Followers

Nuffnang

DIALOG RAKYAT

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:11 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

DIALOG RAKYAT


Kes Samseng Umno Tg Karang Pukul YB Sekinchan Tiada Tindakan Polis

Posted: 14 Mar 2012 02:30 AM PDT




SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim kesal dengan tindakan pihak polis yang masih gagal mengambil tindakan terhadap samseng Umno yang didalangi pemimpin Umno Tanjung Karang memukul beliau dua tahun lalu.

Dua tahun lalu Ng mendakwa dipukul kira-kira 30 hingga 50 ahli dan pemimpin Umno Tanjung Karang yang didalangi Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafiee Asmawi.

Menurut Suee Lim, sepatutnya kes tersebut dapat diselesaikan dengan cepat kerana pihak polis turut dibekalkan bukti bergambar dan nama-nama mereka yang terlibat dalam keganasan tersebut.

"Dah dua tahun saya buat laporan kes itu tetapi sampai sekarang pihak polis masih tak dapat selesaikannya.

"Sedangkan gambar berserta nama-nama orang terlibat ada diserahkan sama dan orang-orang itu juga mudah ditemui.

"Terutama Setiausaha Politik Datuk Seri Noh Omar, Datuk Shafiie Asmawi memang jelas dia turut bersama ahli-ahli Umno yang memukul saya," beritahu beliau.

Suee Lim turut memberitahu pada peringkat awal siasatan, pihak polis ada memanggil beberapa orang yang terlibat dalam kejadian tersebut tetapi tidak diendahkan oleh pihak terbabit.

"Tak lama lepas kejadian, pihak polis ada panggil beberapa orang yang terlibat untuk kawad cam, tetapi tak ada yang datang.

"Ini menggambarkan mereka ini memang tak hormati undang-undang dan berani engkar arahan pihak berkuasa.

"Sepatutnya pihak polis boleh dapatkan waren atau sebagainya mengikut saluran undang-undang untuk memanggil mereka datang ke balai untuk kawad cam.

"Tetapi ini tidak berlaku seolah-olah polis pun takut nak bertindak terhadap samseng-samseng Noh Omar ini.

"Saya harap polis dapat jalankan tugas mereka dengan lebih profesional tanpa memilih bulu atau tunduk kepada tekanan politik," katanya lagi.

Suee Lim turut menafikan dakwaan Noh Omar bahawa kedatangan beliau ke Kampung Sawah Sempadan pada 4 November 2010 bertujuan untuk membuat demontrasi di kampung itu.

Sebaliknya menurut beliau kedatangan beliau ke kawasan terbabit atas undangan beberapa penduduk untuk minum pagi sambil berbincang tentang harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi yang dihadapi oleh pesawah di kawasan terbabit.

"Tak masuk akal saya datang cuma tiga, empat orang termasuk pemandu nak buat demontrasi, itu cuma alasan dia sahaja nak letakkan kepada kesalahan orang lain.

"Sebenarnya penduduk yang pelawa saya bersarapan di sana sambil berbual tentang masalah harga padi rendah dan potongan basah terlalu tinggi yang dihadapi pesawah di kampung itu," kata beliau lagi.

Dalam kejadian terbabit Suee Lim telah dipukul dan ditendang oleh sekumpulan kira-kira 30 hingga 50 lelaki di bahagian perut, kepala dan tangan berhampiran kunci air di Kampung Sawah Sempadan.

Selain itu, dua pembantunya turut mengalami kecederaan ringan dan kereta milik pengiringnya juga kemik di bahagian pintu belakang.

Teguran Najib Sepatutnya Pada Umno Selangor

Posted: 14 Mar 2012 02:29 AM PDT




SHAH ALAM- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, YB Shuhaimi Shafie hari ini mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar menegur kerajaan BN yang dipimpinnya supaya lebih mengutamakan kebajikan rakyat berbanding diri sendiri dan kroni.

Dalam kenyataan yang dipetik media tempatan hari ini, Najib menuduh kerajaan Negeri Selangor yang di terajui Pakatan Rakyat tidak mengutamakan kebajikan rakyat.

Menurut Shuhaimi, Najib patut membuka mata terlebih dahulu sebelum menuduh Kerajaan Negeri Selangor kerana teguran tersebut sebenarnya harus ditujukan kepada Umno/BN kini telah menjadi pembangkang di Selangor.

Sebaliknya menurut beliau, teguran tersebut wajar ditujukan kepada parti pembangkang Umno dan BN Selangor dan juga kerajaan pusat yang memiliki pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding kerajaan-kerajaan negeri.

Shuhaimi turut memberi contoh program penswastaan pengurusan air yang dibuat oleh kerajaan BN sebelum ini.

"Saya rasa PM cakap begitu, kalau dia tak buta mata mungkin buta hati sebab pelbagai program yang dijalankan oleh kerajaan negeri atas dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor untuk kebajikan rakyatnya berbanding Umno-BN.

"Bahkan BN nampak bersungguh-sungguh untuk menggagalkan program kerajaan negeri yang memberi manfaat kepada rakyat negeri ini seperti pemberian air percuma contohnya.

"Kita nak beri air percuma kepada rakyat tetapi kerajaan pusat dan pemimpin negeri bukan sahaja mengecam tindakan kita malah nak gagalkan.

"Usaha kita nak ambil alih pengurusan air negeri ini juga hadapi pelbagai rintangan dari Kerajaan Persekutuan sebab mahu beri kroninya terus raih keuntungan lumayan hasil menguruskan air.

"Mereka gunakan SPAN (suruhanjaya Perkhidmaan Air Negara) untuk tidak membenarkan kita urus air sendiri.

"Jadi di mana yang dikatakan BN mengutamakan kebajikkan rakyat?" Soal beliau ketika dihubungi Selangorku hari ini.

Selain itu menurut beliau lagi, kerajaan Negeri Selangor dianggap sebagai negeri paling hadapan dalam memperjuangkan kebajikkan rakyatnya sejak empat tahun lalu.

"Kerajaan Negeri belanja kira-kira RM700 juta semata-mata untuk menjaga kebajikan rakyat negeri ini seperti Tawas, pemberian air


percuma, Skim Mesra Usia Emas dan lain-lain.

"Bagi sebuah negeri memang satu jumlah yang amat besar pernah dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan negeri dalam negara ini," katanya lagi.

Shuhaimi turut menyelar tindakan BN ketika menerajui pentadbiran negeri dengan mengagihkan tanah-tanah milik kerajaan negeri kepada Umno dan kroni-kroni mereka untuk kepentingan parti dan pemimpin tertentu dalam Umno.

Kata beliau tindakan tersebut telah menyebnabkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertindak merampas tanah milik beberapa syarikat korporat dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) apabila pihak terbabit berdegil untuk melunaskan cukai tertunggak yang dianggarkan bernilai lebih RM15 juta.

YBK yang ditubuhkan pada 1990, telah dianugerahkan sejumlah 1,977,428 ekar tanah di beberapa daerah termasuk rawang, Gombak dan Kuala Selangor tetapi kerajaan negeri tidak pernah menerima bayaran mahupun laporannya.

Kini PBK dan anak-anak syarikatnya berhutang sebanyak RM7.6 juta dalam bentuk cukai tanah kepada kerajaan negeri.

Selain itu YBK yang aktivitinya lebih cenderung kepada badan korporat berbanding badan kebajikan turut menggadai 16 lot tanah milik Permodalan YBK Sdn Bhd yang bernilai RM102 juta.

YBK dipengerusikan oleh pemimpin Umno Datuk Zainal Abidin Sakom. Selain beliau, isteri beliau turut memainkan peranan dalam yayasan tersebut.

Perdana Menteri merangkap Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada Disember tahun lalu menyalurkan RM2.71 bilion wang rakyat untuk Umno Selangor.

Peruntukan terbesar dalam sejarah kepada Umno Selangor tersebut bertujuan untuk sogokan, ugutan dan membuat pelbagai 'onak' kepada kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Rafizi: Antara fakta yang tepat dan soalan yang belum terjawab...

Posted: 14 Mar 2012 02:21 AM PDT

Rafizi Ramli


Saya memandang serius kenyataan-kenyataan penafian yang dibuat tanpa disertakan bukti berhubung dakwaan salah guna kuasa Perdana Menteri yang ditimbulkan mutakhir ini. Walaupun saya mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Shangrila Hotel, ada dua aspek yang mempersoalkan ketelusan Perdana Menteri dalam berdepan dengan rakyat:

1. Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumbalas dari Perdana Menteri mengenai lapan bukti yang sewajarnya diberikan kepada rakyat agar sebarang keraguan dapat dirungkai secepat mungkin, seperti yang disyorkan KEADILAN; dan

2. Perdana Menteri seolah-olah merasakan kenyataan penafian oleh pejabat beliau dan Shangrila Hotel sudah memadai untuk memadamkan isu ini.

Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan tersebut, tetapi ketelusan dan operasi Pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan di antara kepentingan peribadi dan tugasan umum. Perdana Menteri menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial sebagai jawapan kepada tuntutan rakyat agar rasuah dan salahguna kuasa pimpinan diperangi sehabis-habisnya; maka Perdana Menteri perlulah memberikan teladan yang baik bahawa segala urusan Pejabat Perdana Menteri bebas dari sebarang unsur salah guna kuasa dan pecah amanah.

Ini adalah piawaian integriti baru yang dituntut rakyat Malaysia. Mungkin Perdana Menteri merasakan isu ini remeh, tetapi sikap Perdana Menteri menangani isu ini membayangkan sama ada beliau betul-betul ikhlas dalam menjalankan transformasi politik, ekonomi dan sosial negara.

Sebab itu KEADILAN berpendapat masih banyak persoalan yang belum dijawab dalam hal ini, terutamanya apabila dibandingkan dengan satu lagi majlis peribadi yang menggunapakai khidmat Shangrila Hotel.

Pada hari Ahad 24 Julai 2011, Perdana Menteri telah mengadakan satu jamuan meraikan hari lahir beliau di Sri Perdana. Banquet Event Order (BEO) majlis tersebut diedarkan bersama-sama dengan kenyataan akhbar ini.

Berdasarkan BEO tersebut, fakta-fakta berikut adalah tepat:

1. Tempahan turut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun ia jelas adalah majlis peribadi Perdana Menteri;

2. Berbanding dengan majlis pertunangan anak beliau, majlis ini dengan jelas menyatakan bahawa ia majlis peribadi Perdana Menteri. Ini menimbulkan persoalan kenapa majlis pertunangan anak Perdana Menteri tidak dinyatakan secara jelas sebagai majlis peribadi, sebaliknya disebut sebagai "majlis Pejabat Perdana Menteri"?

3. Perdana Menteri membelanjakan sekitar RM79,053 untuk satu majlis meraikan hari lahir beliau; pecahannya seperti berikut:

Buffet untuk 100 tetamu @ RM207 setiap seorang RM20,700
Band Syed Sobri @ RM7,300 + 6% cukai RM7,738
Band Batak @ RM5,000 + 6% cukai RM5,300
Minuman 5 gallons @ RM750 + 6% cukai RM795
Gubahan bunga @ RM30,000 + 6% cukai RM31,800
Caj pengendalian @ RM12,000 + 6% cukai RM12,720
JUMLAH RM79,053


4. Majlis tersebut menyajikan 47 juadah antarabangsa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.

Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan-soalan berikut kepada Perdana Menteri jika beliau benar-benar telus dan ikhlas untuk menjadi teladan kepada seluruh rakyat Malaysia:

1. Bilakah beliau akan mengemukakan lapan bukti yang disyorkan KEADILAN agar nama beliau dapat dibersihkan?

2. Dalam masa lebih kurang satu bulan, Perdana Menteri membelanjakan setengah juta ringgit untuk dua majlis mewah di Sri Perdana. Jika beliau bertegas ini dibayar oleh beliau sendiri, bagaimanakah beliau mampu berbelanja sedemikian rupa sedangkan
pendapatan Perdana Menteri tidaklah seberapa?

3. Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung oleh rakan taulan yang memberi tajaan, siapakah mereka ini dan apakah bukti Perdana Menteri bahawa sumbangan kepada majlis peribadi tidak mempengaruhi apa-apa keputusan beliau selama ini?

4. Wajarkah Perdana Menteri berbelanja besar sebegini untuk majlis hari lahir beliau sedangkan beliau menyeru rakyat Malaysia mengamalkan sikap sederhana (wasatiyah) dan mengawal perbelanjaan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini? Kos hampir RM800 setiap tetamu ini lebih mahal dari sumbangan BR1M sebanyak RM500 yang diberikan kepada rakyat.

Perdana Menteri boleh sahaja tidak mengendahkan soalan-soalan ini, tetapi dengan bertanyakan soalan sebeginilah rakyat dapat membongkar pelbagai penyelewengan yang berlaku di dalam pengurusan dana awam NFC sehinggakan Barisan Nasional terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat.

Perdana Menteri membuat keputusan tidak menyambung tempoh perkhidmatan Shahrizat Jalil apabila persoalan moral bersabit integriti sebegini diajukan kepada Shahrizat Jalil.

Apabila soalan-soalan yang sama diajukan kepada beliau sekarang, wajarlah beliau juga membuat "pengorbanan" seperti yang dilakukan oleh Shahrizat Jalil dengan menjawab satu persatu secara ikhlas dan telus, demi menjaga integriti kerajaan.

Baca: Rafizi tuntut PM kemuka 8 bukti

*Kenyataan media oleh Mohd Rafizi Ramli (gambar kanan) selaku Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat.

Perkhidmatan pengangkutan awam terus menjadi rungutan penumpang

Posted: 14 Mar 2012 02:19 AM PDT

Lu Wei Hoon


Tatkala kerajaan Barisan Nasional menjanjikan perkhidmatan pengangkutan awam yang murah, cekap, efisien dan mudah akses di Lembah Klang, kelewatan keretapi untuk sampai ke stesen pada waktu yang dijadualkan, terus menghantui penggunanya.

Satu tinjauan oleh wartawan MerdekaReview di stesen KTM Kepong Sentral pada kira-kira jam 8 pagi ini, mendapati kira-kira 200 orang penumpang yang menunggu di sebelah platform untuk perjalanan ke utara. Kebanyakan mereka telah menunggu lebih daripada 30 minit.

Menurut pegawai yang berkhidmat di situ, operasi KTM tergendala kerana masalah teknikal (Power failure technical problem). Malah, wartawan mendapati satu notis ditampal pada mesin menjual tiket, dengan tulisan "Perhatian: Akibat Bekalan Kuasa Tren Komuter Tiada buat masa ini."

Shanti yang berpengalaman enam tahun menaiki pengangkutan awam, berkata kepada MerdekaReview, penjual tiket biasanya tidak memaklumkan kepada pengguna sama ada perkhidmatan keretapi tergendala atau tidak. Shanti menambah, seandainya ditanya, mereka akan berkata diri mereka tidak mengetahui apa-apa, namun mereka terus menjual tiket.

Waktu pejabat Shanti bermula pada jam 10 pagi, dan beliau perlu sampai ke stesen KTM Kepong Sentral pada 7.45 pagi, untuk tiba di KL Sentral dan kemudian bertukar ke Kelana Jaya Line. Selepas menunggu untuk lebih sejam, Shanti terpaksa menuju ke stesen bas untuk menaiki teksi ke Petaling Jaya bersama kawannya. "Sekarang dah jam 9, mestilah lewat!"

Beberapa orang lagi penumpang yang ditemuramah meluahkan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan keretapi, yang lewat hampir setiap hari.

Wartawan MerdekaReview sempat menghubungi bahagian Komunikasi Korporat KTM Berhad, jurucakapnya mengesahkan bahawa perjalanan ke selatan terganggu kerana masalah bekalan elektrik. Bagaimanapun perkhidmatannya pulih pada jam 9.30 pagi.

Ketika ditanya mengapa KTM tidak mengumumkan gangguan perkhidmatan ini di laman rasmi KTM, beliau menjawab pihaknya memaklumkan penumpang di laman twitternya. Namun wartawan mendapati admin twitternya tidak mengambil inisiatif untuk membuat pengumuman, sebaliknya hanya menyatakan masalah itu apabila membalas pertanyaan penumpang.

