Followers

Nuffnang

Tun_Telanai

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:17 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Tun_Telanai


RAKYAT NAK TENGUK APA SIKAP SPR APABILA UMNO MASIH BERKEMPEN MENGUNAKAN TV DAN RADIO-BERANIKAH SPR BERTINDAK –SAYA BERSUMPAH SPR TIDAK AKAN APA-APA TINDAKAN

Posted: 04 May 2013 08:09 AM PDT



Henti kempen jam 12 malam ini 

Siang tadi terbit di TV Pengerusi SPR yang mengingatkan semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 ini agar menamatkan kempen pilihanraya masing-masing tepat jam 11.59 malam ini. Ini kerana hari berikutnya bermula tengahmalam ini iaitu 5 Mei adalah Hari Mengundi.

Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihanraya menghuraikan "batasan" pada Hari Mengundi yang dengan jelas melarang sebarang bentuk kempen pada hari berkenaan.
Kita harapkan semua pihak akan akur dan menjunjung undang-undang Negara.

Cumanya pihak SPR kena beri perhatian adakah pihak BN yang menguasai media arus perdana khasnya media elektronik iaitu TV dan radio akan turut berbuat demikian. Adakah pihak BN akan memastikan semua siaran TV dan radio tiada lagi mengandungi unsur kempen bermula jam 12 tengah malam ini. Semua klip video termasuklah "Sayang Selangor Yakini BN" seharusnya tidak lagi dimainkan bermula jam berkenaan.
Adakah pihak SPR akan saksama dan memastikan TV dan radio tidak digunakan oleh mana-mana pihak kerana mematuhi semangat Akta di atas?

Seksyen 26 berikutnya menggariskan:
(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

(3) Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) ialah kesalahan boleh tangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah.
Mampukah pihak SPR menguatkuasakan peraturan ini?

JOM UBAH KE MALAYSIA YANG BARU

Posted: 04 May 2013 08:06 AM PDT



Pergh!!! Makin nak dekat waktu mengundi makin bertambah ramai rakyat menyokong dan mendokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Ceramah Grand Finale Pakatan Rakyat malam ini di Stadium Kelana Jaya adalah bukti kukuh lagi padu.

Lebih 50,000 rakyat Selangor berhimpun tanda memberikan sokongan padu lagi jitu tanpa berbelah bagi kepada Kerajaan PR Selangor yang sedia ada sambil bertekad mau mengubah Putrajaya.

Nampaknya segala dakyah dan fitnah yang dilemparkan kepada para pemimpin tertinggi PR langsung tidak memberi sebarang impak dan kesan negatif, tetapi sebaliknya memberi ransangan dan semangat serta peluang kepada PR merampas Putrajaya dari BN.

INI KALI LAH... JOM UBAH.... SELAMATKAN MALAYSIA.


BERSINARKAH MALAYSIA BARU PAGI 6 MEI NANTI?

Posted: 04 May 2013 07:53 AM PDT



Roslan SMS

Akhbar The Star hari ini terbit dengan "pullout" khas 16 mukasurat yang memberi tumpuan kepada PRU 13.

Terdapat 7 analisa yang diberikan oleh penulis kanan dan penulis jemputan akhbar berkenaan yang menarik perhatian saya dan yang telah saya baca dengan penuh teliti untuk melihat apakah gambaran yang dapat kita cungkil darinya.
7 analisa berkenaan masing-masing disediakan oleh:


1) Wong Chun Wai – Ketua Pengarang Kumpulan The Star 2) Wong Sai Wan – Pengarang Eksekutif The Star 3) Johnson Chong 4) Michael Yeoh CEO ASLI 5) Dr Denison Jayasuria UKM 6) K. Baradan dan 7) Razak Ahmad.
Rata-rata dua penemuan yang dikira dikongsi oleh kesemua mereka adalah:

PERTAMA: pengundi Cina "solid" di belakang Pakatan Rakyat
Kata CW Wong – ramai (masyarakat Cina ) yang yakin bahawa 5 Mei nanti perubahan akan berlaku dan mereka mahu menjadi sebahagian dari sejarah itu kerana pimpinan Pakatan akan berkuasa. Menurut MICHAEL YEOH – kemungkinan sehingga 80% (masyarakat Cina) akan mengundi DAP dan calon-calon Pakatan. K.BARADAN pula berpandangan – masyarakat Cina yang memiliki majoriti di 40 kerusi Parlimen bersungguh akan mengundi DAP selain PKR dan PAS.

KEDUA: pengundi Melayu dijangka menjadi penentu
Dan bagi pengundi Melayu pula mereka menjangkakan kecuali mereka yang berada di kawasan Bandar, masyarakat Melayu di luar bandar dijangka kekal bersama BN.
Cumanya CW Wong contohnya masih belum dapat membaca adakah segmen pengundi Melayu ini kali ini akan kekal sebagai "fixed deposit" BN atau akan beralih kali ini. DR DENISON menjangkakan masyarakat India juga kali ini dijangka condong kembali kepada BN sebagaimana pengundi Melayu. Menurut BARADAN sebagaimana DAP dijangka menang besar dikalangan pengundi Cina, pengundi Melayu juga dijangka bertaut di belakang Najib dengan memerikan kemenangan besar kepada BN.
Memanglah berdasarkan analisa mereka masing-masing, yang mengakui PRU kali ini genting, namun semua membuat kesimpulan BN akan kembali berkuasa. Barangkali kesimpulan itu dibuat bukan untuk menyedapkan diri sendiri tetapi orang lain.

Apa pun tiada yang berani mengatakan BN akan kembali dengan majority 2/3 majoriti. BN mereka laporkan akan menang tetapi menang kecil seolah menyatakan yang jika tidak menang kemungkinan Pakatan pula yang menang!
Majoriti 2/3 akan diperolehi bagi mana-mana parti yang menang 148 kerusi dan lebih dari 222 kerusi yang dipertandingkan peringkat Parlimen.

CW WAI menjangkakan BN akan menang membentuk kerajaan Persekutuan dengan 138 kerusi, iaitu dalam keadaan DAP mungkin menang semua 45 kerusi majoriti Cina (selebihnya antara PKR dan PAS)
Begitu juga BARADAN menjangkakan BN menang di 145 kerusi (kalau kita biasa ikuti tulisan beliau dalam akhbar The Star, beliau tidak pernah langsung punya simpati selain terhadap BN).

