Followers

Nuffnang

Duke of UMNO

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:05 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Duke of UMNO


PANASSSS..!!! SETAN-SETAN PANAS BILA TENGOK VIDEO NIHHH...!!! MESTI TONTON..!!!

Posted: 14 May 2012 07:35 AM PDT

Aku hairan sesangat.. kenapa ramai puak-puak Pakatan Haram "dislike" sangat video ni? Apa yang tak kena dengan video ni? I likeeee...!!!

Terasa sangat ke? Panas sangat ke? Selalunya, hanya setan je yang "panas" dengan perkara-perkara yang benar ni...Ye laaaa... Setan mana suka benda-benda betul ni..yang tak betul Setan suka laaa...

Lepas tu pulak, ada pulak puak-puak pencacai Pakatan Haram yang buat fanpage kat Facebook untuk boikit Johan! Hahahahahaha...berkesan sungguh lakonan Johan...Muahahaha...Makan dalam woo..!!!

Punya benci kat Johan sampai sanggup usaha buat fanpage boikot dia sampai dia tak leh cari rezeki...heh! Rezeki tu ditangan fanpage FB tu ke..? Muahahahahahaaaa...

Kesiannn... dek kerana terrrrrasa sangat dengan keberkesanan video tu..sampai terdesak boikot Johan. Yang kat "Ustat" Bob Lokman tu kenapa tak boikot? Oppppsss....sejak bila Bob Lokman jadi "Ustat" ni? Sejak dia masuk Pas Pis Pussy kottttt...? Heh!

PANASSS 18SX DARI KEDAH..!!! APA KAITAN 2 SIAM DOLL INI DENGAN EXCO KERAJAAN NEGERI KEDAH..???!!!

Posted: 14 May 2012 05:39 AM PDT



Biarpun tiada bukti-bukti sahih, rata-rata mereka yang rapat dengan kepimpinan PAS Kedah, sibuk dan asyik bercerita tentang Phahrolrazi Zawawi, Exco Tak Berportfolio yang sebelum ini bercita-cita besar hendak menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Azizan Abdul Razak. 

Cerita tentang Phahrolrazi peluk dua betina Siam amat mudah didengar di kedai-kedai kopi terutama di kawasan di mana Phahrolrazi menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan.

Kata mereka, Phahrolrazi Zawawi adalah seorang munafik yang sangat kuat dan pandai berlakon. Di kalangan orang ramai dan penyokong, dialah tok alim. Tetapi apabila berada di seberang sempadan, dialah juara betina dan berfoya-foya. 

Kononnya, ada gambar-gambar Phahrolrazi Zawawi mengepit dua ekor betina Siam yang disimpan oleh orang tertentu. Sama seperti dalam kes ADUN Tanjong Dawai, gambar-gambar tersebut juga diambil oleh orang PAS sendiri tanpa sebarang penglibatan orang UMNO. 

Tidak sedikit sebenarnya yang menyampah dan meluat dengan perangai Phahrolrazi Zawawi yang perasan, dia adalah orang hebat di Kedah. Berbanding dari kalangan UMNO, yang paling menyampah dengannya adalah di kalangan orang PAS yang cukup tahu tentang perangai pemimpin mereka tetapi mujurlah mereka telah dilatih untuk menutup mulut. 

Cuma ada satu sahaja helah dan alasan yang boleh digunakan iaitu menyalahkan UMNO seandainya gambar-gambar berkenaan tersebar di kalangan masyarakat awam sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan dua orang ADUN di Kelantan. 

Kita sebenarnya tidak pasti sama ada ianya benar-benar wujud atau sebaliknya. Namun kalau bersembang dengan orang PAS Kuala Kedah, cerita tersebut akan membolehkan mereka ketawa terbahak-bahak. 

Kalau hendak dikatakan berita tersebut sebenarnya untuk memerangkap UMNO, anehnya mereka berbual dan bergelak tawa tentang Phahrolrazi yang campak serban dan kopiah untuk peluk dua betina Siam gebu hanya sesama sendiri tanpa kehadiran orang UMNO.