Jurucakap KTM bahagian Komunikasi Korporatnya menjelaskan, mereka tidak mengumumkan secara terus maklumat tersebut kerana bukan semua stesen mengalami masalah itu Mereka hanya akan berbuat sedemikian sekiranya semua stesen sepanjang landasan tergendala perkhidmatannya.

Seandainya dirujuk kepada laman rasmi syarikat pengangkutan awam di Singapura, SMRT, maklumat perkhidmatan MRT, keretapi mahupun bas yang tergendala akan diumumkan pada laman tersebut. Menurut laporan Channel News Asia, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat SMRT, Saw Phaik Hwa meletak jawatan selepas dua kali perkhidmatan MRT tergendala pada Disember 2011.

*Lu Wei Hoong ialah wartawan khas MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, disunting dan diterjemah dari teks asal.

Sabah: Negeri antara terkaya, rakyat paling miskin

Posted: 14 Mar 2012 02:15 AM PDT

Perdana Menteri mendakwa Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri tersebut.


Bahagian 1

Oleh Azrul Azwar


Mungkin ramai penganalisis ekonomi antarabangsa dan tanahair, penggubal dasar ekonomi di peringkat pusat mahu pun di peringkat negeri, para pejuang hak asasi manusia dan aktivis sosial malah rakyat Malaysia secara umumnya bingung dan termangu-mangu dengan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang negeri Sabah.

Perdana Menteri mendakwa Sabah bukan lagi negeri termiskin di Malaysia hanya berdasarkan kepada purata pendapatan per kapita negeri tersebut yang berada di peringkat pertengahan antara negeri termiskin dan terkaya di Malaysia.

Tidaklah menghairankan kenapa kekeliruan sebegini timbul kerana Najib menggunakan suatu "indicator" atau penunjuk yang tidak sesuai dan jauh menyimpang dari ukuran universal yang digunapakai seluruh dunia untuk menggambarkan tahap kemiskinan sesebuah lokaliti sama ada kampung, bandar, daerah, wilayah, negeri atau negara.

Lazimnya, pendapatan per kapita yang ditakrifkan sebagai kesemua sumber pendapatan pelbagai kategori seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau Pendapatan Kasar Negara.

Ini dibahagikan dengan bilangan penduduk keseluruhan dalam sesebuah lokaliti pada sesuatu tahun, digunakan sebagai ukuran kemakmuran/kekayaan penduduk sesebuah lokaliti terutamanya negara, khususnya untuk membuat perbandingan antarabangsa antara negara dan sering diungkapkan dalam sebarang matawang antarabangsa terutamanya dolar Amerika Syarikat dan Euro.

Oleh kerana pendapatan per kapita hanyalah sekadar suatu nilai purata, kelemahan paling utama bagi penunjuk ini ialah ianya tidak mencerminkan bagaimana pendapatan atau kekayaan diagihkan.

Jika terdapat herotan dalam pengagihan pendapatan sesebuah negara sebagai contoh, segelintir yang amat kaya boleh menyebabkan pendapatan per kapita melonjak tinggi walaupun pendapatan yang diterima sebahagian besar penduduk sebenarnya jauh lebih rendah.

Mungkin akibat kekurangan rehat atau tidur dek kerana jadual harian yang sangat ketat dan membebankan maka Najib terlepas pandang atau teralpa tentang apakah definisi sebenar kemiskinan.

Oleh yang demikian maka wajiblah kita sebagai segolongan daripada rakyat yang tahu serba-sedikit mengenai ilmu ekonomi membantu beliau menghentikan kecelaruan umum ini dengan membuat analisa kemiskinan negara dan perbandingan antara negeri-negeri di

Malaysia berdasarkan apa yang sepatutnya digunakan sebagai penunjuk kemiskinan universal.

Sebagai contoh menurut definisi World Bank atau Bank Dunia dan United Nations atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atau pun takrifan nasional spesifik sesebuah negara terbitan daripada definisi-definisi ini.

Definisi Bank Dunia

Definisi Bank Dunia: "Poverty is pronounced deprivation in well-being, and comprises many dimensions. It includes low incomes and the

inability to acquire the basic goods and services necessary for survival with dignity.

"Poverty also encompasses low levels of health and education, poor access to clean water and sanitation, inadequate physical security, lack of voice, and insufficient capacity and opportunity to better one's life."

Definisi PBB: "Fundamentally, poverty is a denial of choices and opportunities, a violation of human dignity. It means lack of basic capacity to participate effectively in society. It means not having enough to feed and clothe a family, not having a school or clinic to go

to, not having the land on which to grow one's food or a job to earn one's living, not having access to credit.

It means insecurity, powerlessness and exclusion of individuals, households and communities. It means susceptibility to violence, and it often implies living in marginal or fragile environments, without access to clean water or sanitation."

Lazimnya, terdapat dua kategori kemiskinan iaitu "hardcore/extreme/absolute poverty" atau kemiskinan tegar/keterlaluan dan "overall/moderate/relative poverty" atau kemiskinan relatif/keseluruhan.

Kedua-dua golongan ini berada di peringkat paling bawah sesebuah masyarakat yang terpaksa bergelut dengan pelbagai kesukaran hidup dan isu kekurangan atau kehilangan material atau pun pelucutan hak-hak untuk menikmati sesuatu.

Kemiskinan tegar boleh ditakrifkan sebagai suatu taraf hidup atau paras pendapatan yang diperlukan sekadar cukup untuk memenuhi piawaian minima atau keperluan cukup hidup minima yang mana jika kurang daripada itu, sesebuah isi rumah tidak boleh wujud atau hidup.

Oleh kerana kelangsungan hidup sepatutnya memerlukan bilangan sumber yang sama di mana sahaja di muka bumi ini, maka kayu ukur kemiskinan tegar sepatutnya seragam melangkaui masa, budaya, lokaliti dan paras teknologi, satu kelebihan yang membolehkan perbandingan global yang setara dengan mudah.

Ukuran kemiskinan tegar hanya menitikberatkan keupayaan penggunaan seseorang dan tidak bergantung pada perubahan pengagihan pendapatan yakni jika pendapatan benar sesebuah ekonomi meningkat walaupun tiada perubahan pada pengagihan pendapatan, kemiskinan tegar akan berkurangan.

Kemiskinan relatif

Kemiskinan relatif atau keseluruhan pula boleh ditakrifkan sebagai suatu peringkat taraf hidup atau paras pendapatan yang diperlukan, sekadar cukup untuk memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian, tempat berlindung dan penjagaan kesihatan asas tetapi jauh lebih rendah daripada apa yang diperlukan oleh majoriti sesebuah masyarakat tanpa mengambil kira harta kekayaan keseluruhan atau cara hidup.

Definisi kemiskinan relatif banyak dipengaruhi oleh konteks sosial kerana kemiskinan relatif adalah salah satu metriks ekonomi berkaitan "income inequality" yakni ketidaksamaan ekonomi atau pendapatan yang antara lainnya merangkumi pekali Gini dan indeks Theil.

Sebagai contoh, walaupun pendapatan benar dalam sesebuah ekonomi meningkat tetapi tiada perubahan pada pengagihan pendapatan, maka kadar kemiskinan relatif juga tidak berubah.

Jika pengagihan pendapatan berubah menjadi lebih saksama manakala pendapatan benar juga meningkat, maka kemiskinan relatif sepatutnya berkurangan. Maka tidaklah mustahil jika kemiskinan tegar dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali tetapi pada masa yang sama, kemiskinan relatif meningkat.

Biasanya, kayu pengukur bagi kemiskinan relatif digunapakai sebagai kadar kemiskinan rasmi sesebuah lokaliti seperti bandar, negeri atau negara. Maka jelaslah di sini bahawa kadar kemiskinan relatif atau keseluruhan merupakan penunjuk kemiskinan utama dan bukannya pendapatan atau KDNK per kapita.

Untuk mengukur kemiskinan secara lebih terperinci yakni menentukan secara kuantitatif sama ada sesebuah isi rumah itu tergolong dalam miskin tegar atau miskin relatif atau pun bebas langsung dari belenggu kemiskinan, maka lahirlah konsep kayu ukur "poverty line income (PLI)/poverty threshold" atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Kayu ukur


Kayu ukur ini secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai paras pendapatan minimum yang cukup untuk memenuhi keperluan cukup hidup minima (kemiskinan tegar) atau untuk menampung kos sara hidup bagi memenuhi keperluan asas lain (kemiskinan relatif) sesebuah isi rumah. Maka, secara intuitif, PGK bagi kemiskinan relatif adalah lebih tinggi daripada PGK bagi kemiskinan tegar.

Definisi PGK yang secara umumnya berbeza dari sebuah negara ke sebuah negara yang lain, ditetapkan berdasarkan anggaran hasil kajiselidik isi rumah nasional. Biasanya, PGK di negara maju adalah lebih tinggi daripada negara membangun.

Kaedah penetapan PGK sangat mempengaruhi profil kemiskinan, seterusnya akan menjadi asas bagi dasar-dasar sosio-ekonomi sesebuah negara seperti inisiatif membasmi kemiskinan, program kebajikan dan bantuan masyarakat serta sistem jaring keselamatan sosial.

Bank Dunia menakrifkan kemiskinan tegar sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$1.25 (Purchasing Power Parity atau PPP pada 2005) sehari manakala kemiskinan relatif ditakrifkan sebagai hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$2.00 (PPP pada 2005) sehari.

Negara-negara OECD dan Kesatuan Eropah menggunakan "jarak ekonomi" yakni paras pendapatan setara dengan 60% daripada pendapatan isi rumah median sebagai PGK untuk mengukur kemiskinan relatif.

Oleh itu, sebagai contoh, penduduk sesebuah negara OECD yang berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan isi rumah median nasional adalah tergolong sebagai miskin relatif.

Dalam erti kata lain, paras kemiskinan sesebuah negara OECD diukur dengan membahagikan bilangan isi rumah berpendapatan kurang daripada 60% pendapatan isi rumah median kepada bilangan isi rumah keseluruhan negara tersebut.

Penulis adalah ahli Lawyers For Liberty

Sabah: Negeri antara terkaya, rakyat paling miskin

Posted: 14 Mar 2012 02:13 AM PDT

Negeri di bawah bayu ini juga mencatatkan kadar kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia.



Bahagian Akhir

Oleh Azrul Azwar

Dalam konteks Malaysia, berdasarkan metodologi tahun 2005, pendapatan garis kemiskinan (PGK) adalah setara dengan pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isirumah bagi mencapai taraf hidup minimum, cukup untuk menampung perbelanjaan membeli atau menikmati keperluan asas sama ada makanan dan bukan makanan.

PGK makanan, yang digunapakai bagi definisi kemiskinan tegar adalah berdasarkan keperluan diet/nutrisi asas rakyat Malaysia menurut usul daripada Kementerian Kesihatan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam "Recommended Daily Allowance".

Keperluan tenaga ini berdasarkan struktur demografi spesifik sesebuah isirumah seperti umur, berat, jantina dan kadar metabolik asas pada pelbagai peringkat aktiviti fizikal.

Bakul makanan yang dipilih untuk memenuhi keperluan diet seimbang ini (10%-20% kalori dari protein, 20%-30% kalori dari lemak dan 50%-60% dari karbohidrat) mengandungi bahan makanan lazim dan pada harga terendah.

Perbelanjaan isirumah

PGK bukan makanan bagi definisi kemiskinan relatif pula mengambil pendekatan Bank Dunia dalam membuat anggaran keperluan minimum barangan atau perkhidmatan bukan makanan yang lazimnya diperolehi daripada hasil 'household expenditure surveys' atau kaji selidik perbelanjaan isirumah.

Ini berdasarkan corak perbelanjaan golongan 20% isirumah terbawah (bottom 20%) bagi barangan dan perkhidmatan utama bukan makanan seperti pakaian dan kasut; kediaman (sewa, ansuran bulanan dan sebagainya), utiliti dan bahan api; pengangkutan; komunikasi; alatan dan perkakas rumah serta pelbagai barang dan perkhidmatan bukan makanan lain di mana paras harga boleh dibahagikan kepada negeri dan strata.

Jelas bahawa nilai PGK makanan jauh lebih rendah daripada PGK bukan makanan. Walaupun masih ramai yang keliru dengan definisi kemiskinan tegar dan kemiskinan relatif, dalam konteks Malaysia, apa yang kita boleh rumuskan adalah:

  • Jika pendapatan sesebuah isirumah adalah di bawah PGK makanan, maka isirumah tersebut ditakrifkan sebagai miskin tegar.
  • Jika pendapatan sesebuah isirumah adalah di bawah PGK bukan makanan, maka isirumah tersebut ditakrifkan sebagai miskin relatif. PGK bukan makanan merupakan penentu tahap kemiskinan di Malaysia.

Pada tahun 2009, dianggarkan 80% daripada keseluruhan isirumah miskin yang berjumlah 228,400 isirumah (lebih kurang setara dengan 1.5 juta individu atau 5.4% daripada keseluruhan penduduk Malaysia) tinggal di lima buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Walaupun hanya 8.6% daripada keseluruhan isirumah negara menetap di Sabah dan Labuan, 43.4% daripada bilangan isirumah miskin seluruh negara bertumpu di situ.

Penempatan setinggan tertinggi


Dengan 37,965 isirumah, Sabah juga mempunyai bilangan isirumah yang tinggal di penempatan setinggan tertinggi di Malaysia pada tahun 2009, setara dengan 38.3% daripada jumlah keseluruhan sebanyak 99,022 "squatter households" atau isirumah setinggan di Malaysia.

Maka, berdasarkan pada kadar kemiskinan dan beberapa penunjuk berkaitan kemiskinan lain pada tahun 2009, Sabah sememangnya negeri termiskin di Malaysia dan jauh ketinggalan dari segi "soft and hard infrastructure".

Kadar kemiskinan Sabah pada paras 19.7% atau 19.2% jika digabungkan dengan Labuan adalah yang tertinggi di Malaysia, lebih lima kali ganda kadar kemiskinan nasional pada 3.8% atau empat kali ganda kadar kemiskinan Kelantan yang digembar-gemburkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Malah, kemiskinan di kalangan etnik minoriti di Sabah adalah lebih teruk pada paras 22.8% berbanding dengan hanya 6.4% di negeri jirannya, Sarawak.

Kesempitan hidup lebih mencengkam di kawasan jauh daripada kota dan bandar di Sabah di mana kadar kemiskinan luar bandar sangat tinggi pada paras 35%.

Menurut hasil kajian World Bank's 2010 Malaysia Economic Monitor, paling ramai rakyat miskin di Sabah boleh ditemui di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan etnik Rungus di utara, Orang Sungai di timur dan etnik Suluk di timur. Terdapat juga rakyat miskin dalam komuniti lain termasuklah keturunan Tionghua di kawasan bandar.

Sabah juga mencatatkan kadar kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia.

Dengan saiz isirumah purata terbesar di Malaysia dari segala segi, sudah pasti kesempitan hidup amat mencabar terutamanya bagi mereka yang tergolong dalam kategori 40% isirumah terbawah (bottom 40%).

Pendapatan kasar

Lebih parah lagi, kadar isirumah di Sabah dalam kategori 40% isirumah terbawah yang ditakrifkan sebagai mereka yang berpendapatan kasar kurang daripada RM2,300 sebulan.

Pendapatan kasar bulanan purata pada 2009 bagi seluruh Malaysia adalah RM4,025 iaitu RM4,705 di bandar dan RM2,545 di luar bandar berbanding bagi golongan 40% isirumah terbawah sebanyak RM1,440.

Jumlah pendapatan ini telah meningkat kepada 11% pada tahun 2009 berbanding 6% pada tahun 1989!

Hakikatnya, pada tahun 2009, menurut laporan "The Millennium Development Goals at 2010", terbitan hasil kerjasama di antara

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri, semua negeri di Malaysia KECUALI Sabah telah berjaya mencapai satu daripada lapan matlamat pembangunan.

