Followers

Nuffnang

Justice For All

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:21 PTG | Posted in

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Justice For All


Menteri Korea Tawar Diri Letak Jawatan Kerana Nepotisme..Malaysia??

Posted: 04 Sep 2010 08:45 PM PDT

Ini di Korea..Menteri Letak jawatan kerana nepotisme..ambil anak perempuan bekerja dengannya di pejabat. Tapi kalau Najib, dahla bagi roswah 100 juta bagi program bodoh [ermata, pastu adiknya antara manusia paling kaya di negara ini. Memang jauh beza politik Malaysia dan negara maju..

Menteri Korea Selatan saran letak jawatan

SEOUL: Menteri Luar Korea Selatan, Yu Myung-hwan menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi mengenai tindakan mengambil anak perempuannya untuk bekerja di kementeriannya, kata satu sumber, semalam.

Yu mengusulkan cadangan itu kepada Presiden Lee Myung-bak selepas dia dituduh mengamalkan nepotisme apabila memberi anak perempuannya jawatan untuk menguruskan hal ehwal hubungan perdagangan bebas di kementeriannya.

Jurucakap presiden, Kim Hee-jung mengesahkan menerima cadangan peletakan jawatan Yu tetapi tidak mengesahkan sama ada Presiden Lee menerima usul dikemukakan Yu.

Lee yang mengarahkan pemeriksaan audit yang teliti dilakukan terhadap pelantikan itu dikatakan mungkin akan menerima peletakan jawatan Yu, lapor agensi berita Yonhap. Peletakan jawatan Yu mungkin menimbulkan kesukaran bagi kerajaan Korea Selatan yang sibuk melakukan persediaan sebagai tuan rumah Persidangan Kumpulan 20 Negara Maju dan Membangun yang dijadualkan November ini. - AP

Selesai Isu Perkauman : BN Angan-Angan Mat Jenin

Posted: 04 Sep 2010 08:04 PM PDT

Akta Hubungan Kaum? Hapuskan BTN dahulu :KL-SCAH

Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KL-SCAH) mengalu-alukan cadangan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim agar Akta Hubungan Kaum digubal untuk mengelakkan kejadian ketersasulan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan daripada berulang.

Bagaimanapun, KLSCAH menyeru agar kerajaan menyelesaikan beberapa perkara berikut terlebih dahulu:-

Pertama, hapuskan Biro Tata Negara (BTN) agar minda kakitangan awam tidak lagi diracuni.

Kedua, menandatangani International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination, 1969 daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa negara kita ikhlas dalam membanteras sebarang bentuk perkauman. Malah, kami mengambil langkah yang positif untuk memupuk kesefahaman antara kaum dengan mendidik rakyat.

Kami menyambut baik apabila Rais Yatim membangkitkan idea Akta Hubungan Kaum sekali lagi. Idea ini diketengahkan oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar pada dua tahun yang lalu (September 2008), ketika berlakunya penahanan wartawan, blogger dan pemimpin politik pembangkang di bawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri), ekoran daripada tercetusnya kontroversi kenyataan "pendatang".

Tanpa diduga, kabinet menolak keputusan penggubalan Akta Hubungan Kaum pada Januari 2009, dengan alasan bahawa perkembangan hubungan kaum adalah positif. Kini, Rais Yatim (gambar kanan) membangkitkan sekali lagi penggubalan akta tersebut, dan menaruh harapan agar pihak berkenaan melaksanakannya.

Akta ini harus berlunaskan "undang-undang anti-diskriminasi", dengan tujuan agar dasar "diskriminasi sifar" diamalkan di sektor awam dan swasta, sama ada ia bergelar Akta Hubungan Kaum mahupun Akta Kesaksamaan Kaum.

Rais Yatim menekankan bahawa "kita memerlukan satu jawatankuasa yang tetap untuk mengawal tingkahlaku kita, mengingatkan kita bahawa sesetengah perkara harus dilarang", dengan alasan bahawa "Melayu, Cina dan India adalah etnik utama yang menjadi komposisi masyarakat Malaysia".

KL-SCAH ingin menambah, bahawa akta anti-diskriminasi bukan sahaja untuk mencegah konflik masyarakat daripada berlaku, tetapi untuk menjamin kedudukan kaum minoriti, untuk mengelakkan penindasan terhadap kaum asli, wanita, buruh asing, pasangan dengan kewarganegaraan asing, orang kurang upaya dan sebagainya.

KL-SCAH menegaskan bahawa, seandainya kita benar ingin mengambil iktibar daripada kejadian ketersasulan pengetua, dan mara ke depan dari kesilapan tersebut, maka kita perlu sedar bahawa punca pokoknya bukan hanya pada pemimpin politik dan undang-undang. Kita perlu insaf dan bertaubat - dari dewan parlimen, aktiviti kempen politik sehinggalah masyarakat sivil.

Gagasan 1Malaysia yang disarankan oleh Perdana Menteri Najib Razak telah biasa kedengaran. Namun, kenyataan perkauman ektremis yang menjejaskan perpaduan masih terkeluar dari bibir -- dari Pegawai Khas Perdana Menteri, sehinggalah pengetua sekolah menengah. Mereka harus diambil tindakan tegas sebagai amaran kepada mereka yang ingin menyusul jejak mereka berdua di atas.

Malah, kandungan klip video Namewee bukan sahaja kasar dan tidak senonoh, malah sarat dengan prejudis terhadap wanita dan muslim. Sesungguhnya ia merupakan insiden yang amat menyesalkan, dan tidak patut digalakkan.

(Kenyataan media oleh Tan Yew Sing selaku Presiden Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor)

Antara Negeri-Negeri..Johor Paling Haji Bakhil

Posted: 04 Sep 2010 07:23 PM PDT

Pulau Pinang,kedah,Perlis,Selangor,Kelantan,Perak, Melaka N9,Sabah, Dah beri

Johor apa Citer? Tak der ke Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam yang berkhidmat tahun Negeri Johor

Negeri Johor yg diketahui kehebatan nya sehingga kini tiada apa-apa pengumunan tentang Bantuan Khas hari raya ini

Negeri-negeri kecil seperti kedah,perlis & kelantan boleh memberi kan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepad kakitangan negeri yg diharapkan dapat meningkatkan quality kerja dan sumbangan ini adakah pernghargaan kepada kakitangan awam negeri memasaing

Persoalanya ada Negeri Johor Darul Takzim sememangnya kini mengalami defisit kewangan yg teruk?

Sehinggakan bantuan RM500 tidak boleh diberikan kepada kakitangan awam negeri atas jasa dan kesungguhan mereka selama ini

Ribuan Rakyat Hadiri Majlis Qiamulail & Sahur Perdana Selangor

Posted: 04 Sep 2010 06:39 PM PDT

Nampaknya Selangor bakal turuti jejak Kelantan, dalam pengisian program agama. Amat menakjubkan bahawa negeri yang berbilang kaum ini, islam dapat diamalkan secara besar-besaran. Pukul 4 pagi pun, rakyat Selangor sanggup datang beramai-ramai untuk meriahkan pengisian agama ini..Nak tunggu UMNO & Khir Toyo buat macam ni, tunggu kiamatlah jawabnya..

Apapun syabas buat PR Selangor. Buat Tan Sri Khalid Ibrahim, teruskan merakyatkan pentadbiran anda. Semoga PR terus kekal menjadi pilihan rakyat Selangor.

Sumber Gambar: Ambo-Jr@TranungKiteOnline (TKO)

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

PAS Perlu Berubah - Dr Mujahid Yusof Rawa

Posted: 04 Sep 2010 05:57 PM PDT

Walau pun saya belum berkesempatan memiliki apatah membaca buku baru Dr Mujahid, Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang Dan Dinamisme, namun secara rambang saya dapat menduga fikiran yang terkandung di dalam buku terebut berdasarkan laporan media maya.

