Followers

Nuffnang

Sahabat-Gunung

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:45 PG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Sahabat-Gunung


Harakahdaily Nafi Pertahan Kalimah Allah

Posted: 25 Jan 2013 12:49 AM PST

Isu Kalimah Allah benar-benar meletakkan PAS di dalam keadaan tersepit di antara agama dengan politik atau antara Allah SWT dengan Tokong Lim DAP.

Media perdana beberapa hari ini giat melaporkan bantahan yang dibuat oleh ahli-ahli PAS sendiri terhadap DAP melalui perhimpunan aman, serta memijak bendera DAP. Malah, terdapat juga laungan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Antaranya di Pulau Pinang dan juga Kelantan.

Seiring dengan itu Ketua Dewan Ulama serta beberapa orang pemimpin Ulama PAS bertali arus membuat kenyataan tidak bersetuju Kalimah Allah digunakan di dalam Injil Kristian. Tetapi, seiring dengan itu juga, Ulama-ulama ini ditempelak oleh DAP dan PKR kerana mereka telah terlebih dahulu bersetuju dengannya sebelum ini dan sebarang tindakan untuk menukar fikiran adalah tidak relevan sama sekali.

Keadaan ini membawa kepada keputusan demokrasi iaitu DAP, PKR menang dan PAS kalah, walaupun PAS enggan mengakuinya.

Sehubungan dengan itu, pemimpin tertinggi PAS pula mengambil keputusan untuk menutup mulut membiarkan isu ini berlarutan dalam keadaan �DAP menang tetapi PAS enggan mengaku kalah�. Pendek kata, PAS mengambil keputusan untuk tidak membuat keputusan.

Kita faham, bahawa PAS dan DAP sudah menjadi satu, yakni jika dicubit peha kanan peha kiri terasa juga.

Sikap ini membuatkan rakyat tertanya-tanya, apa kesudahannya? Sampai bilakah penyokong PAS akan berdemo membantah DAP dan tidak diendahkan? Apa yang mereka harap akan perolehi dari memijak bendera DAP?

Akhirnya, Harakahdaily hari ini memberi jawapannya melalui kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman yang menafikan bahawa mereka yang berdemo itu adalah ahli-ahli atau penyokong PAS. Katanya, itu semua adalah gimik UMNO untuk melaga-lagakan PAS-DAP. Katanya, itu adalah bukti UMNO terdesak.

Menurut beliau, ahli-ahli PAS menghormati keputusan Majlis Syura dan tidak akan bertindak demikian dan menuduh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai tidak mampu menangani isu Kalimah Allah ini sedangkan ia di bawah penguasaan UMNO.

Dalam ertikata lain, beliau menerima keputusan Majlis Syura bahawa Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh kitab agama lain tetapi keputusan itu hanyalah tertakluk kepada Ahli PAS sahaja, dan di masa yang sama, tertakluk kepada keputusan Pakatan Rakyat bahawa ahli DAP, PKR dan semua masyarakat yang tidak menjadi ahli PAS boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab agama lain.

Inilah hakikat keputusan rasmi Pakatan Rakyat yang sukar untuk diterjemah secara jelas oleh para pemimpin PAS, tetapi Abdul Latif ternyata telah berjaya memberanikan diri untuk menjelaskannya kepada kita.

Abdul Latif pasti faham, bahawa selagi PAS terus bersama PR, selagi itulah PAS terpaksa akur kepada keputusan demokrasi PR dan apa saja keputusan PAS secara bersendirian adalah keputusan yang tidak relevan dan tidak ada nilai.

Oleh itu, sekiranya, PR memenangi PRU kali ini, maka kita boleh menjangkakan satu undang-undang baru yang menyatakan dengan jelas bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh agama-agama lain, tanpa pemantauan dan tanpa halangan atas dasar hak kebebasan dan hak asasi masing-masing.

Jika Abdul Latif menafikan yang ini juga maka beliau wajib menjelaskan apakah kedudukan isu Kalimah Allah ini jika PR menjadi pemerintah.

Beliau perlu nyatakan apakah umat Islam perlu berputih mata membenarkan Kristian menyalahgunakan kalimah tersebut kerana suara Majlis Syura tidak ada nilai di dalam kerajaan PR dan tiada siapa boleh berdemo mengutuk keputusan itu bagi menjaga kesepakatan PAS-DAP?



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Panas!! Blog PR Kutip Berita Akhbar Israel Untuk Hina Lawatan Najib

Posted: 24 Jan 2013 05:45 PM PST

the_times

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya semalam, menafikan lawatan kemanusian beliau ke Gaza kelmarin adalah cubaan untuk masuk campur tangan Palestin.  Lebih dari itu, Najib telah pun menghubungi Presiden Palestin, Mahmod Abbas untuk memaklumkan kehadiran beliau di Gaza sebelum itu.

Justeru tidak timbul persoalan bahawa Mahmod rasa terhina dengan lawatan tersebut kerana Najib sudah memaklumkan beliau terlebih dahulu.  Najib bukan bodoh.

Kenyataan ini adalah bagi membalas kritikan pembangkang yang tercabar dengan lawatan Najib ke Gaza.  Maklumlah, pemimpin-pemimpin pembangkang hanya berani bercakap dan berdemo dalam negara kononnya untuk membela rakyat Palestin di Gaza, sedangkan Najib masuk sendiri ke Gaza untuk melihat keadaan disitu dan menghulurkan bantuan.