Matlamat ini terkandung dalam "Millenium Development Goals" yang dipersetujui oleh kesemua 193 negara ahli PBB untuk dipenuhi di antara tahun 1990 sehingga selewat-lewatnya 2015, yakni mengurangkan sehingga menjadi separuh kadar kemiskinan masing-masing.

Rakyat Sabah terpinggir

Malah, masih ramai rakyat Sabah seolah-olah terpinggir daripada arus pembangunan pesat negara.

Rakyat Sabah dinafikan akses kepada fasiliti dan infrastruktur kerana setelah hampir setengah abad Sabah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963, kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah semasa di luar BN masih gagal menyediakan:

  • bekalan elektrik kepada hampir satu pertiga (23%) daripada masyarakat luar bandar Sabah berbanding hanya 0.5% peratus sahaja masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang masih belum menikmati kemudahan elektrik.
  • bekalan air bersih atau air yang telah dirawat kepada hampir separuh (47.7%) daripada masyarakat luar bandar di Sabah sedangkan hanya 10% daripada masyarakat luar bandar di Semenanjung Malaysia yang kurang bernasib baik tanpa akses kepada air bersih.
  • peluang pekerjaan sesuai pada paras pendapatan yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup terutamanya bagi warga belia.

Jika Malaysia menggunapakai kayu ukur kemiskinan sebagaimana pendekatan yang diambil di negara maju seperti OECD dan Kesatuan

Eropah nescaya kadar kemiskinan Malaysia khususnya Sabah akan meningkat paling kurang tiga hingga empat kali ganda!

PGK pada paras 50% atau 60% pendapatan isirumah median dianggap oleh banyak pihak berkepentingan sebagai mampu memberi gambaran lebih tepat paras pendapatan minimum yang diperlukan oleh sesebuah isirumah bagi memenuhi keperluan asas supaya

mencapai taraf hidup yang memuaskan.

Jika diambil kira purata pendapatan kasar isirumah pada tahun 2009 sebanyak RM3,144 bagi Sabah dan Labuan, PGK pada kadar 60% akan melonjak kepada RM1,886.4 bagi Sabah dan Labuan berbanding RM1,048, sekaligus menjerumuskan lebih ramai lagi rakyat Sabah ke dalam kancah kemiskinan.

Jurang antara kaya dan miskin melebar atau ketidaksamaan ekonomi merosot di Sabah dan Labuan di mana pekali Gini telah meningkat kepada 0.453 pada 2009 berbanding 0.450 pada 2007 atau 0.448 pada 1999!

Kegagalan pentadbiran BN

Semua ini jelas mercu tanda kegagalan pentadbiran BN menfaatkan sebaiknya kekayaan hasil bumi dan pelbagai kelebihan lain yang dimiliki negeri yang terkenal dengan jolokan di bawah bayu ini.

Sebagai antara negeri terkaya di Malaysia dari segi sumber alam semulajadi seperti minyak, gas, balak, hidupan laut serta hasil lautan dan perhutanan asli yang lain adalah amat tidak wajar dan memalukan bagi Sabah mendapat gelaran negeri termiskin di Malaysia.

Tambahan pula Sabah mempunyai kawasan pertanian yang luas dengan kelapa sawit, getah, koko dan komoditi lain serta pelbagai kawasan tarikan pelancong berpotensi tinggi terutamanya bagi segmen pelancongan-eko dan pelancongan-agro.

Malah, tidaklah keterlaluan jika sesetengah pihak menyifatkan kegagalan perancangan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan inklusif ini sama seperti "jenayah kemanusiaan" apabila ketirisan, pembaziran, amalan rasuah dan kronisme yang berakar-umbi dan berleluasa secara sistematik.

Gejala buruk ini telah melebarkan jurang kaya-miskin, bandar-luar bandar, Bumiputera-bukan Bumiputera, berpendidikan-tidak berpendidikan, antara wilayah atau negeri dan sebagainya bukan sahaja di Sabah malahan di seluruh Malaysia.

Meskipun pendapatan per kapita negeri Kelantan adalah yang terendah di Malaysia, sudah terang lagi bersuluh, bahawa negeri tersebut bukanlah yang termiskin di Malaysia sebagaimana yang didakwa oleh Najib kerana pada paras 4.8%, kadar kemiskinan Kelantan hanyalah yang kelima tertinggi di Malaysia di belakang Sabah, Perlis, Sarawak dan Kedah (mengikut turutan).

Oleh kerana terbukti tanpa sebarang keraguan lagi bahawa rakyat Sabahlah yang terpaksa bergelut paling teruk untuk meneruskan kehidupan seharian terutamanya dalam golongan 40% isirumah terbawah.

Maka Najib dan rakan-rakannya dinasihatkan supaya mengekang diri daripada mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan sama sekali tidak berasas ataupun menyalahgunakan /menyalahtafsirkan penunjuk ekonomi seumpama ini pada masa hadapan.

Bahagian pertama

Penulis adalah ahli Lawyers For Liberty

BN ‘mandul’ bila berdepan krisis NFCorp

Posted: 14 Mar 2012 02:09 AM PDT

Jika ini bukannya suatu pakatan, rasuah dan kecuaian jenayah berprofil tinggi, apa lagi yang boleh kita katakan?



Tokoh kontroversi Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang meletak jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mulai 8 April depan sekali lagi menyerlahkan 'kemandulan' kerajaan Barisan Nasional (BN) menangani krisis dakwah rasuah berprofil tinggi.

Selepas hampir lima bulan tercetusnya skandal Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp), ketika rakyat didedahkan dengan berbagai maklumat penyelewengan, kesannya hanya Shahrizat berundur dari kabinet.

Namun peristiwa (peletakan jawatan) ini bukanlah tindakan daripada sesiapa pun. Shahrizat tidak dipecat, atau beliau tidak meletak jawatan, kedudukannya sebagai menteri menjadi terbatal oleh sebab tempoh perkhidmatannya sebagai seorang senator tamat pada 8 April ini. Di bawah perlembagaan, hanya seorang ahli parlimen atau senator layak dilantik menjadi menteri.

Sungguhpun rasuah berjumlah RM250 juta tidaklah sebanyak mana bagi ukuran BN, tetapi ketidakpedulian pucuk pimpinan BN terhadap undang-undang rasuah dan kecuaian para penjawat awam berhubung perbuatan jenayah telah menimbulkan kemarahan rakyat.

Lebih memburukkan lagi keadaan di mana badan penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis, peguam negara, gagal bertindak terhadap para petualang itu.

Keluarga Shahrizat sejak awal-awal lagi, tidak sepatutnya mendapat projek perintis ini, untuk mentransformasi industri pengeluaran dan penawaran daging lembu kerana ia tidak mempunyai kemampuan baik dari segi kewangan maupun dari segi kepakaran untuk mengendalikan projek ini.

Dengan itu maka tidak hairanlah apabila wang berjumlah RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah dan geran sebanyak RM13 juta jatuh ke riba, keluarga Shahrizat menjadi tidak keruan, lari ke sana ke mari, membeli aset mewah seperti kondominium mewah dan tanah yang strategik, termasuk mengusahakan restoran mewah, pasaraya dalam dan luar negara.

Dalam masa yang sama, ia gagal memenuhi objektif utamanya untuk membangunkan industri fidlot seperti mana yang tercatat dalam kontrak perjanjian perniagaan.

Skandal dalam perspektif

Untuk melihat skandal dari sudut perspektif yang betul, kemungkinan kesalahan jenayah boleh dibahagikan kepada dua bahagian: kesilapan dan penyelewengan semasa menganugerahkan projek ini dan pelaksanaannya yang menimbulkan persoalan.

Jelas berlaku pilih kasih dan konflik kepentingan apabila kontrak itu diberi kepada keluarga seorang menteri kabinet, apatah lagi keluarga tersebut tidak layak menerimanya.

Dalam setiap kes rasuah serupa ini, terdapat pemberi dan penerima. Dalam kes ini, Shahrizat dianggap sebagai penerima apabila keluarganya menerima pinjaman, geran dan kontrak projek itu.

Ini kerana tidak mungkin suami dan anak-anaknya sendiri boleh diberi pertimbangan memandangkan mereka sendiri tidak layak untuk diberi pertimbangan itu.

Keadaan ini menjurus kita kepada satu pertimbangan sahaja iaitu hubungan Shahrizat dengan pembuat-pembuat keputusan dalam kabinet.

Amalan pilih kasih dalam pemberian kontrak ini jelas dapat dilihat cara bagaimana projek ini diberikan.

Tidak ada kertas kerja yang sempurna dikemukakan sebelum projek ini diberi. Jika tidak sudah tentu Kementerian Kewangan akan menangguhkan pengeluaran pinjaman itu sehingga "kajian kemungkinan daya maju projek dan perniagaan" siap pada tahun 2011.

Ini berlaku tiga tahun selepas pinjaman itu diluluskan, apabila projek itu berjalan dengan perlahan, seperti mana dilaporkan Ketua Audit Negara dalam laporannya.

Tambahan pula, terdapat penyelewengan dari sudut pengeluaran pinjaman dan geran sebelum perjanjian tentang projek itu ditandatangani.

Persoalan lain yang timbul, ialah bagaimana mungkin projek yang menelan belanja berjuta-juta ringgit itu boleh diberi tanpa adanya kertas kajian cadangan kaji selidik itu terlebih dahulu?

Jika ini bukannya suatu pakatan, rasuah dan kecuaian jenayah berprofil tinggi, apa lagi yang boleh kita katakan?

Siapakah pembuat-pembuat keputusan itu, pemberi-pemberi kontrak dalam kes ini? Mereka ialah bekas menteri pertanian Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jawatankuasa projek berimpak tinggi yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalan perdana menteri pada ketika itu.

Adalah menjadi tanggungjawab SPRM untuk meneliti proses pembuat keputusan dan mendakwa kedua-dua petualang – pemberi dan penerima – ke muka pengadilan. Tetapi malangnya, tidak ada apa-apa tindakan diambil selepas siasatan dijalankan.

Cuai dan pecah amanah

Berhubung pelaksanaan projek yang menjadi pertikaian, pertama, kemungkinan berlakunya perbuatan jenayah dapat dilihat dalam kecuaian para penjawat awam untuk memantau dan mengawal pelaksanaan projek itu dan pengeluaran pinjaman dan geran.

Kedua, pecah amanah oleh NFCorp dalam menyalahguna dana awam dan sekali gus melanggar perjanjian pinjaman dan perjanjian projek.

Sementara kesalahan-kesalahan pertama terletak di bawah bidang kuasa SPRM, kesalahan kedua sedang disiasat oleh polis. Sehingga

kini, tidak ada tanda-tanda SPRM sudah memulakan penyiasatan ke atas penjawat-penjawat awam yang terlibat.

Bagi pihak polis, mereka telah pun selesai menjalankan siasatan tetapi pendakwaan telah dihalang oleh Peguam Negara yang berulang kali memulangkan kembali laporan-laporan siasatan polis dalam tempoh beberapa bulan lalu.

Sebaliknya Peguam Negara berulang kali meminta dijalankan "siasatan lanjut" dan permintaan terakhir beliau ialah lebih sebulan yang lalu.

Memandangkan seluruh dunia, dan tidak hanya rakyat Malaysia, mempunyai akses kepada maklumat-maklumat secara terperinci berhubung kesalahan-kesalahan NFCorp, termasuk pelanggaran ke atas perjanjian pinjaman melalui Internet, kita pun hairan apa lagi maklumat yang Peguam Negara mahu sebelum beliau membuat pendakwaan?

Jika ini bukan sebagai satu tindakan untuk menghalang pelaksanaan keadilan maka apa lagi yang harus kita sebut?

Melihat kepada komedi yang tragik ini berlaku berhubung krisis rasuah berprofil tinggi ini maka rakyat Malaysia tidak harus mempunyai ilusi apa yang Najib boleh dan tidak boleh lakukan untuk memulihkan keyakinan dan pelaksanaan undang-undang di negara ini.

Wakil rakyat BN dakwa belum dapat peruntukan tahunan

Posted: 14 Mar 2012 02:06 AM PDT

Bagaimanapun, wakil rakyat di mana kerusi Parlimen dimenangi BN telah mendapat peruntukkan tersebut



SHAH ALAM: Ada wakil rakyat BN di Selangor mendakwa belum mendapat peruntukan tahunan.

Bagaimanapun, dakwanya, wakil rakyat di mana kerusi Parlimen dimenangi BN telah mendapat peruntukkan tersebut.

"Saya belum menerima peruntukan tersebut tetapi saya mendapat tahu kawasan yang BN menang kerusi Parlimen telah dapat.

"Pada tahun lalu saya mendapat RM1 juta dengan syarat setiap perbelanjaan perlu ada resit untuk diaudit," kata beliau.

BN Selangor menguasai enam kerusi Parlimen – Hulu Selangor, Sabak Bernam, Sungai Besar, Pandan, Tanjung Karang dan Sepang serta 14 Adun.

Peruntukan JPM

"Wang RM1 juta itu bukannya semua kita dapat tetapi terpaksa dibahagikan kepada parti komponen BN lain. Saya dapat RM300, 000 sahaja," kata wakil rakyat itu lagi.

Sementara itu. seorang pegawai Umno Puchong memberitahu, peruntukan tersebut diberikan oleh JPM untuk pelbagai kegunaan di kawasan masing-masing.

Katanya, ketua bahagian tidak mendapat wang kerana pembayaran terus diberikan kepada pihak yang melaksanakan projek.

"JPM tidak beri tunai terus kepada ketua bahagian tetapi berdasarkan projek yang dibuat. Contohnya jika projek RM20, 000 JPM akan bayar RM20, 000.

"Peruntukan juga bukan RM1 juta tetapi berdasarkan projek dan jumlah keperluan tetapi mesti ada resit.

"Umno bagi wang untuk projek parti, manakala projek pembangunan dibiayai JPM," tambah beliau.

NGO harap Pakatan Rakyat ambil kira reformasi kesihatan

Posted: 14 Mar 2012 02:04 AM PDT

FREE MALAYSIA TODAY

"Kita sudah serik dengan kegagalan yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Umno/BN yang memerintah lebih dari 50 tahun," kata Jaringan Profesional Muslim.



PETALING JAYA: Sebuah NGO iaitu Jaringan Profesional Muslim menyarankan Pakatan Rakyat mengambil kira reformasi kesihatan secara serius dalam pilihan raya umum ke 13.

NGO itu mencadangkan Pakatan Rakyat mempertimbangkan beberapa perkara dalam manisfesto.

1. Mengurangkan jurang perbezaan antara sektor swasta dan kerajaan dan mewujudkan perhubungan dua hala yang sihat antara sektor swasta dan kerajaan.

2. Memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan kesihatan secara optimum dengan kos minima samada melalui sektor swasta atau kerajaan. Satu mekanisma khas perlu diwujudkan bagi menangani masalah ini.

3. Mengelakkan berlakunya penghijrahan tenaga mahir (Brain Drain) ke sektor swasta dengan pemberian insentif-insentif tertentu.

4. Mewujudkan mekanisma khusus bagi mempercepatkan tarikh temujanji pakar untuk kes-kes yang serius.

5. Rakyat diberi hak mendapatkan kaedah perawatan yang terbaik bagi mereka.

`Sudah serik'

"Jaringan Profesional Muslim memberi sepenuh kepercayaan kepada Pakatan Rakyat dalam menentukan nasib masa depan kesihatan ke arah yang lebih cemerlang.

"Kita sudah serik dengan kegagalan yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Umno/BN yang memerintah lebih dari 50 tahun.

"Ini berpunca daripada budaya tidak sihat yang berlegar dalam Kerajaan Umno/BN, di mana mereka sudah hilang keupayaan mentadbir-urus dengan baik, tidak mampu menunjukkan contoh yang terpuji dalam pembahagian projek, pembaziran kewangan , rasuah bermaharajalela serta pelbagai kudis lain," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kenyataan media itu disediakan oleh Dr Wan Shah Jihan Wan Din, Sulaiman Ahklakan dan Dr Ghazali Hasbullah.

