Followers

Nuffnang

Biaqpila

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:25 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Biaqpila


Surat Terbuka Buat Pengadil M'sia vs China

Posted: 13 Nov 2010 02:00 PM PST

An Open Letter to Ben Williams, Aussie referee





  Ben Williams doing what he does best...




Benjamin Jon Williams,

Aussie outback,

Australia continent.



Dear Mr Williams,



RE: Asian Games - China v Malaysia



I hope this  letter reaches you in the finest of health so that you can continue to make a mockery of the beautiful game.



Allow me to introduce myself. My name is Rizal Hashim, a former journalist with the Malay Mail, an English tabloid known for its no-holds barred commentaries and analyses (those days are gone, however). Before I proceed, I must insist that I believe in objectivity and seldom allow myself to be swayed by sentiments or emotion.



However I cannot help but put your refereeing ability into question based on the way you conducted the China-Malaysia tie in the ongoing Asian Games in Guangzhou, where two Malaysian players were given the marching orders in the 27th minute.



The perception was that you were out to facilitate China's entry to the knock-out stages.



I suggest you study the footage of the game.



You would then notice that:



# A few seconds into the game, Malaysian right back Mahali Jasuli was fouled. Not only you refused to blow the whistle, you gave advantage to China. Subsequently Mahali's two-footed lunge was rewarded with a yellow card, with less than three minutes into the game.



# When Mahali lost his composure and kicked the ball away, it was because he felt a sense of injustice as it should have been Malaysia's throw in.



# Now, was Malaysian captain Safiq Rahim spewing obscenities Down Under style that you would be so quick on the draw, brandishing a straight red card seconds after giving Mahali the marching orders? Two players being sent-off simultaneously? Virtually unheard of in these parts...but in A-League, there's every possibility it happens on a weekly basis.



From thereon, the game was no longer being held on a level playing field.



S. Kunanlan's second yellow card? It was neither a life-threatening tackle, a tackle from behind or a karate lunge ala Nigel de Jong. But he became the third player to be given the red card and you duly rewarded China a penalty, how convenient. The 3-0 result became immaterial.



Perhaps Mr Gary Power, the biggest influence in your career and a one-time Asian Football Confederation director of referees, could admonish you in private. Or better still, I hope the match commissioner in tonight's game, Kul Sophana from Cambodia, would have the moral courage to take note of your incompetence and make the necessary recommendation.



In the interim Mr Williams, please consider sticking to teaching. It will serve the rest of the world better! But I would not be surprised if your name is shortlisted for the AFC Awards, if not this year, next year!



Oh before I forget, a friend of mine Syazwan Marzuki, reminded me of the fact that you were also the referee when Malaysia were given a hiding by UAE in early 2009, a loss which drew the infamous "M-League is not football" by coach B. Sathianathan. Read here. I sure hope you have nothing against Malaysia, Mr Williams.





Kind regards,



Rizal Hashim



P/S To my fellow Malaysians, coach K Rajagobal and his boys, I salute you.

rizalhashim


Keputusan Bolasepak Sukan Asia 2010 (13/11/10)

Posted: 13 Nov 2010 08:00 AM PST

Live : Stoke vs Liverpool

Posted: 13 Nov 2010 04:56 AM PST

Tidak Patriotik: Muhyiddin Perlu Nasihati Diri Sendiri

Posted: 13 Nov 2010 04:00 AM PST


SHAH ALAM 12 NOV: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin perlu menasihati diri sendiri dahulu sebelum menasihati orang lain, kata Datuk Seri Chua Jui Meng.

Chua yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan nasihat Muhyiddin itu kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melabel orang bukan Melayu sebagai tidak patriotik kerana enggan menyertai Angkatan Tentera Malaysia.

"Seorang yang ekstrem nak menasihat seorang yang ekstrem yang lain, nasihatkan diri dululah. Orang bukan Melayu bukan bolasepak, bila-bila awak nak tendang kita,awak tendang. Dia (Muhyiddin) tak tentu arah kadang-kadang baik dengan orang bukan Melayu dan pada masa yang sama dia ekstrem, tidak konsisten," katanya ketika dihubungi TV Selangor.