Saya yakin, pemikiran Dr Mujahid mewakili pemikiran ramai golongan muda terpelajar di dalam dan di luar PAS.Harapan yang diletak kepada buku itu ialah, semua persepsi buruk kepada PAS hasil daripada 'tindakan semasa' atau 'respon semasa' orang-orang PAS terhadap apa yang dikaitkan dengan kebiasaan dan amalan Umno dan kerajaan dapat dikikis.

Misalnya, masih ada orang PAS yang menganggap bangun menghormati lagu Negaraku adalah haram. Dalam suatu mesyuarat, saya pernah dibantah kerana mencadangkan pemakaian baju batik untuk suatu majlis PAS.

Begitu juga dengan pemakaian songkok hitam yang disinonimkan dengan Umno, tak patut dipakai oleh PAS. Semua perkara yang berkait dengan PAS mestilah berwarna hijau dan banyak lagi, meletakkan PAS seolah-olah tersisih daripada aspirasi nasional.

Contoh-contoh di atas adalah contoh-contoh kecil yang terpahat kukuh dalam kepala sebahagian ahli PAS di peringkat akar umbi. Natijahnya ialah, PAS tidak berkembang seperti sepatutnya, PAS menjadi parti ekslusif dan PAS hanya untuk orang PAS.

Malang lagi apabila semua respon biasa ahli PAS itu dikaitkan dengan Islam kerana PAS adalah parti Islam. Akhirnya Islam turut terpalit mungkin secara tidak sengaja dengan 'pendirian-pendirian' ahli-ahli PAS itu.

Kesempatan itu diambil oleh Umno untuk melabelkan orang-orang PAS dengan label ekstrim dan macam-macam lagi.

Terbaru ialah tulisan Dr Ridzuan Tee yang masih melabelkan PAS mengkafirkan perlembagaan Malaysia berdasarkan apa yang dinamakan sebagai 'Amanat Hj Hadi'.

Terus-terang saya katakan, saya bangga dengan Dr Mujahid. Walau pun apa yang ditampilkan ini bukan sesuatu yang baru, ia tetap memberi nafas baru kepada PAS.

Saya percaya ini bukan suatu kerja mudah. Tidak keterlaluan jika saya katakan, dalam kalangan pemimpin PAS pun masih ada yang berfikiran seperti orang PAS pada awal 80 an dahulu.

Kita bukan sekadar memerlukan kepandaian, tetapi juga keberanian. Saya berharap buku ini tidak sekadar menjadi sajian akademik tetapi sesuatu yang realiti.(sumber)

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Macam2 Zaman Najib..Mak Nyah Cari Tetap buat kerja Haram Walaupun Di Bulan Ramadhan

Posted: 04 Sep 2010 05:13 PM PDT

Mak nyah terdesak

KUALA LUMPUR: Terdesak mendapat wang menjelang Aidilfitri, golongan mak nyah atau pondan terpaksa menggunakan laman sembang atau sosial untuk mendapatkan pelanggan pada bulan puasa berbanding kebiasaannya di lorong tertentu sekitar ibu kota.

 

TERDESAK... Elis (kiri) dan Liz terpaksa melakukan aktiviti haram demi menyara hidup.

Tindakan itu terpaksa dilakukan kerana mereka khuatir dicekup penguat kuasa yang meningkatkan operasi pada bulan mulia ini bagi mencegah kegiatan tidak bermoral.

Seorang pondan yang ditemui Metro Ahad, Liz atau nama lelakinya, Rizduan berkata, aktiviti mereka pada bulan mulia ini lebih tersorok dan dilakukan secara senyap bagi menghormati Ramadan, tidak seperti hari-hari biasa di mana aktiviti seks mereka dilakukan secara terang-terangan.

"Kebiasaannya kami mencari pelanggan di lorong tertentu. Namun pada bulan ini pelanggan lebih mudah diperoleh menerusi 'online' sama ada laman sembang atau sosial.

"Bagaimanapun, aktiviti itu terhad pada malam hari saja. Pada siangnya, kami berpuasa seperti umat Islam lain dan enggan melakukan perkara itu. Namun, kadangkala ada juga pelanggan mahu melakukannya pada siang hari. Akhirnya, semua itu terpulang kepada kami.

"Kalau dihitung, pada hari biasa kami boleh memperoleh sekitar RM3,000 sebulan tetapi pada bulan puasa kami hanya mampu mendapat kutipan RM1,800. Cukuplah untuk kami menampung hidup membayar segala bil," katanya.

Menurut Liz, dia terdorong melakukan perkara keji itu kerana desakan ekonomi dan sukar mendapatkan pekerjaan tetap apabila kebanyakan institusi pekerjaan di negara ini tidak menggaji golongan pondan.

"Itu antara diskriminasi yang perlu kami lalui. Hakikatnya, apa yang kami lakukan bukan berdasar nafsu tetapi lebih kepada pekerjaan untuk menyara hidup.

"Secara jujurnya, saya tidak meminta berada dalam keadaan ini (pondan). Malah saya beberapa kali cuba menjadi lelaki sejati dan meninggalkan dunia pondan, tetapi tidak berjaya.

"Jadi bila dalam keadaan begini, lebih-lebih lagi kami yang berpakaian wanita, pekerjaan halal itu susah diperoleh. Mahu atau tidak, ini saja caranya untuk kami menampung kehidupan seharian walaupun pada bulan puasa," katanya.

Rakannya, Elis pula berkata, kebanyakan pelanggannya adalah pelancong, namun tidak kurang juga yang beragama Islam dan dahagakan seks luar tabii.

"Kebiasaannya pelancong yang mencari kami. Puasa atau tidak, mereka tidak peduli. Lagipun, mereka tidak tahu apa itu puasa. Memandangkan mereka sanggup membayar banyak, saya turutkan saja.

"Ada juga pelanggan yang beragama Islam. Namun jumlah mereka tidak banyak pada bulan puasa berbanding hari biasa," katanya.

Sementara itu, Pakar Psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof Dr Hussein Habil berkata, secara asasnya, perbuatan golongan pondan ini salah daripada segi agama, namun perilaku mereka juga harus dilihat daripada persepsi berbeza.

"Masalah ini sesuatu yang kompleks. Jika kita bercakap mengenai lelaki yang cenderung ke arah wanita tulen, ia digelar transeksual tetapi jika dia hanya berperwatakan lembut dan masih ada ciri-ciri lelaki, ia dipanggil transuatis.

"Tidak ada golongan ini yang meminta untuk dilahirkan sedemikian. Kebanyakannya terpengaruh daripada didikan keluarga sejak kecil.

"Malah, masalah berkaitan janin atau genetik serta hormon turut menjadi faktor mengapa mereka tidak mampu berubah menjadi lelaki tulen," katanya.

Dr Hussein berkata, ia turut berkait rapat dengan masalah psiko spiritual, kepercayaan dan sikap masing-masing.

"Bagaimanapun, mereka perlu berusaha untuk berubah kepada asal. Jangan terlalu mengikut gerak hati dan jauhkan daripada mempunyai rakan dalam golongan sama. Tidak perlu hujah atau debatan mengenai perkara ini kerana terang-terangan ia menyalahi agama.

"Jika mereka perlu mempunyai azam kuat, keinginan serta didikan agama yang mencukupi, tidak mustahil ia boleh dibendung," katanya.

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Gempar!! Khir Toyo Dapat 1 Juta Lebih Hasil Main 4D

Posted: 04 Sep 2010 03:57 PM PDT

Dalam konsep MLM atau skim cepat kaya, ada istilah 4D..Iaitu Duduk Diam Dapat Duit. Memang perniagaan jenis ni adalah perniagaan mengarut. Sebab duduk diam, dapat duit. Mana ada orang duduk diam, tiba-tiba dapat duit. Hanya pengemis je buat macam ni..ataupun kaki makan duit atas angin. Memang nampak macam rezeki haram, sebab usaha orang lain, kita yang dapat duit.