DR DENISON pula menjangkakan BN menang tetapi dengan prestasi di bawah PRU 12, kata beliau mustahil BN dapat majoriti 2/3. Dan beliau membuat kesimpulan PAS akan menang di Shah Alam dan Pasir Mas (kerana Najib silap pilih calon), DAP kalah di Gelng Patah tetapi PKR menang di Segamat. Juga PR kekal di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan menang kembali Perak.
JOHNSON CHONG pula lebih berimbang dengan menyatakan samada BN atau PR yang menang di Federal kelak, pemenang akan menang dengan kelebihan antara 8 ke 22 kerusi (iaitu menang dengan 119 ke 133 kerusi)!

RAZAK juga menjangkakan BN menang tetapi tidak capai majoriti 2/3 .
Yang penting di sini kemampuan PR tidak ditolak malah kemungkinan PR menang diperingkat Federal jelas tersirat dalam tulisan kesemua mereka. Yang kritikal adalah kemanakah akan perginya undi pengundi Melayu kerana undi pengundi Cina sudah seakan muktamad iaitu buat PR.

Oleh itu bagi saya esok jika calon-calon PR selain di bandar-bandar, selain di Lembah Kelang, Lembah Kinta, Pulau Pinang dapat meraih sebahagian dari sokongan pengundi Melayu, pengundi Cina lebih 80% menyokong PR dan masyarakat India tidak kembali kepada BN, Putrajaya insyallah akan beralih tangan.
Tetapi jika sebaliknya, PR akan menanggung banyak rugi termasuklah di negeri-negeri yang ia kuasai.

Kuasa penentu adalah pada rakyat, jika setelah sekian lama kita bertarung ini rakyat yakin dan bersungguh bersama kita insyallah bersinarlah Malaysia baru menjelang pagi 6 Mei……

ESUK HARI PEMBUANGAN UNDI BERFIKIRLAH...TUMBANGKAN UMNO/BN-TUBUHKAN KERAJAAN BARU-KERAJAAN PR

Posted: 04 May 2013 07:03 AM PDT









MUKHRIZ, AHMAD BASHAH AKAN TEWAS-INSYA ALLAH

Posted: 04 May 2013 06:57 AM PDT



12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah

Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.


Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.

Dua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkan status quo pada 2008.

Sepanjang dua minggu berkempen, pengundi kaum Tiong Hua di Kedah tidak menyatakan sokongan terbuka, tetapi situasi itu berubah dengan perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dengan sokongan itu, Pakatan dijangka mampu mempertahankan sembilan DUN seperti berikut: Ayer Hitam, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor.

Di sembilan kawasan ini, peratus komposisi kaum Cina dan Siam cukup signifikan antara enam peratus hingga setinggi 59 peratus.

Mukhriz, Ahmad Bashah tewas?

Manakala, tiga lagi kerusi dijangka dirampas dari tangan BN, iaitu Kota Siputeh, Bakar Bata dan Derga. Ketiga-tiga kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti sangat tipis sebelum ini masing-masing dengan majoriti 495, 358 dan 163 undi.

Di Ayer Hitam yang ditandingi Datuk Mukhriz Mahathir, susulan berubahnya sokongan masyarakat Siam dan Cina dari BN kepada Pakatan serta sentimen antilegasi Tun Dr Mahathir Mohamad - bapa Mukhriz - PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Malah sentimen itu dijangka melimpah ke kawasan sebelahnya iaitu Kota Siputeh.

Di Bakar Bata, gandingan calon mudanya Mohd Eekmal Ahmad, bekas pegawai akhbar ketua pembangkang dilihat bergandingan baik dengan calon Parlimen, juga dariapda PKR Gooi Hsiao Leung dan mampu menumbangkan 'calon heavyweight' BN Ahmad Bashah Nd Hanipah.

Sementara itu, BN pula mampu mengekalkan enam kerusi di Utara Kedah, iaitu Air Hangat, Kuah, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang dan Pedu. Tiada kerusi DUN dijangka dapat dirampas oleh BN.

Di Kuala Nerang dan Pedu, BN dijangka mengekalkan sokongannya ekoran kegagalan PAS mengembangkan sokongannya kepada masyarakat bukan Melayu - trend yang berlawanan dengan tempat-tempat lain di Utara Kedah.

Sejumlah kira-kira 2,500 pengundi Siam di Padang Terap. Usaha PAS membentuk Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Siam dilihat tidak mencukupi. Wujudnya kebimbangan mengenai "ketulenan sokongan" masyarakat Siam.

Sudah menjadi rahsia umum mengenai kebimbangan akar umbi PAS - sejak pertengahan kempen pilihan raya - mengenai situasi dua DUN bawah Padang Terap yang disandang oleh calon PAS Mohd Nasir Zakaria yang bakal menghadapi pertarungan sengit ditentang bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masih berpengaruh.

AWAS : PENIPUAN DALAM PRU KE-13 SEDANG DIRANCANG-ESUK KALAU KITA LALAI MEREKA AKAN PENGUNDI

Posted: 04 May 2013 06:56 AM PDT






Bersih Jejak Warga Asing Dibawa Masuk Semalam Untuk Mengundi Esok


PETALING JAYA 4 MEI : Sekumpulan warga asing dipercayai terlibat sebagai pengundi hantu dibawa masuk ke Selangor semalam menerusi penerbangan dari Kota Kinabalu ke Lapanga nterbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Koordinator Asalkan Bukan Umno Haris Ibrahim berkata, risikan mendapati lebih 100 warga Bangladesh diangkut dengan enam van dari KLIA ke sebuah ladang kelapa sawit di Dengkil, Selangor.

"Maklumat diperoleh menyatakan sebuah penerbangan MH8611 dari Kota Kinabalu ke KLIA bertolak pada Khamis jam 10 malam dan mendarat pada Jumaat jam 12.30 tengahari.

"Skuad diketuai saya pergi ke KLIA bagi mengesan perkara itu mendapati kapalterbang bagi penerbangan MH8611 kosong tetapi kita mengesan sebuah kapal terbang Malindo membawa penumpang tersebut.

"Semua mereka dibawa keluar tidak menggunakan laluan biasa tetapi menerusi laluan kargo," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, semua warga asing itu diangkut dalam enam van yang padat di mana dua darinya adalah van dengan pelekat Risda.