Menurut NGO itu, negara memerlukan pembaharuan ini kerana situasi semasa dan ketidak seimbangan masyarakat dalam mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

Sistem kesihatan yang ada sekarang memperlihatkan bahawa golongan miskin akan terus tersisih daripada mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang optimum.
Manakala golongan kaya terus bebas memilih kaedah yang terbaik dan tercanggih kerana kedudukan sosio-ekonomi mereka yang stabil.

`Bayar minima, kualiti minima'

"Sistem yang sedia ada sekarang adalah rentetan dari sistem yang diamalkan sejak sebelum merdeka. Sistem ini tidak mengutamakan kebajikan kesihatan kepada rakyat awam.

"Rakyat miskin akan mendapat rawatan kesihatan dari hospital/klinik kerajaan kerana pembayaran yang minima, namun kualitinya juga minima kerana ubat yang digunakan kebanyakannya adalah ubat-ubatan generik dan pesakit pula terpaksa menunggu lama.

"Tarikh temujanji pula biasanya berbulan-bulan dan suasana klinik juga tidak ceria. Situasi ini dibebankan lagi dengan perpindahan tenaga pakar dari sektor kerajaan ke sektor swasta.

"Golongan berpendapatan rendah sukar untuk mendapatkan rawatan pakar di sektor swasta kerana kedudukan sosio-ekonomi mereka yang menghalangnya. Lantas mereka pasrah dengan apa yang ada," tambah kenyatan tersebut.

Jaringan Profesional Muslim itu juga mendakwa rakyat keliru dengan skim 1Care yang dikatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Katanya, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai mengatakan ia ditangguhkan tetapi kemudiannya menegaskan Kementerian Kesihatan akan meneruskan sesi penerangan mengenai 1Care kepada masyarakat.

Katanya, jika sekiranya perlaksanaan 1Care ditangguhkan, kenapa perlu pihak Kementerian Kesihatan membuat penerangan?

"Biasanya sesi penerangan perlu dibuat apabila sesuatu perkara telah siap dan hendak dilaksanakan. Pertemuan dengan masyarakat adalah untuk mendapatkan pandangan orang ramai sahaja dan menambahbaik sesuatu program yang hendak diaplikasikan.

"Adalah agak ganjil bila di satu sisi Menteri Kesihatan mengumumkan tangguh, tetapi di satu sisi lagi sibuk pula memberi penerangan tentang pelaksanaan 1care," tambah NGO itu lagi.

Krisis Kedah & kemelut Hasan: PAS harus salahkan diri sendiri

Posted: 14 Mar 2012 01:59 AM PDT

Dalam perkembangan terkini Azizan mempertikai peranan jawatankuasa pemandu yang menurut beliau tidak termaktub dalam Undang-Undang Kanun Negeri Kedah.



Kepimpinan PAS pusat harus menyalahkan diri sendiri dalam krisis kepimpinan PAS Kedah di antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Ini kerana menurut Phahrolrazi dalam kenyataan terbuka dalam media minggu lepas, beliau menyatakan bahawa beliau pernah membangkitkan dan membawa masalah yang melanda pentadbiran kerajaan negeri Kedah membabitkan Azizan ke pengetahuan pemimpin PAS pusat.

Bagaimanapun menurut beliau tiada sebarang tindakan berkesan diambil dan beliau melahirkan rasa lega apabila akhirnya PAS pusat campur tangan dalam menyelesaikan kemelut tersebut dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu (steering committee).

Namun begitu, dalam perkembangan terkini Azizan mengeluarkan kenyataan mempertikai peranan jawatankuasa pemandu yang menurut beliau tidak termaktub dalam Undang-Undang Kanun Negeri Kedah.

Ini menunjukkan krisis di Kedah masih belum menemui jalan penyelesaian dan dijangka akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Azizan dilaporkan semakin uzur dan sering kurang sihat namun beliau nampaknya nekad tidak mahu melepaskan jawatan Menteri Besar.

Pendirian di kalangan pemimpin dan ahli PAS di seluruh negara adalah 50/50.

Walaupun diakui Azizan lemah dalam pentadbiran kerana masalah kesihatan dan tidak efisyen dalam pelbagai isu termasuk isu lima pelajar Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) di gantung; pemimpin dan ahli PAS berpendapat masa dan ketika Phahrolrazi memberontak adalah tidak sesuai.

Ini memandangkan semboyan PRU akan dibunyikan pada bila-bila masa sahaja. Mereka berpendapat kalau inginkan perubahan pun biarlah selepas PRU ke-13.

Tetapi seorang ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata kemelut di Kedah boleh dielakkan seandainya PAS pusat melakukan rombakan kepimpinan di Kedah sejurus selepas muktamar PAS berakhir pada Jun 2011.

"Masalah kesihatan Azizan bukan perkara baru. Sepatutnya Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru dilantik selepas muktamar PAS dan ini akan memberikan laluan yang mudah agar jawatan Menteri Besar juga diisi dengan calon baru.

"Andai berlaku rasa tidak puas hati oleh Azizan pada ketika itu sekali pun ia akan menjadi sejuk kerana tempoh untuk PRU ke-13 agak lama jika rombakan itu dilakukan pada ketika itu," kata pemimpin tersebut.

PAS harus berani melakukan perubahan

Isu pokoknya di sini PAS harus berani melakukan perubahan dan pembaharuan dan tidak boleh mengamalkan pendekatan menyembunyikan sesuatu isu atau masalah atas alasan akan diketahui umum dan boleh menjejaskan imej parti.

Barangkali kerana mahu menjaga imej parti yang dianggap terbersih dalam Pakatan Rakyat berbanding PKR dan DAP maka PAS dilihat begitu liat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada dari konteks disiplin atau pun rombakan kepimpinan di sesebuah negeri.

Selepas kemenangan besar PAS, PKR dan DAP dalam PRU ke-12, imej PKR terjejas teruk apabila beberapa Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bertanding atas kerusi PKR melompat menjadi wakil rakyat bebas tetapi pro- Barisan Nasional (BN).

Imej DAP juga tercalar dek kerenah dua Adun parti tersebut juga melompat menjadi Adun bebas di Perak. Insiden lompat melompat membabitkan wakil rakyat PKR dan DAP ini secara tidak langsung memberikan imej yang amat positif dan meyakinkan pengundi pro-BN.

Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak, di sana sini pemerhati politik berkata hanya wakil rakyat PAS sahaja yang benar-benar setia kepada perjuangan parti masing-masing apabila terbukti tidak ada seorang pun dari PAS yang melompat selepas PRU ke-12.

Sungguhpun begitu, ini tidak bermakna tidak ada masalah dalaman PAS atau tidak ada wakil rakyat PAS yang menimbulkan suasana tidak harmoni selepas PRU ke-12.

Gagal bertindak terhadap Hasan sejak 2008

Contoh paling klasik ialah apabila bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dato' Dr Hasan Ali sering menimbulkan kontroversi dan memberikan kenyataan yang mengkritik kerajaan negeri. Hasan sering kali mengeluarkan kenyataan dan mengambil pendirian yang tidak selari dengan pendirian kerajaan negeri.

Walaupun beliau mempunyai peluang untuk mengutarakan rasa tidak puas hati beliau dalam mesyuarat Exco sebaliknya beliau menggunakan media untuk melahirkan rasa tidak puas hati tersebut terhadap sesuatu polisi kerajaan negeri.

Walaupun ada desakan agar tindakan atau paling tidak teguran di buat ke atas Hasan agar tindakan Hasan tidak menjadi beban kepada Pakatan Rakyat tetapi Kepimpinan PAS Pusat tidak mengambil sebarang tindakan drastik terhadap Hasan.

Perkara ini berterusan sehingga pada tahun lepas apabila Hasan mengeluarkan satu lagi kenyataan kontroversi mempertikaikan konsep Negara Berkebajikan oleh PAS.

FMT difahamkan dalam PAS Selangor sendiri terutama di Dun Gombak Setia yang mana Hasan adalah Adun kawasan tersebut, telah berlaku angin perubahan di kalangan kepimpinan kawasan, cawangan dan ahli yang inginkan Hasan diganti dengan calon yang lebih berwibawa.

Cetus kontroversi

Mereka kurang senang dengan tindakan Hasan yang sering mencetuskan kontroversi dalam acuan Umno yang dilihat amat tidak menguntungkan Pakatan Rakyat di Selangor.

Prestasi Hasan juga dikatakan tidaklah begitu cemerlang di Gombak Setia walaupun beliau mempunyai kelebihan sebagai Exco berbanding Adun lain.

Maka tidak hairanlah jika Hasan tidak dicalonkan oleh mana-mana cawangan PAS di Dun Gombak Setia sebagai calon pada PRU ke-13 nanti.

Jika "track record" beliau cemerlang di Dun beliau sendiri, sudah tentu beliau mendapat pencalonan yang banyak untuk terus mewakili PAS pada PRU ke-13 nanti. Tetapi keadaan ini tidak berlaku dan ini membuktikan bahawa beliau telah ditolak oleh ahli PAS sendiri di Dun Gombak Setia.

Kepimpinan PAS Pusat sudah semestinya menyedari permasalahan ini yang melibatkan Hasan sejak Mac 2008 lagi malangnya PAS pusat gagal menangani permalahan tersebut dan membiarkan ia berlarutan.

Jawatan Exco yang dipegang oleh Hasan "carry weight" apabila beliau menyatakan apa jua pendapat dan kritikan terhadap kerajaan negeri mahu pun kepimpinan PAS pusat sendiri. Sebagai seorang ahli politik berpengalaman, semestinya Hasan sendiri menyedari perkara ini.

Kepimpinan PAS pusat mempunyai peluang keemasan untuk menggugurkan Hasan sebagai Exco pada Jun 2011 selepas muktamar PAS pusat berlangsung. Selepas muktamar PAS tersebut, Adun Meru, Dr Abdul Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Peluang terbaik

Sepatutnya situasi ini menjadi peluang terbaik untuk PAS menggugurkan Hasan dan menggantikan dengan Dr Rani atau Adun PAS yang lain sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jika rombakan tersebut dilakukan segera selepas muktamar PAS, tidak ada ruang untuk Hasan mahu pun Umno untuk menuduh kononnya PAS menindas seorang yang dilabelkan sebagai pejuang Islam oleh media arus perdana.

Jika Hasan digugurkan sebagai Exco pada ketika itu, orang ramai akan berpendapat itu hanyalah rombakan politik yang biasa kerana Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru bukan Hasan lagi.

Namun PAS gagal mengambil kesempatan itu dan terus mengekalkan Hasan sebagai Exco. Jika Hasan diganti dengan Adun PAS lain sebagai Exco pada bulan Jun tahun lepas, ada kemungkinan portfolio Agama Islam, Adat Istiadat Melayu dan Infrastruktur akan terus dipegang oleh Exco PAS kerana masa untuk menyesuaikan diri dengan portfolio yang paling mencabar itu agak banyak.

Tetapi PAS pusat memilih jalan yang lebih berliku dan terdesak apabila terpaksa memecat Hasan kerana mengkritik PAS secara terbuka di dalam media. Semua ini boleh dielakkan atau boleh diminimumkan sekiranya PAS Pusat mengambil tindakan disiplin sejak 2008 lagi.

Apakah selepas ini pemimpin yang lantang akan menerima layanan yang sama? Dalam isu Hasan, PAS pusat bukan beria-ia mengambil tindakan sebaliknya tindakan tersebut lebih kepada seolah-olah Hasan yang mengalu-alukan tindakan diambil.

Ini ialah kerana walaupun selama seminggu Hasan mengkitik PAS dalam media termasuk di TV3, PAS masih seperti memberikan ruang kepada Hasan apabila PAS hanya meminta Hasan dan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa agar diam dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan terbuka mengkritik PAS.

Pendirian PAS dalam isu ini amat pelik kerana PAS pusat memberikan mesej bahawa sesiapa sahaja boleh "menghentam" PAS secara terbuka dalam media tetapi kes dianggap selesai jika mereka berhenti dari mengeluarkan kritikan terbuka.

Kaedah PAS menangani masalah disiplin Hasan pada tahap permulaan dan Nasharuddin akan menjadi "precedent" pada masa akan datang dan ada kemungkinan Phahrolrazi menggunakan "advantage" tersebut.

Tiada sebab untuk PAS mengenakan tindakan disiplin terhadap Phahrolrazi kerana membawa isu dalaman PAS Kedah dalam media.

Seperti Nasharuddin, Phahrolrazi juga berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengkritik atau membuka pekung masalah dalaman PAS Kedah.

Maka jika kes Nasharuddin dijadikan rujukan, pada masa akan datang jika ada pemimpin PAS mengkritik kepimpinan PAS pusat, mereka boleh berbuat demikian tetapi selepas seminggu puas mengkritik, mereka cuma perlu senyap dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur negatif terhadap PAS.

Mengapa PAS berdiam diri?

Dalam isu krisis Azizan dengan Phahrolrazi dan Hasan, Umno dan media pro-Umno menuduh Ketua Pembangkang Dato' Seri Anwar Ibrahim telah menguasai PAS dan merupakan dalang kepada krisis Kedah dan pemecatan Hasan. Malah Hasan dalam sidang akhbar di kediaman beliau beberapa hari selepas beliau dipecat, berkata beliau dipecat oleh PAS kerana Anwar.

Tetapi sehingga ke hari ini Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mahu pun kepimpinan tertinggi PAS pusat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menafikan tuduhan ini.

Sikap berdiam diri PAS yang tidak mahu menjelaskan kepada umum punca Hasan dipecat dan krisis Kedah akan mengiayakan dakwaan Umno dan media pro-Umno bahawa semua masalah dalaman di dalam PAS adalah berpunca daripada Anwar yang menurut media pro- Umno, Anwar telah menguasai sebahagian pemimpin PAS yang dipanggil Anwaris.

Pemimpin 'double standard'

Satu lagi elemen yang PAS harus berani melakukan perubahan ialah sikap segelintir pemimpin PAS yang nampak 'double standard'. Dua contoh paling nyata ialah sikap Ketua Dewan Ulama' PAS, Dato' Harun Taib dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi.

Dalam isu Hasan yang sering mengkritik kerajaan negeri Selangor dahulu yang selalunya bercanggah dengan pendirian Exco DAP, Harun dan Nasrudin merupakan antara mereka yang sering menyatakan sokongan kepada Hasan.

Bagaimanapun dalam isu Hasan melanggar disiplin parti dan menyerang parti secara terbuka, Harun dan Nasrudin menikus dan tidak mengecam tindakan Hasan walaupun Nasrudin ada mengeluarkan satu kenyataan yang bukan mengkritik Hasan tetapi tidak menyokong kenyataan Hasan.

Wala' keterlaluan


FMT cuba mendapatkan pandangan daripada seorang dua kepimpinan PAS pusat berhubung semua permasalahan yang ditimbulkan di atas.

Bagaimanapun berbanding PKR dan DAP, bukan mudah untuk kepimpinan PAS pusat mengeluarkan sesuatu kenyataan berbentuk kritikan atau membuka pekung parti.

Pun begitu seorang pemimpin senior PAS mengaku bahawa perubahan drastik sukar dilakukan kerana sebahagian besar kepimpinan negeri yang turut memegang jawatan di dalam PAS pusat, kawasan dan ahli PAS sendiri mengamalkan prinsip wala' (taat setia kepada pemimpin).

"Walaupun menyedari ada pemimpin PAS pusat yang seakan-akan seperti pro-Umno atau seperti kurang mesra dengan PKR dan DAP dalam konsep Pakatan Rakyat dan kurang senang dengan pendirian pemimpin seperti itu, tetapi kepimpinan negeri tidaklah sampai ke tahap memprotes untuk menggugurkan pemimpin dalam kategori tersebut.

Apabila ditanya ada dakwaan dari beberapa pihak terutama blogger pro-PAS yang majoriti kepimpinan dan ahli PAS mengamalkan prinsip wala' keterlaluan sehingga tidak nampak perkara yang tidak betul di depan mata dan masih terus menyokong pemimpin seperti itu; pemimpin senior PAS tersebut mengaku prinsip wala' memang wujud di dalam PAS.

Tetapi untuk mengatakan wala' keterlaluan atau tidak, itu persepsi masing-masing. Beliau juga berkata krisis dalaman adalah perkara biasa di dalam mana-mana parti dan tidak perlu diperbesarkan.