Samalah macam Khir Toyo. Memang dia main 4D. Bukan 4D Sport Toto, tapi 4D istilah MLM tadi. Kerana Khir Toyo duduk diam tak buat apa-apa, tiba-tiba dapat duit bonus 135 ribu dari PKNS. 135K bukannya sedikit. Orang bekerja 135 bulan atau 11 tahun lebih yang bergaji seribu, baru dapat 135 ribu ini. Tapi Khir Toyo, sejak dilantik pada 18 Ogos 2000 dan tumbang pada 8 Mac 2008, hampir 1 juta lebih (8 x 135k) dikutipnya hasil 4D ini. Memang dasar anak Toyo yang suka mentekedarah duit rakyat..

Sebab itulah langkah Khalid Ibrahim menolak pemberian bonus ini, satu langkah yang wajar. Kerana bukan untuk popular, tapi demi kebaikan rakyat. Memang Khalid Ibrahim pemimpin yang sejati dan berjiwa rakyat. Sebab itulah Dato Zaid Ibrahim amat menghormati Khalid Ibrahim dan hanya akan bertanding jawan Timbalan Presiden PKR jika Khalid tak bertanding. Sebab Zaid ibrahim tahu, yang Dato Khalid Ibrahim adalah pemimpin yang layak menduduki kerusi no, 2 dalam PKR itu, berbanding pencabar lain termasuk Azmin Ali

Tolak RM135,000, Pimpinan Umno BN Harus Contohi Khalid Ibrahim

SHAH ALAM 4 SEPT: Kesudian Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak pemberian insentif RM135,000 daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), harus dicontohi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN).

Mendapat pujian Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali, beliau berpendapat pemberian insentif di kalangan pengerusi mana-mana Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) harus dihentikan segera kerana ia melibatkan wang rakyat.

Khalid sebelum ini menolak insentif 135 ribu ringgit yang diberi PKNS atas kapasiti sebagai Pengerusi, kerana mahu memulangkan wang rakyat itu kepada kepada rakyat..

Beliau juga melakukan siasatan dan mengarah supaya garis panduan pemberian insentif dirangka bagi mengawal amalan pentadbiran pimpinan Umno Barisan Nasional sebelum ini.

Perbincangan garis panduan akan dibentang pada mesyuarat Exco minggu depan, seterusnya dibawa ke sesi Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya takut rakyat marah tapi MB (menteri besar) menolak. Ini dengan tajuk dalam akhbar, khalid tolak 100 ribu, ini saya rasa very powerful pada saya.

"MB menolak bonus yang diberi selaku pengerusi. Ini langkah yang baik dan saya alu-alukan. Kalau saya pun akan tolak, pada saya ini wang rakyat, harus diberi kepada rakyat," katanya.

Kesudian Khalid Ibrahim memulangkan pemberian insentif ini jauh berbeza dengan amalan mewah yang sebati dengan pentadbiran Datuk Seri Mohamad Khir Toyo ketika masih berkuasa.

"Kalau dilihat amalan kerajaan lalu, khususnya di bawah Khir Toyo, ini amalan biasa. Ambil RM135,000, RM200,000 pergi shooping (beli-belah) luar negara, bawa isteri, anak dan orang gaji - itu yang saya dengar.

"Itu tidak berlaku dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kita begitu prihatin dan membincangkan secara terperindi laporan kewangan dan bentang kepada perbendaharaan negeri dan bawa kepada exco.

"Dalam exco, kami berbincang untuk menguntungkan rakyat, kelulusan akan diberi. Jika merugikan rakyat, menguntungkan beberapa individu dan berkepentingan sendiri tidak akan lulus," katanya lagi./TVSelangor

Menyamun Guna skuter Rempuh Kedai

Posted: 04 Sep 2010 02:00 PM PDT

4 penyamun berskuter larikan beg eksklusif

LONDON: Sekumpulan penyamun berskuter memecah masuk gedung beli-belah Vivienne Westwood dan melarikan sejumlah beg tangan mahal.

Menurut polis, empat pencuri itu menaiki dua skuter dan merempuh pintu premis itu di West End dan melarikan beg dianggarkan RM3,840 setiap satu. - AP

Mengarut Betul Orang Zaman Sekarang

Posted: 04 Sep 2010 12:00 PM PDT

Kekasih Patung Ganti Kekasih Manusia: Bengang punya Pasal

Tempah patung seks kerana marah

ROM - Seorang ahli perniagaan menempah patung seks yang mempunyai tubuh seperti bekas kekasihnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ahli perniagaan yang berumur 50 tahun itu membuat tempahan tersebut selepas kekasihnya bertindak memutuskan hubungan dengannya.

Ekoran diselubungi kekecewaan, ahli perniagaan itu sanggup membayar sebanyak AS$23,107 (RM72,673) kepada pembuat patung, Diego Bortolin untuk mencipta patung seks itu.

Diego mencipta patung itu di kilang belakang kedainya di Treviso, Itali.

"Patung itu merupakan gadis berwarna perang tetapi dia mahu payu dara yang lebih besar dan bahagian belakang yang melentik," katanya.

Dia berkata, patung-patung yang dikeluarkan oleh kilangnya seperti manusia sebenar.

Bortolin menjelaskan, patung yang dibuat itu amat mahal kerana tubuhnya perlu dibuat mirip bekas kekasih ahli perniagaan tersebut seperti kuku dan gigi.

"Beberapa orang menyatakan patung itu ganjil tetapi dia kini merupakan patung wanita paling sempurna yang pernah saya lihat," katanya. - Agensi

Jijik..Tempat Sembelihan Kotor

Posted: 04 Sep 2010 10:10 AM PDT

tempat sembelih ayam kat chowkitroad menjijikkan dan tak halal!!

Pusat sembelih ayam menjijikkan

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Menjijikkan! Begitulah keadaan di sebuah pusat penyembelihan ayam di Pasar Chow Kit yang diserbu pihak berkuasa awal pagi ini.

Serbuan pada pukul 4 pagi itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Dewan Bandaraya Kuala Kuala (DBKL) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, serbuan dilakukan berikutan aduan orang awam yang mendakwa penyembelihan di situ tidak diiktiraf oleh Jawi.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dibuat, pihaknya menemui beberapa dokumen penyembelih yang diiktiraf tetapi penama dalam dokumen itu tiada di premis tersebut.

"Mereka yang menjadi penyembelih di premis itu ialah beberapa lelaki warga Bangladesh. Hasil pemeriksaan, penyembelihan ayam yang dilakukan itu tidak mengikut syariat Islam kerana urat halkum haiwan itu tidak terputus.

"Terdapat juga urat-urat lain di bahagian tengkok ayam yang disembelih tidak terputus. Ini menyebabkan binatang berkenaan dianggap mati sebagai bangkai," katanya kepada pemberita hari ini.

Mohd. Amri menambah, ayam-ayam yang disembelih itu kemudian dilonggok dalam sebuah tong yang begitu kotor dengan kesan darah kering yang tidak pernah dibasuh serta bulu ayam.

Malah, beliau memberitahu, pusat penyembelihan ayam itu dikesan terletak bersebelahan dengan tempat penyembelihan babi.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang membeli ayam sempena Hari Raya Aidilfitri ini peka dengan penyembelihan yang dilakukan.

"Operasi ini akan diteruskan bagi memastikan pusat penyembelihan ayam tidak bertindak dengan sesuka hati semata-mata untuk mengejar keuntungan," ujarnya.

morel of the stori.... tok sah ler beli ayam dari pusat sembelih kat chokit nih.... nak makan ayam, ko beli yg hidup pastu ko sembelih ler sundrik!!!

Pelajar Lelaki & Perempuan Bergaduh..Memang Haru Biru Zaman Najib

Posted: 04 Sep 2010 09:30 AM PDT

samseng2 sekolah pangai syaithonn lelaki & pompuan gadoh masuk utube!!

Schoolboys and girls fight on YouTubeBy ZORA CHAN

KUCHING: Video clips of students fighting in a secondary school here have made their way to the Internet.

One of the clips showing a fight involving at least three female secondary students was posted on YouTube under the title "Green Road Fights" on Thursday.

The clip shows one of the girls trying to mediate a dispute between two students but the effort turns sour and they end up chasing and beating each other along the corridor of one of the classroom blocks. A headscarf of one of the girls is even pulled by another girl.

