UMNO ditangkap dan diISAkan dalam kes Kad Pengenalan di Sabah?

Logiknya, jika betul ianya projek Tun Dr. Mahathir dan UMNO, sudah tentu lebih baik Tun Dr. Mahathir tutup mata telinga dan bebaskan sahaja ahli-ahli UMNO dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan itu?

Sebaliknya, Tun Dr. Mahathir tidak berkompromi kepada sesiapa pun yang melanggar undang-undang sama ada pegawai kerajaan, ahli UMNO hatta Timbalan Perdana Menteri.

Maka, kita harus memahami bahawa dalam konteks masa tersebut, arahan-arahan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan perlu dilaksanakan dengan bijak!

Allahyarham Tun Ghafar Baba, adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang amat memahami arahan Perdana Menteri dalam isu-isu Sabah. Tatkala PBS keluar di saat-saat akhir PRU10, Tun Ghafar Baba melaksanakan arahan dengan cekap ketika membantu USNO dan umat Islam di Sabah dengan mempercepatkan kemasukan UMNO ke Sabah.

Kepada Anwar Ibrahim, ketika memberi hujah di RCI Sabah minggu depan jangan sampai mengguris hati umat Islam dan Bumiputera di Sabah yang telah berstatus warganegara Malaysia yang mereka perolehi setelah melalui proses permohonan, tapisan keselamatan, temuduga, ujian bertulis, angkat sumpah dan banyak lagi proses yang maha ketat.

Ianya berbeza dengan proses anugerah kewarganegaraan dalam kes Yuan Yu Fang dan Rexy Mainaky.

Sumber : Jentayuabaka

Wasabi Oyabun..