Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:13 PG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

MiLo SuaM


Kenali propaganda Blogger UMNGOK

Posted: 13 Dec 2010 11:15 PM PST

Di dalam entry kali ini ReJaM© nak dedahkan kepada semua pembaca bagaimanakah taktik blogger-blogger upahan UMNGOK memainkan peranan mereka menyebarkan propaganda. Satu perbezaan ketara antara blogger-blogger Mesra-Barisan Nasional dan Blogger-blogger Mesra-Pakatan Rakyat ialah, mereka ini lebih kurang sama kisahnya dengan kempen Pilihanraya kedua-dua parti. Blogger Barisan Nasional diberi upah oleh 'tuan' mereka, manakala Blogger Pakatan Rakyat terdiri daripada blogger-blogger sukarela.

Salah satu buktinya, anda boleh lihat biasanya blogger Pakatan Rakyat ada meletakkan iklan di blog-blog mereka untuk mendapat sedikit sumber kewangan walaupun sebenarnya taklah banyak mana pun selain itu update blog pun kurang kerana kebanyakkan blogger PR adalah penulis separuh masa. Sebaliknya blogger-blogger pro Barisan Nasional tidak meletakkan iklan tetapi hanya mengharapkan disuap dengan makanan oleh 'tuan' mereka sahaja. Malah mereka lebih kerap mengemaskini blog (update) kerana majoriti mereka menjadi blogger sepenuh masa.

Taktik Blogger UMNGOK

Salah satu taktik serangan propaganda blogger UMNO dan Barisan Nasional ini pula, secara "hit and run". Mereka akan menyerang secara berkumpulan, kemudian bersembunyi bagai kumpulan beruk-beruk dan monyet yang menyerang tanaman orang kampung. Apabila ada PRK contohnya, mereka akan membuat cerita bohong atau fitnah dengan selamber tanpa memikirkan dosa. Mereka akan bersepakat mengeluarkan cerita secara serentak, atau bergilir-gilir agar sesuatu isu itu menjadi fenomena dan hangat di satu-satu masa. Mereka tidak kisah walaupun tahu isu fitnah tersebut diketahui akan terbongkar. Apa yang penting bagi mereka, PRK sudah berlalu dan undi sudah beralih kepada Barisan Nasional walaupun dengan cara fitnah.

Satu lagi taktik yang sangat berkesan digunakan oleh blogger Mesra-UMNGOK ini pula ialah taktik 'Khabar angin'. Taktik ini dilihat sangat berkesan di dalam menyebarkan propaganda ke dalam fikiran pembaca, sedikit demi sedikit. Mungkin anda tidak perasan taktik ini, namun sebagai seorang penulis blog, ReJaM© sangat masak dengan perangai mereka ini.

Ibaratkan seorang budak kecil berumur 3 tahun datang membawa berita kepada anda bahawa 'ada zirafah di belakang rumah anda'. Tentu sekali anda sukar mempercayainya kerana budak kecil berumur 3 tahun siapalah nak percaya cakapnya kalau melibatkan hal yang agak fantasi begini? Namun sekiranya datang seratus budak kecil berusia 3 tahun datang membawa berita yang sama, tak banyak sikit tentu akan membuatkan anda ingin melihat bukan? Tapi percayalah, tiada zirafah di belakang rumah anda!

Inilah taktik yang dilihat sangat berkesan dimainkan oleh blogger-blogger UMNGOK bagi menyebarkan propaganda secara perlahan-lahan. Sekali lagi ReJaM© menyeru kepada blogger-blogger dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menyusun koordinasi Blog-blog mesra PR Senjata tajam ini jangan dibiarkan tumpul!





ReJaM© "Bersatu teguh bercerai roboh! Budak darjah satu pun tau pepatah ni!"

Ketua Menteri makan nasi bungkus je ke?

Posted: 13 Dec 2010 10:05 PM PST



Itu dia gambar Ketua Menteri Pulau Pinang sedang makan nasi bungkus semasa konvensyen DAP baru-baru ini. Inilah dia wajah Ketua Menteri yang digembar-gemburkan sebagai anti-Islam oleh penyokong UMNO dan Barisan Nasional. Inilah dia wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan telah menyelewengkan jutaan ringgit duit rakyat. Inilah juga pemimpin Pakatan Rakyat yang dikatakan anti-Melayu.