Di kalangan orang PAS, sebenarnya berlaku perpecahan yang amat ketara. Sebahagian besar orang PAS Kedah adalah jenis yang wala' membuta tuli kepada kepimpinan. Mereka tidak pernah mempertikaikan siapa pemimpin yang dilantik untuk mengetuai mereka kerana sentiasa percaya kepimpinan tertinggi adalah tsiqah.


Namun pembohongan tidak boleh berterusan untuk tempoh masa yang lama. Apatah lagi zaman sekarang adalah zaman di mana maklumat amat mudah diperolehi. Ilmu agama tidak lagi sekadar cerita lisan yang disampaikan oleh orang-orang yang digelarkan sebagai ustaz biarpun pendidikan agama mereka juga tidak setara mana. 

Perkembangan ilmu setaraf dengan perkembangan budaya maklumat. Ia boleh diperolehi di mana-mana. Ilmu yang telah dicetak, ilmu yang berada di alam maya, malah terlalu ramai yang telah dihantar untuk belajar secara betul, berjaya mengembangkan pengetahuan dan pemikiran kritis di kalangan generasi baru PAS. 

Generasi baru PAS, khususnya di Kedah, tidak lagi terlalu taksub dan mempercayai bulat-bulat apa yang berlaku dalam PAS Kedah kerana selain dapat melihat perkembangan negatif yang berlaku, mereka juga merasai sendiri bagaimana perubahan PAS dari sebuah parti politik yang bermodalkan agama kepada parti politik yang dipenuhi dengan pelahap-pelahap.

Kemusnahan besar ekonomi dan ketidakmampuan PAS menyelia serta mentadbir negeri dengan membenarkan kemasukan lebih banyak arak, pusat-pusat hiburan, pelacuran dan masalah sosial yang tidak berkurangan, membuktikan segala dakwaan selama ini bahawa para pemimpin PAS hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai bekerja. 

Apatah lagi, para pemimpin PAS masih tidak mampu untuk menukar sikap daripada menjadi penceramah dan tukang kempen kepada bekerja bagi pihak rakyat. 

Faktor-faktor di atas menjadi kemungkinan besar kepada ketidakmampuan para pengikut PAS untuk terus menutup mulut. Sebagai pejuang, sudah tentulah mereka malu dengan kepimpinan PAS yang lebih banyak bercakap tetapi tidak pandai bekerja. 

Tentunya sebagai pejuang juga, mereka ingin melihat perjuangan mereka diaplikasikan dengan cara yang betul dan boleh membanggakan, bukan sekadar cakap-cakap, ceramah-ceramah dan kempen-kempen retorik semata-mata. 

Apatah lagi, Phahrolrazi Zawawi sendiri mempunyai terlalu banyak masalah peribadi yang tidak eloklah kita siarkan di sini. Keaiban yang sebenarnya bukanlah perkara rahsia lagi di kalangan ahli-ahli PAS terutama di Kuala Kedah. 

Benar atau tidak benar wujudnya gambar-gambar Phahrolrazi Zawawi peluk dua betina Siam seperti yang heboh diperkatakan sekarang, kita pulangkanlah kepada masa. Kebiasaan di dunia ini ialah, kebatilan tidak mampu mengatasi kebenaran!!!

SIAPA SOKONG BAR COUNCIL DAN SUHAKAM..???

Posted: 14 May 2012 03:36 AM PDT

bc
Sebenarnya, saya sudah muak dengan kerenah Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayasia (SUHAKAM) yang seolah-olah begitu bodoh dalam menghukum cara pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berhadapan dengan himpunan Bershit 3.0 pada hujung April lalu.

Majlis Peguam yang dipengerusikan oleh "anak didik" Ambiga, kelihatan begitu bebal dengan kenyataannya yang mengutuk PDRM yang dikatakan bertindak ganas terhadap para peserta himpunan Bershit tempohari.

Begitu juga dengan SUHAKAM yang menyatakan bahawa pihak polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam sekaligus menyalahkan pihak berkuasa kerana bertindak begitu di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Masjid India dan beberapa kawasan terbabit yang huru-harakan puak-puak Bershit.

Persoalannya, bagaimanakah cara yang "PALING WAJAR" bagi pihak berkuasa berhadapan dengan himpunan yang mempergunakan perkataan "himpunan aman" dan kemudiannya bertindak ganas di tempat awam serta pihak berkuasa?

