Followers

Nuffnang

Apa Yang Tersirat

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:35 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Apa Yang Tersirat


Tentera Ditambah-Jamin Keselamatan Di Sabah: IGP

Posted: 03 Mar 2013 09:46 AM PST

LAHAD DATU: Situasi di ketiga-tiga kawasan yang diserang oleh kumpulan bersenjata Sulu berada dalam keadaan terkawal, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ketiga-tiga kawasan berkenaan ialah Lahad Datu, Semporna and Kunak.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.

Beliau berkata penduduk di Lahad Datu, Semporna dan Kunak tidak perlu risau dan boleh menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa kerana pasukan tentera dan polis bekerjasama rapat dalam meningkatkan tahap keselamatan di sana terkawal.

"Ketua Polis Negara dan saya menyusun operasi dan kami boleh mengatasi situasi ini dengan mengenakan kawalan keselamatan yang lebih ketat," katanya.

Kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika mereka cuba melarikan diri; sementara enam anggota polis ditembak dalam satu serangan hendap di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna dan 10 anggota kumpulan bersenjata dilihat memasuki Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

Sandakan Bergelap-Ada Operasi?

Posted: 03 Mar 2013 08:32 AM PST

Foto Penceroboh di Kg Sri Jaya Simunul, 6 diantaranya maut. Ikhsan Rakan FB Ahmad Lakim. Mereka sempat mengambil gambar kenang-kenangan sebelum menyerang hendap pasukan Polis malam semalam.
BELUM ada pengesahan daripada mana-mana pihak, namun tersebar, Pasukan Keselamatan sedang mengejar kira-kira 50 penceroboh, yang dikesan di kawasan Sandakan.

Kawasan Sandakan dikhabarkan bergelap, seperti yang berlaku di Semporna semalam, di mana berlakunya serangan hendap terhadap sepasukan polis di Kg Sri Jaya, Pulau Simunul berhampiran Pekan Semporna.

Dalam kejadian serangan hendap itu enam anggota polis terkorban termasuk seorang pegawai daripada Pasukan Khas Bukit Aman- Ibrahim Lebar, 52.

Dalam operasi di Kg Sri Jaya, polis berjaya membunuh 5 penceroboh manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kg Senallang berhampiran Pekan Semporna.

Setakat ini lapan anggota pasukan keselamatan terkorban, termasuk dua anggota terkorban pada Jumaat di Kg Tanduo Lahad Datu.

Di Sabah kini, walaupun pihak pasukan keselamatan dan Kerajaan memberi tahu rakyat supaya bertenang dan keselamatan semua rakyat terjamin, namun khabar-khabar angin yang tersebar sebelum ini semuanya menjadi kenyataan.

Seperti kejadian pencerobohan Kg Tanduo, Kg Sri Jaya, semuanya pada awalnya didengar melalui khabar angin, namun kini semua menjadi kenyataan.

Tersebar kini, Kunak dan Sandakan sasaran berikutnya... mudah-mudahan tidak menjadi kenyataan.

Operasi Kg Sri Jaya Semporna berakhir- 6 Anggota polis dan 6 penceroboh maut

Posted: 03 Mar 2013 07:25 AM PST

Datuk Safie Apdal melihat Mayat Penceroboh yang dibunuh Penduduk Kampung Senallang Semporna (foto ikhsan Terengganutoday.com)
OPERASI di kg Sri Jaya Simunul Semporna berakhir, dengan kematian 6 penceroboh dan 6 orang pasukan keselamatan terkorban.

Pasukan keselamatan seramai 25 orang bertolak ke Pulau Simunul berdekatan Pekan Semporna semalam untuk menyiasat laporan terdapatnya penceroboh bersenjata di kawasan kg Sri Jaya. Sesampainya pasukan keselamatan di kampung tersebut, mereka diserang hendap oleh sekumpulan penceroboh, menyebabkan lima anggota maut dan seorang cedera parah, bagaimanapun kemudiannya disahkan tidak dapat diselamatkan.

Operasi Kg Sri Jaya Simunul Semporna diistiharkan berakhir oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar awal malam ini. Dalam operasi itu, pihak keselamatan berjaya menyelamat 19 anggota polis apabila berjaya membunuh 6 penceroboh yang bersenjata.

Nampaknya kehilangan nyawa pasukan keselamatan bukannya dalam pertempuran, sebaliknya taktik kotor yang digunakan oleh pihak penceroboh.

Di Kg Tanduo Lahad Datu pada Jumaat, kematian dua anggota komando 69 juga kerana taktik kotor, apabila pihak penceroboh yang berlindung di rumah Ahmad Malandi mengibarkan bendera putih tanda menyerah; namun apabila pasukan Komando yang diketuai oleh DSP Zulkefli Mamat menghampirinya, mereka ditembak dengan mortar menyebabkan beliau terkorban bersama Kopral Sabarudin Daud dan mencederakan tiga anggota yang lain.