ReJaM© "Takkan hidangan VIP pun takda dalam konvesyen DAP?"

Guru Agama dapat RM100, Kakitangan awam RM800

Posted: 13 Dec 2010 09:11 PM PST

Semua 1,376 guru kelas agama fardhu ain (KAFA) di Pulau Pinang akan menikmati pembayaran khas RM100 sempena Maal Hijrah bermula minggu ini.

azlanSelain bayaran khas kepada guru KAFA itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebelum ini juga mengumumkan 7,812 anggota perkhidmtan awam Pulau Pinang akan mendapat bayaran bantuan khas sekolah sebanyak RM800.

"Penerimaan RM800 oleh anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.

"Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini," kata Lim dalam satu kenyataan akbar.

"Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam. Dan saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi," katanya.

NONEMenurut Lim, pembayaran berkenaan datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.

Pembayaran RM800 setiap orang itu, katanya melibatkan RM 6.25 juta, yang telahpun dibayar kepada pada 1 Disember 2010

"Penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.

"Sumbangan yang diberikan ini melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI)," katanya.

NONEKatanya lagi, bantuan khas itu juga diberikan kepada semua kakitangan awam, termasuk kumpulan pengurusan tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku jawatan utama dan gred khas.

"Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua. Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini," katanya.






ReJaM© "Wow dapat duit lebih orang Pulau Pinang ni, bolehla belanja makan!"

Kanak-kanak 3 tahun tersekat dalam mesen basuh

Posted: 13 Dec 2010 08:49 AM PST


Seorang kanak-kanak di China telah tersangkut di dalam sebuah mesen basuh ketika bermain permainan sembunyi-sembunyi. Kanak-kanak malang itu dikatakan masuk ke dalam mesen basuh tersebut untuk bersembunyi.

Kanak-kanak berusia 3 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Chaofan, akhirnya berjaya diselamatkan apabila bomba menggergaji drum plastik yang menyebabkan kanak-kanak itu tersekat.


Chaofan Dikatakan sedang bermain permainan sembunyi-sembunyi bersama dengan ibunya. Kanak-kanak itu kemudiannya memanjat masuk ke dalam mesen basuh untuk bersembunyi di dalamnya. Namun tiba-tiba dia dikatakan menjerit meminta tolong apabila menyedari dirinya tersangkut dan tidak dapat memanjat keluar dari mesen basuh tersebut.

Sumber: Chinadaily




ReJaM© "Macam-macam hal...!"

Bukti DAP semakin memahami Islam

Posted: 13 Dec 2010 07:46 AM PST



Nampaknya Kerjasama antara PAS dan DAP sudah menunjukkan tanda-tanda positif. Niat PAS sperti kata Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk mendekatkan diri kepada orang bukan Islam bagi memberikan kefahaman tentang Islam semakin jelas apabila Parti yang dikatakan anti Islam itu semakin terbuka penerimaannya terhadap Islam.

Ini dibuktikan dengan sejarah yang dicipta buat julung-julung kalinya apabila doa dibacakan pada konvensyen DAP seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

Konvensyen DAP Pulau Pinang 2010 yang berakhir semalam menempa sejarah tersendiri apabila bacaan doa berkumandang buat pertama kalinya dalam sebuah persidangan parti yang berusia 44 tahun itu di Pulau Pinang, yang selama ini diuar-uarkan sebagai parti cauvinis perkauman.

Bacaan doa selama lebih kurang empat minit itu dipimpinkan oleh Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar yang turut menegaskan bahawa Islam adalah untuk semua umat manusia tanpa mengira kaum, fahaman politik mahupun darjat.

Dalam ucapan ringkasnya sebelum membaca doa tersebut, Yaacob berkata, tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak untuk membaca doa dalam majlis yang kebanyakannya dihadiri oleh bukan Islam kerana ajaran Islam itu membawa kebaikan kepada semua yang mengamalkannya. - Malaysiakini



ReJaM© "Bagus DAP cerdik cepat paham Islam, MCA dan MIC masih tak paham-paham lagi!"

Benih suami atau isteri tentukan jantina bayi?