Beliau menjelaskan van yang membawa warga asing tersebut dipandu dengan keadaan yang mencurigakan kerana kenderaan itu berhenti beberapa kali.

Haris berkata pemandu van bertindak demikian kerana ingin mahu mengelak daripada diekori.

"Ketika tiga van berhenti di mana kereta kami turut berhenti, sebuah bas datang bagi mengangkut mereka.

Van-van tersebut kemudian berhenti di hadapan kereta mereka bagi menghalang skuad Haris daripada terus menjejaki bas tersebut.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga berkata, menurut sumber terdapat lebih kurang 15 penerbangan sehari yang mendarat di KLIA bagi tujuan itu.

Menurutnya, pihaknya mempercayai semua kumpulan warga asing dibawa masuk pihak tertentu demi kepetingan Barisan Nasional (BN).

"Rakyat diminta bertindak dengan menyalurkan maklumat supaya perkara ini dapat diambil tindakan.

"Hanya rakyat tempatan berhak menetukan pemerintahan negara ini dan bukannya pihak luar," katanya.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat dengan melayari lama sesawang : https://pru13.INFO/ADUAN atau talian 03 – 7931 8040 (panggilan), 013 – 7711 071 (SMS).

RISIK ATM RAMAL PR AKAN KE PUTRAJAYA ?

Posted: 04 May 2013 06:01 AM PDT



Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil-Alih Putrajaya

Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi Parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi. "Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut 'survey' itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini." Melaka, kita boleh tambah kerusi parlimen dan negeri, tetapi masih belum boleh tawan negeri.

"Pahang, kita boleh tambah kerusi, tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50," ujar Mustafa. Menurut Mustaffa, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu. Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad nanti.

"Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi." Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir sendiri," katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Bagi menang di peringkat persekutuan sekali gus menduduki Putra Jaya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan. Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi.Manakala Pakatan menang dengan 82 kerusi.

Via: GreenBoc

ANDAIKATA BN MENANG LAGI ESOK.......

Posted: 04 May 2013 06:00 AM PDT



Esok hari pembuangan undi, dua gabungan parti terbesar akan mencorakkan masa depan negara. Angin perubahan melanda kencang dan dalam masa yang sama gelombang biru yang membawa hantu-hantu juga turut semakin membesar.

Andaikata BN menang esok, ada dua kemungkinan sama ada menang dengan bersih di atas padang persaingan yang seimbang atau menang secara kotor di atas padang pertandingan yang tidak sama rata. Antara dua kemungkinan ini mana satu yang menjadi kemungkinan besar?

Kalau BN menang dengan bersih, bermakna sokongan rakyat masih besar kepada BN. Rakyat masih bersetuju dengan dasar penipun BN sedangkan dalam PRU 12 yang lalu menolakkan rakyat sudah ternyata mencapai hampir 50%. Apakah terdapat perubahan besar kepada dasar kerajaan sejak PRU 12? Kalau hanya dengan dasar transformasi yang dilaung laungkan tanpa melibatkan perubahan besar dalam dasar penetapan harga minyak, dasar pendidikan tinggi dan lain lain dasar yang penting kepada rakyat maka sebenarnya tiada perubahan yang dilakukan kerajaan.

Sebaliknya tuntutan untuk pilihanraya bersih langsung tidak dihiraukan malah sehingga hari ini, BN terus degil dengan dasar menipu rakyatnya. Maknanya, Untuk BN menang dengan bersih hampir tidak ada, jadi kalau BN menang, ianya menang kerana menipu.

Macam biasa, BN menggunakan SPR untuk menipu, tidak terkecuali kali ini, sudah terlalu lama SPR dibiarkan melakukan sewenang wenangnya, sudah terlalu lama SPR dibiarkan memindahan pengundi ke mana mana kawasan yang dikehendakinya, sudah terlalu lama SPR dibiarkan memanupulasikan undi pos dan sudah terlalu lama SPR dibiarkan melakukan penipuan untuk memenangkan BN.

Rakyat tak akan percaya BN menang  tanpa menipu sedangkan penipuan sudahpun bermula sebelum hari mengundi lagi. Kali ini mungkin rakyat tidak akan dapat menerima penipuan BN yang membolehkan BN terus menang dan berkuasa kepada harta negara kerana BN menang kerana menipu dengan terang terangan.

HELIKOPTER BAWA ANWAR DIHALANG DI LANGKAWI

Posted: 04 May 2013 05:58 AM PDT



(Oleh Sidiqin Omar)



LANGKAWI 4 MEI: Tindakan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) diselar kerana cuba menghalang helikopter yang membawa Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Langkawi.


Menurut Setiausaha Politik 1, Mohd Shukri Md Saad, kelewatan sehingga dua jam menyebabkan Anwar gagal menghadiri Himpunan Pakatan Harapan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim, petang semalam.

"Selepas solat Jumaat kami dapat panggilan daripada pemilik helikopter bahawa DCA tak benarkan helikopter meninggalkan Langkawi apabila nama Anwar ada dalam senarai penumpang," Shukri kepada Keadilan Daily.

"Namun, ada sokongan dari pihak tertentu. Mereka benarkan Anwar guna pesawat kecil dan mendarat di Alor Setar," maklum Shukri.

Anwar mendarat kira-kira jam 5 petang dan sempat singgah di Pekan Naka, Pedu.

Namun, beliau tidak dapat menghadiri program di Stadium Suka Menanti, Alor Setar kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Saya minta maaf kerana tidak dapat hadir. Minta maaf kepada semua. Pastikan kita semua turun beramai-ramai Ahad ini bagi mencapai matlamat untuk tawan Putrajaya," kata Anwar kepada hadirin yang diperdengar melalui panggilan telefon.

Shukri memaklumkan, pergerakan Anwar dan pasukan menggunakan laluan darat dan beliau berjaya tiba di Sungai Petani dan Stadium Keladi di Kulim.

"Walaupun kita dihalang, tapi berjaya tiba di beberapa lokasi lain," kata Shukri.

TOLONG SEBARKAN KE SELURUH NEGARA

Posted: 04 May 2013 05:51 AM PDT

KedahLanie.info: Skuad Bangla-busters dilancarkan..!!: Mat Saman Kati Ini bukan pengundi Bangla tapi salah seorang Bangla-busters. Skuad Tahan telah pun bergerak dimana-mana dan memantau...

