Followers

Nuffnang

GoMalaysian

0

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:50 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

GoMalaysian


Veteran Umno Masuk DAP?

Posted: 27 Dec 2011 07:25 PM PST

DAP tarik veteran Umno untuk hakis serangan anti Melayu

Oleh Shannon Teoh
December 28, 2011

KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke(gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.
"Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami," kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil "Rakan Pulau Pinang" yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

"Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli," katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insidersebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.

Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.

Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam

Posted: 27 Dec 2011 07:15 AM PST

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ...


Aziz Bari mungkin bertanding di Sabak Bernam

www.merdekareview.com

Profesor Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdul Aziz Bari mungkin bertanding di kawasan parlimen Sabak Bernam pada pilihan raya umum akan datang, seandainya terdapat permintaan dan sokongan agar beliau bertanding di situ.

MerdekaReview dimaklumkan sumber bahawa ada tanda-tanda Aziz Bari bertanding di kawasan parlimen tersebut, melihat kepada kekerapan beliau kembali ke kampungnya di situ kebelakangan ini. Ketika dihubungi MerdekaReview, Aziz Bari enggan mengulas panjang, tetapi berkata, "Kalau ada sokongan, kena fikirkanlah juga, untuk perubahan..."

Dalam PRU 11 pada tahun 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari UMNO dengan perbezaan 5,348 undi. Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi. Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam PRU 12 pada 8 Mac 2008, Abdul Rahman Bakri dari UMNO menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi. Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25% adalah Melayu, 13.61% adalah Cina, 5.12% adalah India dan 0.02% lain-lain.

Menurut seorang sumber maklumat yang enggan mendedahkan identitinya, tinjauan mendapati kawasan Sabak Bernam mungkin ditembusi Pakatan Rakyat pada PRU akan datang. Sumber berkata, PKR sepatutnya telah menembusi kawasan itu dalam PRU 12 yang lalu, namun berlaku "politiking" dalaman sehingga calon PKR tewas tipis dengan perbezaan 1,335 undi. Meskipun mengakui bahawa Badrul Amin (gambar kanan) juga seorang pemimpin yang baik, namun sumber tersebut mendakwa bahawa "politiking" yang berlaku di PKR Cabang Sabak Bernam menyebabkan akar umbi gagal disatu-padukan.

Menurut sumber lagi, seandainya Aziz Bari direstui pimpinan tertinggi PKR untuk bertanding di Sabak Bernam, beliau yakin bahawa kemunculan Aziz Bari mampu "meneutralkan" keadaan yang sedia ada. Sumber yang dekat dengan parti komponen Pakatan Rakyat ini berkata, penampilan Aziz Bari mampu menyuntik keyakinan agar PR menawan kerusi Sabak Bernam.

Badrul Amin juga mantan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), terlibat dalam gerakan Reformasi sejak tahun 1998. Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun, bersama Tian Chua, Hishamuddin Rais, Saari Sungib, Mohd.Ezam Mohd Nor dan lain-lain.

Aziz Bari mencetus kontroversi apabila mendakwa "tindakan Sultan Selangor campurtangan dalam isu pemeriksaan gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan lazim", ketika ditemuramah Malaysiakini. Kenyataan pakar perlembagaan ini dibidas dalam Utusan Malaysia, malah ada yang membuat aduan polis terhadap Abdul Aziz Bari dan Malaysiakini. Ekoran daripada itu, Abdul Aziz Bari dan wartawan Malaysiakini disoal-siasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 17 Oktober 2011.

Jawatan Aziz Bari digantung, dan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada UIAM pada 19 Oktober 2011. Siswa-siswi dan orang awam bangkit mempertahankan Aziz Bari, mengutuk tindakan mencabul kebebasan akademik. Keputusan penggantungan tersebut ditarik balik kemudian lantaran desakan umum, namun Aziz Bari akhirnya memilih untuk meletak jawatan.


Dipetik daripada: http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=12571

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!


Orang Melayu Mudah Niaga Di Selangor

Posted: 27 Dec 2011 02:57 AM PST


Usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN)...

Orang Melayu mudah niaga di Selangor

www.kl-today.com

Kajian seorang pakar ekonomi-politik Universiti Malaya (UM),Profesor Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih mudah untuk menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (Pakatan) berbanding di era Barisan Nasional(BN).Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan di bawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar 'komisen' kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek. Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.

Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN. Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pe-mimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.

[ADS] Terima Email Dan Dapatkan $$$ Setiap Kali Membacanya !!!
[ADS] Malaysia Online Contest, Promotion & Earning Blog!!!

"Akibatnya, golongan usahawan Melayu tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan daripada komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.

"Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan," kata Edmund Gomez.

Beliau berkata demikian di dalam satu sesi forum ekonomi bertajuk, Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar? di Shah Alam, baru-baru ini.

Edmund Gomez menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.

"Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.

"Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai sepuluh perniagaan terbesar di Malaysia," katanya.

Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund Gomez berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.

"Kita tengok, walaupun di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu," jelasnya.

Baca selebihnya di http://www.kl-today.com/2011/12/usahawan-melayu-mudah-niaga-di-selangor/

D'Perbatasan

0

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:49 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

D'Perbatasan


Risalah lucah 'Anwar' disebar di UiTM

Posted: 27 Dec 2011 05:25 AM PST

Aziz Bari mungkin bertanding dalam PRU13

Posted: 27 Dec 2011 05:19 AM PST

Parlimen Bubar 17 Februari 2012?

Posted: 27 Dec 2011 05:16 AM PST

Kuah pun rasa ayam juga, lauk untuk pemimpin kita

Posted: 26 Dec 2011 10:55 PM PST

Fitnah Liwat II: Umno dan Utusan cuba cetuskan Rusuhan?

Posted: 26 Dec 2011 10:38 PM PST

Cénangau

0

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:48 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Cénangau


Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya

Posted: 26 Dec 2011 08:25 PM PST


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (kiri) berkata, beliau tidak akan lagi membuat sebarang ulasan berhubung exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (kanan).

Katanya, beliau akan mengambil pendekatan 'kunci mulut', sesuai dengan janjinya sebelum ini bahawa jika Hasan tidak lagi menyerang PAS, maka dia juga akan berhenti mengulas tentang bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu.

"Seperti saya janji sebelum ini bila dia (Hasan Ali) berhenti serang PAS maka saya akan tutup mulut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan terbaru Hasan pada sidang media di kediamannya semalam.

Pada sidang media tersebut, Hasan menyatakan permohonan maafnya kepada pimpinan dan ahli PAS kerana mengkritik konsep Negara Berkebajikan yang telahpun dipersetujui dalam muktamar parti itu Jun lalu.