Posted: 13 Dec 2010 07:04 AM PST

Artikel ini mungkin memberikan sedikit panduan kepada pembaca di luar sana sama ada yang sudah berkahwin mahupun belum. Kali ini saya ingin membincangkan tentang kejadian jantina bayi di dalam rahim ibu. Tentu sesekali anda pernah terfikir, benih suami ataupun isteri yang menentukan jantina bayi? Dan saat bilakah ia ditentukan?

Melalui ilmu genetik, ilmu sains moden telah menjelaskan tentang penentuan jantina bayi hasil kajian benih manusia. Saya kira semua pembaca dapat memahami konsep sains di dalam artikel ini kerana saya sekadar menggunakan ilmu sains Sekolah Menengah iaitu di dalam sukatan mata pelajaran sains di bawah topik Persenyawaan dan Pembiakan yang diajarkan sewaktu Tingkatan 3.

Sel-sel pembiakan lelaki dan wanita

Terdapat 2 jenis sel pembiakan (sperma) bagi lelaki. Dua jenis sperma ini dihasilkan di organ pembiakan lelaki membawa 2 jenis faktor genetik yang digelar X ataupun Y. Setiap sperma ini hanya membawa satu jenis faktor penentuan jantina iaitu sama ada X ataupun Y.


Manakala sel pembiakan wanita (ovum) pula, hanya memiliki satu jenis faktor penentuan jantina iaitu digelar faktor X. Inilah satu-satunya benih yang dihasilkan di dalam sistem pembiakan wanita.


Semasa proses persenyawaan, jutaan sperma dari lelaki yang terdiri daripada sperma-sperma yang membawa faktor X atau faktor Y masing-masing akan menghampiri ovum untuk menjalani proses seterusnya dan menghasilkan bayi. Di dalam proses persenyawaan yang normal, hanya satu daripada jutaan sperma-sperma ini yang akan berjaya menembusi ovum dan terpilih sebagai sperma paling kuat 'strong' untuk disenyawakan dengan ovum.

Maka faktor Y atau X daripada benih lelaki akan bergabung dengan satu-satunya faktor X yang terdapat pada benih perempuan. Sekiranya faktor Y dari sperma yang bergabung dengan faktor X pada ovum, maka kelak bayi lelaki akan terhasil dengan gabungan XY ini. Sebaliknya bayi perempuan akan terhasil dengan gabungan XX.

Penjelasan ringkas ini menunjukkan bukti bahawa jantina bayi sama ada lelaki mahupun perempuan adalah ditentukan oleh benih yang dipancarkan dari lelaki. Ini kerana benih yang dipancarkan ini menawarkan pilihan sama ada faktor X atau faktor Y untuk bergabung dan disenyawakan di dalam ovum yang hanya menyediakan faktor X. Sebaliknya ovum hanya menunggu benih yang dipancarkan sebelum jantina bayi dapat ditentukan.

Satu lagi pengertian dari penjelasan ini ialah, jelas sekali di sini, jantina bayi manusia ditentukan semasa benih dipancarkan iaitu bergantung kepada sperma sama ada membawa faktor X atau Y.

Teringat saya kepada kata-kata pensyarah semasa mempelajari subjek genetik di semester satu di universiti dahulu, "For those husbands-to-be, dont ever blame your wife for undesired sexs of your babies!".

Bertitik tolak dari bapa ilmu genetik dunia, Johan Greagor Mendel, terima kasih kepada kemajuan ilmu genetik dan sains moden, dengan adanya microskop elektron yang berharga jutaan ringgit ditambah dengan para penyelidik yang sanggup menghabiskan masa serta puluhan ribu ringgit untuk melanjutkan pelajaran ke universiti maka struktur kromosom yang membawa faktor X dan Y dapat dikaji dengan teliti bagi mengesahkan bahawa suamilah yang menentukan jantina bayi hasil perkongsian hidup di dalam sesebuah perkahwinan.


Namun apa yang menarik di sini, tanpa mikroskop elektron, tanpa ilmu genetik moden, tanpa rujukan dan bimbingan daripada ilmuan yang bijak pandai. Junjungan besar nabi kita Rasulullah S.A.W yang tidak pandai membaca (ummi') telah menjelaskan tentang konsep penentuan jantina ini di dalam sepotong ayat ringkas dari Al-Quran secara tepat dan padat.