Ketika membuat seruan itu, Muhyiddin Yassin berkata penjelasan itu penting bagi membetulkan keadaan.

"Saya tidak membaca atau tidak berada di Parlimen (waktu itu) tetapi daripada kenyataan yang terkeluar dan reaksi daripada beberapa pihak, mungkin Datuk Zahid perlu membuat penjelasan yang sebenarnya dan apa pendirian perkara itu.

"Bagi kita, kita tidak melihat keadaan sebegitu, kalaupun tidak ada penyertaan, saya fikir kita tidak seharusnya mempertikai kesetiaan mana-mana pihak yang menjadi rakyat (negara ini) sama ada Melayu, India, Cina...mungkin ada sebab-sebab yang lain," kata Muhyiddin.

Bagi bekas Menteri Kesihatan itu, Umno keterlaluan dalam pemahaman terhadap kaum dan agama.

"Ramai masyarakat bukan Melayu sudah naik marah, mereka tidak puas hati dengan orang yang jadi menteri dalam jemaah menteri tetapi pendapatnya bercanggah dengan rukun-rukun negara dan sumbangan orang Tionghua, orang India terhadap negara ini," katanya lagi.

Tambahnya, dalam perlembagaan negara jelas menyatakan semua orang adalah samarata di mata undang-undang.

"Bila nak buang undi, nak undi daripada kita, buat baik dengan kita, kita bukan bolasepak," jelasnya.

Zahid dalam jawapannya di Dewan Rakyat bagi membalas kritikan terhadap dirinya berkata faktor-faktor rendahnya penyertaan bukan Melayu dalam angkatan tentera dibuat berdasarkan dapatan kaji selidik ilmiah.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang menyifatkan beliau tidak sensitif dan mempertikai kesetiaan dan integiriti kaum bukan Melayu kerana beliau tidak pernah menyatakan begitu mahupun berniat atau bermaksud berbuat demikian.




tvs


Live : Malaysia vs China (Bolasepak Sukan Asia 2010)

Posted: 13 Nov 2010 03:12 AM PST



LIVE STREAMING MALAYSIA vs CHINA
13/11/2010
7 PM

KRONOLOGI:
Min 27: MALAYSIA BERMAIN DENGAN 9 0RANG( MAHALI,SAFIQ DIBUANG PADANG OLEH PENGADIL YANG KONTROVERSI)
Min 62: MALAYSIA 0-1 CHINA (GOL HASIL SEPAKAN PERCUMA)
Min 65: MALAYSIA 0-2 CHINA (GOL HASIL SEPAKAN PERCUMA)
Min 82: MALAYSIA 0-3 CHINA (PENALTI: S.KUNALAN KAD MERAH,MALAYSIA BERMAIN DENGAN 8 0RANG SEHINGGA TAMAT PERLAWANAN).

PERLAWANAN TAMAT

MALAYSIA 0 - 3 CHINA





Hari ini saya keluar Keadilan,esok UMNO akan sambut perayaan korban lebih awal daripada Hari Raya Haji....

Posted: 12 Nov 2010 11:00 PM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno-Barisan Nasional menerusi agen propagandanya, Utusan Malaysia kini cuba mencetuskan krisis dan suasana tegang dalam parti setelah segala usahanya untuk memfitnah dan mentohmah pemimpinnya menemui kegagalan. Kata Anwar antara usaha tersebut adalah seruan agar beliau dan Naib Presiden, Azmin Ali mengundur daripada parti yang dibuat oleh individu tertentu dalam KEADILAN atas dakwaan beliau dan Ahli Parlimen Gombak itu punca kepada segala masalah dalam parti.