Hasan juga sebelum ini menyifatkan PAS tergelincir dari perjuangan Negara Islammya apabila memperkenalkan konseb Negara Berkebajikan.

Menyesali pandangannya itu sebagai 'keterlanjuran kata', Hasan juga semalam bertindak menarik balik kritikan tersebut.

"Bagi saya dia dah mintak maaf sungguh-sungguh tu. Pasal dia serang peribadi saya takpe lah saya dah maafkan dia," tegas Mustafa.

Pendekatan Mustafa itu diyakini mampu menutup episod yang dilihat 'pertembungan dalam parti' yang menjadi topik perbincangan hangat sejak dua minggu lalu. - Hrkh.
Artikel penuh >>

Tukar Tiub

0

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:37 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Tukar Tiub


SILA GUNAKAN LOGO DAN BUTANG INI

Posted: 27 Dec 2011 07:20 PM PST



PENGUMUMAN


sila ambil dan gunakan logo 901 ini
sila ambil dan gunakan butang 901 ini
sial ambil dan gunakan baner 901 ini

anak anak muda diminta kreatif
untuk memastikan 901 hari kejayaan

anak muda lakukan apa yang wajib dilakukan
anak muda gerakan apa yang wajib digerakan

pelajar dan mahasiswa
bersedia sama
sebaris ke jalan raya
ancungkan tangan
genggamkan tekad
901 adalah hari kita

juga diberitahu:

sila tempah tiket kapal terbang
sila tempah tiket keretapi
sila tempah tiket bas
sila bilik tidor di kuala lumpur

901 adalah hari rakyat bangun menolak fitnah
901 adalah hari rakyat bangun menentang konspirasi

























NGO - HARAPAN UNTK BERJALAN

Posted: 27 Dec 2011 07:12 PM PST




SILA HULUR BANTUAN









MAKLUMAT DARI PEMBACA:

Terima kasih TT untuk posting yang ini. Pada para pembaca TT, harap maklum no akaun terkini yang boleh digunakan ialah Raja Rohaisham Raja Muhaidin Maybank:162021363678 Akaun Mohd Affandi setakat ini ada masalah dan tidak boleh digunakan. Sumbangan terkini ialah RM69,526.99 boleh dapatkan maklumat di Facebookhttps://www.facebook.com/hope2walk dan blog http://hope2walk.blogspot.com/ Terima Kasih Admin Hope2walk
By hope2walk on HARAPAN UNTUK BERJALAN on 12/27/11

MAT MONGOL JADI TRANSFORMER

Posted: 27 Dec 2011 12:42 PM PST






KENYATAAN MEDIA
27hb Disember 2011


PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI: KERAJAAN MENGELAK DARI MENJAWAB ISU YANG
DIBANGKITKAN


Saya meneliti jawapan kerajaan Dato' Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011. Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat
terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang
tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab denganberkesan oleh Perdana Menteri sendiri.

Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran
ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun
2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun
2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara
hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh
Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja.

Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan. Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%. Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009. Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa
kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat
terbanyak dipinggirkan. Perdana Menteri Dato' Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020). Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP. Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA





YANG COOL DAN YANG POYO

Posted: 27 Dec 2011 03:49 AM PST











Mamat poyo no 1. - Yang pakai spek itam baju belang kah..kah..kah Hidup eeeeeeeeeeeeee!!
By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL at 5:56 PM

Anak Mahasiswa paling Cool 2011 1.Adam Adli (LMP) 2.Haziq (KAMI) 3.Shukri Abd Razak (SMM) 4.Khalid Ismath (KAMI) 5.Syukri (GAMIS) 6.Fauziah Mohd Ramly (Siwazah wanita)

Anak Mahasiswa paling poyo 2011 1.Geng Pro-Aspirasi 2.Geng GPMS 3.Geng Budak Itam Uitm 4.mamat kaki bodek muka sembab

Anak Muda Paling cool 2011 1.Chegu Bard 2.Yaser Al-Masri 3.Geng SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) 4.Lee SlimShady 5.Geng #Occupydataran 6.Geng Panglima Myspace 7.Geng Panglima Facebook Budak Muda




paling poyo 2011 1.Armand Azha 2.Panglima Meludah. 3.Panglima makan sireh. 4.Menantu Ayah. 5.Puteri Badak. 6.Shamsul Iskandar 7.Jonah 8.Rozan Mat Rasip (mamat gel penuh sebakul) 9.Fareez Kamal Intidzam(Skema & Poyo) 10.geng jingga 13 11.Budak Skema dalam AMK

Aktiviti Paling Cool 2011. 1.Turun Demo Bersih 2.Turun demo bebas akademik 3.pergi Forum anak muda. 4.pergi forum mat sabu. 5.Lepak #Occupy Dataran 6.Lepak kat Kelab 50-B 7.Pakai baju kaler kuning tiap sabtu kat KLCC. 8.main gitar nyanyi lagu John Lennon dan marjinal 9.menibai gerombolan dalam twitter 10.Lepak Minum dengan Adam Adli 11.Cakap bahasa melayu pasar 12.hisap shisha

Aktiviti paling poyo 2011 1.Lepak Mcdogal 2.lepak papa rich 3.pergi karnival pemuda BN 4.pergi perhimpunan agung gerombolan. 5.halau geng #occupy dataran. 6.Cakap bahasa Rojak

Pemimpin paling Cool 2011 1.Chegu Bard 2.Saifudin Abdullah 3.Mat Sabu 4.Mahfuz Omar 5.Muhyiddin Yassin

Pemimpin paling Poyo 2011. 1.Armand Azha 2.Menantu Ayah 3.Anwar Ibrahim 4.Najib. 5.Puteri Badak. 6.Mami Sharizat. 7.Khaled Nordin 8.Sahol Uitm. 7.Yaakob Sapari. 8.Timb. Ketua Wanita Keadilan Shah Alam.