"Dan Dialah (Allah) yang menciptakan pasangan-pasangan lelaki dan perempuan (jantan dan betina) daripada nutfah (benih) sewaktu ianya dipancarkan"
[Surah An-Najm 53:45-46]


Di sini saya ingin melanjutkan lagi pemahaman ini kepada tambahan sistem penentuan jantina untuk organisma-organisma yang lain. Sebagai contoh selain sistem XY pada manusia, terdapat system ZW pada burung, sistem haplo-diploid pada lebah dan sistem X-O pada serangga tertentu di dalam menentukan jantina generasi organisma-organisma tadi. Setiap satu daripada sistem-sistem ini mempunyai konsep yang serupa dengan system XY pada manusia iaitu jantina anak adalah ditentukan oleh 'benih yang dipancarkan'.

Anda boleh dengan mudah mengesahkan fakta menakjubkan ini melalui rujukan kepada pelbagai buku-buku genetik. Adalah jelas bahawa Al-Quran adalah firman Pencipta. Fakta ini telah berada di dalam Al-Quran semenjak 1400 tahun dahulu, sebelum Bapa Genetik Greggor Johann Mendel melalui penemuan istimewanya telah mempelopori pengetahuan Genetik kita hari ini.

Rujukan: GENETICS analysis and principles by ROBERT J.BROOKER page 64


source: http://zonfikir.blogspot.com/2010/12/benih-suami-atau-isteri-yang-menentukan.html#ixzz180KkJ9D1





ReJaM©

Taktik licik hacker amatur!

Posted: 13 Dec 2010 03:49 AM PST

Bagi pengguna-pengguna email Gmail, anda semua dinasihatkan berhati-hati dengan taktik licik segelintir penggodam (hacker) sama ada antarabangsa mahupun tempatan. Taktik terbaru penggodam menceroboh password email anda untuk menguasai email sekaligus merampas segala akaun facebook, twitter, Friendster, blog dan lain-lain milik anda.

Salah satu taktik penggodam ini ialah dengan menggoda anda memberikan maklumat password email anda kepada mereka secara tidak sedar dengan cara menghantar email yang kononnya adalah dari Google atau Gmail Team.

Awas jangan terpedaya! sekiranya anda menerima email seperti di bawah ini! Abaikan sahaja! Google dan Gmail tidak akan meminta butir-butir akaun anda kerana ia adalah melanggar syarat hak privasi anda! Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image.






ReJaM© "Sila sebarkan untuk maklumat bersama! Info ini juga berguna kepada pengguna email lain seperti Yahoo, Hotmail dan lain-lain"

Petanda PRU 13 semakin hampir umpan mula ditabur

Posted: 13 Dec 2010 03:01 AM PST



Royalti minyak bagi Kerajaan Negeri Terengganu yang dinafikan dengan bersungguh-sungguh sewaktu negeri itu jatuh ke tangan pembangkang kali ini mula dijadikan umpan bagi meraih sokongan rakyat Terengganu untuk Barisan Nasional. Seperti biasa royalti Kelantan pula akan terus dinafikan memandangkan BN sukar merampas negeri itu.

Kalau rakyat Terengganu bijak, tak perlu nak undi BN untuk dapatkan royalti bagi Negeri Terengganu. Biar pun PR menang pada PRU 13 di Negeri Terengganu akan datang, laporan akhbar ini senjata terbaik untuk menghentam kerajaan pusat kalau mereka (BN) masih memegang Malaysia pada masa itu.

Namun sekiranya PR yang memegang Malaysia apabila menang PRU 13 nanti. Rakyat Terengganu tak perlu lagi bersusah payah, kerana sudah tentu Royalti Minyak akan jadi hak Terengganu!

Namun ini semua jelas sekadar umpan Barisan Nasional untuk rakyat Terengganu! Andai kata BN menang nanti di Terengganu, jangan haraplah nak dapat Royalti tu. Tak percaya? Kita tunggu dan lihat! Sejarah lalu jadikan pengalaman!



ReJaM© "Umpan dah pasang, Pancing sudah sedia dilontar, PRU semakin dekat! Just around the corner! Selewat-lewatnya di awal April 2011!"

Ahli sejarah jumpa simbol-simbol dalam mata Monalisa

Posted: 13 Dec 2010 02:36 AM PST


Ahli pengkaji sejarah seni kini sedang menyiasat misteri disebalik 'Da Vinci Code' yang sebenar selepas mereka menui nombor-nombor dan huruf-huruf yang dilukiskan di dalam mata pada lukisan Monalisa yang sukar difahami (enigmatic).