Ditanya adakah disebabkan wala' ada kepimpinan PAS negeri masih gagal menilai dan terus menyokong seseorang pemimpin PAS secara membuta tuli walaupun terdapat unsur-unsur yang tidak kena berlaku di depan mata apabila pemimpin PAS tertentu mendapat liputan positif dan ruang yang luas di dalam media milik Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3; pemimpin tersebut memberikan respon seperti berikut:

"Saya tidak mahu membuat spekulasi. Saya menyerahkan kepada kebijaksanaan masing-masing termasuk pemimpin negeri dan ahli-ahli. Cuma saya boleh nasihatkan, berfikirlah secara bijak dan logik Fikirlah diluar kotak pemikiran.

"Sudah tentu saya mempunyai persepsi saya sendiri terhadap pemimpin seperti ini tetapi saya tidak boleh kongsi dengan anda. Minta maaf," kata pemimpin tersebut.

Kes Curi Pasir Terbesar Di Selangor

Posted: 14 Mar 2012 01:57 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


RAWANG : Meskipun kerajaan negeri sering menafikannya, kes curi pasir di Selangor semakin memburuk dengan pendedahan terbaru membabitkan kawasan seluas tiga padang bola di Bukit Beruntung.

Pejabat Tanah Hulu Selangor menyifatkan operasi haram itu yang terbesar di kesan setakat ini.

Operasi itu dijalankan berhampiran sebuah sekolah di Bukit Beruntung sejak enam bulan lalu, akhbar The Star melaporkan.

Ia terbongkar hasil serbuan oleh Pejabat Tanah Hulu Selangor minggu lalu, bagaimanapun dalang dan pekerja terbabit berjaya melarikan diri.

Beberapa jentera penggorek dan sebuah lori yang ditinggalkan di tapak berkenaan dirampas.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan sudah memulakan siasatan kes terbaru curi pasir di Selangor ini.

Kerajaan Selangor menubuhkan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd untuk menguruskan industri pasir di negeri itu namun kegiatan curi pasir dilaporkan semakin meningkat manakala kerajaan negeri gagal mencapai sasaran hasil daripada sektor berkenaan.

Penguatkuasaan untuk membanteras jenayah itu adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Noh Saman Adun Sekinchan, Selangorkini RM20 Juta

Posted: 14 Mar 2012 01:32 AM PDT

Post Pic

ANTARA POS.COM


KUALA LUMPUR : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu pihaknya sudah pun memfailkan saman berjumlah RM20 ringgit kepada Adun Sekinchan, Ng Suee Lim dan enam individu dari akhbar Selangorkini kerana memfintah beliau bersabit isu insentif pertanian.
Saman difailkan 9 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam ekoran penyiaran beberapa artikel dan gambar yang disiarkan Selangorkini dalam edisi mingguan bertarikh 25 November hingga 2 Disember 2011.
Menurut Noh, pendengaran kes berkenaan adalah diputuskan pada 22 Mac ini.
"Mereka cuba tunjuk saya sebagai seorang perasuah. Kerajaan PKR (Parti Keadilan Rakyat) Selangor bimbang bila tengok rakyat kembali sokong Barisan Nasional (BN) maka cuba membuat tindakan sedemikian," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Noh berkata, tindakan saman terbabit di ambil atas kapasiti peribadi memandangkan kerajaan negeri didakwa menjatuhkan reputasinya sebagai Ahli Parlimen, menteri dan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor.

Selangorkini menyiarkan artikel bertajuk 'Pesawah tuntut Noh Omar letak jawatan', 'Noh Omar khianat petani' dan 'Noh Omar lesap RM110 juta dan khianati petani' yang disifatkan Noh sebagai fitnah.
Selangorkini adalah akhbar milik penuh kerajaan negeri Selangor.

Sebelum ini, kehilangan wang insentif pertanian terbabit telah dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Di bawah rancangan tersebut, para petani diberikan RM650 bagi setiap tambahan 1 tan hasil padi.

Ng mendakwa para petani telah mengadu kepadanya bahawa mereka tidak memperoleh insentif setelah meningkatkan hasil padi.

Noh bagaimanapun sudah menjelaskan hal itu di Parlimen secara panjang lebar sebelum ini namun menyifatkan pembangkang sengaja memutarbelitkan fakta dan terus memfitnah beliau.

Keputusan Shahrizat utk 'menipu rakyat': PKR beri amaran pada Najib jangan alih perhatian

Posted: 14 Mar 2012 01:27 AM PDT

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


DIKEMASKINI Seperti yang dijangka, Menteri Umno Shahrizat Jalil tunduk kepada tekanan untuk berundur, walaupun mendakwa akan meletak jawatan, dia telah memberi gambaran palsu seperti yang dinyatakan pengkritik, mencerminkan dirinya yang tidak ikhlas dan toleransi Umno terhadapnya, ataupun sokongan, bagi perbuatan rasuah di kalangan elit pemerintah.

Pada 8 April, apabila penggal saya sebagai senator berakhir, saya akan meletak jawatan sebagai menteri," kata Sharizat kepada pemberita pada hari Ahad.

Bagaimanapun, bagi naib presiden PKR N. Surendran, kenyataan itu adalah "Cubaan terang-terangan untuk menipu orang ramai supaya berfikir bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN telah mengambil tindakan ke atas skandal NFC dan Shahrizat akan bertanggungjawab ke atas perbuatannya".

"Oleh kerana Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, menteri mesti dilantik dari ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Kerana tempoh Shahrizat sebagai senator berakhir pada 8 April, jawatan menterinya juga wajib berakhir mengikut Perkara 43. Oleh itu, bagaimana Shahrizat boleh berkata yang dia akan meletak jawatan pada 8 April? Malah, dia dengan tidak malunya berpaut pada jawatan menteri sehingga ke saat akhir, "kata Surendran dalam satu kenyataan.

Helah untuk menipu rakyat yang Najib akhirnya mengambil tindakan

Malah, sejak hari Sabtu, media UMNO cuba untuk menyelamatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak daripada dikaitkan dengan skandal RM250 juta NFC, dengan menenangkan orang ramai yang marah pada ahli parti mereka bahawa Shahrizat akhirnya akan meletakkan jawatan.

Mengikut akhbar harian NST, Sharizat dijangka mengumumkan perletakkan jawatannya dalam beberapa hari yang akan datang dan akan berbuat demikian dalam siding akhbar yang dijangka akan diadakan petang ini.

"Shahrizat memberitahu kami bahawa dia mahu untuk melepaskan kedua-dua jawatannya. Dia tidak setuju dengan cadangan bahawa dia hanya meletakkan jawatan sebagai menteri tetapi kekal sebagai Ketua Wanita Umno sehingga pemilihan parti akan datang. Dia merasa tiada keperluan untuknya berbuat begitu. Oleh itu, dia telah membuat keputusan untuk melepaskan kedua-dua jawatan, "NST memetik kenyataan seorang ketua Wanita Umno negeri.

Tetapi pada akhirnya, Shahrizat telah dibenarkan berpaut pada jawatan Wanita. "Selepas banyak berfikir, saya telah memutuskan untuk meneruskan tugas yang diamanahkan kepada saya," katanya.

Perubahan fikiran di saat akhir telah menyakitkan hati ramai rakyat Malaysia. "Ini membuktikan bahawa UMNO tidak mempunyai keupayaan, kecenderungan atau bertanggungjawab terhadap pemimpin yang bersalah. Adakah kerana begitu ramai pemimpin Umno sendiri yang penuh noda?" kata Surendran.

Mengalih perhatian daripada hubungan Najib-Kazakhstan

Pemimpin PKR, yang mengetuai pendedahan perjanjian mencurigakan NFC, adalah antara mereka yang merasa ada sesuatu yang tidak kena apabila media Umno mencanangkan laporan mengenai niat Shahrizat untuk berhenti. Mereka berkata perletakan jawatannya sudah lama tertunda, dengan penemuan terbaru ini ia menjadikan kedudukan politiknya tidak mampu lagi dipertahankan.

Selain itu, mereka memberi amaran, Najib dan Umno tidak boleh mengharapkan rakyat Malaysia untuk berpuas hati atau PKR untuk berhenti menyelidiki episod rasuah termasuk hubungan perniagaan NFC ke Kazakhstan, dimana ini telah mengaitkan pula Najib kepada kes ini, menjadikannya ia sukar untuk diselindungi lagi.

"Jika dia tidak meletakkan jawatan seperti mana laporan itu, saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shahrizat kerana melakukan perkara yang betul. Harapan daripada rakyat adalah pemegang jawatan awam tertinggi mestilah lebih telus dalam urusan sedemikian. Ia menjadi tanggungjawab PKR untuk melihat kes ini selesai walaupun banyak tekanan diberi pada kita untuk berhenti," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli kepada Malaysia Chronicle.

Rakan sekerja Rafizi menyuarakan kesungguhan bahawa Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berhenti mendedahkan mahupun mendesak mereka membuat siasatan menyeluruh, walaupun ia melibatkan Najib sendiri.

"Seluruh negara telah menyeru agar dia meletak jawatan selama beberapa bulan tetapi dia telah ingkar dan memberi semua jenis alasan sehinggalah timbul cerita Kazakhstan. Kemudian, dengan tiba-tiba, dia merasa bertanggungjawab untuk mengundur diri bukan sahaja untuk jawatan Kabinet tetapi juga jawatan Wanita Umno," naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

"Ini jelas cara Najib mengalihkan perhatian dari dirinya sendiri kerana dia sekarang juga di bawah penelitian untuk salah lakunya sendiri berikutan urusan NFC di Kazakhstan. Peletakan jawatan Shahrizat itu hanyalah salah satu tekanan dari Pakatan Rakyat yang telah berjaya diselesaikan, tetapi masih jauh lagi perjalanan rakyat jika ingin wang itu kembali kepada mereka. Yang pasti, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis akan mengelak daripada memberi bantuan."

Tiga berita mengejutkan

Malah, tiga berita yang mengejutkan telah didedahkan minggu lalu. Satu daripadanya adalah NFC telah membeli sebuah pangsapuri mewah bernilai RM1.7 juta di Kazakhstan untuk digunakan sebagai pejabat dan urusan perniagaan di sana. Namun, menandatangani memorandum persefahaman untuk mengimport daging lembu atau ternakan adalah di luar bidang kuasa yang diberikan kepada pengurusan NFC, projek pembiakan lembu negara yang bertujuan untuk membekalkan sehingga 40% daripada keperluan daging Malaysia.

Projek ini telah dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat, yang telah dituduh menggunakan pinjaman kerajaan bernilai RM250million untuk membeli kondominium mewah termasuk di Singapura dan barang-barang peribadi yang lain termasuk membiayai percutian mewah ke luar negara.

Hubungan dengan Kazakhstan ini serta-merta menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia kerana anak perempuan Najib telah membuat hubungan dengan keluarga yang mempunyai kuasa politik di sana pada tahun lepas. Malah, pihak Najib sendiri dituduh korupsi kerana membawa sebilangan besar tetamu menggunakan wang rakyat untuk menghadiri parti pertunangan yang merupakan majlis peribadi mereka di sana.

Lagi dakwaan yang dibuat oleh Rafizi adalah Najib sekali lagi telah meluluskan pembayaran bil melebihi RM400, 000 untuk membiayai parti pertunangan anak perempuannya di Kuala Lumpur. Walaupun Pejabat Perdana Menteri menegaskan bahawa Najib telah membayar bil itu sendiri, PM telah gagal menjawab 8 tuduhan Rafizi untuk membersihkan namanya dari penyalahgunaaan kuasa.

"PKR akan terus menyeru untuk mereka menunjukkan sikap bertanggungjawab. Sekarang sudah jelas bahawa Shahrizat akan melakukan perkara yang betul, Najib seharusnya lebih bermoral untuk memastikan tiada apa lagi yang akan diselindungkan dan melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan setiap sen bagi RM250million itu kembali. Dia juga perlu memastikan bahawa mereka yang bertanggungjawab akan dipertanggungjawabkan," kata Rafizi.

'Pengubahan wang haram' ke Singapura

Laporan ketiga yang mengejutkan datang dari MP PJ Utara, Tony Pua dari DAP, yang menuduh anak Shahrizat - Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh – melakukan pengubahan "wang haram" NFC di Singapura. Jika benar, modus operandinya adalah sebuah kisah klasik bagaimana pemimpin BN telah membawa wang keluar dari negara ini untuk dimasukkan ke dalam akaun di luar negara.

Integriti Kewangan Global telah melaporkan bahawa satu trilion ringgit dibawa keluar dari Malaysia dalam bentuk aliran tunai yang keluar secara haram sejak tahun 2000, dan walaupun pakar menjejaki ketelusan berprestij yang berpusat di New York menawarkan untuk membantu menjejaki wang ini, pentadbiran Najib telah menolak tawaran itu.

Menurut Tony, Izran, yang juga merupakan pengarah di NFC telah menjual sebuah syarikat makanan dan minuman, didakwa ditubuhkan di republic itu menggunakan dana yang diberi kepada firma itu untuk tujuan penternakan lembu. Tindakan Izran adalah sama seperti pengubahan wang haram, kata Tony, menggesa pihak polis untuk membekukan aset luar negara NFC sementara siasatan dijalankan bagi memastikan dana awam dapat dikembalikan.

"Ini membuktikan bahawa pengarah NFCorp sama ada melupuskan atau menyembunyikan aset di Singapura. Kami menyeru pihak polis untuk bukan sahaja untuk menyiasat pelupusan aset di Singapura tetapi juga mencari berapa banyak dana pinjaman NFCorp yang telah dipindahkan ke Straits Beverages sebelum ia 'dijual' kepada pihak lain untuk sejumlah wang yang tidak diketahui, "Tony memberitahu satu sidang media pada Jumaat.Malaysia Chronicle

Kemelut SBPA cacatkan transformasi Najib

Posted: 14 Mar 2012 01:13 AM PDT

Viktor Wong, Malaysia Chronicle


Presiden Umno dan perdana menteri Najib Razak baru-baru ini telah melakukan satu lagi kesilapan yang jelas menunjukkan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian yang teguh.

Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diilhamkan oleh Najib sebelum ini telah dimansuhkan terus oleh beliau sendiri dan kini semuanya berbalik kepada skim lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM). Beginilah usaha pembaharuan yang asyik diketengahkan oleh beliau selama ini.

Skim SBPA yang telah dimansuhkan itu pada mulanya diperkenalkan bagi membolehkan kakitangan awam menikmati kenaikan gaji yang lebih menyeluruh dan pada masa yang sama memastikan tahap keberkesanan mutu perkhidmatan setiap di antara mereka. Objektif SBPA ini adalah bertujuan untuk merombak keseluruhan sektor perkhidmatan awam agar badan tersebut dapat menjadi efisien, produktif, berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat jelata. Di samping itu, skim tersebut juga adalah merupakan salah satu daripada rancangan transformasi yang dipelopori oleh Najib bertujuan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menjana pendapatan yang lebih tinggi dan lumayan untuk kakitangan awamnya.

Matlamat dan isi kandungan SBPA

Apakah matlamat sebenarnya SBPA ini? Ianya adalah merupakan satu skim baru yang menitik beratkan penilaian terhadap prestasi kakitangan awam di mana ianya merangkumi pemerhatian terhadap mutu kerja setiap kakitangan awam dan pada masa yang sama mengenalpasti mereka yang tidak dapat menunjukkan prestasi atau bersaing agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil demi memelihara imej sektor awam.

Selain daripada itu, SBPA ini juga bertujuan untuk memastikan agar tenaga kerja di dalam sektor awam ini tidak terbazir dengan begitu sahaja di mana semua kakitangan awam akan dipastikan mempunyai peranan untuk dimainkan di jabatan atau agensi masing-masing. Tambah pula, jumpah kakitangan awam kini telahpun melonjak secara mendadak kepada 1.4 juta orang dan pemerhatian wajar diberikan terhadap kenaikan jumlah kakitangan yang begitu tinggi sekali.