Another clip under the same title featured two male students beating and kicking each other as a group of boys cheered them on.

Violence in the school: The YouTube posting showing the girl (in black headgear) after having her headscarf ripped off in the fight; and the two boys going at each other while schoolmates stood around egging them on.

SMK Green Road principal Putit Ped said he was unaware of any recent fights among his students.

"I will call for a meeting with my teachers to view the videos because sometimes the students may just be acting out fight scenes.

"But if those fights were genuine, then they are very serious offences for those involved and those who recorded the fights and posted them on YouTube," he said yesterday.

Putit said the school would also inform the Education Department on the action to be taken.

He said the school banned students from bringing gadgets to school.

"Bringing handphones and digital cameras to school is a major offence and students will receive demerit points," he said.

State Education director Mortadza Alop could not be reached for comment.

bulan2 ramadon yg moliya ni pung nak buat dajjal pangai syaithonn hah

..malangnya video youtube telah dibuang oleh orang yang memasukannya..

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Indonesia Memang Mahu Berperang Dengan Malaysia

Posted: 04 Sep 2010 08:40 AM PDT

Mahasiswa Seragam Ala Tentera Demo Di Kedutaan Besar Malaysia

JAKARTA: Pelajar berpakaian ala tentera seramai 40 orang merupakan kumpulan terbaru yang menjadikan Kedutaan Besar Malaysia di sini sebagai sasaran demonstrasi berikutan insiden di peraiaran berhampiran Pulau Bintan pada 13 Ogos lalu.

Dalam aksi selama satu jam 15 minit itu, mereka yang mendakwa dari Resimen Mahasiswa Indonesia menyatakakan siap untuk berperang secara fizikal dan bukan fizikal dengan Malaysia dan meminta rakyat Indonesia bersikap perang dengan Malaysia.

Kumpualan penunjuk perasaan itu turut meminta kerajaan Indonesia bersikap tegas dalam menjaga kedaulatan wilayah Indonesia dan memohon Malaysia meminta maaf kepada Indonesia serta menghormati negara itu.

Pada suatu ketika mereka bertolak-tolakan dengan anggota Polis Indonesia yang menghalang mereka daripada menghampiri pintu pagar Kedutaan Besar Malaysia.

Mereka memberitahu akan mengadakan satu lagi demonstrasi di tempat sama pada 7 Sept.

Beberapa kumpulan mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia serta bangunan milik syarikat Malaysia di sini bagi menunjukkan kemarahan berhubung insiden yang membabitkan pihak berkuasa negara tersebut yang ditahan dalam perairan Malaysia.

Malaysia dan Indonesia dijadual mengadakan pertemuan di Kota Kinabalu pada Isnin ini bagi membincangkan insiden tersebut.-BERNAMA

Tony Blair Dilempar Kasut, Telur Semasa Berada Di Ireland

Posted: 04 Sep 2010 08:05 AM PDT

Tony Blair pelted with eggs and shoes at book signing

London - Anti-war protesters pelted Tony Blair with eggs and shoes on Saturday as he attended the first signing of his memoirs in the Irish Republic.

The former British prime minister was not hit by the missiles, which were thrown at him when he arrived by car at a bookstore in the centre of Dublin.

As Blair remained in the shop and signed books for the hundreds who had queued since early morning the protest continued outside.

About 200 campaigners chanted: 'Arrest the butcher Blair' and 'Blair Blair, Bush's man and blood blood on their hands.'

Shops in the area also closed, with some, pulling down their shutters as scuffles broke out between police and protesters.

It was the first book signing since Blair's memoirs - A Journey - were released this week.

The book tells of his life in politics and has become one of the fastest selling autobiographies on record.

In it, the former premier and long-time Labour leader defended his decision to join the United States in the war against Iraq and wrote in detail about the Northern Ireland peace process.

Blair also used his memoirs to take a dig at his successor Gordon Brown.

The event in Dublin was the first of a book tour that will see him signing his memoirs in London on Wednesday.

Anti-war protesters have threatened to disrupt that event as well.

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Surat Terbuka Buat Ibrahim Kataki

Posted: 04 Sep 2010 07:33 AM PDT

Surat terbuka kepada Datuk Ibrahim Ali — Loyar Muda

4 SEPT — Salam Ramadan saya ucapkan kepada Datuk. Moga Datuk mendapat rahmat dan kesejahteraan sepanjang bulan yang penuh mulia ini.

Tujuan saya menulis pada petang Jumaat terakhir di bulan Ramadan ini bukanlah untuk mengajak Datuk berdebat jauh sekali untuk memburukkan nama dan kredibiliti Datuk sebagai pemimpin sebuah badan bukan kerajaan yang begitu lantang dan menjadi sebutan di dada-dada akhbar nasional.

Lagipula saya hanyalah seorang rakyat yang tidak dikenali, jauh sekali memegang apa-apa jawatan di peringkat nasional dan hanyalah salah seorang daripada generasi muda yang menjadi penonton di stadium politik negara justeru tidaklah layak bagi saya untuk mengajak Datuk berdebat secara terbuka akan isu yang dibincangkan selepas ini. Jika Saudari Ahli Parlimen Lembah Pantai yang mengajak Datuk untuk berdebat dianggap sebagai budak hingusan, maka saya ini tiadalah nama di mata Datuk.

Sebelum saya menjelaskan apa yang tersurat, tersirat mahupun terlirat di hati sebagai generasi muda yang akan membetuk golongan majoriti mengundi dalam pilihanraya umum kelak, rasa kagum saya tujukan kepada pertubuhan Datuk yang berjaya menarik 200,000 orang ahli dan yang lebih mengagumkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga merupakan patron kehormat dalam pertubuhan datuk.

Namun kewujudan Tun yang merupakan salah seorang pemimpin yang sangat saya hormati tidaklah menghalang saya untuk memberitahu apa yang fikirkan benar untuk kita semua. Tidaklah saya menganggap pandangan saya selepas ini mencerminkan pendirian generasi muda Melayu Malaysia kerana barangkali mereka berasa malu dan akan menolak pendapat saya namun hal itu tidak membimbangkan saya kerana kebebasan bersuara, berfikir dan berpendirian sudah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah atas keprihatinan Datuk dalam menyanggah komentar-komentar yang diberikan oleh pihak tertentu terutamanya berkaitan "hak istimewa" orang Melayu.

Namun begitu, apabila Datuk bukan sahaja bersuara mengkritik mereka tetapi menghentam YAB Perdana Menteri akan gagasan 1 Malaysia beliau, sedikit hati saya terguris. Terguris bukan kerana faktor pembodek jauh sekali hubungan keluarga dengan YAB PM akan tetapi hentaman yang dikeluarkan oleh Datuk telah membawa saya untuk bersuara mengenai beberapa perkara:

Pertama, apabila Datuk mencabar YAB PM untuk membentangkan usul menghapuskan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di Parlimen sekiranya beliau benar-benar mahu mewujudkan gagasan 1 Malaysia memberi refleksi kepada saya akan dua hal: pertama pertubuhan Datuk tidak mengenal bulu dan akan membidas siapa sahaja baik kerajaan ataupun pembangkang yang mempersoalkan "hak istimewa" dan "ketuanan" Melayu.

Kedua, ia dilakukan supaya stigma pertubuhan Datuk dan parti pimpinan YAB PM adalah ibarat dua muka syiling yang tak terpisah adalah dakwaan kosong semata-mata. Saya tidak mahu bercakap dari sudut politik kerana apabila bercakap dari kacamata politik maka ia tidak bertunjangkan apa-apa, jauh sekali bersendikan asas-asas yang munasabah.

Ia cuma ada dua: Benar atau tipu.

Saya lebih suka membincangkan hal ini dari sudut undang-undang; meskipun saya tidak mempunyai lesen untuk membela dan mendakwa orang buat masa kini tetapi dengan ilmu perlembagaan yang saya pelajari daripada salah seorang tokoh perlembagaan terkenal di negara ini, eloklah kiranya saya membincangkan hal ini mengikut versi Persekutuan Perlembagaan itu sendiri.