Dalam mengkritik tindakan pihak berkuasa terhadap "sahabar-sahabat karib" Majlis Peguam dan SUHAKAM itu, mereka langsung tidak memberikan cadangan atau cara bertindak yang mereka fikir "wajar" untuk "mengajar" perusuh-perusuh berbaju kuning itu.

Apakah tindakan polis terhadap perusuh-perusuh itu ganas? Ya, memang ganas. Namun, perlu diingat bahawa pihak PDRM yang bertindak ganas kepada mereka-mereka yang melampau batas sahaja.
Pada yang tidak melampau dan mengikut arahan pihak berkuasa, mereka sedikit pun tidak dijentik!
Saya ingin bertanya kepada semua peguam-peguam yang kononnya bijak pandai dan profesional itu, sekiranya datang beratus orang berbaju kuning ke rumah mereka, menggoncang pagar, memaki hamun dan membaling objek keras sebagai membantah yuran guaman mereka yang dikatakan tidak berpatutan, apa yang mereka rasa?

Sekiranya mereka mendapat injunksi mahkamah supaya ratusan orang di depan rumah mereka tidak diganggu atau diceroboh dan diberikan puluhan anggota polis berkawal di depan rumah mereka, dan kemudiannya ratusan orang tersebut tetap merempuh masuk ke rumah mereka serta membelasah polis-polis tersebut, apakah tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh anggota polis berkenaan?

Apakah anggota polis itu wajar menadah muka, kepala dan tubuh badan mereka untuk dipukul dengan topi keledar, kayu, besi, botol, batu dan pelbagai objek merbahaya yang lain dan bertahan begitu saja tanpa sebarang tindakan lain?

Apakah peguam-peguam itu fikir seluruh anggota polis di Malaysia ini layak dilayan seperti "punching bag"? Apa kata kalau puak-puak yang merusuh itu menjadikan peguam-peguam itu saja sebagai "punching bag"?

Mungkin dengan cara itu maka Majlis Peguam akan menyatakan tindakan ganas PDRM terhadap perusuh itu wajar? Begitu?

Kenyataan SUHAKAM yang menyatakan bahawa "polis tidak wajar menembak gas pemedih mata di kawasan awam" adalah kenyataan yang paling bodoh dalam sejarah hak asasi manusia di seluruh dunia.

Kalau perusuh menggunakan kawasan awam sebagai lokasi untuk mereka merusuh, apakah wajar PDRM menembak gas pemedih mata di kawasan hutan? Kalau tidak ditembak ke kawasan awam tempat perusuh membuat kacau, di mana harus ditembak gas pemedih mata tersebut?

Saya fikir, barisan SUHAKAM yang menyatakan pendirian sebegitu bodoh hanya menjatuhkan reputasi hak asasi manusia sahaja. PDRM menembak gas pemedih mata itu untuk menyuraikan rusuhan yang dilakukan di tempat awam dan perusuh-perusuh itu bertindak melampau terhadap pihak berkuasa itu.

Jelas dalam bukti-bukti yang dipamerkan oleh PDRM menyaksikan puak pelampau itu menceroboh, bertindak ganas dan menyerang pihak berkuasa itu terlebih dahulu sebelum polis bertindak.

Saya fikir, panel-panel SUHAKAM yang mengeluarkan kenyataan tersebut lebih wajar untuk meletak jawatan saja dari badan bebas itu kerana jelas ia merupakan satu kenyataan yang tidak masuk akal dan tidak adil sama sekali.

Majoriti rakyat marah pada Bershit dan Pakatan Haram yang menghuru-harakan ibunegara, mereka bersorak "padan muka" pada puak-puak tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pihak PDRM atas kecekapan mereka bertindak "ganas yang wajar" terhadap puak-puak pelampau itu.

Peliknya, Majlis Peguam dan SUHAKAM pula yang "buta" dan mengeluarkan kenyataan bodoh serta tidak adil kepada wira-wira negara yang berjaya mengawal keamanan negara dari keganasan melampau puak-puak perusuh itu.

Apa Majlis Peguam dan SUHAKAM "makan suap" ke?