KERAJAAN SEZALIM INIKAH YANG HENDAK DIPERTAHANKAN

Posted: 04 May 2013 02:46 AM PDT

JANGAN RISAU ALLAH ADA PERANCANGAN LAIN UNTUK MENGHANCURKAN UMNO

Posted: 04 May 2013 02:43 AM PDT

ESUK, 5 MEI HARI MEMBUAT KEPUTUSAN MENOLAK UMNO/BN

Posted: 04 May 2013 02:37 AM PDT



AMANAT TUAN GURU NIK AZIZ UNTUK PENGUNDI

AMANAT PRESIDEN PAS UNTUK PENGUNDI


DEBAT RASUAH: MAHATHIR VS NAJIB 


UMNO PENGKIANAT NEGARA


KALI INILAH RAKYAT MAHUKAN PERUBAHAN

UMNO DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA ADALAH PENIPU

Posted: 04 May 2013 12:35 AM PDT




Korang mesti pernah tengok filem P. Ramlee kutuk UMNO kan? Tapi korang mesti tak pernah dengar lagu ni. Lagu ini adalah kritikan terhadap masalah korupsi, salah guna kuasa, penipuan dan banyak lagi kesalahan yang dilakukan UMNO sejak dari zaman dahulu lagi.

Dengar dulu dan tonton segala keratan akhbar serta imej yang dipaparkan, jangan terlalu cepat melatah. Disclaimer: Lagu ini bukan dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (sebab tu tajuk tulis "P Ramle" kurang satu "e") hihihi

Lirik/Nyanyian: Faiq
Muzik: El Presario

Lirik:
Melayu dah kena tipu sama UMNO sedari dulu
UMNO asyik temberang orang Melayu sampai sekarang
Harta dah banyak hilang tanah habis dikebas orang
Sekolah dan biasiswa semua UMNO yang empunya

Kalau bab rasuah UMNO memang tak pernah kalah
Hidupkan perkauman UMNO tolak hai hukum Tuhan
UMNO oh I tell you, penipu nombor satu

Hasil dalam negeri simpan buat anak dan isteri
Hasil luar negeri sapu habis buat kroni
Kempennya hari hari di corong radio dan peti tv
Cakapnya penuh auta hai tompok tompok hoi tahi unta

Masa pilihanraya manifestonya tiru orang da...
Lepas pilihanraya projek tinggal ai papan tanda
UMNO tak boleh harap masuk angin keluar asap...

INI KALILAH...

KECUT PERUT NAJIB MELIHAT KEBANGKITAN RAKYAT-5 MEI HARI PENENTUAN

Posted: 04 May 2013 12:19 AM PDT

Omak Kau!!!!: KOLEKSI GAMBAR HIMPUNAN MEGA PAKATAN HARAPAN RAKYA...: UBAH... INI KALILAH TUKAR....REFORMASI ...adalah antara laungan bersemangat yang berkumandang malam ...

MERDEKA CENTER: SAINGAN SENGIT, PR DI DEPAN

Posted: 04 May 2013 12:16 AM PDT



SHAH ALAM - Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berhadapan dengan saingan "amat sengit" dalam menguasai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun PR dilihat mempunyai sedikit kelebihan dan berada di depan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, PR dilihat menguasai 89 kerusi sekarang berbanding 85 bagi BN.


Kedua-dua perikatan itu bersaing keras untuk merebut baki 46 kerusi manakal parti Star dan Parti Pekerja Sarawak (SWP) boleh menguasai masing-masing satu kerusi.

Kerusi-kerusi BN itu, 50 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (16) dan Sarawak (19).

Sementara itu, daripada 89 kerusi PR, 81 datang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan (tiga) dan Sarawak (lima).

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 28 April dan 2 Mei. Pengundian PRU13 akan diadakan Ahad ini.

Tempoh berkempen 15 hari akan berakhir tengah malam ini.

Ketika mengulas lanjut berkata, Ibrahim berkata, daripada 46 kerusi yang menjadi rebutan BN dan PR, sebahagian besar berada di Pantai Barat Semenanjung.

Antara kerusi-kerusi yang termasuk dalam senarai 46 itu ialah Balik Pulau, Setiawangsa, Bandar Tun Razak, Padang Rengas dan Merbok.

Pada PRU 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala komponen PR menguasai 82 kerusi.
Ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu, BN menguasai 137 kerusi di Parlimen.

"Dalam kajian yang kami kendalikan, 42 peratus pengundi bersetuju bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi satu peluang untuk memerintah negara ini manakala 41 peratus merasakan BN masih boleh memerintah negara ini," kata Ibrahim dalam kenyataannya.

Sebanyak empat peratus responden enggan mengulas manakala 13 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Kajian ini melibatkan seramai 1,600 pengundi berusia 21 tahun ke atas. Kajian dikendalikan menerusi telefon.

Ibrahim berkata, hasil kajian pihaknya juga menunjukkan tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot daripada 64 peratus kepada 61 peratus.

Populariti Najib dalam lingkungan 64 peratus ketika tempoh kajian dikendalikan dari 12 hingga 17 Mac lalu.

"Ini menunjukkan penurunan dalam persekitaran 'mesra' yang dijana susulan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan insentif-insentif lain," katanya lagi.

-sinarharian.com

HARI INI PENGUNDI DI ATAS PAGAR SIBUK BERFIKIR DAN MEMBUAT PERTIMBANGAN

Posted: 04 May 2013 12:11 AM PDT



Hari ini hari terakhir bagi mana-mana pihak berkempen. Besok hari penentu arah dan hala tuju negara kita setelah semua rakyat yang mengundi menyelesaikan tanggungjawab mereka. Hari ini adalah hari terakhir bagi rakyat yang masih belum menentukan siapa dan pihak mana mereka hendak berikan undi mereka.  Kumpulan ini merupakan kumpulan yang paling penting bagi kawasan yang kemenangan dijangka tipis bagi mana-mana pihak.


"It's neck to neck!" kata ramai pemerhati dan penggiat politik di kedua-dua belah pihak dan pandangan mereka ini adalah lebih tepat dari pandangan dari mereka yang hanya memandang dari rumah dan 'internet' atau media arus perdana. Keadaan berubah dari masa ke semasa dan dari hari ke hari. Mereka yang benar-benar bermain politik selalunya tidak memberikan pandangan mereka dengan emosi dan pandangan yang berat sebelah.