Professor paling cool 2011 1.Dr.Aziz Bari 2.Dr.Asri Zainul 3.Dr. Abu Hasan Hasbullah 4.Dr.Agus Yussof Professor Paling Poyo 2011 1.Shamrahayu (UIA) 2.Khoo Khay Kim 3.Zainal Keling 4.Geng Majlis Professor Kangkung
By Apoi on APA YANG COOL DAN APA YANG POYO at 5:40 PM


Jangan lupa SOngdang ....walaupun bakar diri...dia tetap COOL http://www.malaysiakini.com/columns/184124
By Addy on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL at 5:38 PM

seleberiti cool - pak jabit,patrick teoh,sabri yunus, allahyarham yasmin ahmad,mamat kalid,wardina,ramli sarip

seleberiti poyo - yg suka labun bab kawin pastu cerai berai,yg isap dadah,yg bniaga tp tipu pminat,yg hobinya bertogel,team maha raja lawak,yg buat konsert amal tp kena byar tiket,yang join pekida,yang buat album hadiah utk pminat tp kena beli,yg buat citer seram tapi org sedih,yg buat citer sedih tp org seram.

paling poyo....pak rais yatim...kakakaka
By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL at 4:55 PM

Minta satu lagi kategori "Paling Rock!". Pencalonan pertama Aziz Bari!
By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11


Geng2 Panglima Ludah Muka Buku la paling cool!!! Hahahahaha http://batutepijalan.blogspot.com/2011/12/mahasiswa-pro-aspirasi-tidak-sokong.html
By Batu Tepi Jalan on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11

Politikus paling cool : Mat Sabu & Chegu Bard, Warna paling cool : Kuning, Seluar paling cool : Levi's 501,

Mahasiswa paling cool : Adam Adli, Ustaz paling cool : Ustaz Azhar Idrus, Baju paling cool : Bersih 2.0 & Generation 709, Band paling cool : Carburetor Dung, Kasut paling cool : Boot Dr Martens, Tarikh paling cool : 9 Julai, Sasterawan paling cool : A Samad Said, Novel paling cool sepanjang zaman : Shit (karya Shahnon Ahmad), Rokok paling cool : Surya & Marboro,

Politikus paling poyo : Najib & Shahrizat Jalil, Baju paling poyo : Patriot & Baju batik lengan panjang, Apa Macam?
By suara rakyat on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11

woit di twitter pun ada personaliti cool di kalangan anak muda yg sgt berpengaruh. harap tt tak abaikan nama2 seperti @jeffrims @najwanhalimi @bumilangit @eekmalahmad @rozaimin @mamunakhabaq @afifbahardin @ahmadihsan @beeha3 @emmiza @ikhwanhafiz @eddieputra mereka banyak mencorak trend politik cool kpd anak muda di twitter!
By mat tweet on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11

Bob Lokman dan Sham Kamikaze Cooolllllllllllllllllllllll..
By Papagomo Busuk on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11

v mask "v for vandetta" palingggg cool....
By Anonymous on SIAPA - APA - DI MANA DILIHAT COOL on 12/27/11




HARAPAN UNTUK BERJALAN

Posted: 27 Dec 2011 03:39 AM PST



NOTA:

lihat dan hayati klip ini
jika bersimpati sila hulur
alamat dan no akoun ada tertera
mari lah kita sesama melakukan kebaikan
marilah kita sama menduga hatu nirani kita

mana berat mata memandang
berat lagi peha menampung












KENYATAAN RESMI

Posted: 27 Dec 2011 12:58 AM PST








KENYATAAN AKHBAR :SETIAUSAHA AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT


USAHA MENCETUSKAN HURU-HARA PADA 9 JANUARI 2012 - SATU LAGI USAHA FITNAH UMNO

Telah sampai kepada pengetahuan saya bahawa terdapat mesej-mesej
pesanan ringkas (SMS) yang sedang disebarkan kepada orang ramai yang
kandungannya menyebut bahawa Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat
telah mengeluarkan suatu surat pekeliling meminta semua anggota
KEADILAN untuk berkumpul pada 9 Januari 2012 ini di Mahkamah Tinggi
Jalan Duta Kuala Lumpur dan mengajak untuk mencetuskan huru-hara di
Kuala Lumpur.

Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini,
yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat UMNO yang sememangnya
sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman
dan kekejaman mereka yang terus rakus merompak dan menyeleweng harta
rakyat dan negara.

Wajar dinyatakan juga bahawa sifat jahat memfitnah, membohong dan
menyebarkan berita palsu serta usaha memporak-perandakan keamanan
rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam
setiap nafas dan gerak nyawa UMNO.

Saya seterusnya meminta orang ramai, anggota KEADILAN dan
penyokong-penyokong gerakan reformasi yang akan keluar beramai-ramai
pada 9 Januari nanti bagi menunjukkan sokongan kepada Ketua Umum
KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim supaya berhimpun secara aman dan
mematuhi arahan petugas-petugas serta tidak terpengaruh dan terjebak
dengan tindakan provokatif golongan yang tidak bertanggungjawab pada
hari berkenaan.

Sekian, terima kasih.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT





ANAK ANAK MUDA BERSEDIA

Posted: 27 Dec 2011 12:40 AM PST











TPM SIASAT DAKWAAN SU SULIT DISOGOK
– mkini

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sedang menyiasat dakwaan bahawa setiausaha sulitnya ada menerima sogokan.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata beliau tidak tahu menahu berhubung sebarang salah laku tetapi berjanji akan melihatnya secara mendalam.

Beliau mengulas dakwaan seorang penulis blog Whistleblower 771 bahawa setiausaha sulit kanannya Mohd Shukor Abdul Manan menerima lebih daripada RM100,000 sebulan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit... PERANG SUDAH BERMULA.... kah kah kah..

kah kah kah...INI MESTI KERJA ROSMAH DAN NAJIB.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU SEMBAB TAK SERANG KEMBALI... SEMBAB AKAN MATI BERDIRI....kah kah kah..

kah kah kah... SIAPA BOCORKAN MAKLUMAT RASIAH INI?..... kah kah kah..

kah kah kah...SULIT LAGI SULIT..... kah kah kah...

kah kah kah...DAH MULA SINGKAP SINGKAP KAIN.... kah kah kah


NOTA:
tidak adalah yang paling nikmat dlam dunia ini
meliankan melihat gerombolan gaduh sesama sendiri
kah kah kah

NOTA:
kesa lembu shahrizat
berkait juga dengan muhyiddin
siapa agaknya beri maklumat pada pkr
kalau tidak orang najib
kah kah kah



MEMIKUL BIAWAK HIDUP

Posted: 26 Dec 2011 08:11 PM PST




BIK MAMA PEMBAWA UNDI




NOTA:
bukan hanya memikul biawak hidup
ini memikul biawak hidup yang obese



WANITA MEMUASKAN DIRI DENGAN BERBELANJA RIBUAN RINGGIT UNTUK KOSMETIK - meloya

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Langkah golongan wanita berbelanja beribu-ribu untuk membeli barangan kosmetik dianggap sebagai terapi baru menghilangkan tekanan dan memuaskan diri.

Sehubungan itu, Pengerusi Majlis Lembaga Akademi Keusahawanan Islam Alfafa, Datin Reny Rahayu Mohd. Ishak menolak andaian bahawa perbuatan menghias diri oleh golongan berkenaan bertujuan menarik perhatian orang.

"Kebanyakan wanita yang bersikap demikian sebenarnya mahu memberi ganjaran dan memuaskan diri mereka selain menjadikan ia sebagai terapi bagi menghilangkan tekanan.