SURAT TERBUKA BUAT AZMIN ANAK PAK ALI DAN MAK TOM..!!!

Posted: 14 May 2012 01:33 AM PDT

hari ibu
Melihat kepada gambar di atas, saya tidak pasti sama ada kanak-kanak lelaki itu lebih mula berbanding Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Hari ini bertarikh 13 Mei, menandakan hari untuk meraikan wanita yang bergelar ibu di seluruh dunia. Hari ini, semua insan tanpa mengira agama, keturunan, bangsa atau budaya sama-sama meraikan ibu masing-masing dengan cara tersendiri.

Di hari ini, boleh dikatakan hampir semua individu mahu membuat ibu-ibu tersenyum dan ketawa riang setelah mengandungkan mereka selama sembilan bulan serta kemudiannya bersabung nyawa melahirkan kita.

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Isra', ayat 23;

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, 

"Maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Dan Rasulullah SAW pula meletakkan taraf seorang ibu adalah yang paling sewajarnya diutamakan di dalam kehidupan seorang muslim secara nisbah sebanyak tiga kali lebih dari bapa dan mereka-mereka yang disayangi, termasuk anak isteri.

"Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa," – Riwayat At-Tirmizi.

Namun apabila melihat gambar diatas, perasaan kecil saya begitu tersentuh melihat seorang ibu yang cacat kedua belah tangannya sedang disuap rezeki oleh anaknya yang masih kecil.

Kemudian saya terbayang pula wajah Hajah Che Tom pada genap dua minggu lalu merayu anaknya, Azmin Ali agar kembali ke pangkuan keluarga dan meninggalkan Anwar Ibrahim yang dipercayai menjadi punca Azmin meninggalkan ibu tua itu.

Dalam rayuannya itu juga, Che Tom yang lebih mesra dengan panggilan Mak Tom meminta agar Azmin bertaubat kepada Allah SWT atas segala dosa-dosa dan ketelanjuran yang pernah dilakukan.


Persoalannya, biarpun Mak Tom merayu, meminta dan memohon kepada Azmin sehingga terpaksa memanggil media ke rumahnya untuk memastikan mesej itu sampai ke pengetahuan anaknya itu, apakah Azmin akan taat dan menuruti kehendak ibunya itu?

Melihat kepada airmata Mak Tom yang bercucuran, saya membayangkan bahawa sekiranya saya berada di tempat Azmin, betapa berdosanya saya membenarkan airmata ibu yang melahirkan saya itu menitis membasahi pipinya. Saya tak sanggup!

Pada saya, biarlah saya dan seluruh keluarga saya yang lain menitiskan airmata, asalkan jangan ibu saya yang menangis. Biar kami semua adik beradik meratap duka, asalkan ibu kami tersenyum riang dan tenang hatinya.

Berkata "ah" pun Allah tidak benarkan, apatah lagi untuk menumpahkan airmata ibu? Apakah Azmin tidak punya perasaan..?

Sehingga kini, ramai yang bersimpati dengan kedukaan dan airmata Mak Tom yang ditumpahkan Azmin. Begitu ramai yang marah pada Azmin kerana menghancurkan hati ibunya hinggakan ibunya itu tidak mahu lagi Azmin pulang menziarahinya jika ajalnya tiba nanti.

Sudah seminggu ibu Azmin merayu dan dikhabarkan hati Azmin masih lagi dingin membeku. Dia masih lagi belum pulang menemui Mak Tom atau melakukan apa yang dihajati oleh ibu yang melahirkannya itu.

Bila lagi Azmin? Antara Shamsidar, Anwar, Ferrari dan lain-lain kemewahan duniawi, dibandingkan dengan insan yang bernama Che Tom yang melahirkan Azmin dari rahimnya, apakah yang paling berharga di dalam diri Timbalan Presiden PKR itu?

Berapakah nilai kasih sayang Azmin terhadap ibunya? Berapakah nilai keimanan Azmin kepada perintah Allah SWT yang pernah diajar oleh Arwah Hj. Ali kepadanya? Berapa pula nilai jasa, pengorbanan dan keperitan hati ibunya pada Azmin agaknya?

Sumber: Klik sini

PERLU DIHENTIKAN ATAU TUNGGU SEPENGGAL LAGI UNTUK JAHANAMKAN KEDAH?