Dalam ratusan mereka yang berhubung dengan saya semalam sahaja, ada diantara penyokong BN yang mengatakan BN terlalu sulit untuk di pertahankan di kawasan mereka dan ada pula penyokong Pakatan Rakyat yang berkata BN masih mengatasi Pakatan Rakyat. Bukan mudah untuk meyakinkan mereka untuk melakukan perubahan ini. Kedua-dua pihak di perincikan dan di nilai oleh semua dalam penentuan mereka yang terakhir seperti hari ini.

Tingkah dan laku pimpinan kedua-dua belah pihak menjadi perhatian rapi dari rakyat. Keghairahan yang ditunjukkan oleh mana pihak akan mengurangkan sokongan ramai kerana keghairahan itu merupakan elemen penting bagi kita mengagak apa yang akan terjadi jika pihak itu memenangi pilihanraya atau mempertahankan kedudukan dalam pilihanraya kali ini.

Contohnya kehadiran Dr Mahathir dan Daim Zainuddin di pentas BN sedikit sebanyak mengurangkan sokongan orang ramai terhadap BN kerana rakyat mempunyai persepsi yang tidak begitu enak pada kedua-dua personaliti ini. Dari membantu BN mereka ini melunturkan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah itu. Mereka berdua ini tidak menyedari yang rakyat sudah tidak memandang mereka sebagai pemimpin yang jujur dan ikhlas.

Jika Mahathir benar-benar merupakan orang yang masih berpengaruh, tidak mungkin berlaku ramai ahli-ahli UMNO di bekas kawasan beliau di Kubang Pasu berhijrah kepada PAS sejak dua tiga hari yang lalu. Penghijrahan ini berlaku kerana mereka berfikir yang jika UMNO menang maka orang-orang ini akan mendapat keuntungan terus menerus seperti yang mereka rasakan pada hari ini. Mereka berdua ini merupakan 'warlords' yang terbesar dalam UMNO itu.

Di sebaliknya ada juga berlaku penghijrahan sokongan dari pihak Pakatan Rakyat kepada BN kerana perkembangan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah-canggah diantara pimpinan parti-parti dalam DAP dan PKR misalnya, menjadikan mereka yang masih lemah sokongan mereka terhadap PR itu kembali memberikan sokongan kepada BN.

Kenyataan dua pimpinan DAP di Johor dan di Kedah yang menyeru rakyat tidak memberikan undi terhadap calon PAS memberikan impak yang bukan sedikit terutamanya bagi mereka yang diatas pagar. Walaupun kenyataan yang berbau perkauman itu telah di tarik balik ia tetap telah memberikan persepsi yang mereka masih lagi membendung sifat perkauman yang menebal.

Ia ditambah pula dengan tindakan DAP tidak menampak dan menzahirkan janji-janji mereka untuk menghilangkan stigma sebagai parti yang hanya untuk orang Cina. DAP tidak memberikan gambaran itu di setiap negeri seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Sejak setahun dahulu, saya telah menjelajah untuk menggambarkan yang DAP itu bukan parti perkauman.

Tetapi akhir-akhir ini ramai yang telah berhubung dengan saya dan telah berpatah balik sokongan mereka kepada BN. Mereka merasakan DAP sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri tanpa perlu sokongan dari orang Melayu dan India. Ada yang telah menebal keyakinan mereka yang DAP sudah merasakan mereka sedang berada dalam 'cloud 9'.

Mereka sudah mula menampakkan keghairahan keterlaluan dan tidak sabar-sabar untuk mendiami pejabat Pusat Pentadbiran Putrajaya. Sudah mula terbit sikap takbur yang tidak terkawal itu di kalangan pimpinan DAP. Kita perlu ingat mereka yang diatas pagar yang senyap dan tidak bercakap ini lah yang sangat penting hari esok. Kita tidak menghalang DAP untuk ke Putrajaya itu tetapi ramai merasakan yang DAP itu akan menjadi seperti 'si kudung mendapat cincin' apabila merasakan keenakan kuasa di Putrajaya itu.

Mereka (diatas pagar) akan menjadi kumpulan penentu di kawasan-kawasan yang dijangka akan dimenangi dengan kemenangan tipis oleh mana-mana pihak yang berjaya itu. Kadang kala ramai diantara pemimpin yang terlau banyak bercakap tetapi mereka tidak sedar lebih ramai lagi yang tidak bercakap tetapi sibuk dengan berfikir baik buruknya memberikan undi perubahan kali ini.

Tidak kurang yang menganggap PKR itu adalah DNA kepada UMNO. Itulah sebabnya terlalu banyak perkara-perkara yang berlaku di dalam parti itu sama seperti apa yang berlaku di dalam UMNO itu. Terlalu menggila hendak ke Putrajaya sehingga tidak melihat apa yang ada di kiri kanan jalan ke Putrajaya itu. Saya selalu mengingatkan yang keghairahan yang keterlaluan akan membawa padah kepada diri sendiri.

Kita mesti ingat pemikiran pengundi boleh berubah dalam masa yang sesingkat satu jam sebelum membuang undi mereka.

DIKIR BARAT VIDEO KLIP TOK GURU KU SAYANG

Posted: 04 May 2013 12:07 AM PDT



SHAHBUDIN HUSIN : JIKA SAYANGKAN NAJIB, UNDILAH BN TAPI JIKA SAYANGKAN DIRI SENDIRI DAN ANAK CUCU, UNDILAH SELAIN BN

Posted: 03 May 2013 11:57 PM PDT



Hari ini merupakan hari terakhir untuk berkempen sebelum pengundian esok. Baik PR mahupun BN, masing-masing sedang melipatgandakan usaha dan kekuatan bagi meraih kemenangan di saat-saat akhir ini. Secara umumnya, walaupun pengundi Cina lebih memihak kepada PR, kedudukan keseluruhannya masih lagi 50-50 kerana pengundi Melayu dan luar bandar masih lagi cenderung kepada BN.

Merdeka Center  dalam kajian terakhirnya meramalkan PR dijangka pasti memenangi 89 kerusi manakala BN 81 kerusi, sementara seelebihnya masih lagi merupakan kerusi yang dipersaingkan dengan hebat dan hanya akan diketahui setelah proses pengiraan undi berakhir.