"Selain itu, kecantikan itu turut membantu meningkatkan keyakinan diri mereka kerana wanita zaman kini kebanyakannya mempunyai kerjaya dan sering berhadapan dengan orang ramai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan mengenai wanita Malaysia yang dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 sebulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.

Sementara itu, Ketua Konsultan Syarikat K&A Applied Psychology Consultancy, Khairol Anuar Masuan berkata, menurut kajian, majoriti golongan wanita beranggapan mereka hanya akan kelihatan cantik jika mereka menggunakan peralatan solekan yang mahal.

"Golongan yang obses terhadap kecantikan selalunya tidak akan berfikir panjang apabila berbelanja sehingga ada yang sanggup berhutang semata-mata mahu membeli keperluan kosmetik jenama antarabangsa.

"Mereka juga sanggup menggunakan kaedah yang bahaya dengan melakukan pembedahan dan suntikan bagi mengubah diri mereka walaupun mengetahui tindakan itu boleh memudaratkan kesihatan hingga menyebabkan kematian," katanya.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Siswazah Wanita Malaysia, Fauziah Mohd. Ramly berkata, golongan wanita perlu bijak menterjemahkan erti kecantikan dengan lebih seimbang dan menyeluruh tanpa bertindak keterlaluan hingga memudaratkan diri.

"Ia sangat menyedihkan apabila wanita di negara sanggup membazir dan mengeluarkan belanja yang banyak hanya untuk kecantikan sedangkan peruntukan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik.

"Contohnya, mereka boleh menyimpan wang itu untuk perancangan di masa hadapan memandangkan kos sara hidup di negara ini yang semakin meningkat," katanya.
Tambah beliau, wanita di negara ini perlu menjadikan kes mangsa-mangsa produk kecantikan yang teraniaya hingga menyebabkan kematian sebagai teladan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


KOMENTAR TUKAR TIUB
faham tak kenapa berita ini keluar?
berita ini ditujukan kepada bik mama
sedar tak bik mama kian hilang dari laporan
ini tanda tanda pilihanraya nak sampai
kenapa bagini?

ini kerana bik mama dibenci oleh rakyat
ini kerana wujudnya bik mama ini seperti memikul biawak hidup untuk gerombolan

dalam gerombolan sekarang ada dua ekor biawak hidup
satu bik mama
satu lagi sharizat lembu
dua dua gedebab
dua dua obese

dua ekor biawak ini kalau mainkan betul betul
akan menjadi umpan untuk dpat undi

ketika perhimpunan gerombolan dulu
pemerhati telah memerhatikan bahawa bik mama sloo sikit
dalam bilik persidangan bik mama tidak liar merayau rayau
baca berita ini betul betul
ada cerita botox
ada cerita tarik kulit muka
semua ini sindirin untuk bik mama
dalam utusan ramai yang menyampah dengan biik mama
inilah cara mereka tibai rosmah mansor
kah kah kah


MUSUH RAKYAT DUNIA


Tun_Telanai

0

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 7:37 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Tun_Telanai


ANWAR: NAJIB TIDAK JAWAB ISU SEBENAR DALAM ETP

Posted: 27 Dec 2011 07:31 AM PST

Saya meneliti jawapan kerajaan Datuk Seri Najib terhadap kritikan saya yang terkandung dalam satu ucapan di ibu kota bertarikh 15hb Disember 2011.












Ucapan tersebut yang berjudul Debunking ETP: Widening Income Gap menegaskan kaedah yang sedang dilaksanakan kerajaan, Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme) merupakan suatu kebijakan ekonomi lapuk dan gagal membawa sebarang perubahan.

Jawapan tersebut tidak menjawab persoalan utama yang saya lontarkan, iaitu menjelang tahun 2020, sekitar 7 hingga 8.3 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dan bakal digolongkan sebagai miskin bandar. Jumlah ini merangkumi sehingga 51% tenaga kerja negara ini dalam tahun 2020, berbanding 56% bagi tahun 2009.

Makanya, sebuah program ekonomi yang tidak berjaya meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak malah menambah bilangan rakyat termiskin adalah perancangan ekonomi yang tempang dan membelakangkan kebajikan rakyat. Persoalan utama ini wajar dijawab dengan berkesan oleh Perdana Menteri sendiri.

Apatah lagi apabila hujah saya dikemukakan dengan mengambil kira unjuran-unjuran ETP meragukan. Misalnya unjuran pertumbuhan upah 3.6% setiap tahun, dari tahun 2010 sehingga tahun 2020 yang bertentangan dengan pertumbuhan upah pekerja tahun 2000 hingga 2009 yang hanya menokok sekitar 2.6% setiap tahun manakala kos sara hidup meningkat mengatasi pertumbuhan upah.

Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Kajian Pasaran Buruh 2009 yang melibatkan 24,000 majikan dan 1.3 juta pekerja. Laporan tersebut menyatakan 33.8% dari jumlah pekerja tersebut mendapat upah kurang dari RM 700 sebulan.

Angka ini sekiranya diunjurkan kepada keseluruhan tenaga kerja negara menyimpulkan 34% dari jumlah keseluruhan tenaga kerja negara berada di bawah paras kemiskinan. Justeru berdasarkan fakta-fakta ini, unjuran pertumbuhan upah pada paras 3.6% adalah tidak tepat.

Manakala itu unjuran kerajaan bahawa inflasi akan berada pada paras 2.8% setiap tahun sehingga tahun 2020 juga tidak realistik apabila kadar inflasi sejak 12 bulan lalu sentiasa melangkaui paras 3%.

Sasaran untuk mencapai pendapatan kasar kebangsaan (gross national income) per kapita sebanyak RM 48,000 setahun pada tahun 2020 tidak akan dicapai sekiranya inflasi melebihi dari 2.8% untuk tahun mendatang.

Jika inflasi purata sehingga tahun 2020 mencecah 4% setiap tahun, dianggarkan seramai 7.6 juta rakyat Malaysia akan berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan dalam tahun 2020, meningkat sebanyak 1 juta berbanding jumlah 6.6 juta dalam tahun 2009.

Keadaan ini lebih parah sekiranya inflasi purata mencecah 6% setiap tahun bila mana jumlah rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan adalah 8.3 juta orang.

Persoalan paling utama yang langsung tidak dijawab adalah kesimpulan saya bahawa kekayaan negara akan semakin dibolot golongan kaya di bawah ETP sementara rakyat terbanyak dipinggirkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib langsung tidak menafikan analisa saya bahawa nisbah upah pekerja kepada pendapatan kasar negara akan berkurangan dari 40% (tahun 2009) kepada 33% sahaja (tahun 2020).