"Kalau saya umum hari ini, dengan ini saya Anwar mengisytiharkan keluar daripada KEADILAN' Umno akan buat kenduri besar-besaran esok. Malah mereka akan sambut perayaan korban lebih awal daripda Hari Raya Haji," Anwar berseloroh di depan lebih 1,000 penyokong di majlis ramah mesra anjuran KEADILAN Cabang Simpang Renggam semalam. Dalam nada yang lebih serius Anwar menyakinkan kepada anggota parti bahawa segala usaha dan komplot tersebut tidak akan berjaya.

Anwar berkata media Umno seperti Utusan Malaysia tidak berhenti-henti menyerang KEADILAN dan juga pemimpin Pakatan Rakyat kerana mereka mengetahui potensi besar yang ada pada Pakatan Rakuyat untuk menubuhkan kerajaan persekutuan selepasd PRU-13 nanti.

"Apa yang mereka tidak serang. Utusan kata saya mula-mula agen Amerika, lepas tu agen Yahudi, kemudian agen Hindu, lagi agen Cina. Jadi sekarang ni Anwar dah jadi macam agen 007 James Bond," beliau ketawa.Beliau menambah Umno-BN melalui jentera media mereka juga memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti-Melayu, juga Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kerana memberi geran tanah kepada rakyat Cina miskin dan seterusnya menuduh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengamalkan rasuah.

"Apabila Umno tuduh Tok Guru Nik Aziz rasuah, saya tahu Umno-BN sudah sampai ke penghujung modal mereka untuk memfitnah. Sudah tidak ada apa lagi yang mereka ada jadi mereka cuba sabotaj KEADILAN sekarang dari dalam," jelas Anwar.

"Semasa saya dalam kerajaan dan pernah memegang jawatan sebagai Pemangku Perdana Menteri, semua tokoh-tokoh kaya yang berpangkat daripada Datuk, Datuk Seri, Tan Sri, Tun mengelilingi saya dan angguk kepada semua kata-kata saya tetapi selepas saya dipenjarakan, dipukul setengah mati, ditelanjangkan satu satu panggilan kepada Azizah untuk bertanyakan khabar anak-anak pun tidak ada daripada orang seperti ini.

"Siapa yang bantu perjuangan saya, mereka yang tinggal Kampung Kerinci yang setiap malam memasak nasi dan memberi air kepada penyokong, pemandu teksi yang membawa penyokong ke rumah saya tanpa meminta wang tambang dan rakyat biasa yang berkorban tanpa meminta apa-apa pembalasan. Mereka inilah sebenarnya tunggak kekuatan menegakkan keadilan di negara ini.

source:suara keadilan online



alditta


Hadiah Coli Untuk Pelancong

Posted: 12 Nov 2010 08:00 PM PST



2010/11/12

TOKYO: Sebuah syarikat pembuat pakaian dalam Jepun mengalu-alukan kedatangan pelawat dalam suasana intim, sepasang coli 'Selamat Datang ke Jepun' lengkap dengan ucapan dalam tiga bahasa.

Pakaian dalam berwarna biru separas dada oleh Triumph itu direka untuk mempromosi pelancongan dan mempunyai pemegang di bahagian perut yang memaparkan imej destinasi utama pelancongan seperti Gunung Fuji. Skirt berpadanan yang diselak memaparkan peta Jepun.

Butang pada pakaian itu apabila ditekan memainkan mesej menyatakan 'Selamat Datang ke Jepun' dalam bahasa Inggeris, Korea atau Cina. – Reuters



Cara mengajar media talibarut Umno, RTM dan TV3

Posted: 12 Nov 2010 05:00 PM PST


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Ramai wartawan yang hadir ke sidang media Menteri Besar Kedah selepas mesyuarat mingguan Exco terpinga-pinga apabila, Dato' Seri Azizan Razak menunjukkan keberangannya kepada RTM dan TV3.

Beliau betul-betul marahkan RTM dan TV3 yang telah menyiarkan laporan bohong kononnya kerajaan negeri 'lembab dan berlepas tangan' dalam menangani isu banjir besar yang melanda Kedah.