BN, selain mengulang-ulang isu pembangunan, keharmonian serta menakut-nakutkan pengundi berkenaan dengan Pas yang didakwanya ekstrem dan DAP kononnya anti Melayu, turut menjaja nama Najib sebagai Perdana Menteri sebagai bahan untuk meraih undi. Bertaburan di mana-mana sekarang ini poster gambar Najib yang bertulis Undilah Perdana Menteri yang memberi gambaran bahawa memilih Najib sebagai Perdana Menteri merupakan keutamaan jika mengundi BN.

Sememangnya diakui BN agak tenggelam dengan idea-idea segar untuk membantu dan meringankan beban kehidupan rakyat berbanding PR.  Hanya BR1M yang dijaja siang dan malam sebagai modal kononnya BN mempunyai iltizam yang tinggi untuk mendahulukan rakyat.

Setelah 56 tahun berkuasa, BN sebenarnya hanya mampu menawarkan RM500 untuk menolong rakyat. Selainnya memilih BN hanyalah  untuk menjadikan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Berbeza dengan PR yang menawarkan penurunan harga minyak, penghapusan hutang PTPTN, pendidikan percuma, penurunan harga kereta, menaikkan royalti untuk negeri pengeluar minyak, penghapusan tol lebuhraya utara-selatan dan sebagainya, terlihat bahawa iltizam untuk mengagihkan kekayaan negara dengan rakyat begitu menyerlah.

Bimbang dengan idea-idea PR itu, BN dalam manifestonya telah menciplak sebahagian besar manifesto PR itu tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Tetapi dalam kempen-kempen yang dijalankan tetap disuarakan agar Najib terus diberi peluang sebagai Perdana Menteri kerana kononnya tempoh 4 tahun yang sudah dilaluinya masih tidak mencukupi.

Ditambah dengan semakin banyaknya poster gambar Najib yang bertulis Undilah Perdana Menteri, tergambar bahawa matlamat utama BN lebih untuk meletakkan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri berbanding lain-lain kepentingan. Walaupun Najib dilihat gagal dalam tugasnya berikutan hutang negara yang semakin meningkat, pembaziran, ketirisan dan rasuah juga makin meningkat, selain pelbagai masalah lainnya yang wujud dalam negara yang secara langsung menggambarkan kegagalan beliau memimpin negara ini ke arah yang lebih baik, nama Najib terus dijaja ke seluruh negara.

Ini dilihat berbeza dengan PR yang mempunyai program yang banyak dan hampir menyeluruh untuk memberi kesejahteraan dan kehidupan yang lebih baik untuk rakyat. Bayangkan dalam tempoh lima tahun akan datang pelbagai manfaat bakal diperolehi jika peluang diberikan kepada mereka.

Hanya selepas 24 selepas menubuhkan kerajaan, harga minyak akan diturunkan, tarif letrik akan dikaji semula, anak-anak boleh menikmati pendidikan percuma tanpa terbeban lagi dengan hutang PTPTN, boleh memberi kereta dengan harga yang lebih murah apabila cukai eksais dikurangkan dan pemberian permit import tidak lagi seperti sekarang, tiada lagi tol di lebuhraya utara-selatan, negeri pengeluar minyak akan menikmati lebih kemakmuran dan pelbagai lagi.

Manifesto dan janji-janji PR bukan saja memberikan kita rakyat Malaysia kehidupan yang lebih baik, malah anak-anak dan cucu kita juga mempunyai jaminan yang lebih baik kehidupannya.

Berbanding  mengundi BN, mereka  hanya menawarkan Najib terus kekal sebagai Perdana Menteri dan menjanjikan  bantuan RM500 melalui BR1M akan diteruskan. Tiada ada iltizam yang tinggi untuk memberi kehidupan yang lebih baik bagi rakyat dan generasi seterusnya, malah dengan hutang negara lebih RM500 billion sekarang dan dijangka akan terus meningkat jika BN dan Najib terus kekal, bermakna setiap kelahiran bayi akan segera dibebani hutang sebanyak RM20 ribu bersamanya.

Tiada pilihan yang banyak jika rakyat dan pengundi sayangkan diri sendiri dan anak cucu mereka selain memberi peluang kepada PR memerintah negara ini. 5 Mei adalah penentuannya.  Hanya dengan berakhirnya era BN dan pengundi dapat membuktikan bahawa rakyatlah sebenarnya yang paling berkuasa dalam negara ini, boleh menaik dan menjatuhkan kerajaan, maka kehidupan rakyat akan menjadi lebih baik akhirnya.

Tetapi jika masih ada yang terlalu sayangkan Najib, keluarga dan anak-anaknya yang sudah pun menikmati kehidupan selesa melebihi kasih sayang kepada diri dan anak cucu sendiri, silalah terus mengundi BN.

HARAM UNDI UMNO

ALLAH HU AKHBAR 3 X –INSYA ALLAH DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT YANG SEDAR KEBOBROKAN UMNO/BN MEMERINTAH KHUSUSNYA ANAK MUDA MAKA PADA 5 MEI NANTI DAPATLAH KITA TUMBANGKAN UMNO/BN YANG SUDAH 55 MEMERIONTAH-BANGKITLAH RAKYAT-INI KALILAH-UBAH

Posted: 03 May 2013 11:27 PM PDT



KEBANGKITAN RAKYAT – LUAR BIASA!......


        AWAS SPR : JALANKAN URUSAN PILIHAN RAYA DENGAN ADIL DAN TULUS

Bagiku kebangkitan rakyat Malaysia kini luar biasa. Memang luar biasa. Belum pernah lagi aku tengok kebangkitan rakyat sebegini di Malaysia. Boleh aku katakan sebagai kebangkitan–ala Malaysia. Seluruh negara bangkit. Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dll. Tua, muda, lelaki, perempuan semuanya dalam mood ' kebangkitan rakyat'.Aku dapat laporan dari seluruh negara mengatakan begitu. Kebanyakan yang melaporkan kepada aku ( kebanyakannya bekas student yang belajar di United Kingdomm ) merasa hairan melihat fenomena sebegini.


Aku pernah hadir satu dua ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk mendengar penjelasan dan hujah mereka. Aku tak perlu pergi ke ceramah BN-UMNO sebab penjelasan mereka boleh aku dengar melalui TV/Radio. Setiap masa. Oleh itu untuk mendengar hujah Pakatan Rakyat aku terpaksa pergi ke ceramah-ceramah umum. Ke mana saja aku pergi disekitar Lembah Kelang aku dapati memang ramai rakyat yang hadir. Dan apabila ada berita yang mengatakan keadaan sedemikian bukan sahaja berlaku di Lembah Kelang tetapi diseluruh negara maka yakinlah aku bahawa rakyat sedang bangkit. Bukan memberontak tetapi menyatakan tidak bersetujunya mereka dengan perjalanan pentadbiran BN_UMNO sekarang.

