Followers

Nuffnang

Kelab Greenboc

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:35 PG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kelab Greenboc


[VIDEO] Empangan Paya Peda Besut Pecah, Siapa Bertanggungjawab Bayar Kerugian Penduduk?

Posted: 01 Jan 2013 01:01 AM PST


Projek Pembangunan Empangan Paya Peda ini terletak di daerah Besut kira-kira 17 kilometer dari Bandar Jerteh.

Dewan Pemuda PAS Malaysia diberitahu bahawa Jaks Resources Berhad diamanahkan untuk menyiapkan projek ini dengan kerjasama Pembinaan Sujaman Sdn Bhd bermula 19 November 2009 dan dijangka siap pada Julai 2013.

Projek ini mendapat peruntukkan dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia sebanyak RM333 juta bagi membiayai projek tersebut. Akan tetapi, catatan CIDB menunjukkan nilai sebenar projek hanyalah RM166,549,799.42.

Pada 25 Disember, Sinar Harian melaporkan 'Benteng Empangan Paya Peda terpaksa dipecah'. Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said membuat kenyataan bahawa empangan terpaksa dipecahkan demi mengurangkan risiko tekanan.

Akibatnya sejumlah 1000 penduduk dipindah ke pusat pemindahan banjir(sesetengah akhbar melaporkan lebih kurang 2000 penduduk terlibat (230 buah rumah).

Pada 27 Disember, Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (KETARA) di dalam akhbar Berita Harian Online telah membuat kenyataan media yang bercanggah dengan kenyataan Dato' Ahmad Said pada 25 Disember lalu. Beliau menyatakan bahawa punca kejadian ialah satu bahagian tebing hulu empangan berkenaan telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Beliau menyatakan bahawa terdapar campur tangan penduduk setempat ketika pekerja mereka sedang melakukan kerja-kerja pengorekan bagi membuat lencongan air untuk memastikan takungan air dalam empangan utama tidak melimpah keluar.

Anggaran kerugian sekitar RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap buah rumah yang terlibat (230 buah rumah keseluruhan). Premis perniagaan pula dianggarkan menanggung kerugian sekitar RM20ribu hingga RM30ribu setiap premis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia sendiri telah mengadakan lawatan ke Empangan Paya Peda tersebut pada 29 Disember 2012 bagi melihat sendiri keadaannya. Pihak Dewan Pemuda PAS juga telah mengadakan lawatan ke rumah-rumah penduduk yang telah terlibat secara langsung dengan kesan empangan yang pecah ini. Rata-ratanya melahirkan rasa kecewa kerana penduduk tidak diberitahu oleh pihak berkuasa tentang keadaan yang sebenar sebelum kejadian berlaku.

Di sini, Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mempersoalkan ;

Kenapa terdapat percanggahan di antara kenyataan

1 Dato' Ahmad Said dengan kenyataan jurutera KETARA, Ir Wee Yit Ming?
2 Kenapa tiada notis awal tidak dikeluarkan dan dimaklumkan kepada penduduk setempat sekiranya benar dipecahkan?
3 Kenapa sekumpulan penduduk menghalang kerja-kerja pengorekan lencongan bagi mengelakkan limpahan air takungan keluar daripada empangan utama?
Mengapa boleh berlaku jurang yang sangat ketara di
4 Antara nilai projek sebenar yang dilaporkan CIDB iaitu RM166,549,799.

42 dengan apa yang diumumkan oleh Kementerian dan juga Menteri Besar sendiri iaitu RM333 juta?
5 Kenapa projek sebesar ini tiada Emergency Response Plan bagi menangani isu-isu kecemasan seperti ini.
Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mendesak :

1 Pihak Jabatan Saliran Negeri Terengganu dan Pihak Kerajaan Negeri sendiri menubuhkan satu Jawatankuasa Siasatan Bebas yang akan menyiasat secara terperinci Plan Tindakan Kecemasan sekiranya ada dan apa punca-punca berlaku kejadian itu.