Walhal, ini merupakan permasalahan utama di negara kita, manakala golongan kecil, keluarga dan kroni mengaut kekayaan, sementara majoriti rakyat dibebankan dengan kos sara hidup yang melonjak sedangkan pendapatan tidak meningkat.

Persoalan-persoalan ini adalah isu besar ekonomi negara apabila pentadbiran sedia ada menyalurkan seluruh kekayaan negara untuk membiayai projek-projek besar di bawah ETP.

Malang sekali apabila kesannya kepada rakyat adalah menambah golongan miskin dan melebarkan jurang di antara yang miskin dan kaya menjelang tahun 2020 nanti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat

USTAZ MOHD KAZIM BIN ALIAS : KEMERDUAN AL-QURAN-SIRI 1

Posted: 27 Dec 2011 03:00 AM PST

USTAZ MOHD KAZIM BIN ALIAS : KEMERDUAN AL-QURAN-SIRI 2

Posted: 27 Dec 2011 02:59 AM PST

POLITIK BARU, AZAM BARU

Posted: 26 Dec 2011 10:53 PM PST

UMNO-Barisan Nasional sering memaparkan bahawa hanya tokoh mereka yang merupakan pejuang kemerdekaan. Mereka mahu menculik sejarah perjuangan kemerdekaan demi kepentingan mereka.

Tetapi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail yang juga pemimpin tertinggi UMNO sendiri pernah berucap ketika menerima anugerah doktor kehormat USM pada 9 Jun 1973:

The British decided to cooperate with the moderate nationalists. [...] But although independence was won by the moderates, history also shows that the radical nationalists also played a role in attaining independence.

Nah! peranan tokoh dan kelompok lain pernah diiktiraf. Pemimpin UMNO menandatangani perjanjian kemerdekaan hanya kerana British memilih mereka. Bukan bermakna orang lain tidak berjuang, tidak ada peranan dalam mendapatkan kemerdekaan.

Berkenaan Dasar Ekonomi Baru pula, Dr. Ismail berkata:

The application of the New Economic Policy [...] will change from time to time to suit the situation and the circumstances and the geographical setting. But its aim and its fundamentals are the same and that is to close the gap between the rural and the urban, to destroy poverty without regard to background or race.

Antara pengasas DEB sendiri menyatakan bahawa ia perlu berubah mengikut keadaan. Asas yang mesti diutamakan ialah merapatkan jurang antara desa dan bandar. Dahulu perbezaan kelas adalah juga perbezaan geografi. Tetapi kini golongan miskin ramai juga yang tinggal kota.

Justeru ayuh kita kembalikan semangat pengasas negara untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira latar belakang dan bangsa. Kita perangi kemiskinan di Kelantan, Kedah, Perlis, Sabah dan di semua negeri. Kita bantu setiap rakyat miskin tanpa mengira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa juga latar belakang.

DEB (telah dimansohkan oleh Najib dan digantikan dengan Majlis Perundingan Ekonomi Negara) tidak diasaskan untuk memenuhkan tembolok golongan atasan dan elit politik (UMNO-Putra yang mendapat faedah besar dari DEB) kerana ia telah disalahgunakan untuk tujuan itu, maka sekarang kita perlu robah dengan tekad dan semangat kental untuk memastikan rakyat miskin yang dibantu dan kekayaan negara tidak dibolot sekelompok kecil golongan atasan.

Ini agenda baru untuk kita, agenda baru untuk Malaysia.

Ini yang harus dijadikan azam baru bagi tahun 2012. Merubah landskap politik Negara. Sudah 54 tahun UMNO memerintah. Cukuplah.Cukuplah.

PARA BLOGGER UMNO GILA DAN PALING CELAKA!

Posted: 26 Dec 2011 10:28 PM PST

Kantoi! Gambar gay Filipina diguna untuk fitnah Adam Adli!

TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.





Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.




Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!

"Politik lucah taktik meraih sokongan rakyat kepada Umno"


Sumber : DI SINI



SELEPAS NFC, SKANDAL KAPAL PERANG AKAN MENYUSUL

Posted: 26 Dec 2011 09:31 PM PST

Dalam masa sepuluh tahun, negara kita telah kehilangan lebih daripada RM1 .0 trilion akibat daripada pelbagai jenis dan bentuk penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Skandal dalam National Feedlot Corporation (NFC) yang melibatkan kerugian RM250 milion baru-baru ini adalah merupakan titik pemulaan bagi pendedahan skandal-skandal yang seterusnya di dalam kerajaan BN.

Malah kita semua telahpun bersedia menghadapi satu lagi pendedahan skandal penyelewengan kewangan kerajaan yang boleh dikatakan amat besar juga jumlahnya.

Skandal pada kali ini bakal melibatkan kos berlebihan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan di dalam pembelian enam buah kapal peronda daripada Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd yang bernilai RM1.0 billion sebuah pada permulaannya.

Kos pembelian dan pembuatan kapal-kapal peronda tersebut kini telah meningkat secara mendadak kepada jumlah yang amat diragui sekali, iaitu RM3.0 bilion sebuah. Bagaimanakah Bouestead Naval Shipyard Sdn Bhd ini boleh terlibat di dalam urusan-urusan dan kerja-kerja pembinaan kapal peronda untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)?

Siapakah Bouestead Naval Shipyard ini sebenarnya?

Kos kontrak yang meningkat

Kontraktor asal yang telah dipilih untuk membina generasi kapal-kapal perang Malaysia yang pertama adalah PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Amin Shah Omar Shah bersama dengan adik-beradiknya. Datuk Amin adalah jutawan yang terkenal dan rakan karib bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Ianya berlaku sewaktu era pemerintahan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sewaktu program pengswastaan negara dalam tahum 1990an yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir, Datuk Amin adalah merupakan salah satu daripada sebilangan kecil usahawan bumiputra yang telah dipilih untuk mengambil-alih beberapa syarikat-syarikat dan kerja-kerja milik kerajaan. Salah satu daripada kontrak yang berjaya diperoleh Datuk Amin adalah operasi Naval Dockyard di Lumut, Perak

Pada tahun 1995, kerajaan telah mengswastakan Naval Dockyard di Lumut, Perak dan kontrak kerja-kerja pengendalian tersebut diberikan kepada PSCI Industries Bhd (PSCI) dengan pembayaran upah sebanyak RM300 milion. Datuk Amin yang mempnyai kepentingan terbesar di dalam kontrak ini dan projek tersebut kemudiannya dinamakan sebagai PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.

Dalam tahun 1997 pula, PSC-Naval Dockyard dianugerahkan kontrak untuk membina 27 buah kapal-kapal perang untuk kegunaan TLDM dengan nilai berjumlah RM24 bilion. Suatu projek yang amat besar sekali, buat pertama kali diberikan kepada sebuah syarikat swasta untuk dikendalikannya.