Penulis ambil inisiatif untuk siasat pihak mana yang sebar berita kata Mahmod marah Najib masuk Gaza sedangkan Mahmod telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Najib berhubung kunjungannya itu.

Rupanya yang pertama melaporkan berita ini adalah akhbar Israel, The Times of Israel dalam ruangan Israel & The Region, yang kemudian berebut-rebut dikutip puak pembangkang ini.

Nampak tak terdesak tak terdesak puak-puak ini.  Punyalah rasa tercabar dengan kunjungan Najib sehinggakan berita dari akhbar Israel pun dikutipnya untuk dijadikan bukti.  Sudahlah tu, sumber rujukan  bukan dari Pejabat Mahmod sendiri, sebaliknya entah dari siapa pun tak dinyatakan.

Cakap pasal sumber rujukan ini juga, setelah penulis lihat di blog-blog pembangkang ini, bercampur-campur.  Macam-macam pihak yang dikatakan keluarkan kenyataan itu, tapi semuanya bukan dari pejabat Mahmod Abbas sendiri.

Sudah tentu Israel tidak senang dengan kunjungan pemimpin dari Malaysia kerana sekutu mereka, Anwar Ibrahim ada sini.  Anwar janji nak lindungi keselamatan Israel, datang Najib, buat lawatan kemanusiaan ke Gaza pulak, sakit hatilah mereka.

Maka itu berita itu ditulis sedemikian rupa oleh akhbar Israel, mengikut telunjuk Anwar yang punya rangkaian pro Yahudi yang hebat di Amerika Syarikat dan Israel sendiri.

Inilah dia berita yang kemudian dikutip blogger pro Pakatan untuk menghina dan merendahkan lawatan Najib.  Part gebang tak hengat ini serah saja pada mereka.


sumber: MyKMU

Bila Si Kambing Husam Kata Kota Bharu Ada Minyak ….

Posted: 24 Jan 2013 04:39 PM PST



Satu hari... Kambeng saya bawak saya bersiar-siar di Kota Bharu... Tiba-tiba kambeng saya kata... Bosss... Bosss... Bosss... Ada minyak..! Lepas tu saya yakin... Kota Bharu ada minyak... (FB: Isu Politik Semasa)

Diterjah Azmin Ali .... Akhirnya Khalid Gagap Batalkan Projek Kondo Dolomite Park Avenue

Posted: 24 Jan 2013 10:30 AM PST



Mungkin akibat diterjah Azmin Ali, Ahli Parlimen GOMBAK merangkap Pengerusi PKR Selangor atau akibat terdesak untuk mendapatkan semula undi kaum India, akhirnya Kerajaan Rejim Khalid Gagap terpaksa memBATALkan projek  pembinaan projek kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran Batu Caves….

Jika sebelum ini mereka berdolak-dalih dengan mengatakan projek nie merupakan projek kerajaan BN dan sebagainya, namun desakan dari rakyat khususnya orang India terpaksa juga ditelan Khalid dan akhirnya projek ini diBATALkan dengan harapan, masyarakat India akan kembali menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU13 kelak…..

Cadangan projek setinggi 26 tingkat itu mendapat bantahan kerana didakwa boleh melemahkan struktur tanah kuil Hindu di Batu Caves yang terletak di kawasan batu kapur.

Kalimah Allah: Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR

Posted: 24 Jan 2013 08:42 AM PST



Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.



Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Kerajaan Rejim PKR Benar-Benar Main Politik, Ketepikan Kepentingan Rakyat

Posted: 24 Jan 2013 07:01 AM PST



Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) disifatkan sebagai mengetepikan masalah rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri itu sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat bukannya mengambil tindakan yang jelas berkaitan politik semata-mata.

"Rakyat perlu menilai sendiri sikap kerajaan pakatan pembangkang ini yang ambil tindakan tidak munasabah bekukan Capex dan salahkan Syabas," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Tanjong Karang
di sini hari ini.

Noh berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM606 juta untuk program mitigasi air serta kerja baik pulih paip dan membina loji air tambahan.

Malah, katanya kerajaan persekutuan turut memberi pinjaman kepada kerajaan Selangor untuk program mitigasi air bagi menyelesaikan isu air di negeri itu

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bagaimanapun, kerajaan Selangor terus berdolak dalih dalam isu itu dan cuba menyalahkan kerajaan persekutuan.

Anggota Dewan Undangan (Adun) Permatang Sulaiman Razak berkata isu Capex dibangkitkan sejak 2009 apabila kerajaan Selangor mahu Syabas memastikan supaya air tidak berhasil (NRW) dikurangkan dari 34 ke 15 peratus membabitkan pembaikan 2,000 kilometer paip sehingga 2014.

"Bila bekukan Capex bagaimana kerja ganti paip mahu dilakukan, bila kerja paip tidak dapat diteruskan akan menyebabkan usaha untuk mengurangkan NRW gagal dicapai, kalau betul kerajaan Selangor mahu selesaikan isu air mengapa bekukan
Capex," katanya.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco semalam, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor akan mempertahankan pendirian mereka untuk mengambil alih perkhidmatan industri air daripada syarikat konsesi air di Selangor.

Berikutan itu kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) yang didakwa mereka untuk menjaga kebajikan rakyat.


Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Keberanian Najib, Kebaculan Nik Aziz

Posted: 24 Jan 2013 02:32 AM PST



Tika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor.

Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel.

Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.

Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.

Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.

Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang.

Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.

Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan.

PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.

Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.


Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Comments (0)