2 Semua penduduk yang terbabit hendaklah diberikan pampasan sewajarnya agar meringankan beban mereka.

Disediakan oleh ;

NASRUDIN HASSAN
Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia

Seorang Penduduk Dakwa Kena Tipu RM3,000 Untuk Dapatkan Rumah PPRT

Posted: 01 Jan 2013 12:35 AM PST

Seorang pemilik rumah PPRT merasakan dirinya ditipu apabila diminta menyerahkan RM3000 kepada pihak tertentu bagi pembinaan rumahnya dibawah skim PPRT.

Kisahnnya bermula apabila rumahnya mengalami kebakaran, oleh sebab itu Ketua Menteri Melaka yang juga Adun Bukit Baru memutuskan rumah PPRT akan dibina untuknya.

Pada hari berlakunya kebakaran beliau mendapat derma orang ramai termasuk wakil rakyat dan sebagainya. Tetapi ada seorang pegawai mengakui wakil dari pihak kontraktor datang meminta sebanyak RM3000 untuk membina rumah tersebut.

Beliau telah menyerahkan wang sebanyak RM3000 tersebut.

"Setelah lama memikirkan saya berasa seolah-olah ditipu" ujar Zalina Mohd yang menetap di 554-4 Kg. Bukit Baru Dalam, Bukit Baru yang datang membuat aduan.

Satu perkara aneh terlah berlaku apabila pemilik rumah PPRT diminta oleh pihak tertentu tersebut. Apakah wujud penyelewengan dalam kes ini? Sepatutnya golongan susah dibantu bukan ditipu dan dibebani lagi sehingga menyusahkan mereka.

Ketua Menteri yang juga Adun Bukit Baru perlu turun padang menyiasat sendiri kes-kes penipuan seperti ini. -yusofwahab

[EDISI TERDESAK] Sang Pencacai Kata Ust Azhar Idrus Penyokong UMNO!

Posted: 31 Dec 2012 11:15 PM PST


Punyalah terdesak UMNO nak yakinkan dirinya serta cuba memujuk dan menyejukan hati para pendokong, penyokongnya yang sedang pucat lesi, gelabah, panik dan menggigil kepala lutut dalam menghadapi PRU 13 bertemu dengan PAS/PKR/DAP dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Sanggup menipu dan memfitnah dengan menyatakan kononnya Ustaz Azhar Idrus penyokong UMNO/BN.

Sanggup tempelkan gambar kehadiran rakyat malam tadi di Dataran Merdeka Shah Alam anjuran kerajaan negeri PKR/PR Selangor dibawah pimpinan Datuk Menteri Besar, YAB Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid Ibrahim, sempena ambang tahun baru 2013.

FITNAH DAN TIPU TIDAK BOLEH DIPISAHKAN DENGAN UMNO... -omakkau

[VIDEO & GAMBAR] "Takbir" Sambut Kemeriahan Countdown 2013 - Islam PASTI Menang!

Posted: 31 Dec 2012 09:08 PM PST


Kemeriahan dan sambutan orang ramai lebih 100,000 orang pada malam tahun baru malam tadi di Dataran Shah Alam.

Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam

SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah. -HD











[BERGAMBAR] 30,000 Hadir Ceramah Fathul Bari

Posted: 31 Dec 2012 06:38 PM PST


Begitu menggemparkan malaysia bilamana ulama muda umno yang mengadakan ceramah umum di Bandar Tun Razak telah di hadiri hampir 30 ribu rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum untuk hadir sambil mendengar alunan suara merdu ulama muda umno ini.

Seorang saksi di tempat kejadian berkata, kehadiran Fathulbari yang juga di kenali sebagai ulama tersohor mengkawarijkan Yusuf Al Qaradawi telah di sambut dengan sambutan yang sangat luar biasa, ternyata ulama muda umno ini memiliki karisma yang unik sehingga mampu menarik hampir 30 ribu orang yang hadir.

Setelah kami berfikir sebentar mendengar komen saksi yang hadir itu, kami terfikir sesuatu. Begitu ramai yang hadir jika beginilah keadaannya, pasti Pakatan Rakyat bakal tumbang di Bandar Tun Razak. -tiewnama/erapasca


2012 - Tahun Pendedahan Skandal & Salah Tadbir BN

Posted: 31 Dec 2012 05:13 PM PST


Terlalu banyak skandal UMNO BN terdedah di dalam tahun 2012.