Pada pertengahan tahun 2007, hanya 2 daripada 27 buah kapal perang telah siap dipasang dan diserahkan kepada TLDM. Akan tetapi kedua-dua buah kapal perang buatan PSC-Naval Dockyard tersebut gagal dalam semua siri ujian kelayakan bagi membolehkannya untuk beroperasi.

Terdapat lebih daripada 298 jenis aduan teknikal mengenai ketidakberkesanan ke atas kedua-dua buah kapal perang tersebut, di mana ianya juga merangkumi di antara 100 dan 383 jenis peralatan yang tidak lengkap dan ada kalanya langsung tidak ada.

Kos asal RM5.35 bilion bagi kontrak tersebut telah meningkat dengan mendadak kepada RM6.75 bilion menjelang Januari 2007.

Dokumen dan baucar bayaran tidak wujud

Di dalam laporan juru audit negara yang telah dikemukakan di dalam parlimen sebelum ini, Kementerian Pertahanan dilaporkan telah membayar RM4.26 bilion kepada PSC-Naval Dockyard sehingga Disember 2006 walaupun hanya kerja-kerja siap bernilai RM2.87 bilion telah dicatatkan, yang bermakna kementerian tersebut telah terlebih bayar sebanyak RM1.39 bilion atau terlebih 48 peratus pembayaran.

Malah jemaah menteri juga telah meluluskan pemansuhan penalti kelewatan kerja terhadap PSC-Naval Dockyard sebanyak RM214 milion.

Menurut laporan juru audit negara yang sama, terdapat lebih daripada 14 pembayaran susulan berjumlah lebih daripada RM943 milion telah dibuat kepada PSC-Naval Dockyard sejak daripada Disember 1999 lagi, tetapi tidak mempnyai sebarang baucar bayaran ataupun dokumen-dokumen yang berkaitan.

Bolehkah kerajaan BN menjelaskan bertapa seriusnya penyelewengan tersebut dan bagaimana pembayaran tersebut boleh dilakukan tanpa sebarang kelulusan dan dokumen yang sah dan siapakah yang meluluskan pembayaran tersebut secara membabi buta atapun adakah ianya disengajakan, sementara kerja-kerja tersebut masih belum disempurnakan dengan sepenuhnya?

Laporan juru audit negara itu juga telah mengesahkan bahawa urusan tersebut adalah suatu siri penyelewengan kewangan yang serius dan pengesahan bahawa PSC-Naval Dockyard langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran dalam pembinaan kapal perang kecuali pembuatan bot pukal dan bot-bot peronda polis yang kecil.

Amat hairanlah, sehingga kini masih tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan dan kerugian berjuta-juta Ringgit walaupun laporan audit tersebut telahpun dikeluarkan kepada umum.

Oleh : Viktor Wong, Malaysia Chronicle

KUAH AYAM PUN, RASA AYAM JUGA - LAUKNYA BIAR PEMIMPIN KITA MAKAN....BARU AMAN NEGARA

Posted: 26 Dec 2011 09:30 PM PST

Pilihanraya sudah hampir tiba. Dalil-dalilnya semakin jelas. Pembahagian-pembahagian duit ratus-ratus ringgit seorang sudah mula dibayar. Walaupun pembayaran itu terlalu rendah untuk berkuasa dan mendapat pulangan yang berbillion bagi pemimpin-pemimpin yang berkuasa, itulah caranya UMNO hendak selamat kali ini. Walau bagaimana pun itu hanyalah usaha tetapi yang menentukan tetap rakyat.

Kalau dikaji dari jumlah yang dibayar kepada rakyat, dengan jumlah sebanyak 1 trillion ringgit yang dilarikan oleh setengah pihak yang berkuasa atau pun kroni pihak yang berkuasa jumlah itu terlalu kecil: ibarat sebesar tahi gigi sahaja.

Lagi pun yang dibahagi itu adalah duit rakyat sendiri, duit pembayar cukai dan bukannya duit UMNO atau pun BN. Yang dibawa lari sebanyak 1 trillion ringgit keluar negara sejak 10 tahun dahulu pun adalah wang yang di curi dari rakyat. Semuanya rakyat yang punya.

Saya sempat berjumpa dengan ramai orang yang bertanya tentang RM500 dan bantuan sekolah RM100 yang dihebohkan oleh media setiap malam melalui TV3 itu. Rata-rata memberikan pandangan yang itu merupakan satu pembelian undi dan sokongan. Rupa-rupanya rakyat kita ini adalah terlalu murah pada pandangan pimpinan kita.

Ada juga yang mengatakan yang mereka hanya mendapat kuah sahaja tetapi ayam dan dagingnya di belasah oleh mereka yang berkuasa dan kroninya. Ada yang mengatakan kepada saya yang mereka hanya mendapat kuah kerana mereka menilai kita hanya setakat nilai kuah ayam sahaja.

Tetapi saya mengatakan, tak apalah dapat kuah sahaja. Selama ini pun tuan-tuan makan kuah sahaja. Biarlah lauk ayamnya mereka yang sental. Dah kita ini layaknya hanya setakat menghirup kuah sahaja, nak buat macam mana.

Mereka (pemimpin) hanya mahukan kita makan kuah sahaja dan tak lebih dari itu. Mereka mengatakan kalau makan dan menghirup kuah ayam, kuah itu rasa ayam juga. Asalkan dapat rasa ayam itu cukuplah. Kalau kita hirup soup kambing sahaja, soup itu pun ada rasa kambingnya. Cukuplah setakat itu.

Ayam dan kambing serta lauknya bukannya untuk kita. Itu untuk pemimpin-pemimpin dan kroni-kroni mereka sahaja. Rakyat mesti sedar kenyataan ini. Kita mesti sedar yang rakyat hanya mendapat kuah ini adalah kehendak rakyat sendiri. Bukankah rakyat yang membiarkan mereka makan lauk dan kita semua makan kuah. Itu pilihan rakyat juga selama ini.

Kalau rakyat hendak makan lauk selepas ini, usaha itu mesti dilakukan oleh rakyat sendiri. Rakyat terpaksa ketepikan mereka yang 'kuat makan' ini. Cara untuk mengenepikan mereka yang 'kuat makan' ini rakyat sendirilah yang patut berfikir. Pilihannya luas terbentang. Tepuk dada tanyalah selera.

Tetapi kalau rakyat tidak berbuat sesuatu, itu sahajalah yang kita dapat selalu…..RM500 semasa undi rakyat diperlukan.Mereka (pemimpin) masih berfikir yang rakyat sudah selesa dengan makan kuah sahaja.