Terdapat sebuah perkara dipanggil perkara 159 yakni proses pemindaan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana di klausa 5 jelas tertulis "A law making an amendment to clause 4 of Article 10, any law passed thereunder the provisions of Part III, Article 38,63(4),70,71,72(4), 152 or 153 or to this clause shall not be passed without the consent of the Conference of Rulers."

Inilah perkara yang sering dilupakan oleh kebanyakan ahli politik apabila berbicara soal perkara 153. Sesungguhnya perkara 159 ini harus dibaca bersama dengan perkara 153 juga perkara-perkara yang termaktub dalam perkara 159 itu sendiri.

Pindaan yang digesa Datuk tidak lain hanyalah satu tindakan yang merosakkan imej YAB PM jika beliau menyahut cabaran tersebut. Bahkan Datuk tidak pernah menyebut langsung akan kewujudan perkara ini atau mungkin ia ditapis oleh media yang menjadi bacaan saya sehari-hari.

Usul pindaan perkara 153 boleh sahaja dilakukan di Parlimen tetapi kesan yang akan menimpa YAB PM sangatlah dahsyat dan merosakkan imej beliau di mata dan hati kaum Melayu. Adalah tidak mungkin, 9 orang Sultan Melayu yang membentuk Majlis Raja-Raja akan bersetuju perkara 153 dipinda kerana ia memberi kesan kepada orang Melayu termasuk mereka sendiri.

Nah, marilah saya mendiskusikan isu yang membentuk hati dan dasar warkah ini ditulis. Antara peruntukan 30 peratus dalam sektor ekonomi dan kaitannya dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.Sering kali Datuk momokkan kami dengan ancaman bahawa penghapusan 30 peratus yang disediakan dalam Dasar Ekonomi Baru adalah "haram" dan bertentangan dengan perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Soalan saya: Benarkah begitu? Sekali lagi: Benarkah begitu?

Mari kita telusuri perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Memandangkan ia mempunyai 10 klausa eloklah saya ambil mana yang penting sahaja tetapi ini bukanlah bertujuan untuk menyorokkan fakta "30 peratus dalam sektor ekonomi harus diberikan kepada kaum Bumiputera" kerana tidaklah dapat Datuk, saya mahupun rakyat Malaysia yang lainnya mencari angka 30 peratus itu dalam perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Baik, marilah saya keluarkan 4 klausa yang menarik untuk dibincangkan bersama:

Article 153

1) It shall be the responsibility of the Yang Di-Pertuan Agong to safeguard the special position of the Malays and natives of any States of Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other communities in accordance with the provisions of this Article.

(2) Notwithstanding anything in this Constitution but subject to the provisions of Article 40 and of this Article, the Yang Di-Pertuan Agong shall exercise his functions under this constitution and federal law in such manner as may be necessary to safeguard the special position of the Malays and natives of any of the states of Sabah and Sarawak of such proportion as he may deem reasonable of positions in the public service and of scholarships, exhibitions and other similar educational or training privileges or special facilities and when any permit or licence for the operation of any trade or business...

(6) Where by existing federal law a permit or licence is required for the operation of any trade or business the Yang Di-Pertuan Agong may exercise his function under that law in such manner or give such directions to any authority charged under that law with the grant of such permits or licences as may be required to ensure the reservation of such proportion of such permits and licences for Malays and native of any of the state of Sabah and Sarawak as the Yang Di-Pertuan Agong may deem reasonable...

(8A)... the number of places offered by the authority responsible for the management of the University, College or such educational institution to candidates for any course of study is less than the number of candidates qualified for such places it shall be lawful for the Yang Di-Pertuan Agong by virtue of this Article to give such directions to the authority as may be required to ensure the reservation of such proportion of such places for Malays and natives of any states of Sabah and Sarawak as the Yang Di-Pertuan Agong may deem reasonable....

Skandal E Book : Dari 30 Juta, Meningkat Ke 87.95 Juta

Posted: 04 Sep 2010 07:07 AM PDT

UMNO..UMNO..kalau tak roswah, tak namanya UMNO..e-book yang bagi budak-budak pun diroswahnya..

KUALA TERENGGANU: Setelah beberapa bulan berlalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said kembali mendapat liputan media online sejak akhir-akhir ini ekoran perbelanjaan yang tinggi melibatkan pembelian e-Book untuk kanak-kanak sekolah rendah.

"Kerajaan negeri memperuntukan RM30 juta untuk membeli e-book untuk 25,000 pelajar tetapi secara tiba-tiba jumlahnya telah meningkat menjadi RM87.95 juta, hampir tiga kali ganda," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Beliau berkata, "Jabatan Audit Negara Terengganu melaporkan sebuah syarikat Top IT Industries Sdn Bhd yang membekalkan e-book amat memeranjatkan kerana terdapat beberapa isu ekoran dari projek e-book ini."

Menurut beliau, tidak ada perjanjian dibuat antara syarikat pembekal itu dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian, berlaku kelewatan penghantarannya, kadar jumlah murid yang membawa e-Book ke sekolah adalah rendah dan berlaku kecuaian memilih pembekal sistem kerosakan e-Book.

Lebih memalukan lagi kata beliau, apabila laporan audit ini mendapati semakan audit di kilang mendapati pada tahun 2009 sebanyak 1,857 unit e-Book dan bagi tempuh Januari hingga Mac 2010 sebanyak 1,532 e-Book yang diberikan kepada murid-murid telah rosak dan dihantar ke kilang untuk dibaiki.

Dari jumlah tersebut, seramai 609 murid dikehendaki membayar di antara RM69 hingga RM200 kerana kerosakan tersebut kerana tidak termasuk dalam jaminan kerosakan selama setahun.

Beliau berkata, "kadar kerosakan ialah 14% berbanding dengan jumlah e-Book yang dibekalkan kepada murid-murid berjumlah 24,431 e-Book.

"Amat mengejutkan lagi kerosakan ini berlaku dalam tempuh kurang satu tahun dan kadar kerosakan 14% adalah kadar yang amat tinggi. Ini memberi gambaran kepada kualiti e-Book yang dikeluarkan tidak bermutu," tambahnya.

Syed Azman mengakui sekumpulan Pemuda PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sabtu lalu berhubung perkara ini.

Pekerja kedai kain warga Indon kurang ajar!!

Posted: 04 Sep 2010 05:26 AM PDT

Dibaling tin kain pelekat

KUALA LUMPUR: Niat murni seorang peniaga kuih raya di arkid Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) ingin membeli beberapa helai kain pelekat untuk diberi kepada pekerja bapanya tidak kesampaian apabila dia dibaling dengan tin bekas kain pelekat oleh pekerja kedai kain terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi Rabu lalu, Zarith Sofia Kamarudin, 27, menerima tiga jahitan di bibir kanannya selepas gagal mengelak beberapa tin kain pelekat yang dilontar pekerja wanita warga Indonesia itu.

Lebih teruk, walaupun mulut mangsa sudah berlumuran darah pekerja wanita itu masih tidak puas hati dan bertindak semakin agresif ingin membelasah mangsa menggunakan batang besi dan kerusi plastik pula.

Kejadian itu dikatakan berpunca daripada salah faham apabila pekerja kedai berusia 20-an itu berang kerana menyangka mangsa tidak jadi membeli kain pelekat yang sudah dipilih. Menurut Zarith yang sudah 10 tahun berniaga di Jalan TAR, pada pagi itu sebaik saja membuka gerai yang terletak berhampiran pusat beli-belah Semua House, dia terus ke kedai kain pelekat di belakang gerainya untuk bertemu dengan pemiliknya untuk membeli kain dengan harga diskaun.

"Tauke kedai itu saya kenal lama dan dia bersetuju menjual 20 helai kain pelekat dengan harga murah, tetapi meminta saya berurusan dengan pekerjanya kerana dia ada urusan lain di luar.