Berdasarkan kepada jumlah kehadiran di ceramah-ceramah umum, maka jelas menunjukkan bahawa BN-UMNO akan tewas dalam PRU 13 ini. Tetapi itu bukan penentunya. Yang akan menentukan kalah menangnya ialah pengundian yang akan dijalankan pada 5 Mei 2013 nanti. Itu keputusan yang sebenar-benarnya. Di situ lah rakyat yang akan membuat penentuan samada BN-UMNO dapat mengekalkan pemerintahan mereka selama lima tahun lagi ataupun menyerahkan pimpinan kerajaan ini kepada kerajaan baru – Pakatan Rakyat. Sama-sama kita tunggu hari penentuan itu.

Namun begitu satu perkara yang perlu difahami dengan sejelas-jelasnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) ialah rakyat mahukan PRU 13  dijalankan dengan adil dan saksama. Pendek kata jangan sekali-kali SPR cuba melakukan apa saja bentuk penipuan terhadap PRU 13 ini. Kesannya amat buruk. Aku berkata demikian berdasarkan kepada pemerhatian aku bahawa rakyat Malaysia sebenarnya telah pun membuat keputusan ia itu mereka mahu Pakatan Rakyat menggantikan pemerintahan Barisan Nasional.

Mungkin tidak kena caranya aku membuat andaian sedemikian tanpa menjalankan kajian terperinci dan akademik. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pihak termasuklah universiti mengatakan bahawa akan berlaku perubahan pemerintahan di Malasyia. Mengikut kajian mereka yang menggunakan beberapa kaedah yang tertentu. Kaedah saintifik tentunya.

Namun begitu 'kaedah' yang aku gunakan yang menyebabkan aku membuat kesimpulan bahawa rakyat mahukan perubahan adalah berdasarkan pemerhatin orang  tua yang telah melalui beberapa pilihan raya semenjak zaman kemerdekaan lagi. Dan melalui perbincangan dan pergaulan dengan rakyat dari golongan muda, aku dapati mood mereka adalah ke arah  menukar kerajaan. Apabila mereka memuji dan memuja Rafizi Ramli dan Nurul Izzah maka dengan sendirinya aku dapat mengetahui kecondongan politik mereka. Yang menarik perhatian aku pula ialah bukan sahaja golongan muda dari keturunan Melayu sahaja yang memberikan pujian melambung kepada kedua-dua tokoh muda ini, tetapi yang bukan Melayu pun begitu juga.

Berdasarkan episod ini aku yakin bahawa Malaysia akan menuju ke zaman yang amat cemerlang dari segi usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan politik baru di Malasyia yang mana tidak lagi memberatkan kepada persoalan kaum. Malaysia akan bergerak ke arah membahagiakan semua kaum di Malaysia. Hasratnya ialah tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam mengharungi pembangunan di Malasyia di bawah pemeritahan  Pakatan Rakyat.

Aku merasa amat bimbang sekiranya keputusan PRU 13 nanti tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Namun begitu dalam mengharungi proses demokrasi kita harus patuh kepada apa juga keputusan PRU13, dengan syarat PRU itu dijalankan oleh SPR dengan adil. Sekiranya rakyat yang membuat penentuan dalam suasana pengundian yang aman dan telus dan tidak dipengaruhi oleh kegiatan penipuan, maka rakyat dengan penuh iklhas akan menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.

Begitulah hendaknya berakhirnya PRU 13 nanti. Walaupun rakyat seolah-olah mahukan perubahan dan memberika peluang kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim menerajui negara ini dalam masa lima tahun yang akan datang, namun sekiranya rakyat pula membuat keputusan yang sebaliknya melalui pengundian yang dijalankan pada 5 Mei 2013, sudah pasti keputusan pengundian diterima.

Kita tidak mahu ' rumah siap pahat berbunyi'. Untuk mengelakkan keadaan sedemikian berlaku, pihak SPR mesti menentukan proses pengundian besok dijalankan setelus-telusnya. Sudah mula terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat usaha-usaha penipuan yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. SPR sepatutunya menyiasat dengan segera dan mempastikan segala tuduhan sedemikian tidak semestinya wujud. Dan sekiranya betul-betul berlaku penipuan sedemikian, maka SPR perlu mengambil tindakan segera dan membetulkan keadaan itu.

Kesan positif yang boleh kita lihat selepas ini sekiranya SPR menjalankan PRU dengan telus ialah,
·      Rakyat akan memberikan kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada  SPR.
·      Parti yang menang dan parti yang kalah akan dapat bekerjasa dengan erat untuk memacu negara Malaysia ke arah zaman yang gemilang. ' Biduk lalu kiambang bertaut'
·      Apabila pemimpin parti kerajaan dan pembangkang dapat berkerjasama dengan erat, maka rakyat juga akan bertambah erat antara satu dengan lain

Aku berpendapat hasrat yang sedemikian bukan igauan orang tua seperti aku. Aku yakin boleh dicapai. Aku yakin impian itu akan terlaksana dengan syarat semua pihak bekerjasama dan menentukan arah tuju negara kita.

Aku hanya mampu berdoa.

4 Mei 2013

DUNIA SUDAH TAHU BAHAWA DEMOKRASI DI MALAYSIA ADALAH DEMOKRASI PALSU-MEDIA MASSA BIAS MENYOKONG UMNO 100%

Posted: 03 May 2013 11:11 PM PDT



Media watchdog: Mainstream media favors BN

POLIS: PETUGAS SPR BAWA KERTAS UNDI BELUM DIGUNA UNTUK SEMAKAN

Posted: 03 May 2013 11:08 PM PDT



Polis Perak hari ini mengesahkan kertas undi yang dibawa keluar petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung semalam adalah kertas undi yang belum digunakan.
    

Jurucakap media pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kontinjen Perak Supt Maszely Minhad berkata tindakan itu untuk tujuan semakan dan dibenarkan seperti yang dinyata dalam buku panduan pegawai pengurus, bab enam para dua di bawah tajuk 'menyemak keperluan dokumen dan peralatan pilihan raya oleh ketua tempat mengundi'.
  