Kok tak dapek makan isi (lauk) dapek kuah pun cukuplah…..kuah ayam pun rasa ayam jugak kan!! Lauk yang sedap-sedap tu biar pemimpin-pemimpin kita makan, kerana mereka 'kuat makan'.

Sumber : Aspan Alias

PANTUN SELOKA: PANGLIMA LUDAH VS MAHASISWA

Posted: 26 Dec 2011 08:38 PM PST

WAJAH
HERO GENARASI BARU MALAYSIA


WAJAH
DAJJAL DAN ANJING UMNO




Mahkamah dah sound Gerombolan durjana,
AUKU bercanggah Perlembagaan negara,
Pokjib dah gabra umum dipinda,
Mansuh sahaja… kan habis cerita

KL Sentral & PWTC medan ujian,
Minda merdeka dizahir perjuangan,
Ditangkap dihalau jadi cabaran,
Pantang undur mengalah jangan.

Beraninya Siswa bak Harimau muda,
Bendera diturun tanda protesnya,
Panglima marah meroyan gila,
Nak ludah tampar muka siswa,

Ludah & tampar ancaman Panglima,
Tidak bertamadun dangkal pula,
Diskusi ilmiah membuka minda,
Baru matang 1Malaysia.

Si kaki ludah membuka bicara,
Konco-konco dh siap siaga,
Senjatanya tangan bukan bicara,
Otaknya dilutut bukan dikepala

Panglima & konco berbaris sedia,
Nak masok Youtube hentam siswa,
Akhirnya diejek seantero maya,
Buat malu Pokjib 1Malaysia.

1Malaysia TV dilancar maya,
Nak lawan fitnah PR katanya,
Kalau berat sebelah macam TV3,
Jangan tengok… buang masa saja…

Adapun Pokjib tiada bicara,
Diam membisu komen tiada,
Bendera diturun dipasang semula,
Tak buleh dakwa jenayah tiada,

Adab sopan pekerti mulia,
Disanjung tinggi serata dunia,
Andai biadap perbuatan siswa,
Hadiah 'Kek Tahi' bagaimana pula?

Mual & loya video si polan,
Ludah & tampar jadi siulan,
Rantai dileher silau gemerlapan,
Mulut bertakbir menghalal perbuatan,

Mulanya serius dh jadi ceria,
Gelak ketawa memecah suasana,
Tak kering gusi lawak Panglima,
Calon ML Mega musim seterusnya.

Siswa pro-A pun nak demo sama,
Nak ucap sayang Pokjib 1Malaysia,
Belakang Pudin korang sound selamba,
Pudin nak jumpa korang enggan pula?

Ugutan bacul mainan Panglima,
Dijaja fitnah Utusex Meloya,
Kebebasan akademik intipati cerita,
Kenapa persepsi 'biadap' disensasi Media?

Siswa dikongkong berzaman lamanya,
Disekat suara dijumudkan minda,
Panglima machai tau angguk saja,
Macam lembu-lembu yg kak Jat bela,

Kuasa perubah ditangan Siswa,
Merubah landskap politik Malaysia,
Kuatkan tekad perjuanganmu anak muda,
Ayuh! PRU13 hancurkan Gerombolan durjana

Ptuih… ptuih… ptuih…

Sumber : Pak Saiko| paksaiko@yahoo.com

DILEMA NAJIB ANDAI ANWAR DI PENJARA

Posted: 26 Dec 2011 08:23 PM PST



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menyampaikan ucapan di Kongres PKR ke-8, di Johor Bharu, November lalu menyeru supaya gerakan reformasi bagi membebaskan negara dari cengkaman Umno/BN perlu terus digerakkan walaupun beliau akan di penjara.

Manakala tarikh 9 Januari tahun depan akan menjadi satu detik bersejarah yang akan menentukan samaada Ketua Umum PKR itu ke penjara atau tidak (jawapannya sudah pasti DSAI ke penjara Sungai Buluh, yang tidak pasti lagi berapa tahun beliau akan merengkok di dalamnya, mungkin maksima 20 tahun.Dan kepada penyokong-penyokong perlu bersiap sedia dari sekarang merancang strategi membawa PR berhadapan dengan UMNO/BN-ulasan tambahan blogger dan semua orang berpendapat macam tu)).

Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia malah turut dinantikan oleh seluruh media antarabangsa.

Dikalangan media antarabangsa akan melihat isu yang dibabitkan ke atas Anwar merupakan 'kaedah tradisi'yang dilakukan oleh seluruh pemerintah di dunia untuk menyingkirkan musuh politik mereka.

Kalau Anwar Dibebas...(adalah mustahil DSAI dibebaskan kerana ia membabitkan survival politik Najib dan UMNO)

Membebaskan Anwar dari hukuman penjara akan memberikan persepsi bahawa segala konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.

Di mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai 'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T'.

Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.

Atau dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.

Namun perencanaan tersebut ternyata membenarkan lagi tanggapan rakyat bahawa rentetan fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh kerajaan pimpinan Najib.

Maka tokoh yang akan menjadi bahan telunjuk seluruh rakyat adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebagai Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi negara pula, penolakan rakyat terhadap beliau merupakan pantang larang yang amat mencarik adat seorang pemimpin.

Justeru, diatas fakta inilah juga mungkin Anwar membuat kenyataan bahawa beliau akan di penjara walau dalam apa situasi kebenaran pun.

Dilema Najib

Najib paling takut dilebel sebagai pemimpin terakhir dalam pemerintahan yang lebih 54 tahun diterajui Umno. Ini bukan hanya akan memburukkan keturunan beliau malah seluruh anggota parti akan menuding jari meletakkan kesalahan terhadap beliau sekiranya gagal meneruskan kesinambungan Umno selama ini.

Pengalaman Tun Abdullah Badawi ekoran prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu sehingga memaksa beliau melepas jawatan sebagai perdana menteri mungkin masih segar dalam ingatan Najib.

Justeru mengulangi kesilapan Abdullah tidak ubah seperti memasang jerangkap samar untuk mengorbankan diri sendiri.

Kalau Anwar dipenjara ...

Berdasarkan pandangan penganalisa politik dan peramal media dalam maupun luar negara, ramai menyatakan Anwar akan di penjara walau apa pun keadaannya.

Pandangan tersebut bukan berkhilaf kepada kekuatan yang akan membawa kemenangan Anwar memimpin jentera pilihanraya PR ketika menghadapi kempen pilihanraya Umum (PRU) sekiranya beliau bebas. Namun Mungkin juga Najib melihat melepasi persepsi tersebut.

Najib juga sedar samaada Anwar di penjara atau tidak gerakan kebangkitan rakyat akan tetap berlaku.