Namun demikian, ramai kakitangan awam mula merasa bimbang dan terancam dengan SBPA ini kerana syarat-syarat yang dianggap boleh menyebabkan kebanyakan daripada mereka kehilangan kerja dan pencen apabila skim tersebut dilaksanakan kelak. Nampaknya hampir kesemua kakitangan awam telah banyak dimanjakan selama ini dan kini merasai yang SBPA ini bakal menggugat kedudukan mereka tidak lama lagi.

Yang lebih membimbangkan para kakitangan awam ini adalah, di bawah SBPA, kalangan mereka dari gred yang lebih rendah Gred 54 dan ke bawah) akan mempunyai perbezaan yang sungguh ketara di antara kadar baru gaji mereka dengan 2600 lagi orang pegawai kanan yang mempunyai gred yang lebih tinggi. Suatu perbezaan kadar yang telah mencapai hampir 1000% dan kebimbangan ini bolehlah dianggap agak munasabah jika dilihat dari sudut kebajikan para pekerja.

Difahamkan kakitangan awam gred 54 dan ke bawah ini akan hanya menikmati kadar kenaikan di antara 7% hinggalah 13% sahaja, sementara mereka yang berada di skala C dan ke atas akan menikmati kenaikan sehingga RM5,000. Ini bermakna kakitangan awam gred rendah akan hanya menerima kenaikan gaji serendah RM1.70 sementara Ketua Setiausaha Negara akan menerima kenaikan gaji sehingga ke RM60,000 sebulan dan para pegawai staf kanan pula akan memperolehi kadar gaji yang baru sehingga RM36,000 sebulan.

Tentangan terhadap SBPA

Umumnya, krisis SBPA ini bermula dari sini. Apa yang sepatutnya dianggap sebagai hadiah buat semua kakitangan awam kini telah bertukar menjadi satu bebanan kepada kerajaan pula.

Perlaksanaan SBPA ini asalnya dijadualkan pada 1 Januari 2012 tetapi ianya terpaksa ditangguhkan dan sebuah jawatankuasa khas dibentuk bagi mengkaji semula dan menyelesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan skim tersebut. Wakil-wakil daripada Kongress Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) turut dijemput untuk menyertai jawatankuasa khas itu bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merangka semula SBPA tersebut.

Najib telah memberikan jawatankuasa khas tersebut tempoh selama tiga bulan untuk membaik pulih dan merangka semula SBPA agar ia dapat diterima oleh semua kakitangan awam. Akan tetapi, menjelang penghujung bulan Januari, presiden Cuepacs Omar Osman memberi kata dua kepada kerajaan agar beberapa lagi pemimpin utama Cuepacs perlu dilantik bagi menganggotai jawatankuasa khas tersebut bagi membantu merangka semula skim tersebut. Pada 5 Februari, kerajaan bersetuju menerima tuntutan Cuepacs itu.

Akan tetapi, pada 8 Mac yang lalu, sebelum tamatnya tempoh tiga bulan, Najib dengan segera mengumumkan bahawa SBPA telah dimansuhkan serta merta. Secara mengejut Najib menyebut, "keputusan pemansuhan SBPA ini dibuat berdasarkan kepentingan perkhidmatan awam pada keseluruhannya". Hanya untuk kepentingan perkhidmatan awam sahaja kononnya! Bagaimana pula dengan kepentingan rakyat dan negara ini?

Apakah yang telah berlaku pada program transformasi Najib ini yang menjanjikan satu perkhidmatan awam yang lebih efisien, produktif, berdaya saing dan mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat? Bagaimana pula dengan rancangan seterusnya bagi membolehkan sektor perkhidmatan awam ini menjana pendapatan yang lebih tinggi dan lumayan untuk para kakitangan awamnya, sebagai satu langkah untuk mencegah, membendung dan membanteras rasuah, salahguna kuasa dan pecah amanah? Transformasi ini sedang menuju kehancuran rupa-rupanya.

Politik jijik BN

Hakikatnya, pengumuman Najib untuk memansuhkan SBPA ini adalah satu tindakan politik yang jijik semata-mata. Dengan terangnya iai telah menunjukkan bahawa pilihanraya umum ke-13 akan diadakan pada masa yang terdekat, kerajaan BN pimpinan Najib ingin memastikan agar agar longgokan kakitangan awam ini akan sentiasa menyokong BN kerana sektor awam kini menyumbangkan kadar undian yang paling besar jumlahnya kepada BN pada setiap pilihanraya umum. Oleh itu, Najib perlu memastikan kakitangan awam tidak marah dan akan menikmati kadar kenaikan gaji yang munasabah sebelum beliau membubarkan parlimen tidak lama lagi.

Sementara itu, timbalan presiden Umno yang juga timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin yang bertegas menafikan ramalan mengenai pemansuhan SBPA itu mempnyai kaitan dengan pilihanraya umum yang akan datang. Adakah Muhyiddin akan juga menafikan bahawa pemansuhan SBPA ini adalah disebabkan oleh kegagalan perlaksanaan dasar kerajaan BN yang menyeluruh. Adakah kita dapat mendengar kenyataan Muhyiddin yang sebaliknya?

Bagaimana ianya bukan disebabkan oleh kegagalan perlaksanaan dasar sedangkan tempoh tiga bulan yang diberikan oleh Najib untuk mengkaji semula SBPA itu ditarik balik secara tiba-tiba? Dalam erti kata yang kedua, SBPA ini langsung tidak diberikan peluang untuk bercambah.

Muhyiddin seterusnya mengakui bahawa SBPA itu sememangnya mempnyai lebih banyak kelemahan berbanding dengan kelebihan juga kita lihat dari sudut kebajikan para kakitangan awam. Adakah Muhyiddin akan mengakui sememangnya ada kecacatan dalam SBPA sejak dari mula lagi dan masalah tersebut sengaja diabaikan dengan begitu sahaja.

Dan menurut timbalan menteri pengajian tinggi, Saifuddin Abdullah, pemansuhan SBPA itu menunjukkan kerajaan BN prihatin akan masalah dan kehendak rakyat. Saifuddin berlawak jenaka rupa-rupanya! Adakah langkah-langkah ini merupakan keprihatinan kerajaan BN terhadap masalah rakyat ataupun hanya untuk memelihara jumlah undi untuk BN semata-mata?

Apakah sebenarnya manfaat yang rakyat jelata bakal perolehi dengan mansuhnya SBPA ini? Jawapan jelas adalah langsung tidak ada kerana kedua-dua perkara ini tidak bersangkut paut.

Yang rakyat akan terus "menikmati" adalah kelembapan kakitangan awam di dalam perkhidmatan mereka kepada rakyat dan negara, ketiadaan produktiviti, tidak ada daya saing yang baik serta mutu kerja yang tidak memuaskan. Dan belanjawan kerajaan BN akan terus menghadapi defisit kerana terpaksa menggaji lambakan kakitangan awam yang berjumlah 1.4 juta orang di mana lebih separuh daripadanya adalah tidak produktif langsung.

Daim diheret bagi menyelamatkan Umno yang semakin jatuh

Posted: 14 Mar 2012 01:11 AM PDT

Moaz Nair, Malaysia Chronicle


UMNO sangat terdesak sekarang apabila mereka melihat sokongan untuk pembangkang yang semakin meningkat. Dasar-dasar flip-flop Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah salah satu sebab bagi ini. Kesenyapan Najib yang penuh elegan pada banyak isu di sekeliling beliau dan pasukan pemimpinnya membuatkan Pembangkang mendapat sokongan di kedua-dua pengundi bandar dan luar bandar. Bantuan kebajikan RM500 kepada golongan miskin tidak membantu UMNO sama ada kerana jumlah tersebut dianggap terlalu kecil berbanding dengan semua perbelanjaan mewah pemimpin UMNO, pasangan dan keluarga mereka. Apa sahaja penakrifan popular yang diberikan kepada Najib atau Anwar Ibrahim pada masa ini bukan merupakan petunjuk yang benar tentang keadaan politik di negara ini, kerana indikator ini adalah berdasarkan sampel mikro yang tidak cukup empirikal. Pilihan raya umum melibatkan berjuta-juta pengundi daripada beberapa ratus orang yang merupakan responden soal selidik.

Kajian sebenarnya telah menunjukkan bahawa 60 peratus pengundi masih atas pagar atau berahsia sama ada untuk mengundi BN atau Pakatan Rakyat. Buat masa ini, BN dan Pakatan Rakyat hanya boleh pasti tentang kira-kira 20 peratus sokongan daripada pengundi setiap satu, kecuali Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Perak di mana trend di antara memihak kepada Pakatan Rakyat lebih banyak daripada BN. Dengan menangani baki 60 peratus pengundi baru sebenarnya akan menentukan keputusan sebenar pilihan raya umum akan datang (PU). Menurut beberapa pemerhati politik, pilihan raya umum ke-13 sepatutnya diadakan pada bulan Disember 2011 atau Januari 2012. Dan sekarang Najib masih mencari-cari untuk masa yang tepat kerana beliau masih belum mendapat keyakinan yang mencukupi bahawa Barisan Nasional akan memenangi PU-13.

Optimis bagi sistem dua-parti

Dalam keadaan terdesak UMNO harus mengheret Daim Zainuddin, dua kali bekas menteri kewangan, untuk ditemubual oleh media arus perdana. Walau bagaimanapun, hasil temu bual itu dimaniskan oleh pihak media bagi memberi suasana yang baik untuk negara ini di bawah kepimpinan UMNO sekarang. Kebenarannya, wacana ini sebenarnya telah memakan diri UMNO. Daim dalam temu bual itu, pada hakikatnya, dengan cara yang halus menyuarakan keyakinan untuk sistem dua parti bagi negara ini dan telahmengakui kekuatan Pembangkang dan beliau jelas menunjukkan kelemahan terdedah UMNO dan kekuatan Pembangkang.

Apabila Daim menyatakan ramalan beliau mengenai hasil PU 2008, penyokong kuat UMNO mentertawakannya dan memanggilnya satu kuasa yang telah tamat dalam politik. Dan kini, sekali lagi Daim tidak secara terang-terangan meramalkan bahawa BN akan menang PU yang akan datang. Perhatian yang lebih mendalam tentang pandangan beliau dalam temu bual ada menyokong fakta bahawa pasukan yang terbaik sahaja akan menang kali ini di peringkat persekutuan - ia mungkin BN atau Pakatan Rakyat. Dalam erti kata lain, Daim secara tidak langsung telah mengakui kehadiran satu sistem dua parti yang berdaya maju di negara ini yang merupakan petanda baik bagi rakyat. Daim juga menekankan tentang keperluan politik yang berbeza bagi generasi muda. Generasi muda, untuk perkara itu, mengharapkan perubahan kerajaan pada masa ini. Mereka mahu melihat negara ini menuju ke arah yang betul di bawah kepimpinan seseorang yang mereka lebih percaya. Sememangnya, terdapat tanda-tanda positif bahawa pengundi generasi sekarang tidak lagi mahu melihat sebuah kerajaan yang korup dan perkauman yang dibahagikan.

Orang awam seolah-olah lebih mengetahui mengenai kelemahan UMNO daripada Daim. Atau, mungkin Daim mungkin telah memilih untuk mengabaikan hakikat ini di dalam wacana itu. Sebagai orang UMNO, analisis terkini Daim tentang keadaan di negara ini tidak ketara memberi tumpuan lebih kepada kelemahan Najib sebagai perdana menteri, yang kekurangan ketelusan dalam pengurusan kewangan kerajaan, rasuah besar-besaran dan penyalahgunaan kuasa yang telah teruk mencemarkan UMNO sejak 1981, RM570juta sogokan haram dari senjata gergasi DCN Perancis kerana bersetuju membeli 2 kapal selam Scorpene dan kemudian diikuti dengan pembunuhan ngeri wanita Mongolia, Altantuya, dan pergaduhan RM250juta NFC yang di luar kawalan dengan penyalahgunaan pinjaman lembut, di antara lain . Ini merupakan sebahagian kecil. Senarai salah laku UMNO terlalu banyak. Media arus perdana menyembunyikan semua ini dari rakyat.

Lebih sebab untuk sistem dua-parti

Apabila media arus perdana menyembunyikan isu-isu ini daripada rakyat, media alternatif menolong rakyat dengan mendedahkan dan memberitahu kebenaran yang sedang berlaku dalam kerajaan pimpinan UMNO. UMNO, tidak seperti sedekad yang lalu, tidak boleh terus menyembunyikan kelemahan mereka dari rakyat. Jelas sekali, Daim, di sebahagian temu bual itu, telah bermain selamat kerana beliau masih merupakan ahli perniagaan yang bersekutu dengan UMNO. Rakyat boleh menganggap bahawa Daim sedar tentang rasuah dan penyalahgunaan hak dan keistimewaan telah menjadi amat penting di negara ini kerana monopoli kuasa, keangkuhan dan kekurangan ketelusan dalam sistem yang ada sekarang dalam tadbir urus UMNO. Dan ini adalah lebih sebab mengapa rakyat menyokong kuat sistem dua parti untuk negara ini bagi melakukan 'check and balance'.

Daim di pihaknya perlu kurang bimbang tentang negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kerana negeri-negeri ini berfungsi agak baik dengan pemimpin-pemimpin yang lebih baik dan lebih ikhlas di pucuk pimpinannya, berbanding pemimpin UMNO yang sedia ada. Beliau mestilah sedar bahawa rasuah adalah kurang di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh pemimpin yang berwibawa dan bertaqwa. Rasuah, tidak dapat dinafikan, bukanlah tradisi di negeri-negeri tersebut. Ini telah mengagumkan pengundi generasi masa kini yang berpendidikan. Daim dalam wacananya telah memuji menteri besar Selangor kini dengan membayangkan bahawa UMNO memerlukan pemimpin yang lebih berkemampuan jika mereka mahu merampas Selangor dari Khalid. Beliau mengatakan bahawa Khalid seorang pemimpin yang bersih. Di Pulau Pinang dan Kelantan, beliau meramalkan bahawa kerajaan akan kekal di bawah Pakatan Rakyat. Keadaan akan menjadi sukar bagi BN di Kedah dan Perak. Dan rakyat juga dapat merasakan bahawa perjuangan akan sama sukar di Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Dengan tadbir urus lapuk dan amalan buruk yang mencemarkan imej UMNO, Najib harus membawa masuk Daim untuk menyelamatkan imej UMNO yang melendut. Tetapi langkah ini sebenarnya telah membawa lwbih banyak keburukan daripada kebaikan kepada UMNO. Ia telah dilaporkan dalam temubual apabila Daim mengulas mengenai perpecahan kaum, rasuah, skandal kewangan yang boleh menghakis keutuhan kerajaan dan beliau mahu rakyat bersatu menentang perengsa ini yang mempengaruhi negara. Ini adalah satu cadangan yang memang mulia. Inilah yang sedang dilakukan oleh pemimpin muda dalam pembangkang - dengan mendedahkan salah laku Najib dan UMNO. Ini adalah pihak pembangkang sekarang yang satu hari bakal memimpin negara terhadap UMNO dalam sistem dua parti. Pembangkang sekarang bermain permainan yang bijak dengan mendedahkan semua penyelewengan dalam kerajaan sekarang dan ini adalah trend yang baik bagi negara dan rakyat.

Rasuah sudah menjadi sebahagaian penting bagi UMNO

Kuasa mutlak akan merosakkan dan pemimpin yang meneraju terlalu lama akan berakhir menjadi "kebal". Dengan kuasa mutlak ini kecenderungan untuk badan kehakiman, badan anti-rasuah, polis dan perkhidmatan awam yang akan dieksploitasi untuk memihak kepada kerajaan yang sedia ada walaupun kerajaan rosak terasnya atau terlibat dalam jenayah dan skandal kewangan. Daim, bagaimanapun, gagal untuk memahami bahawa pihak pembangkang tidak menentang polis, anti-rasuah atau badan kehakiman. Mereka hanya menentang sebarang bentuk penderaan dan eksploitasi institusi-institusi tersebut, institusi-institusi ini tidak boleh digunakan sebagai alat untuk membantu kerajaan yang kejam untuk terus berkuasa.

