Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:04 PG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Anggaplah ini sebagai hadiah dari Barisan Nasional buat semua yang menyokongnya..

Posted: 14 Jun 2013 07:28 AM PDT


Kalau sebelum pilihanraya hari tu. apa saja tindakan yang nak dibuat oleh mereka, penerimaan rakyat akan didahulukan seperti yang biasa dilaungkan.. kononnya 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'..

Tetapi setelah kembali berkuasa pandangan rakyat, penerimaan rakyat, rakyat suka atau tidak itu bukan masaalah..

Kerajaan sedang mempertimbangkan kenaikan tambang bas sempena musim perayaan ini seperti diminta syarikat pengusaha bas ekspres di negara ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Datuk Seri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata, kerajaan masih kaji permintaan itu dan belum memutuskan nilai yang akan dinaikkan.

"Setiap tahun pada musim perayaan memang terdapat surcaj 10 peratus yang dikenakan pada tambang kerana perjalanan pada musim perayaan ada bezanya, iaitu bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik. Jadi, ini yang perlu diambil kira," katanya selepas merasmikan Ekspo Antarabangsa Bas, Trak dan Komponen Malaysia 2013 di Seri Kembangan, semalam.

Beliau berpendapat, syarikat pengusaha bas ekspres tidak sepatutnya buat permintaan begitu dengan sewenang-wenangnya tetapi mengakui kerajaan faham dengan apa yang diperlukan oleh industri pengangkutan awam komersial itu.

"Sebelum buat keputusan, kita perlu melihat kepentingan orang awam agar (keputusan dibuat) lebih seimbang," katanya ~ Sinar Harian

Alasan nak dinaikkan ialah kononnya pada musim perayaan  bas penuh semasa pergi dan kosong bila balik.. tapi sekarang ini adakah dalam setiap perjalanan bas itu pergi dan balik penuh dengan penumpang?

Anggaplah ini sebagai hadiah dari Barisan Nasional buat semua yang menyokong untuk memenangkannya dan juga hadiah buat yang membantu kemenangan Barisan Nasional dengan sabotaj sahabat sendiri...

Menara UMNO tu harta Kerajaan yang dijadikan harta UMNO rupanya..

Posted: 14 Jun 2013 01:47 AM PDT


Sudah menjadi lumrah bagi para pencacai UMNO untuk menganggap apa saja milik Kerajaan Malaysia itu adalah milik UMNO..

Oleh itu kita telah menyaksikan berbagai kemudahan awam contohnya ialah Dewan Orang Ramai dan juga berbagai peralatan didalamnya dijadikan milik UMNO oleh macai-macai UMNO sedangkan ianya dibina untuk kemudahan orang ramai..

Insiden runtuhnya satu antena telekomunikasi yang dipasang diatas sebuah menara yang dikenali sebagai Menara UMNO di Pulau Pinang yang mengorbankan satu nyawa di Pulau Pinang telah mendedahkan meskipun ianya dinamakan Menara UMNO tetapi bangunan tersebut bukanlah milik UMNO..

Baca apa yang dilaporkan oleh BERNAMA ini..


GEORGE TOWN: Pemilik bangunan Menara Umno, JKP Sdn Bhd (JKP) akan mengalihkan sisa rasuk yang masih tergantung di bangunan itu hari ini bagi membolehkan kerja pembersihan jalan di kawasan bangunan itu.

Lewat petang semalam, sebuah penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan menara itu di Jalan Macalister di sini runtuh akibat angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan. gambar dan video sila lihat di SINI

Ketua Pegawai Eksekutif JKP Adzmi Ariffin berkata pihaknya telah menyewa sebuah kren untuk tujuan itu dan meminta semua pihak bersabar sehingga kerja-kerja mengalih rasuk itu selesai.

Adzmi berkata bangunan 21 tingkat itu yang siap dibina pada 1997 dan dibeli daripada Amanah Capital Bhd pada 2005 itu kukuh kerana kerja penyelenggaraan dilakukan secara berkala dan menyifatkan insiden runtuhan itu sebagai bencana alam.

Bangunan itu yang menempatkan pejabat, syarikat dan kolej swasta dijadual beroperasi seperti biasa pada Isnin ini kerana bahagian yang terjejas hanyalah penebat kilat itu sahaja, katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian ~ BERNAMA

Apa yang BERNAMA dedahkan diatas ialah bangunan itu adalah milik JKP Sdn. Bhd.

JKP ini pula milik siapa??

JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) telah ditubuhkan pada 12 Julai 1995 dan dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

JKPSB juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang yang dulunya dikenali sebagai Jawatankuasa Pemandu Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang (JKP).

Peranan JKPSB meliputi fungsinya sebagai Pemilik Tanah, Agen Pembangunan dan Pengurus Harta.

Penubuhan JKPSB adalah bertujuan untuk melaksanakan program dan projek sosio-ekonomi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang yang bertujuan untuk kepentingan masyarakat Bumiputera di Negeri Pulau Pinang supaya tidak tersisih dari arus pembangunan ekonomi negeri yang berkembang dengan pesat.

JKP Sdn Bhd yang di pengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Osman ~ Sumber Info dari SINI
JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) adalah dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Adakah Menteri Kewangan Diperbadankan itu milik UMNO?.. bukan.. ianya adalah milik Kerajaan Malaysia..

Oleh kerana ianya milik Kerajaan Malaysia, wang yang diguna untuk memiliki bangunan itu sudah tentu datangnya dari cukai yang dikutip dari rakyat Malaysia tanpa mengira ideologi politik..

Tetapi oleh kerana sudah biasa menjadikan harta Kerajaan Malaysia itu harta UMNO dan harta UMNO itu harta mak bapak depa.. bangunan milik Kerajaan itu dinamakan sebagai Menara UMNO..

Isu Tayangan Filem Melayu pada waktu Maghrib.. Ini jawapan Shabery Cheek

Posted: 13 Jun 2013 11:00 PM PDT


Baru baru ini, Pengarah dan Penerbit terkenal, Ahmad Idham  telah mempersoalkan kenapa ada pawagam yang meletakkan waktu tayangan filem Melayu pada pukul 7 malam..

Menurutnya sebagai sebuah negara Islam sepatutnya operator pawagam menayangkan pada waktu lain yang lebih sesuai bagi menghormati waktu maghrib..

Dan isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Idham itu mendapat perhatian dari Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia yang baru iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek..

Tapi nak kata dia baru dalam Kementerian itu tidaklah rasanya sebab pernah menerajui kementerian itu dari tempoh Mac 2008 hingga April 2009.

Jawab Shabery Cheek melalui laman FaceBooknya..

Ada yang bertanya dengan saya mengenai ISU TAYANGAN FILEM MELAYU pada waktu solat maghrib, jawapannya mudah tayangan ini untuk 3 kategori rakyat:

1. Orang yang bukan islam
2. Perempuan yang uzur tak boleh solat
3. Untuk Lelaki musafir atas syarat2 yang ditetapkan islam

Jadinya yang islam boleh tunaikan solat maghrib dan isyak dahulu kemudian pergila menonton tayangan jam 9.
Jawapan yang ke tiga itu membuat aku tertanya-tanya.. dia belajar dari siapa agaknya?. Musafir.. solat tak boleh tapi tengok wayang boleh? 


Satu Maut, Sembilan cedera, Antena Telekomunikasi di Menara UMNO tumbang.. (Gambar dan Video)

Posted: 13 Jun 2013 08:14 PM PDT


Sembilan orang cedera dan dua maut dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang pada jam 6.45 petang semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu mengakibatkan sebuah pemancar telekomunikasi di atas Menara Umno di Jalan Macalister di sini jatuh dan menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan.





Katanya, tujuh kenderaan termasuk sebuah pikap rosak teruk akibat dihempap pemancar telekomunikasi sepanjang kira-kira 20 meter itu dan pemandu pikap berkenaan maut.

"Di daerah Timur Laut terdapat lapan tempat yang terlibat di mana ada yang pokok tumbang dan yang serius sekali di Jalan Macalister di mana antena (pemancar telekomunikasi) atas bangunan Menara Umno telah jatuh dan mengakibatkan seorang (pemandu pikap) maut.


"Bagi daerah Seberang Perai Tengah ada dua tempat yang terlibat dan daerah Seberang Perai Utara ada 10 kawasan terlibat manakala di daerah Barat Daya melibatkan satu kawasan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di Jalan Macalister, semalam.



Abdul Rahim berkata, kejadian itu juga mengakibatkan paip bawah tanah di jalan berkenaan pecah.

Sementara itu, seorang lagi adalah lelaki yang mencari tempat perlindungan selepas melakukan joging, maut dihempap pokok dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di kawasan Empangan Air Itam di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, mangsa berusia 33 tahun itu dipercayai mencari tempat perlindungan.





Laporan oleh Sinar Harian

Comments (0)