Posted: 13 May 2012 11:33 PM PDT

Mungkin kerana terlalu alpa dengan permainan politik dalam partinya sendiri, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan terlupa untuk mengambil tahu tentang struktur jalanraya, jambatan awam atau kemudahan infrastruktur lain yang melibatkan kesejahteraan rakyat Kedah.

Perkhabaran terbaru dari beberapa penduduk Sungai Kob, di mukim Karangan, Kulim, memberitahu bahawa jambatan yang menghubungkan jalan utama ke pusat pembuangan sisa pepejal di kawasan tersebut mendap teruk.

Akibatnya, pihak berwajib yang ditugaskan untuk menyelenggara dan memungut sampah di kawasan Kulim dan Bandar Baru dijangka terjejas operasinya akibat mendapan tanah itu.

Selain itu, menurut tinjauan kami dengan ramai penduduk di beberapa kawasan utama di Kedah menyaksikan ketidakpuasan hati mereka tentang keadaan jalanraya yang teruk berlubang di sana sini.

Di sekitar Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Jitra, Baling, Sik dan Langkawi, jalan-jalan yang sepatutnya diselanggara oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah dikatakan terbiar berlubang tanpa dibaiki atau diturap dengan baik oleh pihak berwajib.

Namun begitu, mereka mendakwa bahawa jalanraya persekutuan diselenggara dengan baik dan diturap sepenuhnya jika didapati kurang memuaskan keadaannya.

Meskipun Alor Setar dan Sungai Petani merupakan dua bandar utama di negeri ini, keadaan jalanraya di sekitar kawasan tersebut amat menyedihkan.

"Kalau berlubang, kami komplen, depa mai(mari) turap. Tapi depa turap kat lubang tu saja. Tak cukup sebati dengan jalan. Kalau hujan malam tu, confirm lubang tu ada balik esoknya," kata Gopalan, salah seorang penduduk di Sg. Layar, Sg Petani.

Di Kulim dan Jitra, keadaannya lebih buruk dari Alor Setar dan Sg. Petani. Bukan saja jalanraya di kawasan pekan, malah jalanraya di kawasan taman-taman perumahan juga rosak teruk dan tidak diperbaiki oleh pihak berkuasa negeri.

Keadaan iitu lebih merumitkan di kawasan Baling dan Sik yang merupakan antara daerah yang agak jauh dari pusat bandar utama dimana bukan saja jalanraya berlubang dan rosak, malah ada yang mendap dan beralun teruk ekoran tidak dipantau dengan baik oleh Kerajaan Negeri.

Menurut Rahmat, 37, yang menetap di Langkawi pula, keadaan jalanraya di pulau pelancongan itu agak menyedihkan apabila kebanyakkan jalanraya di sana tidak diselenggara dengan baik sehingga mengakibatkan ramai para pelancong yang kemalangan kerana jalanraya rosak.

"Ada seorang Mat Saleh dengan isterinya jatuh motor dan luka teruk kerana langgar lopak kat Padang Mat Sirat. Dah la depa kena bayar ganti rugi motor accident, dapat luka teruk pulak tu. Patut la dah tak ramai pelancong yang mai Langkawi la ni berbanding dulu," katanya ketika ditemui di Alor Setar baru-baru ini.

Tidak cukupkah peruntukkan sebanyak RM150 juta yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan PAS Negeri Kedah setahun untuk menyelenggara jalanraya di negeri ini? Atau ada di kalangan pemimpin Kerajaan PAS Kedah yang khianat dengan amanah tersebut dan "masuk poket sendiri"?

Persoalannya, sampai bila rakyat Kedah harus menderita dengan keadaan jalanraya rosak dan tidak diselenggara dengan baik ini? Apakah sehingga Pilihanraya Umum ke-13 atau mahu diteruskan penderitaan ini sepenggal lagi? Itu kena tanya Azizan Razak dan Exconya.

PANASSS DARI KEDAH..!!! AZIZAN MAKIN HAMPIR DIJATUHKAN...!!!???

Posted: 13 May 2012 09:34 PM PDT

Ketika melakukan pelancaran majlis pecah tanah projek pembinaan kampus Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kuala Ketil beberapa tahun lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tersenyum lebar.