"Saya pun mula memilih kain pelekat mengikut corak dan warna yang berkenan serta mengasingkannya di satu tempat. Selepas siap memilih, saya terus kembali ke gerai dan bercadang untuk membayar kepada pemiliknya pada waktu petang apabila beroleh duit menjual kuih raya," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Zarith berkata, secara tiba-tiba seorang pekerja wanita menjerit dari kedainya dan dengan nada kasar bertanya kepadanya sama ada hendak beli ataupun tidak kain pelekat yang sudah dipilih.

Menurutnya, dia kemudian mengatakan jadi membeli tetapi akan bayar lewat sedikit. Namun, pekerja wanita itu terus membebel dan memaki hamun dengan kata-kata kesat.

"Macam-macam yang dikatakan hingga saya tidak tahan mendengarnya sebelum bertindak menolak wanita itu. Marah dengan tindakan saya, dia mula membaling tin kain pelekat kepada saya.

"Kira-kira tujuh atau lapan tin yang dibaling dapat saya elak, tetapi malang apabila lontaran seterusnya hinggap ke muka dan terkena bahagian atas bibir sebelah kanan," katanya.

Katanya, dia memberi amaran akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, tetapi dengan angkuh dan bertambah berang pekerja wanita terbabit cuba memukulnya lagi menggunakan besi dan kerusi.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berjaya meleraikan mereka. Mangsa kemudian ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk membuat laporan sebelum ke Hospital Kuala Lumpur mendapatkan rawatan. Pekerja wanita terbabit sudah dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu sehari selepas kejadian dan beberapa saksi kejadian turut dipanggil membantu siasatan.

Bongkak..Perkose Minta Surau Al Huda Kembalikan Duit Satu Ribu Kepada Teo Nie Ching

Posted: 04 Sep 2010 04:05 AM PDT

Hari ini dilaporkan yang wira Perkose, Saudara Armand ke Surau Al Huda untuk serahkan sumbangan. Waduh bagus sekali mamat Umngok ni..Ketua Penerangan Pemuda UMNO PJ ini turut sumbangkan 1,00 dan minta AJK Surau serah balik 1,000 kepada Teo Nie Ching..

Wooi mamat..jangan sombong sangat. ..memalukan orang Islam,berlagak samseng....orang derma ikhlas rm1000,dia suruh pulangkan balik..ntah-ntah duit yang Wira Perkose bagi tu dari sumber haram..dari kegiatan roswah dan zina..lagi haram..

alamatnya makin jauhla bukan islam nak dekat dengan Islam..Niat yang baik dihina-hina..dahla bagi rm1000 pun riak,lepas tu berlagak samseng suruh pulangkan balik duit ahli Parlimen DAP tu bagi..haram ke bukan islam bagi duit. Yang UMNO kutip hasil judi tu tak haram ke??

PERKASA ni memang haram seharam-haramnya. Sanggup lawan hukum Allah. Alangkah indahnya jika kesungguhan ini dibuat untuk laksanakan hukum islam. Memang biol punya Perkose. Sebab ketuanya si Ibrahim Ali jarang ke masjid di kariahnya..sebab itulah anak buah berperangai jahil 2K...

Bila Roswah, Azalina buka aurat dalam masjid, lu olang diam je..bila Chua Soi Lek hina islam..lu biarkan je..pastu bila ahli parlimen DAP masjid, bergegak gempita dibuatnya NGO bangang ni..memang betul-betul spesis UMNO..nasib baik tak diletaknya papan tanda orang bukan islam dilarang masuk ke masjid..kalau tak, sudah tentu murtad lawan sunnah Nabi S.A.W

Ini beritanya..

Armand Ketua Wira PERKASA bersama beberapa barisan Exco Wira PERKASA dan Ahli PERKASA ke Surau AL Huda Kajang

Wira PERKASA juga turut memyumbangkan RM1000 kepada pihak Surau berkenaan dan MEMINTA pihak Surau memulangkan balik Wang yang di Beri oleh Adun DAP Kafir sebelum ini.
Memo Bantahan dan Kecaman kepada Imam dan AJK Surau Berkenaan Di bacakan dan di serahkan kepada wakil Surau berkenaan.
Armand Dalam Sidang Media Menyatakan PERKASA menentang sikap segolongan ahli Politik yang menjadikan Rumah Allah sebagai kempen meraih undi Politik.
Baru sebentar tadi Armand Ketua Wira PERKASA Malaysia dan Exco Wira serta beberapa ahli Wira PERKASA hadir ke surau Al Huda Kajang Wira PERKASA menyerahkan memorandum bantahan kepada Imam dan AJK surau Al Huda Kajang yang tercetus Kontroversi isu Adun DAP bukan Islam yang masuk mencemarkan rumah Allah itu. Ketua Wira PERKASA, saudara Armand juga turut menyerahkan wang RM1000 kepada pihak surau Al Huda tersebut dan meminta pihak Surau Memulangkan semula wang RM1000 yang telah di serahkan oleh Si Kafir DAP kepada pihak surau sebelum ini.

UMNO Tipah Tertipu..Tertipu Tertipah??

Posted: 04 Sep 2010 03:01 AM PDT

UMNgOk memang kaki bohong..kaki putar belit..dan ini dia fakta sebenar kisah penipuan 756 ahli Pas Kawasan Larut masuk UMNgOk..

UMNO CEMARI RAMADHAN DENGAN MENIPU

DICATAT OLEH MISBAHULMUNIR

Berita yang keluar di tv dan surat khabar mengatakan 756 ahli PAS menyertai UMNO adalah bohong semata-mata. Makrof yang didakwa Timbalan Pengerusi PAS Cawangan Bagan Baru Larut juga adalah bohong dan palsu.

Makrof baru sahaja diluluskan menjadi ahli PAS, sijilnya masih dalam simpanan PAS Kawasan Larut, ia tidak diserahkan kepadanya kerana dua bulan yang lalu diberitakan telah menyertai UMNO. Bagan Baru belum pun ditubuhkan PAS, baru ada Jawatankuasa Penaja PAS.

Bagan Baru adalah kubu kuat UMNO, ahli PAS tidak ada di situ, baru-baru ini PAS Larut dengan kerjasama PAS Negeri telah mengadakan program PAS For All di DUN Kubu Gajah. Kekuatan UMNO di Bagan Baru telah berjaya ditembusi dalam program tersebut. Dakwaan kononnya Makrof menjadi Timbalan Pengerusi PAS adalah pembohong, jawatan dalam PAS bukan Pengerusi tetapi Ketua. Nama jawatan pun tak betul. Nampak sangat pembohongnya. Man mungkin Makrof pegang jawatan puluhan tahun sedangkan cawangan PAS pun tidak ada di situ, ahli pun baru lulus tetapi tak sempat terima sijil dah masuk UMNO.

Selepas YB Hj Nizar turun ke DUN Kubu Gajah 18 Julai yang lalu Jawatankuasa Penaja berjaya ditubuhkan dan 26 pemuda UMNO telah menyertai PAS. PAS pula berjaya menganjurkan pertandingan bola di Bagan Baru dan disertai ramai belia dan pemuda UMNO. Saya sebagai SU Perhubungan turut hadir dalam program tersebut.

Kesihan Zamry, datang jauh-jauh dari Ipoh semata-mata mahu ditipu di bulan Ramadhan yang mulia ini oleh Raja Zainuddin dan UMNO Larut. Kalau nak buat cerita tipu pun, tunggulah habis Ramadhan.

Ramadhan 2009 dulu, Zambry berbuka di pondok Pak Teh di Pengakalan Hulu, yang dulu dia yang menipu Pak Teh, dia kata tanah yang Hj Nizar lulus dulu sebenarnya dah lulus sejak Tajol Rosli jadi MB lagi, Hj Nizar hanya bagi geran sahaja. Dulu dia yang menipu, sekarang dia yang kena tipu oleh Raja Ahmad pula. Memang UMNO kaki menipu. (sini)

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Gempar!! Patung Najib Dibakar Rakyat Indonesia

Posted: 04 Sep 2010 02:13 AM PDT

Kah..kah Najib..patung anda pun dibakar. Macam takde berkat je zaman Najib memerintah. Macam-macam hal berlaku. Dalam negara, isu buang bayi dah menggila. Di luar negara, kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia amat ketara sekali. Mereka buat sekatan jalan raya, mencari rakyat Malaysia. Mereka membaling batu besar ke kediaman orang malaysia. Mereka turut membakat duit kertas RM, serbu Proton dan petronas.Bahkan lagi teruk, najis pun dilempar ke kedutaan Malaysia. Apa yang najib buat sekarang ni? Nak tunggu rakyat Malaysia mati baru nak bertindak..