Kini, menurut perisikan tentera, penceroboh mempunyai kemahiran berperang secara gerilia dan berkemahiran berperang dalam hutan. Untuk itu, tindakan menangkap atau meminta penceroboh menyerah diri agaknya tidak relevan lagi.  Option yang ada adalah Tembak mati.

Kemaskini: Tembak Menembak di Kg Seri Jaya Simunul: Empat Orang Penduduk Tempatan dijadikan Tebusan

Posted: 03 Mar 2013 02:38 AM PST

Sultan Sulu Dakwa Empat Rakyat Malaysia Ditawan

Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.

Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

LAPORAN AWAL JAM 5 PETANG Sejauhmana kebenaran bahawa empat penduduk kg Seri Jaya Simunul berjaya dijadikan tebusan oleh penceroboh, belum ada maklumat pengesahan daripada pihak berkuasa.

Semalam sekitar jam 7 petang berlaku serangan hendap terhadap pasukan keselamatan mengakibatkan lima anggota terkorban dan dua penceroboh maut.

Ekoran kejadian itu, penduduk Kg Simunul dikhabarkan panik dan ramai yang meninggalkan kampung itu untuk menyelamatkan diri di kawasan lain.

Akibat kejadian semalam perintah berkurung diperintahkan di Semporna, ekoran kejadian itu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunak, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.

Dalam sidang media yang sama Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.

Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.

Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.

"Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka," katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.

Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo.

Kemaskini: Semua kawasan Tenang- Tiga situasi jadi Tumpuan

Posted: 02 Mar 2013 11:46 PM PST

KEADAAN Semporna tenang, selepas serangan hendap terhadap pihak polis semalam di kg Seri jaya Simunul yang mengorbankan 5 anggota polis dan dua penjenyah turut maut. Apa yang menarik di kg Seri Jaya, penjenayah itu mati akibat tindakan penduduk.

Walaupun keadaan tenang, ramai penduduk mula keluar daripada kampung itu, untuk berlindung di tempat lain, sementara kedaan kembali benar-benar tenang dan selamat.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tiga situasi menjadi tumpuan utama pasukan kekeselamatan. Tiga situasi yang dimaksudkan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak. 


Suasana Panik Di Kg Seri Jaya Simunul Semporna

Posted: 02 Mar 2013 10:31 PM PST

Kenderaan awam beratur panjang untuk mengisi petrol sebelum meninggalkan bandar Semporna ekoran kejadian tembakan di perkampungan air Simunul pada Sabtu

Sidang Media KPN 
PENDUDUK mula meninggalkan kg Seri jaya Simunul, dimana berlakunya serangan hendap terhadap pasukan polis semalam yang mengakibatkan 5 anggota terkorban dan dua penjanyah mati ditembak.

Dalam perkembangan lain, tiga penceroboh berjaya ditangkap di Kg Tanduo ketika cuba keluar daripada kampung itu.

Di Kunak pula daerah jiran Lahad Datu dan semporna dikesan 10 penceroboh dan tiga orang bersenjata. Pihak polis sedang memburuh mereka.

MENYIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA!!!

NASIHAT DARI PDRM - PLEASE SHARE!!
tolong pesan dgn orang lain..tolong jgn
update dekat facebook kalau ternampak ATM
tgh buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana..percuma Penceroboh dapat
info!! Senang2 diorang serang..btw ada apa2
simpan dalam hati..mereka sedang
memerhati!!
Kepada Rakyat Sabah.. Tolong jangan
sebarkan maklumat di fb atau dimana2
sekalipun apa yg anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah... Apa yg anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara... Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yg
anda sebarkan... Anda hanya akan
mengeruhkan lg keadaan... Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara...
Sekarang anda juga memegang amanah
negara dgn tidak menyebarkan
maklumat... Pegang amanah itu erat2...
TOLONG SEBARKAN!
 rasanya update pasal info berapa
yg terkorban itu tiada masalah.. atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah.. cuma jangan update info yg
berkaitan dgn gerakan PDRM dan tentera di
luar sana..

Kemaskini Keadaan Semporna: 5 anggota polis terbunuh di Semporna, 2 penjenayah ditembak mati: KPN

Posted: 02 Mar 2013 09:20 PM PST

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam kejadian tembakan Kg Sri Jaya Simunul  Semporna dan dua penjenayah ditembak mati ketika serbuan malam tadi. 

Sementara itu, polis turut menahan tiga penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo, semalam ketika cuba keluar daripada kepungan pihak berkuasa.