Bermula dari Menteri Besar, pegawai-pegawai dan seluruh kakitangan kerajaan negeri semuanya geram dengan laporan jahat oleh kedua-dua media talibarut BN yang membuat tohmahan tidak berasas bahawa mereka hanya 'berpeluk tubuh' dalam menanganai isu banjir, walhal semua agensi kerajaan bertungkus lumus siang dan malam membantu mangsa banjir.

Sewaktu menanti keberangkatan tiba Tuanku Sultan Kedah ke pusat penempatan mangsa banjir Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti baru-baru ini, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Syed Unan Masri telah mengherdik para pemimpin BN negeri yang mengeluarkan tohmahan tidak berasas tersebut.
Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung dan ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah adalah antara yang tersipu-sipu terkena 'semburan' bekas orang penting pentadbiran negeri itu.
RTM dan TV3 sangat melampau dalam laporan isu banjir. Laporan banjir mereka penuh dengan propaganda untuk memburukkan kerajaan negeri. Orang ramai yang ditemuramah semuanya adalah orang Umno dan setiap percakapan mereka telah telah diprogramkan terlebih dahulu.

Seorang mangsa yang ditemubual media talibarut BN itu memberitahu bahawa tiada langsung bantuan dari pihak Negeri atau PAS, walhal di sebalik tabir wakil rakyat PAS menghulurkan hamper hingga ke pintu rumahnya. Mungkin dia tidak kenal wakil rakyat, tapi mustahil dia tak kenal simbol bulan yang terpampang dibungkusan barang yang diterimanya.

Seorang makcik yang ditemuramah memberitahu kononnya kerajaan negeri hanya memberi bantuan kepada penyokong 'mereka'. Maksudnyanya tentulah penyokong PAS atau Pakatan Rakyat. Walhal, kakitangan kerajaan negeri tidak kenal pun mangsa itu Umno atau PAS sewaktu menjalankan tugas. Semuanya diberi sama rata.

Seorang Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) sekitar kampung Pulau Timbul, Jitra melahirkan kekesalan media talibarut BN yang melaporkan kononnya pihak kerajaan negeri dan PAS tidak nampak batang hidung di musim banjir.

"Kami (MKK PAS) yang membuka pos memasak makanan setiap hari dari hari awal banjir melanda. Datuk Johari Baharum (Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani) dan Datuk Zaini Jakpar (ADUN Bukit Kayu Hitam) antara yang mai makan di tempat kami dan dia pun tahu kami orang PAS, tiba-tiba media laporkan PAS tak pedulikan mangsa banjir…" keluh Pengerusi MKK tersebut kecewa.

Chor Chee Heung menuduh Menteri Besar mula menangani banjir di hari kelima, padahal tindakan membantu mangsa banjir bermula pada 1 November, hari pertama banjir mula melanda Daerah Padang Terap.
Sewaktu banjir berada di kemuncak Ustaz Azizan langsung tidak pulang ke rumah, bergerak awal pagi menangani banjir dan pulang lewat malam selepas melawat ke pusat-pusat penempatan banjir.
Macam mana beliau hendak pulang ke rumah kerana rumahnya di Jalan Sultanah turut dinaiki air ke paras lutut di dalam rumah. Lebih 20 tempat mangsa banjir dilawatinya. Datuk Seri Mahdzir Khalid yang lebih muda darinya sewaktu jadi Menteri Besar dulupun tidak mampu berbuat demikian.

Lima Exco kerajaan negeri di mana kawasan DUN mereka terbabit dengan banjir. Mereka dan ADUN Pakatan yang lain bekerja sepenuh masa menangani masalah rakyat ketika banjir.
Hampir semua program dan mesyuarat dibatalkan untuk memberi tumpuan kepada banjir. Ada wakil rakyat PAS yang tidur di pusat penempatan. Jentera kerajaan negeri pun begitu. Semua jenteranya digerakkan hingga ke tahap maksimum. Pejabat Daerah, Majlis Bandaraya Alor Setar, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, SADA, semua agensi kerajaan negeri dan sebahagian GLC bekerja 24 jam.
Rakyat yang tidak buta mata dan hati nampak dengan jelas peranan kerajaan negeri.