Tengok video,gambar serta berita kat bawah ni..

Demo Anti Malaysia, Boneka PM Malaysia Dibakar

Ratusan orang menamakan diri sebagai Front Merah Putih Ganyang Malaysia menggelar aksi di Solo. Mereka mengecam Malaysia yang dianggap melecehkan kedaulatan NKRI dan martabat bangsa Indonesia. Mereka juga mengecam sikap Pemerintah Indonesia yang dinilai lemah terhadap Malaysia.

Aksi tersebut digelar di Bundaran Gladag, Solo, Jumat (3/9/2010). Sepanjang aksi mereka terus meneriakkan kecaman-kecaman kepada Malaysia. Mereka juga membawa sejumlah poster dan spanduk yang menyerang Malaysia.

Selain itu mereka juga mengecam Presiden Yudhoyono dan kabinetnya yang dinilai tidak punya nyali menghadapi pelecehan yang dilakukan Malaysia dalam berbagai kesempatan.

Tak cuma itu, mereka pun membawa boneka jerami yang diberi kostum ala Malaysia. Bagian wajah patung itu ditutupi gambar foto Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Patung tersebut diarak beramai-ramai dan selanjutnya dibakar dan diinjak-injak di tengah jalan.

Terlihat juga seorang peserta aksi laki-laki yang mengenakan pakaian daster. Di bagian muka ditutupi gambar foto Presiden SBY. Seorang peserta aksi lainnya membuat aksi teatrikal seakan-akan menggantung lelaki tersebut menggunakan tali tambang. Aksi tersebut mendapat sorak-sorai peserta aksi lainnya.

Tak cukup itu, mereka juga mendatangi kantor Bank CIMB Niaga yang berada di seberang jalan tempat mereka menggelar aksi. Mereka mendatangi bank tersebut sebagai simbol penolakan terhadap investasi modal dari Malaysia. Namun massa tidak bisa mendekati bank tersebut karena dijaga puluhan polisi.

Meskipun berlangsung cukup panas karena diwarnai ungkapan-ungkapan keras para peserta aksi, namun aksi tersebut berjalan lancar. Mereka hanya menggunakan satu lajur jalan di bundaran sehingga tidak mengganggu lalu-lintas, meskipun polisi tidak memberikan pengamanan yang ketat.

Zambry Keling & UMNO Menipu Dalam Isu 756 Ahli PAS Masuk UMNgOk

Posted: 04 Sep 2010 12:58 AM PDT

Kah..kah rupanya ini ditipu. Dah rasa dah bila Utusan siarkan berita ni semalam. Memang UMNO penipu. Zambry keling, sanggup anda berbohong di bulan mulia ini. Memang dasar keling yang suka putar belit keling. Kerja menipu je. Kalau perkara ni pun boleh menipu, apatah lagi perkara lain. Wahai isteri-isteri pemimpin UMNO, jaga-jaga sikit suami anda. Sebab telah terbukti mereka ni kaki penipu. Terutamanya mamak Zammbry Kadir. Awasi mereka. Jangan-jangan selama ini mereka menipu anda. Kononnya keluar outstation kerja parti, rupanya pergi outstation dengan perempuan lain..

756 ahli PAS masuk Umno, bohong!

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno."Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.Hrkh

Jom semua..dapatkan pinjaman peribadi untuk hari raya dengan mudah, cepat dan InsyaALLAH senang diluluskan..ini bukan ah long, ini sah disisi undang-undang & syarak

Dapatkan kurma-kurma import di sini dengan harga berpatutan

Isu Bukan Islam Masuk Masjid : Khusrin JAIS & Sultan Nak Lawan Allah Ke??

Posted: 04 Sep 2010 12:19 AM PDT

Dahla cetek agama, pastu ajak orang sesat macam dia. Apa? Tak takut mati ke wahai Pengerusi JAIS..ingat ko jaga JAIS, ko boleh lepas kat padang masyhar ke ha??

Khusrin Dinasihat Rujuk Fatwa Jika Cetek Pengetahuan Agama

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang beliau anggap mempunyai pengetahuan agama yang cetek supaya merujuk kepada fatwa berhubung isu orang bukan Islam memasuki masjid atau surau yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 1 Mac lalu sebelum membuka mulut mengenai apa-apa perkara berkaitan Islam.

Khalid juga menganjurkan supaya Mohammed Khusrin meneliti fakta sesuai isu bersangkutan agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan jika beliau tidak pasti samada apa yang dikatakan berlandaskan fakta atau sebaliknya.

"Nampak pengetahuan yang ada pada Khusrin terlalu cetek, sepatutnya beliau merujuk terlebih dahulu kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membincangkan hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama.

"Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini Selasa lalu.

Menyentuh mengenai kenyataan Mohammed Khusrin dan tindakan Umno yang mempolitikkan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu, Khalid membidas ia adalah satu fitnah besar serta menyifatkan Umno telah membina tembok penghalang yang besar dalam perpaduan kaum di negara ini.

"Banyak fitnah yang telah dimainkan oleh Umno di dalam bulan Ramadhan ini, daripada isu doa ketika khutbah Jumaat yang menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehinggalah kepada kes terbaru yang membabitkan Ahli Parliman Serdang. Umno memfitnah tanpa meneliti terlebih dahulu apa sebenarnya yang berlaku.

"Malah dalam kes Teo saya melihat, Pengarah Jais telah mengeluarkan pelbagai kenyataan di media tanpa merujuk kepada Mufti terlebih dahulu. Kenapa beliau tidak melihat fatwa yang telah dikeluarkan berkenaan isu orang bukan Islam memasuki surau atau masjid, kalau ilmu pengetahuan masih lagi cetek beliau perlu membuat rujukan terlebih dahulu barulah mengeluarkan kenyataan ini tidak hanya mengikuti telunjuk Umno yang sudah tentu jahil dalam bab-bab sedemikian.

"Bagi saya tidak menjadi masalah kalau orang bukan Islam ini memasuki surau ataupun masjid kerana tidak pernah timbul masalah kepada penduduk setempat, begitu juga dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang memasuki gereja ataupun kuil tidak pernah timbul ketidak selesaan mereka yang berada di dalam tempat tersebut.Malah mereka menyambut pemimpin Islam daripada Pakatan Rakyat dengan baik dan mesra dan begitu juga sebaliknya orang Islam menyambut dengan rasa hormat ke masjid dan surau.

"Tindakan Umno ini telah mencemarkan imej Islam di mata mereka yang bukan Islam, kita dari Pakatan Rakyat sentiasa berusaha membentuk silaturahim di dalam perhubungan sesama kaum dan juga agama di negara ini tetapi Umno mengambil pendekatan yang terpesong cuba menakutkan orang bukan Islam dengan pelbagai kecaman," tegasnya.

Ketika ditanya berkenaan dengan kewibawaan Khusrin sebagai Pengarah Jais yang dilihat telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang lebih mirip kepada politik serta membuat kecaman tanpa merujuk kepada mufti mahupun fatwa, beliau akan meminta kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan Khusrin di jabatan itu.

"Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri bagi menilai semula kedudukan Khusrin di Jais, mungkin langkah terbaik kita kemukakan cadangan pindahkan beliau ke tempat lain agar tiada lagi jawatan beliau digunakan untuk kepentingan politik Umno.

"Bila melihat Umno ini terlalu membentuk benteng perpaduan antara kaum mungkin paling layak Umno ditukar kepada 'Unfriendly Malay Nation Organization', sebab terlalu banyak kenyataan fitnah dikeluarkan Umno dalam soal isu bukan Islam," kata Khalid lagi.