Dia menyatakan bahawa ia merupakan satu kenangan manis baginya kerana berjaya membina sebuah universiti di bumi Kedah. Katanya, itu cita-citanya sebagai Menteri Besar Kedah.

Namun malang, kerana cetek pengalaman, tindakan Azizan itu jelas "mengorek kubur"nya sendiri. Dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan KUIN dalam keadaan bahaya dan mungkin muflis.

Projek kampus baru KUIN itu dianggarkan bernilai RM330 juta dan ia dibuat melalui anak syarikat Kedah Sato. Walaupun begitu, Kedah Sato hanya dapat komisyen sahaja memandangkan semua kerja-kerja pembinaan dibuat oleh kontraktor luar dari Kedah!


Kerana marah tidak diberikan projek tersebut, Mahfuz Omar telah meletak jawatan di dalam Kedah Sato dan hubungannya dengan Azizan yang sebelum ini dingin telah hampir "beku" kerana insiden itu.

Kini, Azizan telah terasa bahang kesilapannya menguruskan KUIN. Sebagai pengerusi KUIN, dia bertanggungjawab dengan krisis kewangan universiti itu yang dikatakan sedang "nazak" dan menganiaya para pelajar serta kakitangannya.

Baru-baru ini, beberapa wakil kakitangan KUIN yang tidak tahan dengan penganiayaan yang berlaku, tampil membuat pendedahan mengenai kedudukan kewangan universiti itu yang menyusahkan mereka.

Jika dulu ketika UMNO/BN mentadbir KUIN, gaji mereka tidak pernah lewat dibayar. Tapi kini bila PAS mengambil alih, bukan setakat gaji mereka lewat, malah caruman KWSP dan Socso pun tidak mampu ditampung oleh KUIN.

Gaji yang lewat itu telah menyebabkan ramai kakitangan KUIN yang membayar hutang sewa beli kepada bank melalui skim potongan gaji telah menerima surat amaran berkali-kali kerana tidak mendapat bayaran langsung pada masa yang ditetapkan.

Mana lagi dengan kewajipan menyara keluarga, susu anak, sewa rumah dan lain-lain pembayaran, kakitangan KUIN terpaksa menahan malu dan marah apabila "dihambat" bank dan tuan rumah. Anak isteri mereka terpaksa berpuasa kerana Azizan Razak?

Hak penyelarasan gaji sebanyak 13 peratus sebagaimana yang ditetapkan bagi kakitangan KUIN juga ditangguhkan sehingga ke tarikh yang tidak diberitahu. Kalau tahun depan, maka tahun depanlah.

Kalau ketika itu UMNO/BN yang mengambil alih Kerajaan Negeri Kedah, maka terpaksalah "tahi-tahi" peningggalan PAS itu "dicuci" oleh UMNO/BN…


Lebih mengejutkan, ekoran krisis kewangan KUIN itu, Azizan telah menaikkan yuran pengajian bagi pelajar-pelajar baru di IPT tersebut dari RM60 bagi satu jam kredit sebelum ini kepada RM200 bagi satu jam kredit bermula Julai tahun ini.  Rasanya, Azizan lebih kejam berbanding Ah Long dan Ceti!

Sebenarnya, Azizan tidak tahu menguruskan KUIN dan banyak melakukan kesilapan atas dasarnya yang "syok sendiri" dan "rasa hebat". Contohnya, dia menjelaskan tentang KUIN yang kini memiliki Fakulti Perubatan melalui Insan Medic, sebuah anak syarikat KUIN.

Bayangkan, seorang doktor yang diambil mengajar secara sambilan di Insan Medic dikatakan telah dibayar dengan gaji lebih RM30,000 sebulan! Jadi, tidak hairanlah jika kos pengoperasian Insan Medic menelan belanja sebanyak RM350,000 sebulan!

Bayangkan lagi, Azizan dengan bangga sebelum ini memberitahu di sidang DUN bahawa seramai 50 mahasiswa telah memohon untuk mengambil kursus perubatan di Insan Medic dan seramai 45 orang dari mereka telah ditawarkan.