Sementara itu Pasukan keselamatan mengesan 10 pencoroboh dan 3 bersenjata di KUNAK Sabah.



Kenyataan terkini YAB Ketua Menteri Sabah mengenai Semporna.

Posted: 02 Mar 2013 08:43 PM PST

Dengan perkembangan terbaru di Semporna, saya bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan sedang memantau keadaan semasa di kawasan-kawasan selain daripada Lahad Datu. 

Dari sudut operasi pula, gerakan memantau keadaan semasa diseluruh Sabah sedang dilakukan bersama oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera. 

Saya juga telah berhubung dengan Perdana Menteri malam tadi dan Perdana Menteri telah bersetuju kekuatan polis dan tentera dipertingkatkan. Perdana Menteri memberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan negeri Sabah sentiasa menjadi keutamaan. 

Saya juga telah berhubung dengan kepimpinan tempatan di kawasan-kawasan tersebut dan saya yakin mereka mampu mengawal sentimen dan mengelakkan khabar-khabar angin yang boleh memudaratkan keadaan. sumber Blog MP Kota belud disini

Filipina Sahkan Pengelibatan Pembangkang wujudkan Suasana Panik di Sabah

Posted: 02 Mar 2013 08:20 PM PST

Akhbar harian terkemuka Filipina melaporkan bahawa sumber risikan negara itu mengaitkan seorang ahli politik Sabah yang bersekutu dengan pemimpin pembangkang Malaysia sebagai antara 'faktor luaran' yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Philippines Daily Inquirer, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai 'faktor luaran' di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Laporan yang dimuat naik menerusi laman web akhbar berkenaan pada Jumaat lalu turut menyebut bahawa sumber mereka 'secara konsisten menyebut' tiga kumpulan itu mengambil kesempatan terhadap keputusan kesultanan Kirams untuk meneruskan tuntutan mereka ke atas Sabah.

Walaupun tuntutan Kirams dibuat tahun lalu, sumber-sumber berkata dasar kerajaan Filipina berkenaan Sabah ialah menganggap isu berkenaan tidak perlu disegerakan.

"Tetapi nampaknya sesetengah orang mahu ia diselesaikan sekarang. Tapi mengapa sekarang, pada masa ini? Ia adalah salah satu perkara yang dikaji perisikan kerajaan," tambah laporan itu.

Sementara itu sumber lain berkata, kumpulan juga menggunakan Kirams untuk agenda mereka sendiri.

"Ramai yang boleh mendapat manfaat daripada insiden ini, bukan sahaja di Filipina tetapi di Malaysia juga," kata sumber itu dipetik sebagai berkata.

Menurut pegawai perisikan yang dipetik sebagai berkata, motif disebalik dakwaan penglibatan pembangkang Malaysia dalam kejadian di Lahad Datu dikaitkan dengan pilihan raya umum akan datang.

Laporan itu menyatakan bahawa anggota pembangkang Malaysia yang akan bertanding di Sabah membuat hubungan terlebih dahulu dengan Kirams.

"Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang daripada individu yang berbincang dengan Kirams. Beliau kononnya memberi sokongan daripada pihak pembangkang untuk menuntut Sabah," kata sumber itu.

Baru-baru ini agensi berita Reuters menerusi laporannya juga mengaitkan penglibatan pembangkang dalam pencerobohan Lahad Datu.

Kemaskini: Suasana Pantai Timur Sabah: Dua orang lagi Anggota Polis Terkorban

Posted: 02 Mar 2013 07:24 PM PST

DUA ORANG lagi anggota polis terkorban, kali ini di Semporna Sabah. Semalam, dilaporkan bahawa dua anggota polis tercedera akibat serangan hendap di Kg Simunul, sebuah pulau di Semporna.

Suasana di Pantai Timur terutama di Lahad Datu, Semporna dan Tawau, penduduk dikhbarkan dalam keadaan panik dan resah, akibat pertempuran pada Jumaat di Kg Tanduo, Felda Sahabat 17 Tungku Lahad Datu.

Penduduk khuatir kejadian itu merebak ke kawasan-kawasan lain.

Semalam, pasukan Polis ke Kg Simunul kerana ada laporan bahawa terdapat beberapa orang yang bersenjata dilihat di kg itu. Setiba sahaja pasukan polis di kg itu, mereka diserang hendap mengakibatkan kecederaan, dan kini disahkan mereka  meninggal dunia.

Sementara itu maklumat yang diperolehi daripada perkembangan Rajah Muda Agbimuddin, kumpulan itu yang telah mengsahkan seramai 224 orang, tidak akan sesekali meninggalkan Kg Tanduo, dan mereka mahu mati seperti rakan meraka yang sepuluh lagi (9 lelaki 1 wanita mati pada Jumaat).

Comments (0)