Berikut ialah sorotan dari Keadilandaily terhadap sebahagian daripada skandal-skandal tersbut.

Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)

- Ibu segala skandal melibatkan dana sejumlah RM250 juta.

- Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil didakwa mempunyai kepentingan dalam kelulusan projek penternakan lembu fidlot yang dianugerahkan kepada syarikat suaminya.

- Perdana Menteri Najib Razak pada 2007, ketika projek NFC diluluskan adalah Pengerusi Projek Impak Tinggi Negara. Timbalannya, Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pertanian yang meluluskan dana kepada NFC.

- Projek NFC hanya menternak sejumlah 8,016 ekor lembu dalam tempoh 2008 – 2010.

Sepatutnya projek itu menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun.

- Sebahagian besar dana didakwa dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, percutian dan mendanai perniagaan keluarga Shahrizat di Singapura.

Demonstrasi Lynas, Kuantan

- Kumpulan anti kilang radioaktif Lynas membentuk NGO Himpunan Hijau.

- Pada februari 2012 demonstrasi di beberapa buah Bandar utama dilakukan.

- Demonstrasi terbesar di Kuantan, mengumpul 20,000 peserta. Manakala himpunan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 3,000 peserta.

- Perjuangan menolak kilang nadir bumi melibatkan pemfailan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi mahkamah menolak semua kes.

- Kerajaan memberi kelulusan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada Lynas dan pada November 2012, loji Lynas menerima bahan mentah untuk diproses biar pun rakyat Malaysia menentang keras.

Demonstrasi Bersih 3.0

- Dianjur pada 28 April 2012.

- Menggesa 8 tuntutan dipenuhi agar pilihan raya ke 13 berlangsung dalam suasana bersih dan adil.

- Mengumpul 300,000 peserta di pinggir Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

- Tunjuk perasaan terbesar dalam sejarah. Ia dicemari dengan keganasan berleluasa polis pada sebelah petang ketika menyuraikan peserta demonstrasi.

Skandal Scorpene

- Skandal pembelian Scorpene lanjutan dari pendedahan tahun 2008. Skandal terbongkar meluas melalui siasatan oleh hakim penyiasat Perancis Roger Le Loire. Najib adalah Menteri Pertahanan pada 2002 ketika Scorpene dibeli.

- Pada Mei 2012 Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel mendedahkan beberapa dokumen yang diperolehi dari peguam William Bourdon and Joseph Breham yang dilantik NGO itu untuk membuka kes rasuah pembeliankapal selam di antara syarikat Perancis DCNS dan syarikat kroni Najib, Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda.

- Sejumlah dokumen ditemui pendakwa awam Perancis mengesahkan Menteri Pertahanan ketika itu, Najib meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) daripada DCNS (anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN) untuk Perimekar.

- Turut didedahkan Dokumen 87, Dokumen 97 dan Dokumen 136 yang mendedahkan mengenai urusan pemberian komisyen. Didedahkan Umno adalah penerima terbesar komisyen.

Skandal penyenaraian FGVH

- Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) Berhad dibongkar oleh pengerusi Anak Mazlan Aliman pada April 2012.

- Penyenaraian didakwa melibatkan penggadaian 360,000 hektar tanah milik Felda seperti Felda Plantation dan tanah peneroka dicagar selama 99 tahun.

- FGVH tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk mencagarkan tanah tersebut sebagai modal saham. Tanah di bawah Akta Penempatan Berkelompok (GSA) adalah milik kerajaan negeri.

- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia disalahguna dalam usaha meneruskan penyenaraian pada Jun 2012. Tanpa persetujuan pemilik tanah suruhanjaya sepatutnya menolak penyenaraian FGVH.

Skandal AES

- Skandal didedahkan pada Oktober 2012 .

- Melibatkan dakwaan pemberian tender mengoperasikan sistem AES kepada syarikat kroni Beta Tegap Sdn Bhd.

- Pemegang saham terbesar syarikat tersebut ialah To'Puan Rozana Redzuan anak bekas Ketua Bahagian Umno parit Sulong, manakala kedua terbesar Andreas Teoh yang didakwa rapat dengan Presiden MCA, Chua Soi Lek.

- Sementara Ates Sdn Bhd pula didakwa dimiliki oleh kroni Najib, Tan Sri Azman Yahya.