Nak tahu apa yang jadi? Hanya lapan orang mahasiswa saja dari 45 orang yang ditawarkan itu datang mendaftar sehingga kini dan hanya dua orang saja dari mereka yang membayar yuran penuh untuk satu semester!

Bayangkan, kos pengoperasian sebanyak RM350,000 sebulan hanya ditampung oleh yuran pengajian mahasiswa seramai lapan orang dan selebihnya terpaksa disuntik dari dana Kerajaan Negeri Kedah!
Inikah lambang "kecekapan" pentadbiran PAS dan Pakatan Haram di Kedah?

Saya fikir, Azizan perlu bubarkan DUN Kedah lebih awal dari tarikh pembubaran Parlimen. Lagi lama Pakatan Haram memerintah, lebih cepat Kedah hancur di tangan mereka. 

Tadbir KUIN pun gagal, bagaimana mereka nak tadbir seluruh Kedah? Dan usah paksa saya sentuh soal KOHILAL pula…

PAKATAN HARAM CUBA TUNJUK "BIJAK" NAK HANDLE MAS? BELLARAWEIIIII..!!!

Posted: 13 May 2012 07:32 PM PDT

Aku ada terbaca kenyataan akhbar PKR mengenai jalinan kerjasama MAS-Air Asia baru-baru ni. Hairan jugak aku, sejak bila PKR "bijak" buat decision pasal aviation industry? Aku dengar, Anwar punya idea...maklum la..dia ada PHD dalam "aviation business"! "Bijak" sangat la tuhhh..!

Dalam kenyataannya, dia suruh Tan Sri Azman Mokhtar dan Danny (Rashdan) letak jawatan dari MAS.Katanya lagi, MAS perlu dikemudi oleh individu profesional dalam industri penerbangan.

PKR juga menuntut agar kerajaan tidak lagi beri dana "percuma" pada MAS untuk memulihkan syarikat GLC itu kali ini dan pada masa akan datang. Dan mereka menuduh Khazanah beri MAS untuk diuruskan oleh kroni-kroninya...

Baiklah. Pertamanya mengenai desakan PKR mahu Azman Mokhtar dan Danny letak jawatan. Mungkin pada PKR, dua individu ini ialah kroni kerajaan BN. Tapi, kalau PKR bertindak sebagai kerajaan, apakah Anwar tidak akan meletakkan kroninya di dalam MAS?

Sejarah ketika dia jadi TPM dulu dah cukup jelas. Dia letak semua kroni-kroni dia dalam GLC kerajaan. Itu bukan rahsia. Teruk jugak BN nak bersihkan GLC-GLC dan agensi-agensi tu.


Kalau nak digugurkan kedua BOD MAS tu, PKR ada calon yang layak untuk ganti? Siapa? Rafizi? Heh! "Mak Lampir"? Heh! Azmin? Heh! Pegi balik cermin diri dulu laaaaa....

Jadi, tak perlu layan kehendak PKR tu...lagipun Azman Mokhtar dan Rashdan tu bukan orang tak lulus SPM macam Mahfooozzzz..! Heh!

Keduanya, Kerajaan pun dah buat keputusan dan kenyataan akhbar bahawa tiada lagi suntikan dana dari Kerajaan untuk memulihkan MAS dari krisis kewangannya. Jawapannya, MAS kena cari sendiri dan struggle sendiri...

So, tak payah desak pun, kerajaan tahu apa yang perlu dibuat.

Ketiganya, PKR tuntut supaya individu profesional uruskan MAS dan bukan bersandarkan kroni. Chehhh..!!! Bodoh punya tuntutan! Macam la orang tak tahu korang suruh MASEU tuntut Tony Fernandes blah dari MAS...

Kerajaan dah set baik punya nak "ikat" Tony dalam MAS with the 20% swap share to buy his comitment. Tapi korang jugak yang desak suruh batalkan swap share tu. Bodoh betul laaaa...


Korang bagi aku satu nama yang boleh buat macam Tony Fernandes! Korang tengok Air Asia tak? Business is business beb! Dulu orang kata dia kroni KJ and Pak Lah. Tapi lepas Pak Lah and KJ step down, Air Asia rugi ke untung? Air Asia meletop broooo..!