Tetapi Daim tidak sedikitpun menyedari bahawa rasuah telah menjadi sebahagian budaya UMNO sejak tahun 1981 dan ia tidak mudah dipadamkan dari sistem termaktub. Beberapa analisis politik telah menerangkan bahawa UMNO hanya dilihat bersih sepanjang tempoh tiga perdana menteri pertama negara. Mungkin latar belakang perdana menteri itu semua sebagai peguam boleh menjadikan mereka lebih bermoral. Selain itu, kebanyakan pemimpin UMNO pada masa itu merupakan guru-guru yang tidak mempunyai kepentingan perniagaan. Budaya bergiat dalam politik untuk menjadi kaya bermula selepas tempoh masa itu dan Mahathir Muhammad harus dipersalahkan bersama-sama dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri kelima, dan Najib.

Negara adalah bersih dari rasuah sehingga tahun 1981 apabila Mahathir mengambil alih sebagai Perdana Menteri. Mahathir gagal untuk membendung bukan sahaja rasuah dalam kerajaan pimpinan UMNO tetapi beliau didakwa telah menyemai kronisme dan nepotisme dalam gaya pentadbiran beliau. Pemerintahan selama 22 tahun Mahathir sebagai perdana menteri menyaksikan keadaan terburuk dalam rasuah, pengurusan kewangan, kronisme dan nepotisme. Selain itu, sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, badan kehakiman telah tercemar. Salah satu penulis pada masa lalu menyatakan:

"Badan Kehakiman Malaysia bukan yang sepatutnya. Ia dikatakan telah mengeluarkan "keadilan terbaik yang boleh dibeli wang". Di luar pintunya adalah detritus rangka kehakiman, di mana bila masa ia dijadikan awam telah menjadi suatu norma. Tekanan politik dan lain-lain menentukan bagaimana kes berprofil tinggi diputuskan. Keadilan, secara endek, hanya terdapat bagi pihak tertinggi atau penawar yang paling berkuasa. "

Rakyat juga akan mengingati Daim

Amalan-amalan buruk ini dalam tadbir urus telah berlarutan sehingga kerajaan sekarang. Wang dan cita-cita untuk menjadi kaya dengan pantas telah menjadi matlamat utama ahli politik UMNO sejak tahun 1981. Mereka memasuki politik bukan dengan nilai-nilai altruistik untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi lebih kepada berkhidmat untuk diri-sendiri. Jangan sampai kita lupa, rakyat juga akan mengingati Daim dalam banyak cara - baik dan buruk. Sesetengah orang mungkin menerangkan dia sebagai seorang lelaki yang telah memberikan perkhidmatan yang besar kepada negara. Beliau menjadi menteri kewangan negara sebanyak dua kali di bawah kerajaan Mahathir - 1984-1991 dan 1998-2001. Pelantikan kedua beliau sebagai Menteri Kewangan adalah sangat pendek, kerana dia dihentikan oleh Mahathir pada tahun 2001.

Walaupun kebanyakan tempoh perkhidmatannya dipenuhi kontroversi, Daim tetap mendapat reputasi sebagai salah satu arkitek ekonomi negara yang serba mampu, setelah memimpin Malaysia melalui kemelesetan kepada pertumbuhan yang tinggi selam empat tahun berturut-turut. "... Itulah yang saya suka ingat apabila saya memikirkan beliau," tulis Mahathir dalam Memoirnya – A Doctor In The House (ms538). Dalam erti kata lain, Mahathir lebih suka untuk tidak mengingati Daim bagi apa yang beliau tidak suka.

Kebanyakan orang akan menganggap Daim sebagai seorang ahli politik yang enggan kerana beliau adalah seorang ahli perniagaan. Apabila seorang ahli perniagaan masuk ke dalam politik dan apabila politik bukan kecenderungannya sentiasa ada kemungkinan bahawa keputusan politik boleh dipengaruhi oleh kepentingan perniagaan beliau. Malangnya, Daim sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan tidak dilihat sebagai pemimpin yang bersih juga, seperti yang ditulis oleh Mahathir dalam Memoirnya:

"... Tun Daim pada masa lalu tidak lama lagi akan kembali. Beliau telah berulang kali dituduh melapis poketnya dan mengambil sogokan daripada kontrak.Tiada bukti yang jelas telah dihasilkan, tetapi sekali lagi bisikan berkembang menjadi lebih menyakitkan. Orang datang berjumpa dengan saya untuk mengadu tentang dirinya, dan apabila saya menuntut bukti, mereka tidak boleh menghasilkan satu pun. Namun demikian, saya tidak boleh dengan mudah mempertahankannya. Bukti membersihkan namanya tidak lebih mudah didapati daripada pelbagai bukti yang menuduh. Saya tidak boleh menghasilkan sebarang alasan yang kukuh untuk membela dirinya. Saya tidak pernah bercakap kepadanya tentang perkara ini kerana saya tahu apa jawapannya."(ms536)

"Apabila perbualan menjadi terlalu banyak dan saya tidak tahan lagi, saya mengaturkan untuk beliau meletakkan jawatan. Pada akhirnya apa yang membimbangkan saya adalah bukan sahaja khabar angin kronisme tetapi juga cerita-cerita dongeng tentang ketidaksetiaannya."(ms536)

".... Tetapi apabila semuanya menjadi terlalu banyak, saya tidak menuduhnya apa-apa tetapi menghantar berita melalui rakan bersama bahawa saya mahu beliau meletakkan jawatan."(ms537)

Terdapat ramai pemimpin muda yang berpendidikan didalam parti pembangkang

Seolah-olah rasuah dan penyalahgunaan sumber telah difosilkan dan menjadi cara hidup dalam UMNO. Ini adalah sebahagiannya disebabkan oleh pembangkang yang lemah pada masa lalu. Senario sekarang telah benar-benar berubah. Terdapat satu pasukan Pembangkang teliti yang dipenuhi dengan pemimpin-pemimpin muda yang berpendidikan - pemimpin generasi akan datang dalam Pakatan - yang semuanya menentang salah laku di dalam UMNO.

Apabila media arus perdana menepikan Pembangkang, media alternatif memberi inspirasi kepada rakyat untuk menerima sistem dua parti bagi negara untuk memerangi penyalahgunaan kuasa dan endemik rasuah. Kini ia rakyat berharap bahawa kerajaan yang dibentuk selepas Pilihanraya akan datang akan menjadi sebuah kerajaan yang memberi kepentingan kepada tadbir urus yang baik secara sepenuhnya, adalah lebih telus dan benar-benar menentang rasuah dan pembaziran kewangan.

Ia adalah satu rahmat bahawa pengundi muda hari ini adalah lebih berpendidikan, bermaklumat dan celik IT. Daim berkata dalam satu temu bual, "Pada tahun 60-an, ibu bapa mereka mempengaruhi pilihan mereka, tetapi hari ini mereka mempengaruhi ibu bapa mereka melalui pengetahuan isu-isu semasa dan debat yang disokong oleh fakta dan angka yang meyakinkan. Jika BN gagal untuk menghargai kumpulan ini, mereka tidak akan mendapat sebarang undi. "Tetapi UMNO dan BN tidak akan menghargai perkara ini atau mereka tidak akan berubah kerana ia tidak mudah untuk menyahfosilkan apa yang telah menjadi tanda dagangan mereka sejak 1981.

Persepsi umum sekarang ini ialah UMNO akan kehilangan pengundi dari generasi muda disebabkan tadbir urus mereka yang lemah, keangkuhan dan politik perkauman. UMNO telah menggagalkan generasi muda dalam banyak cara apabila ia berkenaan pengurusan kewangan negara apabila kebocoran yang terlalu banyak telah dilaporkan hampir setiap tahun oleh Ketua Audit Negara. Mereka melihat rasuah semakin berleluasa dan tiada sebarang usaha serius telah diambil olehp emimpin-pemimpin mereka untuk membendung perkara ini. Mereka memerhatikan bahawa Najib lebih suka berdiam diri mengenai perkara-perkara yang akan mengheretnya kepada keadaan huru-hara. Jelasnya, Najib terkenal dengan pendekatan selamat mengenai politik.

Kagum dengan betapa ramainya pemimpin muda dalam parti pembangkang

Selain dari cara UMNO menyelesaikan isu-isu negara melalui perkauman tidak lagi diterima oleh generasi muda. Pengundi kini lebih kagum dengan ramai pemimpin muda pembangkang yang meneliti semua amalan buruk kerajaan pimpinan UMNO. Amalan yang baik dalam tadbir urus kerajaan adalah apa yang dicari oleh pengundi muda yang berpendidikan. Ia merupakan sokongan ini daripada pengundi serba-tahu yang akan memberikan Pembangkang kelebihan terhadap BN pimpinan UMNO dalam PU akan datang.

Dan ini telah membuat pembangkang sebuah entiti yang boleh dipercayai. Pemimpin lama dalam pembangkang tidak lama lagi akan pudar untuk memberi laluan kepada pemuda-pemuda dan yang bersemangat untuk mengisi kekosongan. Hari ini, hanya UMNO yang takutkan kemunculan sistem dua parti tetapi UMNO tidak boleh menghentikan trend ini daripada menjadi kenyataan dalam landskap politik Malaysia.Malaysia Chronicle

Shahrizat tu expired, bukan berundur

Posted: 13 Mar 2012 11:23 PM PDT

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Ketika ramai pemimpin Umno masih tergamam dengan tamparan yang diberikan oleh Tan Sri Rafidah Aziz semalam terhadap pengunduran Datuk Seri Shahrizat Jalil daripada kabinet Datuk Seri Najib Razak, hari ini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) meletakkan aksi politik Shahrizat dalam konteks yang lebih tepat.

"Shahrizat ini bukan letak jawatan. April ini, beliau habis tempoh, luput atau kata Inggerisnya expired jadi senator, sebab itu tak boleh jadi menteri," kata Mohamad Sabu ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehari sebelum suaminya yang juga Pengerusi National Feedlot Corporation, Datuk Seri Mohamad Salleh didakwa pecah amanah dalam skandal menyelewengan pinjaman RM250 juta, Shahrizat telah mengumumkan bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas 8 April ini apabila senator beliau habis tempoh.

Namun, beliau terus akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno.

Sejurus selepas pengumuman Shahrizat, ramai pemimpin Umno termasuk Najib dan timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyanjung tinggi 'pengorbanan' Shahrizat, yang disifatkan mereka mempunyai keberanian yang luar biasa dalam mengambil keputusan sedemikian demi parti dan kerajaan.

Namun, aksi politik Shahrizat diselar terus oleh bekas bossnya Rafidah Aziz di Malay Mail yang menegaskan sekeras-kerasnya bahawa pengganti beliau tidak melakukan sebarang pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa.

"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...

"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik.

Sementara itu, Mohamad Sabu berharap dengan Shahrizat tidak lagi menteri lagi di April, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berasa lebih bebas untuk menyiasat skandal NFC lagi.

"Lagi banyak yang perlu disiasat termasuklah mereka yang meluluskan dana kepada projek ini. Harap nanti, Najib tak halanglah sebab Shahrizat dah tiada," kata beliau.

Shahrizat dicabar pulang ke Pulau Pinang

Posted: 13 Mar 2012 11:21 PM PDT

Mohd Sabri Said,


PULAU PINANG: Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil dicabar meletakkan kedua-dua jawatanya serentak bukan hanya dalam kerajaan sahaja sekaligus bertanding di mana-mana parlimen di Pulau Pinang bagi mengukur pengaruhnya masih diterima atau tidak.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak ketika sidang medianya pagi tadi menegaskan, bagi KMPP jika Shahrizat menang sebagai ahli Parlimen bermakna beliau masih kuat.

"Sharizat kena lepas kedua dua jawatan penting itu bagi menampakan slogan melalui teladan," jelasnya pada media.

Sebagai NGO Melayu di Pulau Pinang sambungnya, perasaan malu terus terpalit kerana kenyataan Shahrizat kononnya peletakan jawatannya demi parti dan kerajaan.

Katanya, peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat pada hakikatnya bukan peletakan jawatan sebagai menteri sebaliknya tamat tempoh sebagai Senator pada 8 April depan.

KMPP, tambahnya mendapati cara Shahrizat bertindak umpama melepaskan batuk di tangga dan sekiranya masih berada di kerusi tertinggi Wanita Umno 'gred liabiliti' terhadap Umno akan bertambah.

FGVH: PAS desak referendum peneroka Felda

Posted: 13 Mar 2012 11:11 PM PDT

Nazri dan Hazayani,


KUALA LUMPUR: PAS mencabar kerajaan mengadakan referendum di antara Felda dan peneroka bagi mendapatkan gambaran sebenar sama ada peneroka bersetuju atau tidak dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan belum memberikan jaminan yang meyakinkan bahawa aset peneroka tidak akan terjejas selepas penyenaraian FGVH.

"Jawapan timbalan menteri tadi tidak meyakinkan. Jelas menunjukkan tidak ada satu konsultasi dengan pemegang saham secara formal.

"Timbalan Menteri kata ada majlis penerangan dan pertemuan. Itu bukan satu konsultasi. Sepatutnya konsultasi dengan pemegang saham.

"Kenapa Felda tidak mengadakan satu referendum dengan peneroka sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan penyenaraian," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian sebagai mengulas jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan sewaktu sesi soal jawab lisan dalam Dewan Rakyat.

Ahmad dalam jawapannya menjelaskan, penyenaraian FGVH memberi keuntungan kepada peneroka.

Ianya termasuk kesemua peneroka akan mendapat durian runtuh, dividen, dan boleh membeli saham FGVH selepas penyenaraian.

Malah, kata Ahmad penyenaraian juga tidak akan menyentuh tanah peneroka, dan saham koperasi mereka juga tidak akan diambil.

Salahuddin bagaimanapun memberi contoh nasib yang menimpa peneroka di Felda Labu Johnson dan Cahaya Baru yang dijanjikan durian runtuh tetapi akhirnya aset mereka tergadai.

"Kerajaan masih lagi tidak dapat menyelesaikan masalah di Felda Sendayan, Labu Johnson dan Cahaya Baru dan beberapa Felda di Hulu Selangor.

"Mereka pernah dijanjikan peneroka akan menjadi jutawan. Tapi sampai hari ini majoriti peneroka tersebut tanah mereka telah tergadai dan hasrat menjadi jutawan tidak tercapai," katanya.

Dalam soalan tambahan juga, Salahuddin turut mempertikai tindakan kerajaan melantik pemimpin yang bermasalah iaitu Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

"Felda serius ke. Kalau serius kenapa lantik orang bermasalah menjadi pengerusi Felda," katanya merujuk kepada bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.

Menjawab soalan itu, Ahmad berkata pemilihan Isa adalah berdasarkan pengalamannya pernah menjadi menteri besar selama lebih 20 tahun di Negeri Sembilan yang merupakan negeri ketiga terbesar mempunyai tanah rancangan Felda.

Sementara itu, bercakap pada sidang media sama, seorang lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar mempersoal rasional timbalan pengarah besar Felda ditukar ke perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.

"Kenapa Abidin Abdul Rahman timbalan pengarah besar Felda yang juga setiausaha koperasi Felda dipetisejukkan di perpustakaan Jabatan Perdana Menteri.

"Beliau bertaraf Jusa hanya diberi tanggungjawab untuk membuat cutting paper. Tindakan ini sangat menghina pegawai kerajaan," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Turut bersama pada sidang media ialah ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Bersih : ‘Risiko keselamatan’ sekiranya peti undi tidak dibenar kira awal

Posted: 13 Mar 2012 11:09 PM PDT


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus memberikan jaminan keselamatan terhadap peti undi di hari pengundian sekiranya ingin menghalang pengiraan awal undi, kata Bersih 2.0.

SPR sebelum ini berkata Kecanggihan teknologi Komunikasi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan media baru telah menyebabkan berlakunya kebocoran awal maklumat keputusan pilihan raya menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil keputusan untuk menghentikan sebarang pengiraan undi lebih awal untuk pilihan raya akan datang.

SPR mendapati perkara itu berlaku ketika pilihan raya di Sarawak April lalu, dan menjelaskan tindakan itu akan memberikan kesan terhadap pusat pengundian kecil di Sabah dan Sarawak yang ditutup awal kerana jumlah pengundi yang sedikit.