"Kertas undi dalam kotak itu bukan kertas undi awal... ia adalah kertas undi yang belum digunakan untuk tujuan semakan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak hari ini.
  
Katanya kejadian itu adalah salah faham dan polis tidak membuka kertas siasatan mengenai kes berkenaan.
  
Semalam, seorang calon daripada parti yang bertanding membuat laporan polis kira-kira pukul 2.30 petang, mengenai tindakan pihak SPR mengarahkan petugasnya mengeluarkan kotak-kotak berisi kertas undi di IPD Manjung.
  
Dalam kes berasingan, seorang pekerja kedai makan berumur 30 tahun cedera pada bahagian muka, mata kanan, hidung dan dahi akibat dipukul beberapa lelaki lain di Dataran Malim Nawar, Kampar dekat Ipoh semalam.
  
"Mangsa dalam konvoi motosikal dari pekan Malim Nawar menuju Dataran Malim Nawar. Sebaik tiba di dataran mangsa dapati ada sebuah motosikal jatuh dan mangsa cuba menolong namun sebaliknya mangsa dipukul oleh beberapa orang lelaki," katanya.
  
Beliau berkata polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda hingga RM2,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

KAJISELIDIK: 42% MAHU BERI PELUANG PADA PAKATAN DAN RAKYAT SEMAKIN AMAT MELUAT KEPADA NAJIB DAN UMNO/BN DAN 5 MEI HARI PERHITUNGAN TERAKHIR MENGHUMBANKAN NAJIB KE TONG NAJIS

Posted: 03 May 2013 11:06 PM PDT



     KAJIAN YANG MENUNJUKAN RAKYAT SEMAKIN BENCI KEPADA NAJIB

Satu kajiselidik oleh Merdeka Centre mendapati bahawa 42 peratus responden percaya bahawa Pakatan Rakyat perlu diberi peluang untuk mentadbir negara.


Sebaliknya, 41 peratus mengatakan hanya BN boleh memerintah negara ini. Tiga belas peratus responden tidak pasti dan empat peratus enggan menyatakan pendirian mereka.

Kajiselidik itu melibatkan temubual telefon dengan 1,600 responden dari Semenanjung yang dipilih melalui persampelan rawak berlapis.

Responden luar bandar dan wanita lebih cenderung untuk mempercayai bahawa hanya BN boleh memerintah Malaysia, sedangkan responden lelaki dan pengundi bandar lebih cenderung kepada Pakatan.

Responden lebih tua didapati lebih cenderung untuk menyokong BN. Bagaimanapun, tahap sokongan akan turun seiring dengan kumpulan umur. Bagi Pakatan adalah sebaliknya.
Trend terbalik ini juga jelas dari segi umur pendapatan isirumah. Ia menyatakan bahawa golongan berpendapatan rendah lebih cenderung kepada BN, manakala golongan berpendapatan tinggi pula menyebelahi Pakatan.

BN juga boleh bergantung kepada sokongan kakitangan kerajaan dan mereka yang berkerja tidak secara rasmi, manakala Pakatan mendapat sokongan mereka yang bekerja di sektor swasta dan yang bekerja sendiri.

Di samping itu, mereka yang tidak mempunyai akses Internet juga lebih cenderung menyokong BN, dan keadaan sebaliknya bagi  mereka yang mempunyai akses internet.

Sementara itu, mereka yang pernah mengundi sebelum ini pula sama banyak sokongannya, tetapi pengundi kali pertama lebih cenderung kepada Pakatan.



Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan...

Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang

Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.

Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. 

BERSEDIA UNTUK BERTEMPOR DENGAN UMNO YANG MENGUNAKAN PENDATANG ASING UNTUK MENGUNDI-HARAP KEBANGKITAN RAKYAT AKAN BERLAKU

Posted: 03 May 2013 09:43 PM PDT



Angkara Zul Nordin mulut besar, semua terburai


KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.


Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh "rakan-rakan BN."

"Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan," kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini.

"Jadi apa plan A-nya?" tanya Harakahdaily.

"Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja," katanya sambil berseloroh.

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya.

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan.

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan.

"Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja. Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit," kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

"Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah," kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

"Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain," tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

"Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal," katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.

TIDAK SIAPA YANG SUDI BACA UTUSAN-HANYA ORANG SEPARUH MASAK SAJA YANG SUDI BACA

Posted: 03 May 2013 09:39 PM PDT



KUALA LUMPUR:Buat pertama kalinya dalam sejarah,  Harakahdaily sebagai portal berita dan juga lidah rasmi PAS berjaya memotong dua laman berita perdana iaitu Thestar.com.my dan Utusan.com.my.

Laporan ini dikeluarkan oleh pencerap ranking laman web seluruh dunia, Alexa.com.



Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong dalam satu kenyataan media berkata, pencapaian terbaru Harakahdaily ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia sangat dahagakan maklumat seimbang selepas hanya disuap dengan maklumat sebelah pihak oleh media arus perdana.

"Ianya juga lambang sokongan rakyat kepada pemilik laman ini iaitu PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

"ini juga hasil kerja keras semua keluarga Harakahdaily khasnya wartawan dan pasukan IT kami," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zulkifli, selama ini, laman The Star (yang dimiliki MCA) dan Utusan (yang dimiliki Umno) adalah dua laman web berita yang sangat popular.

Kedua-duanya hanya berada dua anak tangga di belakang laman web berita yang paling popular di Malaysia iaitu Malaysiakini.com.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang telah memberi kepercayaan kepada Harakahdaily. Komitmen kami untuk terus memberi maklumat kepada rakyat Malaysia," katanya.

Media milik PAS versi cetak iaitu Harakah pula pernah mencapai kedudukan sebegini pada pilihan raya 1999 lalu.

Ketika itu cetakan Harakah adalah 350,000 naskah purata dan 380,000 naskah menjelang hari pengundian dalam pilihan raya 1999 lalu.

Kesan dari populariti akhbar ini, PAS berjaya mendapat dua negeri dalam pilihan raya itu (Kelantan dan Terengganu) di samping berjaya menghantar 28 pemimpinnya ke Parlimen.

Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pembangkang selepas pilihan raya tersebut.

"Kini mood dan suasana itu berulang kembali. Menjelang 5 Mei 2013, kami di Harakahdaily yakin Pakatan Rakyat mempunyai jalan yang sangat cerah untuk ke Putrajaya," katanya.

Comments (0)