Macam2 Zaman Najib : Isteri Kurang Ajar Kena Cerai

Posted: 03 Sep 2010 11:52 PM PDT

Sanggup pukul, halau suami

KLANG - "Saya menyesal kerana tergamak memukul suami dengan penyapu, halau dia dari rumah, herdik dan caci dia dengan pelbagai perkataan kesat, malah saya tuduh dia suami dan bapa tidak bertanggungjawab. Kini saya terima balasannya setelah beberapa tahun perkara ini berlaku," luah seorang isteri yang juga ibu kepada lima anak yang ingin dikenali sebagai Fatimah, 33, tentang sikapnya yang tidak menghormati suami.

Katanya, dia kini amat menyesal dan tidak dapat menerima hakikat dia diceraikan beberapa hari lalu di sebuah Mahkamah Syariah di sini.

"Saya tahu, tindakan yang saya buat sebelum ini berdosa, namun sifat ego yang menebal dalam diri membuatkan saya sering menjauhkan diri dari suami walaupun dia berkali-kali mengajak saya berbaik dan memulakan hidup baru bersama.

"Saya akui saya masih sayang padanya, namun hasutan syaitan membuatkan hati saya berkeras untuk tidak menerima pelawaannya," katanya.

Bercerita mengenai kisah hidupnya bersama suami, Fatimah berkata, dia mengenali bekas suami ketika sama-sama di bangku sekolah 15 tahun lalu.

"Kemudiannya kami menyambung pengajian di luar negara dan melangsungkan perkahwinan di sana. Setelah setahun kami dikurniakan seorang anak.

"Tiga tahun kemudian kami kembali ke Malaysia dan dikurniakan tiga lagi anak. Pada awalnya suami ditawarkan jawatan sebagai pegawai dalam sektor kerajaan bagaimanapun dia berhenti kerja tiga tahun kemudian atas alasan tiada sefahaman di tempat kerja.

"Sejak itu, dia menganggur dan saya yang bekerja sebagai guru separuh masa terpaksa mengambil alih tugas memberi nafkah kepadanya dan anak-anak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di sini.

Beliau berkata, sejak itulah pergaduhan antaranya dan suami bermula. Suami cuba mencari pekerjaan namun sukar kerana terlalu memilih pekerjaan.

"Saya amat tertekan hingga terpaksa membayar pelbagai bil yang mencecah ribuan ringgit sedangkan gaji saya cuma sekitar RM1,000 lebih sahaja, tambahan lagi saya mengandungkan anak kelima (bongsu).

"Kami sering bertengkar di depan anak-anak hingga saya sanggup memukulnya dengan penyapu.

"Kalau ada botol, botol juga dibaling. Hampir lima tahun berlaku dan setahun lalu kami tinggal berasingan sejak suami memperoleh pekerjaan di sebuah sekolah di Pahang.

"Dia hanya balik menjenguk anak-anak dan kami tidak pernah bercakap apatah lagi bersua muka.

"Namun kini saya amat menyesal kerana rumah tangga yang dibina hampir 12 tahun ranap sekelip mata," katanya.

Fatimah berkata, dia kini nekad membesarkan anak-anak manakala suaminya juga diarahkan membayar nafkah oleh mahkamah.

Dalam pada itu, dia menasihatkan golongan wanita i agar tidak melakukan tindakan yang sama kerana ia bukan jalan penyelesaian terbaik malah isteri perlu menghormati suami kerana syurga di bawah telapak kakinya.

Kaki Rokok Berusia 2 Tahun, Sudah Berhenti Merokok

Posted: 03 Sep 2010 09:51 PM PDT

Si cilik Ardi sudah berhenti rokok

JAKARTA - Seorang budak lelaki di Sumatera, Indonesia berusia dua tahun, Ardi Rizal (gambar) yang mengejutkan dunia kerana menghisap 40 batang rokok sehari, akhirnya dapat menghentikan tabiatnya itu, kata seorang pegawai kebajikan kelmarin.

Dia berjaya meninggalkan tabiatnya itu selepas mendapat rawatan rapi di sebuah hospital di sini sejak Julai lalu dengan ditemani ibunya.

Sebelum ini klip video yang menunjukkan kanak-kanak itu menghisap rokok disiarkan di Internet pada Mei lalu.

"Dia tidak lagi merokok dan paling penting, dia tidak meminta rokok," kata Setiausaha Agung sebuah agensi perlindungan kanak-kanak, Arist Merdeka Sirait.

Arist memberitahu Ardi gembira apabila dia dapat kembali semula ke kampung kerana dia amat merindui bapanya.

Ardi mula merokok sejak berusia enam bulan selepas dia diberikan bapanya sebatang rokok yang pertama. - AFP

Two-Year-Old Boy Smokes 40 Cigarettes A Day

see larger video

sourced by Bradley Howington

Ardi Rizal 2-Year-Old Baby Smokes Cigarettes

Mat Said Buka Panggung Wayang Di Terengganu, Negeri 98 Peratus Didiami Orang Islam

Posted: 03 Sep 2010 09:19 PM PDT

Makin rosak umat islam di Terengganu..Ini semua kerja UMNO laknatullah..memang tak salah ada panggung wayang, tapi kenalah ada pengasingan lelaki dan perempuan. Dan cerita yang ditayangkan hendaklah bermoral..dulu masa zaman PAS memerintah, kegiatan seperti ini disekat. Tapi nampaknya Mat Said pula nak jadi jaguh..'jaguh maksiat' untuk rosakkan muda-mudi negeri ini yang 98 peratusnya didiami oleh umat islam..

Panggung wayang akan dibuka di Kemaman

KEMAMAN 2 Sept. - Selepas berdekad lamanya negeri ini tidak mempunyai panggung wayang, akhirnya ia akan diwujudkan di Mesra Mall di sini, Oktober depan.

Cinepleks TGV Cinema itu akan membolehkan para peminat filem di negeri ini menonton dalam suasana cukup selesa tanpa perlu lagi ke Kuantan, Pahang.

Pengurus Besar Pengurusan Pusat Mesra Mall, Michael Vong berkata, ketika ini, kemudahan dan struktur panggung wayang berkenaan sudah siap dan kini menunggu kelulusan lesen yang dijangka diterima dalam tempoh terdekat ini.

Beliau berkata, ia akan mempunyai tiga skrin layar dengan setiap ruang mampu memuatkan kira-kira 250 orang pada satu-satu masa tayangan.

''Sebelum ini, penduduk Terengganu dan Kelantan terpaksa pergi ke Kuantan yang mengambil masa perjalanan beberapa jam untuk menonton wayang kegemaran mereka.

''Melalui pembukaan panggung wayang ini, mereka tidak perlu lagi pergi sejauh itu dan hanya ke Mesra Mall," katanya ketika ditemui selepas pertemuan ejen-ejen pelancongan Terengganu dan Tourism Malaysia bersama Mesra Mall di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Tourism Malaysia Terengganu, Zaini Sulaiman.

Beliau berkata, Mesra Mall menerima kira-kira dua juta pengunjung dalam tempoh setahun sejak ia mula dibuka pada Oktober 2008.

''Kita menyasarkan kira-kira 3.6 juta pengunjung setahun ke Mesra Mall dan untuk itu pihak pengurusan perlu menganjurkan promosi dan acara yang mampu menarik pengunjung," katanya.

Selain menawarkan pelbagai jualan peruncitan berjenama, tambahnya, Mesra Mall turut menawarkan aktiviti rekreasi untuk hiburan sekeluarga seperti gelanggang futsal, permainan video, pusat karaoke dan boling.

Di majlis tersebut, Michael meminta kerjasama ejen-ejen pelancongan turut memasukkan Mesra Mall dalam destinasi pakej pelancongan.

''Mesra Mall yang merupakan pasar raya yang terletak di luar kawasan bandar memerlukan bantuan ejen-ejen dan persatuan pelancongan untuk mempromosikannya," katanya.

 

Comments (0)