Kalau korang best sangat, hebat sangat, bijak, brilliant, elite sangat, korang bagi la satu nama yang paling hebat dalam aviation industri yang boleh beat Tony. Heh! Takde? 


Korang ingat senang ke nak handle aviation business? Korang meniaga "air liur" boleh laaaaaa..! Kononnya orang tu bodoh, orang ni bangang, orang tu stupid, orang tu idiot. Korang tu bijak sangat? Cakap je lebihhh...tempias pulak tuhhhh..!!! Hishhh..!!!

Aku tak peduli la Tony tu kaum India ke, agama Kristian ke, orang Pak Lah ke, orang KJ ke, orang Najib ke, orang Sammy Vellu ke. Sapa pun dia, dia yang paling menyerlah dalam aviation industri kat Asia dan sekarang ni dah mula nak penatrate antarabangsa pulak...


Korang sanggup ke tengok MAS lingkup semata-mata kerana persepsi korang kat Tony? Aku ni bukan nak bela dia. Dia bukan kenal aku pun. Korang ingat dia ada bagi tiket Air Asia kat aku? Heh! Banyak la sangat dia kasi tiket free...! Heh!
 
Lepas tu, PAS melalui Abang Mat Sabun, mahu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari pula yang mengambil alih MAS. Kononnya, Syed Mokhtar mampu menyelamatkan MAS dan mengembalikan era kegemilangannya sebagai syarikat penerbangan utama di rantau ini.

Common laaa.. Realistik la sikit..! Syed Mokhtar tahu ke handle aviation business? Di saat genting macam ni, MAS perlukan individu yang benar-benar expert! Dan tidak wajar sangat untuk memperjudikan masa depan MAS dan 20,000 kakitangannya di tangan tokoh perniagaan yang tiada kena mengena dengan aviation industri...

Anyway, kalau Syed Mokhtar minat nak join aviation business, rasanya dah lama dia buat syarikat penerbangan sendiri, kan? Beliau lebih dari mampu...tapi dia tak minat la kot...


Jadi, apahal pulak Mat Sabu nak paksa-paksa Syed Mokhtar take over MAS? Patutnya, Mat Sabu patut mintak tolong Syed Mokhtar nasihat sikit KOHILAL tu...Dah mati dah syarikat yang dipercayai  telah diseleweng pemimpin-pemimpin PAS tu. Manalah tahu kalau-kalau Syed Mokhtar boleh "revive" KOHILAL...heh!

Pada aku, MAS yang utama. Syarikat tu perlu diselamatkan. Aku dengar, MAS dah tenat sangat sekarang ni. Banyak route dia rugi. Tapi MAS terpaksa jugak teruskan route tu sebab tugas dan tanggungjawabnya sebagai penyedia perkhimatan awam. Nak tak nak, MAS terpaksa...

Dengan harga minyak pesawat yang meningkat tinggi, aku tak hairan MAS rugi. Tapi, aku harap dengan kehadiran Tony, MAS akan kembali catat keuntungan. Kalau nak harapkan pembangkang, melingkupkan MAS diorang tau laaaa...

Aku tulis pasal MAS pasal aku sayang MAS. MAS pun tak kasi tiket free kat aku. Tapi kalau aku fly, selalunya aku pilih MAS. Support bro..walaupun mahal sikit. Tapi kengkadang tu naik Air Asia jugak sebab keadaan poket tak mengizinkan...heh! Hidup..hidup! Hidup MAS! Heh!

LAWAK PAGI INI...ANWAR SANGGUP UGUT KERANA "VIDEO AISKRIM"..???

Posted: 13 May 2012 06:09 PM PDT

Weehhhh..!!! Korang ingat tak kes "Aiskrim" Shamsidar - Anwar tu..???

Apsal Anwar senyappppp jer?

Dah kenyang makan "Aiskrim" dengan Shamsidar ke? Sedap ke? Perisa apa..???

Katanya nak saman Nalla sebab kata dia makan "ais krim" dengan Shamsidar..?

Alaaa..video makan "Aiskrim"...apa la nak ditakutkan sangat...lawan je laaaa..!!!

Buat perbicaraan terbukak? Amacam? Ada berani..???

Comments (0)