Hasil karya Agung berusia 500 tahun yang dihasilkan oleh Leonardo Da Vinci itu telah sekian lama menjadi sehingga ke hari ini, identiti wanita dengan senyuman menggoda itu yang langsung tidak dapat disahkan dengan tepat.

Lukisan itu juga telah dimuatkan di dalam Dan Brown blockbuster The Da Vinci Code, yang telah ditayangkan menjadi sebuah filem lakonan Tom Hanks, di mana wataknya sebagai orang yang mentafsirkan mesej-mesej rahsia yang tersembunyi di dalam lukisan Monalisa dan hasil-hasil kerja lain oleh Da Vinci termasuklah The Last Supper.



Kini Jawatankuasa Warisan Budaya Itali telah mendedahkan bahawa dengan membesarkan image yang memiliki resolusi tinggi maka nombor dan huruf pada lukisan mata Monalisa dapat dilihat.

Hari ini Silvano Vinceti, presiden jawatankuasa tersebut berkata: 'Pada pandangan kasar, simbol-simbol tersebut tidak kelihatan namun dengan menggunakan kanta pembesar ia boleh dilihat dengan jelas'

Pada mata kanannya muncul huruf-huruf LV yang mungkin boleh difahami sebagai nama pelukisnya Leonardo Da Vinci sementara pada mata kirinya juga terdapat simbol-simbol namun tidak begitu jelas pengertiannya.

Sangat sukar untuk menentukan simbol tersebut secara jelas namun ia kelihatan seperti huruf-huruf CE atau mungkin juga huruf B - anda harus sedar bahawa lukisan ini sudah berusia hampir 500 tahun, maka ia tidak akan setajam dan sejelas seperti semasa ia mula-mula dilukiskan.

"Manakal pada lengkungan jambatan di latar belakang boleh dilihat nombor 72 atau ia mungkin huruf L dan nombor 2."

Mr Vinceti, yang telah berlepas ke Paris untuk memeriksa lukisan di galeri Louvre di mana ia dipamerkan, menjelaskan bahawa di dalam siasatan ala Dan Brown yang sebenar, hal ini mula menjadi misteri apabila salah seorang anggota jawatankuasa rakan Luigi Borgia menemui senaskah buku lama yang berhabuk di sebuah kedai antik.

Buku berusia 50 tahun itu menggambarkan bagaimana mata Mona Lisa penuh dengan pelbagai tanda dan simbol-simbol dan dia menambah: 'Kami masih di awal penyiasatan ini dan kami berharap akan dapat mengorek lebih dalam terhadap misteri ini dan mendedahkan butir-butir lanjut secepat mungkin.

'Sungguh menakjubkan apabila tiada seorang pun menyedari simbol-simbol tersebut sebelum ini dan berdasarkan siasatan awal yang dijalankan kami yakin ini bukan satu kesilapan dan ia simbol-simbol ini sememangnya telah diletakkan dengan sengaja oleh pelukis'.

Mr Vinceti, merupakan sebahagian daripada kumpulan yang meminta pihak berkuasa Perancis bagi memohon kebenaran untuk mengorek jasad Da Vinci dari kuburnya dalam Istana Amboise, yang terletak di Loire Valley.

Mereka mahu melihat sama ada tengkorak pelukis masih ada di siru supaya mereka boleh cuba untuk membina semula gambaran wajahnya dan membandingkan sama ada Mona Lisa adalah potret wajah pelukis itu sendiri seperti yang dipercayai oleh orang ramai.

Segelintir pengkaji sejarah percaya bahawa Da Vinci merupakan seorang homoseksual dan dan suka berteka-teki menyebabkan ia melukis gambar dirinya sendiri sebagai seorang wanita sementara teori lain menyatakan sesungguhnya Monalisa adalah Lisa Gheradini, isteri kepada saudagar atau mungkin juga adalah ibu pelukis itu sendiri.

Enam bulan lalu, kisah Encik Vinceti termuat di tajuk-tajuk utama akhbar apabila beliau menemui tulang belulang pelukis zaman Renaissance Michelangelo Merisi, yang juga dikenali sebagai Caravaggio di Porto Ercole di persisir pantai Tuscan Italy.

Sumber: Zon Fikir



ReJaM©

Comments (0)