Skandal Musa Aman

- Skandal paling memalukan Musa Aman adalah penangkapan adik angkatnya Micheal Chia di lapangan terbang Hong Kong pada 2008 ketika membawa pulang wang RM40 juta ke Malaysia.

- Dalam soal siasat ICAC Hong Kong, Chia mengakui wang tersebut milik Musa.

- Wang RM40 juta itu diakui untuk disumbangkan kepada Umno Sabah.

Bagaimanapun pemimpin kanan Umno Sabah seperti Lajim Ukin tidak tahu mengenainya.

- Skandal turut melibatkan Menteri Undang-undang Nazri Aziz.

Beliau mempertahankan 'sumbangan politik' Musa.

- Siri pendedahan seterusnya berjaya mengesan kenderaan mewah yang digunakan Nedim, anak Nazri.

Iaitu, jenis Hummer bernombor pendaftaran WNX 9776 didakwa didaftar atas nama Michael Chia (Chia Tein Foh).

Skandal akuan bersumpah

- Deepak menutup tahun penuh skandal BN dengan kejutan dramatik pada November 2012.

Beliau mendedahkan mata rantai yang hilang (missing link) dalam skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu dan misteri kehilangan penyiasat persendirian Balasubramaniam.

- Deepak mendedahkan hubungannya dengan Rosmah dan pertolongan perniagaan yang diperolehi dari keluarga Najib.

- Keluarga Najib didedah terlibat secara langsung dalam menarik balik akuan bersumpah Bala.

- Menurut Deepak sekiranya akuan tidak ditarik maka seseorang akan mendedahkan siapa memberi arahan membunuh Altantuya.

- Deepak mengatur pertemuan antara adik Najib, Nazim dan Bala.

Beliau mendakwa Nazim membayar Bala sejumlah wang daripada RM5 juta yang dijanjikan untuk membuat akuan kedua yang menafikan akuan pertama. -KD

[LIVE] Sambutan Ambang 2013 Di Dataran Shah Alam

Posted: 31 Dec 2012 04:11 PM PST


Sambutan ambang tahun baru 2013.. LIVE!! Bersama Ustadz Azhar Idrus serta para penceramah dan selebriti serta ikon sukan anjuran Kerajaan Negeri Selangor.



STREAM I



Gunakan stream di bawah ini jika STREAM I gagal dibuka. STREAM II

Banglo Milik Zuhasnan & Jamaluddin Jarjis Mungkin Dirobohkan

Posted: 31 Dec 2012 04:56 AM PST


Dua banglo, masing-masing milik Anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis, yang terletak di Puncak Setiawangsa berkemungkinan akan dirobohkan bagi memberi ruang zon penampan antara tebing runtuh dan rumah-rumah berhampiran.

Ketua Pegawai Operasi Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) Mohd Taufik Harun berkata sebelum sebarang tindakan diambil pihaknya perlu mendapatkan semua maklumat berkenaan keadaan tanah dan cerun tersebut.

"Orang boleh bagi pelbagai cadangan, tetapi kami akan mencari penyelesaian sebenar," katanya di Pusat Operasi Bencana Tebing Runtuh di sini hari ini.

Beliau berkata langkah tersebut bertujuan menyelamatkan empat rumah lain yang terletak di atas bukit dan mengurangkan tekanan tanah di atas bukit.

"Buat masa ini kita lihat tiada kesan teruk akan berlaku terhadap rumah penduduk di kawasan atas tapi yang kita dikhuatiri adalah rumah penduduk yang berada di bawah tebing cerun," katanya.

Menurut beliau hari ini pergerakan tanah masih aktif tetapi tidak seaktif Ahad.

"Tindakan segera sekarang kita perlu musnahkan banglo yang terjejas itu sebab akan sebabkan runtuhan tanah lebih teruk dan kita akan cuba alihkan bongkah konkrit yang berat kira-kira 8,100 kilogram secara perlahan-lahan," katanya.

Beliau berkata kaedah yang betul bagi proses merobohkan banglo itu perlu dilakukan bagi mengelakkan keadaan runtuhan tanah dan cerun menjadi teruk. - Bernama

Comments (0)