Timbalan Pengarah SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengingatkan bahawa pemberitahuan awal terhadap keputusan pilihan raya adalah "salah" di sisi undang-undang dan hanya pihaknya dibenarkan untuk mengumumkan keputusan penuh pilihan raya.

"Saya faham tujuan menangguhkan proses pengiraan, tapi saya tidak yakin keselamatan peti undi itu akan terjamin. Apa cadangan mereka sebagai jaminan tersebut?" kata Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) melalui khidmat pesanan ringkas kepad The Malaysian Insider.

"Sekiranya mereka tidak mengira peti undi tersebut, mereka haeru menyimpan peti undi tersebut di tempat yang selamat," tambahnya.

Salah satu kaedah bagi memastikan keselamatan peti undi tersebut adalah membenarkan wakil parti berada sepenuh masa di lokasi pengundian, dan mereka harus kerap diberikan maklumat.

"Kami turut mencadangkan pusat pengundian untuk anggota tentera dan pihak polis diletakkan jauh daripada kem dan kawasan balai polis dan dibuat di lokasi awam. Ini juga memerlukan pengunaan dakwat kekal. SPR harus menangani isu ini," kata bekas Pengerusi Majlis Peguam itu lagi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kota Kinabalu awal hari ini bahawa pengiraan awal kertas undi tidak akan dibenarkan ketika pilihan raya umum depan.

Menurut laporan The Star Online, Abdul Aziz berkata pihaknya telah mengesan terdapatnya individu yang menjadi agen kepada calon membocorkan maklumat awal melalui SMS ataupun Twitter.

Wan Ahmad menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah mengalami "beberapa pengalaman buruk" sewaktu pilihan raya di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, sesetengah kawasan pengundian di Malaysia Timur ditutup awal sekitar 1 petang dan SPR membenarkan pengiraan boleh dimulakan pada jam 2 petang.

"Tetapi, satu atau dua pemimpin parti berhasrat untuk bercakap kepada media ... malah mereka telah mengumumkan kemenangan mereka, termasuk majoriti sekali.

"Matlamat mereka hanyalah untuk mengganggu moral lawan, namun ini juga merupakan gangguan terhadap pengundi yang masih lagi mengundi," katanya.

Sehubungan itu, menurutnya, SPR hanya akan membenarkan pengiraan undi dibuat pada jam 5 petang selepas semua proses pembuangan undi di pusat pengundian tamat.

"Kami tidak mahu kesilapan ini berulang lagi. Kami akan kembali kepada kaedah lama, iaitu pengiraan undi hanya selepas selesai proses pengundian," katanya.

Menurut Wan Ahmad, perubahan itu hanya melibatkan pindaan terhadap undang-undang SPR.

TERAS tuntut kerajaan mansuh terus PPSMI, bukan ubahsuai

Posted: 13 Mar 2012 11:08 PM PDT


KUALA LUMPUR — Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) hari ini sekali lagi menuntut kerajaan memansuhkan dengan serta merta pelaksanaan Pelajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik melalui bahasa Inggeris (PPSMI), dan bukannya melakukan pengubahsuaian terhadap sistem berkenaan.

Presiden TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataannya berkata sekiranya kerajaan boleh melaksanakan PPSMI dalam keadaan tergesa-gesa, mengapa penarikan balik dan pelaksanaan PPSM-Melayu tidak boleh dilakukan dengan kaedah sama.

"Pemerintah kini membayangkan ada ruang untuk meneruskan PPSMI jika ia melakukan ubahsuai . Sehingga ada yang mengambil kesempatan untuk mencelah agar PPSMI dapat dilanjutkan.

"Jika PPSMI dengan mendadak diperkenalkan tanpa banyak kajian dan hujah , kenapa PPSM-Melayu tidak boleh dikembalikan dengan kaedah yang sama?"

Menurut Azmi, beliau bersetuju agar gelombang bantahan diketengahkan kembali dan momentum rakyat dibangkitkan sekali lagi untuk menamatkan sistem PPSMI.

"Gelombang ini tidak boleh dimatikan hanya dengan janji kerajaan yang nampaknya cuba " membeli masa". Inilah sebenarnya strategi pihak yang beria-ia PPSMI dipertahankan.

"Mereka bermakar untuk mendesak kepada kerajaan agar PPSMI diteruskan dengan lobi diperingkat tinggi," katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat bersabar dan pemansuhan PPSMI akan mengambil masa berdasarkan kohot pembelajaran disekolah yang bakal menyaksikan 2012 dijadikan tahun sepatutnya berakhir PPSMI.

"Keputusan ini menyebabkan rakyat tergamam kerana terperangkap dengan dalih pentadbiran dan alasan sistem persekolahan. Akhirnya PPSMI diteruskan sehingga hari ini," tegas Azmi.

Jelas Azmi, apa yang lebih malang adalah sementara menantikan pemansuhan tersebut berlaku, pelajar, ibubapa dan pendidik yang akan menjadi mangsa.

Selain itu, Azmi turut berkata ketika PPSMI diperkenalkan tidak ada pertimbangan jangka panjang diambil kira terhadap masa depan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

"Ribuan yang terpaksa menggagahkan diri untuk melalui PPSMI yang memeritkan seluruh warga pendidikan," tambahnya lagi.

Papan iklan Mydin terbakar, 3,000 pelanggan selamat diri

Posted: 13 Mar 2012 11:06 PM PDT

MALAYSIA KINI
Kebakaran papan iklan di bahagian atas pasar raya besar Mydin USJ Subang Jaya dekat Petaling Jaya malam tadi menyebabkan kira-kira 3,000 pelanggan dan 600 kakitangan bergegas menyelamatkan diri dari premis tiga tingkat itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu juga menyebabkan operasi pasar raya itu ditamatkan empat jam awal untuk memastikan tiada ancaman bahaya kepada orang ramai.

Seorang juruwang pasar raya berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Mazlan berkata semasa kebakaran beliau sedang melayan pelanggan sebelum terdengar orang ramai berteriak dan berlari keluar.

"Saya dengar ramai pelanggan menjerit 'api, api' sebelum mereka semua berlari keluar dan berkumpul di tempat letak kereta," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata kira-kira sejam kemudian, selepas api dipadamkan pihak Bomba dan Penyelamat, semua kakitangan dibenarkan masuk untuk menyelesaikan kerja masing-masing sebelum dibenarkan pulang.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Datuk Ameer Ali Mydin berkata kebakaran itu hanya melibatkan tingkat atas premis berkenaan namun turut menyebabkan kerosakan pada tingkat dua dan tiga.

"Tingkat dua dan tiga merupakan ruang pejabat dan kerugian dianggarkan bernilai RM5 juta termasuk kerosakan perabot dan permaidani yang basah dengan air," katanya ketika dihubungi malam ini.

Jurucakap Balai Bomba Subang Jaya ketika dihubungi pula berkata panggilan mengenai kebakaran itu diterima jam 7.12 malam sebelum ia dikawal pada 7.40 malam.

Dua jentera dan 10 anggota bomba dari Balai Bomba Subang Jaya digegaskan ke tempat kejadian. Bernama

Peguam nafi dakwaan beri kenyataan fitnah kepada wartawan

Posted: 13 Mar 2012 11:03 PM PDT

MALAYSIA KINI

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman yang disaman berjumlah RM10 juta oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, menafikan dakwaan bahawa beliau telah memberi kenyataan berunsur fitnah kepada wartawan pada Ogos tahun lepas.

Kamar Ainiah dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 12 Mac lalu turut mendakwa bahawa kenyataan yang diberi adalah dalam konteks menerangkan kepada wartawan mengenai permohonan yang dibuat berhubung kes qazaf melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang mewakili Anwar dalam kes tersebut (qazaf) turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang penerbitan di portal Malaysiakini dan HarakahDaily.

Kamar Ainiah juga menyatakan bahawa beliau perlu melaporkan kepada media tentang tindakan pihaknya memohon kepada Mahkamah Rayuan Syariah, supaya Zainur Rijal tidak menjadi peguam syarie dalam kes qazaf kerana ia melibatkan beberapa isu kepentingan awam dan etika peguam syarie.

Kes yang didengar di hadapan Hakim Vazeer Alam Mydin hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes pada 28 Mac ini.

Kamar Ainiah diwakili peguam Dorina Abdullah manakala Zainur Rijal diwakili peguam Nizam Bashir.

Pada 15 Februari lalu, Zainur Rijal memfailkan saman fitnah berhubung kenyataan peguam itu di portal Malaysiakini dan HarakahDaily dan menamakan Kamar Ainiah sebagai defendan pertama dan firma guamannya, Tetuan Kamar Ainiah, Razif & Zashidi sebagai defendan kedua.

Zainul Rijal mendakwa Kamar Ainiah telah membuat kenyataan fitnah ketika ditemui wartawan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Ogos tahun lepas untuk memburukkan imejnya sebagai peguam dan ahli perniagaan.

Antara yang dituntut oleh beliau ialah satu perintah supaya penyiaran kata-kata fitnah itu dihentikan serta-merta dan penerbitan permohonan maaf dalam portal Malaysiakini dan Harakahdaily secara berterusan selama seminggu.

Beliau juga menuntut gantirugi am sebanyak RM10 juta, gantirugi khas, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan. Bernama

Kontraktor pertikai tindakan Kementerian Pertahanan

Posted: 13 Mar 2012 11:02 PM PDT

MALAYSIA KINI
Sekumpulan kontraktor Bumiputera kelas A di Perlis mempertikaikan tindakan Kementerian Pertahanan yang mengiklan semula tender bagi cadangan pembangunan semula Kem Regimen Sempadan dan Skuadron Medan Jurutera (Kem Oran) di Kangar meskipun iklan yang sama pernah dikeluarkan pada Mei tahun lalu.

Jurucakap kumpulan itu, Amir Effendy Hashim berkata sebelum ini tender itu hanya terbuka kepada kontraktor Bumiputera kelas A di Perlis dan sebanyak 14 kontraktor telah mengambil bahagian dalam tender yang ditutup pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun menurutnya setelah menunggu begitu lama tanpa sebarang jawapan, mereka telah mengirim surat kepada kementerian itu dan salinannya kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu pada 12 Januari lalu.

Amir Effendy berkata mereka bukan sahaja tidak menerima maklum balas daripada kementerian itu malah amat terkejut apabila mendapati iklan tender yang pernah dikeluarkan pada Mei tahun lalu telah diiklan semula dengan turut menawarkan kontraktor Bumiputera kelas A dari Kedah dan Pulau Pinang menyertainya.

"Kami terkilan dengan tindakan ini seolah-olah kami tidak berupaya melakukan kerja-kerja itu sehingga kementerian mengiklan semula tender yang sama dan membuka ruang kepada kontraktor negeri lain," katanya malam tadi setelah mengadakan pertemuan dengan para kontraktor Kelas A Perlis di Kangar.

Menurutnya iklan tender yang pernah dikeluarkan pada tahun lalu telah diiklankan semula pada 12 Mac lepas dan lawatan tapak pada 15 Mac 2012 (Khamis) manakala tarikh tutup penyerahan dokumen pada 4 April.

"Kami telah berbelanja besar menyediakan dokumen bagi mendapatkan kerja berkenaan termasuk berulang-alik ke kementerian dan penantian kami begitu lama amat menghampakan kerana tender itu diiklankan semula," katanya.

Beliau berharap Kementerian Pertahanan memberi pertimbangan wajar termasuk mengecualikan bayaran dokumen tender sebanyak RM5,500 selain mengekalkan syarat terdahulu iaitu tender berkenaan hanya terbuka kepada kontraktor kelas A Perlis.

"Mengapa kami perlu membayar semula kos RM5,500 sedangkan kami telah membayarnya sebelum ini atas tender yang sama," katanya.

Amir Effendy berkata mereka juga akan membuat lawatan tapak seperti yang dikehendaki meskipun terpaksa bersaing dengan kumpulan kontraktor yang jauh lebih besar dari negeri-negeri lain.

"Kami sentiasa berharap projek-projek di Perlis dianugerahkan kepada kontraktor dari negeri ini kerana kami juga berhadapan dengan pelbagai sekatan apabila cuba mencari peluang di negeri lain," katanya. Bernama

Dewan Rakyat tolak usul tribunal siasat AG

Posted: 13 Mar 2012 11:01 PM PDT

MALAYSIA KINI

Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul tergempar untuk membincangkan cadangan penbuhan satu tribunal untuk menyiasat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Usul yang difailkan oleh R Sivarasa (PKR-Subang) itu ditolak di dalam kamar oleh Yang Dipertua Dewan kerana tidak khusus dan melanggar Peraturan Mesyuarat 23(1)i).

Peruntukan itu menyatakan bahawa soalan ahli parlimen tidak boleh berdasarkan kepada laporan media.

Sivarasa memfailkan usul berkenaan semalam mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2).

Usahawan dakwa Tabung Haji 'aniaya' syarikat orang Islam

Posted: 13 Mar 2012 10:54 PM PDT

Seorang usahawan mempersoalkan tindakan Lembaga Tabung Haji yang didakwa telah menganiaya usahawan bumiputera dengan menganugerahkan satu projek kepada satu syarikat milik bukan Islam.

Pengarah urusan syarikat milik bumiputera itu, Abu Bakar Hasan berkata projek untuk membangunkan sistem giliran beratur untuk urusan kaunter itu pada asalnya telah dianugerahkan kepada salah satu anak syarikat TH, Tetha Edge Berhad.

Namun, Tetha Edge sendiri tidak membangunkan projek itu tetapi telah menganugerahkannya pula satu syarikat bukan Islam, katanya.

Abu Bakar berkata, tindakan berkenaan merupakan perbuatan yang menganaktirikan syarikat milik orang Islam, sedangkan syarikat beliau sendiri, Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd mampu menjalankan projek tersebut.

"Mengapakah syarikat TH yang mengumpul dana dari pendeposit Islam, menganaktirikan syarikat Islam, sedangkan ini adalah keperluan fardhu kifayah?" kata Abu Bakar dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia semalam.

Abu Bakar berkata, syarikatnya Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd juga "teraniaya" dan mengalami kerugian "beratus ribu ringgi" apabila tender itu tidak diperolehinya.

Beliau menjelaskan, Virtual Softnet "secara logiknya" patut menerima kontrak tersebut memandangkan syarikat berkenaan telah ditawarkan oleh TH untuk menjalankan satu projek perintis yang berkaitan dengan projek yang dipertikaikan itu.

Beliau mendakwa pihaknya telah diberikan "harapan yang salah" dan syarikat itu juga telah menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit untuk menumpukan kepada projek perintis itu.

Syarikat itu juga mengalami kerugian beratus-ratus ribu ringgit kerana tidak dapat menumpukan kepada peluang di tempat lain dan hanya menumpukan projek perintis itu sahaja, dakwanya.

"Logiknya (tender) itu diberikan kepada kami... Tender mahukan (syarat) kepada syarikat yang mengeluar sistem bagi melayakkan (untuk peroleh tender).

"Kami rasa teraniaya sebab enam bulan kami disuruh buat segala-galanya terhadap projek itu. Akhirnya ia diberikan kepada orang lain," katanya.

Abu Bakar bakar berkata pihaknya menawarkan harga "paling murah", sebanyak RM2.3 juta dan berada dalam senarai tiga teratas, berbanding Tetha Edge yang menawarkan sebanyak RM2.4 juta apabila tender tersebut dibuka pada Oktober tahun lalu.

Abu Bakar menjawab beliau pernah bertemu dan mengadu kepada Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Ismi Ismail berhubung perkara itu pada pertengahan bulan lalu.

Bagaimanapun, Abu Bakar berkata pegawai berkenaan berkata "tidak boleh nak tolong" syarikat berkenaan.

Sementara, dalam sidang medianya di ibu negara semalam, Abu Bakar berkata pihaknya membuat aduan kepada kepada PPIM berhubung pemberian tender projek sistem itu di 120 buah cawangan Tabung Haji di seluruh negara.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi daripada TH berhubung dakwaan oleh Abu Bakar.

Comments (0)