Apabila tiba-tiba media talibarut BN menuduh wakil rakyat PAS dan kerajaan negeri hanya berpeluk tubuh maka ia adalah tuduhan yang sangat jahat. Hamburan kata-kata kasar dari seorang Menteri Besar masih dikira lunak berbanding kerja terkutuk yang RTM dan TV3 lakukan.
Melalui kerja berbohong dan memfitnah itulah, wang gaji diperolehi diguna untuk menyuap makanan ke mulut anak isteri. Alangkah hina. Mereka Perbuatan mereka, macam pelacur yang menjual maruah untuk menyara kehidupan.

Sesekali mungkin kita hairan apakah golongan seperti itu tidak kenal atau tidak takut akan dosa pahala. Pembohongan yang dibuat sampai ke seluruh pelosok dunia. Selagi ada orang yang mempercayai, semakin besarlah dividen yang diperolehi dari saham yang dilaburkan.

Soalan kedua, jika mereka tidak pedulikan pun soal halal haram sekalipun, apakah media-media talibarut BN ini tiada rasa simpati langsung terhadap pihak yang dibuli mereka siang malam. Tidak henti-henti memfitnah PAS, kerajaan dokongannya serta Pakatan Rakyat.

Sudah acapkali saya menulis, orang bertanya soalan ini samalah dengan pihak yang bertanya rejim Zionis, apakah tiada langsung rasa simpati mereka terhadap umat Palestin yang dizalimi tanpa henti.
Kesimpulannya, kalau mahu menyuruh media-media talibarut BN seperti RTM dan TV3 ini berhenti dari membuli pihak Pakatan Rakyat menggunakan kuasa media maka samalah macam menyuruh Israel berhenti membuli Israel dengan kuasa senjatanya.
Hati mereka seolah-olah tertutup untuk bersimpati terhadap pihak yang mereka fitnah saban hari.

Soalnya, apa pilihan yang ada pada Pakatan Rakyat? Memaki hamun hanya memberi kepuasan sementara, tetapi tetap terus juga memfitnah atau melakukan propaganda.
Tindakan yang wajar ialah saman. Bekas Presiden PAS, Almarhum Dato' Fadzil Noor, Presiden kini Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden Dato' Mahfuz Omar adalah antara pemimpin PAS yang pernah menang saman terhadap media-media pemfitnah ini.
Media talibarut BN ini sangat melampau dan mesti diajar secukupnya.

DD

Comments (6)

Hi theгe, I deѕirе to subscribe for this wеbsite to obtaіn mоst up-to-date updаtes, so where can i do
it pleаse hеlp.

Feel freе tо visit my web site; loans for bad credit

You reallу maκe іt sеem ѕo eаsy with your pгesеntation but I finԁ this mаtteг to be
actuаlly something that Ι think I would never
unԁеrstand. It seems too complеx and νery bгoаd for me.

I'm looking forward for your next post, I will try to get the hang of it!

My web-site :: payday loans

Lіnk exchange is nοthing else hоωеver it
is simply plаcing the οther pеrson's weblog link on your page at appropriate place and other person will also do similar in support of you.

my blog post :: short term loans

Ні thеre, ѕimρly becοme
aware οf your ωeblοg thru Google, and locatеԁ that
it's really informative. I'm gοіng
to be careful for brussels. ӏ'll appreciate in case you continue this in future. A lot of people will probably be benefited from your writing. Cheers!

Take a look at my blog payday

ӏ loνeԁ as much as you'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored subject matter stylish. nonetheless, you command get bought an impatience over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come further formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this increase.

my weblog: bad credit loan

It is rеallу a great аnd helpful
piece of info. I'm glad that you just shared this helpful info with us. Please stay us informed like this. Thank you for sharing.

Also visit my site: Same Day Payday Loans