Kemenangan terbesar pembangkang dalam PRU ke-10 pada 1999 dimana PAS memenangi 32 kerusi parlimen dan DAP 10 kerusi semuanya berkisar kepada isu kebangkitan rakyat kerana simpati dengan Anwar yang dipenjara oleh Dr Mahathir.

Persoalannya apakah dengan sekali lagi membawa Anwar ke penjara akan mengujudkan memontum kebangkitan rakyat yang sama setelah pelbagai isu moral ditimpakan dikepala Anwar dengan pelbagai 'bukti' seperti kes Saiful dan gambar prono.

Apakah dengan menggunakan media-media milik Umno bagi memburukkan imej dan kredibiliti Anwar sudah memadai untuk rakyat mempercayainya lalu menolak Anwar dan PR dalam PRU ke-13 nanti?.

Apakah juga dengan isu liwat dan sex bersama pelacur yang disensaikan dengan penuh bergaya sebelum ini berjaya mempengaruhi rakyat untuk membenci Anwar serta PR yang diterajui beliau?.

Di atas hukum realiti, memenjarakan Anwar akan menambahkan lagi koleksi isu PR untuk kempen menjelang PRU nanti.

Apakah dengan membawa kembali Anwar ke Sungai Buluh akan membolehkan isu NFC yang teruk membelenggu Najib dapat di alih kepada isu penganiayaan pada Anwar.

Di peringkat antarabangsa pula, Najib akan menerima pelbagai tekanan berhubung amalan demokrasi dibawah pimpinan beliau sekiranya ketua pembangkang itu dipenjarakan.

Pilihanraya dan sistem dua parti

Gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini supaya Najib mengadakan PRU pada saat akhir penggal (March 2013) bukan sekadar masej bagi mengelak negeri-negeri PR mengadakan pilihanraya berasingan.

Tetapi disebabkan Dr Mahathir mungkin telah berjaya menghidu sesuatu yang kurang enak berhubung pencapaian BN untuk memenangi PRU 13 nanti.

Perlu di ingat Dr Mahathir adalah seorang yang sangat berpengalaman dalam menghadapi PRU setelah lebih 22 tahun memerintah negara.

Manakala bagi Najib pula, inilah kali pertama beliau akan berhadapan detik paling mencabar dalam kerjaya kepimpinan beliau sebagai pemimpin tertinggi negara.

Apa pun zaman Dr Mahathir dan era Najib situasinya agak berbeza. Era Mahathir pembangkang terdiri dari palbagai parti politik tetapi zaman Najib negara sedang bergerak ke arah sistem dua parti.

Sistem dua parti akan memberi peluang yang lebih besar kepada rakyat untuk menukar dan menggantikan kerajaan. Ini bermaksud sekiranya kerajaan semasa tidak berjaya membantu dan menolong rakyat, rakyat mampu menukarkannya pada pilihanraya akan datang.

Ini disebabkan hanya ada dua parti sahaja yang bertanding, pembangkang dan kerajaan.

Faktor ini jugalah yang merungsingkan Najib dan Dr Mahathir. Mood rakyat untuk menukar kerajaan setelah Umno/BN memerintah lebih 54 tahun telah bergema sejak bermulanya era reformasi jalanan pada 1988.

Sepuluh tahun kemudian, tsunami politik melanda negara. Enam negeri termasuk wilayah persekutuan jatuh ketangan pembangkang.

Survival BN

PRU ke-13 menyaksikan 70 peratus pengundi berdaftar adalah pengundi muda berusia 21 - 40 tahun. Kebanyakan mereka adalah generasi Media Baru yang majoritinya cenderung kepada pembangkang. Manakala selebihnya terdiri dari pengundi atas pagar yang tidak terpengaruh dengan sentimen perjuangan masa lampau serta pengaruh ras dan agama.

Secara langsung generasi ini adalah penentu kerajaan selepas PRU 13.

Kebimbangan besar Najib bukan sekadar untuk mempertahankan Putrajaya semata-mata malah beban yang akan ditanggung selepas kejatuhan Umno/BN selepas lebih 54 tahun menguasai negara lebih memeritkan.

Sebagai sebuah kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) setentunya akan memastikan segala penyelewengan wang negara dibongkar untuk mengembalikan maruah negara.

Secara tidak langsung segala kepincangan yang berlaku selama 54 tahun Umno/BN memerintah akan diketahui rakyat.

Media Baru

Entah apa anginnya, tiba-tiba pada tahun ini Najib membina facebook dan twitternya. Mungkin diatas sebab baru menyedari pengaruh media baru yang ternyata lebih berkesan dari media milik Umno.

Tapi semua sedia maklum, yang updatenya mungkin sekali sekala Najib tetapi selebihnya agen-agen APCO atau agen-agen penasihat media beliau yang dibayar berjuta-juta ringgit.

Perlu disedari juga BN mempunyai 26 saluran media termasuk radio dan media cetak. Ini tidak termasuk lapan saluran tv di seluruh negara. Apakah saluran media ini masih belum cukup untuk menyebarkan propoganda BN?.

Rakyat menolak media-media ini disebabkan terlalu banyak 'mengampu' dan 'over propoganda' sehingga rakyat jelek untuk menatap media-media kerajaan.

Dalam konteks media baru ini, Pembangkang memang jauh lebih 'advance' jika dibandingkan dengan keselesaan Najib dan BN sebelum ini.

Dengan pelbagai sekatan maklumat dan media yang dilakukan oleh BN kepada pembangkang selama ini telah menjadikan pembangkang lebih maju menggunakan media baru dalam berkomunikasi bagi menyebar maklumat kepada masyarakat awam.

Maka tidak hairanlah pelbagai usaha dilakukan oleh Kementerian Penerangan, komunikasi dan Kebudayaan untuk menyekat pelbagai saluran maklumat untuk disebar kepada rakyat. Ini tidak termasuk pelbagai akta seperti akta penerbitan dan mesin cetak yang semuanya berkisar kepada usaha membelenggu saluran maklumat sampai kepada rakyat.

Begitu juga baru-baru ini kerajaan mahu menubuhkan Majlis Perunding Media bertujuan memantau bahan-bahan berita di internet.

Kedudukan Malaysia pula jatuh 10 anak tangga kepada 141 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2010 iaitu yang terendah dalam tempoh sembilan tahun dari senarai 178 negara.

Persoalannya apakah dengan memenjarakan Anwar akan menghalang rakyat dari mendapat maklumat berhubung pelbagai penyelewengan dan salah guna kuasa BN selama ini.

Mungkin juga Najib ada alasan dan jawapannya yang tersendiri bagi memastikan survival politik dan masa depan parti pimpinannya disaat rakyat sedang menolak Umno/BN dari terus menguasai negara.

Sumber : Mat Zahari Ali